Followers

#SAKITOTAK: NURUL IZZAH BEBAL DENGAN ISTILAH HUKUMAN PENJARA!!!

Sah sakit otak anak kesayangan si peliwat yang sedang menjalani hukuman penjara ni. Dia ingat penjara ni macam rumah sendiri suka hati keluar masuk?????

Siapapun si anwar tu.. walau dia KETUM atau mantan timbalan Perdana Menteri sekalipun, sekarang dia adalah banduan dalam penjara. Jadi, tak ada keistimewaan untuk dirinya.! Sama seperti banduan yang lain.! Tak payah nak menuntut atau membuat permintaan yang melampau!!!!!

Kalau nak sangat duduk minum teh ker apa. Tunggu selesai tempoh hukuman penjara. !

APA BENDANYA GAPBEM NI??? BUAT DAJAL PULA DAH???!!!!


Hmmmmmm.... inilah namanya dalam roti yang elok, ada pula kulat yang merosakkan kualiti roti tersebut. Belum sempat hilang kehangatan keluar dari ketuhar lagi pula tu!!!! Itulah kejadian yang berlaku apabila tersebar 1 kempen  menyokong si peliwat no 1 negara yang mengaku diri mereka Gabungan Ahli Parlimen Belia Malaysia atau nama singkatannya GAPBEM.

Program dianjur oleh kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai GAPBEM  yang ditolak oleh Ahli Parlimen belia Malaysia 

Menurut maklum balas salah seorang ahli Parlimen Belia Malaysia, GAPBEM ini bukan suatu entiti mewakili mereka. Ianya hanya dicetuskan di kalangan ahli parlimen belia Malaysia yanh sedikitpun jumlahnya boleh dianggap sebagai suara mijoriti mereka!

Menurut sumber yang LADY perolehi inilah peekembangan status sebenar pendapat dan pendirian  28 orang ahli Parlimen Belia Malaysia yang menolak program yang akan dilaksanakan oleh GAPBEM. SILA BACA :

List Nama Sokong Penolakan Program GAPBEM dilaksana atas nama Gabungan APBM:

1.Shahril Hamdan
2. Idzham Hashim
3. Azman azeez
4. Firdaus samad
5.Faisal Mohidin
6. Yashir yahaya
7.abroar
8. Faiz Rafeek
9. Aizat Azam
10. taufiq a. fattah
11. Darshini Sitharam
12. Ahmad Wafi
13. Rahman Hussin
14. Mohd Hilmi
15. Asyraf Adlan
16. Azwan Omar
17. matassan rohani (tiso,lavi,sawisa)
18 Akmal Saufi JHR01
19. Zarra rawi
20. Khairul Annuar
21. Mieza (letak nama pjg, dikhuatiri org x knal )
22. Haziq Zakaria
23. Mohamad Anis Md Yusos aka Wak
24. Al-Muzafar Shah
25. Mohd Rizal
26.shamalaruben@ruben
27.Noralizawati Matsam (SABAH 09)
28. AG KU MOHD ZULFADHLI


Kami majoriti besar Ahli-Ahli Parlimen Belia Malaysia menolak sekeras-kerasnya penggunaan nama "Gabungan Ahli Parlimen Belia Malaysia" dalam penganjuran program Seminar Pemikiran Anwar Ibrahim seperti mana yang diuar-uarkan melalui platform media sosial bermula semalam, Selasa 24 Februari 2015. Kami menegaskan bahawa Gabungan ini tidak pernah wujud dalam erti kata di mana tiada sebarang perbincangan jauh sekali persetujuan sesama keseluruhan Parlimen Belia Malaysia untuk menganjurkan program mengagung-agungkan seorang ahli politik yang telah disabit kesalahan di mahkamah tertinggi negara. Kami memegang kuat objektif utama Parlimen Belia Malaysia untuk menjadi saluran cadangan dan idea di antara anak muda dengan kerajaan, sepertimana sembilan (9) buah usul untuk belia yang diluluskan dan dibentangkan kepada kabinet pada sidang pertama bulan yang lalu.

Maklumat awal mengesahkan bahawa hanya enam (6) orang APBM terbabit langsung dalam penganjuran program ini di mana jumlah APBM keseluruhan adalah sebanyak 133 orang. Kami kesal dengan penggunaan platform APBM untuk agenda ini dan menggesa pihak bertanggungjawab untuk tampil ke hadapan dan memperjelas isu sekaligus memperbetul kesilapan supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap sidang perwakilan Parlimen Belia Malaysia.

Parlimen Belia Malaysia sedang dalam proses merealisasikan sembilan (9) buah usul untuk menjaga kemaslahatan anak muda Malaysia. Kami menyeru rakan rakan yang terlibat dalam penganjuran program ini atas nama Gabungan APBM sedar akan peranan dan objektif sebenar Parlimen Belia Malaysia. Peranan Kementerian Belia dan Sukan dalam memartabatkan pembangunan belia melalui Program Parlimen Belia Malaysia harus terus disokong dan dipelihara.

PS: banyak perkara berkaitan belia mereka kena perjuangkan dan suarakan untuk diberi perhatian kerajaan. Peliknya perjuangan si peliwat itu juga boleh budak-budak 6 orang GAPBEM nak highlightkan!! Adakah mereka ini penyokong budaya hidup songsang?????

Hello adik-adik yang rasanya nak sangat dengan Anwar. Baik bertaubat dik oiiii... !!! Dah sah dia peliwat! Berlaku perlakuan dan dah diperakui sendiri oleh mendiang karpal singh dalam kenyataan utama #SUKASAMASUKA jelas kan ia sudah berlaku. Kenapa nak sokong dan kata itu fitnah ?????

LOKMAN ADAM : SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR!!

Coretan semalam. Walau lewat sehari, LADY tetap kongsikan.

Pagi ini 23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz.  Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.

Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut.  Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum?  Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.

Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut.  Untuk menutup penipuan beliau,  Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.

Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini.  Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.

Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya.  Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya.  Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?

Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut.  Jawapan saya mudah,

1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia.  Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat. 

2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat.  Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.

3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama.  Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya.  Tapi sampai sekarang,  Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan. 

4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda.  itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.

5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut.  Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia.  Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis.  Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia.  Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris.  Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini.  Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah.  Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan

Ps: masalah apabila orang tak percaya dirinya ditipu

MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA




اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه، وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا ينَقَّ الثوب اْلأَبْيَض مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِه، وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبر.

KUALA LUMPUR:  Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada  jam 
9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, 
Kelantan.

Beliau berumur 84 tahun.Pemergian beliau disahkan Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari lalu kerana mengidap kanser prostat.

Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang tadi memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya, pada Rabu dan doktor ketika itu sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.


"Doakan semoga ayahanda sihat kembali," tulisnya dalam kenyataan itu.

Nik Abdul Aziz, yang merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, telah dibawa pulang dari hospital pada kira-kira 8.40 malam tadi.


Solat jenazah  diadakan pada jam 10 pagi  di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

KESAN SABITAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP LANSKAP POLITIK NEGARA : PENGANALISIS POLITIK


KUALA LUMPUR:  Lanskap politik Malaysia jelas mengalami perubahan sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998.


Tatkala sebahagian pihak melihat perubahan itu membawa kebaikan kepada amalan demokrasi negara, sehingga melahirkan kumpulan aktivis politik tetapi natijahnya ia membawa lebih banyak kesan negatif.

Sebagai seorang personaliti politik yang pada satu ketika bersama-sama kerajaan, dan kemudiannya sebagai Ketua Pembangkang, Anwar merupakan ahli politik penuh kontroversi, sinonim dengan laungan 'reformasi' dan perhimpunan jalanan melibatkan para penyokongnya.

Ada penyokongnya yang cuba membandingkan ketokohan Anwar dengan tokoh pejuang kebebasan Myanmar Aung San Suu Kyi, yang sebelum ini dikenakan tahanan rumah, malahan juga seperti pejuang anti-apartheid Nelson Mandela, yang pernah dipenjara selama 27 tahun.

Satu perbandingan yang sangat jauh berbeza dan tidak sepadan kerana perjuangan Anwar adalah lebih bersifat peribadi.

Hari ini, lanskap politik negara sekali lagi terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan terakhir Anwar berhubung tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lepas. Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan.

Ini merupakan kes liwat kedua Anwar, selepas kes pertama apabila beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Benarkah ini perbicaraan kes liwat ini satu konspirasi atau cubaan untuk menjatuhkan Anwar?

PERSEPSI KONSPIRASI
Penganalisis politik yang dihubungi Bernama berpendapat keputusan penghakiman oleh lima anggota panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria adalah berdasarkan fakta kes dan keputusan penghakiman berdasarkan bukti yang ada.


Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata dakwaan terdapat konspirasi adalah tidak benar kerana elemen-elemen konspirasi tidak disandarkan dengan bukti-bukti jelas dan hanya berdasarkan andaian sahaja.

"Pihak pembela telah melantik bekas hakim mahkamah persekutuan (Datuk Seri Gopal Sri Ram) dan pihak pembelaan (yang dianggotai 14 peguam lain) diberi ruang yang cukup untuk membentangkan kes rayuan mereka.

"Oleh itu, dakwaan terdapat konspirasi adalah tidak rasional kerana keputusan mahkamah adalah berdasarkan bukti sedia," katanya.

Panel hakim yang dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas.

Rayuannya ditolak atas alasan mendapati Anwar "tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah". Mahkamah juga memutuskan pembelaan berhubung konspirasi politik kekal sebagai dakwaan semata-mata yang tidak disokong oleh sebarang keterangan berwibawa.

GAGAL KEMUKA BUKTI
Keputusan prosiding kes jenayah yang mengambil masa begitu lama - enam  tahun enam bulan - seharusnya diterima dengan terbuka semua pihak dan dihormati, sementelah kes yang bermula di Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2010 bukan sahaja melalui satu proses perundangan yang lengkap bahkan komprehensif.


Jelas sekali ia memperlihatkan proses perundangan negara berjalan dengan bebas mengikut lunas undang-undang negara.

Sepanjang tempoh prosiding kes itu ditangguhkan hampir 70 kali, dengan sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Rayuan pula ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar. Ini menunjukkan proses perbicaraan yang teliti dan telus.

Seorang peguam kanan Datuk N. Sivananthan berpendapat setiap pihak seharusnya menerima keputusan penghakiman kerana mahkamah membuat keputusan berdasarkan lunas undang-undang.

Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata Anwar gagal membawa pembuktian untuk menyangkal dakwaan pihak pendakwa, dan bukannya mengemukakan teori konspirasi politik.
   
"Perlu diingatkan kepada orang ramai terutama penyokong Anwar, kes ini bukan difailkan oleh Barisan Nasional mahupun Umno sebaliknya oleh seorang mangsa yang pernah bekerja dengan Ketua Pembangkang itu.


"Kes ini melibatkan bekas pekerja (Mohd Saiful Bukhari) dengan bekas majikannya (Anwar). Kita perlu lihat secara rasional, ini adalah kes dalaman mereka berdua dan tiada kuasa luar atau kuasa politik lain yang mendorong mangsa untuk memfailkan kes tersebut," katanya.

WUJUDKAN KESANGSIAN PERUNDANGAN
Abdul Halim berkata teori konspirasi adalah hujah Anwar sejak kes liwat pertama beliau.


"Anwar sering membangkitkan bahawa beliau dianiaya oleh sistem politik serta mahkamah telah dipolitikkan, sedangkan kita sedia maklum mahkamah adalah satu  badan bebas dan berkecuali.

"Hakikatnya, teori konspirasi politik sengaja diwujudkan Anwar dan penyokongnya untuk menimbulkan kesangsian dan keraguan orang ramai terhadap keadilan sistem mahkamah," katanya.

Abdul Halim berkata Anwar tidak boleh sama sekali mengaitkan kes beliau sebagai konspirasi politik kerana beliau sehingga hari ini (sebelum keputusan mahkamah) bebas menjalankan aktiviti politiknya termasuklah menyampaikan ceramah dan sering kali memfitnah kerajaan.

Bagi pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Unversiti Utara Malaysia Dr Mohamad Faisol Keling, tindakan mengaitkan keputusan mahkamah itu sebagai konspirasi kerajaan hanyalah bertujuan mengalih pandangan masyarakat terhadap keputusan mahkamah.

PILIHAN RAYA KECIL
Berikutan keputusan mahkamah hari ini, Anwar, 67, yang berasal dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang lucut kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh.


Ini adalah kali kedua Anwar lucut kelayakan sebagai anggota parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.

Pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.

Yang pasti selepas ini satu pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi itu.

Ketiadaan Anwar bakal memberi impak besar kepada parti pakatan iaitu PKR-DAP-PAS, yang perlu menyusun strategi baharu, sama ada akan membawa kelebihan atau perpecahan dalam parti itu.

"Ketiadaan Anwar akan beri kesan besar kepada parti pakatan. Ruang ini akan mewujudkan persaingan antara pemimpin dalam pakatan," kata Mohamad Faisol.

Menurut Ahmad Marthada pula, ketiadaan Anwar memberi kesan kepada lanskap politik negara terutamanya kepada kekuatan pakatan untuk mencari calon yang akan dipilih bagi menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. - BERNAMA

SOLAT HAJAT PUN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB ANWAR : NUR JAZLAN


KUALA LUMPUR:  Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mengadakan solat hajat setelah penghakiman dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'menolak takdir'.


Menurutnya, jika mereka membuat solat hajat sekali pun ia tidak akan mengubah nasib Ketua Pembangkang itu.

"Kalau dia buat solat hajat pun (ia) tidak akan mengubah nasib Anwar Ibrahim.

"Kalau dah berlaku bermakna ia sudah ditakdirkan, jika mereka lakukannya untuk meminta dia (Anwar) dibebaskan bermakna mereka menolak takdir," kata Nur Jazlan ketika dihubungi Astro AWANI.

Mengulas tentang tindakan parti itu yang mahu memfailkan usul kes liwat 2 tersebut di Parlimen, beliau berkata tindakan itu menunjukkan mereka tidak menghormati sistem kehakiman negara.

"Saya fikir mereka tidak hormat pada sistem kehakiman kita yang membuat keputusan dengan cara berkecuali," katanya.

Nur Jazlan turut mempersoalkan mengapa anggota-anggota PKR begitu taksub dengan Anwar, sedangkan satu-satu perjuangan bukan hanya terletak pada diri seorang individu sahaja.

Justeru, beliau menyifatkan ketaksuban PKR itu sebagai satu ketandusan politik kerana pada mereka tiada lain melainkan Anwar.

Katanya, sokongan terhadap Anwar juga dilihat semakin berkurangan berbanding sewaktu penahanannya pada tahun 1998 dahulu.

"Anwar sekarang sudah tidak ada hubungan emosi dengan rakyat, orang-orang muda sudah tidak kenal Anwar. Mereka sengaja hendak menaikkan emosi rakyat... rakyat sudah tidak minat," katanya.
Selain itu, Nur Jazlan turut membuat jangkaan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi masa hadapan yang sukar kerana ternyata ianya hanya lah hubungan berdasarkan kepentingan tertentu.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam.

Susulan itu, PKR telah menggariskan tiga langkah segera yang akan diambil susulan kegagalan Anwar mengenepikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan keatas kes Liwat II yang dihadapinya.

Dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah pertama yang akan diambil untuk adalah untuk menfailkan usul di parlimen bagi mengkritik perilaku hakim-hakim Mahklamah Persekutuan yang mengendalikan kes terbabit.

Selain itu, PKR juga mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bermula Rabu malam bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar dan juga menganjurkan Solat Hajat pada Khamis malam di setiap cabang Keadilan. - ASTRO AWANI

TWET MENGHASUT: KARRUNIS ZUNAR DITAHAN POLIS


KUALA LUMPUR:  Kartunis, Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, telah ditahan polis kira-kira jam 9.00 malam ini di kediamannya, dipercayai di bawah Akta Hasutan 1948.


"Lima pegawai polis datang... mereka ke sini untuk menahan Zunar dan membawanya ke IPD Dang Wangi.

"Yang tiga pegawai kanan itu sangat sopan, dan meminta 'Abang' membawa ubat-ubatan serta bajunya sekali. Abang ditahan kerana Twitternya," kata isteri Zunar, Faszt Alin Adan di laman Facebooknya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya, telah mengarahkan pihak polis menyiasat Zunar kerana memuatnaik tweet yang dikatakan berbaur hasutan.

Selain Zunar, Khalid turut mengarahkan siasatan dilakukan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan kerana memburukkan sistem kehakiman negara.

Beliau telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat sebuah tweet oleh Rafizi, petang tadi.

Beberapa jam sebelum itu, beliau turut mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming disiasat di bawah akta yang sama kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Twitter.

Kesemua tweet yang disiasat itu dipercayai reaksi individu-individu tersebut berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, 67, telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu. - ASTRO AWANI

LIWAT II: ANWAR DILUCUTKAN JAWATAN AHLI PARLIMEN UNTUK KALI KEDUA


KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang anggota Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.


Ini adalah kali kedua, Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.

Anwar, 67, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum keenam pada April 1982 atas tiket Barisan Nasional dengan mengalahkan calon PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.

Beliau telah mempertahankan kerusi itu sehingga dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999, dan kerusi tersebut dimenangi oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.

Dr Wan Azizah telah terus mempertahankan kerusi itu sehingga meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi itu dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.

Anwar yang dibebaskan daripada penjara pada 2 Sept 2004, tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh pembebasan.

Anwar memenangi semula kerusi itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dengan memenangi majoriti 15,671 undi. - BERNAMA

DEAR RAKAN SEPERJUANGAN BN


Rakan Seperjuangan BN ,

Ramai dalam kalangan anda mungkin sangat gembira kerana Anwar memasuki penjara. Namun , jangan sesekali kita bergembira hanya disebabkan perbezaan ideologi dan landasan politik kita. Ini bukan satu isu politik. 

Sekirannya kita mahu bergembira maka biarlah kegembiraan itu berpaksi kepada fakta , kebenaran dan perundangan. Isu ini adalah satu isu yang melibatkan perundangan tanpa mana - mana elemen politik. Biarlah kegembiraan ini berlandaskan kepada keadilan. 

Anwar dipenjarakan pada hari ini bukan disebabkan beliau adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang. 

Anwar dipenjarakan pada hari atas kesalahan meliwat berdasarkan kepada fakta - fakta perundangan. 
Fakta - fakta Perundangan yang penting

1. Anwar Ibrahim mengatakan beliau ada 14 saksi sebagai saksi alibi tetapi akhirnnya tiada seorang pun yang tampil ke hadapan menjadi saksinya di Mahkamah. 

2. DNA Anwar sememangnya berada di tempat sulit si Pengadu. Jika benar sekalipun konspirasi politik maka ahli politik mana di dunia ini mampu mengambil dan mencuri sperma DNA Anwar untuk dimasukkan ke dalam tempat sulit si Pengadu ? 

3. Video rakaman CCTV sememangnya menunjukkan Anwar sememangnya di tempat dan bangunan kejadian. 

4. Anwar tidak pernah sesekali menafikan Sperma DNA tersebut adalah milik beliau. Beliau juga tidak berani untuk mengambil ujian DNA sampelnya untuk menafikan dakwaan pihak pendakwa. Yang dipertikaikan hanyalah pencemaran DNA sperma Anwar. 

5. Hujah konspirasi politik bukanlah merupakan satu penghujahan yang kukuh di Mahkamah. Di Mahkamah segala - galanya adalah berlandaskan kepada prinsip , hujah , bukti dan fakta PERUNDANGAN. Sekirannya kita mahu melihat dari aspek politik maka kita perlu diingatkan bahawa peguam yang sendiri mewakili Anwar iaitu mendiang Karpal Singh merupakan orang pertama dalam negara yang membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen. 

6. Kes ini seharusnya dilihat dari sudut perundangan dan bukannya melalui naluri dan emosi politik kita. Tidak kira mereka yang dalam BN membenci Anwar atau mereka yang berada dalam PR yang menyokong Anwar. Ini bukan satu perbalahan antara BN vs PR. Isu ini adalah isu perundangan yang melibatkan Pengadu ( Mangsa ) dan Pemangsa. 

7. Kita perlu percaya kepada prinsip perundangan dimana seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikkan bersalah berdasarkan kepada fakta dan prinsip perundangan. Dalam fakta dan prinsip perundangan DNA SPERMA tertuduh sememangnya berada di dalam alat sulit pengadu. Tertuduh sememangnya berada di tempat kejadian pada ketika peristiwa ini berlaku. Kredibiliti tertuduh terjejas apabila membentangkan kes yang mengatakan terdapat 14 saksi alibi tetapi tiada seorang pun yang mampu dihadapkan ke Mahkamah untuk menjadi saksi. Faktor - faktor perundangan sedemikian adalah amat penting untuk membuat sebarang kesimpulan penghakiman.

Sumber : whatsapp rakan

MERIAM AIR HAMPIR DIGUNAKAN SELEPAS PENYOKONG ANWAR ENGHAN BERSURAI


Meriam air hampir diguna selepas penyokong Anwar enggan bersurai


Kumpulan penyokong mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan.- Astro AWANI / Hamzah Hamid
PUTRAJAYA:  Sekumpulan 500 orang dipercayai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersurai dan menghalang laluan keluar kompleks Istana Kehakiman di sini hampir ditembak dengan meriam air oleh anggota polis Unit Simpanan Persekutuan, FRU.

Sejak berita keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat, kumpulan penyokong berkenaan telah beralih ke bahagian belakang kompleks mahkamah untuk berhimpun.

Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan dan percubaan mengacah dan menolak pagar penghalang selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) cuba memasuki kawasan mahkamah.
Anwar Ibrahim

Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan dan percubaan mengacah dan menolak pagar penghalang. Astro AWANI / Hamzah Hamid


Setelah provokasi berlangsung sehingga jam 3 petang tadi dan beberapa loceng amaran dibunyikan, pasukan anggota FRU berbaris keluar untuk menyuraikan halangan manusia.

Beberapa objek seperti botol air, kon plastik dan batu turut dilihat dilontarkan kepada pihak berkuasa namun individu yang bertindak sedemikian telah diberi amaran oleh penyokong-penyokong PR yang lain.


Anwar Ibrahim
Setelah kenderaan yang dipercayai membawa pesalah keluar meninggalkan Istana Kehakiman, barulah para penyokong Anwar mula meninggalkan lokasi. -  Foto Astro AWANI / Hamzah Hamid.

Setelah kenderaan yang dipercayai membawa pesalah keluar meninggalkan Istana Kehakiman, barulah para penyokong Anwar mula meninggalkan lokasi.

Seorang pemimpin perhimpunan PR kemudiannya dilihat telah mengeluarkan arahan kepada para penyokong untuk berkumpul pula di Ibu Pejabat Parti Keadilan di Tropicana, Petaling Jaya. - ASTRO AWANI


ps: dengar-dengar.. dalam mahkamahpun kecoh oleh si anwar membantah dengan keputusan

sumber 3 gambar dari rakan cyber

LIWAT II: SAIFUL BUKHARI LAHIR RASA SYUKUR DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH


KUALA LUMPUR:  Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat tujuh tahun lalu, plaintif Mohd Saiful Bukhari Azlan menzahirkan rasa gembiranya terhadap keputusan itu di blognya.


Pada posting terbaharu beliau berjudul "Ya Allah, kepadaMu ku bersujud", Mohd Saiful Bukhari bersyukur kerana penantiannya sekian lama berakhir dengan keputusan yang memihak kepadanya.
Berikut ialah posting beliau di blognya hari ini:

"Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang "credible".

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.

Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti.

Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN"

AKHIRNYA!! KES LIWAT: MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTUSKAN ANWAR BERSALAH


Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

PUTRAJAYA:  Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu.

Dengan keputusan ini, Anwar gagal mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya.

Peguam Anwar, Gopal Sri Ram telah meminta masa sehingga jam 1 untuk proses mitigasi.

Keputusan itu disampaikan selepas perbicaraan selama lapan hari, menjangkaui jadual asal perbicaraan selama dua hari.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti secara 100 peratus tentang sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin telah diganggu atau tercemar sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Walau bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah juga mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya bahawa wujud konspirasi politik dalam pertuduhan terhadapnya.

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
   
Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.


Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 7 Nov tahun lepas, Arifin menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.   

Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Namun selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 Sept, 2004, selepas Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan dan mengetepikan hukuman penjara ke atas beliau atas tuduhan liwat, dengan keputusan majoriti 2-1.
     
Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti, berkata hakim mendapati Anwar dan tertuduh bersama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja "terlibat dalam kegiatan homoseksual" dan hakim-hakim lebih cenderung untuk mempercayai bahawa liwat yang didakwa itu memang berlaku. - ASTRO AWANI

MULAU SUDAH DORIS!!!: GAM GAJAH PASANG DI MULUT DAN MATA PENGIKUT SSKM????


Montaku????? Aina!!! Beranti nuh!!! Supplier montoku atau Montaku (sejenis arak buatan sendiri. lebih kurang seperti samsu) sama pengikutnya??? Biar betul makcik Lampir facebook a.k.a doris ni!!!

Kalau montoku tu, tidak mengapalah kan. Habis mabuk waras balik. Tak kisah tersadai, tergolek masa mulau akibat montoku tu bersifat sementara semata.

Cuba fahami status si makcik lampir ni. 'Betul-betul berani tanpa fikir panjang'??????? Kenapa dia ??? Kalau difahami kenyataan dia ni, boleh difahamkan bahawa Doris mengatakan pengikut tegarnya adalah jenis manusia yang pendek akal. Bodoh hanya ikut sahaja perintahnya. Macam robot yang telah disetup penyusunan pergerakannya!! Jahat apa makcik lampir ni!!! Dia tak menghargai pengikutnga sebagai seorang pejuang! Tetapi sekadar pengikut yang hanya ikut arahan serta perintahnya!!! Duina! Kasihan pula kebodohan pengikut si doris ni!

Tetapi... memerintah pengikutnya pakai gam gajah pada mata dan mulut tu akan datang tu..... apa kes??????!!! Bukan setakat polis dan orang kampung je terkejut.. pengikut yang bantingal a.k.a bodoh sendiri akan terkejut apabila mata dan mulut mereka cacat akibat kebebalan mereka.mengikut perintah madam mereka!!!

Hello pengikut Doris, kalau itu punya arahan kamurang ikut juga.. sah kamurang BODOH BANTINGAL!!! Dia siok-siok di London sana.. kamu pula mencederkan diri kamu. Siapa yang rugi ni????

Bila diamati status si Doris ni.. nampak sangat perempuan ni sudah MULAU BAH!! Kalau tidak mulau (gila) perkara sedemikian tidak akan tercetus dalam otaknya tau!!!!!

Ish ish ish!!!!! Kasihan kamurang!!!!

LADY nak berpesan dan nasihat. Elok-eloklah korang belajar sejarah. Pastikan sejarah yang tepat bukan cerita dari si doris mahupun si jeffry!! Bukan juga cerita DAP yang konon menyokong pemisahan Sabah dan sarawak ni!! Bukan juga belaian si Anwar yang kononnya mengaku pejuang! Tak ada pejuangan rakyat pun dalam akal peliwat tu! Dia nak menyelamatkan diri sendiri saja!! Nanti korang yang ditinggalkan lugai-lugai terampai-ampai!!!!

ps: isu Sabah, LADY akan banyak menggunakan dialek Melayu Sabah. harap maklumnya. tetapi ianya bukan terikat pada dialek 1 etnik. ikut kemahiran LADY semata.

DORIS KENAPA DIA TU?????



Hahahahha.. ni tahap meroyan agaknya makcik lampir facebook ni.

Minta untuk dibunuh???? Stress tahap apa tu?????? Biasanya orang yang minta dibunuh ni.. ada niat untuk mematikan diri. Dengan erti kata lain... berniat untuk bunuh diri...

Bukankah niat seperti itu adalah satu jenayah dengan niat???? Rancangan menamatkan hayat dengan paksaan????

Kenapa nak cabar dibunuh??? Adakah Doris a.k.a makcik lampir faceebook sengaja nak mendedahkan ancaman keselamatan pengikut tegarnya untuk dibunuh??? Why??????? Kenapa dia nak pengikut tegar SSKM dibunuh???

Rasanya, pihak kami yang melihat tindakan SSKM didalangi si makcik lampir facebook punya mengarut nak memisahkan Sabah dan sarawak dari Malaysia. Hanya sekadar pengarut.. tak adalah sampai tahap kami melihat dia sebagai ancaman kehidupan.. cuma salakannya dalam facebook sebagai pengecut yang hanya berani dalam dunia maya semata... bukan secara realiti!!!

I see, how serious is not delivering on Doris a.k.a makcik lampir facebook in her words .. it was seen as a joke that is not funny and painful for her followers.!!!!

Apapun, LADY tak boleh paksa pengikut tegar makcik meroyan ini telan bulat-bulat apa yang LADY tulis tanpa berfikir panjang. LADY nak sangat kamurang gunakan akal fikiran korang bah! Jangan jadi orang bodoh lagi bebal sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh si pengecut yang hanya tahu bersembunyi di UK tu. !!!!

TERESSA KOK BUAT DAJAL LAGI: VIDEO KE-2 CNY!!!!!

::Apa Kata LADY::


Hmmmm... cerita video biadap teressa tahun lepas belum selesai ceritanya. Nampaknya.. tahun ini sekali lagi dia sengaja mencabar dengan pembikinan video year goat yang seolah-olah iklan dan kempen 'makan besar' yang akan diadakan pada 13hb feb 2015 kelak.


LADY memang tangok video berkenaan. Dan tak berkenan dengan perbualan pelakon'pelakon yang ada. 3 pelakon lama dikekalkan termasuk si kok sendiri. Kali ini pelakon baru diketengahkan. Nurul izzah, khalid samad, a. Samad said. Dan maaflah LADY lupa pula nama pelakon India perempuan.


Agaknya, teressa ni dah dahaga sangat perhatian. Rasa glamour deabak selepas videonya popular sebagai hadiah ang pow kepada rakyat Malaysia. Kali ini dia hadiahkan pula rancangan 'makan besar' hasil tuaian video tahun lepas!!!!




 Kenapa LADY gembira sangat si kok ni dihalau dari menjejak kaki ke Sabah, banyak sebab. Antaranya selepas.menerima kiriman video dalam.inbox LADY. Dan LADY sengaja tak terus mengulas berkenaan video ini. (Maaf. LADY sengaja tak sertakan link video ini. Nak tau sangat sila cari. Tambahan pula cerita DS Ismail Sabri lebih utama)


Video yang panjangnya 5 minit 8 saat (5:08) ini sememangnya bukan setakat menyindir, memprovok dan mengajak rakyat Malaysia a.k.a pengikut mereka 'makan besar'

Apa cerita...?? Kenapa 12hb feb 2015???? Adakah sinambungan selepas keputusan  perbicaraan si anugerah illahi wan azizah pada 10hb feb 2015????


Awal-awal lagi dalam 2 minit pertama si kok dan khalid bercerita pasal buang sial sebenarnya berkaitan tentang banjir besar yang berlaku hujung tahun hingga januari. Amboi-amboi.. khalid tak tersentap ker?? Kelantan yang mengalami banjir besar tu negeri di bawah pentadbiran mana agaknya ya??? Seronok bukan main mereka menunjukkan keghairahan mereka berlakon.
Nampak gaya, mereka ni lebih sesuai menjadi pelawak dan pelakon beebanding menjadi ahli politik yang sentiasa 'berlakon' untuk timbulkan isu sensasi dan meraih simpati orang ramai!!!


Ok.. malas nak ulas lebih panjang. Kang macam jd promoter video biadap kok dan watak lain pula! LADY harap, adalah laporan dan tindakan ke atas rancangan meraka!! Check betul-betul ada atau tidak permohonan mengadakan majlis besar pada 12hb feb 2015 di mana-mana!!!

Ps: tahun baru cina adalah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Sama seperti perayaan yang lain. Tetapi si kok pula cuba memecah belahkan keharmonian yang ada!!!!


DORIS MENGHINA PDRM PULA




Belum selesai menghinaannya kepada rakyat Sabah. Kini makcik lampir facebook menyalak lagi!!!!! Kali iNi, sasaran penghinaannya adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Bukan LADY yang cakap..cuba tengok gambar yang LADY sertakan di atas.


