BUKAN LADY YANG KATA. TAPI SILA BACA

PRU 14:  
PILIH PEMBANGKANG BERCELARU ATAU KESTABILAN BARISAN NASIONAL ?

(Oleh Haji Abdul Jalil Haji Ghani)

SHAFIE (Warisan) bilang dia tidak percaya Gabungan Sabah(Star, SAPP, Harapan&
PPRS).

PCS  bilang GS mesra BN. 

Lajim bilang Shafie HIPOKRIT.

Jeffery bilang PCS ambil langkah kebudak budakan dalam usaha menyembunyi agenda tersendiri.

Apa pun, tidak ada persamaan objektif pembangkang. 

Bergelut sesama sendiri untuk menjadi hero rakyat.

Pandangan/tentangan terhadap rhetorik,
kalau Shafie tidak digugurkan dari kabinet persekutuan dan tidak digantung keahlian dia, Shafie tidak akan bersuara perjuangkan  hak asasi dan MA63.

Gabungan Sabah sudah lama bersuara tentang perolehan sejarah, MALAH sebelum Shafie berhijrah ke dunia pembangkang.

Barisan Nasional terus perjuangkan kemajuan dan pembangunan Sabah.

 Tidak perlu hasut kerajaan persekutuan untuk menuntut hak asasi atau apa saja keperluan Sabah. 

Barisan Nasional adalah satu keluarga yang besar dan sentiasa berbincang dan berunding dengan harmoni.

Kerajaan Persekutuan sentiasa mendengar rintihan rakyat Sabah melalui keluarga Barisan Nasional di Sabah. 

Kalau rakyat pilih Barisan Nasional, rakyat akan dapat sebuah kerajaan yang stabil.

Kalau pun rakyat berfikir mahu memberi peluang kepada pembangkang, rakyat sangsi tentang keupayaan pembangkang.

Belum pun diberi mandat, pembangkang sudah bercakaran.

Rakyat sakit kepala.

 Bimbang tidak akan ada kestabilan kerajaan kalau pembangkang diberi mandat.
Pembangkang akan bercakaran memilih siapa Ketua Menteri, siapa Menteri Kanan dan siapa mahu kuasa lebih.

PENTADBIRANBarisan Nasional lebih teratur. 

Tidak ada perselisihan siapa Ketua Menteri.

 Semuanya akan lancar dan kerajaan akan stabil. Urusan harmoni dan damai dalam keluarga besar pelbagai kaum dalam Barisan Nasional.

Fikir fikirkan lah....

Sumber dr whatsapp rakan TK.

Comments

Popular Posts