Followers

TUN M: GUGUR MUHYIDDIN HAK PERDANA MENTERI


KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah hak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Itu hak Perdana Menteri, kalau dia nak gugur, dia gugur-lah," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Pusat Hati Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara pada Jumaat.

Mengulas mengenai pengguguran Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara, Dr Mahathir berkata: "sekarang kita ada Peguam Negara yang baru, saya rasa beliau akan menyiasat kes itu (1MDB). Sekarang kita juga ada PAC sekarang tanpa lima anggota , kita tunggulah sampai anggota baru dilantik," katanya.

Pada masa sama, beliau mengangguk ketika ditanya sama ada pemilihan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru sebagai pilihan tepat.

"Beliau (Ahmad Zahid) layak seperti juga yang lain," kata Dr Mahathir.

Ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digugurkan dari jawatannya dan sekaligus memberi impak kepada sokongan UMNO Kedah kepada pucuk pimpinan negara, veteran politik tersebut berkata:

"Saya tidak tahu. Sesetengah pihak akan gembira, dan sesetengah pihak lagi sebaliknya. Yang pasti, jika seorang ahli politik 'kehilangan kedudukannya' tempatnya akan digantikan individu lain kerana ramai masih menunggu untuk memenuhi 'kekosongan' itu," ujar beliau lagi.

Ditanya sama ada barisan kabinet baharu adalah lebih baik daripada barisan kabinet sebelum ini, beliau menggangguk dan berkata, "saya 'tak rasa."

"Saya baca blog, FB tak nampak pertukaran rakyat (keyakinan rakyat terhadap kerajaan) . Semua orang melahirkan perasaan mereka di internet," tambahnya. -ASTRO AWANI

APAKATA: TINDAKAN TERHADAP PELAKU EDAR DOKUMEN PERTUDUHAN PALSU - SALLEH


KUALA LUMPUR:  Tindakan harus diambil terhadap pelaku, yang mengedarkan pertuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, memandangkan perkara itu telah melampaui politik dan melibatkan keselamatan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak membuat desakan itu berikutan dokumen palsu itu menjadi viral di internet dan media sosial.

Beliau berkata dokumen itu adalah kertas pertuduhan palsu terhadap Perdana Menteri yang peguam negara sebelum ini didakwa sedang menyiapkan pertuduhan tersebut.

"Dokumen ini hanyalah rekaan dan dakwaan semata-mata, satu penipuan bertujuan mencetuskan kekacauan.

"Tindakan seperti ini adalah berbahaya kerana ia bukan sahaja tentang fitnah bertulis atau fitnah tetapi ugutan untuk menimbulkan kekacauan," katanya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.

Beliau berkata disebabkan implikasi dokumen berkenaan, ia telah menjadi viral dan ramai orang telah bercakap mengenai isu tersebut.

Katanya, Sarawak Report, yang mendedahkan dokumen itu, mendakwa draf kertas pertuduhan itu diberi kepada mereka oleh sumber dalaman dan ia telah mengesahkan kesahihan dokumen itu dengan 'pihak atasan' yang lain.

Beliau berkata Sarawak Report telah membayangkan bahawa dokumen itu adalah tulen.

"Berita yang mereka cuba putar belitkan ialah peguam negara akan menahan perdana menteri pada hari sama beliau dipecat, bermaksud ini merupakan sebab peguam negara dipecat.

"Tuduhan seperti itu sudah pasti akan mengecewakan ramai orang dan menjadikan mereka amat marah dan mungkin akan mencetuskan kekacauan di negara ini," katanya.

Beliau menggesa agar tindakan diambil untuk memelihara undang-undang dan menjamin rakyat Malaysia bahawa keselamatan mereka tidak diletakkan dalam bahaya. - BERNAMA

TINDAKAN SAYA ZIARAH MUHYIDDIN SELEPAS DIPECAT TIDAK SALAH : MUKHRIZ


ALOR SETAR:  Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak merasakan tindakannya menziarahi Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dipecat sebagai sesuatu yang salah tetapi sedia menerima sebarang kemungkinan politik akibat daripada apa yang dilakukannya itu.

Katanya, beliau mengunjungi Muhyiddin atas kapasiti Menteri Besar Kedah untuk mengucapkan terima kepada bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pelajaran itu atas bantuan yang diberikan kepada Kedah.

Jelas Mukhriz, kunjungan itu adalah perkara biasa kerana semasa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pun beliau menziarahi keluarga Allahyarham dan tidak ada apa-apa perkara yang berbangkit.

"Saya tak nampak pula apa yang saya lakukan itu satu kesalahan dan saya tak ... saya ingat elok jangan tanya saya soalan itu, tanya orang lainlah... adakah patut tindakan diambil terhadap saya kerana saya pergi melawat seorang bekas pemimpin untuk mengucapkan terima kasih kepada dia. Saya ingat itu tak salah," katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun di Alor Setar hari ini.

"Walaupun begitu, ya, saya akan menghadapi apa kemungkinan sekali pun dan itu asam garam politik. Kuasa yang ada di tangan saya ini diturunkan oleh Allah, bila-bila masa pun Dia boleh ambil.

"Kita kena reda dengan keadaan itu," tambah beliau.

Mukhriz ditanya mengenai desas-desus tentang kedudukannya sebagai Menteri Besar yang dikatakan tergugat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merombak kabinetnya pada Selasa.

Berhubung rakaman video perbualan Muhyiddin dengan Mukhriz dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengenai dakwaan duit sebanyak RM2.6 bilion masuk ke akaun Perdana Menteri, Mukhriz tidak menafikan perbualan itu berlaku.

Mukhriz menjelaskan beliau tidak mungkin dapat menghalang Muhyiddin selaku tuan rumah daripada membincangkan apa-apa perkara di kediamannya sendiri.

Abdul Kadir yang hadir sama semasa perbualan itu turut mengesahkan perbualan tersebut berlaku tetapi enggan mengulas lanjut kerana menegaskan ia perbualan tertutup dan tidak sepatutnya dirakamkan.

Muhyiddin sehingga ini belum memberikan sebarang komen mengenai rakaman video itu.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yakin Perdana Menteri akan menjawab dakwaan yang berbangkit dalam rakaman video itu dan meminta semua pihak supaya bersabar.

"Saya yakin Najib tidak akan tutup telinga. Beliau akan jelaskan, sabarlah," katanya seperti dipetik oleh Malaysiakini. - ASTRO AWANI

AJAK ORANG KE JALANAN JATUHKAN KERAJAAN ADALAH SALAH : KHALID

Pesanan pada penganjur yang kemaruk sangat nak adakan BERSIH 4.0 kononnya akan diadakan pad 29hb ogos. Ini pedanan dan amaean buat anda serta mereka yang berhasrat untuk menyertainya! Sila baca:

KUALA LUMPUR:  Polis meminta peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menafikan dakwaan menyeru orang ramai menukar kerajaan melalui platform perhimpunan Bersih 4 yang dirancangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian bagi merujuk kepada sidang media Ambiga pada Selasa lalu.

"Adalah tidak salah untuk mengadakan perhimpunan jika tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan. Tapi kita ikutlah Akta Perhimpunan Aman dan mereka perlulah melalui cara dan saluran yang betul. Datanglah berunding dengan kami dan buat permohonan yang sepatutnya seperti tempat perhimpunan.

"Bagaimanapun, perbuatan menyeru orang ramai untuk turun ke jalanan bagi menggulingkan kerajaan adalah satu kesalahan," tegasnya.

Menurut Khalid, jika perhimpunan itu dibuat tanpa permit atau izin, peserta Bersih 4 akan dianggap sebagai melanggar undang-undang dan akan dikenakan tindakan.

Tambahnya, setiap perkara yang mahu dijalankan perlulah dipastikan tidak melanggar peruntukan dalam Perlembagaan, manakala pihak polis bertanggungjawab untuk memastikan semua tindakan tersebut mengikut undang-undang.

"Saya telah meminta untuk menarik balik dan menafikan seruan (berkenaan protes jalanan untuk menjatuhkan kerajaan). Polis sedang menunggu maklum balasnya sehingga hari ini. Jika dia tidak memberi respon, polis akan memanggilnya," kata Khalid.

Walau apapun, beliau memberitahu bahawa pihak polis tetap akan membuat persediaan yang patut bagi menghadapi sebarang penganjuran perhimpunan seperti itu.

Khalid menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM Cheras hari ini.

Sementara itu pada Rabu, Jawatankuasa Bersih 2.0 yang dipengerusikan Maria Chin Abdullah turut mendesak beberapa tindakan yang menurut mereka bertujuan mengembalikan kepercayaan umum dalam siasatan melibatkan syarikat pelaburan Negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antaranya adalah Bersih 2.0 mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperincikan butiran akaun bank, bercuti daripada tugas sepanjang siasatan dijalankan, pembekuan akaun-akaun bank, serta mendedahkan hasil siasatan 1MDB kepada umum secepat mungkin. - ASTRO AWANI

KERAJAAN KOMITED BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA : NAJIB


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan terus memastikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dijadikan sebagai agenda nasional negara.

Susulan itu, katanya beberapa siri perbincangan dengan usahawan bumiputera akan diadakan bagi menghasilkan formula jangka panjang yang terbaik bagi meningkatkan kesinambungan usahawan tersebut.

"Agenda pemerkasaan bumiputera tetap merupakan agenda nasional negara dan ia adalah bagi melahirkan usahawan yang boleh bersaing di pasaran terbuka dan global," kata Najib pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM).

Beliau berkata salah satu cabang penting dalam mengukuhkan agenda tersebut ialah pembangunan vendor bumiputera yang mampu melahirkan golongan usahawan boleh berdaya saing di pasaran terbuka.

"Cabaran kita adalah untuk memastikan tempoh syarikat yang diletakkan di bawah program ini dan menjadikannya mantap dan seterusnya melepaskan syarikat tersebut untuk bersaing di peringkat antarabangsa," katanya

Menurut beliau lagi, pelaksanaan agenda itu yang bersandarkan kepada lima teras utama sedikit sebanyak telah mula menampakkan hasil kejayaan.

Justeru, Najib berkata kerajaan amat komited serta bersungguh dalam membantu golongan ini untuk terus berjaya.

"Kita amat komited dan amat serius untuk membantu pengusaha-pengusaha bumiputera. Selagi kerajaan BN berkuasa, kita akan terus jadikan pemerkasaan bumiputera sebagai dasar nasional," tambahnya. - ASTRO AWANI

ORANG TANYA BN BOLEH MENANG ESOK? SAYA KATA ESOK BUKAN PRU : AHMAD MASLAN

Hehehehe.. LADY kagum dengan jawapan yang diberikan oleh Datuk ahmad Maslan apabila dikemukakan pertanyaan berkenaan menang atau tidak BN kalau PRU esok. Jawapan dalam bentuk jenaka sebenarnya menjawab swcara keswluruhan apabila sering kali perkataan "ESOK PRU" dijadikan sebahagian besar pernyataan dan perumpamaan digunakan . Sila baca di bawa ini:

KUALA LUMPUR:  Datuk Ahmad Maslan berkata tidak perlu menjawab sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang pilihan raya umum (PRU) atau tidak jika ia diadakan esok, kerana menurutnya PRU hanya mungkin akan diadakan pada 2018.

Kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, 'esok' hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri.

"Memang pilihan raya adalah yang terpenting. Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya.

"Esok ialah persiapan untuk pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM).

Ujarnya, pandangan beliau berbeza dengan pemimpin tertentu yang mengatakan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan esok kerana baginya PRU-14 hanya akan diadakan pada 2018.

"Oleh kerana itu, persiapan perlu dibuat untuk pemantapan parti dan kita kena bersatu. Pembangkang pecah belah, yang bersatu akan menang, yang berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu, kita jangan berpecah belah," katanya lagi.

Beliau mengulas tentang kenyataan dari bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata sekiranya PRU diadakan esok, BN akan kalah.

Dalam pengumuman rombakan Kabinet pada Selasa lalu, Muhyiddin telah digugurkan manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu berkuat kuasa 29 Julai.

Ahmad Maslan yang dahulunya mmegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan, kini dilantik menjadi Timbalan Menteri MITI dalam rombakan Kabinet tersebut.

Sementara itu, Ahmad meminta ahli-ahli UMNO bertenang serta tidak emosional, dan menerima keputusan rombakan yang telah dibuat perdana menteri.

"Saya kira keputusan itu adalah yang terbaik yang dibuat perdana menteri dan Kabinet ini juga adalah yang terbaik untuk kita menghadapi PRU yang ke-14. Itu perkara utama.

