Followers

SIDANG MEDIA BERKENAAN PAPARAN SKRIN APLIKASI WHATSAPP MELIBATKAN DATUK ISNIN HJ ALIASNIH


SIDANG MEDIA BERKENAAN PAPARAN SKRIN APLIKASI WHATSAPP MELIBATKAN DATUK ISNIN HJ ALIASNIH

Sidang media yang dihadiri oleh Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Beaufort itu juga turut dihadiri oleh pimpinan-pimpinan masyarakat KDM serta parti-parti komponen Barisan Nasional.

Melalui sidang media tersebut, Ketua UMNO Bahagian Beaufort itu telah menafikan isu berkenaan paparan skrin aplikasi Whatsapp melibatkan diri beliau yang telah viral melalui media-media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Secara terbuka beliau memohon maaf kepada seluruh komuniti masyarakat Dusun di atas salah faham ekoran isu tersebut. "Saya juga memohon kemaafan andainya sebaran itu mungkin telah menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Dusun di negeri ini," kata beliau.

Menurutnya lagi, pemimpin UMNO sentiasa bersikap terbuka dan memohon maaf. Laporan polis atas perkara tersebut telah dibuat dan beliau menyerahkan hal itu kepada pihak SKMM dan PDRM untuk menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, beberapa pemimpin KDM juga kelihatan turut bersama dalam sidang media itu. Antara yang hadir ialah Datuk Kimjus Duim (Pengerusi Penyelaras KDCA Beaufort), James Dagi (Ketua PBS Bahagian Beaufort) dan juga Saleh Mat Juasi (Setiausaha MASA). Mereka melahirkan keyakinan bahawa Datuk Isnin tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak khususnya masyarakat Dusun, kerana beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat KDM di Beaufort.

Selepas sidang akhbar tersebut, Datuk Isnin bersama rombongan turut menziarahi keluarga KDM  mendiang Joseph Goduhoi di Kg Selagon, Beaufort.

Sumber rakan cyber

KEBENARANANYA


Inilah kebenarannya. Jangan pula nurul Izzah dok melalak pengharamannya masuk ke Sabah adalah tidak sah!!!

HARAMAN NURUL IZZAH DAN TIAN CHUA MASUK SABAH DILULUSKAN DUN SABAH.

Akhirnya!!! Secara rasminya 2 manusia ni diharamkan jejak kaki ke bumi Sabah. Bukan setakat suara saja ya. Tetapi usul diluluskan  dalam DUN Sabah. Ianya adalah rasmi !!!

Sila baca:
DUN Sabah lulus usul haramkan Nurul Izzah, Tian Chua jejak kaki ke negeri itu...

Terakhir dikemaskini: 27 November 2015 By WARTAWAN AGENDADAILY

47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31(3) yang meminta dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, diharamkan masuk ke negeri tersebut berkuat kuasa serta merta.

Menariknya tiga tokoh pembangkang di negeri tersebut Datuk Wilfred Bumburing (BEBAS-Tamparuli) Dr Edwin Bosi (DAP-Kepayan) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) tidak menantang usul khas itu sebaliknya memilih untuk berkecuali.

Menurut Ketua Menteri Datuk Musa Aman, seramai 47 ADUN menyokong usul khas berkenaan dalam pungutan suara yang dilakukan sebaik perbahasan usul itu berakhir.

Sabah mempunyai 60 DUN dengan 48 daripadanya adalah daripada BN. Ditolak Speaker yang tidak mengundi, ini bermakna semua ADUN BN mengundi untuk melarang kedua-dua pemimpin PKR itu menjejakkan kaki ke negeri tersebut.

PKR mempunyai tujuh ADUN manakala DAP empat dan satu dari STAR.

Tiada satupun ADUN termasuk tujuh dari PKR yang tidak menyokong usul tersebut sebaliknya mereka memilih untuk tidak mengundi.

Usul dikemukakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang meminta pihak berkuasa kerajaan menyekat kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.

Raymond turut mengusulkan siasatan dilakukan ke atas dua pemimpin PKR itu terhadap tindakan mengatur dan mengadakan perjumpaan dengan anak Jamalul Kiram III, Jacel Kiram, baru-baru ini.

Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan khas di mana ketua menteri masing-masing berkuasa menghalang mana-mana 'orang Semenanjung' daripada masuk ke negeri tersebut berdasarkan perjanjian ketika pembentukan Malaysia pada 1963.

Nurul Izzah sebelum ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia terutamanya dari Sabah selepas Jacel memuat naik empat keping gambar pada 9 Nov lepas dalam akaun Facebooknya yang memaparkan pertemuannya dengan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Jacel merupakan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan serangan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Susulan itu berlaku pertempuran antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan Malaysia, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban, tiga cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh dalam pertempuran dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.-26/11/2015

Ps: dengar2 lajim tiada dalam dewan bukan sebab keluar tetapi ponteng tak datang ke dewan langsung!!! Wow!! Ponteng???? Cukup tidak berdisiplin!! Kalaulah persidangan ini setiap hari selama 356 hari.. tu bolehlah dianggap nak berehat pening asyik bersidang!! Takkan baru masuk 5 hari bersidang pandai memonteng.. kalau tidak boleh juga mengundi membantah kan.. dah berani tampil membela anak si anwar tu. Zahirkanlah dengan gagh? Kenapa mau bertapuk-tapuk pula????

PARTI BOLEH TERIMA KRITIKAN. TAPI PERLU ADA DISIPLIN: KHAIRY


KUALA LUMPUR:  Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan walaupun parti memberi ruang untuk pelbagai pandangan dan kritikan, parti tetap perlu ada disiplin.

Menurut Khairy, keseimbangan antara kebebasan bersuara dan disiplin perlu diutamakan dalam parti.

"Kita terima kritikan, kita terima pandangan-pandangan berbeza daripada kepimpinan parti.

"Tetapi apabila seorang individu itu telah melanggar batas, menghadiri program-program bersama pembangkang, bersengkokol dengan pembangkang, menyatakan pandangan yang tidak berasas di atas pentas yang tidak baik kepada UMNO, maka kita tidak ada pilihan," kata Khairy pada sidang media selepas Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 2 Penggal Ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada Rabu.

Khairy berkata demikian ketika mengulas tindakan Majlis Tertinggi UMNO yang memutuskan Ketua Wanita UMNO Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat atas pelanggaran disiplin parti.

"Maka, kita perlu mengimbangi antara kebebasan suara dan disiplin parti.

"Dalam kes Datuk Hamidah, beliau sudah keterlaluan dan sebulat suara kita bersetuju untuk keluarkan beliau daripada parti," kata Khairy.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memberitahu, setakat ini hanya Datuk Hamidah diambil tindakan biarpun terdapat hal berkaitan diutarakan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Selasa.- ASTRO AWANI

JAMIL KHIR NAFI LAPORAN DUA PEGAWAI KANAN YAPEIM DIARAH BERCUTI


KUALA LUMPUR:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan portal media tempatan mengenai dua pegawai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang diarahkan bercuti.

"Keputusan tidak ada lagi. Berita itu tidak benar," demikian jawapan ringkas Jamil.

Mengenai dakwaan 3,000 penyumbang dana YaPEIM yang menarik diri berikutan beberapa isu berkaitan YaPEIM, Jamil turut enggan mengulas lanjut.

Penarikan diri penyumbang dana YaPEIM difahamkan berpunca daripada pendedahan Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) baru-baru ini.

Ketua Pengarah NOW, Akmal Nasir dilaporkan mendakwa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menggunakan RM290,000 untuk membiayai dua program kursus kahwin di Paris, Perancis melalui dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskim (PEMANGKIN).

Jamil berkata, kenyataannya berhubung isu-isu lain yang mempunyai kaitan dengan YaPEIM termasuk pendedahan yang dilakukan NOW juga akan dijawab di mahkamah.

"Saya akan menjawab di mahkamah. Saya tidak mahu nanti (kenyataan) bercampur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Fiqh Zakat 2015 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Jamil berkata,  satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk melihat kepada aspek tadbir urus yang baik buat YaPEIM.- ASTRO AWANI

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: NAIB PRESIDEN AKAN KENDALIKAN SIDANH MEDIA-KU NAN


KUALA LUMPUR:  Naib Presiden UMNO akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sidang media pada setiap hari sepanjang Perhimpunan Agung  UMNO pada tahun ini, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Buat masa ini, Datuk Seri Zahid (Hamidi) dan Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) akan mengendalikan sesi ini.

"Bagi satu lagi (Datuk Seri Shafie Apdal), kami akan tanyakan beliau selepas kepulangannya. Kalau nak juga, boleh, tidak mengapa," kata Tengku Adnan ketika ditemui di perkarangan Parlimen.

Tambah beliau, keputusan untuk memilih dua Naib Presiden sahaja dibuat kerana ketiadaan Shafie pada mesyuarat Majlis Tertinggi pada Selasa.

Apabila ditanya sebab kepada keputusan UMNO untuk menghadkan akses media, Tengku Adnan berkata tindakan ini diambil untuk memastikan tiada media memutar belitkan berita.

"Oleh itu, MT putuskan untuk tidak beri akses," kata beliau.

Dari segi ucapan dasar pula, Tengku Adnan berkata mereka masih dalam proses untuk membuat keputusan sama ada untuk memberi kebenaran atau tidak.

"Begitu juga dengan ucapan penggulungan. Nanti kita akan putuskan," kata Tengku Adnan.- ASTRO AWANI

LIPUTAN MEDIA DIHADKAN SEPANJANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: KU NAN


KUALA LUMPUR:  Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan pada bulan hadapan akan diadakan secara tertutup dan liputan pihak media akan dihadkan.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada Malay Mail Online menurut laporannya hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, larangan ini dikenakan kerana dalam liputan Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini, pihak media dikatakan telah memutarkan berita dan pihaknya ingin mengelakkan perkara itu daripada berulang.

Katanya, sekiranya pihak media ingin melaporkan apa yang berlaku semasa perhimpunan itu, UMNO boleh mengeluarkan kenyataan pada penghujung hari tersebut.

Sementara itu, menurut laporan The Star Online pula, Tengku Adnan berkata pihak media hanya boleh membuat liputan selepas sesuatu mesyuarat yang dijadualkan untuk ahli-ahli UMNO selesai.

"Kedua-dua Naib Presiden akan memberikan maklumat harian. Setiap hari kami akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat kami, di bilik media," katanya.

laporan itu turut berkata kad media akan diberikan kepada mereka yang berdaftar untuk membolehkan mereka menghadiri sidang media berkenaan.

Selama ini, pihak media dibenarkan membuat liputan perhimpunan itu, termasuk perdebatan dan usul yang berlangsung.

Sebelum ini, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya berkata persidangan kali ini akan tertutup kepada orang ramai dan tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiarkan.- ASTRO AWANI

NURUL IZZAJ DIRUJUK KEPADA JAWATANKUASA HAK DAN KEISTIMEWAAN PARLIMEM


KUALA LUMPUR:  Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan kepada penceroboh Sabah, Jamalul Kiram III, Jacel Kiram.

Usul untuk merujuk Nurul Izzah itu tersenarai dalam aturan mesyuarat di sidang Parlimen hari ini dan akan dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk membentangkan usul di bawah Perintah Tetap 27(3) dan 80 untuk merujuk naib presiden PKR itu kepada jawatankuasa berkenaan.

"Perincian usul tersebut telah menyatakan bahawa pertemuan tersebut telah dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen dan sumpah setia Nurul Izzah kepada Malaysia.

"Tindakan Naib Presiden PKR itu dianggap suatu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan imej Dewan Rakyat," katanya di Parlimen.

Azalina berkata, keputusan itu akan memberi peluang kepada Nurul Izzah untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu berhubung pertemuannya dengan Jacel.

Menurutnya, gambar Nurul Izzah bersama seorang anggota keluarga diraja Sulu terkenal itu yang bertanggungjawab dalam pencerobohan ke atas Lahad Datu merupakan "isyarat yang nyata terhadap ketidaksetiaan kepada negara".

Beliau berkata teras kepada perkara ini adalah Nurul Izzah gagal menjawab dengan jelas persoalan yang dibangkitkan berhubung pertemuannya dengan Jacel.

"Berikutan wujudnya tingkah laku kurang baik oleh Anggota Parlimen tertentu, kod perilaku atau lebih tepat lagi, kod etika perilaku, perlu menjadi keutamaan memandangkan ia bertujuan mengawal selia anggota Parlimen kita, terutamanya dalam mengadakan pertemuan dengan kumpulan dari luar negara," kata Azalina.

Beliau berkata meskipun Nurul Izzah cuba memohon maaf, sebagai anggota Parlimen, perilaku beliau itu tidak boleh diterima.

Ini, katanya, bertentangan dengan sumpah yang diikrarkan beliau yang berjanji untuk melindungi negara dan mendukung Perlembagaan, oleh itu bermaksud beliau menyedari sepenuhnya tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi dalam perkara berkaitan kedaulatan negara.

"Tidak akan ada kompromi di sini ataupun tolak ansur terhadap apa jua percubaan oleh mana-mana anggota Parlimen untuk melanggari sumpah mereka kepada dewan yang mulia ini," katanya.

Jacel memuat naik empat gambar pertemuannya dengan Nurul Izzah pada 9 Nov, dalam akaun Facebook beliau.- ASTRO AWANI

LAJIM NAK JAWAB APA BILA ANAK SABAH BERSUARA

keratan akhbar Daily Ekspress- 24/11/2015


Dari sumber yang LADY perolehi, pagi ini berlaku himpunan aman anak2 Sabah yang menzahirkan ketidakpuasan mereka dengan tindakan Nurul izzah 'BERTEMBUNG MESRA POSE PLACRAD RELEASE ANWAR' Dengan Jacel Kiram. Himpunan ini dibuat di luar Dewan Undangan Negeri Sabah.

Rasa-rasanya.. adakah tindakan ni berlaku akibat kenyataan dibuat oleh Lajim (24/11/2015- Daily Ekspress) ????? Cetusan kemarahan dan mereka tunjukkan hari ini memandangkan hari ni masih berlangsung sidang Dewan Undangan negeri Sabah.




Harap-haraplah pakcik tu tengok poster2 yang ditayang oleh anak-anak Sabah ini. Biar dia sedar sikit! Dah tua tapi akal tak pernah dewasa. Copy saja ayat si lateefa toya. Dia tak ada perasaan sensitiviti sebagai anak Sabah.!!! Dengar2 dia dah dpt MASTER.. xtaulah bidang apa.. tapi... akal dia tak menampakkan level akademik tahap MASTER a.k.a Sarjana itu!! Kekal boleh dipijak dan dipirik2 oleh penipu besar Nurul Izzah anak si peliwat!!




Bukan LADY sokong himpunan jalanan tetapi LADY sokong tindakan berani mereka tampil tunjukkan betapa mereka terluka dengan tindakan Nurul Izzah boleh BERPOSE MESRA dengan Jacel Kiram. Juru cakap penceroboh suluk!!!selepas itu minta maaf konon tidak kenal siapa si jacel!! Klu xkenal kenapa siap ajak buat pose RELEASE ANWAR????? kalau dia sekadar org biasa bertembung lalu, banyaknya masa Nurul izzah di luar negara sedangkan tanggungjawab dia menjaga kawasan lebih wajib!! Ok LADY stop soal jaga kawasan. Itu cerita lain. Bukan salah nurul izzahpun.. pengundi Lembah Pantai yang suka bebenaor anak anwar tu!!


Wahai penyangak2 di media sosial. Gambar2 ini bukan gambar orang luar ya. Tetapi anak tempatan yang terluka perasaan mereka dengan tindakan si nurul Izzah. Si lajim.perlu tahu tentang ini. Setakat ini dia sajalah orang besar pihak sebelah dengan kebodohan tahap gaban menunjukkan dia kononnya setia menyokong Naib presiden PKR ini!! (Ada udang sebalik mee nampaknya!!)


Setakat ini menurut maklumat yang LADY terima. Keadaan masih terkawal. Ala.. tengok wajah2 pesertapun tak nampak samsengnya mereka.. comfirm aman punya!!! Dalam dewan pula keadaan juga terkawal.. persidangan sedang berlangsung

UMNO PERLU DAPATKAN KEMBALI KEPERCAYAA ORANG MELAYU: HISHAMMUDDIN


KUALA LUMPUR:  UMNO kini berhadapan ujian mendapatkan kembali kepercayaan orang Melayu untuk kekal menjadi tunjang parti relevan di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hakikat itu harus diterima semua ahli selain mencari jalan penyelesaian keluar daripada kemelut berkenaan.

"Situasi itu harus dijadikan pengajaran terutama apabila dalam usaha mengeluarkan parti yang berada dalam kedudukan tidak stabil.

"Kita tidak boleh berterusan dengan sindrom penafian, kita harus akui UMNO berhadapan denan ujian kepercayaan berdepan dugaan keyakinan meruncing dan membimbangkankan," katanya semasa berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta semua anggota UMNO untuk yakin dan percaya terhadap kemampuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi parti.

Katanya, perasaan yakin dan percaya terhadap kemampuan Presiden UMNO itu adalah sama seperti keyakinan yang ditunjukkan oleh anggota parti ketika UMNO dipimpin oleh presiden-presiden parti sebelum ini.

Dalam pada itu katanya, kekuatan UMNO selama ini harus dikembalikan dengan usaha daripada semua ahli parti sendiri.

"Resolusi UMNO bakal membawa gelombang yang memberi kesedaran serta penerangan kepada generasi muda tentang tunjang parti yang sentiasa membela orang Melayu sejak sekian lama," katanya.

APA HAK SABAH DI MINDA LAJIM????

Terkejut LADY bila baca kenyataan Lajim di surat khabar hari ini. Kenapa dia mau pertahankan si nurul izzah berjumpa si jacel kiram???,  dia ni siapa sebenarnya??? Dia sudah menolak rasa keSABAHAan? Dia sudah lupa Tragedi Tandou yang merupakan SEJARAH BERDARAH di negeri Sabah ini!!! SUDAH lupakah dia????? Tragedi berdarah itu bukan sahaja melibatkan negeri Sabah tetapi pencerobohan atas kedaulatan Malaysia!!

Senang-senang dia boleh pertahankan tindakan si nurul izzah!!!!!! Adakah kerana gilakan jawatan dan berusaha bermati-matian untuk pertahankannya, Lajim terlupa asal usulnya??? Sudah lupa sensitiviti rakyat Sabah atas tragedi itu????? Tanah kubur pejuang belum lagi mampat tanahnya!!! Air mata keluarga yang ditinggal belum hilang bekasnya!! Dia boleh bersekutu menyokong tindakan Nurul izzah bertemu Jacel Kiram???!!! Ini bukan sahaja 'bullshit' untuk Lajim!! Laknat ke atas dia!!!+

Walau keluarga LADY tidak terlibat di sana.. tetapi sebagai anak jati Sabah dan warga Malaysia. Pencerobohan itu merobek hati LADY. Betapa mereka itu tidak menghormati negara Malaysia dan bumi Sabah!! Diberi tumpang berteduh mereka beragenda rampas kasar pula!!!

Ini bukan FITNAH yang direka oleh LADY. Ini kenyataan Lajim sendiri dan dipaparkan dalam akbar!!!!!!

KEMBALIKAN PENDEKATAN SEDERHANA ISLAM: SULTAN NAZRIN


KUALA LUMPUR:  Umat Islam di seluruh dunia perlu mengembalikan pendekatan sederhana Islam untuk memerangi ideologi ekstremis seperti militan IS, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda bertitah mesej Islam yang sebenarnya harus diperjelaskan bagi menangani fahaman ekstremis Islam.

"Ini susulan tindakan kumpulan militan IS atau anggota-anggota 'Daesh' yang membunuh orang awam tidak berdosa atas nama jihad di Paris dan Mali minggu lepas.

"Sesungguhnya mereka telah sesat dan amat malang sekali, mereka kini jauh menyimpang daripada jalan pertengahan," titah baginda semasa melancarkan buku 'The Middle Path of Moderates in Islam' karya Profesor Mohammad Hashim  Kamali di sini, Isnin.

Buku itu mengkaji konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan, menghalusi definisi dan skop daripada sumber-sumber asas Islam, Al-Quran dan Hadis.

Seramai 129 terbunuh dan 352 cedera apabila pengganas menyerang beberapa tempat termasuk restoran, dewan konsert dan stadium sukan di Paris.

Sultan Nazrin bertitah Al-Quran menekankan tentang 'pendekatan pertengahan dan kesederhanaan sebagai kebaikan moral yang relevan bukan sahaja kepada kelakuan peribadi individu tetapi juga dalam masyarakat negara-negara di dunia'.

"Walaupun dirahmati Tuhan dan memberi manfaat yang jelas kepada umat manusia, pendekatan secara sederhana sering diabaikan dan ia bersifat elusif dan sukar untuk dicapai, sama ada dalam ketaatan kita kepada agama, tingkah laku peribadi ataupun dalam hubungan dengan orang ramai dan masyarakat.

"Bagi saya, di sinilah terletaknya cabaran utama - tingkah laku sebenar diri kita, pemimpin kita, dan komuniti kita dan negara kita," titah baginda. - BERNAMA

GERBANG TORANA LAMBANG PERSAHABATAN KUKUH MALAYSIA-INDIA


BRICKFIELDS:  Perdana Menteri India, Narendra Modi hari ini melancarkan Gerbang Torana bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Little India, Brickfields.

Struktur ikonik yang terletak di tengah-tengah Brickfields menjadi lambang persahabatan kukuh antara kerajaan India dan Malaysia.

"Gerbang Torana merupakan satu batu penanda kepada hubungan kami. Ia bukan sesuatu hasil ukiran atas batu semata-mata malah lebih menekankan kepelbagaian adat dan tradisi kedua-dua negara," kata Modi dalam ucapan pembukaannya di majlis pelancaran Gerbang Torana itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Najib berkata Gerbang Torana itu mencerminkan hubungan yang lama terjalin antara Malaysia dan India.

"Torana Gate menandakan satu lagi titik yang tinggi dalam sejarah hubungan baik antara Malaysia dan India. Ia menandakan kerjasama yang lebih erat dan satu dimensi baru kepada penglibatan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara," kata Najib.

Kedua-dua pemimpin tersebut juga melahirkan harapan bahawa Gerbang Torana itu akan menjadi tarikan pelancong terutamanya dari India .

Modi berkata jika sebelum ini Little India terkenal dengan makanannya yang lazat dan kini ia akan menjadi lebih terkenal dengan simbol ikonik ini.

Najib pula berkata Malaysia telah menerima jumlah pelancong yang tinggi daripada India dan Malaysia bersedia menerima lebeih ramai lagi pelancong India.

Tetuan Aksaya Jain & Associates yang dilantik kerajaan India telah bertanggungjawab menyediakan rekabentuk Gerbang Torana di Brickfields yang serupa dengan reka bentuk "Great Stupa" di Sanchi, India.

Gerbang ini mempunyai struktur ketinggian hampir 10 meter dengan blok-blok ukiran sandstone yang dibuat sepenuhnya di India dan dihantar ke Malaysia secara blok-blok berkenaan mempamerkan perhiasan yang bercorak bunga-bungaan dan geometri.

Selain daripada ukiran sandstone, pembinaan gerbang ini menggunakan juga kepingan granit, bollard ukiran 'solid stone' serta 'carved low fence wall'.- ASTRO AWANI

TIAN CHUA. JANGAN NAFI TERLIBAY DALAM PERTEMUAN NURUL IZZAH-JACEL: AHMAD ZAHID


KUALA LUMPUR:  Naib Presiden PKR, Chua Tian Chua dinasihatkan untuk tidak membuat penafian terhadap penglibatannya dalam mengatur pertemuan antara Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Tian Chua harus bersedia untuk memberi keterangan kepada pihak polis kelak.

"Jangan nafi melalui media. Beri keterangan nanti kepada polis," kata Ahmad Zahid, dalam satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Tian Chua, yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu menafikan penglibatannya susulan dakwaan Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China pada awal Isnin.

Beliau, sebelum ini mengulas tindakan Nurul Izzah mengadakan pertemuan itu amat tidak dialu-alukan dan seolah-olah mencabar kedaulatan negara.

Nurul Izzah pada pertengahan November telah dikaitkan dengan satu pertemuan dengan Jacel iaitu anak perempuan kepada Jamalul Kiram dipersoal beberapa ahli politik negara termasuk daripada pembangkang. Gambar pertemuan itu telah dimuat naik oleh Jacel pada Nov 9 di akaun Facebooknya.

Pertemuan tersebut telah dibidas kerana dikhuatiri melukai perasaan penduduk Sabah terutamanya di Lahad Datu yang menerima kesan buruk insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina pada 2013, berikutan arahan Jamalul Kiram.

Sehubungan itu, Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin telah menggesa kerajaan negeri Sabah mengharamkan kemasukan Nurul Izzah ke negeri tersebut selepas tersebarnya gambar beliau yang diambil sewaktu pertemuan itu, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.- ASTRO AWANI

TINDAKAN ALVIN TAN. VIVIAN LEE HINA AGAMA ISLAM: SAKSI


KUALA LUMPUR:  Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa tindakan blogger kontroversi, Alvin Tan dan bekas teman wanitanya, Vivian Lee, yang didakwa mempersenda umat Islam pada Ramadan dua tahun lepas, adalah perbuatan yang menghina dan menyindir sensitiviti agama serta umat Islam negara ini.

Setiausaha Eksekutif Ikatan Relawan India Muslim Malaysia (IRIMM), Datuk Syed Al-Kadir Hassan, 49, berkata tindakan itu mengejutkan pelbagai pihak dan mencetuskan kemarahan khususnya umat Islam.

Pada 13 Julai 2013, beliau dan rakannya yang berkumpul di sebuah kedai makanan marah dan mempersoalkan kewajaran pasangan itu berbuat demikian.

"Secara keseluruhannya, semua orang mengetahui perkataan dalam laman facebook iaitu 'Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising)' membawa maksud kepada sup tulang babi dan sedia maklum ia bukan untuk umat Islam.

"Pasangan itu tidak sepatutnya berbuat demikian pada Ramadan mahupun bulan-bulan lain," katanya pada hari pertama perbicaraan kes Alvin Tan atau Tan Jye Yee, dan Vivian Lee atau Lee May Ling berhubung catatan dalam laman Facebook.

Mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut dalam laman Facebook Alvin and Vivian-Alvivi bertajuk menyiarkan gambar dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant,delicious and appetising)' dan mengandungi logo Halal pada 9 pagi, 12 Julai 2013, mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Mereka turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook itu mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.     

Syed Al-Kadir, pensyarah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan saksi ketiga dalam kes itu, juga mempersoal tujuan pasangan itu memaparkan gambar berkenaan kerana ia bukannya perkara gurauan selain bimbang wujudnya persengketaan perkauman.

Semasa disarankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sekiranya tajuk gambar itu ditukar menjadi "Jemput makan dengan Bak Kut Teh", beliau berkata perasaan marah masih wujud kerana semua umat Islam mengetahui Bak Kut Teh bukanlah makanan orang Islam.

Sementara itu, penolong pengarah Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Hisral Zirhan Md Zahari, 36, memberitahu pihaknya memantau laman sosial Facebook "Alvivi" selepas kes seorang wanita berbogel bergambar bersama bendera Barisan Nasional (BN).

Hisral Zirhan, yang bertugas memantau isu-isu berkaitan agama Islam yang ditimbulkan melalui media sosial termasuk Internet, berkata beliau marah dengan tindakan pasangan itu yang mengaitkan gambar itu dengan amalan ibadah umat Islam.

Katanya beliau memahami maksud 'Bak Kut Teh' secara umumnya adalah sejenis makanan kaum Cina yang mengandungi daging yang tidak halal untuk umat Islam seperti daging babi. Pada pengetahuannya, secara umumnya ramuan untuk memasak dan menyediakan makanan itu adalah menggunakan daging babi.

    Perbicaraan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud bersambung esok.- BERNAMA

NAJIB: CHINA SAHKAN MINAT SERTAI PROJEK KERETA API LAJU


PUTRAJAYA:  Malaysia maklum dengan minat China untuk menyertai projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata Malaysia akan menimbang minat China itu atas dasar proses tender antarabangsa.

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus memudahkan pembangunan diselaras projek taman berkembar perindustrian kedua-dua negara dan bersama-sama meneroka peluang menggalakkan kerjasama dalam bidang keutamaan.

"Ia termasuk pengangkutan kereta api, pembinaan kapal, maklumat, komunikasi dan teknologi, penjanaan kuasa dan pembuatan besi dan keluli," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang, di sini, hari ini.

Malaysia dan China hari ini memeterai lapan memorandum persefahaman (MOU) kerajaan kepada kerajaan untuk meningkatkan hubungan dalam perdagangan, budaya dan pentadbiran.

Permeteraian MOU itu diadakan bersempena dengan lawatan rasmi Li ke Putrajaya.

Di bawah Bajet 2016 yang dibentangkan bulan lepas, kerajaan akan meneruskan rundingan kereta api laju dengan Singapura.

Cadangan projek sejauh 350 kilometer itu dijangka menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa hanya 90 minit dan juga menarik minat Jepun dan Korea Selatan.

Sementara itu, bagi memudahkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan yang telah sedia rancak, kedua-dua pihak akan mengukuhkan lagi perdagangan dua hala, menggalakkan dan menyokong pelaburan dua hala, menggalakkan pembabitan sektor swasta dan menyokong kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana dan institusi perkhidmatan kedua-dua negara seperti yang ditetapkan dalam 'Program Lima Tahun bagi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan'.- BERNAMA

268 SYOR DIKEMUKAKAN DALAM LAPORAN AUDIT NEGARA 2014 SIRI 3


KUALA LUMPUR:  Sebanyak 268 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri membuat penambahbaikan serta memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 102 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 32 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 134 syor kepada kerajaan negeri.

"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil dan pengurusan syarikat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ambrin berkata dalam Laporan Siri 3 itu, sebanyak 69 pengauditan prestasi dan 16 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

Selain itu, Kementerian Kewangan turut mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Ambrin berkata secara keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi 2014 masih baik dengan 172 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan 'Sangat Baik' (4 bintang) berbanding 194 pada 2013 dan 143 pada 2012.

"Pencapaian ini memberi dorongan kepada Pegawai Pengawal untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan," katanya.

Setiap tahun, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi yang bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek kerajaan dirancang, dilaksana dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program/aktiviti dan projek itu tercapai.

Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana wang awam dibelanjakan dengan berhemat tanpa pemborosan dan pembaziran serta mendapat nilai faedah terbaik bagi perbelanjaan yang dibuat.

Kandungan dan sinopsis laporan siri 3 itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1 dan 2 dibentangkan di Parlimen masing-masing pada 6 April dan 15 Jun lepas.- BERNAMA

KERAJAAN PERSEKUTUAN KUMPUL HASIL RM220.63 BILION TAHUN LEPAS


KUALA LUMPUR:  Kerajaan Persekutuan mengutip hasil berjumlah RM220.63 bilion pada 2014, meningkat RM7.256 bilion atau 3.4 peratus berbanding RM213.370 bilion tahun sebelumnya.

Hasil cukai dan terimaan bukan hasil menunjukkan peningkatan manakala hasil bukan cukai dan hasil Wilayah Persekutuan menunjukkan penurunan, demikian menurut Ketua Audit Negara.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar mengenai laporan Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2014 serta Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen di sini hari ini.

Peningkatan hasil sebahagian besarnya disumbangkan oleh cukai pendapatan individu dan syarikat, hasil lesen, bayaran pendaftaran dan permit, duti eksais  terhadap barangan import dan cukai jualan atas barang-barang perkilangan dalam negeri.

Perkembangan ekonomi domestik yang stabil serta aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyumbang kepada peningkatan hasil, katanya.

Bagaimanapun, kutipan cukai pendapatan petroleum serta faedah dan perolehan daripada pelaburan menunjukkan pengurangan berbanding 2013 disebabkan penurunan harga petroleum mentah dan terimaan dividen yang lebih rendah  daripada syarikat Kerajaan.

Pada keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi 2014 masih baik, dengan 172 kementerian/Jabatan/Agensi yang mendapat penarafan empat bintang (sangat baik) berbanding 194 pada 2013 dan 143 pada 2012.

Sementara itu, sebanyak 69 pengauditan prestasi dan 16 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan Negeri, merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil dan pengurusan syarikat.

Kandungan Laporan Ketua Audit Negara ini serta sinopsisnya boleh  dilayari di http://www.audit.gov.my sementara satu sesi townhall bersama media mengenainya akan diadakan pada 2 Dis, 2015 di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam, Kompleks C, Putrajaya. - BERNAMA

MALAYSIA TEKAD PERQNGI IS MENERUSI PUSAT "COUNTER NARRATIVE": NAJIB


KUALA LUMPUR:  Malaysia sedia memainkan peranan penting dalam memerangi idealogi IS dengan penubuhan pusat komunikasi serantau bagi mengekang fahaman itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata untuk tujuan itu, ulama dan golongan profesional Islam akan digerakkan untuk menyebar ajaran Islam sebenar menerusi pendekatan "counter narrative" khususnya di alam maya.

Bagi memerangi penyebaran idealogi IS, Najib berkata pendekatan ketenteraan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya ditangani dengan penyebaran ajaran Islam sebenar.

"Seperti mana anda tahu, Malaysia telah mengumumkan penubuhan pusat penyebaran mesej untuk memerangi idealogi IS dan kami akan bekerjasama dengan negara-negara lain.

"Kami akan mengumpul ulama dan ahli ilmuan Islam untuk memainkan peranan dalam menyebarkan perspektif sebenar islam," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan sidang kemuncak berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad.

BACA: Najib kongsi detik peribadi deklarasi Komuniti ASEAN

BACA: M'sia-Amerika setuju tubuh pusat serantau pintas mesej di M'sia

BACA: Tunjukkan kepada pengganas, yang kita tidak gentar - Barack Obama

Menyedari penyebaran idealogi IS yang kian meluas menerusi media sosial, Najib berkata, platform sama juga wajar digunakan untuk mengekang pengaruhnya.

"Kita perlu lebih mahir menggunakan internet dan media sosial kerana kita masih lagi kurang menyerlah dalam aspek itu. Kita memerlukan bantuan dalam memperbaiki medium yang digunakan untuk menyebarkan mesej memerangi idealogi IS," katanya.

Tambah Najib, Rusia dan China antaranya, turut menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dalam memerangi pengganas.- ASTRO AWANI

MALAYSIA BERI SAMBUTAN RASMI KEPADA PERDANA MENTERI INDIA


PUTRAJAYA:  Perdana Menteri India Narendra Modi yang berada di sini untuk lawatan rasmi pertamanya sejak memegang jawatan itu pada 2014, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, di sini hari ini.

Modi, tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa tiba di Bangunan Perdana Putra pada pukul 9.40 pagi.

Sejurus itu, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Modi kemudian memeriksa barisan kawalan kehormatan terdiri daripada 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Modi dan Najib kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata untuk mengkaji hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara
Modi dan Najib kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata untuk mengkaji hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara serta mengenal pasti potensi bidang Perkongsian Strategik antara kedua-dua negara yang diwujudkan sejak Oktober 2010.

