Followers

MAKLUMAT RAKYAT TERLIBAT BERSIH 4 DI LUAR NEGARA AKAN DIKUMPUL - REEZAL MERICAN


ROMPIN:  Kementerian Luar akan mengumpul maklumat rakyat Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 4 di luar negara untuk tindakan undang-undang ke atas mereka selepas itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata pemantauan sedang dilakukan oleh Wisma Putra dan identiti mereka akan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara berkenaan.

Rakyat Malaysia terbabit tidak seharusnya dilepaskan daripada tindakan kerana mereka telah melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan imej negara di peringkat antarabangsa, katanya.

"Saya juga dimaklumkan ada negara yang tidak mengizinkan kancah politik domestik dibawa ke negara mereka. Saya meminta rakyat kita yang berada di luar sana untuk menjaga adat dan nama negara.

"Kita bukan tidak mempunyai ruang yang luas untuk mana-mana pihak bercakap. Ini bukan negara kuku besi atau negara yang menutup ruang demokrasi," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Rompin di sini, hari ini.

Turut hadir pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin yang juga anggota Parlimen Rompin, Setiausaha bahagian Datuk Wan Kadri Wan Mahusain dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Datuk Mohd Johari Hussain.

Reezal Merican juga berkata amat tidak wajar bagi rakyat Malaysia menggunakan 'pentas' di luar negara untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya sendiri ada masanya mempunyai pandangan yang kritikal tetapi saya mengikut saluran yang difikirkan wajar dan mematuhi undang-undang. Jangan sampai merosakkan negara dan menyusahkan umum.

"Malah tindakan ini (berhimpun) jika di negara tertentu ada yang boleh dikenakan tindakan lebih keras. Kebebasan bersuara tidak boleh dilihat sebagai kebebasan mutlak untuk menyuarakan apa jua perkara melalui apa jua cara. Adakah kita akan menghalalkan segalanya atas nama kebebasan bersuara atau hak asasi manusia?" katanya.

Perhimpunan Bersih 4 di ibu kota juga tidak bersikap adil kepada peniaga dan pengunjung di kawasan yang terlibat serta membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab termasuk media asing untuk memburuk-burukkan negara, katanya.

Reezal Merican yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO turut menyifatkan tindakan mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu sebagai tidak patriotik kerana pemilihan tarikh yang terlalu hampir dengan ulang tahun sambutan Hari Kebangsaan.

"Mengapa mereka tidak memilih tarikh lain? Kita juga ada Akta Perhimpunan Aman. Jika mereka benar-benar mahu berhimpun, kita ada beberapa buah stadium di negeri pembangkang. Berhimpun di sana, itu jauh lebih baik untuk dipuji," katanya.

Di MUAR, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata penganjur perhimpunan sepatutnya menghormati hak orang lain termasuk peniaga yang mahu berniaga dan mereka yang mahu bersiar-siar di hujung minggu.

"Mereka juga perlu menghormati hak orang lain jika mahu orang lain menghormati hak mereka dengan mengadakan perhimpunan itu di stadium," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

BERSIH 4: HAK ASASI PERLU BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG -MUSA


KUALA LUMPUR:  Peserta demonstrasi Bersih 4 yang mempertahankan tindakan berhimpun di atas faktor hak asasi perlu menyedari setiap perbuatan mereka tetap tertakluk kepada undang-undang.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, walaupun undang-undang memberi kebenaran untuk perhimpunan aman, namun perlu mengikut keputusan polis yang menjaga keamanan dan keselamatan negara.

"Kita ada peraturan dan undang undang. Walaupun perhimpunan aman dibenarkan, tetapi mereka yang terlibat perlu mengikut arahan selain menghormati tugas polis yang menjaga keselamatan semua pihak termasuk mereka yang berdemonstrasi.

"Namun Bersih 4 sudah diharamkan, jadi mereka sudah melanggar undang-undang jika berhimpun walaupun dari mereka dari segi hak asasi mereka mempunyai hak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Musa mengulas perhimpunan Bersih 4 yang dijadual berlangsung hari ini dan esok.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, peserta perhimpunan BERSIH 4 bakal berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mereka tetap mahu berhimpun walaupun tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi berhimpun.

Bagaimanapun menurut Tajuddin, orang ramai dibenarkan hadir di sekitar Dataran Merdeka bagi tujuan melihat perbarisan pada Hari Kebangsaan.

Dalam pada itu, kata Musa, polis boleh mengambil tindakan kepada peserta perhimpunan yang melanggar undang-undang.

"Jelas apabila undang-undang tidak dipatuhi, polis boleh bertindak," ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharamkan penggunaan warna kuning dengan disertai perkataan Bersih 4 serta sebarang penerbitan berkaitan perhimpunan yang diharamkan itu.

Arahan itu mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015 dan mula berkuatkuasa pada Jumaat.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Syahredzan Johan di dalam catatan di laman Facebooknya menyatakan, mereka yang ditahan polis kerana berpakaian kuning boleh mempertikaikan tindakan itu jika tiada tulisan Bersih 4 pada baju berkenaan. - ASTRO AWANI

TIADA TEMPAT UNTUK TUN MAHATHIR DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO : TAJUDIN


KUALA LUMPUR:  Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah lebih baik jika mantan perdana menteri itu tidak dijemput ke perhimpunan itu selepas hadir ke perhimpunan Bersih 4 di ibu negara pada Sabtu.

"Elok beliau tidak perlu hadir ke perhimpunan itu nanti. Kehadiran beliau nanti dikhuatiri memberi persepsi negatif dalam kalangan ahli parti.

"Perjuangan sudah berbeza dan beliau sanggup bersekongkol dengan pembangkang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Pada Sabtu, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengejutkan banyak pihak apabila kedua-duanya hadir pada perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka.

Kehadiran mereka disambut peserta perhimpunan yang turut tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama.

Dalam pada itu, ketika ditanya apakah UMNO perlu melucutkan keanggotaan atau mengharamkan terus kehadiran Dr Mahathir dalam mana-mana program anjuran parti, ini kata Tajuddin: "Tidaklah perlu sampai hendak mengharamkan beliau. Ini bukan kerja kita... mengharam atau menghalalkan seseorang."

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijangka akan diadakan pada 9 September depan.

Beberapa portal berita melaporkan status keahlian Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam parti akan ditentukan pada hari tersebut.

Pada Mei 2008, Dr Mahathir pernah keluar daripada UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, pada April 2009, Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula UMNO selepas Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan digantikan dengan Datuk Seri Najib Razak. - ASTRO AWANI

Ps: LADY kecewa dengan tindakan TUN M kali ni. Sangat KECEWA. Dia kritik bagaimana terukpun YAB PM. LADY masih melihatnya sebagai individu yang hanya berkata-kata. Tetapi tindakan menyertai himpunan yang sudah jelas dari segi perundangan adalah HARAM. Melukakan hati LADY. !!!!!!

KETEPIKAN PERBEZAAM DAN BERSATU SEMPENA HARI KEBANGSAAN : SALLEH


KUALA LUMPUR:  Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan fahaman politik dan ideologi dan terus bersatu sempena meraikan Hari Kebangsaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurut beliau perasaan bahawa 'tanah air adalah segala-galanya' perlu disemat dalam jiwa rakyat Malaysia sebagai bukti rasa cinta kepada negara.

"Saya berharap sungguh bagi pihak yang merasakan mereka mempunyai perbezaan dengan kita, kita ketepikan. Biar kita bersatu demi negara kita.

"Kita meraikan Hari Kebangsaan dan kita tunjukkan bahawa jika kita bersatu padu, jika kita dapat tentukan bahawa tanah air adalah segala-galanya, kita boleh maju ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini, Sabtu.

Hari Kebangsaan 2015 disambut pada 31 Ogos ini di seluruh negara dan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Dataran Merdeka dengan tema pada tahun ini 'Sehati Sejiwa.'

Lebih 10,000 peserta dari agensi kerajaan, swasta, anggota pasukan keselamatan serta pelajar sekolah akan menyertai acara persembahan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas melawat pusat media Hari Kebangsaan, Salleh berkata beliau berpuas hati dengan raptai penuh acara itu.

"Perbarisan dan persembahan yang diadakan jelas mempamerkan Malaysia yang sebenar, yang terdiri daripada pelbagai kaum daripada wilayah yang berbeza. Malah ia turut melibatkan ramai anak muda yang cintakan negara dan perpaduan," katanya.

Mengenai perhimpunan haram Bersih 4 di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya, Salleh berharap ia tidak mengganggu persiapan sambutan Hari Kebangsaan.

"Mereka sepatutnya cari tempat yang sesuai dan jangan mengganggu Hari Kebangsaan. Tetapi kali ini mereka pilih tarikh hampir sama dengan Hari Kebangsaan. Jadi kita tutup laluan-laluan tertentu untuk menjaga keselamatan peserta Hari Kebangsaan," katanya.

Menurutnya tindakan mengadakan perhimpunan haram itu akan mengganggu aktiviti hujung minggu masyarakat dan pelancong asing, selain bakal menjejaskan operasi perniagaan di kawasan sekitar. -BERNAMA

WANITA UMMO KECAM TINDAKAN ANINA SAMAN NAJIB


KUALA LUMPUR:  Wanita UMNO mengecam tindakan tindakan ahlinya Anina Saaduddin yang memfailkan saman terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.

Jelas ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ia adalah tindakan peribadi yang melanggar peraturan parti.

"Tindakan beliau jelas melanggar perkara 20.7, Perlembagaan UMNO yang menyatakan ahli yang membawa perkara parti atau keahliannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti akan digugurkan keahlian," kata Shahrizat dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, tegas Shahrizat, Wanita UMNO akan terus menyokong Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Saman yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meminta Najib menjelaskan perihal penerimaan derma politik bernilai RM2.6 billion dalam akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun sudah menjelaskan wang itu bukan untuk kepentingan peribadi.

Dalam saman berkenaan Anina turut menamakan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusof sebagai defendan kedua.

Dia juga memohon perintah injunksi bagi menghalang UMNO mengambil tindakan keatasnya selagi saman tidak dibatalkan.

