Followers

BATALKAN PERHIMPUNAN BERSIH, BAJU MERAH : TPM ZAHID

.
KUALA LUMPUR:  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Gerakan Baju Merah dan Bersih mengikut arahan Ketua Polis Negara bagi membatalkan perhimpunan kedua-dua kumpulan itu Sabtu ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan akan tetap diambil ke atas mereka yang melanggar undang-undang.

"Sewaktu menggulung ucapan Belanjawan bagi Kementerian Dalam Negeri, saya katakan tindakan akan diambil ke atas kedua-dua pihak sama ada baju merah atau kuning. Jadi, untuk mengelakkan supaya perkara ini tidak berlaku, maka kedua-dua pihak hendaklah stand down, ertinya mereka hendaklah menghentikan perarakan atau perhimpunan itu," katanya semasa ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata polis tidak akan berat sebelah dalam mengambil tindakan, baik baju kuning mahupun baju merah.

"Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dari segi tindakan yang akan diambil ke atas dua-dua pihak," tambahnya.

BACA: PM Najib bimbang berlaku pertembungan antara penyokong Bersih 5, Baju Merah

Tegas beliau, mana-mana kumpulan tidak sepatutnya menentang tindakan polis kerana arahan menghentikan perhimpunan telah dikeluarkan pihak berkuasa.

"Ya, jadi (jangan marah polis) kena ikut undang-undanq. Apa yang dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah berdasarkan peruntukan yang ada sama ada dalam Akta Perhimpunan Aman atau undang-undang berkaitan. Saya minta kedua-dua pihak mematuhi Ketua Polis Negara," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid bertegas untuk tidak memberi respon apabila ditanya mengenai tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memakai baju Bersih 5 dan muncul dalam satu video menggesa rakyat menyertai perhimpunan tersebut.

Bersih 5 dijangka tetap diadakan pada Sabtu ini dan pada masa sama dibimbangi akan turut menyaksikan pertembungan dengan Gerakan Baju Merah yang dianjurkan ketuanya Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Khalid pada masa sama mahu kedua-dua kumpulan agar tidak menentang atau marah dengan pihak polis apabila mereka mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang semasa perhimpunan berkenaan.- ASTRO AWANI

PERSEKUTUAN DAPAT 95% BAHAGIAN KEUNTUNGAN? SABAH HANYA DAPAT 5%?

Sering kali LADY baca komen pihak yang sentiasa mentanak batu atas api. Saban kali ada juga segelintir melatah apabila cerita ini disebarkan. Tetapi berapa ramai pula tahu fakta sebenar tentang ini.

Hari ini, LADY nak kongsikan cerita yang sebenar. Ianya fakta bukan auta untuk hidangan maklumat di minda anda. Agar momokan si rebusan batu pada api. Tidaklah terus meresap masuk dalam jiwa anda

Sila baca di bawah ini

Isu Petroleum di Sabah merupakan isu panas yang sering menjadi modal besar untuk menjadi pejuang segera dalam masyarakat Sabah. Mari kita bersama berhadapan dengan realiti vs fantasi berkenaan isu ini.

isu ini  adalah berkisar kepada ketidak-fahaman mereka tentang industri huluan (Upstream Industry) Minyak dan Gas Petroleum.

Antara Dakwaan Pembangkang

“Sabah diberi setakat 5% hasil minyak Petroleum yang terokai di Sabah, maka 95% diangkut oleh kerajaan persekutuan PETRONAS.”

Jawapannya:

Dibawah Production Shari Contract (PSC) Kerajaan Malaysia diwakili oleh PETRONAS akan  menganugerahkan konsesi carigali dan pengeluaran Minyak atau Gas Petroleum kepada Syarikat Minyak melalui proses tender.

Syarikat tersebut akan melabur serta menanggung risiko ke atas inisiatif awal untuk mencari membangunkan dn mengeluarkan hasil dari telaga minyak atau gas yang dipertanggunghjawabkan kepadanya.

Sekiranya usaha awalan tersebut mendatangkan kejayaan, maka syarikat dibenarkan untuk menggunakan sebahagian hasil minyak dan gas petroleum tersebut untuk membayar balik segala pelaburan modal serta perbelanjaan operasi selama tempoh konsesi telaga tersebut, yang dinamakan sebagai ‘cost oil’.