Malaysia dan India menikmati hubungan mesra dan meluas meliputi sejarah, budaya dan ekonomi yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Sebagai simbolik persabahatan antara India dan Malaysia, kedua-dua Perdana Menteri akan merasmikan Gerbang Torana di 'Little India' Brickfields, Kuala Lumpur, yang merupakan hadiah kerajaan India kepada Malaysia.- BERNAMA

SELESAIKQN ISU LAUT CHINA SELATAN SECATA AMAN: NAJIB


KUALA LUMPUR:  Pertikaian mengenai tuntutan wilayah di Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman dengan berpandukan undang-undang antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya mengawal diri daripada bertindak mengikut perasaan.

"Kita memberi penekanan terhadap pentingnya menyelesaikan pertikaian secara aman, sejajar dengan undang-undang antarabangsa, termasuk UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut). Justeru, kita menyeru semua pihak supaya mengawal diri dan mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh merumitkan atau meningkatkan lagi ketegangan," katanya.

Najib juga meminta semua negara di rantau ini bertindak sebagai ASEAN di peringkat antarabangsa dan menegaskan bahawa dengan bertindak secara bersama, kekuatan mereka akan jauh lebih hebat daripada bertindak bersendirian manakala dunia pula akan mengiktiraf serta menghormati kebangkitan ASEAN dan segala pencapaiannya setakat ini.

Ini, kata beliau, termasuk memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Menurut laporan media, kerja-kerja pembinaan sedang berkembang pesat di wilayah Laut China Selatan, sebuah kawasan yang kedaulatannya dipertikaian oleh enam pihak iaitu China, Vietnam, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Brunei.

Antara lain, laporan itu menyebut bahawa imej-imej satelit terbaru menunjukkan China sedang mencapai kemajuan pesat dalam membina landasan kapal terbang yang sesuai untuk kegunaan tentera di wilayah yang dipertikaikan itu.

Dalam perkembangan lain, Najib turut mahu negara-negara Asia Tenggara untuk lebih bertindak sebagai ASEAN di rantau ini serta bekerjasama dalam mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah.

"Kita perlu bekerjasama untuk mencari penyelesaian terhadap masalah alam sekitar seperti pencemaran jerebu, bencana alam termasuk banjir dan gempa bumi serta krisis migrasi," katanya.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Malaysia bersama-sama Singapura dan Indonesia dilanda masalah jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia.

Mengenai isu migrasi di rantau ini, Najib berkata beliau gembira bahawa negara-negara di rantau ini akan memeterai Konvensyen ASEAN Bagi Menentang Pemerdagangan Manusia Terutama Wanita dan Kanak-Kanak hari ini.- BERNAMA

LANGKAH MENERUSI ARC AKAN TINGKAT KDNK ASEAN: NAJIB


KUALA LUMPUR:  Langkah bagi meliberalisasikan dan menyepadukan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan meningkatkan keluaran dalam negara kasar secara keseluruhan di rantau ini sebanyak tujuh peratus menjelang 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata dokumen penting 'Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2025: Maju Ke Hadapan Bersama-sama' yang menggabungkan Visi Komuniti ASEAN dan akan dikeluarkan pada sidang kemuncak kali ini, akan melancarkan proses penyepaduan itu.

"Ia membabitkan kaedah untuk menyediakan dan memperkukuh proses penyepaduan bagi merealisasikan Komuniti ASEAN, yang berasaskan peraturan dan berorientasikan rakyat serta ASEAN berpaksikan rakyat, yang bermatlamat mengurangkan jurang pembangunan."

"Oleh itu, perlunya pasaran asas pengeluaran tunggal yang kita perkatakan selain pergerakan bebas barangan, perkhidmatan, tenaga kerja mahir, modal dan pelaburan," kata Perdana Menteri dalam ucapan pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-27 di sini hari ini.

Pada masa ini, halangan bukan tarif yang memberi impak ke atas kehidupan harian serta pekerjaan di seluruh negara anggota ASEAN, terlalu ekstensif, katanya.

Sebagai komuniti tunggal, antara lain, ASEAN mesti mengutamakan pelancaran Kad Perjalanan Perniagaan ASEAN, serta memperkukuh program latihan ASEAN yang membolehkan pelajar ditempatkan bersama syarikat-syarikat di rantau ini," katanya.

Mengenai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Perdana Menteri berkata 'ASEAN Micro dan SME Growth Accelerator Exchange' untuk membiayai projek PKS, ditubuhkan semalam bagi menampung keperluan kewangan mereka.

"Ini adalah contoh yang praktikal dan ketara bagaimana ASEAN mengambil berbeza untuk membantu syarikat yang bekerja keras dan merupakan tulang belakang ekonomi kita," katanya.

Najib yang mempengerusikan ASEAN tahun ini, berkata persatuan itu membawa manfaat besar yang praktikal dalam menyediakan pembiayaan terus.

Beliau berkata Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau AFTA, telah mengurangkan tarif kepada sifar atau hampir sifar, yang secara langsung mengurangkan harga pelbagai barangan dan membolehkan rakyat memiliki lebih banyak wang untuk dibelanjakan untuk keluarga masing-masing.

Najib berkata kedudukan ini berbeza dengan syarikat di rantau ini yang mendapati sukar untuk mengekases pasaran antara anggota tanpa AFTA, dan mengakibatkan kadar pengangguran yang tinggi.

Kadar pengangguran secara menyelurunya dalam kalangan 10 anggota ASEAN rendah, sebanyak 3.3 peratus - yang menurut pakar ekonomi, bukan sahaja negara malah kejayaan ASEAN menarik masuk pelaburan langsung asing yang besar," katanya.

Najib berkata rakyat tidak akan dapat menikmati perjalanan bebas visa di sembilan daripada 10 negara anggota, dan profesional akan mendapati kesukaran untuk bekerja di negara lain tanpa ASEAN dan Perjanjian Perakuan Bersama yang dilaksanakan.- BERNAMA

OBAMA LUANGKAN MASA BERSAMA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK


KUALA LUMPUR:  Sekumpulan kanak-kanak dalam bilik darjah di Dignity For Children Foundation mungkin tidak sedar bahawa antara tetamu bersama mereka merupakan seorang insan paling berkuasa di planet ini.

"Helo semua...Apa khabar anda semua?," Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi salam kepada kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun ketika memasuki bilik darjah itu pada pukul 11.10 pagi ini.

Mengabaikan protokol, bapa kepada dua anak itu, membongkok untuk bercakap dengan kanak-kanak di yayasan itu yang merupakan sebuah institusi pendidikan amal bagi mangsa pelarian dan kanak-kanak miskin di bandar di Sentul di sini.

Obama berinteraksi dengan kanak-kanak itu termasuk dari Myanmar, yang ketika itu sibuk menyiapkan projek seni dan sains, dengan bertanya mereka mengenai subjek kegemaran dan cita-cita mereka serta memberikan kata-kata peransang.

Obama tiba di ibu negara semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketiga ASEAN-Amerika Syarikat serta Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-10 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bermula lebih 15 tahun lepas, yayasan tersebut ditubuhkan oleh Rev.Elisha Satvinder dan dan isterinya, Petrina.

Pasangan suami isteri itu memulakan kerja-kerja amal selepas mendapati banyak keluarga yang kurang bernasib baik tinggal di persekitaran kawasan Sentul.

Yayasan itu mempunyai matlamat untuk memperkasakan kanak-kanak daripada keluarga seperti itu supaya memecahkan kitaran kemiskinan menerusi pendidikan berkualiti, mengubah kehidupan mereka serta komuniti di sekeliling mereka.

Hari ini, yayasan itu merupakan sebuah pusat pembelajaran yang memberi manfaat kepada lebih 1,000 kanak-kanak berusia antara dua dan 17 tahun dengan menyediakan pendidikan berkualiti dalam persekitaran yang selamat.

Ketika ditemui pemberita, Rev.Elisha, yang terharu dengan kunjungan presiden Amerika Syarikat itu, berkata Obama telah memuji usahanya dalam mendidik dan memperkasa golongan kanak-kanak kurang bernasib baik.

"Presiden itu berkata beliau bangga dengan apa yang kami lakukan di sini. Beliau turut bertanya mengenai cabaran yang kami hadapi. Perbualan kami amat positif dan menggalakan," katanya selepas kunjungan lebih sejam itu.

Ditanya apa yang mengerak hatinya untuk menubuhkan yayasan itu, Rev.Elisha berkata ia adalah seperti seruan Tuhan untuk beliau menjaga kanak-kanak yang tidak terbela nasib mereka.

Di samping mendidik kanak-kanak itu, katanya, mereka turut menubuhkan sebuah kafe moden yang dikenali sebagai Projek B dengan kerjasama rakan-rakan, bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik berusia 12 tahun ke atas.