TAK PERLU nak check status penyokong tegar SSKM. Ambil tindakan terus pada MASTERMIND yang bertapuk (bersembunyi) di London sana. Tahu hari-hari menyalak tapi ekor tapuk-tapuk!!!!

ps: ada mekanisme yang boleh heret perempuan ini kah ke mahkamah ?.. semakin hari semakin teruk hasutan dibuatnya. bukan setakat menghasut malahan menghia institusi kerajaan Malaysia!

DORIS MEMPERLEKEH ORANG SABAH


Makcik lampir facebook yang tidak berada di bumi Malaysia hatta di sabah sekalipun, bukan main lagi mengutuk orang Sabah! Dia yang berada Di London dengan bangga menghina orang sabah!! Dengan tuduhan dipermainkan orang malaya a.k.a semenanjung.



Agaknya DAP tu bosnya serta kuncu-kuncunya orang dari mana????? Sampai punya main bangga kasih tayang perjumpaan di Facebook????????

Ps: semakin jelas betapa bebalnya pengikut makcik lampir facebook ni diperbodohkan!

SERANGAN PENGKRITIK TANDA 1MDB ADA MASALAH: TUN M



1.   Saya berasa hairan dengan laporan di akhbar The Star bahawa beberapa penulis blog menyerang pengkritik 1MDB. Saya tidak berasa hairan terhadap para penulis blog ini. Saya telah mengetahui aktiviti mereka sejak kebelakangan ini.


2.   Pada suatu ketika, para penulis blog ini adalah pengkritik Kerajaan. Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, mereka telah berubah. Saya perasan perubahan ini.

3.   Tetapi, saya menerima hak mereka untuk mengkritik saya. Dengan ini, saya tidak hairan dengan arah perubahan mereka.

4.   Apa yang menghairankan saya ialah laporan mengenai hal ini oleh akhbar The Star. Kebiasaannya, media arus perdana dan akhbar The Star adalah salah satu daripadanya, tidak akan melaporkan sebarang berita yang memberi gambaran tidak elok mengenai 'pihak berkuasa'. Tetapi sekarang, akhbar ini telah melakukan perkara yang tidak dapat difikirkan, walaupun akhbar ini melakukannya secara tidak langsung.

5.   Saya adalah penyokong UNMO. Saya masih lagi ahli UMNO. Tetapi saya percaya kepada mengkritik sebarang salah laku yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk UMNO. Bagaimanapun, saya telah nyatakan secara terbuka bahawa saya tidak menyokong Datuk Seri Najib.

6.   Dan, di antara salah satu sebab kenapa saya tidak menyokongnya ialah penubuhan IMDB. Duit yang dipinjam tidak boleh dianggap sebagai kekayaan. Dan, terdapat banyak perkara yang dilakukan dengan duit 1MDB adalah salah. Kerajaan tidak patut terus menerus menjual dan membeli saham untuk menjana pendapatan.

7.   Saya tidak bersetuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritik mengenainya dan apa sahaja perkara yang saya fikir akan menjejaskan tadbir urus baik negara ini.

8.   Kecaman oleh para penulis blog bersifat politik. Niat mereka adalah melemahkan kredibiliti saya. Tetapi, saya akan terus bertanya di manakah duit yang telah dibawa balik dari (Kepulauan) Cayman? Kenapakah perlu meminjam untuk membayar hutang sedangkan anda mempunyai RM8 billion? Selagi soalan ini dan soalan-soalan lain belum dijawab, akan muncul soalan-soalan lain.

9.   Saya mencurigai disebabkan soalan-soalan ini tidak dapat dijawab maka penyoal dikecam. Dengan membuat demikian, akan menambah lagi kecurigaan bahawa ada yang tidak kena dengan 1MDB.

10.  Ini adalah pendapat saya. Saya tidak bercakap untuk orang lain.
*Artikel ini merupakan terjemahan bebas daripada tulisan asal di blog chedet.ccc

KEBENARAN ATAU PEMBOHONGAN ? MENUNTUT HAK ATAU MENUNTUT BERPISAH ?

::Apa Kata LADY::

LADY tertarik dengan entri yang dikongsikan pada wall LADY. agaknya selepas ini, apa ulasan pengikut tegar si Mak lampir facebook a.k.a doris tentang ini???

sila baca


KEBENARAN ATAU PEMBOHONGAN ? MENUNTUT HAK ATAU MENUNTUT BERPISAH ?
Di Sabah (dan Sarawak) puak pemisah yang diketuai oleh Doris Yapp Kim Youn @Doris Jones (yang tinggal di UK) dan pengikut-pengikutnya dalam SSKM* berkempen kepada orang ramai meminta mereka tandatangan borang-borang yang mereka sediakan supaya menyokong mereka membawa keluar Sabah (dan Sarawak) daripada Persekutuan Malaysia. Mereka mendakwa Lina Soo seorang peguam Sarawak adalah sekutu mereka di Sarawak tetapi Lina menafikan dia ada kaitan dgn mana-mana kumpulan pemisah.
Antara intipati utama kempen SSKM ini adalah:



Pertama - Kononnya Sabah (dan Sarawak) adalah dua NEGARA yg merdeka sebelum bergabung dgn Malaya (dan Singapora) yang membentuk Persekutuan (Malaysia) yang merdeka dan berdaulat pada 16.09.1963. Mereka mendakwa Parlimen/Kerajaan Persekutuan menurunkan (demoted) Sabah (dan Sarawak) daripada status NEGARA kepada negeri. Akan tetapi 183 PERKARA2 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1963, dan di dalam 39 Akta/Ordinan (pindaan) yang diluluskan dari tahun 1963 hingga 2003, tiada satu pun yang menyebut/menyatakan "perkara penurunan status" dua negeri itu. Lagipun bagaimana Sabah merdeka sebelum 16.09.1963 sedangkan pd 15.09.1963 Sir William Goode masih lagi Governor British di North Borneo (Sabah) dan bendera British (Union Jack) masih berkibar di seluruh North Borneo, sehinggalah tengah malam 15.09.1963 baharulah Union Jack diturunkan dalam suatu upacara rasmi dengan disaksikan oleh Goode sendiri menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di North Borneo.  Jadi dakwaan ini tidak logik.


