WANITA Vs WANITA?!

Apa dah jadi ni. Pelik tapi benar. Perempuan dan wanita itu tak samakah? Girl and lady tak sama jantinakah dengan hanya perbezaa usia, telah membentuk jurang tinggi yang disengajakan? Sesiapa yang meminati membaca Majalah PEREMPUAN artikel SEKILAS JELINGAN terbitan bulan Jun 2008 sudah pasti telah membaca tulisan NORHISHAM MUSTAFFA : KABINET BARU MALAYSIA: WANITA UMNO YANG DIPINGGIRKAN. secara ringkasnya pada peringkat awalan tulisan penulis ini, telah menggambarkan rasa kemarahan, kekecewaan dan terkilan dengan perubahan yang telah dilakukan. Nampaknya penulis ini antara individu manusia yang enggan menerima perubahan ini dengan keterbukaan minda. Malangnya, penulis yang mampu melahirkan cetusan minda sanggup meletakkan dirinya sebagai individu yang dangkal akal fikirannya ataupun atas sebab kekecewaan idolanya telah terkeluar dari senarai kabinet, penulis hilang kestabilan menilai hal pribadi dengan profisyennya sebagai wartawan yang cenderung bias? mengagung-agungkan satu pihak dengan memburukkan satu pihak yang lain? walhal hakikatnya kedua-dua pihak itu adalah golongan yang berbumbungkan satu rumah? Jika penulis ini adalah ahli UMNO, perlu difikirkan semula sebagai individu, yang telah membuka pintu kepada musuh untuk melihat apa yang ada di dalam rumah itu sendiri. Memberi ruang untuk musuh @ pencuri menjadikannya sebagai bahan membakar rumah tersebut. - sila fahami perlembagaan UMNO dan tataetika ahli UMNO.


Harus disedari, keluhan menyatakan Wanita UMNO telah dipinggirkan , diserata tempat setiap kali perjumpaan , sambil mengutuk pihak yang lain. Hanya kerana Ketua yang disanjungi, yang dihormati, yang diagungkan, yang diangkat, tidak mendapat tempat dalam kabinet, penulis menidakkan status seorang wanita UMNO yang telah menjadi menteri penuh, dua anggota Wanita yang telah dilantik menjadi timbalan Menteri, seorang pula dilantik menjadi penasihat berkedudukan menteri penuh. Sedangkan pihak yang dikatakan ' pelapis UMNO yang seringkali tampil dengan gaya SS-syok sendiri!' (dipetik dari tulisan NORHISHAM MUSTAFFA, perenggan terakhir) paling tinggipun hanya timbalan menteri sahaja. Adilkah tindakan penulis ini? di mana hilangnya prinsipnya sebagai seorang penulis yang sepatutnya bertindak sebagai individu berkecuali dalam melakukan penulisannya. Atau telah meletakkan dirinya sebagai 'penulis upah'? - sila fahami etika kewartawanan.


Jika penulis menyedari, peranan menstabilkan keadaan 'ombak tsunami selepas PRU-12 memerlukan komitment wanita yang telah sekian lama berjuang, banyak pengorbanan, luas pengalaman walaupun tanpa memegang apa-apa kerusi dalam barisan kabinet . Bukankah itu baru dikatakan PEJUANG WANITA? Jika penulis menyedari keadaan belum stabil, kenapa mesti menambahkan lagi ketidakstabilan ini dengan menulis sebuah artikel dalam sebuah majalah keluaran bulanan yang sudah pasti dibaca bukan sahaja oleh wanita UMNO sendiri malahan orang 'Luar' UMNO sendiri membaca. Menceritakan perihal dalam bilik tertutup yang sepatutnya diselesaikan dalam bilik sahaja, tidak perlu menagih simpati atau menuntut dikembalikan penghormatan dengan mencanangkannya kepada yang berada di luar. (betulkah tindakan seperti inu boleh mengembalikan kedudukan yang berhak?) Jika mahu memperlihatkan betapa TINGGI SEMANGAT JUANG WANITA UMNO itu, penulis cukuplah menulis tentang kebaikan Pergerakan itu sahaja, masih boleh menceritakan pengorbanan-pengorbanan yang telah dilakukan oleh kepimpinannya terhadap masyarakat, negara di mata dunia. Menceritakan bahawa perubahan yang berlaku selepas PRU-12 tidak mendatangkan apa-apa impak terhadap prinsip perjuangan pergerakan tersebut. Keterbukaan depaan tangan menerima ahli wanita baru, walaupun kepimpinan utamanya tiada memegang apa-apa jawatan utama dalam pemerintahan sekarang. Tanpa menjatuhkan @ memburukkan pihak lain. ini barulah dikatakan sebagai seorang penulis pejuang Wanita.