Manakala bakinya adalah ‘profit oil’ yang akan dibahagikan antara dan syarikat tersebut. Namun, di Malaysia, ‘profit oil’ tersebut juga akan dibahagikan kepada kerajaan negeri dimana petroleum itu dkeluarkan dengan terma yang dikenali sebagai royalti petroleum.

Sebaliknya, andaikata Syarikat Minyak tersebut gagal dalam usaha awalannya untuk menerokai dan mengeluarkan Petroleum di telaga tersebut segala pelaburan sarta risiko lainnya akan ditanggungnya sendiri tanpa membebankan Kerajaan.

Bagi setiap 100 Tong Minyak Petroleum yang dikeluarkan, contohnya di Sabah:

Royalti untuk Negeri Sabah 5 Tong – 5 %
Royalti untuk Kerajaan Persekutuan 5 Tong – 5 %
Cost Oil 60 Tong – 60 %
Profit Oil 30 Tong – 30 %
Maknanya, Sabah menerima 5% dari perolehan pengeluaran kasar Petroleum yang diterokai di Negeri ini tanpa menanggung sebarang risiko.

Kerajaan Persekutuan juga menerima 5% daripada perolehan Pengeluaran Kasar Petroleum sama seperti negeri Sabah. Peratusan ‘Cost Oil’ boleh berbeza mengikut lokasi dimana telaga minyak atau gas Gaspetroleum itu diterokai dengan pengeluaran di dataran menjadi Cost Oil lebih rendah manakala pengeluaran bagi telaga Petroleum di laut dalam akan lebih tinggi dan mahal.

Keuntungan atau ‘profit oil’ di Malaysia akan diraih oleh syarikat Minyak yang beroperasi atau diberikan konsesi PSC tersebut dengan sebahagian keuntungan dikongsi kepada PETRONAS selaku Custodian Of Petroleum in Malaysia. Antara Syarikat Minyak yang aktif di Sabah termasuklah Shell, Murphy Oil, Petronas Carigali dan lain-lain.

Persoalan kenapa DUN Sabah tidak mengikut jejak DUN Sarawak untuk meminta Kerajaan Pesekutuan dan PETRONAS menaikan kadar royalti 5% kepada 20%?

Jawapan:

Seperti fakta yang kita lihat diatas meminta royati 20 peratus adalah agak sukar jika kita lihat cara pembahagian nilai pengeluaran 100 Tong. Jika kita meminta 20 peratus bermakna kita perlu untuk melabur dalam bahagian “cost oil” atau di bahagian “profit oil” yang perlu pelaburan yang banyak dan perlu juga menanggung risiko jika penerokaan minyak tidak berjaya. Untuk setiap penerokaan Minyak memerlukan kos USD10Juta untuk setiap galian.

Maka kita kena realistik dalam perkara ini dan bukan retorik politik semata-mata. sekalipun kita menhalau syarikat petronas dan mengantikan shell tetap juga mereka akan menetapkan profit oil 30 tong atau 30 peratus.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, untuk menaikkan kadar royalty 5% yang diberikan kepada Sabah ke angka yang lebih tinggi adalah agar sukar. Namun apa yang dilakukan oleh negeri sabah dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman, negeri Sabah telah diberikan keizinan untuk mengambil bahagian dalam penerokaan dan pengeluran minyak dan gas petroleum di Sabah melalui sebuah syarikat milik 100% kementerian kewangan sabah bernama M3nergy sdn bhd.

Pada 20 November 2014 M3nergy Berhad beserta rakan kongsinya Sapura Kencana, Sabah Energy Inc. dan Petronas Carigali Sdn. Bhd. Telah memenagi Tender meneroka dan mengeluarkan minyak. Petroleum di Blok daratan SB331 (13, 114 km2) dan Blok SB332 (17,933 km2) di pantai Timur Sabah, dimana ekuiti Syarikat Milik Negeri Sabah itu ialah 30%.

