Followers

RANGKING KE-10 DUNIA MILIK CHONG WEI

Syukurlah!

Menurut senarai terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Chong Wei melonjak sembilan tangga daripada ranking ke-19 susulan kejuaraan Terbuka Perancis pada Ahad lalu.

Sukar untuk mempercayai bahawa Datuk Lee Chong Wei menghuni ranking dunia ke-180 selepas mengakhiri penggantungannya selama lapan bulan namun pemain perseorangan negara telah kembali dalam senarai 10 pemain terbaik dunia.


Menurut senarai terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Chong Wei melonjak sembilan tangga daripada ranking ke-19 susulan kejuaraan Terbuka Perancis pada Ahad lalu.

Sementara itu, beregu veteran lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga kembali dalam kelompok 20 terbaik di tangga ke-19, hanya lima tangga belakang Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Terbuka China dan Terbuka Hong Kong menjadi tumpuan pemain-pemain negara pada bulan November demi mempertingkatkan peluang mereka jaminkan kemaraan ke temasya Sukan Olimpik, Rio 2016. - BERNAMA

JUSTO MAHU SAMAN 3 PIHAK YANG TERIMA DATANYA DI SINGAPURA


Ini cerita baik punya!! LADY lepas 3 pihak terima saman, agaknya ada tak akan ada lagi wujud 'rangkaian tersembunyi' yang bersembuyi disebalik 3 pihak tersebut?????

Sila baca artikel dibawah ini

BANGKOK:  Warga Switzerland, Xavier Andre Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana cuba memeras bekas majikannya PetroSaudi International, akan menyaman pemilik kumpulan media The Edge dan eksekutif tertingginya serta editor Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di Singapura.


Justo mahu Toong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit The Edge Communications Sdn Bhd Ho Kay Tat serta pengasas-editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memulangkan data yang telah diserahkannya kepada mereka, menurut sumber yang berkaitan dengan kes itu.

Sumber itu memberitahu Bernama bahawa saman itu dijadual didengar di Mahkamah Tinggi di Singapura pada 4 Nov ini.

Saman itu akan difailkan di Singapura kerana data berkenaan, yang dicuri Justo daripada PetroSaudi, telah diserahkan kepada ketiga-tiga pihak itu di republik berkenaan.

Justo mengaku mencuri data berjumlah 90 gigabyte termasuk e-mel dan dokumen daripada PetroSaudi sebagai sebahagian daripada percubaan untuk memeras bekas majikannya itu.

Apabila percubaan pemerasan itu gagal, dia menyerahkan data berkenaan kepada Toong dan Brown, yang dikatakan telah menawarkan kira-kira US$2 juta kepadanya, tetapi dia ditangkap pada 22 Jun lepas di pulau Koh Samui di selatan Thailand sebelum menerima bayaran itu.

Pada Isnin, Justo memohon ikat jamin tetapi permohonannya ditolak oleh mahkamah. Justo dijangka memfailkan permohonan baharu untuk ikat jamin pada minggu depan.

Di Kuala Lumpur, peguam Kevin Joshua berkata Justo tidak mempunyai hak untuk memfailkan saman kerana dia "tidak mempunyai kepentingan terhadap barangan itu" untuk membuat sebarang tuntutan.

"Ia seperti seorang perompak menyaman tukang emas yang membeli barang kemas yang dicurinya," kata rakan guaman di Kevin and Co itu.

"Walaupun dia mungkin mempunyai hak untuk memulakan tindakan saman, persoalannya ialah sama ada ia dapat diterima, dan ia bergantung kepada"-BERNAMA

7 PEMIMPIN UMNO SEDANG DISIASAT, KATA TENGKU ADNAN


KUALA LUMPUR:  Tujuh individu dalam UMNO sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak patut 'dibuat di khayalak', kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


"Kami dah penat dengan 'mereka' ini. Jadi siasatan sedang dijalankan buat masa ini dan sebaik sahaja selesai, kita lihat apa hasilnya," kata Tengku Adnan.

Tambah beliau, hasil siasatan akan dibincangkan di peringkat tertinggi sebelum ia dibawa ke jawatankuasa disiplin parti.

Apabila ditanya identiti tujuh individu tersebut, beliau enggan mendedahkannya.

"Mereka tahu siapa mereka. Mungkin anda juga tahu siapa mereka berdasarkan kenyataan yang telah dibuat selama ini," kata Tengku Adnan ketika ditemui di lobi Parlimen pada tengah hari Rabu.

Katanya lagi, UMNO mempunyai perlembagaan dan kod etikanya tersendiri.

"Jika sudah tidak percaya perjuangan parti, tinggalkanlah. Kita tidak perlukan gunting dalam lipatan atau duri dalam daging," kata beliau yang tidak memberi jawapan ketika ditanya sama ada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara yang sedang disiasat.

Pada 5 Oktober lalu, Tengku Adnan berkata 'enam atau tujuh' pemimpin UMNO sedang dipantau kerana sering dilihat mengkritik parti dan kerajaan.

"Jika tindakan perlu diambil ke atas mereka, kita akan serahkan kertas siasatan kepada jawatankuasa disiplin memandangkan kita tiada kuasa untuk mengambil tindakan sendiri ke atas mereka," ujar beliau.

Beliau turut menggesa Dr Mahathir agar tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Dr Mahathir sudah bersara... cukuplah. Biar kerajaan sekarang ini selesaikan masalah. Walau apapun, saya menghormati pandangannya," kata Tengku Adnan.- ASTRO AWANI

INDONESIA SAMBUT BAIK LANGKAH PROAKTIF NAJIB BANTU ATASI MASALAH JEREBU


JAKARTA:  Indonesia menyambut baik langkah proaktif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengunjungi Presiden Joko Widodo untuk berbincang dan memberi cadangan bagi mengatasi masalah kebakaran hutan serta ladang di republik itu.


Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata langkah Najib itu perlu dicontohi oleh negara jiran lain supaya tidak hanya melemparkan kritikan sedangkan Indonesia sendiri bergelut dengan masalah jerebu.

"Indonesia berterima kasih dengan Pak Najib dan semua... secara formal ada persetujuan di peringkat ASEAN tentang kebakaran (hutan dan ladang)...(dan) kalau perlu diatasi bersama, Indonesia berterima kasih atas usaha bersama-sama.

"Indonesia telah berusaha dengan menggunakan 20 pesawat lima batalion tentera dan rakyat awam," katanya dalam wawancara khas bersama Bernama di pejabatnya di sini baru-baru  ini.

Ketika melakukan lawatan kerja singkat di Jakarta baru-baru ini, Najib mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko, atau dikenali sebagai Jokowi, untuk membincangkan isu jerebu dan kerjasama industri kelapa sawit.

Dalam pertemuan empat mata itu, perdana menteri memberi cadangan kepada Indonesia supaya membina telaga tiub iaitu satu daripada langkah mengawal kebakaran hutan sebagai alternatif kepada cadangan asal Indonesia untuk membina terusan yang mengambil masa tiga tahun.

Jokowi, yang bersetuju dengan cadangan itu, berkata Indonesia akan menghantar pihak berkuasanya untuk mengkaji pembinaan dan keberkesanan telaga tiub itu seperti yang dilaksanakan oleh Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Jusuf berkata asap jerebu yang melanda Malaysia dan Singapura adalah atas faktor angin dan oleh sebab itu, Indonesia tidak dapat mengawal jerebu daripada melanda ke negara lain.

"Soal asap (jerebu) bagi Indonesia sangat menyulitkan kerana penduduk yang kena banyak di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia. Kita tidak bisa (boleh) control (kawal) angin, alam yang kawal angin dan membawa asap sampai ke Singapura dan Malaysia," katanya.

Beliau berkata sebagai negara jiran, semua pihak harus saling bantu membantu termasuk ketika sesebuah negara dalam kesusahan dan begitulah ketika Indonesia membantu memberi udara segar dengan hutan-hutannya kepada negara jiran.

"Kalau bertertangga (berjiran) kita dapat menikmati sama-sama, yang baik kita menikmati yang sulit sama-sama kena. Kalau udara bagus clean energy, clean weather... Malaysia juga menikmati dari hutan di Indonesia dan kalau ada asap apa boleh buat. Maka kita bekerjasama dalam kebaikan dan mengatasi yang susah," katanya.

Mengenai kegiatan penduduk tempatan yang membakar ladang dan hutan, naib presiden itu berkata walaupun terdapat punca kebakaran disebabkan faktor manusia namun ia dibantu oleh musim kemarau.

Katanya kerajaan Indonesia mempunyai rancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah kebakaran hutan dengan mengehadkan kawasan ladang terutamanya di kawasan tanah gambut dan tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang melakukan kebakaran termasuk syarikat dari Malaysia.
Jusuf berkata rakyat tempatan yang terbabit membakar hutan dan ladang adalah golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki peralatan serta jentera berat dan kerajaan telahpun mengambil tindakan terhadap mereka.

"Mereka tidak mempunyai alat berat, tidak punya bulldozer (jentolak), excavator (mesin pengorek) untuk buat kebun maka mereka membakar, tapi itu sudah dilarang oleh polis. Sudah banyak orang dihukum, banyak orang tiap tahun masuk penjara dan banyak juga perusahaan dikenakan denda kerana melakukan kebakaran," katanya.

Indonesia mengalami masalah jerebu paling serius pada tahun ini meliputi tempoh lebih tiga bulan akibat kebakaran terbuka yang gagal dikawal terutamanya di kawasan tanah gambut.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan seperti Palangkaraya dan Pontianak di Kalimantan pernah mencecah lebih 2,000 manakala di Jambi dan Riau di Sumatera pula bacaan IPU pernah mencecah lebih 1,000.

Keadaan asap tebal yang menyelimuti wilayah itu mengakibatkan Malaysia dilanda jerebu tebal sehingga kerajaan mengambil langkah menutup sementara sekolah secara tidak menentu berdasarkan bacaan IPU di beberapa buah negeri.

KESEDERHANAAN DAN PERSEFAHAMAN PENTING UNTUK KEKANG KEGANASAN : NAJIB


KUALA LUMPUR:  Dasar kesederhanaan, toleransi dan persefahaman adalah penting untuk memerangi keganasan terutama dalam masyarakat  berbilang kaum seperti di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata Malaysia dan rakan-rakan dalam ASEAN juga percaya bahawa menangani gejala keganasan memerlukan strategi yang komprehensif dan jangka panjang.

"Tindakan ketenteraan semata-mata tidak mencukupi tanpa menangani punca sebenar ia berlaku dan mengamalkan pendekatan pelbagai hala," katanya dalam ucaptama bertajuk 'Menangani Keganasan Global: Peranan ASEAN', pada majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), di sini malam tadi.

Perdana Menteri berkata selama berabad-abad, Asia Tenggara diperkayakan melalui asimilasi dan integrasi penduduk berlainan bangsa dan tradisi, dengan budaya yang sentiasa mengalu-alukan dan mendapat manfaat hasil daripada kepelbagaian.

"Kita di Malaysia dan ASEAN harus berusaha untuk mengekalkan cara hidup ini dan menolak ekstremisme," kata Najib.

Najib juga percaya bahawa Malaysia dan negara ASEAN lain berada dalam keadaan siap siaga paling baik untuk menangani ancaman tersebut.

Beliau berkata langkah-langkah pencegahan, berwaspada, kesedaran awam dan kempen anti radikalisme, bersama dengan program pemulihan yang berkesan semuanya adalah perlu untuk memerangi ancaman ekstremisme dan keganasan.

Perdana Menteri berkata pendidikan juga memainkan peranan penting supaya generasi muda diajar asas sebenar mengenai Islam dan agama lain, yang mendukung keamanan dan keadilan.

"Sebaliknya, demokrasi yang lengkap dengan tadbir urus yang baik, keadilan sosial dan pendekatan inklusif terhadap pembangunan ekonomi dan sosial adalah hala tuju yang terbaik," katanya.

Perdana Menteri berkata pendekatan yang sama juga perlu diamalkan dalam masjid, gereja dan tempat ibadat lain bagi menjelaskan dengan sebenar-benarnya bahawa tiada tempat untuk ekstremisme dan ketaksuban dalam masyarakat.

Sementara itu, Najib berkata inisiatif beliau mengenai Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) adalah relevan pada masa ini, sejak ia mula diumumkan lima tahun lepas.

"Ia telah diterima baik di peringkat antarabangsa dan pada April tahun ini, ASEAN memperakui Deklarasi Langkawi mengenai GMM, dengan negara anggota bersetuju mengadakan program dan dialog antara agama dan budaya di peringkat antarabangsa, serantau dan nasional," katanya.

Najib berkata mereka bersetuju mempromosikan pendidikan untuk memupuk rasa hormat dalam kehidupan, kepelbagaian dan nilai-nilai kesederhanaan, toleransi, tanpa kekerasan dan persefahaman bersama.

"Ini akan terus menjadi sebahagian daripada teras perjuangan kita menentang keganasan dan IS," katanya.

Beliau juga berkata Akta Pencegahan Keganasan yang diluluskan di Parlimen awal tahun ini, adalah perlu untuk memerangi ancaman itu di Malaysia. - BERNAMA

PENYOKONG BOLA SEPAK DENGAN REKOD SAMSENG MUNGKIN DISENARAI HITAM


KUALA LUMPUR:  Penyokong bola sepak yang mempunyai rekod gejala samseng berkemungkinan disenarai hitam dari memasuki stadium bagi menonton perlawanan bola sepak.


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu akan dicadangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kementerian turut mempertimbang supaya penonton menulis nama dan kad pengenalan pada tiket masing-masing bagi memudahkan kerja-kerja mengenal pasti samseng," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar) yang ingin tahu usaha kementerian mengatasi masalah disiplin penyokong bola sepak Harimau Malaya.

Berkenaan punca dan faktor kekalahan skuad Harimau Malaya kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Sept lepas, Khairy berkata kelemahan utama yang dikenal pasti adalah tahap kecergasan kebanyakan pemain ketika itu berada pada tahap rendah.

Ini disebabkan mereka terpaksa mengharungi perlawanan liga yang mempunyai jadual padat serta jadual perlawanan persahabatan antarabangsa, kata Khairy.

"Beberapa pemain utama juga tidak disenaraikan dalam perlawanan tersebut kerana mengalami masalah kecederaan seperti Junior Eldstal dan Joseph Kalang Tie," katanya.

Dalam perlawanan pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 bulan lepas, pasukan Harimau Malaya tewas 0-10 kepada pasukan UAE.

Tambah Khairy, pihak kementerian juga tidak mempunyai kuasa untuk menentukan proses pemilihan pemain pasukan kebangsaan kerana ia terletak di bawah jurulatih kebangsaan yang dilantik FAM.- BERNAMA

DOMPOK UCAP TERIMA KASIH KEPADA NAJIB DILANTIK SEBAGAI DUTA KE VATICAN CITY


KOTA KINABALU:  Bekas menteri persekutuan Tan Sri Bernard Dompok hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas keputusan kerajaan melantik beliau sebagai duta tetap pertama ke Vatican City serta duta ke Malta dan Albania.