Dalam mesyuarat agung UMNO Bahagian Langkawi pada 9 Ogos, Anina telah menyuarakan kekecewaan terhadap Najib serta mendakwa mendapat sokongan dari kesemua ahli UMNO. - ASTRO AWANI

PS: TERINGAT PULA AMALINA PU3 sgt Siput yang membawa usul lebih profesional berbanding kakak seorang ni berbahas dengan emosional!!

LADY nak tengok sejauhmana perjalanan puan anina ni. Lepas buat bahasa 'kencing' dia kejar perhatian dengan menfailkan saman pula. Rasanya dia sungguh-sungguhker atau saja tercabar nak tunjuk betapa beraninya dia!!!

WARGA PENDIDIK YANG SERTAI PERHIMPUNAN HARAM AKAN DIKENAKAN TINDAKAN


KUALA NERANG:  Warga pendidik yang dikesan terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang termasuk perhimpunan haram, perlu menanggung sendiri akibat perbuatan itu.

Ketegasan itu disuarakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menarik perhatian bahawa perbuatan itu jelas terbukti menyalahi etika penjawat awam.

Mengulas pembabitan golongan pendidik khususnya guru dalam perhimpunan Bersih 4, beliau berkata, mereka kemungkinan besar dikenakan tindakan.

Beliau menambah, sebagai warga pendidik khususnya guru, mereka sedia maklum bahawa masing-masing tertakluk kepada ikrar melalui perintah am sebagai penjawat awam.

Dalam hal ini, mereka adalah jelas tidak boleh melakukan sebarang tindakan menyalahi undang-undang.

Mahdzir berkata, warga pendidik wajar sedar bahawa mereka dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan.

Mereka dianggap tidak berlaku adil apabila masih bertindak menentang dan menghentam kerajaan. -ASTRO AWANI

PERHIMOUNAN HARAM BEESIH 4.0NHANYA SIA-SIA : RAHMAN DAHLAN


KUALA LUMPUR:  Perhimpunan haram Bersih 4 hanya akan menyebabkan semua rakyat menanggung akibat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata impak utamanya adalah kepada ekonomi terutama ketika pasaran dunia dalam persekitaran yang sensitif.

Menurutnya, ketidakstabilan domestik bakal memberi imej negatif kepada negara dalam pasaran global.

[LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Bilangan peserta perhimpunan di KL bertambah, situasi terkawal

"Pasaran dunia sekarang sensitif kepada mana-mana perkembangan domestik dalam negara.

"Mereka nak turunkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi ianya tak beri kesan kepada orang politik dan pada 1 September kerajaan masih lagi Barisan Nasional dan Najib tetap Perdana Menteri.

"Namun yang terkesan oleh sebab perkara itu adalah peniaga kerana kejatuhan saham,  rakyat kerana pelabur terjejas dan peluang perkerjaan akan berkurangan … barulah orang politik," katanya yang ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Apa yang pasti kata Abdul Rahman, Bersih 4 hanya perhimpunan sia-sia kerana kerajaan sedia ada akan tetap berdiri teguh. - Astro Awani

UMPAN!!!!!!

Tengokkkk siapa yang TERMAKAN!!!!

Sumber gambar: rakan facebook

MANA MALAYSIA??????

Tengok dalam senarai di atas. Ada nampak nama Malaysia tak??? Ada tak???? Betul-betul ada dalam senarai nak bangkrup ker? Mana buktinya??????

MACAM DAH TAHAP JUAL BODY JE!!!

Agaknya.. BERSIH ni untuk apa ya? Kenapa kempen sampai tahap macam ini? Tidakkah model 2 ekor ni dah menyamai mereka yang dah tahap MERAGA BODY DEMI MENARIK PERHATIAN?????

Ps : siapa nak cari dosa.. sila2lah join. Acara dah HARAM. Buat juga.. jangan salahkan kerajaan kata zalim. Hahahahah.. gambar 2 perempuan no dah menzalimi nafsu lelaki memandangnya

APAKATA : ARTIKEL SEORANG PELAJAR MALAYSIA DI TURKI - NAJIB RAZAK DAN MASYARAKAT DUNIA

Anda sepatutnya malu!!!! Kepada yang mulut dan tangan sentiasa mengutuk pemimpin negara kita!!! Sila baca artikel di bawah ini sebagai bacaan tambahan anda. Jangan sampai anda umpama katak bawah tempurung. Bising sahaja tanpa mengetahui apa yg berlaku di luar sana!!!

Artikel Seorang Pelajar Malaysia di Turki

Najib Razak dan masyarakat dunia.

*Sebelum itu, saya ingin menyatakan bahawa saya bukanlah penyokong atau pengagung Najib Razak sebaliknya saya hanya sekadar berkongsikan pandangan sebahagian rakan-rakan asing saya yang datang daripada pelbagai negara terhadap Negara tercinta, Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak. Bersetuju atau tidak terpulang pada penelitian masing-masing. Di samping kita bercakap tentang kekurangannya, ayuh kita lihat sejenak tentang kebaikannya".

Setiap pandangan dan kesimpulan rakyat Malaysia terhadap mana-mana Pemimpin Malaysia itu 'tidak mewakili' sikap dan kesimpulan masyarakat dunia. Rakyat Malaysia menghukum seseorang Pemimpin sebagai seorang yang jahat atau baik, tidak adil atau adil dan tidak amanah atau amanah berdasarkan kepada apa yang mereka lihat dan menghukum terhadap apa yang berlaku di dalam negara seperti masalah kegagalan menguruskan ekonomi, terjebak dengan kes rasuah dan sebagainya.

Kita perlu tahu bahawa masyarakat dari negara luar melihat seseorang Pemimpin itu berdasarkan 'polisi dasar luarnya', bantuan kemanusiaan yang diberikannya, dan juga reputasi kerajaan di bawah pengendaliannya.

Sebagai contoh, sebahagian rakyat Malaysia dilihat begitu mengagung dan mengangkat Pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai hero dan khalifah umat Islam. Apa sahaja kenyataannya atau setiap perbuatannya akan dipandang benar, tepat dan disanjung. Tetapi jangan terkejut, sekiranya anda di Turki, anda akan mendengar banyak kritikan, tohmahan juga penentangan oleh rakyat Turki itu sendiri terhadap Pemimpin mereka dengan berasalan tidak jujur, mendiskriminasi dan lain-lain.

Berbalik kepada Malaysia, kita akui bahawa masyarakat dunia khususnya dunia Islam mulai melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat maju, aman makmur dan berani adalah di era Tun Dr. Mahathir. Tidak perlu lagi untuk saya menceritakan lebih mendalam tentang jasa dan pandangan masyarakat Islam terhadap Tun, semua telah sedia maklum.

Sebenarnya terdapat banyak rakan-rakan yang menyoal saya tentang pandangan masyarakat dunia terhadap Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak.

Jika kita menyoal rakyat Malaysia itu sendiri, saya pasti kebanyakannya tidak akan bersetuju dan tidak berpuas hati dengan kepimpinannya disebabkan perkara tertentu.

Seperti yang saya telah nyatakan, pandangan rakyat Malaysia tidak mewakili pandangan masyarakat dunia, oleh itu saya bawakan sedikit beberapa pandangan mereka terhadap Malaysia di era Najib Razak. Diingatkan sekali lagi, bahawa ini berdasarkan perbincangan, perdebatan dan sebagainya sewaktu saya di Turki.

1) Malaysia dilihat sebagai sebuah Negara yang sangat berdiplomasi dan tidak beremosi dalam menyelesaikan sesuatu masalah, contoh yang paling terbaik ialah kejayaan Malaysia membawa keluar mayat dan kotak hitam MH17 dari wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine.

Seperti yang dimaklumkan oleh banyak akhbar bahawa, Najib mengadakan rundingan terus dengan ketua pemberontak, Alexander Borodai untuk diberi akses ke lokasi nahas, membawa pulang mayat mangsa dan mendapatkan kotak hitam, Sekiranya kita lihat laporan di dalam The New York Times mereka menyatakan bahawa usaha Najib 'memberi tekanan kepada negara-negara yang jauh lebih berkuasa yang gagal mencapainya'.

Lihat pula cara negara barat dan Amerika Syarikat dalam mendapatkan kotak hitam, mereka mengancam keras untuk menyerang kumpulan pemberontak tersebut, tetapi Malaysia dengan mudah berjaya kerana sikap diplomasi yang tinggi. Salah seorang rakan dari negara Skandinavia ada mengatakan "memang malu sebenarya Amerika dan Eropah sebab mereka jauh lebih kuat, selalunya kalau mereka mengecam keras, semua tunduk patuh, tapi bukan dalam kes ni. tiba-tiba pula Malaysia yang sekecil itu dengan tenang boleh dapatkan, ternyata diplomasi itu lebih baik dan secara tidak langsungnya Pemimpin kamu itu mengajar dunia tentang 'bagaimana cara berdiplomasi'".

2) Korea Utara merupakan sebuah negara Komunis yang tertutup dan tidak disenangi banyak pihak, seperti yang anda sedia maklum, Malaysia
yang terkenal dengan sikap friendly polisinya tidak pernah berminat untuk mempunyai musuh, di dalam kes Korea Utara ini, ketika di era Tun. Mahathir lagi dikatakan terdapat 20 buah kereta Proton dihadiahkan kepada Korea Utara di atas dasar menghormati negara kelas.

Balasannya, pada tahun 2011, di bawah kepimpinan Najib Razak, rakyat Malaysia boleh melawat Korea Utara tanpa visa selama 30 hari. Ketika itu hanya rakyat Malaysia sahaja yang boleh melawati Korea Utara tanpa Visa, sekali lagi HANYA MALAYSIA, tidak negara lain (kini Singapura juga boleh melawati Utara tanpa Visa).

Sewaktu di dalam kelas Perhubungan Antarabangsa, topik yang dibincangkan ketika itu ialah tentang konflik Korea Selatan dan Utara, seperti biasalah, yang Utaranya pasti akan dikutuk dan dikecam teruk sebagai sebuah negara yang tertutup dan tidak bertamadun, Guru saya mengatakan "tidak ada satu negara pun boleh masuk mudah ke Korea Utara, semuanya perlukan visa, nak dapatkan visa pun belum tentu mudah".