Sepertimana yang kita tahu bila kita mempunyai ekuiti dalam sesuatu pelaburan kita juga terdedah dengan risiko kerugian. Kerajaan negeri Sabah juga telah melaksanakan penjanjian yang memberi kelebihan kepada negeri iaitu ekuiti negeri sabah hanya terlaksana jika syarikat penerokaan minyak betul-betul menjumpai kawasan penerokaan. Jika gagal dalam sesuatu penerokaan kerajaan negeri tidak akan terlibat dengan kos operasi tersebut. Jika berjaya kita akan terus dengan ekuiti 30% tersebut dan akan berkongsi keuntungan dengan syarikat yang melaksanakan carigali daratan.

Manfaat untuk Negeri Sabah hasil kebijaksanaan mencebur diri dalam industri huluan secara pro- aktif tersebut;

Perolehan 5% Royalti dari pengeluaran kasar yang dihasilkan
Keuntungan sebagai Syarikat Minyak akan mendapt tambahan 30% (berdasarkan ekuiti) dari keuntungan ‘Profit Oil’
Manfaat sebagai pemain utama industri utama industri petroleum akan mampu menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan dan syarikat Sabah dalam industri sokongan petroleum.
Manfaat pendedahan tenaga anak Sabah akan terbuka luas untuk peluang pekerjaan sebagai tenaga pengurusan, professional, teknikal, tenaga mahir dan separuh mahir.
M3nergy Berhad sekarang ini telah mendapat kelulusan untuk menukar nama syarikat kepada Sabah International Petroleum Sdn. Bhd.
Antara permintaan yang telah ditunaikan ialah:

-Perlantikan Datuk Hasanel, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah sebagai ahli lembaga Pengarah PETRONAS. Mengarahkan PETRONAS untuk mengeluarkan ratusan juta RM untuk memindah serta mengubah-suai pelantar minyak yang tidak digunakan lagi, untuk menjadi pangkalan hadapan ESSCOM di Pantai Timur Sabah mengawal keselamatan Sabah dari pencerobohan kumpulam militant dari Negara jiran.

Memberi kebenaran kepada PETRONAS untuk mengeluarkan dana khas bagi membangunkan Sukan Bolasepak di negeri Sabah dengan pembinaan Padang Latihan Bolasepak SAFA di Kompleks Sukan Likas yang akan bermula awal tahun 2017, serta dana untuk penganjuran pertandingan bolasepak bagi pemain-pemain remaja di Sabah selama 5 tahun mendatan.

Mengarah PETRONAS untuk menaja kos pembinaan Maktab Rendah Sains Mara baru yang akan dibina di Ranau untuk manfaat pelajar-pelajar Sabah khususnya yang datang dari kawasan pedalaman Sabah.

Memberi Kebenaran untuk PETRONAS mengeluar dana CSR bagi membina Pusat Penyelidikan Imbak Canyon milik yayasan Sabah.

-Pemberian Ekuiti 25% kepada anak syarikat Kerajaan negeri Sabah dalam Kilang Ammonia dan Urea Samur di Sipitang.

-Memberi Ekuiti 40% kepada NRG (milik Yayasan Sabah) dalam pemilikan Logi Pengeluar Tenaga Bebas 300MW menggunakanGAS di Kimanis.

-Memberi peluang kepada syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah dan Usahawan Sabah yang berkelayakan untuk menjadi kontraktor dalam bidang perkhidmatan dan perbakalan industry Petroleum di Sabah.

Pendekatan Sabah lebih kepada bisik-bisik tapi ada hasilnya, Daripada kita berteriak tapi tiada hasil yang kita dapat.

Sumber: https://www.zainald.com/2016/isu-petroleum-kerajaan-persekutuan-dapat-95-bahagian-keuntungan-sabah-hanya-dapat-5/

Ps: membaca jambatan ilmu. Yang malas membaca tu selalu dibodoh-bodohkan. Cuba anda bercerita di kedai kopi dengan fakta sebenar daripada memperkatakan perkara yang anda sebenarnya tidak tahu langsung!!!!