Diuruskan sepenuhnya oleh pelajar yang lebih tua, katanya kafe tersebut bertujuan melengkapkan mereka dengan pengalaman bekerja dan kemahiran bagi membolehkaN mereka akhirnya keluar daripada belenggu kemiskinan.- BERNAMA

NAJIB GESA PENYELESAIAN BARU DICSRI BAGI MENANGANI EKSTREMIS KEGANASAN


KUALA LUMPUR:  Masalah ekstremisme hari ini memerlukan pendekatan penyelesaian baru yang melibatkan komitmen semua pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendekatan ketenteraan sahaja tidak mencukupi untuk memerangi kumpulan ekstremis yang sengaja mencetuskan keadaan huru-hara.

Beliau mengulas mengenai insiden keganasan yang berlaku baru-baru ini termasuk insiden serangan di Paris, Lebanon dan terbaru, seorang rakyat Malaysia dipenggal kepala oleh kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

"Kita perlu kenal pasti bahawa masalah ekstremisme ini perlukan pendekatan baru. Ramai pihak mahu berjuang menentang militan Negara Islam (IS) yang meragut hak jutaan rakyat Syria dan Iraq. Tetapi pendekatan ketenteraan tidak dapat menyelesaikan masalah ini," ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Asean ke-27, di ibu negara pagi ini.

Beliau mengulas mengenai insiden keganasan yang berlaku baru-baru ini termasuk insiden serangan di Paris, Lubnan dan terbaru, seorang rakyat Malaysia dipenggal kepala oleh kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

"Ideologi yang dipropagandakan oleh kumpulan militan ini menyebabkan beberapa kejadian tragis berlaku dan inilah masanya, kita tidak boleh menolak bahawa fahaman atau ideologi (yang dibawa IS) harus didedahkan sebagai satu penipuan dah perlu dihapuskan," katanya lagi.

Najib berkata Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan apa-apa bantuan dan sokongan yang mampu untuk menentang 'kejahatan' baru ini yang menggunakan nama Islam.

Dalam pada itu, Najib turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam beberapa insiden berdarah itu.

Najib berkata Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan apa-apa bantuan dan sokongan yang mampu untuk menentang 'kejahatan' baru ini yang menggunakan nama Islam.

10 pemimpin utama pemimpin utama ASEAN hadir di majlis perasmian itu disertai barisan menteri-menteri ,  pegawai utama kerajaan serta anggota delegasi.

Antara pemimpin yang hadir, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Presiden Indonesia, Joko Widodo; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Filipina, Benigno Aquino II.

Turut serta Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen; Presiden Myanmar, U Thein Sein; Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong; Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha serta Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung.

Kesemua mereka dijangka menandatangani deklarasi ke arah penubuhan komuniti ekonomi ASEAN, AEC pada Ahad. - ASTRO AWANI

NAJIB JELASKAN PROSES DOMESTIK MENGENAI TPP KEPADA OBAMA


KUALA LUMPUR:  Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah diberikan pemahaman mengenai proses domestik Malaysia untuk meluluskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menerangkan proses itu kepada Obama ketika mesyuarat dua hala selama 45 minit di sini, malam tadi.

Beliau memberitahu Obama yang kajian analisis faedah kos mengenai TPPA akan dikemukakan kepada kabinet minggu depan dan dibentangkan ketika sesi khas Parlimen pada Januari.

"Diharapkan dengan sokongan dan kelulusan Parlimen, TPPA akan disahkan dalam tempoh dua tahun.

"Kami percaya ia akan meningkatkan perdagangan, pelaburan dan inovasi," kata Najib pada sidang akhbar bersama selepas mesyuarat dua hala berkenaan.

Obama berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Najib mengenai kemajuan yang dicapai TPPA setakat ini.

Beliau juga mengakui yang Malaysia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan sebagaimana digariskan dalam perjanjian berkenaan.

Malaysia dan 11 negara lain, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam telah berjaya memuktamadkan rundingan TPPA itu pada 5 Oktober 2015.- BERNAMA

NURUL IZZAH HARUS LEBIH SENSITIF BERKAITA KEDAULATAN NEGARA: ZAHID


PUTRAJAYA:  Tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertemu anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III amat tidak dialu-alukan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya meraikan perbezaan pendapat, namun, tindakan tersebut seolah-olah mencabar kedaulatan negara.

Jelas Zahid, sebagai ahli politik, Nurul Izzah seharusnya bersikap lebih sensitif dengan hal kedaulatan negara.

"Jika mana-mana ahli politik bertemu dengan pihak yang menjadi dalang kepada pencerobohan negara, maka secara tak langsung wujud pengiktirafan daripada individu berkenaan terhadap penceroboh kedaulatan negara.

"Justeru itu, kerajaan berpendapat pertemuan itu amat tidak dialu-alukan malah ia seolah mencabar serta meletakkan orang Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan yang dilakukan keluarga Kesultanan Sulu," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini pada Jumaat.

Bercakap mengenai jenis tindakan, Zahid memberitahu pihaknya akan merujuk Jabatan Peguam Negara serta merujuk Yang Dipertua Dewan Rakyat berkaitan tatacara tindakan yang boleh diambil terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel itu turut dipersoal beberapa ahli politik negara termasuk daripada
pembangkang.

Sebahagian daripada mereka membidas perbuatan itu kerana ia melukai perasaan penduduk Sabah terutamanya di Lahad Datu yang menerima kesan buruk insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina pada 2013, berikutan arahan Jamalul Kiram III.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin juga meminta kerajaan negeri Sabah mengharamkan kemasukan Nurul Izzah ke Sabah berikutan tersebarnya gambar beliau bersama JAcel itu.- ASTRO AWANI

MALAYSIA-AMERIKA SETUJU TUBUH PUSAT SERANTAU PINTAS MESEJ DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR:  Malaysia dan Amerika Syarikat bersetuju menjadikan Malaysia sebagai Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi (RDG3) bagi memerangi ekstremisme melampau di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua negara itu mempunyai pendirian sama dalam memerangi ekstremisme melampau dan bersetuju bekerjasama rapat dalam menjadikan rantau ini lebih selamat.

Beliau sebelum itu mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam tadi.

Najib menegaskan bahawa rantau ini tidak terkecuali daripada ancamam keganasan melampau kerana terdapat kumpulan-kumpulan yang beroperasi di rantau ini serta menjadi sekutu kumpulan militan IS.

"Oleh itu kita akan bekerjasama rapat dengan Amerika dan negara-negara yang berpendirian sama dengan kita bagi menjadikan rantau ini lebih selamat dan menentang sebarang bentuk ekstremisme melampau," katanya pada sidang media bersama presiden Amerika Syarikat itu selepas pertemuan selama 45 minit itu.

Najib berkata inisiatif penubuhan pusat memintas mesej itu adalah penting kerana memerangi ekstremisme melampau bukan sahaja memerlukan kekuatan ketenteraan malah perlu memikat hati dan minda rakyat.

"Sebab itu adalah penting bagi kita untuk mematahkan dakyah kumpulan militan serta menyampaikan ajaran Islam yang sebenar supaya masyarakat akan sedar apa yang IS cuba melakukan untuk memesong ajaran Islam," katanya.

Najib berkata Malaysia komited untuk meneruskan usaha-usaha bagi mempaparkan ajaran Islam yang sebenarnya.

Sementara itu, dalam sidang media tersebut, Obama mengiktiraf suara Malaysia sebagai kritikal dalam perdebatan mengenai keganasan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata Malaysia dan Indonesia, sebagai negara majoriti penduduk Islam melambangkan toleransi dan keamanan.

Obama turut mengalu-alukan kesediaan Malaysia untuk menghoskan pusat serantau itu dengan menggunakan semua peralatan serta melibatkan cendekiawan dan ulama bagi menyekat penyebaran ideologi keganasan melampau.

"Kami tidak sabar untuk bekerja dengan mereka (Malaysia) mengenai penubuhan pusat ini," katanya.

Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan isu pertikaian di Laut China Selatan.

Najib berkata beliau telah menjelaskan kepada Obama mengenai pendirian Malaysia yang konsisten dengan kedaulatan undang-undang mengenai isu Laut China Selatan.

Dalam menyatakan harapan bahwa ketegangan di perairan itu tidak akan meningkat, Najib juga berharap mereka akan dapat mencari penyelesaian yang dirundingkan selaras dengan prinsip utama undang-undang antarabangsa.

Obama sementara itu berkata walaupun Amerika Syarikat bukan salah satu daripada pihak-pihak yang membuat tuntutan dalam pertikaian itu namun ia percaya peraturan undang-undang perlu diaplikasikan apabila menangani isu-isu tersebut.

Negara anggota ASEAN yang terlibat dalam tuntutan bertindih di kepulauan Laut China Selatan adalah Filipina, Vietnam, Brunei dan Malaysia manakala negara luar rantau ini ialah Taiwan dan China.

Pada 2002, China dan negara-negara anggota ASEAN memeterai deklarasi mengenai Kod Tatalaku (CoC) di perairan Laut China Selatan yang memperakui penyelesaian secara aman menerusi rundingan secara mesra oleh negara-negara berdaulat yang terlibat.

