Followers

SULTAN IBRAHIM DIMAHKOTAKAN SEBAGAI SULTAN JOHOR KE-5 DALAM SEJARAH JOHOR MODEN


JOHOR BAHRU:  Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pagi ini.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Istiadat yang dipancarkan secara langsung melalui stesen televisyen terpilih dan layar besar di Dataran Bandaraya, turut disaksikan ribuan rakyat bukan sahaja di Johor malah seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, ia turut disaksikan bonda Sultan Ibrahim, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam, beserta anakanda-anakanda Sultan Ibrahim yang lain turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah itu.

Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja-Raja Melayu turut menyaksikan istiadat kemahkotaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri 'Diadem' di kepala Raja Zarith Sofiah. - BERNAMA

DRAMA PR TENTANG HUDUD

LADY tak akan kata banyak. Korang pandai-pandailah menilai.

'Tatkala 1 bilik banyak mimpinya!'

Itulaj yang berlaku dalam PR

HAIRAN BIN AJAIB.

Ini lagi satu hal 'talingung'(bebal) ! Apa kes DAP Sabah ni??? Hal hudud Kelantan kenapa mau menyibuk untuk di Sabah?????

Lagi bodoh mau pula suruh-suruh BN Sabah buat kenyataan pendirian tentang hudud di Kelantan! Kenapa tidak tanya apa pendirian PAS Sabah berkenaan Hudud di Kelantan??????? Baru ngam!!!!!

Lagipun.. kenapa bingung-bingung bah kalau ndak berkaitan sama diri??? Sudah terang lahi jelas, kerajaan PAS Kelantan bilang. Hudud akan dilaksanakan hanya kepada Orang Islam saja! Di negeri Kelantan bah ! Ndak pula dia bilang di seluruh negara!!

Ps: kalau dilaksanakan pun hukum Hudud tu kenapa mau takut. Ndak buat salah ndaklah kena hukuman. Ini nampak sangat, mesti banyak buat salah. Tu yang takut saja!

MOGOK LAPAR?????? ADA AKU KISAH!!!!?????

Hahahhahahahaha.. hahahahhahahahahahha... hahahahhahahahahaa....

JANGAN BERKATA PERKARA YANG TIDAK TAHU! ADA RISIKONYA!

Terkejut juga LADY menonton sedikit sedutan video yang ditayangkan di buletin perdana semalam. Lakonan oleh 'Aisyah' pengacara stesyen radio BFM. yang sahnya bukan orang Islam. Maaflah kalau LADY mungkin agak prejudis ke atas bangsa cina bukan Islam yang memperkatakan sesuatu perkara berkaitan dengan Islam.

LADY tak bertanggapan apa yang sedang dalam pengemaskinian berkenaan Hudud di Kelantan wajar dijadikan perkara gurauan atau permainan. Sewajarnya sebagai orang yang bijak, tak tahu apa-apa berkenaan sesuatu perkara. Lebih baik DIAM-DIAM saja! Jangan jadi BUDUH (bodoh) tunjukkan kebiadapan berkenaan! Bida' (hodoh) bah apabila orang tua tonjolkan kebodohan dan ketiadaan kesopanan dan kesusilaan ini . Jangan lupa! Penonton youtube adalah mijoritinya adalah umur yang muda! Bukan usia GENTUA (lanjut usia)!!!!

Baca dulu

Pihak kurang arif agama dinasihat tidak komen di media sosial - KPN

Bernama | Kemas kini: Mac 22, 2015 (Diterbitkan pada: Mac 22, 2015 20:32 MYT)

KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati individu atau pihak tertentu, yang kurang arif mengenai agama, agar tidak mengeluarkan komen di laman sosial mereka sehingga menyinggung perasaan pihak lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak mahu perbuatan seumpama itu membawa kepada keadaan tegang dalam aspek ketenteraman awam.

"@PDRM memandang serius komen-komen terhadap agama oleh mereka yang tidak arif mengenainya. PDRM tiada pilihan selain mengambil tindakan terhadap mereka," kata Khalid melalui laman Twitter rasminya.

Baru-baru ini, sebuah klip video bertajuk 'Hudud Isi Periuk Nasi' yang berdurasi 1 minit 55 saat menerima banyak kecaman oleh pelbagai pihak di media sosial.

Pengacara dalam video berkenaan turut menerima ugutan rogol dan bunuh.
....................................

Part pengacara kena ugutan bunuhkah, rogolkah?!.. LADY peduli apa. Berani buat beranilah tanggung! Lu orang Melayu! Rasanya orang Islam. Walau Lu tak join mana-mana parti dan kumpulan Politik, Lu kena fikir beb! Soal agama jangan sekali-kali nak terlibat dalam permainan orang yang ada agenda! Walau anda dibayar untuk melakonkannya!!!! Takkan lu tarak ada prinsip!!!! Walau majikan Lu arahkam anda mesti lakukannya!!! Lu ada hak untuk menolak! Atau... Lu memang tak memikirkan risikonya dan hanya membayangkan betapa GLAMOURnya anda dalam lakonan yang so 'hidup' itu!!!!! Ps: popular lah sudah tu! Tu yang dapat mesej tak berguna tu!

Sememangnya dalam hal jenayah ugut bunuh dan rogol ni, LADY memang benci sangat. Jelas bahawa yang mengugut itu ada masalah mental dan jiwa kacau yang melampau!! Tak waraslah sudah tu! Benci sangatpun apa yang dilakonkan oleh si 'aisyah' jangan lupa! Negara kita negara yang dilindungi bawah perundangan. Bukan negara barbarian yang boleh buat jenayah agar lebih berkuasa!!!!

Apapun, part jenayah ni biarlah pihak yang berkuasa menjalankan tugasan mereka.

RAGAM SI N.IZZAH

Apabila Nurul izzah mempertikaikan dirinya ditahan atas pertuduhan dibawah Akta Hasutan. LADY boleh andaikan 3 perkara:

1. Nurul Izzah terlupa peraturan yang sudah ditetapkan. Kekebalan berhujah dalam Parlimen pada had yang mana kerana semangat membela ke atas ayahanda tercinta

2. Nurul izzah buat-buat lupa kerana nak tunjuk kononnya berlaku ketidakadilan ke atas dirinya. Menguatkan lagi kenyataannya bahawa badan kehakiman dan perundangan negara sememangnya tidak adil pada mereka yang konon pejuang keadilan.

3. Nurul izzah memang tembirang dan saja buat gempak untuk dapatkan perhatian!!!!!!

LADY bersetuju dengan apa dinyatakan di bawah ini :

MP boleh bercakap, berbahas, berhujah akan apa saja tajuk dalam Parlimen tapi tertakluk kpd 4 perkara;

Berdasarkan Artikel 63 (4) Perlembagaan yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang dicakapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara.

Empat perkara tersebut ialah menyentuh Dan mempersoal berhubung:

1. Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu,
2. Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
3. Artikel 181 tentang Raja-raja Melayu dan
4. perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

'Janda Baik' Ahli Parlimen ini telah menyentuh soal Artikel 153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka beliau boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam Parlimen.

Ini selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).

Ahli Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara mesti memastikan setiap perkataan yang dituturkan adalah berpandukan pada Artikel 63 (4) yang ada sekatan.

Akta Hasutan adalah akta terakhir (line of defence) ruang lingkup pada akta tersebut adalah luas termasuk pada perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat berhubung penentangan terhadap Raja-raja malah ke atas kerajaan.

Kenyataan-kenyataan yang membangkitkan perasaan saling membenci antara kaum serta kenyataan yang menimbulkan rasa kemarahan atau tidak puas hati pada sistem keadilan negara juga adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Apabila sistem keadilan negara dipersoalkan di Parlimen baru-baru ini hingga membawa rasa tidak puas hati, maka apa yang dibangkitkan itu adalah tergolong pada maksud hasutan di bawah akta berkenaan.

Seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan yang kesalahannya dinyatakan di bawah seksyen 4 dengan hukuman yang diperuntukkan ialah denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
.............................................

Apapun pada LADY, nurul izzah mahupun siapa je waris keturunan si Anwar. Tak boleh pakai lakonan mereka.

Si nurul izzah ni sah-sah memang pelakon. Dia antara pelakon dalam video tahun baru cina si kok siap apa2 najwa latif lagi hijabstyle dia!

FATWA BERHUBUNG GST

Selepas berbual dengan rakan-rakan sekerja. Ada rakan LADY dengan penuh semangat menyatakan bahawa ulamak menolak GST kerana haram. LADY malas nak berdebat dengan orang yang sedang beremosi. Lebih baik diam. Tapi diam LADY tak lah sampai tak melakukan pencarian untuk memastikan ada jawapan  tentang kenyataan tersebut.

Inilah jawapannya

FATWA BERHUBUNG GST


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.

2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:

i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.

ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.

iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.

iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:

الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
"Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".

3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.

4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:

i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan setempat.

Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) | Portal Rasmi Fatwa Malaysia

NAJIB-TUN DR M. TETAP MESRA WALAU ADA PENGGANGGU TALI HUBUNGAN MEREKA



Hehehehhe... apalah agaknya rasa 'mereka-mereka' yang memasang angan melihat pertelagahan antara YAB DS Najib dengan Tun Dr M ni tak tercapai. Sah meraung umpama lagu 'pelamin anganku berkecai'!!!! Tak percaya ? Tengok gambar di atas. Bukan main edit-edit tau main letak gambar Tun M bersebelahan dengan Najib!


Tun M,PM n KJ d dataran merdeka.. penutup LTDL anjuran  Human Voyage dgn kerjasama KBS.. turut serta CEO Human Voyage Dato Malik Mydin

Menurut blog medan info blogspot ;

Apabila isu 1MDB semakin kecoh sebaik sahaja Tun Dr Mahathir buat kenyataan, juak juak pimpinan Pembangkang terima mesej daripada Anwar agar mereka boleh bersiap sedia untuk "celebrate" kerana menurut bacaan KETUM, Najib hanya menunggu masa untuk tumbang....

Petang tadi dalam acara kemuncak Garisan Penamat Let Tour De Langkawi 2015, ramai Batu Api dikalangan ahli ahli dan pimpinan UMNO sendiri sudah tersipu sipu menyaksikan rakaman kemesraan di antara Najib dengan Tun Dr Mahathir.


..........................................

Semalam LADY adalah baca kenyataan si kungkung Lim Kit Siang beberapa hari lepas yang dengan sengaja membuat kenyataan provokasi antara Najib dengan Tun M dengan harapan kenyataannya ditelan bulat-bulat oleh Tun M

Najib telah memilih Kedah untuk melakukan serangan, berucap di hadapan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, apabila semua orang yang ada di konvensyen itu dan di luar tahu bahawa yang dimaksudkan "jemuan jemuan",  yang diselar oleh Najib adalah tidak lain daripada bapa Mukhriz, Tun Mahathir.

"Apakah Perdana Menteri dan Presiden UMNO paling lama berkhidmat disenaraikan sebagai "watak-watak jahat yang tidak dimahukan dalam UMNO" oleh Najib?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Najib dengan jelas membalas kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini, dengan menegaskan UMNO mampu untuk kekal berkuasa jika 'watak jahat' tidak berada dalam UMNO.

"Adakah Najib cuba untuk mengusir Mahathir dari UMNO, yang akan menjadi satu isu lain untuk Mahathir - berada di luar UMNO tiga kali, dua kali dipecat daripada UMNO dan sekali keluar dengan sendiri," katanya lagi.- Astro Awani

Soalan LADY, kungkung LKS ada bukti kah kata Tun M ini nak diusir oleh Najib dari UMNO? soalan kedua, bila masa Tun M pernah diusir dari UMNO???

NAMPAKNYA, melihat gambar-gambar yang terkini ini, bukan setakat owner The Malaysian Insider (TMI) meraung tergolek-golek kerana provokadi mereka tak menjadi, nampak gaya Kung-kung LKS pun terduduk tersentap, strategik memutuskan hubungan antara kedua kepimpinan tak tercapai!!!

Dalam hal kenyataan-kenyataan Tun Dr M berkenaan perjalanan pentadbiran kerajaan dalam blog nya. Ia sebenarnya hanya pandangan berdasar pengalamannya. Bukan untuk mewujudkan suasana huru hara dan kelam kabut urusan pentadbiran. Pada LADY ianya adalah sikap normal apabila kita mungkin melihat bentuk perjalanan pentadbiran yang mungkin pada kita ada kekurangannya dan memberi pandangan yang kemungkinan boleh membantu dalam membetulkan apa yang mungkin terlepas pandang.


LADY menulis macam inipun berdasarkan pengalaman LADY yang pernah memegang jawatan sebelum habis tempoh. Apbila melihat suatu tindakan pengurusan yang LADY rasa tak sesuai atau jika jalan pelaksanaan oengurusan itu menampakkan adanya risiko yang tidak elok pada penghujungnya dalam andaian LADY, LADY kemungkinan akan menegur juga urusan berkenaan secara umum kepada yang mengganti LADY. bukan senang tau nak hari-hari dok jumpa nak tegur ini tegur itu. Lama-lama asyik muka kita saja nak ditenung, tak boleh dah buat kerja lain! Kalau cakap bersemuka pula, nanti kita akan dianggap 'busy body' a.k.a 'penyibuk'!!!!! Salah satu kaedah adalah secara menulis pandangan berkenaan.

Seperkara lagi, walau cara pentadbiran dulu dengan sekarang terlalu jauh perbezaan jaraknya maka pandangan kepimpinan sebelumnya ditolak mentah-mentah! Pada LADY, kepimpinan baru kena juga menilai pandangan berkenaan dengan akal yang waras dan bijak. Jangan asyik menelan bulan-bulat kata-kata orang sekeliling yang rajin mengekori kita sejak memegang jawatan! Biasanya yang rajin sangat mengipas ni tak ikhlas ada agenda pribadi mereka semata. Kita ni sebagai pemimpin wajar belajar dan peka setiap gerakan bahasa badan yang mereka biasa tunjukkan, bukan hanya mendengar tuturan bahasa dari lidah mereka semata! Dan jangan meletakkan diri kita kononnya adalah terbaik sehingga menolak apa saja pandangan lain. Kena bijak menapis dan menilai barulah hasil tindakan kita dikatakan 'berakal dalam kewarasan kebijaksanaan' jangan sampai kita digelar manusia lupa diri dan riak dengan jawatan yang kita perolehi.

Dalam keadaan 'ketegangan khayalan' yang diwujudkan oleh individu yang dengan sengaja nak melaga-lagakan hubungan antara Najib dan Tun dr M.  Ada sahaja bahan yang diisukan dijadikan api memanaskan tali hubungan berkenaan. LADY sangat bersetuju dengan pandangan DS salleh dalam entrinya bertarikh 28/1/2015 di blognya:


URUS PERBEZAAN PANDANGAN, HORMATI KEPUTUSAN KETUA - ANTARA NAJIB DAN TUN M

Pada pendapat saya, perbezaan pandangan adalah perkara biasa. Ia lumrah dalam politik. Sebabnya, masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Bergantung dari sudut mana sesuatu hal itu dilihat.
TUN M

7. Maka dalam hal Tun Mahathir ini, yang pernah mentadbir negara lebih 20 tahun, tidak salah bagi beliau memberi pandangan, apatah lagi dengan statusnya sebagai seorang negarawan. 8. Namun, beliau tidak boleh memaksa orang lain menerima pandangannya. Kerana orang lain juga mungkin mempunyai pandangan berbeza.

8. Dalam politik, yang mustahak bagaima kita mengurus perbezaan pendapat ini. Kita kena bijak mengurusnya. Ini kerana perbezaan pendapat tidak semestinya membawa keburukan dan perbezaan pendapat juga tidak menjanjikan kebaikan.

9. Maka dalam institusi kepartian dan pemerintahan di negara ini, kita kena terima hakikat mengenai sistem ketua -- iaitu Perdana Menteri dalam kerajaan dan Presiden parti dalam institusi politik. Ini hakikat mutlak dan perlu dihormati.

10. Saya kira, Datuk Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sentiasa bersikap terbuka serta mendengar setiap pandangan sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Oleh yang demikian, kita kena hormati keputusannya yang saya cukup yakin untuk kebaikan majoriti.

11. Saya tidak berapa setuju jika ada yang guna istilah `berperang' dalam konteks perbezaan pendapat antara Tun Mahathir dan Datuk Najib. Ini kerana Najib tidak `melawan' sekalipun Tun Mahathir kelihatan seperti menyerang bertubi-tubi.

....................................


Suara-suara menegur Najib PM kita di media sosial tupun bukan ada niat nak memburukkan potensi dan kredibiliti kepimpinan beliau. LADY mengandaikan ianya adalah teguran ikhlas yang inginkan beliau melihat kelemahan yang mungkin beliau tidak sedar kerana sibuk dalam melaksanakan urusan tadbir kerajaan. Bak kata pepatah, manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang.

Berhadapan dengan musuh ni, yang nyata boleh ditentang. Tetapi berhadapan dengan parasit-parasit yang bertopeng manusia ini masalah besar! Kerana kita tidak tahu sejauhmana pergerakan kerosakan yang sudah mereka lakukan. 'Baik sangat tapi.. ada makna'


Baiklah itu pandangan LADY berkenaan urusan hubung kepimpinan berdasarkan apa yang LADY andai yang berlaku pada kedua pemimpin yang dihormati
Cuma

Paling LADY suka berdasarkan majlis kelmarin. Apa yang dituduh dan disebarkan oleh pihak tak berkenan kepada BN telah terjawab. Bagaiman gaya gerak badan PM menunjukkan beliau kekal mengekalkan hubungan baiknya dengan Tun Dr M walau ada manusia durjana cuma mengeruhkan hubungan berkenaan!!!

Sumber gambar: rakan blogger dan media

DUA RANG UNDANG-UNDANH BAHARU CEGAH KEGANASAN AKAN DIBENTANG: ZAHID


SHAH ALAM:  Kabinet telah meluluskan Rang Undang-Undang Pengganas Asing dan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Rang Undang-Undang Pengganas Asing adalah khusus bagi membendung kemasukan pengganas asing ke negara ini dan POTA untuk menangani ancaman keganasan dalam negara.

"Rang Undang-Undang Pengganas Asing digubal memandangkan Malaysia berpotensi menjadi tapak atau transit untuk bergerak ke negara ketiga iaitu negara yang menjadi sasaran pengganas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 'Seminar Pengurusan Kewangan: Merancang Kembali Kewangan Anda' di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan sebarang pendakwaan atau keputusan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah di bawah kedua-dua undang-undang baharu itu akan dilakukan oleh dua lembaga iaitu pencegahan jenayah dan keganasan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid menyangkal dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan sekolah aliran agama di negara ini menjadi markas merekut anggota militan.

Katanya daripada 61 individu yang ditahan kerana disyaki berjuang untuk kumpulan militan Negara Islam (IS), hanya seorang mempunyai latar belakang sekolah aliran agama.

"Tidak adil jika ada yang membuat dakwaan sedemikian namun kita akan terus pantau sekolah aliran agama serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata sebanyak 302,901 individu ditahan pasport antarabangsa oleh Jabatan Imigresen kerana diisytiharkan muflis dan majoriti daripadanya melibatkan golongan muda.

