Followers

PENDEDAHAN DATO' LOKMAN ADAMA 12 TAHUN YANG LALU BERHUBUNG DANA YANG PKR TERIMA DARI GEORGE SOROS KINI DISAHKAN BENAR OLEH DC LEAKS TURUT DITERIMA OLEH BERSIH, MALAYSIAKINI DAN MERDEKA CENTER


KESELAMATAN NEGARA KITA SEDANG DIANCAM KUASA ASING!


PERTAMA : Dengarkan pendedahan Lokman Adam di sini 
https://m.youtube.com/watch?v=sWio_bAqtLU

KEDUA : Baca satu persatu apa yang dinyatakan dalam laporan penuh pendedahan DC Leaks :

QUOTE: DC Leaks dedah OSF (Open Society Foundation) mula berperanan pada 2010 di Malaysia atas nama pilihan raya bersih dan adil. Merdeka Center dan Malaysiakini turut dibiaya Soros untuk jatuhkan kerajaan Malaysia.

DOKUMEN ITU MENYEBUT 'MALAYSIA PROGRAM', YANG MERUJUK KEPADA AKTIVITI SOROS YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PILIHAN RAYA 'BERSIH DAN ADIL' DI MALAYSIA.

SELAIN BERSIH, DOKUMEN ITU JUGA MENYEBUT SOROS TURUT MEMBIAYAI MERDEKA CENTER DAN MALAYSIAKINI. O-S-F DIKATAKAN MULA BERPERANAN PADA 2010, DENGAN HARAPAN PILIHAN RAYA UMUM DIADAKAN PADA 2011, IAITU DUA TAHUN SELEPAS DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK MENGGANTIKAN TUN ABDULLAH BADAWI SEBAGAI PERDANA MENTERI.

USAHA MEREKA UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA BERJALAN SEJAK SEKIAN LAMA MENERUSI PERANCANGAN DAN PEMBERIAN DANA.

O-S-F BUKAN SAJA MENGAKUI TELAH MEMBERI DANA KEPADA AKTIVITI BERSIH, MALAH BERKATA WALAUPUN MAJORITI SOKONGAN DIBERI DALAM BENTUK GERAN, TETAPI PEMBERIAN GERAN DALAM 'MALAYSIA PROGRAM' BERPERANAN LEBIH DARIPADA ITU.

D-C LEAKS YANG SEBELUM INI MENCEROBOH DAN MEMBOCORKAN EMEL PERIBADI HILLARY CLINTON SEHINGGA KES ITU KINI DISIASAT F-B-I...

KALI INI MENDEDAHKAN BERSIH MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN DARIPADA GEORGE SOROS UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA.

PENDEDAHAN ITU DIPEROLEHI DARI DOKUMEN OPEN SOCIETY FOUNDATION, O-S-F MILIK SOROS.

O-S-F MENJADI 'DRIVER' ATAU PEMANDU UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA.

SELARI DENGAN PENDEDAHAN SOROS GIAT MELOBI AHLI POLITIK AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENJATUHKAN DATUK SERI NAJIB, DAPAT DILIHAT BAHAWA USAHA MEREKA UNTUK MENUKAR MALAYSIA TELAH BERJALAN SEJAK SEKIAN LAMA, MENERUSI PERANCANGAN DAN PEMBERIAN DANA.


Klik disini untuk baca pendedahan penuh DC Leaks

http://soros.dcleaks.com/download/?f=/2015pr/apro%20malaysia%20program%20supporting%20free%20and%20fair%20elections%20in%20malaysia%20june%2022%202015/apro%20malaysia%20elections%20pr%20outcomes%20summary%206.2015.docx&t=president


Antara tulisan lain yang turut mendedahkan rancangan Soros
https://sputniknews.com/politics/201610281046843489-soros-wikileaks-malaysia-leak/

SERIUS KER BAJET ALTERNATIF PEMBANGKANG????


Adakah pihak pembangkang benar-benar 'serious' untuk membentuk kerajaan? Bajet Alternatif mereka amat membimbangkan semua orang jika mereka menjadi kerajaan.

