MAJLIS RUMAH TERBUKA

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi





Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sipitang telah dilaksanakan sebanyak 2 kali pada tahun ini dengan 2 lokasi serta tarikh yang berbeza. Berlangsung Majlis Rumah terbuka yang pertama pada Hari Raya kedua (11hb September 2010) di Dewan Serbaguna Sipitang. Kehadiran masyarakat kawasan Parlimen Sipitang sungguh memberangsangkan. Walaupun jemputan diumumkan majlis akan bermula jam 10.00 pagi, namun ada yang bersemangat hadir awal dari yang telah dinyatakan, serta mereka setia menunggu sehingga majlis itu selesai. Seperti tahun-tahun sebelumnya, selain jamuan makan berbentuk pondok-pondok yang menyediakan pelbagai juadah makanan , majlis ini diserikan juga dengan persembahan muzik tradisional kumpulan Gambus dan Kulintangan, selain itu juga kehadiran artis tempatan dan artis Akedemi Fantasia iaitu Ebi Kornalis, Felix dan Ain AF8 menyerikan majlis tersebut. Tema kali ini ‘UNGU”


Kejutan? Mestilah ada. Patung @ poster berupa diri Ketua UMNO Bahagian menanti di muka pintu dewan. Beberapa orang jawatankuasa UMNO bahagian tekena guraan tersebut apabila mereka menyangka bahawa poster itu adalah yang sebenar. Manakala Ketua Puteri UMNO Bahagian yang hadir awal juga terkejut melihat poster terkejut. Menurutnya, semasa dalam perjalanan ke dewan, beliau masih melihat kenderaan ketua Bahagian , mengagak ketua bahagian belum sampai lagi di dewan. Apa lagi, peluang sebegini telah dijadikan peluang oleh orang ramai mengabadikan kenangan mereka dengan poster ketua Bahagian. Kata mereka, bukan kerana susah hendak bergambar dengan Ketua Bahagian, tetapi takut tidak berpeluang lagi melihat poster tersebut tahun hadapan.

Majlis Rumah Terbuka kedua UMNO Bahagian Sipitang pula berlngsung pada hari raya ke-6 (15hb September 2010), bertempat Dewan Sekolah Menengah Vokasional, Beaufort. Pelaksanaannya hampir sama dengan majlis pertama, iaitu juadah pelbagai pilihan, tetapi kali ini, para pengunjung disajikan persembahan artis jemputan iaitu Juara Raja Lawak 2010 iaitu kumpulan KECIK dan cabutan pengunjung bertuah. Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga berbeza dari sebelumnya iaitu berbentuk basikal, barang-barang elektrik dan telefon bimbit yang semuanya sumbangan sebahagian jawatankuasa UMNO bahagian Spitang. Selain itu, Jawatankuasa pelaksana telah memberi kejutan istimewa kepada Ketua UMNO Bahagian (YB Datuk Sapawi Ahmad) serta Timbalan ketua Bahagian (YB Kamarlin Ombi) dengan menghadiahkan Kad Ucapan Selamat Hari Raya yang direka khas oleh jawatankuasa UMNO Bahagian. Istimewanya majlis kali ini, walaupun tiada pakatan untuk membuat tema pakaian jawatankuasa, secara kebetulan hampir keseluruhan jawatankuasa memakai pakaian tema jingga, kuning.

Pergerakan Puteri UMNO Merakamkan ribuan terima kasih kepada penyumbang Hadiah Pengunjung bertuah kali ini. Walaupun permohonan secara tidak formal dilakukan olehg Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian kepada mereka, namun atas dasar kekeluargaan, para penyumbang sudi menyumbangkan hadiah tersebut mengikut yang telahdi persetujui sebelum ini. Harapan kami, pada tahun hadapan, sekiranya sekali lagi kami dimandatkan melaksanakan aktiviti pengunjung bertuah ini, semoga lebih ramai lagi sudi menyumbangkan hadiah-hadiah tersebut. SALAM RIBUAN TERIMA KASIH.

SALAM 1 MALAYSIA, SALAM AIDIL FITRI

Comments

Popular Posts