"Mengikut laporan dan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 45,000 individu berumur di bawah 35 tahun sudah diisytihar muflis sejak tiga tahun lepas," katanya. -BERNAMA

APA KATA AZALINA KEPADA N. IZZAH

video
::Apa Kata LADY::

LADY tahu, LADY terlambat buat perkongsian video ini. sepatutnya selepas menerima video ini LADY terus kongsikan.

tetapi walau lambat, LADY tetap kongsikan. kenapa??? sebab ia sangat menarik untuk ditengok dan di dengar. agar apa yang diperkatakan oleh Datuk Azalina beberapa hari lepas di Dewan Parlimen kekal hangat dalam ingatan penonton dan pendengar. bukan sekadar hangat sebaik sahaja bekas pemimpin Puteri ini perkatakannya pada saat dan jam serta hari ia memberi pengajaran terbaik untuk anak si anwar dalam dewan berkenaan!


SEKALI LAGI TMI SEMBRONO POST INFO FAKE A.K.A FITNAH!!!



LADY dah tak terkejut portal ini akan melakukan terbitan yang gelojoh dan sembrono. Ia bukan suatu aktiviti penulisan luar biasa jika ia berlaku!!!

Dalam seminggu dua ini, semakin terserlah mereka sedang membuat propaganda dan provokasi ke atas 1MDB dan Tun Dr M. Jelas mempamerkan niat sebenar portal ini untuk menimbulkan suasana yang tegang!!

Sila baca di sini:

TUDUHAN BLOG TUN MAHATHIR DISEKAT SATU FITNAH

13 Mac 2015 menandakan satu permulaan kepada pelaporan yang tidak beretika oleh beberapa portal berita yang mengaitkan isu mengenai 1MDB dengan penggantungan blog Chedet.cc.
Pada 4:49 pm, The Malaysian Insider yang pada mana menuduh penggantungan tersebut adalah kerana kiriman blog bekas perdana menteri tersebut yang mengandungi pelbagai statistik dan petikan dari facebook.

TMI tidak mengambil nasihat daripada pengarah kanan komunikasi strategi SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman untuk menghubungi pemilik blog tersebut. Ia mengambil mereka tiga jam untuk membetulkan pelaporan mereka dengan yang lain.
Tanggungjawab?

Dalam satu situasi yang berbeza, Free Malaysia Today dan Straits Times Singapura menemubual pembantu Tun Mahathir, Sufi Yusuf yang mengesahkan blog tersebut telah digantung kerana mengalami trafik yang tinggi, dan bukan di sekat oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. SKMM juga telah mengesahkan perkara ini.

Portal berita perlu mengamalkan etika seorang journalis dan perlu melakukan semakan sebelum mereka menyampaikan sesuatu berita. Apa yang perlu mereka lakukan adalah untuk memeriksa server Who Is dan melihat status domain ataupun laman web tersebut.

Tanggungjawab pelaporan adalah untuk mendapatkan punca kepada masalah tersebut dan bukan mengambil peluang untuk memutarbelit fakta bagi kepentingan tuan mereka. 

Diagram menunjukkan secara tepat bagaimana dan mengapa SKMM tidak bertanggungjawab menggantung laman web tersebut.

Untuk memperbetulkan rekod, Chedet.cc menggunakan khidmat hosting GoDaddy yang berpangkalan di US. Maka, ketua komunikasi korporat SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman adalah tepat apabila beliau melaporkan kepada The Malay Mail bahawa penggantungan itu bukan tindakan PM atau laman hosting kerana server tidak berada di dalam negara.

Adalah melampau untuk rakyat Malaysia percaya bahawa pemerintahan kerajaan adalah pada tahap paling buruk.

Adakah ini mentaliti yang akan memaju negara ke hadapan?

Adakah penggantungan tersebut benar-benar berlaku?

Seseorng sepatutnya menghubungi GoDaddy untuk mendapatkan fakta yang sebenar.

Adakah wujud suatu agenda di belakang penggantungan tersebut semata-mata untuk mempopularkan kiriman blog tersebut?

Memutarbelitkan berita ini melalui satu senario konspirasi sudah tentu lebih efektif daripada menulis lalu meninggalkannya di blog.

Lebih menarik, dalam masa beberapa minit, beberapa laman web termasuk FB pages Syed Outside The Box, Din Turtle dan sebagainya telah memuatnaik kiriman blog tersebut.
Adakah semua perkara ini dirancang untuk mengukuhkan persepsi ketirisan 1MDB dan PM?

Rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan  kebenaran kerana pelaporan yang sengaja diputarbelitkan sudah tentu tidak memberikan persepsi yang positif terhadap reputasi negara dan keyakinan perniagaan pada semua tahap.

Sumber : rakan blogger
........................................................................................
Yang jelas tuduhan TMI itu bertentangan dengan penjelasan oleh pembantu Tun Dr M Sufi Yusuf dan telah diterbitkan dalam portal Awani. Dan penafian pihak SKMM berkenaan tuduhan penggantungan blog berkenaan. Ceh!!! TMI sememangnya portal yang jahanam suka buat dajal!!!!
Sila baca di sini:


Blog chedet.cc kembali beroperasi

Astro Awani | Kemas kini: Mac 14, 2015 (Diterbitkan pada: Mac 13, 2015 23:50 MYT)
Blog chedet.cc kembali beroperasi


Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, blog ini yang tidak boleh diakses sejak kira-kira jam 4.30 petang Jumaat, kembali beroperasi sebelum pukul 11 malam tadi.

KUALA LUMPUR:  Blog milik Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc yang tidak boleh diakses sejak petang tadi kini kembali pulih beroperasi.

Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, blog ini tidak boleh diakses sejak kira-kira jam 4.30 petang Jumaat, sebelum ia kembali beroperasi pada jam kira-kira pukul 11 malam tadi.

Sebelum ini jurucakap bekas perdana menteri itu, Sufi Yusof berkata pihaknya sedang melakukan 'pembersihan yang diperlukan pada sistem komputer pelayan'.

"Kami mengesan aktiviti trafik yang luar biasa pada blog ini dan kini sedang melakukan apa yang patut untuk membetulkannya. Sejurus segalanya selesai, kami berharap blog ini akan kembali sedia dikunjungi seperti sedia kala," ujarnya.

Blog tersebut dikatakan tidak dapat diakses pengguna internet selepas Tun Mahathir memuat naik satu artikel tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Satu paparan skrin di blog itu memulangkan isyarat "This Account Has Been Suspended".

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM, sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan status blog tersebut.
Artikel yang bertajuk "1MDB" masih terpapar di blog itu.- Astro Awani

.........................................................................................


Berdasarkan situasi ini timbul apabila Tun Dr M membuat kenyataan berkenaan 1MDB dalam blog beliau. Kesibukan aliran trafik mengunjungi blog berkenaan sangat tinggi mengakibatkan gangguan ke atas blog berkenaan namun masalah berkenaan dapat diselesaikan.

LADY cuba mencari info berkenaan kenyataan berkenaan dan perolehinya di awani sekali lagi. Sila baca:

Isu 1MDB boleh sebabkan BN tewas PRU 2018 - Dr Mahathir

Astro Awani | Kemas kini: Mac 13, 2015 (Diterbitkan pada: Mac 13, 2015 15:47 MYT)

KUALA LUMPUR:  Siasatan forensik oleh polis perlu dilakukan terhadap tuduhan yang dbuat ke atas beberapa pihak yang didakwa terlibat dengan pengurusan wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menulis di blognya, Dr Mahathir bimbang jika perkara itu tidak dilakukan secepat mungkin, Barisan Nasional (BN) mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum 2018 akan datang.

"Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

"Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi.

"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya," tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, sehingga hari ini, kerajaan masih tidak menjawab beberapa persoalan dengan munasabah terhadap beberapa isu melibat 1MDB.

"Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah," tulis beliau lagi.

Malah, beliau juga mendakwa, sejak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB diambil alih oleh Arul Kanda Kandsamy, banyak kenyataan tidak munasabah dibuat.

"Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura," katanya.

Katanya, rakyat berhak merasa curiga terhadap cara dan penggunaan wang mereka yang banyak ini.

"Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu.

"Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!" tulis beliau.

Bekas Presiden UMNO itu juga mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street".

"Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?" soal beliau.- Astro Awani

Nampak sangat dalam masalah blog Tun Dr M seketika dijadikan bahan TMI dengan zalimnya membuat pertuduhan konon dan menimbulkan provokasi kononnya kerajaan BN melalui SKMM menggunakan kuasa menghalang suara kebenaran dari pemimpin berkenaan dibaca dan diketahui lebih ramai rakyat!!!!

LADY sangat yakin bahawa Tun Dr M bukan nak memalukan dan tidak akan sekali-kali membuat penulisan ataupun kenyataan yang tidak bijak. Walau ada kalanya pandangan pemimpin tersebut menegur tegas atas kelemahan yang beliau nampak.. ia tak bermakna beliau menentang!
Selalu sangat LADY perasan, para penulis maya dari pihak pembangkang meniup angin ribut menjadikan kenyataan Tun Dr M ke arah pemahaman Negatif! Mereka sengaja menimbulkan suasana bertelagah pada individu yang mungkin tidak berfikir panjang dan cuba memahami mesej sebenar disampaikan. (Biasalah kalau dalam diri ada sikap gelojoh!! Mesti bertindak terburu-buru sebelum berfikir!)

Heheheh.. LADY terfikir.. kalaulah kerajaan BN takut sangat kononnya tersebar suara kebebasan. Kenapa portal-portal suara sumbang seperti TMI masih bebas menerbitkan penulisan songsang mereka??? Part tu saja LADY nak pembaca berfikir ke atas tuduhan mereka konon kerajaa  mengamalkan tindakan sekatan dalam kebebasan bersuara di alam maya.

Ok. Jumpa lagi selepas ini. Terima kasih kerana sudi membaca sedikit perkongsian dari LADY

PERINGATAN BUAT PEMBANGKANG SPIN KENYATAAN TUN M BERKENAAN GST


LADY nak sound sikit pada para tukang canang dan spin putar 360° cerita kenyataan Tun Dr M berkenaan GST tu. Jangan nak menabur jala di atas air cetek dan berbatu, habis tali jala korang rabak, hasil tak dapat!

Bila masa Tun Dr M menolak GST???!!! Lain yang dikatakan, lain pula mereka mainkan di media sosial! Korang bukan takat buat cerita karut malahan dah buat fitnah ke atas Tun dr M!!!

Masalah apabila orang dibayang ketakutan berkenaan GST. Ingatlah saudara-saudari semua. Selama ni kita dah dibeban cukai termasuk cukai tersembunyi 16%. Tak bising dan tak sedarpun kita yang selama ini kita dah bayar cukai tinggi. Sekarang kerajaan dah bantu kita mengurangkan bayaran cukai berkenaan sebanyak 10%! Hanya 6% sahaja lagi baki yang kita bayar.! Takkan part kira menolak nipun masih gagal nak kira?

Korang nak kekal 16% atau yang baru 6% sahaja?????

Sekali lagi. LADY sound sikiy kat korang yang saja nak merosakkan nama Tun dr M ni! Jangan sampai di akhirat korang merangkak-rangkak mencari dia untuk meminta ampun atas dosa fitnah yang korang lemparkan!!!!

FITNAH CINCIN: MALAYSIAKINI MEMPERAKUI MEREKA MENFITNAH DS ROSMAH!!!


Asyik mencanang cerita fitnah ke atas Datin Seri Rosmah Mansor. Akhirnya terkantoi sendiri selepas 2 tahun menabur fitnah!!!

Kepada pencanang fitnah.. korang carilah kaedah meminta keampunan atas sebarangan fitnah korang dari DS Rosmah. Jangan lupa, tak ada yang mampu menghapuskan dosa korang dengan manusia kecuali manusia berkenaan mengampunkan korang!

HANYA 23% SAHAJA TIDAK BERPUAS HATI


Tahniah Malaysia! Penduduk Negara Ini paling berpuashati dengan sistem politik negara ini dikalangan Negara2 Asean. Hanya 23% yang tidak berpuashati. Sumber-Spring 2014 Global Attitudes Survey, Q90. PEW RESEARCH CENTRE