Sebelum sempat saya menjawab, rakan Turki saya, Yagiz Sarman mencelah "Eh tapi orang Malaysia boleh masuk ke Korea Utara tanpa Visa selama sebulan". Memang terkejut si gurunya, terus diGooglenya dan memang benar apa yang dikatakan, maka saya pun ambillah sedikit peluang menjelaskan tentang semangat diplomasi Malaysia yang tinggi.

Saya merupakan salah seorang penulis di akhbar bulanan Universiti, saya pernah menulis tentang Korea Selatan dan Korea Utara (saya akan kongsikan nanti). Di dalamnya saya ada 'mengajar' dunia supaya mencontohi Malaysia dan dua hari selepasnya, seorang guru dari Itali berjumpa dengan saya menyatakan ketidaksetujuannya dengan artikel tersebut, katanya Malaysia sangat memalukan sebab mempunyai hubungan baik dengan negara tertutup, berfahaman komunis bahkan pula dalam masa masyarakat dunia mengecam mereka, Malaysia pula ingin berbaik-baik".

Jawab saya mudah "Jangan samakan kami dengan mana-mana negara yang bersikap keras dengan mereka, setiap negara ada caranya tersendiri, kami tidak perlu sentiasa mengikut majoriti kerana majoriti bukan penanda kebenaran, dan seperkara lagi, Malaysia bukan negara 'mafia' tuan. Malaysia menggunakan saluran diplomasi untuk menyatakan ketidaksetujuan, apa gunanya kalau ada saluran yang baik tetapi tidak ingin digunakan. Memang saya yakinlah bahawa dunia wajib ikut cara Malaysia".

3) Masih ingat lagi peristiwa Israel menyerang genting Gaza? Malaysia seperti biasa akan mengecam serangan tersebut dan Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Waktu itu Gaza diserang bertubi-tubi oleh Zionist, Turki pula seperti biasa dengan dongeng-dongeng mereka untuk menyerang Israel, kenyataan Erdogan ketika itu sangat tegas dan mengancam tetapi untuk pengetahuan anda semua, rakyat Palestin lebih melihat kenyataan Najib Razak sebagai relevan dan neutral, dalam artikel saya sebelum ini juga, saya ada nyatakan yang rakyat Palestin sudah putus harapan dengan sikap lakonan pemimpin dunia Islam kononnya untuk menyerang Israel, tetapi Malaysia pula bersikap jujur dengan kemampuan yang mereka ada dan tidak pernah pula mereka mendengar mana-mana Pemimpin Malaysia mengatakan "Malaysia akan menyerang Israel", sebaliknya sekadar memberi bantuan kewangan dan bantuan kemanusiannya yang lain.

Kemuncaknya, keberanian Najib Razak memasuki wilayah Gaza sehingga mendapat kecaman dari Presiden Palestin sendiri, Mahmud Abbas. Untuk pengetahuan anda juga, Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang melawat Wilayah Gaza dan kedua selepas bekas Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil pada tahun 2011 (seperti yang dinyatakan rakan Gaza). Dan untuk memasuk wilayah Gaza bukan mudah, perlu masuk dari Mesir dan sewaktu itu, diplomasi sangat diperlukan untuk berbincang dengan Pemerintah Mesir.

Saya bertanyakan rakan-rakan Gaza tentang isu ini, meraka mengatakan "sekalipun Malaysia jauh beribu batu, tapi masih boleh melawat kami di sini, bahkan memulakan lawatan di Gaza bukannya di West Bank, ini satu penghormatan yang sangat tinggi buat kami".

Inilah antara yang saya dapat kongsikan tentang pandangan sebahagian masyarakat dunia di era Najib Razak, perlu saya ingatkan bahawa kebanyakan mereka tidak begitu berminat untuk mengetahui masalah yang berlaku di dalam negara seperti masalah GST, masalah kejatuhan Ringgit Malaysia, masalah ekonomi, kenaikan harga minyak dan sebagainya kerana tetap mereka akan mengatakan "sekurang-kurangnya Pemimpin anda bantu kami, itulah yang lebih penting untuk kami".

Terima kasih, sekiranya anda pandangan atau komen bolehlah kongsi.

Sumber: https://www.facebook.com/118477968200684/photos/a.157205717661242.31540.118477968200684/893261737388966

Ps: LADY tabik dengan pandangan pelajar ininl. alangkah eloknya kalau semua membaca pandangan individu FB tang sebegini berbanding status gossip dan fitnah!!!

BILA DAP XJOIN BERSIH 4.0. SO WHAT HAPPEND?

Macam mana ni?????????

KALAU JOIN JUGA. MEMANG HARAM JADAH!!

APA MAKSUD NAJIB ORANG MELAYU AKAN BANGSAT?


Oleh Lokman Adam

Perkataan "Bangsat" menjadi perkataan paling hangat diperkatakan sepanjang hari semalam.  Ianya berlaku bila mana Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Razak mengungkapkannya ketika merasmikan Persidangan UMNO berkelompok UMNO Bahagian Arau, Kangar dan Padang Besar di Dewan Wawasan 2020 di Kangar, Ahad lalu.

Menurut Dato Sri Najib, "Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa".  Maka beliau menyeru agar semua ahli UMNO  mempertahankan parti yang menerajui pemerintahan negara ini. Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Dato Sri Najib ini pernah beliau ungkapkan sewaktu menyampaikan ucapan semasa sessi Taklimat Presiden sebelum Perhimpunan Agong UMNO yang lalu.  Memandangkan ketika itu belum ada orang yang gairah hendak jadi Perdana Menteri atau hendak meletakkan anaknya di tampuk pemerintahan yang lebih tinggi, maka tidak banyak suara-suara sumbang untuk mempertikaikan perkataan "Bangsat" itu.

Sebaliknya, apabila Ahad lalu beliau menggunakan perkataan Melayu akan "Bangsat" menggantikan perkataan Melayu akan "tersungkur", "hina", "tertiarap", "mengkarap" dan sebagainya, beliau telah dikecam hebat oleh beberapa juak DAP, PKR, malah ada juga cicak mengkarung dari Dewan Pemuda PAS Kelantan yang tumpang sekaki mengecam beliau.

Saya yakin, mereka yang mengecam Dato Sri Najib langsung tidak membaca atau mendengar bahawa dalam ucapan lanjut PM mengenai perkara itu, Beliau telah menjelaskan kenapa beliau memilih perkataan bangsat tersebut.  Ini adalah kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan.  Oleh itu,  Presiden UMNO itu menyeru agar segala permasalahan yang berlaku dalam parti diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.

Saya tertarik bila membaca tulisan seorang anak Cina yang dikutip oleh Tan Sri Khir Johari sebagai anak angkat.  Melayu celup yang menjadi alat Lim Guan Eng untuk mengambarkan bahawa Melayu juga diberikan tempat dalam DAP ini berkata bahawa "Melayu Tidak Akan Bangsat" tanpa UMNO.  Yang melucukan, Zairil berkata demikian pada hari yang sama penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang berdemonstrasi mempertahankan rumah mereka yang hendak dirobohkan.  Bukankah ini satu bukti yang jelas bahawa Melayu akan dilayan seperti "bangsat", merempat dibumi sendiri yang tidak lagi diperintah oleh kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO?  Mungkin juga Zairil fikir orang Melayu tidak sedar Guan Eng ketandusan idea untuk kekal berkuasa dan kini hanya meniru modus operandi PAP Singapura dengan menyingkir orang melayu Pulau Pinang dengan melenyapkan satu persatu perkampungan Melayu.

Dalam perlumbaan mengecam Dato Sri Najib ini, saya perasan salah seorang pengikut setia gay tua Republik Sungai Buluh turut bersuara.  Bekas Ketua AMK PKR itu beria sungguh menafikan dakwaan Dato Sri Najib tanpa menyedari dikala beliau menyusun ayat mengecam PM, Timbalan Presiden beliau yang menerajui Negeri Selangor sedang bertungkus lumus mempertahankan diri apabila rancangan beliau untuk melipat kekayaan bernilai RM30 Billion dibawah 74 GLC Kerajaan Negeri Selangor untuk diletak dalam sebuah syarikat RM2 Darul Ehsan Investment Group kelolaan 2 kroninya diketahui umum.  Apa yang PKR buat di Selangor bukan hanya bukti Melayu jadi "Bangsat" bila UMNO hilang kuasa di Selangor, apa yang Azmin buat ini akan menyebabkan India, Cina, Punjabi dan semua rakyat Selangor "bangsat" sekali.

Sedarkah Samsul, bila DEIG ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti, operasi dan pengurusan kewangan serta pelaburan syarikat ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri lagi? "Is this what you call Good Governance?".  Jika sebelum ini semua aset Selangor ini perlu dilapor kepada Dewan Undangan Negeri, selepas ini mereka bebas membuat apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa kecuali Lembaga Pengarah DEIG.  Bukan takat rakyat Selangor akan "bangsat", pemimpin PKR yang menutup mulutnya membiarkan perkara ini berlakupun saya anggap memang "BANGSAT".

Akhir sekali izinkan saya mencuit sedikit Dewan Pemuda PAS Kelantan.  Saya tak berhajat hendak tegur panjang lebar bab Kelantan ini.  Kalau hendak tulis, sudah pasti akan berjela kerana terlalu banyak kelemahan yang  Dewan Pemuda PAS Kelantan buat-buat tidak sedar.  Namun demi menghormati semangat perpaduan Melayu yang ditunjukkan oleh kepimpinan Menteri Besar Kelantan, izinkan saya ulas sedikit sahaja.  Saya akui bahawa Melayu Kelantan belum "Bangsat" walaupun UMNO bukan lagi parti yang memerintah negeri Kelantan.  Ini berlaku kerana perangai UMNO bukan macam DAP, rakan baik PAS satu ketika dahulu.  Sungguhpun mereka dalam satu pakatan, PAS sentiasa dibuli dan ditindas DAP. 

Sebaliknya, walaupun UMNO dihina, dituduh kafir dan diherdik dengan pelbagai kata-kata kesat,  atas nama saudara seIslam, UMNO tidak pernah menganaktirikan Kelantan.  Sejak Kelantan jatuh ketangan PAS lagi, kita telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan.  Ini bagi membolehkan bantuan Kerajaan Persekutuan disalurkan terus kepada rakyat Kelantan.  Sedarkah Dewan Pemuda PAS Kelantan bahawa dana yang disalurkan melalui JPP ini jauh lebih besar dari nilai "Royalti Minyak" yang kononnya Kelantan berhak dapat? Tidak payahlah saya cerita panjang,  cubalah DPP Kelantan bayangkan, "bangsat" atau tidak rakyat Kelantan kalau Kerajaan Persekutuan langsung tidak turun membantu mangsa banjir di Kelantan Disember lalu?  Mungkin sudah tiba masanya DPP Kelantan muhasabah diri dan  mencontohi akhlak mulia kepimpinan Menteri Besar Kelantan yang meletakkan persaudaraan seIslam mengatasi segala-galanya.  Bila orang berbudi, biarlah kita berbahasa.

MASALAH RM30 BILION DEIG LAGI BESAR DARI DERMA RM2.6 BILION : RAHMAN DAHLAN


SUBANG JAYA:  Jumlah pengurusan aset syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang bernilai RM30 bilion merupakan satu masalah yang serius, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bercakap kepada pemberita, beliau menyifatkan masalah itu lebih besar berbanding derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bila RM2.6 billion, respon macam nak kiamat tapi bila RM30 bilion? Kami masih lagi melihat soalan-soalan yang dijawab dalam DUN Selangor tidak memuaskan hati bukan sahaja kepada kerajaaan persekutuan malah Pakatan Rakyat.

"Jumlahnya agak besar, RM30 billion, jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion. Kalau tengok garis masa akaun media sosial pemimpin Pakatan Rakyat, mereka cuba mengalihkan isu ini," kata  itu pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Harta dan Perumahan Awam di Sunway Resort Hotel and Spa.

Katanya beliau pelik kerana sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor yang bernilai RM2, mempunyai kuasa menguruskan aset bernilai melebihi RM30 bilion.

"Saya rasa ini tindakan yang tidak bertanggungjawab untuk mereka tidak melihat isu ini dengan keadaan sekarang ini.

"Sebelum ini kita dengar Menteri Besar Selangor Azmin Ali mahu menjelaskan kepada rakyat tentang isu ini dan kita rasakan jangan tunggu sampai November.

"Apa yang merisaukan saya adalah bagaimana syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor RM2 mempunyai kuasa untuk mengurus aset melebihi RM30 bilion dan mengapa tidak ada mekanisme untuk syarikat ini memberikan makluman kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor?" tambahnya.

Selain itu, Abdul Rahman turut menggesa agar Azmin tidak berlengah dalam membuat perjelasan mengenai aset yang dipegang syarikat kontrovosi itu.

"Banyak sangat soalan yang diajukan tapi tidak mendapat penjelasan Azmin. Sekarang ini dia perlu menjelaskan secepat yang boleh bagi meredakan kekeliruan rakyat.

"Saya risau 'check and balance' mungkin tidak  ada dalam isu ini dan kita tidak mahu ada penyelewangan berlaku," jelasnya lagi. - ASTRO AWANI

MALAYSIA TIDAK AKAN TAMBAT RINGGIT, LAKSANA KAWALAN MODAL : NAJIB


PUTRAJAYA:  Kerajaan tidak akan melaksanakan kawalan modal atau menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (US), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun kerajaan melihat paras semasa ringgit tidak menggambarkan asas negara sebenar, namun kerajaan menyedari mengenai penyepaduan ekonomi Malaysia dan ekonomi global, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia menjadi semakin bersepadu dengan pasaran kewangan global berdasarkan keterbukaan pasaran dagangan dan kewangannya.

Berikutan ekonomi dan pasaran kewangan global kini melalui penyelarasan, ia akan memberi implikasi atas pasaran kewangan domestik dan kadar tukaran mata wang.

"Oleh itu, fleksibiliti kadar tukaran mata wang kita sangat penting untuk menyerap pelarasan dan turun naik global ini.

"Atas sebab itu, kerajaan Malaysia tidak akan mengambil langkah menambat ringgit atau pun melaksana kawalan modal," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 9.30 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0980/1030 berbanding 4.1040/1090 pada 5 petang Rabu.

Mengenai sama ada ringgit mampu melantun semula, Najib berkata: "Ia bergantung kepada faktor-faktor luar. Orang ramai mahu melihat apa yang akan kita lakukan dalam jangka pendek, dan pasti akan ada tindak balas."

Pada sesi perbincangan bersama pakar dan penganalisis ekonomi semalam, beliau berkata mereka yakin ringgit sepatutnya lebih tinggi dalam kedudukan semasa berbanding dolar US berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh.

Najib juga menggalakkan syarikat supaya menggunakan produk tempatan seperti syarikat berkaitan kerajaan, dan beberapa syarikat korporat yang beroperasi di luar negara pula wajar menimbang untuk mencairkan aset dan membawa pulang ke Malaysia.

"Industri pelancongan perlu membuat pemasaran secara agresif dan memanfaatkan kedudukan semasa ringgit," katanya.

Ditanya sama ada paras semasa ringgit kompetitif untuk perniagaan tempatan dan luar negara, Najib berkata beberapa sektor tertentu akan memperoleh manfaat manakala yang bergantung besar ke atas import seperti pengilangan, akan berada pada kedudukan yang lebih sukar.

"Beberapa perniagaan atau perbadanan yang meraih hasil dalam dolar pasti sangat gembira manakala yang bergantung ke atas import menghadapi masalah disebabkan import menjadi sangat mahal," katanya. - BERNAMA

APAPUN TINDAK-TANDUK PEMBANGKANG TIDAK MERISAUKAN BN : ABDUL RAHMAN


KOTA BELUD:  Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin apapun tindak-tanduk parti pembangkang termasuk harapan penasihat DAP Lim Kit Siang agar wujud pakatan pembangkang baharu selepas pelancaran parti Gerakan Harapan Baharu (GHB), tidak akan memberi ancaman kepada BN.

Malah Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjangka GHB yang dikatakan akan dilancar pada 31 Ogos ini akan terkubur seperti parti-parti serpihan yang pernah wujud di negara ini, sebelum ini.

"Kita tidak akan terjejas dengan apapun tindakan parti pembangkang. Sama ada pembangkang mahu mengambil semangat Semangat 46 dahulu, Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, tidak akan menyakitkan kepala kami dalam BN.

"Yang penting kepada BN ialah meneruskan tradisi berkhidmat kepada rakyat dan memastikan keselamatan dan kestabilan ekonomi dan perpaduan sebagai teras utama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas bencana di Pejabat Daerah Kota Belud di sini, Selasa.

Beliau berkata berdasarkan pengamatannya, GHB tidak akan mampu menarik anggota PAS dan UMNO untuk menyertai perjuangan mereka kerana anggota kedua-dua parti berkenaan sangat berdisiplin dan berprinsip sebaliknya sasaran keanggotaan GHB adalah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jadi PAS tidak akan terjejas, UMNO juga tidak akan terjejas. InsyaAllah, GHB akan terkubur seperti mana harapan (parti-parti) lain sebelum ini."

Menyentuh kenyataan Kit Siang dalam sebuah portal berita yang meminta Ketua Polis Negara menahan beliau kerana menyebarkan berita palsu, Abdul Rahman berkata jika pembangkang boleh percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menukarkan penjawat awam bagi menyekat siasatan dalam pelbagai isu, maka mereka juga perlu percaya teori bahawa terdapat cubaan untuk mengaitkan Najib dengan jenayah.

Dalam temu bual Abdul Rahman dengan portal berita itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata beliau tidak menyentuh sama ada kertas pertuduhan itu wujud seperti yang didakwa Kit Siang.

"Sama ada wjud kertas pertuduhan itu atau tidak, kami serahkan perkara itu kepada Ketua Polis Negara untuk menyiasat dan menerangkannya. Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya," kata beliau.

Abdul Rahman berkata mungkin usia Kit Siang menyebabkan pemimpin DAP itu tidak memahami maksud sebenar artikel berkenaan. - BERNAMA

GENERASI MUDA JANGAN JADI PENYEBAR BERITA SONGSANG : NAJIB

BANGI:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap generasi muda tidak sewenang-wenangnya menjadi pembawa berita bahawa negara sedang menuju jalan songsang daripada perspektif ekonomi mahupun politik.

Beliau kesal kerana generasi muda seakan-akan lebih percaya kepada propaganda yang mungkin disuntik oleh musuh Islam.

"Mudah untuk kita memberi label, tetapi apakah mudah untuk kita meletakkan negara dalam kalangan yang diakui hebat dan berpandangan jauh.‎

"Berhati-hatilah dengan label dan stigma. Hari ini kita digelar oleh sebahagian media berkepentingan sebagai 'failed state'.

"Ada yang mengatakan Malaysia sebagai 'rogue nation'. Nama Malaysia seakan mahu diburukkan secara sewenang-wenangnya," katanya semasa berucap semasa merasmikan Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2015 di Institut Penilaian Negara (INSPEN) di sini, hari ini.

Seminar dua hari yang akan berakhir pada Rabu itu membincangkan isu-isu semasa dan realiti yang dihadapi generasi muda dan mengetengahkan usaha pembinaan idealisme serta jati diri generasi muda melalui pendekatan politik, budaya dan pendidikan.

Seminar itu turut melestarikan usaha pembentukan generasi unggul negara dengan memberi fokus kepada sistem pendidikan, sosio budaya dan ekonomi.

Dalam pada itu, Najib mahu generasi muda bersikap adil dalam membuat nilaian dan sanggahan selain menafikan menutup ruang kritikan dan sanggahan.

"Di hadapan anak-anak muda ini, saya berani mengatakan bahawa kita bukanlah kerajaan yang sempurna.

"Malah, saya juga sedar, jika saya tidak memperjuangkan norma-norma baru yang dikehendaki generasi muda; saya juga boleh gagal memimpin.

"Suara generasi muda akan saya dengar dan hormati. Soalnya, jangan cagarkan keamanan negara demi kepentingan politik yang singkat.

"Kita boleh berbeza pandangan, namun mestilah dilakukan dalam keadaan saling hormat menghormati dan tidak mencemarkan nama baik negara dan agama," katanya.

Najib turut menjelaskan sentiasa bersikap terbuka dan bersedia mendengar pandangan yang berbeza daripada pelbagai pihak sejak menjadi perdana menteri.

"Semenjak saya memegang tampuk pemerintahan negara, saya berusaha untuk melakukan transformasi politik bagi memperkasakan umat.

"Walaupun begitu, perkembangan akhir-akhir ini menyaksikan atas nama kebebasan muncul kumpulan ekstrimisme dan liberalisme yang cuba untuk mendominasi kelompok majoriti dalam negara.

"Kumpulan ini berselindung di sebalik jenama hak asasi manusia dalam menghalalkan tindakan mereka yang jauh sekali menyimpang dari tuntutan Islam," ujarnya.

Oleh itu katanya, pendekatan wasatiyyah merupakan platform terbaik dalam membendung fahaman itu selain mahu usaha memperkasakan generasi muda dengan pendekatan berkenaan dengan serius. - ASTRO AWANI

E-ROKOK HARAM, KATA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN


KUALA LUMPUR:  Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa e-rokok adalah dilarang di dalam Islam (haram), menurut pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.

Beliau berkata, e-rokok dikategorikan sebagai berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan, lapor Utusan Malaysia.

"Jadi dengan ketiga-tiga sebab itu, kita katakan ia adalah haram," Abd Shukor dipetik sebagai berkata pada sidang akhbar selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak 2015, semalam.

Katanya, fatwa tersebut diputuskan berdasarkan pendirian Majlis Fatwa terhadap penggunaan shisha.

"Kami telah berbincang mengenai rokok dan shisha dan kita boleh menyamakannya dengan vape. Kami telah membuat keputusan dan tidak ada masalah dalam hal ini, " katanya.

Beliau berkata pihaknya telah memutuskan untuk mengeluarkan fatwa itu walaupun Kementerian Kesihatan masih menunggu pakar-pakar untuk membuat keputusan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam minggu lalu berkata shisha dan e-rokok atau kaedah vaping harus dihentikan buat sementara waktu sehingga penemuan mengenai risiko diumumkan dalam masa dua bulan.

Beliau berkata kementeriannya sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan kaedah ini terhadap kesihatan. - ASTRO AWANI

GULING KERAJAAN : AHLI PARLIMEN BN NAFI TERLIBAT, DIGESA BUAY DEKLARASI TERBUKA

KUALA LUMPUR:  Beberapa ahli Parlimen yang dikaitkan dengan komplot menggulingkan kerajaan membabitkan 20 pemimpin BN seperti dalam senarai yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp pada Isnin tampil membuat penafian.

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin semalam melahirkan rasa kesal dengan tuduhan yang mengaitkan beliau antara pemimpin UMNO yang didakwa terbabit dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

Turut menafikan terbabit di dalam komplot itu adalah anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri yang menafikan sekeras-sekerasnya laporan media sosial yang mengaitkan nama beliau dengan 19 anggota Parlimen lain yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan.

Perkara yang sama turut dinafikan ahli parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad .

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis dibuat beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Alam, Pasir Gudang, pada Isnin petang.

Normala berkata beliau mendapat tahu namanya tersenarai dalam 20 orang yang mahu menggulingkan kerajaan pada jam 6.30 pagi Isnin.

Turut sama menafikan dakwaan pembabitan dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Langkah sama turut diambil Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman yang dipetik daripada portal BNBBC sebagai amat terkejut dengan dakwaan tersebut yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Berikutan perkembangan terbaharu ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) supaya membuat deklarasi terbuka bagi menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, tindakan itu bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan masalah berbangkit.

Sambil merujuk kepada isu komplot pihak tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada yang termasuk daripada parti UMNO, Azalina menegaskan, perkara itu perlu diberikan perhatian serius.

"Justeru itu, saya berharap Jawatankuasa Disiplin parti-parti BN akan menyiasat perkara ini secara terperinci dengan kadar segera.

"Sekiranya benar dakwaan tersebut maka tindakan keras mesti diambil kerana kita tidak boleh berkompromi dalam soal sabotaj dan derhaka yang juga bertentangan dengan prinsip demokrasi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Azalina berkata, beliau ingin mencadangkan supaya kerajaan menggubal Undang-Undang Anti Lompat parti.

"Maka saya juga berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menggubal Undang-Undang Anti Lompat Parti (Anti-Hopping Laws) kerana perkara ini bukan hanya soal kesetiaan kepada parti dan integriti dalam politik tetapi adalah soal pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali.

"Ini termasuk melakukan pindaan tertentu kepada kebebasan berpersatuan yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan supaya tiada percanggahan dengan undang-undang baharu ini nanti," ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Sabtu mendedahkan ada 'tokoh tertentu' daripada kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan.

Ahmad Zahid turut mendedahkan kewujudan komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas.

Beliau berkata ini bertujuan untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini. - ASTRO AWANI

ADAKAN PERHIMPUNAN BERSIH 4.0 DI LOKASI LEBIH SESUAI : KPN


KUALA LUMPUR:  Perhimpunan BERSIH 4.0 yang mensasarkan kehadiran 100,000 peserta lebih sesuai diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, Dataran Merdeka dan Padang Merbok tidak sesuai dijadikan lokasi perhimpunan memandangkan ia sedang disiapkan untuk sambutan Hari Merdeka.

"Saban tahun kita menyambut Merdeka di situ, kenapa nak beria-ria nak buat di situ pada 29 dan 30 Ogos?

"Tak ada tempat lain, nak di situ juga. Macam Malaysia ini tak ada tempat lain.

"Stadium besar, khabarnya 100,000 (orang) akan datang, jadi Stadium Bukit Jalil yang paling baik untuk menempatkan 100,000 orang.

"Takkan hendak letak 100,000 orang dekat Dataran Merdeka itu?" kata Khalid dalam satu sidang media di Bukit Aman.

Sementara itu penganjur Perhimpunan BERSIH 4.0, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam reaksinya kepada kenyataan Ketua Polis Negara yang mengatakan perhimpunan BERSIH 4.0 'mementingkan diri sendiri' dan tidak mengambil kira hak peniaga dan orang ramai, menganggap kenyataan itu sebagai tidak wajar.

Gabungan itu memberikan contoh penganjuran KL City GP pada 7 hingga 9 Ogos lalu yang menyebabkan jalan jalan utama di ibu kota ditutup selama tiga hari berturut-turut, namun tetap diberikan kebenaran untuk dianjurkan.

"BERSIH 2.0 tidak pula mendengar sebarang bantahan daripada Ketua Polis Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, persatuan peniaga, individu mahupun mereka yang tinggal di sekitar kawasan terbabit berkenaan kesan daripada penutupan jalan terbabit.

"Adakah kepentingan korporat lebih utama berbanding kepentingan rakyat dan negara?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Acara lumba kereta itu telah mengakibatkan penutupan jalan utama termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee.

BERSIH 2.0 juga berkata bahawa perhimpunan BERSIH telah pernah berlangsung tiga kali sebelum ini, dan kesan perhimpunan tersebut terhadap ekonomi setempat adalah bukan sahaja minimal malah memberi keuntungan kepada pengusaha hotel, peniaga kecil, pengusaha restoran dan juga pengangkutan awam.

Justeru andaian yang dibuat oleh Ketua Polis Negara itu dianggap tidak tepat dan gabungan itu menolak dakwaan ia mementingkan diri, tambah lagi perhimpunan dikatakan bertujuan untuk mendesak penambahbaikan ke arah sebuah kerajaan dan sistem pilihanraya yang lebih adil. - ASTRO AWANI

NAJIB GESA PESARA BANTU KERAJAAN PERBETUL FITNAH DI MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan pesara membantu kerajaan membetulkan pelbagai fitnah yang disebarkan termasuk di media sosial.

Beliau berkata ini kerana, mereka lebih memahami dasar-dasar kerajaan kerana ada di antara mereka ada yang telah berkhidmat sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan menjadi saksi kepada pelbagai fasa transformasi yang dilalui negara.

"Saya minta tolong uar-uarkan perkara yang baik kerana (pesara) faham dasar kerajaan...banyak fitnah di media sosial yang terpaksa kita betulkan. Tolong bantu saya jernihkan keadaan," katanya.

Beliau berucap pada jamuan malam sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-28 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) di sini, Isnin malam.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden PPKM Kebangsaan Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau memerlukan komitmen dan sokongan lebih 46,000 anggota PPKM untuk mencapai transformasi yang diimpikan kerajaan buat negara.

Beliau memberi jaminan bahawa keyakinan, komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi golongan pesara terhadap kerajaan tidak disia-siakan dengan kerajaan akan melakukan sebaik mungkin untuk kumpulan itu.

Sambil menjelaskan pentingnya sebuah negara yang aman dan stabil dengan pengurusan ekonomi berkesan, beliau berkata semua itu mampu dicapai dengan bantuan pesara dalam mencorakkan keadaan yang boleh membuat rakyat terus yakin dengan apa yang dilakukan kerajaan.

"Saya beri jaminan kalau negara lebih baik, saya tak akan lupakan kebajikan pesara...kita tak boleh memandang sepi kepada pesara kerajaan, kita tak boleh pinggirkan mereka dan jangan kita tak kenang jasa dan budi mereka," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia baru-baru ini, dan peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa untuk membela kebajikan pesara. -BERNAMA

Sumber gambar : facebook

KRISIS EKONOMI 1997 LEBIH TERUK TETAPI DIATASO ATAS SOKONGAN KEPADA PM : NAJIB


GERIK:  Krisis ekonomi pada 1997 adalah lebih teruk daripada ketika ini, tetapi berjaya diatasi kerana adanya sokongan anggota pentadbiran kepada perdana menteri ketika itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sehari dua ini, orang selalu sebut mengenai nilai ringgit, kalau kita ingat krisis ekonomi 1997 lagi dahsyat dari sekarang.

"(Nilai) Ringgit Malaysia jatuh, masa itu hutang badan syarikat dalam dolar (Amerika Syarikat), bank kita pula under capitalised dan terpaksa kita tambat ringgit, tapi akhirnya kita berjaya melepasi krisis itu," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik di sini, Ahad.

Beliau berkata anggota pentadbiran mahupun anggota UMNO perlu yakin kepada pucuk pimpinan yang menerajui sekarang bagi menjamin masa hadapan negara.

"Kalau nak kira masalah, zaman saya boleh kata tiada berapa banyak masalah, zaman orang lain yang memerintah 22 tahun barangkali lebih besar masalahnya, tetapi setiap masalah itu berjaya dilepasi kerana orang macam saya beri sokongan padu ketika itu," katanya.

"Kalau nak cakap, semua negara yang eksport komoditi semua jatuh (mata wang). New Zealand lagi teruk ... tiada isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) tapi keadaan lebih teruk. Ini sebab faktor-faktor luar kawalan kita," katanya.

Najib berkata isu kenaikan harga minyak atau getah yang dikaitkan dengan krisis ekonomi masa kini merupakan permainan politik.

"Siapa boleh kawal harga minyak Malaysia, tak boleh. Kita boleh kawal harga getah? Tak boleh. Ia sebenarnya bergantung kepada pasaran dunia. Bila ekonomi China berkembang orang beli kereta, bila menguncup orang kurang beli kereta, kurang beli tayar (diperbuat daripada getah), itu sebabnya harga getah menurun.

"Yang menjadi beban apabila jadi Perdana Menteri bila harga minyak naik, PM salah. Bila harga minyak turun, tiada pula dapat 'credit' (pujian). Tetapi bila RON 95 naik, Perdana Menteri juga yang kena. Ini tidak betul, ini mainan politik," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan anggota UMNO agar tidak terpedaya dengan taktik kotor dalam menjatuhkan parti berkenaan.

"Ini soal 'game of perceptions' (mainan persepsi). Kalau tak saya, isteri saya yang kena. Kalau sesuatu isu itu dilemparkan hari-hari, pembohongan yang diulang banyak kali akan dianggap sebagai benar, kalau kita ulang-ulang.

"Contohnya isu 1MDB itu diulang-ulang, sampai Tabung Haji nak beli (tanah 1MDB) pun dijadikan isu. Ini menjadi permainan media sosial, Tabung Haji akhirnya melepaskan wang pelaburan," katanya.

Najib berkata keuntungan daripada pelaburan, Tabung Haji akan memberikan subsidi menunaikan haji dengan orang ramai hanya perlu membayar RM9,998 daripada jumlah sebenar RM17,000.

"Kalau Tabung Haji tidak buat keuntungan macam mana nak menampung perbelanjaan tambahan untuk bantu semua. Sekali lagi kita jadi mangsa mainan persepsi politik, sehingga ia lebih besar dari realiti, ini paradigma politik hari ini," kata perdana menteri.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Gerik Datuk Hasbullah Osman. -BERNAMA

DEDAH IDENTITI DALANG DAN TINDAKAN UNTUK GULING KERAJAAN : KHAIRY


BUKIT KATIL:  Identiti pemimpin UMNO yang berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan wajar didedahkan, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, setiap pemimpin dan ahli parti perlu tahu pergerakan individu terbabit serta langkah yang mahu diambilnya untuk menggulingkan kerajaan.

"Kalau ada satu usaha guling kerajaan, saya rasa elok jika kita diberitahu siapakah individu terlibat dan apakah cara dimaksudkan untuk guling kerajaan," katanya ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Bukit Katil pada Ahad.

Beliau juga bertegas tidak kenal identiti individu yang dimaksudkan Timabalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan itu akan mendapatkan maklum balas terhadap usul tergempar Pemuda UMNO Bahagian Tampin yang sebulat suara meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Pada masa sama, beliau yakin usul tersebut tidak menggambarkan pendirian Pemuda UMNO Negeri Sembilan. - ASTRO AWANI

MUHYIDDIN TIDAK TERLIBAT KOMPLOT GULING KERAJAAN : ZAHID


SERI MANJUNG:  Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau mendedahkan perkara tersebut memandangkan beliau dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden UMNO itu.

"Saya terpaksa beritahu di Lumut kerana secara peribadi saya dengan Zambry rapat dengan Tan Sri Muhyiddin.

"Kami (Ahmad Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh (dalam politik), jadi kami faham perasaan orang jatuh, jadi kami tidak akan pijak atau henyak orang yang jatuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung di sini, malam tadi.

Turut hadir, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak merangkap Ketua UMNO Bahagian Lumut serta Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohammad.

Ahmad Zahid turut mendedahkan kewujudan komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas.

Beliau berkata ini bertujuan untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini.

"Mereka akan gunakan 'point of order' (peraturan Parlimen) untuk cabar Speaker dengan menyatakan mereka mempunyai majoriti iaitu 125," katanya.

Ahmad Zahid juga meminta agar seseorang pemimpin tidak dihukum oleh mahkamah rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu dan karenah tanpa membawa bukti secara perundangan.

"Ini kononnya bukan komplot untuk menjatuhkan kerajaan tetapi hanya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib serta bertujuan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan," katanya.

Beliau juga berkata perkara itu tidak harus dibiarkan berlaku kerana rakyat perlu menganggap Perdana Menteri adalah satu institusi yang harus dipertahankan.

"Kita tidak mahu Malaysia diperintah oleh Perdana Menteri boneka yang dilantik atas kompromi politik perkahwinan mutaah.

"Saya sanggup menitiskan darah saya untuk mempertahankan negara kerana saya tidak mahu negara diperintah parti lain yang masuk dengan kaedah ikut pintu belakang.

"Sebab itu saya komited untuk membantu Perdana Menteri bagi menentukan kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang sah," katanya.

Ahmad Zahid juga berkata landskap politik di negara ini sudah berubah kerana 'kumpulan suara minoriti' lebih didengar berbanding 'kumpulan majoriti senyap'.

Beliau berkata ini berlaku berikutan kesiap siagaan parti telah berkurangan.

"Bangunlah, bangkitlah seluruh anggota UMNO...masa untuk tidur nyenyak sudah tamat, bangkitlah supaya kita boleh mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional terus menjadi tunggak kepada kepimpinan negara," katanya. - BERNAMA

HISHAMUDDIN YAKIN TPM ADA BUKTI KUKUH KOMPLOT GULING KERAJAAN


TEMERLOH:  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pasti mempunyai bukti kukuh sebelum mendedahkan tentang tindakan seorang tokoh besar UMNO menjadi dalang utama komplot menggulingkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.
 
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berkata ia merupakan satu perkara yang serius dan tidak mungkin perkara itu ditimbulkan tanpa sebarang fakta dan bukti yang dapat meyakinkan rakyat dan anggota UMNO khasnya.
 
"Sudah tentu ia memerlukan bukti yang kukuh kerana perkara yang serius seperti ini tidak akan dapat diyakinkan kepada rakyat khususnya anggota kita dengan cara penerangan begitu sahaja.

"Saya yakin Timbalan Perdana Menteri mempunyai bukti tertentu dan ia akan dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi termasuk bentuk tindakan yang diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Krau di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said serta barisan kepimpinan UMNO bahagian serta sayap parti.

Ahmad Zahid semalam mendedahkan tindakan seorang tokoh besar UMNO menjadi dalang utama mengatur gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan anggota Parlimen pembangkang.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini turut dikaitkan dengan komplot untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun telahpun dinafikan oleh beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, anggota UMNO di peringkat akar umbi diminta menyerahkan hal itu kepada pucuk pimpinan untuk dibincangkan termasuk mencari bukti yang lebih jelas.
 
"Kita tidak boleh keluar dari isu ini kalau tidak bersandarkan kepada prinsip tertentu yang universal seperti kebenaran, bukti dan perbincangan yang rasional serta pertimbangan lain," katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta pemimpin UMNO bahagian supaya kembali ke landasan asal perjuangan parti termasuk membincangkan soal kebajikan anak bangsa dan hal berkaitan kedaulatan negara tanpa terlalu fokus terhadap isu semasa.

"Dalam keadaan politik hari ini, UMNO tidak pernah abai perkara pokok dalam perjuangan kita, contohnya berdepan dengan ekonomi dunia yang mencabar, apa juga perkara dilemparkan, isu keselamatan tetap diutamakan.

"Saya rasa bangga dengan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau serta perwakilan kerana berbincang tentang soal pokok termasuk keperluan anak muda dalam soal pekerjaan dan perumahan.

"Kemampuan parti dalam menyelesaikan isu sebeginilah yang akan akan dinilai pada pilihan raya nanti dan bukannya dalam soal menyelesaikan isu semasa yang berubah setiap masa dan hari.

Dalam ucapannya perasmiannya sebelum itu, beliau turut meminta anggota UMNO supaya terus utuh dalam satu saf bersama barisan kepimpinan tertinggi parti untuk memastikan kelansungan parti membela nasib anak bangsa. - BERNAMA

DANA POLITIK YANH DITERIMA HAK EKSKLUSIF PRESIDEN DAN BENDAHARI : NAJIB


KEPALA BATAS:  Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata dana politik yang diterima adalah hak eksklusif presiden dan bendahari parti dan tidak dibincangkan secara terbuka.

Beliau berkata malah perkara berkaitan dana politik tidak pernah dibincang dalam perjumpaan tertutup parti dan majlis tertinggi UMNO.

"Waktu saya jadi timbalan Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya tidak pernah menyoal Pak Lah. Saya tahu itu adalah urusan presiden parti.

"Sampai sahaja pilihan raya fulus (duit) cukup, itu saja yang kita nak tahu ... bagaimana presiden dapat dana, siapa bagi sumbangan itu hak budi bicara presiden. Kenapa pula nak dipersoalkan waktu saya jadi presiden parti," katanya.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini, Perdana Menteri berkata selaku presiden UMNO beliau mengamalkan prinsip yang sama dengan presiden parti terdahulu.

"Apa yang saya buat adalah untuk kepentingan parti dan bukan untuk peribadi ... apa yang saya buat tidak menyalahi undang-undang negara," katanya.

Najib berkata sepanjang menjadi timbalan kepada Abdullah, beliau tidak pernah menyoal bekas presiden UMNO itu atas urusan-urusan yang diketahui menjadi hak dan budi bicara presiden parti.

Begitu juga dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya beliau mempertahankan Dr Mahathir selama 22 tahun sebagai perdana menteri.

Menjawab kenyataan Dr Mahathir yang beliau membelanjakan RM10 juta sahaja untuk menghadapi pilihan raya, Najib berkata: "Kalau buat statement (kenyataan) tu mestilah munasabah, dia belanja RM10 juta sahaja.

"Saya dah congak deposit kerusi Parlimen dengan DUN (Dewan Undangan Negeri) perbelanjaan minimum RM41 juta ... tak termasuk lagi billboard (papan iklan).

