Followers

PERJUANGAN SI DORIS HANYA PENIPUAN DI ALAM MAYA SEMATA



Nampaknya si makcik lampir FB ini membuktikan bahawa dia sangat tidak serius dalam kata-kata yanh dilontarkannya dalam Facebook!! Hanya sekadar kemaskini status dan konon jadi pejuang menuntut Sabah dan Sarawak menjadi negara berasingan dari Malaysia. Tetapi hanya di facebook sahaja. Tak ada menggambarkan apa yang ditulis pada facebooknya dalam alam realiti!!!

Patutlah banyak songeh saja si makcik ni tidak berani mau balik. Siap demand lagi kalau cabar dia balik bagi dia tiket percuma 1st class pula tu. Bukan seorang tapi tambah 2 orang lagi . Itu alasan saja bah, dia malas balik sebab dia mangkali ada malu mau berdepan dengan pengikut yang sudah dibodoh dan diperbodohkannya selama ini. Takut bukan setakat tumbukan menyebabkan kelebaman hampir menyerupai mata si Anwar dulu silap haribulan kena sambut dia dengan 'bekakok' oleh orang kampung yang kecewa dengan penipuannya.

Kenapa LADY bertanggapan sedemikian?? Tengok pada gambar di atas. Ia jawapan kenapa LADY kata, perjuangan si makcik lampir facebook ini hanya kata-kata di alam maya semata. Bukanpun realiti.!!!

Tiada kesungguhan pun si makcik lampir facebook ni mengotakan kata-katanya. Semuanya hanya sekadar provok dan hasutan..dan dia sememangnya sudah bersedia tidak berada di Sabah kerana enggan bersama pengikut-pengikut yang sudah diperbodohkan. Tiada istilah angkat kali langkah seribu untuk si makcik lampir facebook ini, dia sememangnya sudah lama melarikan diri. Sebab itu kata-katanya hanya berani di alam maya a.k.a facebook sahaja!

Bayangkan apabila Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi makluman bahawa NGO SSKM kerana tiada lesen di banned. Boleh pula si makcik lampir facebook ini memberi ulasan sejak bila facebook group memerlukan lesen??? Dengan erti pengertian yang LADY katakan , SSKM hanyalah sebuah kumpulan yang hanya tahu menyalak dan menggigit dalam facebook semata!!!!! Gambar-gambar yang dipulishkan hanya lakonan oleh pelakon semata. Kata-kata menjarum semangat pengikut hanyalah sekadar kata-kata sahaja. Bukan maksud yang sebenarpun!! Si makcik lampir facebook a.k.a Doris Jones adalah penipu besar!  Padan muka pada pengikut dia yang sebenarnya bernafsu besar kononnya dialah dewi penyelamat. Siap asyik menggunakan perkataan 'negara' menggantikan 'negeri' untuk Sabah. Ceh!!!



seperkara lagi, LADY lihat, si makcik Lampir facebook ini bukan serius dan bersungguhpun dalam mengotakan kata-katanya. semakin diikuti status facebooknya semakin menampakkan dia hanyalah badut yang tidak laris di televisyen menjual lawaknya di facebook semata-mata untuk mengejar glamour! cuba tengok gambar si atas ini. seluruh dunia mengikhtiraf sistem perundangan malaysia. mentang-mentanglah dia tinggal di UK, siapa Makcik Lampir facebook nak memperkatakan dan membandingkan perundangan malaysia dengan UK? sedangkan perundangan UK juga memperakui sistem perundangan Malaysia? 

awak pandulah kereta awak di UK makcik Lampir facebook. nampak sangat cara dan gaya pemanduan tidak selamat dia kalau dibandingkan cara berhujah di facebook. langgar redah yang bukitpun ditenyeh saja. habislah kereta yang dipandunya rosak sebelum masa! tak rela LADY membiarkan pemandu gila seperti makcik Lampir facebook ini memandu negeri sabah. boleh bayangkan kemusnahan yang diwujudkannya kelak!


