Kita adalah wanita


banyak perkara ada waktunya kit akan keluarkan rasa marah ke atas apa yang berlaku dlm hidup kita. Hidup ini tidak selalunya indah.


Cerita berkenaan tentang kita sebagai wanita. Terutama dalam hidup ini, terutama dalam lingkungan kehidupan masyarakat kita ini, walaupun hidup dalam abad moden tetapi pemikiran dalam isu gender masih berada dalam posisi yang serupa dan statik. tiada perubahan yang berlaku. Wanita hanyalah manusia yang perlu mendengar perintah bukan memerintah. Wanita akan dipandang berbeza serta sumbang jika dia berani menongkah arus, wanita hanya boleh dikritik tetapi tidak boleh mengkritik. Wanita hanya boleh menggangguk tp tak boleh menggeleng. wanita hanya boleh menurut tetapi tidak boleh berbicara. tiada ruangan wanita utk membuktikan bahawa ,mereka berkemampuan. walaupun kononnya ada ruangan khusus diberikan kepada golongan wanita tetapi secara realitinya ruangan itu tertutup sukar ditembusi oleh pagar-pagar yang sengaja dipasang oleh pihak-pihak tertentu. ( umpamakan macam sperma hendak menembusi ovum. berjuta2 yang datang, ovum hanyalah satu, belum tentu dalam berjuta2 itu mampu menembusinya) macam itulah realitinya kedudukan wanita itu dalam kehidupan ini.


Malangnya perjuangan wanita selalunya tidak menerima sokongan seutuhnya dari wanita itu sendiri, malah wanita itu juga yang merosakkanperjuangan dan hasrat perjuangan itu. Lelaki walau bagaimanapun keadaan tetap jitu dalam persekepatan.Siapa yang rugi dalam hal seperti ini. Wanita ini ada di antaranya umpama KETAM YANG BANYAK DALAM KOTAK. SEEKOR MERANGKAK KELUAR YANG LAIN MENGAIT KAKINYA UNTUK TERJATUH SEMULA KE DALAM KOTA. TIADA SATUPUN YANG BERJAYA MELEPASKAN DIRI. Sedangkan lelaki ini kita boleh umpamakan sebagai SEMUT YANG SENTIASA BERGOTONG GOYONG DALAM MELAKUKAN PEKERJAAN. WALAUPUN BUTA MATA TETAPI SESUNGUT SENTIASA BERSENTUH UNTUK MEMENUHI MATLAMAT.

fikirkan, perubahan atau terus berada dalam takuk yang sama

Comments

Popular Posts