ISU MB SELANGOR : GELODAK DI KEMUDI BAHTERA PAS DALAM LAUTAN BERARUS



Apa dah jadi ni? Nak berapa nakhoda dalan satu bahtera PAS ini???? LADY tak taulah, dalan membuat kenyataan, pengurusan barisan kepimpinan PAS sendiri menunjukkan percanggahan pendapat. Bayangkan dalam masa membuat kenyataan, 2 suara yang memberi pendapat yang berbeza!!!!

Dalam satu sidang media di ibu negara semalam (7/9/2014) Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberikan jawapan yang agak berbeza berhubung calon menteri besar itu.

Mohamad berkata PAS akan tetap menolak walaupun istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka sebagai menteri besar Selangor yang baharu, sementara Mustafa pula menyatakan bahawa PAS akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan. ?????????????????????????

Presiden PAS, Abdul Hadi dalam kenyataan sebelum ini berkata PAS menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi keranan beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memimpin.

Menurut Hadi, Islam telah menetapkan beberapa ciri dan syarat dalam melantik seorang pemimpin.
"Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.

"Kalau daripada awalnya lagi dia (Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri.
"Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)" katanya.
Mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 17 Ogos lalu turut menetapkan nama presiden PKR itu, serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.


Bagaimanapun, difahamkan Abdul Hadi menggunakan kuasanya sebagai Presiden PAS untuk mengemukakan senarai berbeza yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin untuk dikemukakan kepada Istana Selangor 3 September lalu

Dalam soal ini, LADY dah tak hairan apabila si mat sabu sejak mula mengikut nada suara PKR dan juga DAP. Sememangnya dia adalah budak si Anwar!!!! Bukan sahaja budak Anwar malahan si keldai DAP!!  No wonder si Ronnie mengangkat si mat sabu kononnya seorang yang bijak ! (Hahhahaha.. si keladai yang sipuji kerana mengikut rentak tuannya!! Good boy. Move !!! Good boy!!!!!)

Itu cerita dalam barisan kepimpinan PAS pusat. Belum lagi bagaimana pendapat antara kumpulan (konon dikatakan golongan profesional. Entah di mana ciri-ciri profesionalnya kepimpinan PAS pusat.. hanya mereka yang mengundi sahaja tahu). Berbeza dengan keputusan kumpulan ulamak PAS.

Menurut Dr Haron, kenyataan Abdul Hadi itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dalam mencalonkan mereka yang layak mentadbir negeri Selangor.

"Itulah  penilaian dan pandangan (yang dibuat) Majlis Syura sebelum ini.

"Kalau dia (Wan Azizah) cukup kelayakan sudah tentu Majlis Syura akan menyokong" katanya ketikia ditemui wartawan SuaraTV sejurus selepas forum perdana bertajuk: Kebangkitan Islam, Di Manakah Peranan Kita? yang diadakan di perkarangan Dataran Surau An Nur Seksyen 3, malam tadi.
Mengikut jadual asalnya, beliau bersama Abdul Hadi sepatutnya turut berucap dalam program yang diadakan itu, namun ia dibatal pada saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dimaklumkan.

Forum yang diadakan itu membariskan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan dan Ketua Dewan Ulama Wilayah Persekutuan Ustaz Riduan Md Nor.

Menurut Dr Haron lagi, masih ada calon yang lebih layak untuk dieprtimbangkan berbanding Wan Azizah.

"Dalam Islam bukan soal gender tapi apa yang lebih penting adalah soal amanah, kemampuan. latar belakang dan sejarah seseorang itu.

"Maka apa yang telah diputuskan oleh Majlis Syura dan dipikul oleh sebahagian besar daripada pimpinan parti melihatkan ada orang lain yang lebih baik daripada Wan Azizah," katanya lagi.

Beliau berkata disebabkan faktor itulah sehingga sekarang Abdul Hadi menyerahkan isu pemilihan Menteri Besar itu kepada Sultan Selangor untuk dimuktamadkan.

"Jika sultan masih melihat Wan Azizah boleh dan sesuai menteri besar, saya rasa tuanku akan lantik beliau.

"Kalau tuanku pun tidak nampak demikian (kelayakan), tuanku akan memilih orang lain," katanya lagi.

Peliknya... Naib presiden yang seorang pula dalm usaha menutup percanggahan pendapatan yang sebenarnya umpama menutup bangkai gajah dengan sehelai daun pandan. Menafikan konon berlakunya percanggahan pendapat!!!

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menafikan wujud percanggahan pendapat antara golongan ulama dan profesional dalam PAS mengenai isu calon menteri besar Selangor.

Beliau menjelaskan, parti itu telah menetapkan keputusan bersama bahawa kerusi menteri besar itu adalah milik PKR dan PAS tidak berhasrat menuntutnya dari rakan mereka itu.

"Kita tidak pernah bercanggah. (Dalam) mesyuarat tiga jam tadi (Ahad), kita bincangkan semua aspek dan kita bahaskan dengan cukup harmoni dan kita bebas melahirkan pandangan dan akhirnya kita simpulkan dengan satu keputusan,"  (Astro Awani)

Hahahahahha.. ini kalilah!!!!!!

Yang pasti. Kemelut dalam PAS dalam menyatakan pendapat mereka dalam soal pemilihan calon MB selangor sudah terang lagi bersuluh. Hanya rakyat yang buta hati sahaja tidak menyedari hal begini!!!!

Dan tindakan DAP dan PKR mengingkari tutah baginda Sultan Selangor telah menimbulkan rasa dukacitanya baginda sultan.

" Sultan Selangor zahir rasa dukacita terhadap DAP dan PKR yang ingkar kemuka lebih dua nama calon MB seperti titahnya: SU Sulit Sultan"

Sekali lagi. Sebagai rakyat Malaysia, LADY simpati kepada rakyat Selangor kerana situasi tidak sihat yang berlaku dalam negeri mereka. LADY hanya boleh zahirkan simpati sahaja. Keputusan mengundi PRU12 dan PRU13 pilihan pengundi yang memilih kumpulan PR. Agaknya inilah kemajuan yang mereka janjikan kepada pengundi sebelaum ini. Agaknyalah!!!

Comments

Popular Posts