Followers

AMBIL IKHTIBAR


Setiap kejadian ada hikmahnya.

Sila baca coretan di bawah ini

Inspirasi Pagi :
Ada seorang raja yang setiap pergi berburu selalu ditemani oleh seorang sahabatnya yang terkenal dengan ketakwaan dan wirainya. Tiap kali raja menemui sesuatu yang tidak mengenakkan, sahabatnya selalu berkata, "Semoga itu baik, insya Allah."

Kata-kata ini selalu diulang-ulanginya pada setiap kejadian yang secara dhahir adalah kejadian buruk.
Pada suatu hari saat sang raja berburu bersama sahabatnya ditemani oleh pengawalnya, jari raja terkena tombak dan terpotong. Darah pun mengucur. Si sahabat berkata, "Semoga itu baik, insya Allah." Raja marah dan memerintahkan pengawalnya untuk memenjarakannya. Saat pengawal ditanya, "Apa yang dikatakannya saat kalian menutup pintu penjara?" Pengawal menjawab, "Ia hanya mengatakan, 'Semoga ini baik, insya Allah."

Suatu ketika saat raja pergi berburu tanpa ditemani oleh sahabatnya, ia tersesat di hutan. Sedangkan di hutan tersebut terdapat suku yang menyembah berhala dan tiap tahun mengorbankan orang kepada berhalanya tersebut. Raja pun ditangkap oleh suku tersebut. Namun, saat diperiksa didapati bahwa jari raja tidak lengkap. Mereka pun menolak mengorbankannya, sebab korban harus dalam kondisi yang sempurna. Raja lalu dilepas dan ia kembali ke istananya. Akhirnya ia menyadari kebenaran ucapan sahabatnya. Sahabatnya pun dikeluarkan dari penjara. Raja bertanya, "Ketika engkau mengatakan, 'Semoga itu baik, insya Allah.' Saat jariku terpotong, aku menyadari bahwa kebaikan itu adalah aku tidak jadi disembelih untuk berhala karena fisikku tidak sempurna. Sekarang saat engkau dipenjara, apakah kebaikan itu?" Ia menjawab, "Andaikata saat itu saya bersamamu, maka mereka akan menyembelih saya sebagai penggantimu."

Jika anda mendapat kejadian buruk ucapkan : "Semoga ini baik, insya Allah."

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui".

KEPADA PENGKHIANAT BERHATI BUSUK !!!!!!! AGENDA PISAHKAN SABAH BUKAN HAK ANDA!!!!!!!


LADY Nak share tulisan seorang rakan seperjuangan yang mendapat perhatian.

Mohon baca

Perjuang Pembangkang
Sabah Sarawak Merdeka Dalam Malaysia
Rabu, 16 September 2014


Sekarang anda faham mengapa Doris Jones cemas?

Untuk renungan dan kefahaman anda semua... Mana yang lebih berkesan dan memberikan impak yang besar? Bersuara di dalam negara atau bersuara di luar negara???

Doris Jones sekarang berada di Pusat Pentadbiran Negara-negara Komanwel. Itulah sebab Doris Jones takut ditangkap kerana telah menghasut rakyat Malaysia dengan penipuan-penipuan yang tidak berasas. Doris Jones lari meninggalkan Malaysia ke London kerana takut dikenakan tindakan undang-undang di bawah akta hasutan kerana kenyataannya yg berbaur hasutan. Rumput tidak akan bergoyang jikalau tidak ditiup angin...

Sememangnya pungutan suara ini sendiri dinasihatkan oleh pegawai Komanwel, Queen Councel Anthony Lester demi memastikan Sabah dan Sarawak merdeka dalam Malaysia. Kita bersyukur bukan merdeka bersama dengan negara-negara jiran yang lain. Entah apa yang terjadi pada masa ini jika itu yang berlaku. Mahukan kita merdeka bersama dengan negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. Perjanjian Malaysia itu adalah asas kepada kedaulatan negara tercinta kita, Malaysia. Hak-hak terpelihara dalam perjanjian ini.

Apabila mengimbas kembali usaha untuk menuntut kemerdekaan, adakah British pada ketika itu mahu membiarkan Sabah dan Sarawak merdeka bersendirian. Inilah strategi British untuk memastikan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu disatukan dalam Kemerdekaan Malaysia dan dijadikan jajahan Komanwel setelah usaha-usaha British gagal membentuk Malaysia Union tidak berjaya dalam mengekalkan pentadbiran Residensi British. Penggabungan ini telah dirancang oleh kerajaan British ketika itu.

Pakar-pakar politik dalam negara dan luar menganggap pungutan suara melalui Petition Online ini tidak mencerminkan sokongan rakyat Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia. Alasannya: Adakah penduduk Sabah/Sarawak ketika ini seperti taraf pendidikan, kesihatan, pembangunan ekonomi masih mundur dan berlaku penindasan selepas kemerdekaan selama ini.

Setakat ini, hampir 100% penduduk Sabah dan Sarawak membantah untuk berpisah dengan Malaysia. Malah mengutuk mereka yg cuba menggugat keharmonian dan perpaduan kaum d Malaysia yang sekian lama terpelihara.

Dengan itu, berfikir sejenak, lihat apa yang telah berlaku dengan negara-negara lain? Negara-negara yang mengalami krisis  dalaman seperti politik dan ekonomi, serta peperangan menyebabkan kehancuran kepada negara itu sendiri. Sejarah pasti berulang jika kita tidak mengambil pengajaran yang jelas darinya.  

Sekarang anda faham apa yang tersirat dalam bait2 lagu Warisan: Malaysia
Di sini Lahirnya Sebuah Cinta.


Kredit for : Ketua Puteri Bhg Ranau
LADY tabik lu dik!!!!!

#HARIMALAYSIA: DEMI NEGARAKU MALAYSIA




Selamat menyambut hari Malaysia.

Alangkah bertuahnya menjadi sebahagian waeganegara tercinta Malaysia. Walau hatu dihiris kesakitan tatkala melihat agenda pengkhianat yang kuat semangat mereka memusnahkan negara.
Tercari-cari LADY mana suara kepimpinan menegur perbuatan ini. Sekerat dua sahaja. Bakinya lebih selesa berada dalam 'ZONE SELAMAT' menjaga kedudukan agar selalu selamat dan enggan menyibukan akal fikiran di luar susunan rancangan pertahankan kedudukan mereka


Sempena hari bersejarah ini, LADY mengajak pembaca hayati setiap bait lagu Warisan ini.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Hari ini LADY mungkin boleh tersenyum. Tetapi jiwa LADY merintih sedih. Apabila membaca di laman media sosial sahabat LADY bertungkus lumus mengeluarkan kata-kata menghentam mereka yang punya agenda hasutan tanpa berhenti. Setiap serangan mereka penuh tersusun. Pejuang cyber pula hanya mampu menambah provoksi tanpa bahan.. di mana mereka yang konon sangat berkelibar dan bijaksana.??? Di mana mereka yang diberi amanah ? Terlalu sibukkah pada perkara yang lebih besar dan membawa kepentingan pada diri mereka sehingga kenyataan hasutan di laman media sosial hanya dianggap taman permainan kanak-kanak yang tidak penting?
Jangan sampai suatu masa kita umpama pak kadok. Menang sorak kampung tergadai.

ISU MB SELANGOR : GELODAK DI KEMUDI BAHTERA PAS DALAM LAUTAN BERARUS



Apa dah jadi ni? Nak berapa nakhoda dalan satu bahtera PAS ini???? LADY tak taulah, dalan membuat kenyataan, pengurusan barisan kepimpinan PAS sendiri menunjukkan percanggahan pendapat. Bayangkan dalam masa membuat kenyataan, 2 suara yang memberi pendapat yang berbeza!!!!

Dalam satu sidang media di ibu negara semalam (7/9/2014) Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberikan jawapan yang agak berbeza berhubung calon menteri besar itu.

Mohamad berkata PAS akan tetap menolak walaupun istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka sebagai menteri besar Selangor yang baharu, sementara Mustafa pula menyatakan bahawa PAS akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan. ?????????????????????????

Presiden PAS, Abdul Hadi dalam kenyataan sebelum ini berkata PAS menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi keranan beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memimpin.

