HARAM HUKUMNYA SOKONG ISRAEL

KEBERANIAN mungkin memakan dirinya walaupun kenyataannya benar?
Haram terima kewujudan Israel" kata Hadi Awang...tapi Anwar Ibrahim pula berkata beliau sokong usaha keselamatan pendudukan yahudi yakni Israel di Palestin..hehe ( anwar berani deny kt twitter tupun sbb disoal. MEDIA UMNO FITNAH. Tulah jwpannya. Takat tu je dia ada berani. Selebihnya KECUT belaka!)

kenyataan penuh dari Hadi Awang :

Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.

Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya' dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.

Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktikan hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.

Ps: kasihan juga presiden PAS ni, rasa2nya jawatankuasa dia nak sokong tak kenyataan pribadi dia ni. @ dia bakal menerima kesan sama seperti dt dr Hassan Ali. Disingkir secara tidak terhormat. Pu3 akan tungggggguuuuuu

Comments

  1. Macam mana hangpa nak buat gomen ni, sorang kata haram sorang kata halal, sorang suruh buat velentine sorang suruh buat hari suami-isteri, sorang nak sokong yahudi sorang nak sokong palestin.

    Habis aku nak ikut siapa???????????
    Hangpa tolong jawab sat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts