PRK TELUK INTAN: BN vs DAP


Semalam telah diumumkan calon BN dan calon DAP

Seperti yang dijangkakan dari awal lagi, setiausaha politik Lim Kit Siang , baby hot kelahiran Johor ini diumumkan sebagai calon DAP. Usia mudanya tidak menjadi penghalang kepada Lim Kit siang dengan lapang dada memilih orang kanannya ini. Kenapa LADY katakan dia ni orang kanan? Dia bukan Cina dan bukan beragama selain agama Islam. Tetapi telah dilantik menjadi Setiausaha Politik.

Ada rakan LADY yang nakal berkata kalau DAP letakkan calon comel lagi cantik sebagai calon, wajarlah BN letak pula wajah kacak lagi macho sebagai calon. Hehehehe.. itu perbualan nakal.

LADY kata pula. Kalau nak letak paras wajah sebagai ukuran menjadi calon. Lebih baik tak perlu jadikan PRK teluk Intan sebagai pilihanraya memilih wakil rakyat tetapi pengundian mr's or miss Chomel a.k.a Giyomi. Soalan LADY pula berbalik kepada perbualan nakal rakan LADY. Adakah kecantikan paras rupa itu penentu kebijaksanaan mereka ? Adakah ini pengaruh drama2 korea dan latin yang watak-watak rupawan dan kacakwan sebagai ciri-ciri kebijaksanaan dan kekayaan? Itu drama jelah bro! Pengarah dan penerbit nak lariskan jualan drama mereka demi mendapat ranking tinggi penonton! Drama sekarang LADY tengok dah agak lari dari kehidupan realiti. Ala-ala fairy tale. Masa tengok sememangnya mempengaruh perasaan. Jiwa-jiwa begitu. LADY memilih drama korea kerana nak keceriaan dan keseronokan. Nak timba pengalaman baik ikuti berita dan pembacaan ilmiah.

Bolehkah anak kelahiran bukan Perak ini mampu memujuk pengundi Teluk Intan memilihnya. Setakat ini, LADY belum mengkaji lagi jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan berkenaan. Mana satu bangsa yang menguasai kawasan berkenaan. Yang pasti, mendiang MP teluk Intan sebelum ini adalah wakil DAP. Dari sana sudah menunjukkan kecenderungan ke arah mana kemenangan itu akan berlaku. LADY harap berlaku tsunami di kawasan berkenaan sehingga kawasan tersebut akan diwakili pula BN.

Dahulu, LADY selalu disogokkan dan dimomokkam  cerita penolakan calon luar kawasan oleh pengundi dengan alasan tidak ada lagikah pemimpin tempatan yang layak di kawasan tersebut. Namun akhir-akhir ini, cerita itu LADY umpamakan kisah dongeng semata. Adakah kerana pengundi sudah berfikiran terbuka sehingga tidak mempedulikan siapa calon berkenaan? Walau dia dari luar sekalipun, asal dia mewakili parti yang disukai? LADY berani tuliskan hal ini berdasarkan keputusan pilihanraya umum dan Pilihanraya kecil yang berlaku. Kawasan Gelang Patah dan PRK kajang mengatasi calon tempatan.

Kemudian, berkenaan pemilihan golongan berpengalaman dan kumpulan pemimpin muda. Sekali lagi, LADY mulai tertanya-tanya. Maaflah ya, calon dari BN boleh tengok sajalah ya. Manakala pembangkang mulai menampilkan wajah-wajah muda sebagai magnet menarik pengundi muda yang sering menyatakan suara mereka sering diabaikan. LADY harap selepas membaca artikel ini, adalah pembaca komen dan kongsikan pandangan tentang ini ya. LADY tidak mempunyai keyakinan untuk menyatakan pandangan LADY dalam perenggan calon muda ini. Kang ada pula yang mesej LADY meminta LADY remove artikel ini kerana memburukkan pihak tertentu.

Calon BN vs calon DAP... Siapa baik siapa jahanam? Sekali lagi LADY tak akan ulas dalam artikel ini. Secara berterus terang, LADY tidak mengenali kedua calon ini. Info yang diberi oleh rakan-rakan LADY masih LADY buat pemahaman dan proses tapisan untuk LADY terima sepenuhnya. Kalau cerita kebaikan sahaja untuk calon BN dan buruk sahaja calon DAP ini, kalau tak betul dah jadi pula blog LADY ini perkongsian hasutan Fitnah.

Apa yang LADY nak katakan sahaja. Soal tercalon itu .. sudah pasti afa kelebihan kedua calon pada mata kepimpinan. Cuma... bagaimana di mata hati pengundi Kawasan teluk Intan.??? Pemimpin kedua pihak bolehlah melobi dan berkempen sekuat nyawa mengatakan kelebihan calon yang diwakili, keputusan kembali kepada pengundi itu sendiri.


Kemungkinan selepas ini, sudah pasti ada rakan LADY akan hantar mesej kepada LADY. Dah jadi penulis blog bebaskah sehingga tidak memilih antara kedua calon? Hehehe BIAR LADY katakan di sini. LADY adalah penulis BEBAS walau kecenderungan LADY 100% Kepada BN. Tetapi dalam penulisan LADY kalau LADY tak arif dan tahu , LADY menulis kepada sifat natural sahaja. Tak naklah jadi PENGAMPU dan tak mahulah jadi tukang canang cerita tak benar.

Mampukah presiden Gerakan mengatasi Setiausaha Politik Lim Kit Siang? Bolehkah calon berusia 53 tahun ini mengalahkan calon 27 tahun  menarik pengundi untuk memilihnya? Hanya pengundi Teluk Intan sahaja tentukan. Undi di tangan mereka.

Apapun, LADY nak ucapkan, kepada rakan yang bertugas PRK Teluk Intan. Selamat bertugas di sana. Jagalah tingkah laku semasa kempen. Kekadang cara kempen juga boleh mengubah persepsi pengundi kepada calon.

All the best

Comments

Popular Posts