demi kebaikan ?


semakin teruja dengan perkembangan isu kini, sanggup mengeluarkan cadangan untuk menaikkan populariti di mata masyarakat. Ataupun cadangan 'glamour' ini akan menjatuhkan 'saham diri dan orang lain'.. Berita pelawaan DEBAT TERBUKA. Umpama sebuah cadangan yang membuatkan semakin besar kebocoran dalam keluarga.


Masih mengingati antara ucapan dalam konvensyen penerangan UMNO Sabah dan Konvensyen Puteri UMNO 2002 berkenaan sebuah rumah yang dimiliki oleh sebuah keluarga. Apapun yang berlaku dalam rumah itu, tidak akan diketahui oleh orang luar jika pintu ataupun tingkap-tingkapnya dibuka dengan luas. Jika berlaku pertelingkahan dalam rumah itu, seandainya ia berlangsung dengan rasa kecintaan serta keihlasan kekeluargaan, sudah pasti setiap ahli keluarga akan berusaha merendahkan nada, agar pertengkaran hanya ahli keluarga sahaja yang mengetahuinya. Jika ada perselisihan pendapat, perbincangan dilakukan atas dasar kasih sayang untuk mengatasinya. sedikitpun tiada hasrat untuk merosakkan hubungan adik-beradik demi pertahankan pendirian peribadi.
Apa yang dilihat situasi sekarang, perasaan kasih sayang kekeluargaan seperti mana yang sering disebut-sebutkan apabila berlaku pertandingan ataupun pemilihan adalah berlaku sebaliknya. Ada yang sanggup mengaibkan anggota keluarga lain untuk kepentingan diri. Malahan seperti yang berlaku semalam, keinginan untuk menaikkan populariti diri, sanggup membuat cadangan yang seharusnya dipertimbangkan berulang kali sebelum meluahkannya. Mungkin idea ini tercetus dengan melihat ap yang dilakukan oleh USA yang menggunakan platform media untuk meningkatkan populariti dengan mengadakan debat terbuka antara pemimpin. Tapi harus diingat, perdebatan itu berlaku di kalangan pemimpin yang berbeza parti, bukan sama parti. Setiap anggota parti saling meningkatkan kualiti pengetahuan atau saham anggota parti sendiri. Bukan membuka pekung yang ada dalam diri anggota.
renung2lh... perlukah hal adik-beradik dibawa keluar untuk mencari penyelesaian sehingga mendedahkan kelemahan dalam rumahtanggan sendiri. Berfikirlah secara matang dan waras. jangan mengikut rasa dan emosi.
Belajar menghargai diri sendiri dengan menghargai orang lain. Penghormatan tidak akan kita perolehi tanpa kita memberi penghormatan kepada orang lain terlebih dahulu

Comments

Popular Posts