NAKHODA TAK MAMPU KEMUDI KAPAL. NASIB PARTI KITA

"Apa punya sial zaid ibrahim ni." Pu3 menoleh ke arah suara yang bernada geram di belakang tempat pu3 duduk menikmati mee rojak bersama ibu pu3. " Belum sempat PRU sudah umum mau bubar!" Siap hentak meja lagi.

Pu3 buka sms masuk. Dapat info tentang Zaid Ibrahim presiden KITA mengumumkan bahawa akan membubarkan parti tersebut berikutan masalah kewangan, sambutan keahlian yang sangat sedikit serta mengelakkan dari parti tersebut menyertai pakatan. Kerana kebanyakan kepimpinan KITA di negeri-negeri terutama di kedah jelas menunjukkan ketidaksenangan ke atas PKR, PAS dan DAP. Pengumuman pembubaran tersebut akan dilakukan dalam mesyuarat tergempar akan datang.

Peliknya.. Kenyataan Zaid Ibrahim mendapat bantahan kepimpinan KITA di negeri-negeri yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan presiden tersebut. Ada pula mengatakan bahawa tanpa Zaid ibrahimpun , PArti KITA tetap mampu berjalan.

Apa dah jadi ni, zaid ibrahim sekali lagi mengulangi perangainya semasa masih menjadi ahli UMNO kemudian menyertai PKR sama juga. Kini parti yang diterajuinya sendiri. Pu3 boleh katalah, zaid ibrahim ni sebenarnya tak layak memegang apa2 portfolio dalam dunia politik. Dia ikut kepala otak dia je. Tk memikirkan bagaimana keperluan sekelilingnya. Terserah koranglah KITA. Dalam tempoh tak sampai setahun banmgun dah nak tersungkur. Sat lagi nk rebah.

Zaid ibrahim ni, pu3 nak kata, dia ni nakhoda gagal dalam belajar teori belayar kapal besar. Berada di tengah lautan, anak kapal bekerja keras untuk menggerakkan kapal, dia pula dah panik sebab belum nampak daratan. So mengarahkan agar kapal tersebut di karamkan sahaja. Elok dibenam je dia ni kt mulut jerung. Habis citer. Sayonara!

Comments

Popular Posts