"Kalau nak kritik mestilah ada asas, masuk akal, (ini) malah tidak rasional langsung," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Putra bernilai RM36 juta, Sekolah Kebangsaan Bertam Putra (RM25 juta) serta projek naik taraf jalan dari Jambatan Tuanku Abdul Rahman ke Jambatan Merdeka Seberang Perai Utara, daripada dua lorong menjadi empat lorong. - BERNAMA

DALANG KOMPLOT GULING KERAJAAN SEDAR KESILAPAN, JUMPA NAJIB PETANG INI : ZAHID


TAMPIN:  Pemimpin UMNO yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib dan pertemuan itu dijangka diadakan 6 petang ini .

"Maklumat yang saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu sendiri.

"Kalau saya tak timbulkan perkara ini daripada sekarang, mungkin lebih ramai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah dibeli dengan penandatanganan Aku Janji itu," katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat
perwakilan UMNO Bahagian Tampin di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan Datuk Jalaludin Alias.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan memang ada rancangan meminta anggota Parlimen BN supaya 'menyeberang' bersama-sama dengan pihak pembangkang dengan menandatangani surat aku janji untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

"Saya kenal siapa peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak perlu sebut nama peguam itu, (dia) bukan peguam kita.

"Saya cuma tak boleh sebut nama tapi maklumat dan rancangan jahat ini betul," katanya.

Ahmad Zahid berkata UMNO tidak akan mengizinkan sebarang cubaan untuk mengulingkan kerajaan melainkan melalui pilihan raya.

"Kita tidak mahu perkara ini terjadi kerana kita sayangkan kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik.

"Sistem dan acuan Malaysia mesti dihormati oleh semua parti politik yang ada dalam negara kita," katanya. - BERNAMA

ZAHID DEDAH GERAKAN GULINGKAN KERAJAAN

KUALA LUMPUR,  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan didalangi oleh seorang tokoh UMNO yang juga pemimpin Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada anggota Parlimen pembangkang serta menarik anggota Parlimen BN menyokong gerakan mereka untuk menumbangkan kerajaan melalui 'jalan belakang'.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata: "Saya mendapat tahu tahu ada usaha terancang untuk menggulingkan kerajaan sedia ada oleh pembangkang dan didalangi seorang tokoh UMNO dan (yang juga pemimpin) BN.

"Gerakan tumbang kerajaan melalui 'pintu belakang' sedang giat dilakukan dengan usaha mendapatkan statutory declaration (akuan bersumpah) dalam kalangan semua ahli Parlimen pembangkang selain menarik ahli Parlimen BN untuk bubar kerajaan sedia ada melalui pintu belakang," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata perkara itu serius dan telah mendapat maklumat tersebut daripada "sumber-sumber yang sangat-sangat boleh dipercayai."

"Usaha ini sedang berjalan, kononnya seluruh 87 anggota Parlimen pembangkang berserta seorang anggota Parlimen Bebas, dengan menjadikan 88 orang, sedang berusaha supaya anggota Parlimen BN menyokong mereka," katanya.

Tanpa mendedahkan nama tokoh terlibat, Ahmad Zahid berkata peguam kumpulan terbabit dikatakan sedang menyediakan "memorandum tujuh muka surat kertas kuning berserta akuan bersumpah" untuk menyatakan kononnya mereka mendapat suara majoriti bagi mengulingkan kerajaan.

Beliau berkata rancangan mereka itu tidak akan dibenarkan berlaku. "Perkara seserius ini adalah perkara yang akan membawa kepada gelojak politik nasional kerana mereka tidak sanggup mahu menunggu lama (sehingga diadakan) pilihan raya umum (PRU), mereka mahu masuk melalui pintu belakang," katanya.

Ahmad Zahid turut melahirkan rasa hairannya terhadap usaha untuk mengulingkan kerajaan ini "yang diketuai oleh seorang pemimpin UMNO dan BN" dan menurutnya ia akan terdedah sendiri tanpa perlu didedahkan.

Untuk itu, Ahmad Zahid mahu semua anggota UMNO dan BN termasuk di peringkat akar umbi memandang serius rancangan itu, dan perlu kekal bersatu bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.

"Kekuatan kita berdasarkan kepada ketaatsetiaan yang merupakan tonggak kepada kekuatan kepemimpinan.

"Bukan sahaja kita mendambakan kekuatan dan sokongan akar umbi dan bahagian (UMNO) kepada presiden parti, tetapi anggota Parlimen BN, saya amat yakin, mereka tidak akan terjebak dan terperangkap dengan permainan pintu belakang yang akan dilakukan oleh tokoh-tokoh tertentu ini," katanya

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyeru seluruh anggota UMNO Selangor dan parti komponen BN negeri bekerjasama merancang strategi untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang dengan tumpuan pada kawasan Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa dan Ampang.

"Bangkitlah UMNO Selangor. Lupakan titik bengik. Pemimpin harus turun ke bawah, jangan tebuk kapal yang dilanda badai, sebaliknya pegang layar, tali, sauh dan dayung bersama.

"Kita tidak mahu apabila kapal dilanggar, ahlinya tebuk kapal itu," kata Ahmad Zahid sambil menambah anggota UMNO negeri harus kembalikan kegemilangan Selangor sepertimana semasa di bawah BN.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dalam ucapannya mewakili 22 Bahagian UMNO Selangor menyatakan taat setia kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya Ahmad Zahid.

"Semua anggota UMNO harus bersatu-padu agar UMNO terus mendapat sokongan rakyat. UMNO Selangor berazam untuk berusaha keras menawan Selangor. Kita bukan susah untuk menang, cuma kena jaga kawasan masing-masing untuk mendapat balik Selangor," katanya.

Sementara itu di KLANG, Ahmad Zahid mencabar tokoh UMNO yang juga pemimpin Barisan Nasional (BN) yang didakwanya merancang untuk menggulingkan kerajaan supaya tampil membuat penafian di media.

Beliau berkata perkara itu bukan rekaan kerana ia sedang berlaku.

"Saya tahu perkara ini kerana sebagai Menteri Dalam Negeri saya ada maklumat dan saya akan cari sekali siapa di belakang tokoh itu. Saya tidak perlu dedahkan siapa kerana akan ada pendedahan sendiri nanti," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Klang Sabtu.

Ahmad Zahid juga mengingatkan anggota UMNO supaya tidak menghukum seseorang pemimpin dengan hanya berdasarkan kepada persepsi.

Ini kerana terdapat empat jenis mahkamah pada pandangan rakyat iaitu mahkamah keadilan, mahkamah rakyat yang merupakan pengundi dalam pilihan raya, mahkamah persepsi dan mahkamah pendapat umum, katanya.

"Tidak adil bila mana-mana pemimpin utama atau seseorang yang menerajui negara kita terutama Najib dihukum mahkamah pendapat umum dan mahkamah persepsi kerana kita tahu bukan ia yang boleh mengadilinya.

"Saya minta supaya anggota UMNO tidak terjebak dengan hakim tidak bertauliah dalam mahkamah persepsi dan mahkamah pendapat umum ini," katanya.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Klang Datuk Nasaruddin Md Zin. -  BERNAMA 

ZAHID DRDAH GERAKAN GULINGKAN KERAJAAN

KUALA LUMPUR,  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan didalangi oleh seorang tokoh UMNO yang juga pemimpin Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada anggota Parlimen pembangkang serta menarik anggota Parlimen BN menyokong gerakan mereka untuk menumbangkan kerajaan melalui 'jalan belakang'.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata: "Saya mendapat tahu tahu ada usaha terancang untuk menggulingkan kerajaan sedia ada oleh pembangkang dan didalangi seorang tokoh UMNO dan (yang juga pemimpin) BN.

"Gerakan tumbang kerajaan melalui 'pintu belakang' sedang giat dilakukan dengan usaha mendapatkan statutory declaration (akuan bersumpah) dalam kalangan semua ahli Parlimen pembangkang selain menarik ahli Parlimen BN untuk bubar kerajaan sedia ada melalui pintu belakang," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata perkara itu serius dan telah mendapat maklumat tersebut daripada "sumber-sumber yang sangat-sangat boleh dipercayai."

"Usaha ini sedang berjalan, kononnya seluruh 87 anggota Parlimen pembangkang berserta seorang anggota Parlimen Bebas, dengan menjadikan 88 orang, sedang berusaha supaya anggota Parlimen BN menyokong mereka," katanya.

Tanpa mendedahkan nama tokoh terlibat, Ahmad Zahid berkata peguam kumpulan terbabit dikatakan sedang menyediakan "memorandum tujuh muka surat kertas kuning berserta akuan bersumpah" untuk menyatakan kononnya mereka mendapat suara majoriti bagi mengulingkan kerajaan.

Beliau berkata rancangan mereka itu tidak akan dibenarkan berlaku. "Perkara seserius ini adalah perkara yang akan membawa kepada gelojak politik nasional kerana mereka tidak sanggup mahu menunggu lama (sehingga diadakan) pilihan raya umum (PRU), mereka mahu masuk melalui pintu belakang," katanya.

Ahmad Zahid turut melahirkan rasa hairannya terhadap usaha untuk mengulingkan kerajaan ini "yang diketuai oleh seorang pemimpin UMNO dan BN" dan menurutnya ia akan terdedah sendiri tanpa perlu didedahkan.

Untuk itu, Ahmad Zahid mahu semua anggota UMNO dan BN termasuk di peringkat akar umbi memandang serius rancangan itu, dan perlu kekal bersatu bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.

"Kekuatan kita berdasarkan kepada ketaatsetiaan yang merupakan tonggak kepada kekuatan kepemimpinan.

"Bukan sahaja kita mendambakan kekuatan dan sokongan akar umbi dan bahagian (UMNO) kepada presiden parti, tetapi anggota Parlimen BN, saya amat yakin, mereka tidak akan terjebak dan terperangkap dengan permainan pintu belakang yang akan dilakukan oleh tokoh-tokoh tertentu ini," katanya

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyeru seluruh anggota UMNO Selangor dan parti komponen BN negeri bekerjasama merancang strategi untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang dengan tumpuan pada kawasan Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa dan Ampang.

