Followers

SALAM INDAH DI HARI MERDEKA KE-57

Alangkah indahnya pemandangan ini. Biar gambar membicarakannya. Nilai pemimpin yang bijak. Siapa kita yang pula bertegang leher memberi ulasan situasi sebelum ini.

Sumber gambar : @ayathelmi twitter

PRK PENGKALAN KUBOR: JANGAN SALAH PERCATURAN!!!

Sekali lagi LADY nak nyatakan di sini. Perkongsian berikut bukan kritikan mengaibkan tetapi ianya dari NAWAITU nak bagi kesedaran pada mana yang kotnyer TERLELAP disebabkan ada banyak sangat PENYAMAN UDARA!!!! Perkongsian ini demi cinta LADY pada parti UMNO dan negaraku Malaysia!!!

PRK kali ini tidak semudah yang dijangka kerana jika silap memilih calon, ( jangan pula ada pakar segala ketua pakar tampil hadiahkan penyejuk udara, penyegar udara menggantikan kipas yang dah kurang dipkraktikkan!!!!!) BN dan UMNO akan tewas kepada parti yang paling jijik dan lemah dalam sejarah parti politik tanahair.

Sila baca :

PRK PENGAKALAN KUBOR -LETAK SONGKOK PUN BN MENANG!

KRISIS politik Selangor telah benar-benar menguji konsep kesepakatan, tahalul siasi dan konsep kerjasama dalam kerajaan campuran PAS,DAP dan PKR  yang mana penghujungnya semua orang telah tahu dan boleh menduga apa kesudahannya, siapa yang bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan ramai pihak mula menelah bahawa krisis yang sedang berlaku ini telah merosakkan hubungan antara mereka yang selama ini dibentuk bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Semua media sentiasa melaporkan dan mendedahkan kemelut yang sedang melanda kerajaan campuran ini dan dari kalangan UMNO serta Barisan Nasional dilihat mula dibuai rasa selesa, tersenyum simpul seolah-olah mereka telah mendapatkan kemenangan politik dan rakyat terbanyak pada perkiraan mereka telah mula berpihak kepada Barisan Nasional.

Soalnya, apakah krisis dalam kerajaan campuran ini benar-benar telah menggembalikan sokongan politik orang-orang Melayu khususnya kepada UMNO dan BN? Kita tidak perlu menunggu lama dan bagaimana berakhirnya episod politik Selangor kerana Tuhan yang sehebat-hebat perancang telah menyediakan medan ataupun ujian terbaik untuk UMNO menilai diri dengan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubur, Kelantan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Dato Noor Zahidi Omar dan di sinilah bermulanya kayu ukur hasil daripada kemelut serta perebutan kerusi MB dalam kerajaan campuran Selangor ketika ini.

Jika tafsiran politik diambil kira, untuk DUN N 01 Pengkalan Kubur ini, cukup dengan meletakkan songkok pun, BN boleh menang besar kerana disamping telah 3 penggal BN mengekalkan kerusi tersebut, PRK kali ini dibuat saat kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS berada dalam keadaan cukup krtikal, cukup lemah apatah lagi kuota Pengkalan Kubur adalah calon dari PKR dan bukannya PAS.

Jika dinilai berasaskan kehadiran ahli parti PKR dalam Kongres mereka yang berlangsung baru-baru ini, dewannya kosong berbanding dengan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hinggga tidak cukup ruang tempat duduk, maka BN melalui songkok yang dimaksudkan akan menang PRK Pengkalan Kubur ini cukup mudah.

Benarkan tafsiran poilitik ini?

Malah bukan hanya perpecahan berlaku bahkan jika ada bunuh membunuh sesama mereka pun dalam PKR, ianya tidak lebih sekadar satu berita gembira untuk kita tahu dan akhirnya kita berkata, lihatlah betapa jahat serta rakusnya mereka kerana ianya tidak membawa apa-apa erti ataupun makna kepada politik kerana sehingga hari ini, sejak istilah transformasi diperkenalkan hingga kini,BN dan UMNO tidak berubah apa-apa dan tidak pernah berfikir bagaimana untuk memenangi hati rakyat yang telah pun menolak PKR.

Ini mungkin terlalu konservatif tetapi terbukti sehinggakan Timbla Presiden UMNO, Muhyuddin Yassin terpaksa mengumumkan untuk mengadakan peraduan mengemukakan idea ~Wow Factor' dalam perasmian Persidangan UMNO Bahagian baru-baru ini serta menawarkan hadiah lumayan kepada mana-mana Bahagian UMNO yang boleh mengemukakan idea ~wow~ tersebut.

Pada kita, jika peraduan idea `Wow~ baru mahu dibuat, maksudnya untuk melaksanakan idea tersebut ialah pada tahun 2020 nanti dan ini sekaligus memberikan maksud, kita akan menyertai PRK Pengkalan Kubur dan juga jika DUN Selangor dibubarkan sekalipun adalah tanpa factor ~Wow~ itu dan bila menyertai tanpa factor `Wow~ bermaksud juga UMNO akan menghadapi karenah yang sama iaitu soal calon, isu, kemudahan logistik, sabotaj dan berbagai-bagai lagi karenah lain dan ini sekali lagi akan meletakkan BN dan UMNO berada dalam situasi yang sukar walaupun PKR sedang berpecah belah.

Kita fokus di PRK Pengkalan Kubur, rata-rata disebut DUN ini adalah kubu kuat BN, benteng agam UMNO kerana berjaya dimenangi selama 3 penggal berturut-turut. Apa terjadi pun PRK ini tidak memberikan sebarang kesan kepada kerajaan PAS Kelantan jika BN menang sekalipun kerana tidak langsung menggugat kekuatan majoriti mereka apatah lagi kepada PAS itu sendiri kerana DUN ini kuotanya adalah untuk PKR. Kita pasti laporan seperti inilah yang akan diberikan atau disampaikan oleh hubaya-hubaya kepada Presiden parti.