RUPANYA DS HUSNI LEBIH BERPENGETAHUAN DARI TS MUHYIDIN YASIN:


DS Husni sekurang kurangnya bertanya soalan di parlimen dgn fakta yang betul, tinggal lagi beliau terlupa yg beliau sendiri telah pun menjawab soalan tersebut setahun lebih awal.

Namun TS Muhyiddin berbeza.Beliau telah berucap di parlimen seolah olah beliau tidak tahu membaca apa apa lapuran ATAU megira sebarang angka dan menyampaikan ucapan sulongnya di saf pembangkang DENGAN SECARA NYATA MEMBOHONGI PARLIMEN.

Sama ada beliau sememangnya tidak tahu apa apa hal ekonomi dan pentadbiran semasa menjawat jawatan TPM atau ia mungkin satu bukti pemikirannya kusut TANPA HIDAYAH, sejak keterlibatan nya dalam konspirasi MERAMPAS JAWATAN PM dari DSN yg kini terbukti gagal.

1.Beliau menyebut hutang 1MDB RM53b,sedangkan hutang semasa 1MDB adalah RM20b..Dan kesemua hutang tersebut adalah hutang jangka pjg YANG TIADA SATU PUN YG SUDAH MATANG..Hingga hari in8 KERAJAAN TIDAK PUN MELAKUAN SEBARANG BAIL OUT dan 1MDB BERUPAYA MENGURUS SENDIRI hutang Perniagaan mereka. Tidak spt yg cuba di takut takutkan oleh sesetengah pihak.

2.TSMY mendakwa berdasarkan "KAJIAN KE ATAS LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA",kononnya Negara kerugian antara rm23-40billion akibat kelemahan PENGUATKUASAAN,rasuah dan salah Urus tadbir. Kenapa tidak di sebut kajian mana dan oleh siapa? Kita ingin tahu cara mana menghitungnya? Atau apakah ia sama spt cara PH membuat belanjawan dgn menyatakan dlm bajet mereka 2016 mereka boleh menyelamatkan 10% belanja mengurus dgn membenteras rasuah,dan tiba tiba bajet mereka 2017,angka melonjak menjadi 25% tanpa sebarang asas. Jika itu caranya ternyata TSMY begitu cepat terkena virus jangkitan PH, yg sering berbohong dan yg jelas merendahkan wibawanya sebagai seorang yg pernah berjawatan tinggi.

3.TSMY secara bohong memberitahu Parlimen kononnya beliau berjaya menghalang kabinet dari meluluskan pinjaman RM 3b kpd 1MDB kerana wang itu di perlukan utk membayar faedah dari hutang tanggongan 1MDB. Walhal dari sumber IMDB pinjaman itu adalah utk pembangunan TANAH TRX DAN JANAKUASA JIMAH(Timur). Janakuasa tersebut terpaksa di Jual dgn harga lebih rendah akibat HALANGAN TSMY itu.Kiranya ia di buat PENAMBAHBAIKAN terleih dahulu, 1MDB pastinya beroleh laba yg lebih besar bila ianya di jual. Isunya TSMY sanggup berbohong tentang utk apa pinjaman 3b di pohon dari kjaan spt terdapat dlm kertas kabinet.

4. TSMY juga cuba menyelewengkan Parlimen dgn menyatakan KAJIAN PAKAR meletakkan nilai ringgit sepatutnya berada pada tahap RM3.50 bagi USD1.00. Nilai ringgit kini lebih rendah kerana sentimen negative berpunca dari 1MDB.
Pakar mana yg membuat andaian sedemikian? Jika benar, mengapa pada awal Januari 2015 sebelum isu 1MDB meletup Nilai ringgit waktu itu sudah berada pada Paras 3.51? Rupanya TSMY langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang punca utama pengukuhan nilai matawang Amerika berbanding matawang lain d dunia. Beliau tidak tahu bagaimana KENAIKAN KADAR FAEDAH oleh bank pusat US sebenarnya memberi impak pada nilai greenback (dollar Amerika).

5. TSMY juga membuat dakwaan kononnya matawang kita lemah dan terdedah pada serangan dan kononnya 1997 kita punya REZAB yg kukuh. Ternyata TSMY telah lupa segala angka dlm ingatan dek amarahnya. Beliau lupa rezab Negara pada 1997 hanya USD20b berbanding sekarang hampir 5 kali lebih tinggi.