MALAYSIA TEKAT CAPAI TAHAP SATU SENARAI PEMANTAUAN AMERIKA SYARIKAT


LONDON:  Malaysia sedang menggiatkan usaha meningkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes pemerdagangan manusia atau perhambaan moden melalui kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol), Polis Nasional ASEAN (Aseanapol) dan pertukaran maklumat perisikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa langkah ini selaras dengan tekad untuk memperbaiki kedudukan negara dari Tahap Dua ke Tahap Satu dalam senarai pemantauan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

"Kita telah mencapai Tahap Dua tahun selama dua tahun berturut-turut, menjelang tahun 2020 kita nak mencapai Tahap Satu," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia, di sini pada Isnin.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysa di United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Ahmad Zahid, yang berada di sini bagi lawatan kerja lima hari berkata beliau akan turut membincangkan mengenai isu ini dalam pertemuannya dengan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri United Kingdom, Amber Rudd, yang dijadualkan Rabu.

Peningkatan Malaysia ke Tahap Satu boleh mempercepatkan kelulusan permohonan Malaysia untuk pengecualian visa dari AS untuk rakyat Malaysia ke negara itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia sebelum ini berdepan masalah untuk meningkatkan bilangan mereka yang dihadapkan ke pengadilan kerana tidak ramai yang boleh menjadi saksi untuk memperkukuhkan bukti bagi sabitan.

"Masalah yang dihadapi pihak pendakwa raya dalam menangani kes-kes pemerdagangan manusia ialah mendapat saksi penting hadir di mahkamah.

"Ini berkait rapat dengan kewujudan jaringan sindiket pemerdangan manusia global," katanya.

Ahmad Zahid berkata pada masa ini pihak AS mendapati walaupun tangkapan Malaysia terhadap pesalah yang terbabit dengan kegiatan ini telah meningkat kepada lebih 100 orang, namun bilangan mereka yang dituduh dan disabitkan di mahkamah masih kecil.

Justeru, katanya, Malaysia dianggap sebagai tidak begitu serius untuk menangani perkara ini.

Oleh itu, katanya, perbincangan telah dibuat dengan pihak Pejabat Peguam Negara bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan bilangan pendakwaan dan sabitan terhadap mereka yang terbabit dalam kes isu pemerdagangan manusia.

Beliau berkata, pada masa ini, lebih 30 orang telah didakwa di mahkamah dan lebih 50 orang lagi dijangka dihadapkan ke muka pengadilan tahun depan termasuk 10 orang yang akan diekstradisi dari Thailand, kerana terlibat dalam kes pengebumian beramai-ramai mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis, pertengahan tahun lepas.

Ahmad Zahid berkata United Kingdom dan Malaysia mempunyai kepentingan bersama dalam isu pemerdangan manusia yang juga diistilahkan sebagai perhambaan moden.

Ini jelas semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May semasa di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York baru-baru ini.

Usaha lebih menyeluruh, katanya, harus dilakukan bagi menangani isu itu terutamanya apabila beberapa usaha yang dijalankan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) bagi menangani masalah ini menemui jalan buntu.

Isu perhambaan moden ini, katanya, adalah penting bukan sahaja di Eropah malah di rantau ASEAN terutamanya Malaysia yang menjadi antara tumpuan pekerja asing untuk mencari mencari peluang kerja.

Ahmad Zahid memulakan lawatan dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak Digital Barriers hari ini, sebuah syarikat peneraju pasaran peralatan dan perisian keselamatan serta risikan global.

Beliau kemudian melawat Penjara Belmarsh di sini dan akan menghadiri jamuan malam bersama peneraju industri United Kingdom. -- BERNAMA

SIAPA KATA NAJIB JUAL NEGARA? PELABURAN CHINA MERATA DUNIA!



PELIK TAPI BENAR. Kejayaan membawa masuk banyak pelaburan dari China dikatakan PM menjual negara? LADY tertanya-tanya juga, kalau begitulah keadaannya, sudah berapa banyak negara yang telah dijual kepada China dengan kemasukan pelaburan dari negara tembok besar itu? adakah sama juga apabila pelabur jepun, Korea yang juga antara negara yang membuat pelaburan di Malaysia adalah pemilik Malaysia ini kerana dengan membuat pelaburan mereka telah membeli negara???????

betul kata ketua penerangan UMNO Malaysia dalam penerangannya :

"Perdana Menteri sedang mencipta sejarah Malaysia dan China dalam kerjasama strategik yang akan meninggalkan impak besar kepada Malaysia sendiri," katanya pada Program Siri Jelajah Penerangan UMNO Malaysia di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK).


Annuar berkata, kerjasama dengan negara luar juga bukan bermakna pemimpin menjual negara, sebaliknya urusan perdagangan dan perniagaan adalah satu kerjasama ekonomi antara Malaysia dan negara luar.

"Sejak bila pula perdagangan dikatakan cara jual negara, kita buat lebuh raya Timur-Barat oleh pihak Itali dan Thai, bukan bermakna kita jual negara pada Itali Thai, ...Tun Mahathir Mohamad (mantan Perdana Menteri) bina Daya Bumi dengan syarikat Korea, ada ke kita serah negara pada Korea?," katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, rakyat perlu berhati-hati dalam menerima suasana politik negara yang kini banyak dihimpit pihak luar selain cuba meraih keuntungan yang boleh membahayakan keselamatan negara. - Malaysia4all

Maaflah Tun M, cukup-cukuplah anda menjual diri anda kepada pihak pembangkang, jangan menaburkan momokan kata-kata mengarut anda hanya kerana mendambakan pewarisan legasi keturunan anda menjadi yang berkuasa. anda telah menjual maruah anda dengan bercerita perkara yang suatu ketika dulu anda sendiri lakukan, kini anda cuba mengelak dengan memutar belitan benang basah anda. perlara FAKTA tak pernah ada tarikh luputnya, walau berabad anda hidup, selagi ia tersimpan, ia tidak akan pupus. 

 oppss,.. dah jadi pembangkang pun kan. LADY malas nak kurang ajar, tetapi biar LADY bersikap jujur, KUBU DAH MEMANGGIL-MANGGIL TU, PINTU DAH BERULANG KALI KATA PERGI. ELOK PERBANYAKKAN AMALAN UNTUK BEKALAN , JANGAN MENAMBAH DOSA YANG TAK PANDAI SURUT. 

kredit for grafik : Tanduk Kinabalu

Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq menulis surat terbuka kpd DYMM SULTAN JOHOR menyanggah larangan demonstrasi jalanan....TINDAKAN BELIAU DI SANGGAH SEORANG MAHASISWA UKM MOHD FARHAN ...

SURAT TERBUKA SEORANG MAHASISWA KEPADA KETUA PEMUDA PARTI BERSATU, SDR. SYED SADDIQ

Assalamualaikum W.B.T saudara,

Sebagai seorang rakyat dan orang muda sama seperti saudara, saya tertarik kepada surat terbuka yang ditulis oleh saudara kepada DYMM Tuanku Sultan johor.

Sepintas lalu saya nampak saudara sebagai seorang anak muda yg berani,namun bila saya berfikir dgn masak sebagai ilmuan dan intelektual melayu,saya tertanya tanya apakah ini satu langkah yg bijaksana atau lebih berupa satu kebiadapan orang politik mencari publisiti atau mungkin juga ianya berupa tindakan terancang "orang tua" yg sengaja menggunakan "Budak  Suruhan".

Bagi saya anak muda menulis  surat terbuka kepada seorang Sultan Yg Memerintah dan menyanggah titah baginda secara terbuka dan "in public"ADALAH SATU KEBIADAPAN YANG NYATA.Ia bukan saja menyalahi adat malah boleh di tafsirkan sebagai penderhakaan dan percubaan mencari pengaruh kearah membenci dan menolak titah sultan.Saudara berhak menyembah pendapat,Tapi apabila ia dibuat secara terbuka bererti saudara cuba bermain politik sambil mengadu kekuatan dan pengaruh dgn SEORANG RAJA YG MEMERINTAH ..

Kita tau PENGERUSI PARTI SAUDARA adalah seorang yg mempunyai rekod pernah menggunakan cara ini utk MENJATUHKAN seseorang dan hari ini saudara mewarisinya.


Di zaman politik tidak lagi menyanjungi kebiadapan dan tindakan barbaric dan sebaliknya menghargai kebijaksanaan,daya ilmu,diplomasi,kesopanan dan kesusilaan saya merasakan saudara bukanlah CERMIN Anak MUDA MELAYU yg berilmu dan bijaksana...Ini kerana:-

1)      Tindakan saudara menulis surat terbuka sememangnya tindakan yang sengaja mengundang rasa tidak selesa rakyat kepada institusi kesultanan yang sepatutnya dihormati oleh rakyat.Justeru saudara punya niat MENGHASUT DAN MENDERHAKA..

