SAYA TETAP SERIA BIARPUN PERNAH JADI TAHANAN ISA: AHMAD ZAHID


KUALA LUMPUR:  Kesabaran dan kesetiaan adalah perkara paling penting dalam dunia politik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, dua perkara itu adalah antara faktor yang meletakkan beliau terus ke hadapan.

Kepada beliau, walaupun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, beliau tetap bertahan dan yakin kesetiaannya telah meletakkan beliau pada kedudukannya hari ini.

"Saya sabar, ikut arus dan setia kepada parti dan kini saya berada di sini, kesetiaan adalah penting," katanya dalam rancangan temu bual terbitan Astro AWANI, Obviously Harith Iskander (OHI), pada Sabtu.

Sementara itu Ahmad Zahid memaklumkan arena politik masa kini lebih canggih dengan cabaran baharu perlu diberi perhatian terutama melibatkan generasi muda.

"Persekitaran politik pada ketika dahulu lebih mudah berbanding ketia ini. Sekarang wujudnya golongan pertengahan dan saya berpendapatan kerajaan perlu memberi tumpuan kepada isu dan permintaan mereka.

"Permintaan mereka sudah berubah, keperluan mereka juga berubah, kami perlu beri tumpuan jika kami mahu kekal releven di kalangan golongan ini," katanya lagi.

Jelas Ahmad Zahid, perubahan minda berlaku dan emosi golongan yang dipanggil Gen Y dan Gen Z ini lebih cerdik dan pandangan mereka juga lebih kritikal.- ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts