Followers

SELEPAS BANJIR SURUT DI KELANTAN






Agak-agaknyalahkan.. dari mana datangnya balak-balak yang banyak ini ya??????

LADY tak nak jawab. Biar anda yang beri jawapan berdasar gambar ini.

Apa yang LADY boleh katakan sahaja. Kuasa Allah dah tunjukkan perkara yang selama ini disembunyikan terkeluar juga. Jadi mihon pada mereka yang hebat mengatakan selama ini difitnah tentang pembalakan berleluasa di Kelantan sila jawab ya

YANG PATUT DIKETAHUI OLEH RAKYAT MALAYSIA MENGENAI PENGISTIHARAN DHARURAT DAN DHARURAT BENCANA... PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA


BAHAGIAN VIII: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANAPERKARA 25: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA

42.(i). Pengisytiharan Darurat Bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif YAB Perdana Menteri atas syor JPBP, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

(ii). Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan Pemulihan kepada mangsa-mangsa Bencana akan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan yang berkaitan.Walau bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata;"Tak perlu isytihar darurat, sebab apa yang penting sekarang adalah bagaimana kita hendak selamatkan rakyat kita yang dalam kesusahan ini. Tak apalah belanja lebih sedikit sebab yang penting adalah nyawa rakyat kita sendiri."Hari itu mereka mahu isytihar darurat kerana mahu ATM ambil alih tugas menyelamat.

Sekarang bila diterangkan masalah bila isytihar darurat, mereka mahu Darurat Bencana diisytiharkan.Apa beza pengisytiharan Darurat Bencana dengan operasi menyelamat sekarang?Dari segi usaha dan operasi menyelamat ia sama sahaja seperti sekarang. Kerajaan sudah menggerakkan semua jentera dan pengurusan sama seperti keperluan mengisytiharkan Darurat Bencana. Cuma di sini peranan Negeri-negeri masih terbabit dengan pengurusan bencana banjir ini berbanding jika disiytihar darurat maka Persekutuan mengambil alih segalanya. Selain itu tiada perbezaan kerana semua agensi dan peruntukan yang sama telah digunakan.Bezanya bila Darurat Bencana syarikat insurans bencana alam akan lepas tangan.

Majlis Keselamatan negara sendiri menyatakan buat masa ini tiada keperluan mengisytiharkan Darurat Bencana.Cukuplah! Benarkahlah kerajaan membuat keputusan berdasarkan maklumat mereka ada yang lebih terperinci.

kebaikan & keburukan pengisytiharan darurat:
Apabila Majlis Keselamatan Negara mengatakan 'tiada cadangan' untuk isytiharkan darurat di Kelantan ianya menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri (walaupun mempunyai kuasa eksekutif untuk menasihatkan YDP Agong mengistiharkan darurat) tetap mengambil kira kesan kesannya ke atas kedudukan politik sosio & ekonomi negeri Kelantan dan kerana itu sehingga sekarang tiada satu pun cadangan atau permintaan rasmi dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan supaya MKN mengistiharkan darurat.Malah MB Kelantan turut menyatakan tiada keperluan darurat selagi keadaan banjir masih terkawal, yang membuat bising meminta darurat cuma mereka yang berada di bawah yang tidak tahu apa-apa kesan 'pro & con' akan perisytiharan darurat.

Dari segi kebaikan, darurat memberikan kuasa penuh kepada pihak keselamatan samada kuasa tersebut diberikan kepada Tentera atau Polis bagi mengawal menyelia & mentadbir kawasan yang di isytiharkan darurat secara total, yang mana pihak keselamatan berkuasa penuh untuk menjalankan segala kerja-kerja tanpa apa-apa sekatan dengan mengenepikan segala arahan-arahan lain melainkan arahan tersebut datang dari MKN. Dalam kata lainnya, tiada pertindihan kuasa segala operasi pengurusan bencana dianggap tidak menyalahi undang-undang, tiada mahkamah yang boleh mempertikaikan kuasa-kuasa tersebut dan ianya telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, ianya bertujuan melicinkan segala pergerakan pihak petugas keselamatan dalam menjalankan operasi kemanusian di seluruh kawasan terlibat.

Dari segi keburukan darurat, ianya sudah pasti akan akan melumpuhkan sepenuhnya politik sosio & ekonomi di sesebuah kawasan, daerah atau negeri yang diisytiharkan darurat. Semua pusat pengurusan & pentadbiran, kilang-kilang, bank-bank, pusat-pusat perniagaan kecil dan besar kesemuanya diarahkan tutup sepenuhnya kecuali hospital, bomba dan jabatan/agensi kemanusian yang difikirkan perlu akan dibenarkan beroperasi namun ianya tetap dibawah arahan kuasa selia pihak keselamatan darurat.