Malangnya, penulis ini bukanlah seperti yang diharapkan. Saya melihat Datuk Rafidah sememangnya seorang pemimpin wanita yang sangat saya kagumi. Sejak dari kecil lagi, nama beliau sentiasa meniti di bibir. Siapa tidak berbangga melihat pemimpin dari golongan Wanita. Di sini, saya tidak mempersalahkan wanita pertama dalam pergerakan wanita UMNO ini, tetapi penulis artikel ini. Menidakkan kepimpinan muda seharusnya tidak berlaku. Sewajarnya penulis mengajak kepimpinan yang sekian lama berkecimpung dalam arena perjuangan politik berganding bahu , menstabilkan keadaan. Jika melihat pelapis iUMNO SS-Syok Sendiri, sebagai orang yang matang dari segi usia serta pengalaman hidup, kaedahnya pelbagai, pilihan boleh dilakukan. Kenapa tidak diajak bincang bersama, dinasihat, memberi pandangan jika dilihat songsang di mata mereka perbuatan itu. Kenapa mesti memilih mencerca? dihentam . Kain yang terkoyak hanya dihujung kaki, kenapa ditetaskan lagi sehingga menampakkan semuanya? Sepatutnya kain tercarik itu ditampal atau dijahit semula agar nampak cantik dan tertutup.


renung-renungkan dan lakukan muhasabah diri. Jangan melihat hanya kesalahan orang lain. Setiap apa tindakan mesti ada pro dan kontranya. Daya penerimaannya sahaja yang berbeza. Jika penulis ini adalah seorang perempuan, saya merayulah pada cik kak, taubat-taubatlah ya? Beristifgarlah selalu, jernihkan hati serta kawalan akal sebelum memperkatakan sesuatu. Tulislah sebanyak manapun selagi mampu, tetapi sesuatu yang baik, yang menjernihkan keadaan, menenangkan ketegangan. "MATA PENA LEBIH TAJAM DARI MATA PISAU" renung-renungkan kata-kata ini. Kalau bukan kita perempauan yang mengangkat kaum sejenis kita, siapa lagi. Pelapis kepimpinan tidak akan selamanya muda, mereka juga akan menjadi seperti perempuan yang lain. Usia tidak pernah berundur, ia akan maju ke depan dan terus ke depan sehingga tiba tempohnya ia berhenti apabila nyawa dicabut oleh Malaikat Syakaratulmaut. Namun apa yang kita lakukan, belum bernoktah sama ada di dunia fana , alam kubur dan alam kiamat.


Dunia fana, kita tinggalkan perjuangan kita yang belum selesai untuk disambung perjuangannya oleh yang masih hidup. Di alam kubur, kita berjuang untuk menjawab soalan-soalan Malaikat sinambungan dari apa yang kita telah lakukan di alam fana, tidak kiralah sama ada baik atau buruk. Seperti kita kecapi balasan dunia, baik atau buruk, demikian juga di alam kubur, selesa atau diseksa. Dan perjuangan terakhir apabila hari Kiamat tiba.... penulis pasti tau apa kesudahannya. Antara kreteria sebagai penulis yang baik adalah banyak mengetahui dengan jelas ilmu pengetahuan walaupun di luar bidangnya. Tetapi hukum Syariat Islam sebagai orang Islam, kta diwajibkan mempelajariny,a agar tidak terpesong dari landasan yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Wallahu'alam.








Comments

Popular Posts