LADY sebagai anak jati Sabah tidak sekali-kali membenarkan Sabah keluar dari Malaysia.  Walau hatta setakat angan-angan kata-kata di facebook semata.!!

ps: kalau yang sudah bodoh tambah menjadi bodohlah dengan hasutan si makcik lampir facebook ini!

AKTA HASUTAN TIDAK SEKAT KEBEBASAN BERSUARA : ANIFAH


KUALA LUMPUR:  Keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan bertujuan mengekang kebebasan bersuara tetapi mengelak tindakan-tindakan melampaui batas hingga memupuk sentimen kebencian dan fahaman pelampau.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan bahawa kerajaan mengambil keputusan mengekalkan Akta Hasutan demi kepentingan negara dan rakyat.

Menurutnya tindakan kerajaan itu akan membawa manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan, kemakmuran dan keharmonian antara kaum serta mmembendung fahaman pelampau agama dan kaum di negara ini.

"Malaysia memandang berat kenyataan Menteri Luar Kanada, John Baird, berhubung kebebasan bersuara di Malaysia berikutan keputusan kerajaan mengekal dan memperkukuhkan Akta Hasutan 1948," kata Anifah dalam kenyataan di sini hari ini.

Anifah berkata Malaysia ingin menegaskan bahawa keputusan untuk mengekalkan dan memperkukuhkan akta tersebut adalah demi kepentingan memelihara keamanan dan kestabilan bagi memastikan tiada pihak menghasut ketegangan agama dan kaum yang boleh menjejaskan kemakmuran dan keselamatan negara.

Dua hari lepas, Baird dilaporkan telah menyeru kerajaan Malaysia tidak menggunakan Akta Hasutan secara tidak demokratik untuk mengunci mulut pengritik terhadap kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata kebebasan bersuara adalah penting dalam mana-mana sistem demokrasi dan mereka berharap untuk melihat kemajuan berhubung isu tersebut. - BERNAMA 29/1/2015

Ps: LADY bukan nak mengutuk manusia yang nak sangat akta hasutan ini dihapuskan dan menentang habis-habisan akta yang sebenarnya sudah wujud sekian lama. Mereka sengaja menunjukkan kononnya selama ini mereka tidak bebas bersuara! Atau dibayangkan kononnya akta ini akan menyekat nafas mereka!!!

Adakah selama ini mereka tidak bebas bersuara??? Hahahahahha... banyaklah tak bebas bersuaranya! Melalak menyalak mengutuk menghasut , menfitnah semua sudah sinonim dalam rutin harian mereka yang sudah menjadi syaitan nak merosakkan keharmonian negara! Tetap bebas melemparkan pelbagai kejian, tohmahan dalam bahasa kwsat dan berunsur lucah. Masih bebas. Masih bebas berceramah walau tiada permitnya, mencanang konon kerajaan selama ini zalim! Tak ada tersekat bersuara sekalipun!

Kenapa beriya'iya membayangkan betapa dahsyatnya akta hasutan menghalang mereka bersuara????????!!!!

LADY mengharapkan ada berlaku pindaan pada Akta hasutan ini. Lebih tegas dan membentuk disiplin agar mereka yang selama ini terlalu bebas bersuara tak beretika dan bertanggungjawab membuat fitnah dan mengajak orang lain turut serta terus bertaubat tidak melakukannya! Itu impian LADY

WAJAH VINCENT LEONG: PELUKIS BIADAP


Wajah pelukis yang berimaginasi.. kononnlah. Tapi LADY letak Dia adalah pelukis provok yang cari pasal!!!!!

Please alert this face!!!!!

SIAPA BOLEH SAHKAN IANYA TIDAK BENAR??????


Bukan LADY nak tabur fitnah. Tapi LADY nak tanya, adakah kenyataan ini benar? Jika benar.. LADY tak hairan tetapi jika tak benar... BUKTIKAN yang ia adalah pembohongan!!!!!