"Kita perlu berpadu dan bersatu dalam satu pasukan yang mantap. Pasukan kita tidak boleh pecah untuk kita berhadapan dengan pembangkang," kata Ahli Parlimen Pontian itu.

Tambah beliau, apa yang dilakukan oleh Najib adalah demi kebaikan rakyat dan negara.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Datuk Noraini Ahmad. - ASTRO AWANI

APAKATA : MUHYIDDIN MINTA PENYOKONGNYA TIDAK LAKUKAN PERKARA MUDARAT KEPADA NEGARA

Dah jelas pesanan pemimpin no 2 UMMO Malaysia. Bukan bahasa sama-samar lagi. Terang lagi jelas. Sila baca:

Muhyiddin Minta Penyokongnya Tidak Lakukan Perkara Mudarat Kepada Negara

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan penyokong-penyokongnya supaya tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkan parti dan negara.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau menghargai sokongan yang ditunjukkan kepadanya oleh semua pihak termasuk netizen dan berharap mereka mengutamakan kepentingan negara.

"Saya dapat rasakan perasaan kecewa dan dukacita mereka tetapi apa pun saya berikan nasihat supaya kita harus lebih utamakan kepentingan negara," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, hari ini.

Mengulas mengenai penggugurannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan daripada Kabinet, Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri supaya bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 pagi semalam.

Pada masa itu, katanya beliau berada di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk merasmikan sebuah sekolah swasta.

"Saya hanya dapat jumpa beliau (Najib) pada 12.15 tengah hari...saya tanya apa tujuan saya dijemput, adakah berkaitan rombakan jemaah menteri, beliau angguk.

"Adakah ada apa-apa beliau nak cakap kepada saya, beliau rasa susah nak cakap...saya tanya adakah bermakna saya tidak disenaraikan (dalam Kabinet), beliau (angguk) dan saya cakap terima kasih," katanya.

Muhyiddin berkata beliau menerima keputusan itu kerana ia merupakan prerogatif perdana menteri.

"Bagi saya, itu hak beliau (Najib) sebagai ahli politik yang dah lama berpengalaman, itu hakikat yang saya tak boleh nafikan...saya akur," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau dapat melelapkan mata malam tadi walaupun agak lewat kerana menerima kunjungan daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya kunjungan itu sekadar menyatakan perasaan simpati dan bukannya bertujuan merancang sesuatu terhadap kerajaan. BERNAMA

Ps: kat media sosial.. dah macam-macam bahasa keluar. Korang .. saja buat pasal atau memang sebenarnya sengaja nak buat fiesta.. yang empunya diri dah mengeluarkan kenyataan.. mohon terima sahaja.. jangan kemaruk nak buat huru hara!!!

TERLALU AWAL UNTUK KAITKAN PENEMUAN FLAPERON DENGAN PESAWAT MH370 : MAS


KUALA LUMPUR:  Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan maklumat terbaharu mengenai penemuan flaperon pesawat di Pulau Reunion berdekatan kepulauan Madagascar.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, MAS memaklumkan masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan tersebut dengan pesawat MH370.

"Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini," kata MAS dalam kenyataan media di sini hari ini.

Laporan menyebut, cebisan sayap yang ditemui berkemungkinan bangkai MH370 MAS yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang.

Serpihan berukuran dua meter panjang itu dipercayai daripada bahagian sayap pesawat ditemui sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai di pulau tersebut. - ASTRO AWANI

AUSTRALIA TELITI SERPIHAN DITEMUI DINPULAU REUNION


SYDNEY:  Kerajaan Australia yang mengetuai operasi pencarian dasar laut bagi MH370 mengesahkan serpihan ditemui di Pulau Reunion sedang dikenal pasti.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Serantau Ausralia memaklumkan serpihan berkenaan diteliti pasukan pakar bagi memastikan kesahihannya.

Proses tersebut dijalankan dengan kerjasama syarikat pengeluar pesawat Boeing, Pejabat Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis, BEA, Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

Menurut kenyataan tersebut, sekiranya serpihan ditemui disahkan milik MH370, ia adalah konsisten dengan analisis dan model berhubung lokasi akhir pesawat itu dipercayai berada di Lautan Hindi.

Australia juga memaklumkan sebarang bukti baru akan digunakan untuk memperbaiki usaha pencarian yang masih berjalan.

Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan pagi tadi memaklumkan adalah masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan dengan pesawat MH370.

Syarikat itu memaklumkan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan maklumat terbaharu yang diterima ini. - ASTRO AWANI

MUKHRIZ BERSETUJU ROMBAKAN KABINET


Mukhriz Bersetuju Rombakan Kabinet
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mempunyai hak untuk melakukan rombakan Kabinet dan semua pihak perlu menerima perubahan yang dilakukannya, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa perdana menteri telah pun memikirkan 'semasak-masaknya' tentang apa yang terbaik untuk kerajaan dan politik.

"Perdana menteri mempunyai hak untuk membuat sebarang rombakan (Kabinet) dan beliau telah menggunakan kuasa beliau untuk melakukan rombakan semalam. Kita mesti terima apa-apa sekali pun perubahan," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Dalam rombakan Kabinet semalam, Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan.

Beliau melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri baharu, selain mengekalkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri.

Selain itu, perdana menteri turut melantik tujuh muka baharu sebagai menteri dalam barisan Kabinetnya dan menggugurkan empat menteri serta satu timbalan menteri daripada jawatan mereka.

Beliau turut membawa masuk beberapa muka baharu sebagai timbalan menteri.

Rombakan semalam turut menyaksikan dua pemimpin dari Kedah iaitu bekas timbalan menteri tenaga, teknologi hijau dan air Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai menteri pendidikan manakala ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Johari Baharom dilantik sebagai timbalan menteri pertahanan.

Pelantikan Mahdzir sebagai menteri pendidikan, yang dianggap jawatan kanan dalam Kabinet, merupakan satu penghormatan kepada Kedah, kata Mukhriz sambil mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri.

"Ia adalah kementerian yang amat mustahak," katanya dan mengucapkan tahniah kepada Mahdzir yang juga bekas menteri besar Kedah.

Ditanya sama ada rombakan Kabinet semalam akan menimbulkan masalah kepada Umno, Mukhriz berkata beliau yakin Najib selaku presiden parti telah membuat penilaian mendalam tentangnya.

"Saya rasa presiden sudah tentu menilai sedalamnya mengenai reaksi dan persepsi rakyat terhadap rombakan ini, kerana tentunya kita berusaha untuk mengukuhkan kedudukan kita menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)," katanya.

Menurutnya Najib mungkin melakukan kajian tertentu bagi mengukuhkan rasional di sebalik keputusan melakukan rombakan Kabinet itu.

– Bernama 

MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI BAHARU ANGKAT SUMPAH JAWATAN DI HADAPAN AGONG


KUALA LUMPUR:  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin hari ini mendahului barisan menteri dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah
simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini.

Upacara itu berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 10 pagi.

Selepas Hamzah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pula mengangkat sumpah jawatan dan taat setia masing-masing.

Mereka kemudian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Upacara itu diteruskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan. - BERNAMA

ZAHID JADI TPM, GANTI MUHYIDDIN


PUTRAJAYA:  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet baharu perdana menteri.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara demikian dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.

Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Menurut Najib selepas mengumumkan rombakan tersebut, langkah menggantikan Muhyiddin ialah satu keputusan yang amat sukar, namun terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri terus bergerak sebagai pasukan jitu.

Selain, Muhyiddin, empat menteri lain yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri G. Palanivel, dan Datuk Dr Ewon Ebin.

Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Muka baharu ialah Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Dua muka lama yang menyertai semula kabinet ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong
                                                  Datuk Johari Abd Ghani

Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Nur Jazlan Mohamed
                                                       Tuan Masir Anak Kujat

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
                                                              Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
                                                              Datuk Seri Shahidan Kassim
                                                              Datuk Azalina Othman
                                                              Nancy Shukri
                                                              Datuk Seri Abdul Wahid Omar
                                                              Datuk Dr Wee Ka Siong
                                                              Datuk Paul Low Seng Kuan
                                                              Datuk Seri Jamil Khir Baharom
                                                              Senator Datuk Seri Idris Jala
                                                              Tan Sri Joseph Kurup

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
                                                                                Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Lee Chee Leong
                                                                                                                                     Datuk Ahmad Maslan
                                      
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Noriah Kasnon

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique

Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan: P. Kamalanthan
                                                    Chong Sin Woon

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Mary Yap Kain Ching

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan: Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan KPDNKK: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Hamim Samuri

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Alexander Nanta

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Reezal Merican

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri  Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Azizah Mohd Dun
                                                                                                      Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan

Sumber : ASTRO AWANI

SENARAI JEMAAH MENTERI BARU

SUDAH-SUDAHLAH MELAGAKAN KEPIMPINAN

LADY tak faham sungguh.. sesungguh-sungguhnya! Ntah apa logiknya entri oleh blogger 'kihampautohoh' yang nyata lagi terang bukan saja bodoh bangang.. tapi babal dan tubal!!!