Dompok yang juga bekas Ketua Menteri Sabah turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau.

"Saya teringat tahun-tahun awal apabila cadangan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vatican ini dibangkitkan pertama kali semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri. Ia dibincangkan semasa lawatan beliau (Dr Mahathir) ke Vatican bertemu Paus John Paul II.

"Perbincangan turut diadakan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Delegasi Vatican telah terbang ke Malaysia dari Bangkok untuk bertemu Perdana Menteri dan hubungan diplomatik telah dibincang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Dompok menjadi keistimewaan bagi dirinya turut hadir dalam semua perbincangan mengenai menjalinkan hubungan diplomatik serta perbincangan susulan dengan Menteri Luar tetapi pada masa itu ia tidak dianggap perkara serius.

"Hanya semasa Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Anifah Aman sebagai Menteri Luar perkara ini diberi perhatian serius dan dipersetujui kabinet.

"Semasa Perdana Menteri mengunjungi Paus Benedict di kediaman musim panas Castel Gandolfo, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Vatican telah menjadi rasmi," jelas beliau.

Dompok turut melahirkan rasa rendah diri kerana diberi penghormatan sebagai duta tetap Malaysia pertama di bandar penganut Kristian Gereja Katolik serta duta ke Malta dan Alabnia.

Beliau pernah menyandang jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet persekutuan. - BERNAMA

1MDB TIDAK PERNAH GAGAL BAYAR FAEDAH DAN PINJAMAN POKOK


KUALA LUMPUR:  Syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tidak pernah gagal membayar balik pinjamannya dan komited sepenuhnya untuk melunaskan hutangnya sebanyak RM42 bilion.


Langkah itu akan memberi lebih ruang untuk syarikat melaksanakan pelan rasionalisasinya dengan berkesan, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.

"Kami secara konsisten menjelaskan bayaran faedah dan pinjaman pokok tepat pada masanya.

"Pada 2015, kami telah membayar balik pinjaman pokok dan juga faedah," katanya kepada pemberita selepas rakaman untuk program khas bertajuk 'Bernama TV dengan Arul Kanda' yang akan disiarkan esok pada jam 10 malam di Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com.

"Sudah tentu kami mempunyai faedah untuk dibayar apabila tiba masanya," katanya.

Akaun 1MDB yang telah diaudit dan boleh diperolehi orang ramai mulai 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014 menunjukkan jumlah hutangnya berjumlah RM42 bilion.

Arul Kanda berkata, pada Februari 2015, 1MDB telah membayar balik pinjaman RM2 bilion kepada satu konsortium bank tempatan dan berikutan itu ia telah menjelaskan kira-kira RM800 juta bayaran balik pinjaman pokok berkaitan hutang dengan bank tempatan lain.

Pada Jun, 1MDB membayar balik RM3.6 bilion atau US$975 juta pinjaman bersindiket kepada satu konsortium bank asing diketuai Deutsche Bank.

"Pada tahun ini kami secara konsisten memenuhi pembayaran balik pinjaman pokok dan menjelaskan faedah ke atas hutang 1MDB," katanya.

Ketika ini, kata Arul Kanda, 1MDB memberi tumpuan kepada pelan rasionalisasi yang diumumkan pada Jun.

Pelan itu mengandungi tiga bahagian penting - pertama membabitkan jualan ekuiti dalam syarikat tenaga, Edra Global Energy Bhd, dengan harapan dapat mengurangkan hutang 1MDB di antara RM16 dan RM18 bilion melalui penjualan aset tenaga Edra.

Keduanya, ialah pertukaran ekuiti hutang dengan dana kekayaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC). 

Langkah itu akan menyaksikan IPIC mengambil alih hutang tertentu selepas 1MDB memindahkan wang tunai dolar US dan unit dana milik 1MDB kepada IPIC.


Langkah itu akan mengurangkan hutang 1MDB kira-kira RM16 bilion.

Akhir sekali, jualan ekuiti 1MDB dalam Bandar Malaysia bernilai kira-kira RM11 bilion.

Arul Kanda berkata, jumlah jualan semua aset terbabit akan menyebabkan pengurangan besar dalam jumlah hutang 1MDB.

Bagi Bandar Malaysia, yang menarik minat tinggi pelabur syarikat China, Timur Tengah dan tempatan, beliau berharap 1MDB akan menerima bidaan terikat terakhir untuk rakan kongsi pembangunan dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya, rakan kongsi terbabit mungkin terdiri daripada pelabur tempatan dan antarabangsa secara bersendirian atau melalui pembentukan konsortium.

Dua minggu lalu, 1MDB mengumumkan yang empat pembida telah disenarai pendek sebagai rakan kongsi pembangunan untuk semua 197 hektar Bandar Malaysia.   

"Kami kekal yakin dalam tempoh beberapa minggu lagi kami akan menerima bidaan terikat terakhir dalam usaha kami memutuskan siapa yang akan menjadi rakan kongsi pembangunan Bandar Malaysia," katanya.

Mengenai Tun Razak Exchange (TRX), Arul Kanda berkata, 1MDB telah menjual beberapa lot tanah di TRX bernilai RM1.3 bilion kepada pelabur tempatan dan antarabangsa.

Menurut beliau, apa yang paling penting adalah untuk memastikan 1MDB memenuhi obligasi hutangnya dan komitmen infrastruktur untuk TRX dan Bandar Malaysia.

"Ini adalah elemen penting bagi memastikan pelan rasionalisasi boleh berjaya.

"Kami sedang memenuhi pembayaran balik faedah dan pinjaman pokok dan kemudiannya kami akan mempuyai ruang untuk mencapai objektif ini," katanya. - BERNAMA

MALAYSIA GESA INDONESIA TIDAK KOMPROMI TERHADAP SYARIKAT LAKUKAN PEMBAKARAN HUTAN


JAKARTA:  Malaysia menggesa kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat perladangan termasuk dari Malaysia jika didapati sengaja melakukan pembakaran hutan dan ladang di negara ini sehingga mengakibatkan jerebu ke negara jiran.
   
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pendirian kerajaan Malaysia adalah jelas iaitu tidak akan menyebelahi mana-mana syarikat pelaburan dari negaranya yang melakukan kesalahan dan tidak mematuhi undang-undang di negara lain.


"Syarikat Malaysia yang beroperasi di sini berada di bawah undang-undang Indonesia, jadi terserah kepada kerajaan republik itu untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka sekiranya bersalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan beberapa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, di sini hari ini.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan lawatan kerja sehari ke Jakarta hari ini sebagai utusan khas kabinet Malaysia bagi mengadakan perbincangan mengenai masalah jerebu.

Selain perjumpaan dengan beberapa anggota DPR, delegasi itu juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia Dr Siti Nurbaya Bakar di pejabatnya bagi membincangkan persoalan khusus mengenai jerebu.

Katanya, Malaysia juga berharap satu perjanjian persefahaman (MoU) mengenai usaha menangani masalah jerebu di negara ASEAN yang dirancang pada Julai lalu dapat ditandatangani dalam masa terdekat.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, "Kita datang untuk bincang apa yang terbaik bagi menyelesaikan masalah (jerebu) yang berlarutan ini.

"Kita faham masalah yang dihadapi oleh Indonesia jadi kita sama-sama bincang untuk menanganinya," katanya.

Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Indonesia telah mengenalpasti lima syarikat perladangan milik Malaysia dipercayai terbabit dengan aktiviti pembakaran hutan dan kawasan pertanian di Indonesia untuk tujuan penanaman semula. - BERNAMA

PENDEKATAN WASATIYAH ELAK EKSTREMISME SEPERTI IS: NAJIB


KUALA LUMPUR:  Pendekatan Wasatiyah mampu mengelakkan masyarakat daripada terjebak dengan ekstremisme seperti perjuangan kumpulan militan IS.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan bersederhana mampu digembleng merentasi masyarakat pelbagai agama kerana pendekatan ini mampu diterima semua agama.
"Kita harus terima realiti bahawa terdapat perbezaan fahaman agama di dunia ini.

"Tanpa Wasatiyah (bersederhana) masyarakat akan mudah untuk terjebak dengan ekstremisme yang
mengakibatkan radikalisme seperti IS," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Antarabangsa 'Agama dan Keharmonian Hidup Bersama' di Institut Kefahaman Islam Malaysia hari ini.


Tambah Najib, pemimpin agama juga perlu berperanan untuk memastikan pendekatan bersederhana dijadikan sebagai medium penting dalam menghadapi cabaran baru yang mendatang.

"Pemimpin agama dan pengikut harus bekerjasama untuk bina keyakinan, persefahaman dan kerjasama.

"Sikap ini penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan yang kita cari," tambahnya.

Turut hadir dalam majlis sama ialah Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalannya, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Pengarah IKIM, Prof Datik Dr Azizan Baharuddin. - ASTRO AWANI

POLIS PERLU SENTIASA JAGA IMEJ ELAK TANGGAPAN BURUK MASYARAKAT


KLANG:  Pegawai dan anggota polis perlu sentiasa menjaga kelakuan serta imej pasukan bagi mengelakkan tanggapan buruk di kalangan masyarakat.


Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata ia kerana masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada polis untuk menjaga keselamatan mereka.

"Setiap tingkah laku dan gerak-geri pegawai serta anggota kita diperhatikan masyarakat kerana mahu anggota dan pegawai yang terbaik.

"Dengan kemajuan teknologi masa kini, masyarakat mudah merakam tingkah laku anggota polis yang kemudian akan diviralkan...ini akan menjejaskan imej pasukan terutamanya anggota yang bertugas di unit peronda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang dan Shah Alam, di sini, hari ini.
          
Beliau berkata sekiranya perkara berkenaan berlaku ia boleh mewujudkan persepsi buruk terhadap polis dan mengurangkan keyakinan masyarakat kepada pasukan keselamatan itu.


Pada masa sama, Abdul Samah meminta masyarakat supaya tidak menyalahkan polis secara keseluruhan hanya disebabkan tindakan satu atau dua anggota yang melakukan kesalahan.

Ini kerana katanya, dalam organisasi besar seperti polis pasti ada yang melakukan kesilapan.

Sementara itu, beliau berkata polis ngeri itu berjaya menurunkan kadar indeks jenayah sebanyak 12.84 peratus atau berkurangan 3,859 kes sejak awal tahun sehingga semalam berbanding tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata semua kategori jenayah menurun kecuali jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan kes bunuh, mendatangkan kecederaan serta ragut.

"Jenayah bunuh mencatatkan 119 kes dari Januari hingga semalam berbanding 94 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Bagi jenayah mendatangkan kecederaan pula, ia merekodkan 1,009 kes tahun ini berbanding 895 tahun lepas manakala ragut meningkat 42 kes menjadikannya 794 kes tahun ini," katanya.

Beliau berkata, keadaaan itu bagaimanapun masih terkawal dan polis akan memberikan sepenuh komitmen untuk mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

Terdahulu, Abdul Samah menyampaikan sijil penghargaan kepada 182 anggota dan penjawat awam yang bertugas di IPD Klang Selatan, Klang Utara dan Shah Alam yang menunjukkan kecemerlangan dalam tugas masing-masing. - BERNAMA

HENTIKAN KENYATAAN PERSENDIRIAN DEMI PERBATUAN POLITIK: ZAHID


KUALA LUMPUR:  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa sebarang kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sepatutnya datang daripada pengerusinya sahaja.


Malah, katanya sebarang perbezaan pendapat di dalam PAC haruslah dibincangkan sesama jawatankuasa dan bukan mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi demi kepentingan politik.

"Sepatutnya Pengerusi PAC mengeluarkan kenyataan, itu pun kenyataan yang harus dikeluarkan berdasarkan pada laporan yang dipersetujui (anggota) PAC itu.

"Bersetuju atau tidak di dalam mesyuarat PAC itu hendaklah diselesaikan. Apabila laporan terakhir itu dikemukakan dan hanya laporan akhir itu hanya yang boleh didedahkan pada umum untuk dihadamkan dan digunakan sebagai hasil siasatan daripada pihak PAC.

"Bukan mengeluarkan dokumen atau memberikan pandangan yang berbeda ataupun melontarkan sesuatu kerahsiaan apa yang dibincangkan untuk mendapatkan perbatuan politik," katanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI di Parlimen hari ini.

Tegas Zahid, dalam konteks siasatan yang dilakukan PAC, tidak sepatutnya wujud pendapat peribadi.
"Dalam hal ini, tidak boleh ada pendapat peribadi kerana (mereka) dilantik secara rasmi oleh Majlis, ertinya Dewan Rakyat.

"Peraturan dan undang-undang Dewan Rakyat itu harus diiktiraf sebagai peraturan untuk menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhannya dan negara supaya tidak ditanggulangi oleh beberapa permasalahan disebabkan politik sempit," ujar Ahmad Zahid.

Mengulas berkenaan pelantikan anggota PAC yang baharu, Ahmad Zahid melihat ia merupakan satu kombinasi yang baik antara personaliti semua ahli jawatankuasa itu.

"Saya melihat terdapat kombinasi yang baik antara personaliti yang dilantik dalam PAC. PAS juga telah menamakan Datuk Takiyuddin Hassan sebagai wakil mereka. Beliau adalah seorang peguam.
"Jadi kombinasi antara ahli-ahli PAC dalam pelbagai parti politik ini diharap tidak menzahirkan kepentingan parti masing-masing tetapi lebih kepada kepentingan nasional," tambah Zahid.- ASTRO AWANI

MALAYSIA KEJAR KEDUDUKAN PENDAHULU DALAM PEMBANGUNAN VAKSIN HALAL


KUALA LUMPUR:  Malaysia terus memainkan peranan dan usaha untuk menerajui bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pemprosesan vaksin halal di rantau Asia Tenggara dan seterusnya ke peringkat dunia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia selama ini telah menyediakan eko-sistem yang menyokong pertumbuhan inisiatif berkaitan agenda halal.

"Sektor halal dalam industri rawatan kesihatan mencetuskan peluang perniagaan selain inovasi dan daya saing. R&D yang meluas perlu diteruskan untuk membanyakkan rangkaian produk farmaseutikal halal di pasaran," ujar beliau.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Inisiatif Halal dalam Industri Rawatan Kesihatan di ibu negara pada Selasa.

"Saya juga meletakkan cabaran kepada kementerian terbabit agar berusaha merebut semula kedudukan sebagai pendahulu industri pembangunan produk kesihatan halal yang kini telah disaingi hebat negara lain," ujar beliau.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan kerjasama syarikat Al-Jomaih Group dari Arab Saudi yang telah memilih Malaysia untuk pelaburan bernilai RM286 juta bagi membangunkan dua projek di Enstek Halal Park, Negeri Sembilan.

Kedua-dua projek itu, AJ Biologics Sdn Bhd dan AJ Research and Pharma Sdn Bhd, akan memberi tumpuan dalam pengeluaran produk farmaseutikal, nutraseutikal dan rawatan kesihatan berkualiti tinggi.

Beliau turut menyaksikan upacara perjanjian kerjasama strategik antara Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan AJ Pharma Holdings bagi membangunkan platform R&D dalam pemprosesan vaksin halal.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Perdagangan Antara bangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan, Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi HDC Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim.- ASTRO AWANI

'NAJIB DAPAT KEBENARAN LUPUS PERMOHONAN SAMAN PKR': HAFARIZAM


KUALA LUMPUR:  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melupuskan permohonan membuang writ saman PKR atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.


Peguam, Datuk Hafarizam Harun berkata, ia diberi dengan alasan adanya fakta istimewa yang boleh memprejudiskan Najib jika tidak ada sebarang perintah penangguhan dibenarkan.

"Prosiding ini diperolehi selepas adanya fakta istimewa atau keadaan istimewa yang boleh memprejudiskan anak guam saya sekiranya tidak ada perintah penangguhan diberikan.

"Maksudnya sekiranya anak guam saya perlu afidavit menjawab penzahiran dokumen iaitu Najib jika hendak menunjukkan penyata akaunnya, jadi apa sahaja pembelaan Najib dan Datuk Seri Tunku Adnan Tunku Mansor yang mahu membawa ke mahkamah akan diketahui lebih awal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ogos lepas, PKR telah memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta melalui peguam Tommy Thomas.

Ia juga difailkan terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hafarizam sebelum ini menyatakan, arahan kepada Najib untuk memfailkan pembelaan dalam saman ke atasnya dan tiga yang lain berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13), tidak bermakna sudah terdapat bukti perlakuan jenayah oleh Perdana Menteri.

Tegasnya, konotasi kes tersebut berbeza sama sekali dengan perbicaraan kes jenayah.- ASTRO AWANI

REBAT PRABAYAR TELEFON BIMBIT HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA: SALLEH


CYBERJAYA:  Kerajaan sedang membangunkan satu sistem berkesan bagi memastikan rebat untuk pengguna kad prabayar telefon bimbit seperti diumumkan dalam Bajet 2016, hanya dinikmati warganegara Malaysia.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, ketika ini perbincangan dengan industri terlibat sedang dilakukan bagi memastikan pemberian rebat itu dilaksanakan 1 Januari depan.

Katanya, melalui pemberian rebat itu, pengguna kad prabayar akan membayar nilai yang sama dengan harga kad tambah nilai berkenaan.

"Rebat ini berbentuk airtime. Maksudnya bermula 1 Januari 2016, anda dapat apa yang anda mahukan. Kalau beli RM10, anda boleh gunakan airtime RM10.

"Kita akan laksanakan berdasarkan pengumuman Perdana Menteri selama setahun," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar 'The Role of New Media in Fighting Against Perception Terrorism' di  Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini hari ini.

Jelasnya, pengumuman mengenai sistem berkenaan akan diumumkan selepas beberapa perkara diselesaikan.

"Kita hanya memberi rebat kepada warganegara sahaja. Maksudnya ia (rebat) akan ditanggung antara industri dan kerajaan.

"Kami akan membangunkan satu sistem bagi melaksanakan perkara itu. Kita kena bincang lagi sebab ini yang akan membezakan antara warganegara dengan warga asing. Namun ini hanya untuk setahun sahaja," jelasnya.

Mohd Salleh berkata, sistem itu nanti akan digunapakai selama setahun dan keputusan mengenai lanjutan kaedah berkenaan bergantung kepada keputusan kerajaan.

"Ada yang tanya kenapa tidak (dikuatkuasakan) 1 November, sebenarnya sebelum ini kerajaan membuat keputusan bahawa ia adalah sistem usage bukan activation, di mana kita pakai, kita dicaj.

"Kerajaan sebelum ini mengambil keputusan untuk kaji dalam masa enam bulan, selepas enam bulan kita kena balik seperti dahulu.

"Namun, balik seperti dahulu tidak bermakna tidak bayar, bagaimanapun, ia cuma melaksanakan sistem usage. Ini berbeza. Maksudnya, pada kali ini kalau kita tambah nilai RM10, kita akan dapat RM10," katanya.

Ketika ini, terdapat kira-kira 33 juta pengguna prabayar dan lapan juta pengguna pasca-bayar warganegara Malaysia yang berdaftar di seluruh negara.

Manakala, lima juta pengguna prabayar bukan warganegara Malaysia turut dicatatkan setakat ini.

Semasa membentangkan Bajet 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengguna warganegara Malaysia akan menikmati rebat kad pra-bayar yang bersamaan dengan amaun GST yang telah dibayar berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016. - ASTRO AWANI

MALAYSIA DILANDA 'KEGANASAN PERSEPSI': SALLEH


CYBERJAYA:  Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' melalui media baru yang diguna pakai untuk membunuh karakter seseorang individu termasuk pemimpin negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, persepsi negatif terhadap kepimpinan negara dan kerajaan dilihat seperti telah tertanam dalam masyarakat khususnya pengguna media sosial.

"Dalam konteks Malaysia, jelas dapat dilihat bagaimana manipulasi persepsi media baru digunapakai bagi menjalankan pembunuhan karater terhadap individu mahupun mengakibatkan ketidakstabilanhuru-hara berlaku.

"Situasi berlaku apabila pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Namun, isu tersebut terus dimanipulasi di media sosial meskipun pencerahan demi pencerahan dibuat dan pelbagai bukti telah dikemukakan,"katanya semasa berucap merasmikan Seminar "The Role Of New Media in Fighting Against Perception Terrorism" di  Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini.

Tambahnya, persepsi boleh timbul daripada pemikiran atau hati seseorang dan boleh dicetuskan pihak lain.

"Sesuatu persepsi tidak lagi terikat dalam lingkungan pemikiran seseorang individu, tetapi boleh bercambah pantas menjadi persepsi ramai. Ianya boleh terbentuk melalui pelbagai medium seperti blog, mahupun penulisan, foto dan video yang tersebar luas di media sosial," ujar beliau.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa menilai dengan baik apa jua maklumat yang disebarkan melalui media sosial.

"Usahlah sebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya. Jangan mudah terpengaruh dengan mainan dan manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya perkara yang boleh menggugat kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara," katanya.- ASTRO AWANI

HIMPUNAN BERSIH TELAN KOS RM2.74 JUTA, BAJU MERAJ BELANJA RM4.5 JUTA: AHMAD ZAHID


KUALA LUMPUR:  Sejumlah 191 pegawai dan 2,419 anggota lain-lain pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan bagi mengawal perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lepas.


Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia melibatkan kos keseluruhan yang diguna pakai sebanyak RM2.74 juta.

"Pihak polis telah membuat persiapan rapi bagi mengawal perhimpunan tersebut (supaya) tidak menimbulkan sebarang kekacauan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang ingin tahu jumlah anggota polis dan kos yang ditanggung PDRM dalam perhimpunan Bersih 4 dan Himpunan Rakyat Bersatu.

Bagi Himpunan Rakyat Bersatu pada September pula, Zahid berkata seramai 263 pegawai polis dan 3,648 anggota lain-lain pangkat terlibat mengawal perhimpunan itu dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.5 juta.

Menurutnya, pasukan keselamatan berkenaan telah mengguna pakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan IPD Dang Wangi dan Cawangan Trafik.