Menurut Hadi, Islam telah menetapkan beberapa ciri dan syarat dalam melantik seorang pemimpin.
"Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.

"Kalau daripada awalnya lagi dia (Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri.
"Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)" katanya.
Mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 17 Ogos lalu turut menetapkan nama presiden PKR itu, serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.


Bagaimanapun, difahamkan Abdul Hadi menggunakan kuasanya sebagai Presiden PAS untuk mengemukakan senarai berbeza yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin untuk dikemukakan kepada Istana Selangor 3 September lalu

Dalam soal ini, LADY dah tak hairan apabila si mat sabu sejak mula mengikut nada suara PKR dan juga DAP. Sememangnya dia adalah budak si Anwar!!!! Bukan sahaja budak Anwar malahan si keldai DAP!!  No wonder si Ronnie mengangkat si mat sabu kononnya seorang yang bijak ! (Hahhahaha.. si keladai yang sipuji kerana mengikut rentak tuannya!! Good boy. Move !!! Good boy!!!!!)

Itu cerita dalam barisan kepimpinan PAS pusat. Belum lagi bagaimana pendapat antara kumpulan (konon dikatakan golongan profesional. Entah di mana ciri-ciri profesionalnya kepimpinan PAS pusat.. hanya mereka yang mengundi sahaja tahu). Berbeza dengan keputusan kumpulan ulamak PAS.

Menurut Dr Haron, kenyataan Abdul Hadi itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dalam mencalonkan mereka yang layak mentadbir negeri Selangor.

"Itulah  penilaian dan pandangan (yang dibuat) Majlis Syura sebelum ini.

"Kalau dia (Wan Azizah) cukup kelayakan sudah tentu Majlis Syura akan menyokong" katanya ketikia ditemui wartawan SuaraTV sejurus selepas forum perdana bertajuk: Kebangkitan Islam, Di Manakah Peranan Kita? yang diadakan di perkarangan Dataran Surau An Nur Seksyen 3, malam tadi.
Mengikut jadual asalnya, beliau bersama Abdul Hadi sepatutnya turut berucap dalam program yang diadakan itu, namun ia dibatal pada saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dimaklumkan.

Forum yang diadakan itu membariskan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan dan Ketua Dewan Ulama Wilayah Persekutuan Ustaz Riduan Md Nor.

Menurut Dr Haron lagi, masih ada calon yang lebih layak untuk dieprtimbangkan berbanding Wan Azizah.

"Dalam Islam bukan soal gender tapi apa yang lebih penting adalah soal amanah, kemampuan. latar belakang dan sejarah seseorang itu.

"Maka apa yang telah diputuskan oleh Majlis Syura dan dipikul oleh sebahagian besar daripada pimpinan parti melihatkan ada orang lain yang lebih baik daripada Wan Azizah," katanya lagi.

Beliau berkata disebabkan faktor itulah sehingga sekarang Abdul Hadi menyerahkan isu pemilihan Menteri Besar itu kepada Sultan Selangor untuk dimuktamadkan.

"Jika sultan masih melihat Wan Azizah boleh dan sesuai menteri besar, saya rasa tuanku akan lantik beliau.

"Kalau tuanku pun tidak nampak demikian (kelayakan), tuanku akan memilih orang lain," katanya lagi.

Peliknya... Naib presiden yang seorang pula dalm usaha menutup percanggahan pendapatan yang sebenarnya umpama menutup bangkai gajah dengan sehelai daun pandan. Menafikan konon berlakunya percanggahan pendapat!!!

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menafikan wujud percanggahan pendapat antara golongan ulama dan profesional dalam PAS mengenai isu calon menteri besar Selangor.

Beliau menjelaskan, parti itu telah menetapkan keputusan bersama bahawa kerusi menteri besar itu adalah milik PKR dan PAS tidak berhasrat menuntutnya dari rakan mereka itu.

"Kita tidak pernah bercanggah. (Dalam) mesyuarat tiga jam tadi (Ahad), kita bincangkan semua aspek dan kita bahaskan dengan cukup harmoni dan kita bebas melahirkan pandangan dan akhirnya kita simpulkan dengan satu keputusan,"  (Astro Awani)

Hahahahahha.. ini kalilah!!!!!!