"Bangkitlah UMNO Selangor. Lupakan titik bengik. Pemimpin harus turun ke bawah, jangan tebuk kapal yang dilanda badai, sebaliknya pegang layar, tali, sauh dan dayung bersama.

"Kita tidak mahu apabila kapal dilanggar, ahlinya tebuk kapal itu," kata Ahmad Zahid sambil menambah anggota UMNO negeri harus kembalikan kegemilangan Selangor sepertimana semasa di bawah BN.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dalam ucapannya mewakili 22 Bahagian UMNO Selangor menyatakan taat setia kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya Ahmad Zahid.

"Semua anggota UMNO harus bersatu-padu agar UMNO terus mendapat sokongan rakyat. UMNO Selangor berazam untuk berusaha keras menawan Selangor. Kita bukan susah untuk menang, cuma kena jaga kawasan masing-masing untuk mendapat balik Selangor," katanya.

Sementara itu di KLANG, Ahmad Zahid mencabar tokoh UMNO yang juga pemimpin Barisan Nasional (BN) yang didakwanya merancang untuk menggulingkan kerajaan supaya tampil membuat penafian di media.

Beliau berkata perkara itu bukan rekaan kerana ia sedang berlaku.

"Saya tahu perkara ini kerana sebagai Menteri Dalam Negeri saya ada maklumat dan saya akan cari sekali siapa di belakang tokoh itu. Saya tidak perlu dedahkan siapa kerana akan ada pendedahan sendiri nanti," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Klang Sabtu.

Ahmad Zahid juga mengingatkan anggota UMNO supaya tidak menghukum seseorang pemimpin dengan hanya berdasarkan kepada persepsi.

Ini kerana terdapat empat jenis mahkamah pada pandangan rakyat iaitu mahkamah keadilan, mahkamah rakyat yang merupakan pengundi dalam pilihan raya, mahkamah persepsi dan mahkamah pendapat umum, katanya.

"Tidak adil bila mana-mana pemimpin utama atau seseorang yang menerajui negara kita terutama Najib dihukum mahkamah pendapat umum dan mahkamah persepsi kerana kita tahu bukan ia yang boleh mengadilinya.

"Saya minta supaya anggota UMNO tidak terjebak dengan hakim tidak bertauliah dalam mahkamah persepsi dan mahkamah pendapat umum ini," katanya.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Klang Datuk Nasaruddin Md Zin. -BERNAMA 15/8/2015

SIASAT, AMBIL TINDAKAN ANGGOTA PARTI TERLIBAT GERAKAN GULING KERAJAAN : SHAFIE


SEMPORNA:  Siasat dan ambil tindakan terhadap anggota parti yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk mengguling kerajaan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu menyiasat dengan lebih mendalam untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

"Sekiranya terbukti ada mana-mana anggota parti yang terlibat dan ia bercanggah dengan undang-undang, maka ia boleh diambil tindakan kerana kita perlu faham dengan sistem demokrasi serta ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Pulau Larapan, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengenai gerakan menggulingkan kerajaan yang didalangi pembangkang serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan kerjanya itu, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata ia bertujuan memastikan agar kemudahan asas di kawasan kampung berkenaan disediakan sebaik mungkin.

"Kita telah melawat beberapa kemudahan asas di kawasan ini (Kampung Pulau Larapan) dan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam usaha memastikan kemudahan asas itu sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Kita mencadangkan pihak yang berkaitan seperti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) atau agensi lain dapat memberi latihan kepada golongan belia di kampung berkenaan agar mereka dapat memantau atau menyelesaikan sebarang masalah terhadap kemudahan asas seperti masalah bekalan elektrik atau sistem solar," katanya.

Mohd Shafie berkata memperkasakan belia kampung dengan sebarang kemahiran adalah sangat penting, supaya mereka dapat menyelasaikan masalah kecil di kawasan masing-masing tanpa bergantung kepada bantuan daripada pihak berkenaan yang lazimnya memakan masa. - BERNAMA

BERSEKONGKOL UNTUK GULING KERAJAAN SATU TINDAKAN TIDAK DEMOKRATIK : SALLEH


KUALA LUMPUR:  Perbuatan bersekongkol dengan pihak luar untuk menggulingkan kerajaan adalah tindakan yang tidak demokratik kerana hala tuju politik Malaysia sepatutnya ditentukan oleh rakyat negara ini sendiri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan terdapat komplot pihak tertentu, termasuk daripada parti UMNO, yang mahu menggulingkan kerajaan sedia ada.

"Pada saya TPM telah membuat kenyataan sedemikian, sudah tentulah ada asasnya. Kita mengamalkan satu sistem negara yang berdemokrasi dan kita adalah sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

"Sebarang perubahan, jika berlaku, seharusnya dilakukan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) kerana PRU itu adalah tempat kita untuk bersaing dalam politik," ujar beliau yang ditemui dalam program berbasikal Kayuhan Sehati Sejiwa di ibu negara hari ini.

Menurut Salleh, parti pemerintah ataupun parti lawan akan menghidangkan dasar ekonomi dan politk masing-masing dan rakyat akan menentukan parti mana yang mereka rasa harus jadi parti pemerintah.

"Yang salah ialah apabila kita terlibat dalam percubaan menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik di mana kita bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu apatah lagi sekarang ini terbukti sangat di mana keterlibatan warga negara asing dalam menentukan hala tuju politik Malaysia," ujar beliau.

Salleh memberi contoh media di internet seperti Sarawak Report yang dimiliki warga negara asing yang didakwanya cuba memutarbelitkan fakta dan memesongkan pemikiran rakyat dengan mempamerkan dokumen-dokumen yang telah diubah.

Beliau percaya bahawa rakyat berkuasa menentukan segalanya dan PRU adalah wadah untuk membuat pilihan.

"Sementara ini, rakyat sudah memberi mandat kepada Barisan Nasional (BBN) untuk jadi parti pemerintah dengan kemenangan yang selesa pada PRU lalu. Maka kita harus diberi kepercayaan untuk meneruskan dan melaksanakan dasar-dasar yang telah diumumkan.

"Itulah prinsip demokrasi," ujar beliau. - ASTRO AWANI

TUN MAHATHIR TURUT MINTA DAN TERIMA BANTUAN NEGARA ARAB : SALLEH


KUALA LUMPUR:  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meminta dan menerima bantuan daripada negara-negara Arab semasa kepimpinannya.

Lantaran itu, beliau berkata, bahawa mengatakan bahawa Dr Mahathir tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar.

"Hakikatnya Dr Mahathir tidak sahaja meminta tetapi turut menerima bantuan daripada sebilangan negara-negara Arab," katanya dalam entri terbaru blog beliau.

Salleh berkata lebih 30 tahun lalu semasa Dr Mahathir berhasrat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), kerajaan dianggarkan menanggung sekurang-kurangnya RM1 bilion, terutamanya untuk membangunkan kampus di tapak seluas 283.3 hektar (700 ekar) di Gombak.

"Mengambil pertimbangan faktor inflasi, apa yang bernilai RM1 bilion pada 1983 kini mencecah lebih RM10 bilion.

"Oleh itu, jika kita mahu melakukan perkara yang sama pada hari ini, apa yang akan kos RM1 bilion pada 1983 akan menelan kos berbilion-berbilion pada hari ini," katanya.

Salleh berkata bagi membiayai projek yang dianggap besar pada 1983, Dr Mahathir mendapatkan sokongan kewangan dari negara-negara Timur Tengah dan lapan negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), yang kini dikenali Pertubuhan Kerjasama Islam, bersetuju untuk menaja penubuhan universiti berkenaan. - BERNAMA

APA MOTIF MUHYIDDIN SOAL BAKI DANA RM2.6 BILION KEPADA UMUM? : SALLEH


KUALA LUMPUR:  Apakah motif Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanya tentang baki dana RM2.6 bilion kepada umum?

Itu pertanyaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak susulan tindakan yang dibuat bekas timbalan perdana menteri itu pada Jumaat.

Salleh berkata, Muhyiddin tidak perlu menghebahkan masalah dalaman parti kepada umum.

"Pada saya, tidak perlu Tan Sri Muhyiddin menghebahkan kepada umum kerana ia masalah dalaman parti.

"Beliau (Muhyiddin) adalah Timbalan Presiden parti. Beliau ada saluran untuk tanya soalan tersebut.

"Persoalannya, apakah motif untuk buat persoalan itu kepada umum, sedangkan kita mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah kita?" katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Majlis Doa Untuk Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka di sini pada Sabtu.

Beliau berpandangan, sebarang persoalan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya perlu dibuat secara tertutup.

Salleh merujuk kepada kelantangan Muhyiddin membangkitkan persoalan yang perlu dijawab kepimpinan parti.

"Saya lihat, persoalan ini asalnya mengenai bagaimana wang itu digunakan dan Perdana Menteri sudah jelaskan wang itu digunakan untuk kegiatan parti dan CSR (tanggungjawab sosial korporat).

"Sekarang pula persoalannya ialah bagaimana pula bakinya, masih ada baki ataupun tidak," katanya lagi.

Beliau berkata, apa yang penting adalah semua sedia maklum bahawa mana-mana parti politik pastinya mempunyai dana politiknya tersendiri dan ia tidak salah di sisi undang-undang.

"Biasanya, Presiden parti itu diberi kepercayaan untuk menguruskan dana itu sebaik-baiknya dan jika Timbalan Presiden ingin mengemukakan soalan, sudah tentu dia (Muhyiddin) boleh tanya terus kepada Presiden ataupun Majlis Tertinggi pada bila-bila masa," kata Salleh.

Muhyiddin sebelum ini mendesak Najib segera menjelaskan kepada anggota UMNO dan seluruh rakyat berhubung beberapa isu yang berbangkit, termasuk isu dana politik RM2.6 bilion yang dikreditkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Muhyiddin ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat, berkata langkah itu wajar dilakukan sebelum imej kerajaan dan negara terus tercalar. - ASTRO AWANI

Ps:LADY memang rasa pelik apabila orang berjawatan sebelah pemimpin no 1 dalam UMMO boleh menyatakan perkara yang seharusnya boleh ditanya secara berbisik pun jika benar-benar ingin tahu. Kenapa di khalayak ramai nyatakan perkara itu??? Nak apa sebenarnya? LADY dah sampai tahap, nak kata betapa TERDESAK nya nak MENJATUH kan dah tu!!