Turut serta, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Cawangan K9 JSJ dan lain-lain elemen yang diselia Ketua Polis Kuala Lumpur, katanya. - BERNAMA

PEMIMPIN DAN ANGGOTA UMNO PERLU GUNA SALURAN PARTI UNTUK BERSUARA: ZAINAL ABIDIN


KEPALA BATAS:  UMNO Pulau Pinang berpendirian bahawa setiap pemimpin dan anggota parti mempunyai saluran yang betul untuk bersuara dan memberi pandangan terhadap sesuatu perkara berkaitan parti dan kerajaan.


Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dakwaan yang mengatakan pemimpin UMNO penakut dan tidak berani bersuara adalah tidak benar kerana mereka bersuara menerusi saluran parti.
"UMNO Pulau Pinang merasakan kami berhemah, kami menggunakan saluran parti.

Ada perkara tidak perlu kami ceritakan secara hebahan awam, ada perkara kami buat secara dalaman. Kami (boleh) bagi pandangan, macam saya pun kalau ada apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya boleh terus SMS kepada presiden parti.

"Itu adalah suara saya yang mewakili UMNO negeri. Suara sekarang tak semestinya menjerit, panggil sidang media. Suara kami boleh sampai melalui Whatsapp, Telegram, SMS," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pemimpin dalam parti dan kerajaan tidak berani bersuara untuk menyatakan kebenaran kerana mahu melindungi kepentingan politik dan kedudukan masing-masing.

Muhyiddin pada program 'Bicara Minda: Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian pada Sabtu lepas, menggesa pemimpin dalam UMNO dan kerajaan supaya lebih berani mengambil tindakan serta melakukan perubahan jika melihat perkara mungkar.

Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang menghormati pandangan Muhyiddin itu, namun perkara itu perlu dilakukan secara berhemah dan mengikut saluran yang betul kerana ia penting untuk memupuk disiplin serta kewibawaan sesebuah parti.

"Bayangkan kalau semua orang bersuara, mengkritik presiden di luar parti, ia akan menjadi huru-hara. Kita ada saluran, boleh dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi," katanya.

Terdahulu, Zainal Abidin mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, melancarkan penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (CDERT) peringkat negeri, di sini pada Isnin.

Sehingga kini, sebanyak 494 komuniti ditubuhkan sebagai pasukan CDERT di Jabatan Pertahanan Awam Pulau Pinang.

Pasukan itu ditubuhkan dengan matlamat melahirkan komuniti berkeupayaan mengambil tindakan awal bagi mencegah kemalangan dan bencana di kawasan kejiranan melalui ilmu Pertahanan Awam, sementara menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat. - BERNAMA

AHLI UMNO PERLU FOKUS AKTIVITI KUKUHKAN PARTI, ELAK LONTAR KENYATAAN PERIBADI : KHAIRY


KUALA LUMPUR:  Pergerakan Pemuda UMNO hari ini sebulat suara mahu semua anggotanya menjadikan program yang dapat mengukuhkan parti sebagai keutamaan, selain tidak membuat kenyataan mengikut pandangan peribadi.


Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata walaupun setiap anggota mempunyai hak menyatakan pandangan tetapi perlu diingat bahawa pada waktu dan ketika ini fokus mereka adalah terhadap agenda yang menyumbang kepada keutuhan parti.

"Kami harus komited pada perkara dan hal yang dapat menguatkan dan merapatkan setiap ruang antara ahli dan terus bekerja untuk masa hadapan parti di samping memastikan segala masalah berbangkit dalam parti dapat diselesaikan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Ibu Pejabat UMNO di sini.

Beliau berkata sudah menjadi ketetapan Pemuda UMNO seperti pada mesyuarat exco yang lepas walaupun Pemuda membangkitkan beberapa perkara yang perlu ditangani pucuk pimpinan, tetapi pergerakan itu terus komited mendukung parti dan mengelak perbuatan yang hanya menimbulkan ketegangan.

Sementara itu, Khairy berkata Pemuda UMNO akan memfokuskan kepada pemerkasaan latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) di bawah nama Pemuda Mahir yang ia juga merupakan aspirasi yang mampu mengangkat golongan muda kerana bukan sahaja mereka berpendidikan malah mempunyai ilmu kemahiran.

Program Pemuda Mahir itu juga akan dilancarkan pada awal tahun depan sebagai menyokong usaha kerajaan dalam mengarusperdanakan aliran pendidikan berteraskan kemahiran.

Program lain yang turut dikelolakan Pemuda ialah Simposium Pengurusan Ringgit bagi pendedahan tentang pengurusan kewangan terutamanya pengurusan kewangan peribadi dan Simposium Agropreneur Muda 2015 yang menawarkan skim Agropreneur dengan geran sebanyak RM30,000 kepada Usahawan Tani yang layak.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata aspirasi orang muda yang berada di luar parti akan menjadi mukadimah perbahasan Pemuda UMNO sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Disember ini.

"Ia bagi memastikan hujah yang dibawa pada PAU adalah relevan dengan idea dan kehendak seluruh anak muda tidak mengira parti, justeru kami akan panggil pemimpin yang bukan sahaja berada dalam UMNO termasuk mahasiswa untuk memberi pandangan mereka pada Konvensyen Untuk Orang Muda yang akan diadakan 28 Nov ini," katanya.

Berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Khairy berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah paling sesuai menyelesaikan isu itu memandangkan ia turut diwakili pihak pembangkang.

"Apa sahaja ketetapan atau keputusan yang dibuat oleh PAC, pembangkang tidak boleh kata ia berat sebelah," katanya. -BERNAMA

TIADA SALAH GUNA KUASA TERHADAP TERTUDUH 124B HINGGA 124N KANUN KESEKSAAN : ZAHID


KUALA LUMPUR:  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata tiada sebarang penyalahgunaan kuasa berlaku terhadap tertuduh yang didakwa dan disiasat mengikut Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan.


Selain itu, pembelaan dan hak mereka mengikut seksyen berkenaan juga terjamin, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurutnya definisi yang jelas diberikan dalam pindaan Kanun Keseksaan itu, yang membolehkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melaksanakan tugas berdasarkan undang-undang dengan lebih tepat.
"Dalam apa cara sekalipun, tiada sebarang penyalahgunaan kuasa dan kes-kes terlibat akan tetap dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang meminta senarai penuh nama orang yang sedang disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan serta tindakan yang diambil bagi mengelak penyalahgunaan kuasa.

Ahmad Zahid berkata sehingga kini, dua orang telah dituduh daripada tujuh orang dalam 10 kes mengikut Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan.

Mereka disiasat berhubung kesalahan berkaitan menggugat demokrasi berparlimen, sabotaj dan espionaj.

"Bagaimanapun, dalam hal ini saya tidak bercadang untuk mendedahkan maklumat lanjut memandangkan ada di antara kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak polis dan prosiding perbicaraan," katanya.- BERNAMA

'MUHYIDDIN, USAHLAH BERNOSTALGIA': ZAHID HAMIDI


KUALA LUMPUR:  Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihat untuk menerima hakikat bahawa pemimpin yang dipilih menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib Razak.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah lebih baik untuk Muhyiddin memberi sokongan kepada kepimpinan semasa, bukannya membuat tindakan yang tidak seiring dengannya.

"Saya fikir realiti yang harus dihadapi adalah kita tak perlu bernostalgia terhadap sesuatu yang pernah berlaku tetapi tidak menjadi realiti.

"Kita harus memberikan sokongan terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini kerana itulah yang dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Pengguna Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka pada Ahad.