Ternyata TSMY sudah bertukar menjadi seorang pembangkang lebih rendah standardnya daripada POKOK SENA Atau SHAH ALAM..

Parlimen kini melihat bagaimana PAGOH TIDAK LAGI PAGOH...

Patutlah apabila saya berdiri memohon laluan utk berdebat dgn nya ketika beliau berucap di Parlimen beliau menolaknya. TERNYATA BELIAU MEMILIH UTK BERMONOLOG SEORANG DIRI, khuatir fakta ucapannya di sanggah tanpa beliau berupaya mempertahankannya.

TAN SRI ANNUAR MUSA
AHLI PARLIMEN KETEREH

KENYATAAN : DIGANTUNG BERTUGAS

Kerajaan negeri menafikan pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalah guna dana kerajaan telah kembali bertugas hari ini selepas dibebaskan dengan jaminan RM500,000 semalam.

Jurucakap Pejabat Ketua Menteri ketika dihubungi berkata, notis penggantungan tugas tersebut telah dikeluarkan minggu lalu dan kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan diberikan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, laporan beberapa portal mengatakan pengarah tersebut telah kembali bertugas adalah tidak tepat.

“Laporan (portal berita) yang sangat tidak tepat. Surat penggantungan telah dikeluarkan minggu lalu. Setiausaha Kerajaan Negeri akan keluarkan kenyataan,” katanya ringkas. – UTUSAN ONLINE

KENYATAAN YAB KM SABAH

Kenyataan Y.A.B. Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman-Arahan Semakan Segera Tatacara Perolehan, Pemantauan dan Pengurusan Kewangan Jabatan dan Agensi Kerajaan berkaitan peruntukan di luar Bajet Negeri.

Saya telah memanggil dan menerima taklimat awal daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (SKN) dan Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Kewangan Sabah berhubung siasatan ke atas beberapa orang pegawai di sebuah jabatan di bawah Kerajaan Negeri Sabah.

Susulan daripada taklimat tersebut, saya telah mengarahkan SKN dan SUT untuk membuat semakan lanjut pada kadar segera. Semakan lanjut ini tidak akan menyentuh dan mengganggu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun untuk memastikan pengurusan dan tatacara kewangan yang teratur dan mematuhi peraturan di semua peringkat. Semakan akan berfokus kepada tatacara perolehan dan pemantauan bukan sahaja jabatan yang berkenaan, tetapi semua jabatan dan agensi negeri yang terlibat menguruskan peruntukan di luar Bajet Kerajaan Negeri dan disalurkan melalui kementerian, jabatan dan agensi luar.

Pada masa yang sama, saya meminta semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Jangan bertindak mendahului SPRM termasuk membuat sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan yang dijalankan oleh pihak SPRM.

Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam agenda memerangi rasuah dan sentiasa meletakkan pematuhan integriti sebagai prinsip utama dalam setiap aspek termasuk pengurusan kewangan negeri.

=Tamat=

INILAH KEADAAN SEBENAR.

Pada yang gelojoh nak mengaibkan orang. Baik korang cepat minta ampun dosa korang ya. Jangan sampai malaikat maut datang nak mencabut.. baru korang terkial2

BILA FITNAH DITELAN BULAT. CERITA AUTA PUN DIANGKAT FAKTA!! : MIDAH OH MIDAH

LADY pun hairan dan pelik.. kenapalah kak Midah ni bengang lagi bahalul? Kes tangkapan 2 pegawai kanan di Jabatan Air Sabah langsung tiada kaitan pemegang jawatan dalam UMNO. Awat gelojoh sangat kak oiiiii

LADY setuju sangat komen Cucu tok Selampit

Individu yang ditangkap dalam skandal rasuah yang terbesar di Sabah dan mungkin juga di Malaysia adalah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib dan Timbalan Pengarah, Ir. Teo Chee Kong serta dua individu lain yang ada kaitan dengan kes tersebut. Fakta penangkapan ada hubungan dengan projek air di Sabah sejak tahun 2010 yang bernilai RM3.3 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar &  Wilayah (KKLW).