SYED ALI: ISU NAJIB DAN TUN M GADUH HANYA REKAAN PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR:  Isu kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 'berperang' disifatkan hanya rekaan semata-mata.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, perkara itu sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu termasuk media sosial untuk memburukkan imej pentadbiran Najib.
"Najib tidak mungkin berbalah dengan Tun M. Kemungkinan ada perselisihan pendapat dan pertembungan pandangan itu tidak boleh dinafikan," katanya dalam catatan terbaharunya di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali turut percaya Tun Mahathir tidak mempunyai niat buruk terhadap Najib sehingga memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan.

"Saya tidak percaya dia (Tun M) berusaha untuk menjatuhkan Najib, ini semua provokasi pihak berkepentingan," tegasnya.

Kata Syed Ali, Najib juga tidak pernah bersangka buruk terhadap segala teguran dan pandangan yang disuarakan Tun Mahathir.

"Kedua pemimpin itu berjiwa besar, mereka sayangkan UMNO, tidak mungkin berlaku perbalahan yang boleh menjejaskan kekuatan parti," tegasnya.

Jelasnya, situasi kini dilihat ada kemungkinan atau komplot yang sengaja memperalatkan Dr. Mahathir untuk menggugat kedudukan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

"Kadangkala teguran keras Dr. Mahathir sengaja diperbesarkan menerusi media atau laman-laman sosial kononnya Dr. Mahathir berbalah dengan Najib," katanya.

Tambahnya, Najib merupakan presiden parti yang sedia mendengar pandangan dan kritikan daripada semua pihak termasuk daripada bekas pemimpin.

"Saya tidak nampak berlaku sebarang perbalahan sepertimana digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk pihak media.

"Perbezaan pendapat antara Tun Mahathir dengan Najib sengaja diperbesarkan oleh parti pembangkang," ujarnya.

Dalam pada itu kata Syed Ali lagi, isu percanggahan pendirian Dr. Mahathir dengan Najib juga tidak sepatutnya menjadi perbahasan di kalangan pemimpin UMNO.

"Tak perlu dibahaskan secara terbuka, itu semua agenda pihak berkepentingan, mengapa kita perlu ikut rentak mereka.

"UMNO parti terbesar, sudah tentu berlaku sedikit pergeseran pendapat di kalangan pemimpin, itu perkara lumrah tetapi bukan membawa maksud berbalah hingga menjejaskan parti," tegasnya.

Sebaliknya ujarnya, pemimpin UMNO perlu melihat secara positif dalam isu tersebut dan tidak menjadikan laporan media sebagai sumber perbahasan.

"Media termasuk portal berita pro-pembangkang sememangnya akan menjadikan isu Dr. Mahathir dan Najib sebagai laporan sensasi, ini semua tidak menguntungkan UMNO," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Syed Ali turut melihat kesediaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilaporkan bersedia menjadi 'orang tengah' untuk menyelesaikan krisis hanya menimbulkan persepsi kepada parti sendiri.

"Pada hemat saya, kalau tidak ada sebarang krisis, mengapa perlu ada orang tengah, ".

"Perkembangan itu akan menimbulkan persespi pelbagai di kalangan masyarakat umum terhadap UMNO.

"Bagaimanapun saya sentiasa menghormati kesediaan Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Syed Ali turut memberi cadangan kepada kepimpinan parti agar bertemu dengan Dr. Mahathir dan menjelaskan keadaan yang sebenarnya.

"Barangkali Dr. Mahathir mendapat laporan tidak betul, ini yang kita perlu perjelaskan.

"Seperti Najib, Dr.Mahathir juga seorang pemimpin yang sedia mendengar pandangan dan teguran orang lain," katanya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan, paling penting kini semua pihak harus melihat isu tersebut sebagai soal dalaman parti.

"Dr. Mahathir orang UMNO, kita semua orang UMNO, mengapa kita nak perbesarkannya.

"Ini semua mungkin komplot dan agenda pihak tertentu, termasuk pembangkang untuk menghancurkan perpaduan dalam UMNO," jelasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali mengulangi sokongannya terhadap kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menjelaskan sebarang perbalahan sewajarnya dibawa ke meja rundingan.