Ia sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin dalam sesi dialog Bicara Minda yang bertajuk 'Berani Kerana Benar' yang berlangsung di Johor Bahru pada Sabtu.

Dalam dialog tersebut, Muhyiddin memaklumkan yang beliau diminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencabar kerusi Perdana Menteri selepas Barisan Nasional (BN) pimpinan Abdullah ketika itu kalah besar dalam PRU pada 2008.

Namun disebabkan pada masa itu Muhyiddin hanya Naib Presiden BN manakala Najib pula Timbalan Presiden, laluan diberikan kepada Najib untuk menggantikan Abdullah.

"Ketika itu pun Dr Mahathir bukanlah Perdana Menteri dan dia tiada kuasa untuk memilih siapa-siapa untuk menjadi Perdana Menteri.

"Kalau mana-mana individu yang tidak merasakan seseorang itu harus berada di tampuk kepimpinan, individu tersebut boleh menawarkan diri untuk bersama organisasi lain dan membuktikan kepada rakyat bahawa individu itu lebih baik daripada tokoh kepimpinan yang ada.

"Jadi eloklah kita tunggu hingga PRU akan datang untuk kita sama-sama ada dalam gelanggang.
"Kita tengok mana satu pilihan rakyat waktu itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zahid menegaskan peruntukan besar yang dikhaskan kepada Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2016 bukan bertujuan untuk memancing undi daripada rakyat negeri itu.

"Ia bukan semata-mata demi PRU. Ini Ini adalah keprihatinan kerajaan Malaysia dalam memberi imbuhan dan perkhidmatan yang baik kepada setiap rakyat mereka.

"Saya rasa Sarawak layak untuk menerima peruntukan istimewa itu," katanya.

Lebih RM29 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2016 untuk pembangunan kesejahteraan rakyat negeri Sabah dan Sarawak yang antaranya merangkumi RM16.1 bilion untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak dan RM12.8 bilion untuk LPB di Sabah.

Lebuh raya tersebut juga tidak akan mengenakan bayaran tol kepada penggunanya apabila siap kelak. -ASTRO AWANI

INILAH HAKIKAT DAN SEBENARNYA!!!


Di mana-mana LADY duduk di kedai kopi... perbualan di pejabat.. atau di media sosial.. ayat pihak nan sebelah (sebenarnya ada unsur cemburu dan lebih hampir kepada dengki tahap gaban. " agaknya ada yang memikir, kan bagus kalau duit tu aku punya! agaknyalah kannnnnnn... sebab bunyi dan nada menunjukkan ke arah itu!!) asyik bertemakan dana 2.6B.mereka umpama REVIEW AUDIO yang berbunyi berulang kali tanpa berusaha untuk mencari info aebenar tentang itu.

Almaklumlah.. cerdik pandai dikatakan! Paling deabak berbicara kedai kopi konon dialah paling pandai berbual tentang permasalahan politik semasa ( wakil rakyat kesai kopilah dikatakan) tetapi yang lawaknya.. tahu bercakap benda sama... cerita 'aji naik moto' sahaja.

Cuba fikir selepas membaca penulisan di bawah. Tenungkan. Agaknya di mana kurang ayat demi ayat yang individu suka sangat REVIEW AUDIO di kedai kopi dan media sosial tu.

PENDERMA DEDAH KENAPA MASUKKAN DUIT KE DALAM AKAUN NAJIB RAZAK!!!

SATU
Menerima sumbangan untuk dana politik tidak salah di sisi undang-undang negara ini.

Cadangan SPRM untuk wujudkan undang-undang mengisytihar sumbangan kepada parti politik telah DITOLAK OLEH DAP walaupun UMNO TELAH BERSETUJU.

Dalam isu ini, penyumbang tersebut menyatakan, sebagai saudara sesama Islam, mereka tidak berminat untuk mendapatkan apa-apa jua bentuk balasan. Mereka hanya ingin memastikan bahawa kerajaan Islam boleh dipertahankan, sekaligus dapat mengekang aktiviti militan mahupun kemaraan musuh-musuh Islam dan sebagainya.

DUA
Walaupun begitu, atas sebab-sebab keselamatan, bagi memelihara kerahsiaan identiti penyumbang, mereka terpaksa mengenakan syarat.


Syaratnya, penyumbang hanya bersetuju menyalurkan sumbangan tersebut secara langsung terus kepada PM sendiri, bagi mengelakkan identiti penyumbang diketahui umum.

Untuk itu, maka sebuah akaun peribadi atas nama PM dibuka, khas untuk tujuan penyaluran sumbangan yang dimaksudkan. Akaun itu dibuka semata-mata UNTUK TUJUAN TERSEBUT, dan jelas menurut rekod, ia telah ditutup sejurus selepas pemindahan dana berjaya dilakukan.

Jika sumbangan itu disalurkan melalui akaun amanah ataupun akaun-akaun lain, sudah pasti identiti penyumbang akan terdedah dan diketahui umum, inilah yang dibimbangi oleh penyumbang.

Pemimpin pembangkang juga pasti berpendapat sedemikian. Buktinya, Lim Kit Siang, Tony Pua, Tian Chua, Lim Guan Eng dan ramai lagi pernah menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan saranan SPRM, yang menyarankan supaya nama penyumbang dana parti masing-masing (termasuk UMNO) didedahkan. 

(Rujuk Laporan Mesyuarat mereka bersama SPRM).


JADI, Apa yang Salah?

Dalam isu ini, Perdana Menteri tidak melakukan sebarang kesalahan di sisi undang undang.Yang salahnya KALAU penyumbang dapat balasan seperti projek atau peluang perniagaan daripada kerajaan.

TIGA
Selama ini DAP, PKR & PAS memang telah menerima ratusan juta malah berbillion ringgit sebagai sumbangan dana politik, tapi oleh kerana undang-undang negara ini tidak memerlukan ianya diisytihar dan juga tidak perlu memaklumkan sumber atau penyumbangnya, maka ianya tidak diketahui umum dan TIDAK MENJADI ISU!


Maka apabila UMNO menerima sumbangan dana politik, tidak ada sebab ianya perlu dihebah kepada umum. Tapi malangnya, ada orang dalam seperti bekas pemimpin yang telah mendedahkan perkara ini kepada pengetahuan umum. Lebih malang lagi pendedahan tersebut dibuat secara 'half truth' (separuh benar) yang menyebabkan pelbagai tafsiran sehingga menjadi isu negatif yang besar terhadap UMNO dan pemimpinnya. Adalah sangat tidak beretika untuk bekas pemimpin tersebut mendedahkan rahsia parti.

EMPAT
Adakah mungkin antara sumber derma kepada DAP berkait dgn CIA, Isreal (Yahudi), kumpulan Freemason, kumpulan Iluminati, kumpulan NEO-CON yang berselindung di sebalik NED dan NDI atau lain lain yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap DAP?


Mungkin inilah sebabnya DAP menolak sekeras kerasnya untuk digubal akta tersebut.

#TandukKinabalu

PENGANUT SYIAH BERDEPAN TINDAKAN TEGAS : JAIS


SHAH ALAM:  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap sesiapa di negeri itu yang terlibat dengan fahaman Syiah kerana ia terbukti menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.


Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata ia selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Okt 2013 bahawa fahaman berkenaan bercanggah dengan ajaran Islam mengikut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Mana-mana individu yang didapati mengamalkan ajaran dan fahaman Syiah boleh diambil tindakan kerana melakukan kesalahan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda atau hukuman penjara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAIS akan terus memantau kegiatan penganut fahaman itu menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama pada sambutan Hari Karbala, acara yang disambut setiap tahun oleh penganut Syiah pada 10 Muharam.