Kota Bharu adalah pusat pentadbiran Kerajaan Negeri, bayangkan kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri apabila pusat operasai pentadbiran Kerajaan ditutup. Tambahan lagi sewaktu penghujung tahun penutupan pengurusan pengauditan, belum lagi disentuh akan kesan-kesan ke atas pelaburan yang melibatkan pelabur-pelabur dari luar negara termasuklah prospek pelaburan Kelantan untuk tahun 2015.Kesan dari itulah yang menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan sehingga kini masih tidak membuat sebarang permohonan kepada MKN untuk mengisytiharkan darurat dan dengan bantuan penuh Kerajaan Persekutuan cuba sedaya upaya mengatasi bencana banjir ini.

BIAR GAMBAR INI BERCERITA



Nak cakap banyak pun tarak guna. Biar gambar-gambar ini bercerita

KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI

Kenyataan Media
1. Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.

2. Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke  kawasan banjir tertentu.

3. Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah  tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.

4. Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter  terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.

5. Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.

6. Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini.

Dato' Sri Mohd Najib 
25 Disember 2014
Putrajaya

KENAPA ROLAND UMUM LETAK JAWATAN????? BETULKAH????


Sejauh mana kebenarannya LADY belum dapat nyatakan. Baru khabar saja yang dia ni letak jawatan dengan alasan konon sakit apa sajalah. Masih menunggu pengumuman speaker DUN tentang berita ini.  Sebab ada pula bunyi-bunyi hal godam lah. Tapi.. Apapun.. baca dulu cerita di bawah ini :

Angin tidak ribut pun tidak, tiba-tiba Adun PKR Inanam Dr. Roland Chia mengumumkan meletak jawatan berkuatkuasa serta merta atas alasan kesihatan. Dr. Roland Chia adalah seorang doktor perubatan yang masih muda dan dipercayai tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Namun menurut Che Gu Bard, ada cerita disebalik perletakkan jawatan Dr. Roland Chia yang juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi PKR, juga merupakan penyokong kuat Azmin Ali. Beliau sebenarnya kecewa kerana permintaannya agar dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah tidak dilayan oleh Anwar Ibrahim yang sebaliknya melantik Lajim Ukim.

Adalah difahamkan beliau juga berasa kecewa kerana tidak dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah dimana-mana syarikat yang diterajui oleh kerajaan Selangor oleh Azmin Ali. Tindakan Anwar Ibrahim dan Azmin ini dilihat dengan sengaja meminggirkan beliau.

Tambah menyakitkan hati Dr. Roland Chia, Lajim Ukim yang baru sahaja menjadi ahli PKR diberi pelbagai kemudahan dan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah sebagai ganti kepada jawatan Ketua Menteri Sabah. Disamping itu, Lajim Ukim menggunakan jawatannya untuk mengumpul kekayaan melalui pelbagai projek di Selangor dan Pulau Pinang. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan Dr. Roland Chia meletak jawatan, menurut Che Gu Bard.

Kenyataan Che Gu Bard ini mengesahkan beberapa perkara :
1) Pucuk pimpinan PKR memang mengamalkan sikap pilih bulu.
2) Dalam PKR sendiri berlaku perebutan jawatan dan kuasa.
3) Pemimpin PKR mengumpul kekayaan dari jawatan yang dipegang dan menerima projek-projek di negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

4) Adun PKR tidak ikhlas untuk berkhidmat demi rakyat setempat yang memberikan undi, sebaliknya hanya memikirkan keuntungan peribadi.

Beginilah cara mereka bekerja. Rakyat diperbodohkan dengan pelbagai momokkan retorik basi yang sememangnya sedap sebagai halwa telinga semata-mata namun tiada sebarang tindakan proaktif demi rakyat untuk rakyat. Prosa ini hanya boleh di dengar, percaya tidak sekali-kali.

Semoga pengundi daerah Inanam, Sabah menyedari mereka telah tersalah pangkah.

Sumber: KLxpress dot com

Persoalannya.. betulkah dia letak jawatan??????? Jika menurut berita kelmarin di ASTRO AWANI 17/12/2014 Belum ada pengesahan berkenaan perkara itu.

