DEMI ANWAR ANAK DIPERJUDIKAN????



LADY tak taulah bila lah penguatkuasaan dasar perlindungan kanak-kanak daru dieksploitasikan oleh orang dewasa??!! Dah beratus dozen rasanya pelbagai gambar telah dihantar oleh individu dan komen dari pembaca awam tapi... hanya kenyataan amaran sahaja yang dikeluarkam tetapi tindakan tetap belum berlaku!

Mengikut kefahaman dan info yang LADY tahulah, salah satu prasa yang ada dalam dasar perlindungan kanak-kanak adalah :


Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak. - http://www.jkm.gov.my

Hari ini dan esok berlangsung pendengaran rayuan terakhir pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27

Sempena perbicaraan si Anwar. Fiesta di Universiti Malaysia malam semalam belum memenuhi kemeriahannya dibawa pula ke perkarangan Istana Kehakiman Mahkamah Putrajaya! Tak kisah sangat walau ada yang bergolek berguling, bertiarap hatta bogel sekalipun, kalau mereka rasa adalah HAK KEBEBASAN Anwar yang diperjuangkan!


Kononnyalah, kawalan keselamatan dikawal ketat! Itu info yang LADY baca. Tak tau ketat yang bagaimana.

Suasana sekitar mahkamah bagaimanapun dikawal ketat oleh pasukan keselamatan yang bertugas.

Mahkamah Persekutuan dikawal ketat utk pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim @501Awani pic.twitter.com/1ZJmnHAN8W

— syaf (@syafique) October 27, 2014

"Jangan takut. Jangan panik" pesan Dr Afif Bahardin, Timb Ketua Angkatan Muda Keadilan kepada anggotanya @501Awani pic.twitter.com/QOupThEGnh
— syaf (@syafique) October 27, 2014

Info Awani


Tetapi....

Hal mengherat bayi dan kanak-kanak ke perhimpunan yang tiada jaminan keselamatan ni yang buat LADY ambil kisah!!!


Adakah kerana cinta mereka kepada Anwar mereka sanggup memperjudikan keselamatan anak-anak mereka ?!!!!  Layakkah Anwar diagungkan sehingga sanggup mengorbanan anak darah daging mereka sendiri??? LADY boleh menghidu motif mereka membawa anak mereka adalah untuk menyalahkan kerajaan sekiranya berlaku insiden membabitkan keselamatan anak mereka!
Pada pendapat LADY, orang-orang sebegini tidak layak menjadi penjaga kepada anak-anak mereka! Elok anak-anak berkenaan diambil dan diserahkan kepada penjaga yang jauh lebih bertanggungjawab! Hal politik dan emosi jangan sampai mengabaikan keselamatan anak-anak! Gila
 dan bodoh namanya!


Kepada anggota keselamatan .. tangkap je! , kepada pihak yang berkaitan terutama sekali kementerian pembangunan wanita dan keluarga.. mohon tindakan tegas ke atas mereka bukan setakat kenyataan menyedapkan hati konon akan ada tindakan. Setakat cakap macam tu, LADY pun boleh keluarkan kenyataan! Tetapi LADY tak ada kuasa nak bertindak, jadi ini hanya luahan semata!


Kini menanti keputusan perbicaraan sahaja. Jika berpihak pada Anwar himpunan penyokong akan berubah menjadi fiesta perayaan gembira! Tetapi jika berpihak kepada kebenaran, himpunan ini akan berubah kepada ala-ala BERSIH dan rusuhan yang mungkin berlaku kerosakan. LADY HARAP pihak keselamatan sangat bertegas dalam suasana itu!


Ps: ada gak mayat hidup join himpunan ni! Dah mati konon kezaliman tapi boleh pula pakcik berbaju putih itu muncul semula! Bumi tak terima badan pakcik ker?????

sumber gambar : rakan blogger

Comments

Popular Posts