2)      Tindakan komentar yang dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor adalah tindakan yang berpelembagaan dan tidak langsung dilihat salah di sudut undang-undang negara oleh kerana Sultan adalah ‘ De Jure head’  yang mempunyai hak untuk menitahkan segala apa yang difikirkan perlu oleh Baginda.Adalah silap kiranya saudara menganggap DYMM SULTAN JOHOR tidak memahami perlembagaan dan hak rakyatnya.Dan lagi besar silapnya jika saudara GAGAL MEMAHAMI maksud titah baginda.Ia menggambarkan saudara seorang Anak muda yang sangat cetek pemikiran serta sombong dengan sikap sendiri..

3)      Tindakan saudara melalui surat terbuka ini tidak lari dengan skema kelakuan Tun Dr Mahathir yang menulis surat terbuka kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman yang akhirnya membangkitkan rasa benci rakyat kepada Tunku. Maka, tindakan saudara menyebabkan kami terfikir bahawa saudara menjadi boneka Tun M dlm menghala kemarahannya kpd DYMM SULTAN JOHOR.Sedangkan saudara tentunya tidak lupa FATWA Tun M tentang demonstrasi jalanan waktu beliau menjadi PM DAN MENTERI DALAM NEGERI.Saudara juga tidak harus lupa apa yg PENGERUSI PARTI saudara itu lakukan sewaktu beliau menjadi MENTERI PELAJARAN dgn memperkenalkan AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIV 1974.

4) Saya bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan hak untuk rakyat untuk bercakap, berhimpun dan berpesatuan melalui perkara 10 perlembagaan. Tetapi, tindakan DYMM Tuanku Sultan Johor menyeru rakyat untuk tidak terlibat dengan demonstrasi jalanan adalah untuk mengelakkan kejadian-kejadian perhimpunan haram yang dilihat banyak mendatangkan kekacauan dan keadaan huru-hara seperti mana yang berlaku ketika perhimpunan Bersih sebelum ini.

5) Tindakan saudara menyentuh peruntukan perkara 10 perlembagaan persekutuan secara cetek,tidak menyeluruh ,adalah satu tindakan populis dan tidak berhemah..ia memalukan Komuniti ilmuan para siswazah khususnya SISWAZAH melayu

Seharusnya peruntukan undang-undang ‘fundamental’ seperti ini perlu dikupas secara menyeluruh agar maksud undang-undang itu dapat difahami secara tuntas. Perkara 10 perlembagaan persekutuan sememangnya memberikan hak kepada rakyat untuk bercakap,berhimpun dan berpesatuan seperti yang dipetik oleh saudara melalui peruntukan perkara 10 (1)(a), 10 (1)(b) dan 10 (1)(c). Namun begitu peruntukan perlembagaan melalui perkara yang sama juga memperuntukan sekatan-sekatan yang boleh diambil terhadap hak-hak yang disebut di dalam peruntukan perkara 10 melalui perkara 10 (2),10 (3) dan perkara 10 (4) apabila hak yang diberikan itu didapati mengancam ketenteraman,keselamatan serta melanggar prinsip moral. Sudah pasti saudara juga sedar dan tahu akan asas perhimpunan BERSIH  yang jelas memperjuangkan LGBT yang melanggar prinsip moral di negara ini.

7)      Seharusnya, sebagai seorang rakyat yang berlatar belakangkan pelajar undang-undang serta seorang rakyat Bangsa Johor, saudara melihat komentar DYMM Tuanku Sultan Johor ini sebagai keperluan untuk difikirkan oleh rakyat tambahan pula saudara adalah figura yang mempunyai populariti dalam kalangan masyarakat.

saudara telah menyentuh perkara skandal rasuah berskala besar dan salah guna kuasa. Disini saya mohon saudara Saddiq menjawab dalam kadar segara iaitu bagaimana anak2 Pengerusi Parti saudara Tun Mahathir iaitu Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz boleh menjadi multi-billionaire dalam masa yang bagitu sengkat. Bagaimana pula Pemimpin parti rakan kongsi saudara bergelumang dgn kes rahsuah di Mahkamah .Bagaimana pula senior dalam Pakatan saudara berkali kali di hukum di Mahkamah kerana MEMFITNAH ..Jikalau saudara enggan menjawab soalan ini maka saya rasa saudara Saddiq tidak layak untuk menasihati YAM Sultan Johor mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa.