Tambahnya, apa juga perbezaan pendapat tidak perlu diperdebatkan secara terbuka terutama menerusi media sosial atau akhbar. - ASTRO AWANI (28/1/2015)

TUN M : KESTABILAN KERAJAAN PENTING UNTUK TARIK PELABUR


Kestabilan kerajaan merupakan faktor yang amat penting untuk menarik pelabur ke sesebuah negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tiada pelabur yang sudi datang ke sesebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang kuat dan stabil.

Menjawab soalan daripada hadirin selepas menyampaikan ucap utama pada Pameran dan Persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa Sarawak ketiga di sini hari ini, beliau berkata apabila berlaku pertukaran kerajaan secara mengejut, dasar juga akan berubah secara mengejut atau dasar lama akan diamalkan semula.

"Sekiranya anda sering menukar kerajaan, anda akan mengusir pelabur. Anda juga mengganggu kelicinan fungsi kerajaan," katanya.

Mengenai program pengindustrian Malaysia, Dr Mahathir berkata untuk terus maju, fokus perlu diberi terhadap teknologi tinggi dan aktiviti nilai tambah serta mengurangkan aktiviti berintensifkan buruh.

Dr Mahathir berkata sejajar dengan itu, adalah amat penting bagi kerajaan memberi keutamaan terhadap usaha melahirkan pekerja berpendidikan tinggi.

Mengenai industri minyak dan gas, beliau berkata industri hiliran jauh lebih penting daripada industri huluan.

"Harga minyak akan terus naik turun. Oleh itu, kita perlu memberi fokus terhadap penyelidikan mengenai produk petrokimia dan gas baharu serta aplikasinya.
"Sebagai contoh, sekarang kapal terbang besar diperbuat daripada bahan kopmposit, bukan lagi daripada aluminium.

"Apabila harga bahan komposit jatuh, permintaan terhadapnya akan meningkat bagi menghasilkan semua jenis kenderaan," katanya.- BERNAMA

SEMEMANGNYA PAS DI MATAKU SEPERTI INI.....


Betullah tu! Pengecut dan penakut!

APA JENIS IMAGINASI PELUKIS INI??!!!


Sebagai orang biasa, LADY tidak mengenali pelukis terkenal apa lagi pelukis amatur. Apa yang LADY tahu melihat sama ada lukisan terhasil indah dan kreatif pada mata minda LADY. Itu saja.

LADY tidak gemar dan suka pada lukisan mendedahkan anggota badan manusia yang seharusnya ditutup walaupun ada berpendapat tubuh manusia itu suatu kesenian. Hal-hal kesenian tu biarlah mereka yang mengatakannya. Pada LADY walau senipun badan manusia, biarlah yang wajar ditutup itu seninya hanya dilihat oleh yang berhak... bukan untuk dilihat oleh semua!!

Ok. Kita kembali pada tujuan LADY nak cerita. Pagi ini, LADY bukan tersekadar terkejut tetapi tersentap apabila melihat gambar yang dikongsikan oleh rakan LADY di facebook. Gambar a.k.a lukisan belakang orang kenamaan???? Walau tidak memperlihatkan wajah, pakaian yang ditunjukkan sudah menunjukkan siapakan model yang diimaginasikan oleh pelukis bernama Vincent Leong.!

Soalan LADY yang bukan orang seni ini, kenapa perlu berimaginasikan gambar orang kenamaan sebagai model? Kenapa membayangkan gambar belakang mereka? Apa tujuan sebenar? LADY tak melihat pada mata minda LADY sebagai suatu luahan kreatif. Tetapi ada mesej terselindung dalam otak pelukis tersebut!!!

KALAU kemaruk sangat nak membayangkan belakang orang berdasarkan paparan gambar selalu dilihat.. kenapa tidak memilih artis? Pelakon. Kenapa memilih orang kenamaan negara???????

Bagi LADY berimaginasi tentang belakang orang kenamaan tak dapat dihalang. Tetapi menzahirkannya menjadi tatapan awam tidak boleh diterima sama sekali! Ditambah lagi, lukisan ini menjadi santapan mata peminat seni di Art Stage Singapura! Kotnya dipamerkan di dalam salah sebuah geleri dalam negara, ada gak lebam mata pelukis ini!!!!