Yang pasti. Kemelut dalam PAS dalam menyatakan pendapat mereka dalam soal pemilihan calon MB selangor sudah terang lagi bersuluh. Hanya rakyat yang buta hati sahaja tidak menyedari hal begini!!!!

Dan tindakan DAP dan PKR mengingkari tutah baginda Sultan Selangor telah menimbulkan rasa dukacitanya baginda sultan.

" Sultan Selangor zahir rasa dukacita terhadap DAP dan PKR yang ingkar kemuka lebih dua nama calon MB seperti titahnya: SU Sulit Sultan"

Sekali lagi. Sebagai rakyat Malaysia, LADY simpati kepada rakyat Selangor kerana situasi tidak sihat yang berlaku dalam negeri mereka. LADY hanya boleh zahirkan simpati sahaja. Keputusan mengundi PRU12 dan PRU13 pilihan pengundi yang memilih kumpulan PR. Agaknya inilah kemajuan yang mereka janjikan kepada pengundi sebelaum ini. Agaknyalah!!!

HANYA SI JAHANAM SAHAJA NAK MEMISAHKAN SABAH DARI MALAYSIA!!!!


LADY rasa pelik sangat dengan agenda individu dalm kumpulan tertentu termasuk secara terang-terangnya menzahir rancangan mereka untuk memisahkan Sabah dari Malaysia!! Boleh LADY katakan agenda JAHANAM!!!

Sebagai rakyat Malaysia anak jati Sabah. Tindakan seperti ini tidak boleh dimaafkan sekalipun!! Lagi si jahanam pada pihak yang datangnya daru semenanjung sibuk berkempen mengajak rakyat Sabah mendokong perancangan mengeluarkan Sabah daru Malaysia!!

Kepada Kementerian Dalam Negeri di bawah kepimpinan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, serta mereka yang pakar dalam perundangan. Pada pandangan LADY usaha ini jika ISA masih wujud dah boleh kena tangkap. Tapi yang paling dekat setelah ISA mansuh adalah AKTA HASUTAN !!! Mohon ada tindakan

LADY bersetuju dengan kenyataan YB Datuk Abd Rahman Dahlan iaitu:
ahaya," katanya.

Abdul Rahman yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Sabah dan Sarawak turut mencatat sejarah tersendiri apabila ketika ini 13 anggota Parlimen dari kedua-dua negeri dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet persekutuan.

"Jangan anggap kami kayu-kayu tunggul sahaja. Kami (dalam Kabinet) melihat kepentingan negeri Sabah dan Sarawak. Jangan cakap lepas sahaja menyatakan kerajaan persekutuan itu zalim kepada rakyat Sabah. Saya adalah sebahagian kerajaan persekutuan, saya tidak zalim dan saya tahu ada perkara-perkara yang kita perjuangkan, tetapi kita perjuangkan dengan cara yang berhemah.

"Bukan cakap kosong memesongkan sejarah, memutar-belitkan fakta sejarah tahun 1963 berdasarkan pengamatan tahun 2014. Mana boleh kita mahu menilai sejarah pada tahun 1963 berdasarkan kaca mata tahun 2014," katanya.

Ketika berucap pada majlis itu, Abdul Rahman berkata pemimpin Umno perlu mempunyai mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam bidang  berpidato dan berbahas berdasarkan fakta.  

"Saya tengok perkara itu semakin luntur dalam Umno...walaupun saya yakin Pergerakan Pemuda Umno di bawah kepimpinan ketuanya Khairy Jamaluddin sedang membina kekuatan tersebut. Perkara ini mesti diberi keutamaan sebab sejarah menunjukkan bahawa Umno dapat mengalahkan Malayan Union hanya dengan berpidato," katanya. - Bernama

LADY berharap lebih ramai lagi pemimpin dari Sabah mengeluarkan kenyataan yang berani menunjukkan mereka sebagai pemimpin lahir di sabah menegur perbuatan tidak bermoral pihak yang mahu memisahkan negeri Sabah dari Malaysia.  Tak perlulah panjang lebar jika sibuk sangat. Menggunakan pendekatan seperti YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dah terbaik.