Saya juga memperingatkan Saudara Syed Saddiq agar beristiqamah dalam setiap tindakan dan tidak terburu-buru mengikut telunjuk individu tertentu yang sudah sekian lama mempunyai masalah dengan institusi kesultanan terutamanya Sultan Johor. Tindakan saudara Syed Saddiq ini telah mencerminkan bahawa cengkaman Tun Dr Mahathir telalu kuat keatas dirinya sehinggakan rasa hormat dan kesetiaan kepada Kesultanan Johor mampu dikorbankan. Hormati dan lindungilah sistem Raja Berpelembagaan, Demokrasi Beparlimen di negara ini. Sedarlah bahawa keegoan dan ketaksuban manusia seperti saudaralah yang telah menamatkan riwayat pemerintahan islam di Libya, Mesir yang akhirnya mendatangkan kekesalan sepanjang hayat kepada rakyat di sana. Sedarlah tindakan perhimpuan BERSIH 5 yang kononnya ingin mendesak Perdana Menteri Meletak Jawatan adalah sekada tajuk cerita tetapi plot dan skripnya telah dirancang dan di ambil melalui skrip karangan orang yahudi seperti Gene Sharp dan lain-lain agar pemerintahan melayu islam di bumi ini dapat dihentikan.

Farhan Khairuddin
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

PEMIMPIN MEMIMPIN .....


Seseorang pemimpin itu tidak akan boleh memimpin jika beliau dipengaruhi oleh pihak lain. Seseorang pemimpin itu haruslah berani melakukan sesuatu perkara walaupun ramai yang tidak berani melakukannya. Kerana martabat agama,bangsa dan negara ini harus sentiasa dipertahankan!

PERSAINGAN SEBENAR POLITIK MALAYSIA





Persaingan sebenar POLITIK Msia adalah antara dua pihak...UMNO-LED BN VS DAP-LED OPPOSITION...UMNO LED BN BERSANDARKAN MELAYU YG BERSATU,serta orang Cina Dan semua KAUM YG lain

APA TINDAKAN SELEPAS TIADA KEBENARAN DAN KELULUSAN????????



LADY mahu tahu juga apa tindakan kumpulan YELLOW ni selepas tiada kelulusan dan kebenaran menggunakan lokasi yang dipohon pada 19hb nov ini kelak? Masih juga berhasrat untuk membuat himpunan??????? Di semenanjunhmg sudah jelas DBKL tidak mengeluarkan kebenaran penggunaan Padang Merdeka sebagai lokasi himpunan. Di kota Kinabalu sudah pasti jawapan sama dikeluarkan.
Berpandukan 2 surat yang LADY baca berulang kali. Lokasi yang dipohon tiada kelulusan untuk digunakan. Ada siapa mahu bantah apa yang LADY tulis ni dengan mengatakan LADY bohong????  Kalau berani tinggalkan komen anda bersama nama anda di ruang komen. Dont worry, LADY akan beri kelulusan untuk dipublish di ruang itu. Tiada sekatan pun!


Wahai YELLOW YELLOW semua. Anda akan bertindak jugakah untuk lakukan himpunan di lokasi tersebut walau tiada KEBENARAN? Kalau buat juga, pastinya anda-anda semua spesies yang tidak BERTAMADUN walau setinggi mana level akademik anda! Kerana hanya orang tak bertamadun sahaja tidak BERADAB merempuh masuk. Anda akan menerima anugerah PENCEROBOH HARAM !!!!! Dan sudah jelas anda anda semua tidak sekali-kali berniat untuk PERJUANGKAN KEADILAN melainkan BERCITA-CITA MEMUSNAHKAN KEHARMONIAN.

