Benar apa yg kita nmpak?


Apabila kita melihat sesuatu, kebiasaannya kita boleh mengagak apa yang bakal berlaku atau telah berlaku. Tetapi apabila mata kita melihat pada suatu suasana, minda kita akan memproses memberi maklumat berdasarkan data-data yang tersimpan dalam otak kita. Tindak balas berikutnya berdasarkan hasil proses otak kita.


Pernahkan kita terasa, tindakan kita ada kalanya tidak menepati apa yang sedang berlaku. Maksudnya, sesuatu apa yang kita nampak, pemikiran dan tindak balas kita adalah sebaliknya? Tindak balas yang dimaksudkan bukan sahaja kelakuan menggunakan tenaga kita, malahan impresi wajah, penilaian kita terhadap sesuatu berdasarkan apa yang kita nampak.


Persoalannya sekarang, benarkan apa yang kita nampak merupakan perkara yang benar? ataupun ia menjadi benar apabila kita meletakkannya sebagai perkara yang benar, berdasarkan pengetahuan yang telah kita miliki?

Comments

Popular Posts