Buat sementara waktu tiada sesiapa yang menuduh atau menghubungkan individu-individu yang ditangkap tersebut mempunyai kaitan dengan mantan Menteri KKLW, DS Shafie Apdal. Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak untuk melompat. Agak bodoh dan bangang apabila Mantan Pengerusi Tekun dan bekas EXCO Perak, Datuk Hamidah Othman cuba mengaitkan DS Anifah Aman sebagai Ketua Bahagian UMNO Kimanis dalam skandal ini.

Ag Mohd Tahir menjadi Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah atas kelayakan beliau untuk dilantik yang bukannya lantikan politik. Dalam rekod UMNO tidak ada nama Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib pernah menyandang sebarang jawatan dalam UMNO amnya dan khasnya UMNO Bahagian Kimanis. Untuk makluman umum, Bendahari UMNO Kimanis adalah Datuk Rizal Abdullah @ Raymond Godfrey. Macai, tolong hadam fakta ini!

Fakta ni sudah TERANG LAGI BERSULUH tau!! Yang dia copy percaya dan paste dengan yakin fitnah tu apa halnya kak midah oiiii...  kalau kak midah ni katak dalam tempurung.. bolehlah kata langsung tak tau apa2.. ni dahlah pernah menjawat jawatan besar... janganlah tayang kebodohan diri sampai tak mampu menapis maklumat yang sampai dengan lakukan penyelidikan !!!

Jangan gelojoh sangat kak midah oi!! Dapat maklumat terus buat posting!! Ni hang bukan takat minta maaf kt FB atau media sosial je tau.. kena minta ampun dari empunya diri yang hang terlibat sebarkan.  Midah ohhhh midah!!!!

AKTA SUMBANGAN DAN PERBELANJAAN POLITIK TIDAK HARUS TUMPU KEPADA SUMBANGAN JUMLAH BESAR : DARD

Cadangan untuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik tidak harus tertumpu kepada sumbangan jumlah besar, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Ceramah mingguan pembangkang yang melibatkan kutipan derma dengan mengedarkan "tin Milo" untuk mengumpul derma daripada para hadirin juga perlu dikaji.

Di samping itu, kempen derma melalui tajaan majlis makan juga perlu diambil kira. Mungkin setiap sumbangan adalah kecil tetapi oleh kerana jumlahnya besar, angka terakhir mungkin besar dan boleh mencecah berjuta-juta dalam satu tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) hari ini menggariskan 32 perkara termasuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk meningkatkan integriti dan pembiayaan politik.

Pengerusinya Datuk Paul Low Seng Kuan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata cadangan itu akan dibawa kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu akan datang sebelum dibentangkan di Parliament untuk dibahaskan dan diluluskan.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata undang-undang yang sama dicadangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi malangnya pembangkang menolaknya bulat-bulat atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka.

"Ia amat mengecewakan kerana pihak pembangkang menggambarkan diri mereka sebagai telus. Idea itu diilhamkan oleh tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri sendiri," .

Abdul Rahman berkata beliau beliau berpendapat bahawa pembaharuan yang dicadangkan itu akan menyaksikan pemimpin pembangkang berkubur lebih awal.

Abdul Rahman berkata rasuah semasa pilihan raya bukan hanya tentang wang, tetapi menabur janji secara berlebihan kepada pengundi juga boleh menjadi satu bentuk rasuah.

"Pembangkang memang terkenal dengan amalan ini. Mereka suka menjanjikan bulan dan bintang tanpa mengambil kira akibat buruk kepada ekonomi dan masa depan negara. Siapa pula yang akan memantaunya?," kata beliau.

Beliau berkata memberi tumpuan semata-mata kepada pembiayaan politik tidak akan berlaku adil kepada usaha kita untuk meningkatkan ketelusan proses pilihan raya di negara ini.

"Ironinya ialah oleh kerana BN adalah kerajaan, rakyat secara automatik fikir bahawa BN adalah pembuli besar. Ini tidak benar. Realitinya pembangkang ialah pembuli besar selama ini melalui kempen memburuk-burukkan kerajaan yang penuh dengan pembohongan dan mereka-reka cerita," katanya.

-- BERNAMA