Ini bukan imaginasi seni tetapi imaginasi KEBIADAPAN yang melampau!!!!!!!!

HEBATNYA SEORANG PEMIMPIN


LADY masih ingat kata-kata ketua penerangan UMNO Malaysia. 👆 👈. Akal dan ketinggian. Pada yang biasa mendengar ucapan YB Ahmad Maslan pasti tahu apa yang LADY katakan sebenar tadi.
Selain trend marknya berkenaan akal dan ketinggian. Ayat powernya adalah. PAGI PETANG SIANG MALAM SUBUH SENJA. Bertahun-tahun masih melekat diingatan LADY


tapi.. kali ini satu kehebatan yang LADY tak akan lepaskan iaitu. Bagaimana seorang Pemimpin sanggup berdiri di atas kerusi demi memberi peluang semua yang hadir boleh berinteraksi bersamanya!!!


Inilah gambar yang diberikan rakan LADY hari ini (28/01/2015)  ketika rombongan Tok Mat ini menghantar bantuan banjir ke kawasan Kimanis selepas bermalam di bahagian sipitang. bukan sahaja menghantar bantuan Banjir malahan menjalinan ikatan muhibbah bersama kepimpinan semua peringkat UMNO Bahagian Sipitang. 




Ps: bukan mengampu. Tetapi kejujuran LADY memperakui.. betapa dia sememangnya seorang yang peramah walau dalam ketegasan. Hebat kan

KEPADA YANG BERMINAT DAN LAYAK


iklan ini diberikan kepada individu yang layak dan berminat. silakan merebut peluang ini. mungkin inilah ruang anda demi masa depan.

MEREKA BUAT BOLEH JE!!!!!


Tak nak tulis banyak. Korang je kena bandingkan. Kalau PM buat korang menyalak habis-habisan. Yang dalam gambar ni? Apa citer?!!!

KENYATAAN AKHBAR: DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

DATO' SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PINDAAN AKTA KANAK-KANAK 2001:
JANGAN TERGESA-GESA JENAYAHKAN IBU BAPA

KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2015 – Saya merujuk kenyataan akhbar oleh YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung cadangan untuk menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah. Wanita UMNO mempertahankan hak kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan, pengabaian, penderaan dan keganasan. Namun begitu, pindaan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta meminta supaya pihak kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam hal ini, saya harap pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar yang berkenaan sebelum keputusan dibuat.

Saya berpandangan walaupun Malaysia merupakan Negara pihak kepada CRC, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan obligasinya supaya kepentingan terbaik kanak-kanak serta keluarga mereka turut diambil kira, selaras dengan acuan kita sendiri.

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child - CRC) yang diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995, menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil segala langkah perundangan dan pentadbiran sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiayaan oleh ibu bapa atau pihak lain yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Namun, Artikel 5 dan 18 CRC turut menyatakan Negara pihak menggunakan usaha terbaik untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak, selaras dengan adat tempatan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu diberi ruang untuk mendisiplinkan anak-anak mereka, tetapi tidak sehingga peringkat mendera.

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT



KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

ROTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ATAU EMOSI KEPADA KANAK-KANAK 
1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar pada hari ini (25 Januari 2015) berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.

2. Dalam sidang media tersebut, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi penerangan bahawa cadangan di dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC);

ii. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);
iii. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion; dan
iiii. Peruntukan baharu mengenai pelaksanaan deinstitutionalisation.

3. Pada masa ini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di Mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.

4. Selaras dengan cadangan pemansuhan hukuman sebatan di Mahkamah tersebut, Kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak di kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.

5. Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua-duanya.

6. Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Di samping itu, Kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan.

7. Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua stakeholders dan 
pihak berkepentingan, Kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak ini.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya.
No.tel: 03-8323 1087


P/s : kalau dari awal sebut mendera anak satu kesalahan, takde siapa akan marah. Lain kali pesanan LADY gunakan ayat setepat mungkin. Kepada setiausaha Akhbar, berhati-hati. Mungkin menteri tak sempat nak memeriksa setiap baris ayat yang anda bina. Amanah dah di bahu anda. Jangan sampai ayat yang dibina memusnahkan segalanya!!!!

SSKM ADA APA?????

Semalam LADY memang tahu YAB TPM turun padang melawat kawasan banjir. Walau dalam kesibukan jadual memenuhi tanggungjawab, beliau tetap meluangkan masa melawat mangsa banjir. Hebatnya!!

Tapi LADY lagi bangga apabila pemimpin negara no 2 memuji tindakan kerajaan Sabah ! Cayalah! Kerajaan BN sabah membuat kerja secara realiti!








Soalan LADY buat si doris sama SSKM? Korang pula setakat di alam maya buat apa? Big bos pula betapuk di luar negara .. sah pengecut! Apa guna menyalak di Facebook saja!

Pemimpin Sabah dan kerajaan Malaysia sibuk mengurus hal rakyat. Engkau pula cuma tahu melalak. Bila dicabar balik Malaysia, engkau pula mengada-ngada minta sumbangan! Apa kelas punya perempuan.

Tahniah LADY ucapkan kepada kepimpinan BN terutama Sabah yang menzahirkan mereka sebenarnya pejuang rakyat Sabah.

LAWAK KAW KAW


Apa punya status.!!!!!.. mau balik kampung pun mau minta sedekah kah????? Apa punya mental ini makcik???!!!

Saya suruh awak balik untuk kita face to face. Kalau sudah bilang fight justice .. lu balik sini ma.. kalau sampai kena bersyarat.. baik lu tanggalkan ja kewarganegaraan terus jadi warga sana UK!!! Dan belajar duduk diam tak payah kelentong dalam FB

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA: ISU BUAH EPAL GRANNY SMITH DAN GALA KELUARAN SYARIKAT BIDART BROTHERS, BAKERSFIELD, CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT DICEMARI LISTERIA MONOCYTOGENES


KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA: ISU BUAH EPAL GRANNY SMITH DAN GALA KELUARAN SYARIKAT BIDART BROTHERS, BAKERSFIELD, CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT DICEMARI LISTERIA MONOCYTOGENES

Posted on January 17, 2015 by DG of Health

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu pencemaran bakteria Listeria monocytegenes ke atas buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat yang digunakan dalam pengeluaran caramel apple yang dikesan oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) seperti yang dilaporkan dalam beberapa media antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Makanan yang tercemar dengan Listeria monocytogenes berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ianya telah rosak secara fizikal (melalui penglihatan dan bau). Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis. Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya (nausea). Bagi wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah tergolong dalam kumpulan berisiko.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan telah mengenakan pemeriksaan tahan, uji, lepas ke atas pengimportan epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Amerika Syarikat di semua pintu masuk. Di pasaran domestik, Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti dua (2) pengimport yang mengimport epal jenis Granny Smith keluaran Syarikat Bidart Brothers, Amerika Syarikat dan telah mengarahkan pengimport berkaitan memanggil balik (recall) buah epal tersebut dari pasaran dan buah epal yang terdapat di premis pengimport juga telah disita. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan pihak USFDA mengenai perkara ini.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan, pengguna boleh mengajukannya Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
17 Januari 2015



LAWA BEG! CAYOK!


Fulamak. Beg GUCCI. Fuh!! Siapa nak sedekahkan LADY handbag. Tak payahlah harga sama macam madam tu. Dapat awparuh harga dari itupun LADY pakat sorak! Hahahahah....

Nampaknya ada yang meragam nampak. Apapun. Good taste! LADY tak nak ulas banyak. Tapi memang banyak sungguh duit!

Dah nama perempuan, LADY pun jeles gak tengok!!!

LAWAK SE-MALAYSIA


Apa punya lawak bangang si Asrul tu. Nampak sangat kebodohannya. Yang di google memanglah keluar gambar yang paling top tapi yang paling top dalam carian tak semestinya orang yang tepat!!!!

orang macam asrul ini sememangnya pihak PR suka bebenor. sebab bodoh lagi bangang serta dapat diperkudakan oleh mereka !