Kedua - Kononnya Malaya? mengabaikan, menganaktirikan Sabah (dan Sarawak) dan merampas hak-hak dan harta mereka. Mereka menuntut berpisah daripada Malaysia untuk menuntut hak-hak dan harta yang kononnya dirampas itu. Akan tetapi di luar negara Doris tidak menyentuh "niat keluar Malaysia" ini. Ironinya, mengapa Doris memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu di luar negara bahawa tindakan mereka meminta tandatangan org ramai itu hanya "untuk menuntut hak-hak dan harta mereka" yg kononnya dirampas tetapi tidak memberi maklumat kepada pihak-pihak luar itu tentang "niat dan tindakan mereka minta tandatangan orang ramai adalah untuk mendapat sokongan membawa Sabah (dan Sarawak) keluar daripada Persekutuan Malaysia". Ini bermakna pihak-pihak luar itu juga dibohongi. Rujuk kenyataan dengan gambar Rupert Colville, jurucakap PBB Pejabat Hakasasi Manusia, dan Graham Williamon drp Kumpulan Nations Without States. Ini ternyata berbohong.


Kalau hanya bersuara menuntut hak2 dan kepentingan dan tidak bercanggah dgn undang-undang negara tidak salah, yang salah itu adalah bertindak dengan niat mengeluarkan Sabah (dan Sarawak) daripada Malaysia yang bermaksud niat dan tindakan memecah-belah dan menghancurkan negara. Kerajaan dan rakyat (hanya orang-orang SSKM) mana yang rela negaranya dihancurkan ?

Persoalannya - Perjuangan Doris Yapp Kim Youn @Doris Jones ini menegakkan KEBENARAN atau menegakkan PEMBOHONGAN ? Kalau sudah di luar Malaysia hendak menuntut hak dari siapa ?

Mohon rakyat Sabah (dan Sarawak) nilailah dengan minda dan mentaliti yg ikhlas dan jujur demi generasi sekarang dan akan datang.

*Nota: SSKM - singkatan Sabah Sarawak Keluar Malaysia.

KETUA PEMUDA MCA, TOLONG TARIK BALIK DAKWAAN TERHADAP ISMAIL SABRI: JAMAWI


KUALA LUMPUR:  Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar meminta Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menarik balik kenyataan beliau yang menuduh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai rasis.

Tegasnya,‎ sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk saling menunding jari menyalahkan antara satu sama lain.

"Pada pendapat saya, Sin Woon dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) harus melihat kepentingan rakyat secara keseluruhannya sebagai keutamaan dan mengenepikan kepentingan peribadi yang lebih ingin dilihat sebagai juara kepada parti dan kaum sendiri dalam membuat sesuatu kenyataan.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismail itu bukanlah sesuatu yang bersifat rasis kerana jika harga barang benar-benar diturunkan maka yang mendapat manfaatnya ialah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan bangsa," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Rabu.

Ismail baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana meminta peniaga Cina yang degil menurunkan harga barang susulan penurunan harga minyak Ahad lepas.

Dalam pada itu, Ismail berkata sepatutnya semua pihak dalam BN sama-sama berkongsi idea cara untuk merealisasikan penurunan harga barangan dan bukannya bercakaran hingga menampakkan kelemahan dalaman.

Jamawi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Tenom turut mencadangkan Sin Woon agar turun padang sendiri menemui pembekal dan pemborong agar beliau boleh mengenal pasti sendiri apakah yang menyebabkan harga barang tidak diturunkan.

"Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing jika ingin melihat rasionalisasi harga barangan, makanan dan perkhidmatan menjadi kenyataan.

"Ini kerana selain kedegilan pembekal dan pemborong yang mendominasi, harga makanan dan minuman di restoran dan kedai makanan juga perlu dipantau kerana masih mahal dan ia memberi kesan yang langsung kepada rakyat sebagai pengguna," jelasnya.

Sementara itu tegasnya, semua badan badan NGO pengguna juga harus terus memberikan kesedaran kepada pengguna agar kuasa memilih dan membeli dapat disatukan kepada mana-mana kedai yang menawarkan harga patut.

"Pihak KPDNKK juga harus bertindak tegas dan segera untuk mengambil tindakan mana-mana pihak yang melanggar dan tidak mematuhi peraturan harga barangan dengan menarik balik lesen borong dan pembekalan.

"Senarai harga patut barang barang keperluan harian juga harus dikeluarkan oleh kementerian berdasarkan kepada kos pengeluaran dan pengangkutan semasa," ujarnya.

Justeru, Jemawi turut mencadangkan Pemuda UMNO, Pemuda MCA, Pemuda MIC serta Pemuda Komponen BN di Sabah dan Sarawak dapat duduk semeja berkongsi idea, mencari kaedah yang bersesuaian bagi menggesa pemborong, pembekal dan peniaga untuk menurunkan harga dengan kadar segera untuk kepentingan semua.- ASTRO AWANI