2 3 hari ini, LADY ikuti berita yang mendedahkan penglibatan si Yahudi SOROS dalam penajaan ke arah politik di Malaysia.  Bermula tahun 2010? Pada tahun itulah juga buat julung kalinya kumpulan YELLOW muncul dengan KEPETUALANGAN MELAMPAU, bukan sahaja merugikan ekonomi peniaga sekitar malahan menimbulkan keadaan HURU HARA!!! Pendedahan Leak tu menunjukkan bahawa berlaku CAMPUR TANGAN ASING dalam politik !! Itu sebabkah si YELLOW YELLOW dengan gelojoh melakukan himpunan MERUSUH tiada ciri-ciri AMAN pun yang ditunjukkan. Setiap tindakan ditunjukkan taktik PROVOK supaya diserang.!!!!  Pada penyokong YELLOW ini yang membaca, tunjukkan bukti pada LADY yang LADY salah dalam kenyataan pribadi LADY di ruang komen. Jangan gunakan taktik BLOCK..  dan komen LUCAH lagi MENGARUT anda ya. Itu melambangkan kekotoran identiti dan kendiri anda!!


LADY memang BENCIKAN SOROS ini kerana dialah DALANG kemelesetan ekonomi 1997 yang menggoncang kestabilan ekonomi negara ketika itu!! Bukan setakat Malaysia, ia melibatkan negara-negara lain juga. Punya jahanam si SOROS ni !! Dan kini, ada PETUALANG negara yang menjual KEDAULATAN negara denga  bersama si SOROS ini pula?!!!! Logik juga pandangan-pandangan beberapa kepimpinan yang PELIK LAGI HAIRAN apabila MP pembangkang membantah berkaitan laporan pernyata perbelanjaan pilihanraya. Adakah kerana mereka berkehendak menyembunyikan PENAJAAN SOROS ini??????? Anda tahu agenda si SOROS. Tapi anda sanggup bersamanya untuk memusnahkan negara anda sendiri!!!!!! Masyallah!!!!!

Semalam 02/11/2016, ditegaskan juga oleh YAB timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Di Kementerian Dalam Negeri

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa penganjur Bersih 5.0 mengikut nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Ia susulan lokasi bersejarah itu tidak termasuk dalam kawasan yang diizinkan mengadakan perhimpunan selain tidak digazetkan dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Memang benar penganjur Bersih mohon keizinan 10 hari sebelum himpunan tetapi Dataran Merdeka tidak termasuk dalam lokasi diizinkan. Seperti kata DBKL yang tidak mengizinkan tempat digunakan sebab ia tidak digazet dalam Akta Perhimpunan Aman," katanya semasa ditemui media selepas ucapan penggulungan Bajet 2014 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat.

Jelasnya, mana-mana individu yang melanggar peraturan seperti dalam Akta Perhimpunan Aman akan diambil tindakan.

Beliau dalam pada itu menegaskan, baik Baju Merah atau Baju Kuning, kedua-duanya tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan yang dijangka diadakan bulan ini.

Larangan itu dibuat Menteri Dalam Negeri itu bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku jika berlaku sebarang pertembungan antara kedua-duanya. - AWANI


Baiklah. LADY stop di sini dulu. Sambung di artikel lain. Sila baca dengan minda terbuka.. bukan membaca dengan emosi melanda.

#comeback

JAWAPAN KEPADA YANG KELIRU MACAMANA HARGA MINYAK DIMALAYSIA DITENTUKAN


Penetapan harga minyak di Malaysia ini kita pakai sistem "manage float"atau apongan terkawal. Purata data bulan ni akan tentukan harga minyak bulan depan. Contohnya, kenaikan harga minyak bulan Nov disebabkan oleh peningkatan dlm cost of production (Brent nak convert jadi Ron97, Ron95 dan diesel).

Rujukan kepada harga brent semata-mata tidak cukup. Pasal ada faktor lain mcm penyusutan nilai ringgit bagi bulan semasa, sila rujuk data di bawah:

Data September (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan Oktober)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD59 
Kos produk Ron95 : USD58
Kos produk diesel : USD54
Exchange rate : USD1 = RM4.15


Data Oktober (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan November)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD67
Kos produk Ron95 : USD65
Kos produk diesel : USD63
Exchange rate : USD1 = RM4.25


Peningkatan kos produk tu salah satunya disebabkan oleh excess supply. Fasiliti storage yang tidak cukup juga akan meningkatkan lagi kos produk bulan Oktober berbanding September.