MACAM MACAM: AHLI PERNIAGAAN PULA MATI DITEMBAK DI SABAH


 
KOTA KINABALU:  Seorang ahli perniagaan dari Kuching, Sarawak dilaporkan maut selepas ditembak di kawasan letak kereta di hadapan sebuah restoran di Beverly Hills, Penampang malam tadi.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata mangsa yang dikenali sebagai Teong Choon Kwong, 44, seorang pengusaha pusat peranginan Dinawan (di Sabah) terkena satu das tembakan di bahagian rusuk kanannya.
 
Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa yang baharu keluar dari restoran berkenaan dikatakan sedang bertelefon apabila sebuah kenderaan kecil berwarna putih merapati kawasan letak kereta itu dan melepaskan tembakan menggunakan 'shotgun' dari jarak dekat.
 
Mangsa meninggal dunia pada tengah malam ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth dekat sini, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.
 
Menurut Hamza, suspek yang terlibat dalam kes itu dipercayai lebih daripada dua orang.
 
Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada pihak polis.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Comments

  1. KJ kata tak perlu undang2 ala ISA dan EO. Violates human rights. My foot la! Dgn amik PA DAP lagi. Dasar ejen singaporkk.

    ReplyDelete
  2. aku berharap polisi cepat menangkap pelakunya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts