KENAPA ROLAND UMUM LETAK JAWATAN????? BETULKAH????


Sejauh mana kebenarannya LADY belum dapat nyatakan. Baru khabar saja yang dia ni letak jawatan dengan alasan konon sakit apa sajalah. Masih menunggu pengumuman speaker DUN tentang berita ini.  Sebab ada pula bunyi-bunyi hal godam lah. Tapi.. Apapun.. baca dulu cerita di bawah ini :

Angin tidak ribut pun tidak, tiba-tiba Adun PKR Inanam Dr. Roland Chia mengumumkan meletak jawatan berkuatkuasa serta merta atas alasan kesihatan. Dr. Roland Chia adalah seorang doktor perubatan yang masih muda dan dipercayai tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Namun menurut Che Gu Bard, ada cerita disebalik perletakkan jawatan Dr. Roland Chia yang juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi PKR, juga merupakan penyokong kuat Azmin Ali. Beliau sebenarnya kecewa kerana permintaannya agar dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah tidak dilayan oleh Anwar Ibrahim yang sebaliknya melantik Lajim Ukim.

Adalah difahamkan beliau juga berasa kecewa kerana tidak dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah dimana-mana syarikat yang diterajui oleh kerajaan Selangor oleh Azmin Ali. Tindakan Anwar Ibrahim dan Azmin ini dilihat dengan sengaja meminggirkan beliau.

Tambah menyakitkan hati Dr. Roland Chia, Lajim Ukim yang baru sahaja menjadi ahli PKR diberi pelbagai kemudahan dan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah sebagai ganti kepada jawatan Ketua Menteri Sabah. Disamping itu, Lajim Ukim menggunakan jawatannya untuk mengumpul kekayaan melalui pelbagai projek di Selangor dan Pulau Pinang. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan Dr. Roland Chia meletak jawatan, menurut Che Gu Bard.

Kenyataan Che Gu Bard ini mengesahkan beberapa perkara :
1) Pucuk pimpinan PKR memang mengamalkan sikap pilih bulu.
2) Dalam PKR sendiri berlaku perebutan jawatan dan kuasa.
3) Pemimpin PKR mengumpul kekayaan dari jawatan yang dipegang dan menerima projek-projek di negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

4) Adun PKR tidak ikhlas untuk berkhidmat demi rakyat setempat yang memberikan undi, sebaliknya hanya memikirkan keuntungan peribadi.

Beginilah cara mereka bekerja. Rakyat diperbodohkan dengan pelbagai momokkan retorik basi yang sememangnya sedap sebagai halwa telinga semata-mata namun tiada sebarang tindakan proaktif demi rakyat untuk rakyat. Prosa ini hanya boleh di dengar, percaya tidak sekali-kali.

Semoga pengundi daerah Inanam, Sabah menyedari mereka telah tersalah pangkah.

Sumber: KLxpress dot com

Persoalannya.. betulkah dia letak jawatan??????? Jika menurut berita kelmarin di ASTRO AWANI 17/12/2014 Belum ada pengesahan berkenaan perkara itu.

KUALA LUMPUR:  Kedudukan Anggota Dewan Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Dr Roland Chia menimbulkan kekeliruan dikalangan pemimpin dan penyokong PKR di peringkat pusat dan juga di Sabah.

Sebaik tersebar berita peletakan jawatan Dr Roland, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak dapat mengesahkan kedudukan naib pengerusi PKR Sabah itu.

Rafizi dalam kenyataannya menjelaskan PKR masih dalam proses menghubunginya untuk mendapat maklumat lanjut untuk mengesahkan kenyataan pendek ditulis di laman sosial.

Sementara itu Bernama melaporkan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin berkata Dr Roland masih lagi Adun Inanam.

"Buat sementara waktu ini, ini khabar anginlah sehinggalah kita memperolehi pengesahan (mengenainya). Saya sudah periksa dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (Datuk Seri Dr Salleh Tun Said) dan (saya) dimaklumkan tidak ada

perletakan jawatan (ADUN)," Lajim dipetik sebagai berkata oleh Bernama.


Lajim juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan akaun Facebook Dr Roland digodam.

Katanya, Adun Inanam itu tidak menyatakan hasrat untuk meletak jawatan ketika mereka berdua menghadir satu mesyuarat minggu lepas.

Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said dilaporkan turut mengesahkan belum menerima surat perletakan jawatan daripada Dr Roland.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Ps: Pada LADY. Jika betullah itu cerita sebenar di sebalik perletakan jawatan ADUN Inanam. Wah.... boleh bayangkan betapa ruginya pengundi memangkah dia ni tahun lepas!  Hanya kerana ketidakpuasan hati pendapatan dan perolehan peribadi terus 'menyamal' (merajuk) membawa diri.

Lagipun LADY tengok permainan politik mereka, nampak sangat bukan perjuangan demi rakyat tetapi perjuangan untuk diri berada di atas dan memiliki kuasa. Dalam tanggapan LADY, mereka hanya memperjuangkan kehidupan 'kejayaan' pribadi mereka semata. Andai benar mereka ini memperjuangkan hak rakyat. Soal setakat menjadi wakil rakyat sahaja tidak akan diambil perkara menyedihkan. Sememangnya mereka kan mewakili rakyat kawasan mereka perolehi amanah. Takkan sesudah perolehi status YB maka adalah WAJIB mereka dianugerahkan jawatan status menteri????? Selepas tak dapat apa-apa jawatan terus merajuk dan konon nak letak jawatan??????? Ainaaaaa... senang betul ideologi mereka ini!!!!!

Lagi lawak apabila perkara ini hangat diperkatakan, mulailah keluar kenyataan konon akaun FB kena 'hack' atau kena godam. Itulah alasan mereka keluarkan setiap kali bertujuan menutup pekung yang mereka dedahkan sebelum ini!

Apapun sekali lagi. LADY katakan.. betapa CHILDISH betul politik mereka ini. Tak dapat gula-gula terus merajuk dan melatah! Mempermainkan amanah yang diberikan oleh sipemangkah!!!

Comments

Popular Posts