Mengulas lanjut, Haris berkata fahaman syiah diharamkan kerana ajarannya menyeleweng, menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar serta boleh menimbulkan bahaya dan perpecahan kepada umat Islam.

Menurut Haris, terdapat 22 elemen yang dikenal pasti terkandung dalam fahaman Syiah dan telah diwartakan menyeleweng oleh jawatankuasa berkenaan.

Antaranya ialah mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Aksari sebagai Imam Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan; mempercayai hanya Saidina Ali sahaja yang menghimpun Al-Quran dengan sempurna dan menyamakan taraf Saidina Ali dengan Allah.

Haris menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penganut Syiah segera membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1800-88-2424 untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

KERAJAAN TERUS PRIHATIN KEPERLUAN MASYARAKAT INDIA : AHMAD ZAHID


KUALA LUMPUR:  Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata di sebalik cabaran ekonomi yang dihadapi negara, kerajaan tetap memberi perhatian terhadap kaum itu yang merupakan komponen penting dalam kemajmukan masyarakat Malaysia.

Ahmad Zahid menegaskan golongan minoriti di negara ini sentiasa mendapat perhatian kerajaan, apatah lagi masyarakat India yang telah bersama menyaksikan negara mencapai kemerdekaan dahulu.
"Tentunya keprihatinan perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai pemimpin utama negara kita terutama apabila beliau membentangkan ucapan belanjawan semalam memperlihatkan bahawa keprihatinan beliau kepada masyarakat India tiada batasnya," katanya.

Ahmad Zahid berucap pada sambutan Hari Deepavali anjuran Persatuan Peniaga-Peniaga Lebuh Ampang Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat semalam, perdana menteri mengumumkan beberapa insentif untuk masyarakat India antaranya peruntukan dana RM100 juta melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India dan peruntukan RM50 juta oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil masyarakat berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Najib memerlukan dokongan dan sokongan semua rakyat termasuk masyarakat India di sebalik usaha sesetengah pihak untuk mengeruhkan keadaan dalam negara.

"Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kita harus ketepikan perbezaan sama ada kita orang India, kita orang Cina atau sebagainya.

Kita semua merupakan masyarakat Malaysia," katanya.

Beliau berkata semua pihak harus bekerjasama dan mengetepikan perbezaan ideologi politik demi menjamin perpaduan masyarakat di negara ini. BERNAMA

Sumber gambar - ASTRO AWANI

BEBERAPA PERBANDINGAN BERKENAAN PERKARA-PERKARA YANG MEMPENGARUHI KEHIDUPAN HARIAN

melilau mata LADY mencari mana yang sebenarnya Malaysia yang paling teruk dari segi anggarannya.. berdasarkanb perbandingan di bawah. jangan dok cerita benda-benda mengarut. kalau anda ada bukti konon sangat TEPAT. KONGSIKAN SAJA DALAM RUANG KOMEN. BUKTIKAN ARTIKEL lady KONGSI INI PENIPUAN

Beberapa perbandingan berkenaan perkara-perkara yang mempengaruhi kehidupan harian kita:-

PETROL 
(a) Malaysia RM 2.15  - RON95
(b) Indonesia IDR 8626.76 (RM 2.69) - RON88
(c) Thailand THB 32.11 (RM 3.83) - RON92
(d) Philippines PHP 42.51 (RM3.87)  RON 92


BERAS (putih)(1kg)
(a) Malaysia RM 4.06
(b) Indonesia IDR 12,959.71 (RM 4.15)
(c) Thailand THB 37.90 (RM 4.52)
(d) Philippines PHP 43.86 (RM3.64)


DADA AYAM (Tanpa Tulang, Tanpa Kulit)(1kg)
(a) Malaysia RM 11.08
(b) Indonesia IDR 47,102.98 (RM 14.69)
(c) Thailand THB 100.87 (RM 12.04)
(d) Philippines PHP 149.94 (RM 13.64)


GULA PUTIH (1kg)
(a) Malaysia RM 2.90
(b) Indonesia IDR 11,600.00 (RM 3.62)
(c) Thailand THB 73.13 (RM 8.73)
(d) Philippines PHP 52.00 (RM 4.73)


ANGGARAN KOS BULANAN KEPERLUAN ASAS (seperti Elektrik, Air, Pelupusan Sampah) BAGI SEBUAH RUMAH PANGSA/APARTMENT (berkeluasan 85 meter persegi)
(a) Malaysia RM 180.94
(b) Indonesia IDR 841,536.35 (RM 262.41)
(c) Thailand THB 2,341.70 (RM 279.57)
(d) Philippines PHP 3,290.08 (RM 299.25)


KADAR FAEDAH SEWA PAJAK TAHUNAN 
(a) Malaysia 4.67%
(b) Indonesia 9.76%
(c) Thailand 6.35%
(d) Philippines 8.15%


KDNK DALAM USD UNTUK TAHUN 2014 
(a) Malaysia $10,304
(b) Indonesia $ 3,592
(c) Thailand $ 5,678
(d) Philippines $2,614


PURATA PENDAPATAN BOLEH GUNA (SELEPAS CUKAI)
(a) Malaysia RM 3,531.20
(b) Indonesia IDR 4220827.00  (RM 1,316.54)
(c) Thailand THB 13,608.72 (RM 1624.71)
(d) Philippines PHP 14,698.97 (RM 1,336.96)


GST
(a) Malaysia 6%
(b) Indonesia 10% going up to 15%
(c) Thailand 7%
(d) Philippines 12%

PERUNTUKAN UNTUK SUKAN TIDAK AKAN DIBAZIR : KHAIRY


JOHOR BAHARU:  Peruntukan RM145 juta untuk persiapan atlet negara menghadapi Sukan SEA ke-29 dan Para Asean ke-9 di Kuala Lumpur pada 2017 tidak akan dibazirkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.


Beliau berkata ia mencukupi dan akan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan Malaysia menjuarai kedua-dua kejohanan tersebut.

"Dengan peruntukan RM145 juta kepada Sukan SEA dan Para Asean dan juga RM75 juta bagi Program Prodium, kita akan lakukan apa yang terbaik.
"Kita tidak boleh nak memberi alasan tiada peruntukan, tidak dapat menang," katanya kepada pemberita selepas menutup program Johor Mahir anjuran Pemuda Umno Johor di Kilang Bateri di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 semalam mengumumkan peruntukan RM222 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan dengan RM145 juta akan diguna bagi mempersiapkan atlet negara menghadapi Sukan SEA dan Para Asean pada 2017.
Selain itu RM75 juta turut diperuntuk bagi melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia melalui Program Podium dan RM22 juta lagi untuk pembinaan dua kompleks sukan iaitu di Bagan Datoh (Perak) dan Kuantan (Pahang).

Sukan SEA dan Para Asean 2017 bakal dihos Malaysia dari 19 hingga 31 Ogos.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kementeriannya melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah memeteraikan perjanjian persefahaman dengan agensi kerajaan negeri iaitu Skills Johor hari ini bagi menubuhkan sebuah pusat kemahiran vokasional dan teknikal pada 2017.

Ia dijangka dapat melatih kira-kira 20,000 belia dalam bidang logistik, kesihatan, pelancongan, minyak dan gas dan pelbagai lagi sektor yang berhubung kait dengan Johor, katanya.

Beliau berkata penubuhan puat itu bersesuaian dengan keperluan mendesak bagi melahirkan sejumlah 225,00 pelajar berkemahiran vokasional dan teknikal menjelang 2020. - BERNAMA