Cuba baca penulis mengaku sebagai kihampautohoh.

"Secara logiknya, Datuk Musa Aman hanyalah merangkap jawatan Pengerusi Perhubungan BN Sabah,  bukan siapa di dalam organisasi UMNO. Berbanding Datuk Seri Shafie Apdal, menduduki jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia. Nombor tiga selepas Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia." -kihampautohah blog

LADY: hahahahaha.. apa pasal dia ni buat lawak?? Apa pula sebagai pengerusi perhubungan UMNO sabah merangkap pengerusi BN sabah bukan siapa dalam organisasi UMNO??  Nampak sangat blogger ni tidak memahami peranan Naib Presiden UMNO Malaysia dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri. Nak LADY bagi kah keratan peranan 2 jawatan dalam organisasi UMNO??? Sila baca Perlembagaan UMMO dalam Fasal 9.8.3- 9.8.3.1 dan 9.8.3.2. ( tugas pegawai dalam majlis tertinggi). Baca juga Fasal 12 Badan Perhubungan dalam perlembagaan UMNO. Baca keseluruhannya. Kali ini LADY nak tanya.. siapa kata Pengerusi perhubungan bukan siapa dalam Majlis tertinggi UMNO?

KENAPA Blogger Kihampautohoh nak membandingkan jawatan Naib Presiden UMMO dengan pengerusi Perhubungan Negeri dalam penulisan Entrinya??? Anda secara sengaja dan terang-terang ada hasrat untuk  MELAGA-LAGAKAN  kepimpinan yang berkaitan. Lebih ringkas dengan perkatan PROVOK a.k.a HASUTAN!! seharusnya anda mulai sekarang belajar untuk BERTANGGGUNGJAWAB atas perbuatan termasuk penulisan anda!

Tahukah anda.. pengerusi perhubungan negeri mempunyai kuasa dalam urustadbir UMNO negeri termasuk setiap bahagian-bahagian di dalam negeri tersebut? ( sila baca sekali lagi Fasal 12 dalam perlembagaan UMNO Malaysia)

Berbalik kepada cerita rumah terbuka Zon 6 yang menggabungkan 4 bahagian iaitu Semporna, Tawau, Kalabakam dan silam. Ke-4 bahagian adalah tuan rumah . Semua penjawat seluruh bahagian-bahagian berkenaan adalah MERAIHKAN orang ramai termasuk kepimpinan bahagian-bahagian lain dan pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang hadir ke majlis berkenaan.

Sebagai tuan rumah. Mestilah melayan semua yang hadir. Bukan tetamu pula yang kena melayan pemegang jawatan tinggi di bahagian2 terlibat sebagai tuan rumah!! Tu yang LADY kata pelawak sungguh blogger Kihampautohoh dalam entrinya. Nampak dengan jelas betapa dangkalnya otak penulis alam maya tersebut sehingga tidak mampu menyembunyikan emosi bergelodak dalam jiwanya.

"Tapi perhatikan gambar. Pengerusi Perhubungan BN Sabah, Datuk Musa pula yang terlebih lebih. Walhal majlis rumah terbuka UMNO zone 6 adalah anjuran UMNO. Ini kah yang dimaksudkan dengan lupa diri, atau digelar bangsawan jadian.? Tidak logik."- kihampautohoh blogger

LADY: Alahai... apa yang tak logiknya?? Gambar ramai-ramai??? Heheheheh!! pelik sungguh si blogger kihampautohoh ni. Orang ramai bergambar ramai-ramai apabila kepimpinan nombor 1 Sanah datang. Ditambah lagi YAB DS Musa Aman adalah Ketua Menteri Sabah. Sudah tentulah bergambar ramai-ramai macam dalam gambar. Part gambarpun jadi isukah? Nasihat LADY pada blogger ini, sebelum membuat penulisan, sila buat pencarian atau survey dahulu mana-mana majlis yang dijwmput hadir Pengerusi Perhubungan ini yang tiada orang ramai termasuk kepimpinan tidak berasak-asak untuk mengabadikan gambar mereka dengannya?????