KUALA LUMPUR:  Kedudukan Anggota Dewan Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Dr Roland Chia menimbulkan kekeliruan dikalangan pemimpin dan penyokong PKR di peringkat pusat dan juga di Sabah.

Sebaik tersebar berita peletakan jawatan Dr Roland, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak dapat mengesahkan kedudukan naib pengerusi PKR Sabah itu.

Rafizi dalam kenyataannya menjelaskan PKR masih dalam proses menghubunginya untuk mendapat maklumat lanjut untuk mengesahkan kenyataan pendek ditulis di laman sosial.

Sementara itu Bernama melaporkan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin berkata Dr Roland masih lagi Adun Inanam.

"Buat sementara waktu ini, ini khabar anginlah sehinggalah kita memperolehi pengesahan (mengenainya). Saya sudah periksa dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (Datuk Seri Dr Salleh Tun Said) dan (saya) dimaklumkan tidak ada

perletakan jawatan (ADUN)," Lajim dipetik sebagai berkata oleh Bernama.


Lajim juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan akaun Facebook Dr Roland digodam.

Katanya, Adun Inanam itu tidak menyatakan hasrat untuk meletak jawatan ketika mereka berdua menghadir satu mesyuarat minggu lepas.

Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said dilaporkan turut mengesahkan belum menerima surat perletakan jawatan daripada Dr Roland.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Ps: Pada LADY. Jika betullah itu cerita sebenar di sebalik perletakan jawatan ADUN Inanam. Wah.... boleh bayangkan betapa ruginya pengundi memangkah dia ni tahun lepas!  Hanya kerana ketidakpuasan hati pendapatan dan perolehan peribadi terus 'menyamal' (merajuk) membawa diri.

Lagipun LADY tengok permainan politik mereka, nampak sangat bukan perjuangan demi rakyat tetapi perjuangan untuk diri berada di atas dan memiliki kuasa. Dalam tanggapan LADY, mereka hanya memperjuangkan kehidupan 'kejayaan' pribadi mereka semata. Andai benar mereka ini memperjuangkan hak rakyat. Soal setakat menjadi wakil rakyat sahaja tidak akan diambil perkara menyedihkan. Sememangnya mereka kan mewakili rakyat kawasan mereka perolehi amanah. Takkan sesudah perolehi status YB maka adalah WAJIB mereka dianugerahkan jawatan status menteri????? Selepas tak dapat apa-apa jawatan terus merajuk dan konon nak letak jawatan??????? Ainaaaaa... senang betul ideologi mereka ini!!!!!

Lagi lawak apabila perkara ini hangat diperkatakan, mulailah keluar kenyataan konon akaun FB kena 'hack' atau kena godam. Itulah alasan mereka keluarkan setiap kali bertujuan menutup pekung yang mereka dedahkan sebelum ini!

Apapun sekali lagi. LADY katakan.. betapa CHILDISH betul politik mereka ini. Tak dapat gula-gula terus merajuk dan melatah! Mempermainkan amanah yang diberikan oleh sipemangkah!!!

SIJIL HALAL STARBUCK TIDAK PERNAH DITARIK BALIK - JAKIM

Rasanya selepas ini, henti-hentikanlah mmenjadi si tukang canang tentang penarikan sijil halal untuk premis starbuck di Malaysia. Sejak tahun lepas LADY sentiasa menerima mesej di Whatsapp atau pesanan di facebook tentang ini. Walau LADY selalu memberi.jawapan meminta perkara ini dirujuk kepada JAKIM, tapi si tukang sebar tetap pertahankan pendirian mereka. Sekarang LADY nak ingatkan, elaok juga kongsikan perkara yang BENAR tetapi menyebarkan perkara AUTA itu samalah MENFITNAH

sila baca:

KUALA LUMPUR:  Sijil halal premis Starbucks tidak pernah digantung atau ditarik balik sehingga kini, kata Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam satu kenyataan, ia menyifatkan penyebaran mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung status halal syarikat itu sebagai fitnah semata-mata.

"Untuk makluman pengguna, setiap pemegang sijil halal sentiasa dipantau oleh Jakim dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.

Ia menarik perhatian bahawa Bahagian Hab Halal menerima banyak panggilan dan pertanyaan berhubung status halal Starbucks.

Kebimbingan orang ramai mengenai status halal sajian di Starbucks timbul susulan khabar angin di laman media sosial bahawa bahan yang digunakan untuk membuat kek dan minuman diragui status halalnya. - BERNAMA

Ps: pastikan setiap perkongsian itu adalah benar jangan sampai kita menjadi sebahagian mereka yang menanggung dosa menfitnah