Najib berkata dalam pertemuan itu, beliau telah menjelaskan perkembangan semasa mengenai situasi di Malaysia dan presiden Amerika Syarikat itu turut menyatakan pandangan tertentu.

"Kami mengambil kira beberapa pandangan dan kebimbangan beliau (Obama)," katanya sambil menambah Malaysia komited untuk melakukan pembaharuan bagi memastikan keamanan dan kestabilan negara.

Najib dan Obama turut membincangkan isu perubahan iklim dan kedua-dua pemimpin bersetuju supaya "satu penjanjian dapat diperoleh di Paris."

Paris akan menjadi tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.

Ini merupakan lawatan kedua Obama ke Malaysia selepas lawatan pertama pada April tahun lepas.
"Bagi rakyat Malaysia...adalah baik untuk kembali semula," kata Obama.

Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat Ketiga serta Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10, hujung minggu ini.

Tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam sidang kemuncak berkaitan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di sini, Obama berkata Sidang Kemuncak Asia Timur menjadi salah satu mekanisme perdana bagi negara-negara untuk menyelaras pelbagai bentuk isu-isu.- BERNAMA

UPSR 2025: PENCAPAIAN MENINGKAT, 38,344 CALON DAPAT SEMUA A


PUTRAJAYA:  Pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata sejumlah  443,407 murid menduduki UPSR pada tahun ini dan murid yang mendapat semua Gred A meningkat 0.76 peratus, iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus pada tahun ini.

Tahun lepas, 36,304 pelajar daripada 460,407 calon mendapat semua Gred A.

"Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) UPSR meningkat sebanyak 0.02 mata, iaitu daripada GPN 2.29 pada 2014 kepada 2.27 tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2015 di Kementerian Pendidikan di sini hari ini-BERNAMA.

'ROKOK ELEKTRIK, ROKOK BIASA SAMA SAHAJA BAHAYANYA': TUN MAHATHIR


PUTRAJAYA:  Penggunaan vape atau rokok elektronik sama sahaja bahayanya dengan rokok malah lebih memudaratkan  kerana kepekatan nikotin dalam cecair vape lebih tinggi berbanding rokok biasa.

Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun begitu ramai yang kini beralih kepada vape hanya kerana tarikannya yang mempunyai pelbagai perisa.

Dalam nada menyindir, Dr Mahathir berkata kepelbagaian perisa yang ditawarkan itu merupakan cara pemasaran yang berjaya menarik ramai menggunakan vape.

"Percayalah, vape lebih bahaya malah lebih memudaratkan daripada menghisap rokok. Anda akan mendapat nikotin dalam bentuk pati dengan bau harum dan menarik serta rasa yang sedap.

"Itu cara pemasaran mereka," kata Dr Mahathir yang ditemui di Persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah Dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO).

Persidangan tersebut berlangsung di Putrajaya selama tiga hari mulai Isnin.

Dalam ucaptamanya, Dr Mahathir yang juga penaung IFNGO turut menyeru agar pendidikan mengenai bahaya dadah perlu bermula dari kecil untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai perkara tersebut.

Tambah beliau, pendekatan lebih berkesan perlu diguna pakai untuk menyampaikan maklumat kepada generasi muda bahawa dadah boleh digunakan sebagai ubat tetapi harus mengelak daripada menggunakannya lebih daripada fungsi tersebut.

"Ibu bapa harus memberitahu (generasi muda) bahawa dadah akan memendekkan hayat mereka selain memupuk ajaran positif untuk membenci dadah. Jika mereka dibesarkan dengan mematuhi nilai tersebut, mereka sendiri akan melawan godaan untuk menyalahgunakan dadah.

Persidangan IFNGO itu turut disertai 500 peserta dari 23 negara termasuk Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland dan Hong Kong.- ASTRO AWANI

MALAYSIA TIDAK PANDANG RINGAN ANCAMAN PENGGANAS TERMASUK MILITAN IS: HISHAMUDDIN


KUALA LUMPUR:  "Kalau mereka hendak cuba mengugut dan menakutkan pemimpin negara, ia tidak akan berjaya.'

Itu amaran Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada kumpulan pengganas yang cuba untuk mengancam keselamatan negara.

Hishammuddin memberi jaminan, tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan, takut mahupun tunduk kepada ancaman pengganas termasuk militan IS.

"Kita tidak takut atau tunduk kepada mereka (pengganas). Kalau kita benarkan mereka bermaharajalela, akhirnya kita terpaksa berdepan dengan suatu situasi di mana mereka menguasai keadaan dan ini kita tidak boleh benarkan.

"Bagi saya kalau mereka nak cuba ugut dan hendak menakutkan pemimpin negara, ia tidak akan berjaya," tegas Hishammuddin di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Hishammuddin, iltizam dan semangat kerajaan untuk menentang ancaman pengganas di tahap tinggi.

"Mereka tidak akan berjaya kerana iltizam dan semangat kita untuk berdepan dengan kumpulan pengganas ini, walaupun fenomena baru, walaupun pendekatan mereka berbeda daripada dulu.

"Bila kita berdepan dengan Al-Qaeda, Jemaah Islamiah (JI), Mat Selamat dan Nordin Mat Top ia tidak ada beza. Bila kita menentang mereka (bermakna) kita menentang mereka kerana mereka merupakan risiko kepada keselamatan dan pertahanan negara dan itu pegangan kita dalam apa juga keadaan," tegas Hishammuddin.

Ditanya mengapa pemimpin Malaysia turut menjadi ancaman militan IS, jawab Hishammuddin kerajaan telah mengambil pendekatan yang amat tegas dalam menentang militan tersebut.

"Kita telah mendapat persetujuan 10 negara ASEAN untuk menentang mereka. Kita merupakan negara Islam yang sederhana. Apa sahaja yang menentang militan IS, itu yang Malaysia bersetuju," katanya.

Menurutnya, telah tiba masa untuk semua pihak mengambil tindakan segera dan tidak memandang ringan ancaman dibuat pengganas.

Hishammuddin bagaimanapun, enggan mendedahkan nama-nama pemimpin negara yang menerima ancaman pengganas.

Semalam, Hishammuddin mengesahkan ada pemimpin negara ini menerima ancaman pengganas termasuk dirinya.

"(Mengenai) ancaman dan juga ugutan itu saya mengesahkan (ia berlaku) terhadap pemimpin-pemimpin negara ini. Ia merupakan sesuatu yang telah dilaporkan kepada saya tempoh hari dan telahpun dimaklumkan kepada orang ramai.

"Ini bermakna bahawa keselamatan negara, pemimpin, dan serantau dalam konteks ancaman tidak boleh diambil mudah kerana sesiapa sahaja boleh menjadi individu yang membawa huru-hara. Tengoklah apa yang berlaku pada Perancis hari ini," kata beliau.- ASTRO AWANI

KERAJAAN AKAN PERTINGKATKAN SARINGAN KEMASUKAN PELARIAN : KDN


KUALA LUMPUR:  Kerajaan akan mempertingkat saringan kemasukan pelarian terutama dari Timur Tengah ke negara ini susulan kejadian serangan di Paris, Perancis pada Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi memastikan negara ini tidak terdedah dengan sebarang unsur keganasan.

"Inilah risiko yang kita perlu ambil apabila kita terima pelarian daripada Timur Tengah, jadi kita akan tapis dahulu dan lihat latar belakang mereka.

"Melihat kepada kejadian yang berlaku di Paris, kita perlu lakukan (tapisan) itu apabila ada khabar angin kata berpunca daripada pelarian yang diterima," katanya pada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata, kerajaan akan tetap mengotakan janji untuk menerima 3,000 pelarian Syria bagi meringankan krisis pelarian yang berlaku.

"Ya, kita masih pegang janji kita, kita tidak kata semua pelarian itu pengganas. Tetapi kita perlu adakan tapisan itu untuk keselamatan negara," katanya.

Semalan, Nur Jazlan mengakui terdapat usaha pihak IS untuk merekrut pensyarah di negara ini untuk menjadi anggota kumpulan militan itu.

Beliau berkata, kumpulan militan itu kini menjadikan negara seperti Malaysia dan Indonesia sebagai pusat merekrut pensyarah yang mahir dalam persenjataan dan letupan.

"Mereka (IS) beranggapan yang pergerakan mereka kurang dikesan jika menggunakan pensyarah dari dua negara ini namun, agensi keselamatan negara seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berjaya mengekang aktiviti mereka ini," katanya memetik laporan Bernama semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan pada Sabtu yang menyatakan adanya rancangan pembentukan satu kumpulan militan IS Asia Tenggara yang diketuai oleh bekas pensyarah Malaysia Dr Mahmud Ahmad.- ASTRO AWANI

YAPEIM BOLEH AMBIL TINDAKAN TERHADAP DAKWAAN TIDAK BERASAS : NAJIB


ANTALYA:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) boleh mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa yang membuat dakwaan tidak berasas mengenai yayasan berkenaan, termasuk kesalahan jenayah fitnah.

Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar di sini mengenai dakwaan wang Yapeim yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah disalahgunakan untuk membiayai perjalanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan rombongannya ke luar negara.

Mengenai tindakan Jamil Khir untuk membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut, Najib berkata, "Kalau beliau yakin tidak bersalah, beliau boleh ambil apa-apa tindakan sama ada 'criminal defamation' ataupun civil defamation.

Ditanya sama ada hal sedemikian merupakan satu usaha untuk mencalar imej kerajaan, beliau berkata perkara sebegitu akan sentiasa ada.

Semalam, Jamil Khir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung dakwaan beliau menyalah guna hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Jamil Khir turut menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat Pengarah NOW (National Oversight and Whistleblowers) Akmal Nasir bahawa program di Amerika Syarikat bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integritinya selaku Menteri.

Menurut Jamil, lawatan beliau ke Amerika Syarikat pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika.

Ini termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika Syarikat serta Kanada.- BERNAMA

JAMIL KHIR BUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG DAKWAAN PENGARAH NOW


PUTRAJAYA:  Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini hari ini berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Beliau yang tiba di IPD Putrajaya pada pukul 2.30 petang bersama peguam, Adnan Seman@Abdullah dan beberapa pegawainya.

Jumaat lepas, portal berita, The Malaysian Insider melaporkan dakwaan Pengarah NOW (National Oversight and Whistleblowers) Akmal Nasir mengenai lawatan Jamil Khir dan mendedahkan beberapa dokumen yang merujuk kepada perbelanjaan menteri itu ke luar negara untuk menghadiri program dan dibiayai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pada hari yang sama, Jamil Khir menjelaskan bahawa lawatannya ke Amerika Syarikat pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama YaPEIM dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika, termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika serta Kanada.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis, Jamil Khir berkata dakwaan Akmal mengenai program di Amerika Syarikat bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim merupakan satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Saya mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah NOW (Akmal) yang melakukan fitnah jahat dan tuduhan keji kepada saya.

"Saya sentiasa bersedia dan terbuka untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku," katanya.

Ditanya sekiranya Akmal enggan meminta maaf, Jamil Khir berkata "kita jumpa di mahkamah".

Dalam laporan polis itu, Jamil Khir berkata Akmal secara sengaja memfitnah dan dengan niat jahat mencadangkan kepada umum bahawa beliau seorang menteri yang korup, mencuri dan menyalahgunakan duit anak yatim dan tidak amanah.

"Ini satu serangan terhadap saya di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai menteri," katanya.

Sementara itu, Adnan berkata pihaknya (Adnan Sharida & Associates) akan mengeluarkan satu lagi surat tuntutan esok (Isnin) bagi mengarahkan Akmal menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara lisan dan bertulis.

"Kita akan beri Akmal dua hari (menarik balik kenyataan, memohon maaf) Jika gagal, kita akan memfailkan saman di mahkamah...paling lewat pada Jumaat," katanya. - BERNAMA

PM: KERJASAMA ASEAN DAN G20 MENYUMBANG KPD PERTUMBUHAN MAPAN DUNIA


ANTALYA:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ASEAN dan Kumpulan 20 (G20) boleh bekerjasama untuk mencetus kadar pelaburan yang lebih tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia secara mapan.

"ASEAN bersetuju bahawa G20 boleh membantu pertumbuhan ekonomi dunia secara seimbang dan mapan," katanya pada sidang akhbar selepas sesi kerja makan malam sempena Sidang Kemuncak G20 ke 10 di sini, sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi ASEAN kepada para pemimpin G20 semasa sesi kerja mengenai pertumbuhan inklusif yang membincangkan soal ekonomi global, strategi-strategi pertumbuhan dan pelaburan serta pekerjaan.

Pada sesi tersebut, Najib menyatakan betapa ASEAN merupakan rantau yang paling dinamik di dunia, yang menyumbang enam peratus kepada pertumbuhan ekonomi global.

Bukan sekadar mempunyai kelebihan pasaran dengan jumlah penduduk seramai 600 juta orang, malah katanya, pertambahan golongan kelas pertengahan bermakna bahawa permintaan untuk produk-produk juga akan meningkat.

Menurut Najib, ASEAN akan lebih berdaya saing apabila Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjadi kenyataan kerana kewujudan pasaran bersepadu tunggal itu membolehkan aliran barangan, perkhidmatan, modal serta pekerja mahir, yang lebih baik.

Langkah ini, katanya, telah membuahkan kesan positif apabila jumlah dagangan ASEAN  berkembang lebih 30 peratus dalam tempoh lima tahun kebelakang ini.

Kita tidak akan terhenti setakat itu, malah ASEAN akan memberi tumpuan kepada penghapusan halangan bukan tarif, liberalisasi yang lebih luas dalam bidang perkhidmatan, promosi pelaburan serta integrasi pasaran kewangan dan modal, katanya.

Najib turut menyatakan kepada para pemimpin G20 bahawa ASEAN percaya terhadap konsep 'rasionalisme terbuka' dengan pelbagai bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dimeterai dengan negara-negara ketiga.

Di samping itu, terdapat juga FTA secara multilateral seperti Perkongsian Trans Pasifik (TPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang merupakan satu rangka program ekonomi serantau yang disokong oleh ASEAN- BERNAMA

MALAYSIA TIDAK AKAN BIARKAN KEGANASAN BERLAKU : AHMAD ZAHID


KUALA LUMPUR:  Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan dan tidak akan membiarkan sebarang bentuk tindakan itu berlaku sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun di dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Sambil mengutuk siri serangan di Paris pada Jumaat malam yang setakat ini mengorbankan lebih 100 orang, beliau berkata Malaysia terkejut dan amat sedih dengan serangan pengganas itu yang mengorbankan banyak nyawa di ibu negara Perancis itu.

"Malaysia mengutuk tindakan amat kejam ini dan menjadi dasar kita untuk tidak membiarkan atau bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan, sama ada di tanah air kita atau tempat lain di dunia.

"Ucapan takziah dan simpati kami kepada keluarga mereka yang terbunuh dan cedera dalam insiden penuh tragis ini. Kami juga mengucapkan takziah kepada rakan dan keluarga mangsa. Kita bersedih dengan penduduk Paris dan Perancis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan sama ada di dalam atau luar negara dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membanterasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai para pemimpin lain mengutuk serangan itu.- BERNAMA

MALAYSIA TERAJUI MOST IGC UNESCO DI PARIS


KUALA LUMPUR:  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilantik sebagai Presiden Majlis Antara Kerajaan bagi Pengurusan Program Transformasi Sosial (MOST IGC) UNESCO di Paris, Perancis.

Menurut kenyataan kementerian itu di sini, Rohani mengambil alih jawatan itu daripada Menteri Pembangunan Sosial Argentina Dr Alice Kirchner dan beliau akan menerajui kepimpinan MOST IGC bagi tempoh 2015-2017.

MOST yang dilancarkan pada 1994, satu-satunya program UNESCO yang menggalakkan penyelidikan sains sosial yang akan diguna oleh pembuat dasar di peringkat global yang terdiri daripada 35 negara anggota UNESCO termasuk China, Turki, Brazil, Kanada dan Indonesia.

Rohani dalam ucapan aluannya pada MOST IGC di Paris, selepas memenangi jawatan itu berkata beliau terharu dengan penghormatan yang diberi dan akan terus mengukuhkan bidang sains sosial dan kemanusiaan serta kerja-kerja yang dilakukan majlis itu untuk menyokong negara anggota dengan lebih berkesan bagi pelaksanaan dasar awam.

"MOST mempunyai peranan berharga dan tersendiri dalam penyelidikan bidang sains sosial dan kemanusiaan, yang bertindak sebagai pemudah cara bagi kerjasama dan penggemblengan kapasiti, forum perdebatan dan rujukan bagi dasar berorientasikan pertimbangan," menurut kenyataan itu.

Menteri itu berkata untuk menyokong transformasi sosial terhadap pertumbuhan inklusif dan pembangunan mampan, MOST akan bekerjasama dengan institusi pendidikan untuk memperkayakan asas pengetahuan sains sosial dan kemanusiaan, mengadakan forum antara kerajaan dan menyalurkan pengetahuan melalui dasar yang sesuai.

Program itu telah mewujudkan kepakaran dalam menghubungkan pengetahuan dan pembentukan dasar negara khusus dalam pelbagai bidang seperti kemiskinan, kebuluran dan ketidaksamaan, inklusif dan pendidikan berkualiti yang saksama, ketidaksamaan gender, kemampanan dan keadilan sosial.

Rohani berkata MOST akan terus mewujudkan dialog dua hala antara ahli akademik dan pembuat keputusan, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama dalam program pembangunan sosial yang terbukti berkesan dalam mengurangkan jurang ekonomi dan sosial.

Beliau menegaskan Malaysia akan terus menyumbang dalam semua aspek tugasan yang dilakukan UNESCO dan seterusnya menzahirkan objektif murninya.- BERNAMA