"Ada niat yang tidak baik, usaha merendahkan kredibiliti seseorang. Sama ada Datuk Musa menyedarinya atau tidak." - kihampautohoh blogger

LADY : Pada LADY.. Isu merendahkan atau memperlekehkan kredibiliti seseorang tu.. bukan isu yang perlu dikaitkan dalam cerita rumah terbuka UMNO Zon 6. Kamurang lah yang mewujudkan isu berkenaan!!

"Kamu orang tahukah, kenapa Datuk Shafie Apdal tidak hadir majlis ini. Sebab sebelum ini, dengar saja Datuk Shafie Apdal akan hadir terus majlis yang dirancang tidak semena mena akan dibatalkan. Oleh itulah, Datuk Seri Shafie Apdal berpendapat, lebih baik beliau tidak hadir supaya majlis berjalan dengan lancar. Terbukti, segalanya beres walaupun kurang mendapat sambutan.?" - kihampautohoh blogger

LADY: Sebenarnya kenapa dan mengapa Yb DS Shafie Afdal tidak hadir dalam majlis berkenaan rasanya bahagian pelaksana sudah maklum. Cuma soalan LADY. ayat "oleh itulah, Datuk Seri Shafie Apdal berpendapat, lebih baik beliau tidak hadir supaya majlis berjalan dengan lancar" tu betul-betulkah kenyataan DS Shafie?? LADY tidak rasa itu kenyataan itu keluat dari pemimpin yang LADY kagumi. Tetapi hanya ayat yang ditulis penuh perasaan oleh blogger Kihampautohoh semata!!!!

Ps: tertanya-tanya LADY. Siapa musuh sebenarnya blogger ni? Bagi LADY hal-hal remeh seperti ini tak perlulah jadi bahan penulisan serius. Ianya berkenaan hal urustadbir kawasan. Jangan nak tunding jaru pada pihak lain hanya kerana konon nak membela pemimpin disokong.. LADY ni, semua pemimpin mewakili negeri LADY. LADY akan sokong kerana bukan senang tau nak 'tembus' peringkat kebangsaan jikalau tiada aura.( berdasar pengalaman LADY sendiri) jadi seharusnya berilah sokongan tak berbelah bagi kepada semua agar mereka tetap berada di tempat mereka yang sepatutnya demi kita rakyat tang menyokong.

Jangan jadi ketam yang hanya mengait kaki agar ketam yang sedang memanjat tertarik jatuh ke bawah semula. Semua akan menanggung rugi. Pemimpin pun akan rugi kerana mempunyai penyokong seperti penulis kihampautohah yang hanya membicarakan keburukan pemimpin lain untuk menaikkan pemimpin yang disokong. Salah tu saudara!!!! Sepatutnya jika ada masalah.. pastikan dibaiki dan dipulihkan bukan ditunggang terbalikkan lagi.!!

ISU 1MDB: JANGAN DENGAR CERITA KARUT, KEBENARAN AKAN MUNCUL JUGA' -NAJIB

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh cerita karut di media sosial berhubung dengan isu yang melanda dirinya dan yakin bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

"Yang lain tu karut, mengarut, jangan dengar cerita.

"Banyak sangat karut-mengarut di media sosial; jangan dengar semua itu, bukan semua itu benar.

"Kita akan pastikan kebenaran akan muncul pada akhirnya," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang membabitkan dirinya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Najib menjelaskan bahawa laporan penuh Ketua Audit Negara akan menjawab segala dakwaan berbangkit berhubung isu itu.

"Kerajaan kita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk rakyat dan saya sebagai perdana menteri sudah tentu saya tidak akan ambil apa-apa yang berhak kepada rakyat," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Nur Ramadan 2015 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati, di sini, malam Khamis.

Tambahnya, beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai dakwaan terhadapnya dan membiarkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sendiri melaporkan perkara itu.

Sumber: BERNAMA