BIAR GAMBAR BERBICARA

PEMIMPIN NO 1 NEGARA TURUN PADANG




Siapa menjangka pemimpin nombor 1 negara boleh secara 'sport' kalau dulu LADY kata untuk yang tinggal kat asrama. 'Sport check' membuat perjalanan menggunakan pengangkutan awam LRT dari stesyen PWTC menuju ke KL Sentral. Wow!! Tabik LADY.


Masa inilah juga rakyat yang ketika berada di kawasan berkenaan berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama pemimpin nombor 1 negara.




YAB PM LADY suka cara ini! HEBAT!! Deabak!! Kalau boleh lakukannya lagi sebagai aktiviti rutin walau tak bersekala demi keselamatan juga.

#I LOVE PM

#SANTAI DULU


Akhir-akhir ini, LADY semakin banyak menjadi pemerhati berbanding memberi ulasan berkenaan isu. Fokus LADY kepada rasa simpati kepada mangsa banjir dan pengajian LADY sendiri. Kebanyakan isu yang dipermainkan pun, LADY hanya jadi pemerhati

Tetapi.....

Hari ini, LADY nak bercakap sedikit. Sebagai pemanasan dalam tempoh percutian semester LADY ini.

Semakin ramai kelompk pengamal media sosial menunjukkan ciri-ciri tidak matang mereka. Apa tidaknya. Mencipta cerita tak benar pada masa yang tak seharusnya. Suasana yang tidak digallakan jadikan isu berkenaan lawak jenaka dijadikan sebagai hiburan sensasi dan disebarkan. Agaknya yang melakukan perbuatan ini menghadapi masalah mental tahap kemurungan yang tinggi sehingga memerlukannya melakukan tindakan melepas rasa agar tidak menjadi kurang siuman.

Hakikatnya, mereka ni sudah masuk tahap kurang siuman! Bertindak hanya guna otak untuk mencipta tetapi tidak memikirkan risiko yang bakal terjadi.

Bayangkan.. cerita banjir dijadikan cerita yang tak benar. Sengaja mengada-adakan cerita baru untuk dapat perhatian. Terkena pula yang menerima cerita itu jenis naif terus telan makan tanpa menyelidik sama ada bahan diterima betul atau tidak. Dengan semangat konon prihatin dan berinfomasi terus mengongsikannya pada oranh lain. Dalam tempoh tidak sampai sejam seluruh negara sebahagian besar rakyat menerima maklumat yang salah itu!

Seperkara lagi. Apabila timbul isu yang sebenarmya berpunca masalah individu, mulailah pihak memang jahaman menjadikannya sebagai jari menuding ke arah kerajaan. Konon inilah masalah berpunca kerajaan persekutuan gagal mentadbir dengan baik. Suka bebenor mereka ini menbahankan cerita!! Korang tak takut dosakah? Tak takut kelak anak cucu saudara mara terkena tempias fitnah yang korang cipta hanya nak mengangkat manusia yang korang anggap hebat???????!!!!!!

LADY nak ucapkan tahniah atas kecekapan pibak PDRM menangkap si penyangak-penyangak media sosial yang suka menfitnah dengan kerja sama SKMM. Harapan biar hukuman yang dahsyat dikenakan ke atas mereka agar lebih pandai menjadi manusia berguna.

KENYATAAN MEDIA: EMPANGAN TNB BANTU MENGURANGKAN MUSIBAH BANJIR LEBIH BESAR


CERITA SEBENAR

KERAJAN YANG PRIHATIN


Terima kasih

14 INDIVIDU YANG DIBURU SEBARKAN BERITA PALSU BANJIR


Ambik ko BUDAK!!

BERITA : MUHYIDDIN SIFATKAN PERBUATAN SEBAR BERITA PALSU, FITNAH TENTANG BANJIR SEBAGAI KEJI


PUTRAJAYA:  Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan tindakan segelintir individu yang menyebarkan berita palsu dan fitnah mengenai musibah banjir di media sosial sehingga menjadi viral, sebagai perbuatan keji.

Timbalan Perdana Menteri berkata selain bertentangan dengan ajaran Islam, perbuatan yang sama sekali tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim itu juga boleh mewujudkan rasa benci dan permusuhan sesama umat Islam.

"Cerita-cerita yang direka oleh mereka yang berniat jahat ini banyak menimbulkan rasa resah dan gelisah dalam kalangan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M di Masjid Putra di sini.

Sambutan bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' itu turut dihadiri isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri kabinet berkenaan dan perwakilan negara luar.

Muhyiddin sekali gus menggesa masyarakat supaya tidak mudah mempercayai berita yang tersebar di media sosial tanpa sumber yang sahih.

Beliau bagaimanapun berkata daripada pengamatannya masih terdapat ramai kalangan masyarakat bersimpati dengan mangsa musibah itu.

"Mereka menghulurkan pelbagai bantuan sama ada berupa barangan, wang ringgit mahupun tenaga untuk membantu mangsa banjir.

"Ini adalah contoh akhlak terpuji yang diamalkan oleh rakyat negara ini tanpa mengira kaum atau agama," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menggesa umat Islam di Malaysia supaya sentiasa berusaha untuk memperkukuh dan meningkatkan kefahaman mengenai pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menjauhi segala bentuk ajaran yang melampau dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Beliau berkata pendekatan kesederhanaan atau wasatiyyah yang menjadi tunjang manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu terus dipertahankan bagi mengelak elemen yang boleh merosakkan perpaduan dan mengancam keharmonian ummah.

Muhyiddin turut menarik perhatian bahawa umat Islam tidak boleh membiarkan kecelaruan pegangan akidah dan pemikiran menghasilkan tindakan yang boleh mengancam perpaduan dan keselamatan masyarakat umum.

"Saya percaya masalah perpecahan ummah dan sikap melampau segelintir umat Islam akan dapat diatasi sekiranya umat Islam kembali berpegang kepada ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah," katanya.

Pada majlis itu, Imam Besar Masjid Negara, Datuk Salleh Mad@Ahmad dipilih sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2015.

Salleh menerima wang tunai RM50,000 sijil serta hadiah iringan.

Selain itu, lapan lagi individu turut menerima Anugerah Maulidur Rasul dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta plak, sijil, dan hadiah iringan.

Sambutan itu bermula dengan perarakan 149 kontinjen membabitkan 12,325 peserta terdiri daripada 68 pasukan jabatan kerajaan, 33 badan berkanun, 13 swasta, 10 badan beruniform, empat sekolah, enam institut pengajian tinggi dan enan kontinjen badan bukan kerajaan.

Peserta berarak sambil berselawat sejauh 1.8km bermula di hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra. - BERNAMA

SALAM MAULIDUR RASUL 1436H

BERITA PALSU.

Jelas yang menyebarkan berita palsu ini dah tak takut buat DOSA!!!!

#SILA JADI DEWASA!! BERHENTI SEBARAN BERITA PALSU!!!!


Usia semakin bertambah. Tapi peliknya masih ada akal masih takuk sama. Suka sangat nuat sebaran berita palsu ini. Agaknya mereka ni dah banyak masa sangat tak ada kerja!!!!

Sudah-sudahlah nak menyebar maklumat palsu sesi persekolahan ini. LADY baru terima viral konon sesi persekolahan ditangguh lagi! Apa laknat sangat yang nak reka cerita tak betul ni!

SKMM mohon buat kerja! Sengal LADY asyik membaca ada maklumat gurauan yang melampau ni!
Sesi.persekolahan setakat ini akan bermula 11hb dan 12hb januari 2015.

SELAMAT DATANG 2015


Suka duka pahit manis tahun 2014 sudah berlalu.  Apa yang berlaku 2014 sudah menjadi sebahagian dalam sejarah kehidupan. LADY berharap 2015 mencipta sejarah yang terbaik lagi buat diri LADY.