Sehari dua lagi ataupun mungkin sekarang ini akan turun dan berkampunglah pakar-pakar strategi dalam UMNO dan juga dari pejabat Perdana Menteri ke DUN Pengkalan Kubur membuat analisa bagi dipersembahkan kepada PM untuk membuat keputusan. 

Sila baca lagi sambungannya di sini : http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2014/08/prk-dun-pengkalan-kubur-letak-songkok.html

Ps: jangan salah percaturan. Walau DUN ni dibawah kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN selama 3 penggal bermaksud letak sesiapapun  atas nama BN boleh dipertahankan!!

Jangan nanti BN meraung kerana ditalkinkan di Pengkalan Kubor kerana tak sedar terlalu lalai dengan KIPASAN CANGGIH!!!

BACA. TEGURAN BUKAN TUJUAN MENGAIBKAN!!!!!!


Kerana cintaku pada negara ini. Dengan niat kecintaan ini LADY kongsikan pandangan rakan senior blogger LADY.

Mohon dibaca dengan kewarasan yang maksima. Tetapi LADY tidak kisah kalau selepas ini akan ada lagi yang komen 'mencarut' dalam ruang komen. Silakan.

SEHINGGA ke hari ini tidak ada satu pun kenyataan ataupun pandangan daripada ahli-ahli kabinet terhadap kenyataan Khairy Jamaludin,Menteri Belia Dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menegaskan bahawa beliau bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk yang menyokong pembangkang untuk berkerja bersama dengan beliau asalkan penyokong pembangkang tersebut tidak membocorkan rahsia kerajaan.

Kenyataan beliau disiarkan secara meluas oleh media massa dan mengundang reaksi yang bukan sedikit daripada penyokong-penyokong kerajaan terutama sekali cybertroopers UMNO yang selama ini berkerja keras mempertahankan kerajaan dan UMNO dari serangan serta kejian dan makian pembangkang.Namun KJ bersikap sebalik itu malah membuka seluas-luasnya peluang,ata beliau,yang menyokong pembangkang tidak boleh dipaksa untuk menyokong kerajaan.Itu hak mereka..!

Sebenarnya apa yang KJ sebut hari ini adalah mengiyakan segala yang pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Perdana Menteri lakukan hari ini dan benarlah apa yang Tun M melenting selama ini malah pendedahan KJ ini sekaligus membuka reban untuk musang berbulu ayam terus membiak di dalam kerajaan,juga secara tidak langsung mendedahkan juga bahawa kerajaan hari ini sememangnya menyusukan kera di hutan.

Kita lihat sahaja perlantikan Ezam Mohd Noor yang dilantik Senator dan kini Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan bertaraf Jusa C, Zaharain,Duta Besar di Indonesia,Zaini Ujang  serta ramai lagi dan lebih parah lagi sekarang ini apabila agensi-agensi penting serta jabatan turut diketuai oleh mereka yang pernah bersama ABIM dan juga Anwar Ibrahim

Malah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan Sri Zabidi merupakan orang kuat ABIM dan pernah berkerja di Yayasan Anda,lubuk yang melahirkan penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim.Agensi-agensi gerak saraf,perang saraf diketuai oleh kumpulan yang menyokong pembangkang dan tidak hairanlah seperti yang selalu saya sebut,dengan bantuan serta nasihat Shahlan Ismail,Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang juga merupakan penyokong tegar dilantik mengetuai agensi tersebut dan siapa yang boleh menafikan bahawa Sahlan jugalah yang mengarahkan seluruh anggota BTN untuk turun berdemonstrasi sesaat Anwar di tangkap tidak lama dulu.

Jadi kenyataan KJ ini tidaklah mengejutkan sangat kerana bukan hari ini apa yang didedahkan KJ itu berlaku malah semakin berakar umbi dalam kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib ini dan inilah antara yang mengundang kemarahan bekas Perdana Menreri Tun M dan penyokong-penyokong kerajaan di luas sana.

Bila Tun M menyerang dalam tulisannya tentang peranan penasihat-penasihat Najib dan mungkin sasaran Tun M adalah salah satunya Sahlan Ismail yang dikatakan cukup berkuasa di pejabat Perdana Menteri sehingga beliau begitu berani dan sedang menyusn gerakan-gerakan yang kita tidak tahu untuk siapa gerakan tersebut disusun bila beliau atas nama Pengarah Strategik telah mengadakan MAS(Mesyuarat Agensi Strategik) dan PAS (Perjumpaan Agensi Strategik) dengan melaporakn soal politik kepada beliau.Siapa Sahlan ini?Apakah ini buka  `hijack' maklumat daripada agensi?Bukankah gerakan Sahlan ini bertentangan dengan usaha dan operasi MKN 17 melalui `lead' agensi?

Ps: jangan hanya kerana nak mwnjaga hatu seorang dua, hati berjuta diabaikan. Betuk kaya Tun M, tegur bukan kerana benci.

LUAR BIASA!!!!!!!


Apa dah jadi?  Ini gambar bukan di luar negara tetapi dalam negara kita Malaysia!!!

Walaupun bukan beragama Islam. Tetapi pasangan ini telah melakukan tindakan yang bukan kelazimam dilakukan oleh individu normal dan bermoral di negara ini!!!! Sangat Luar Biasa!!!

LADY memandang serius perkara ini! Seharusnya kejadian seperti ini tidak boleh berulang untuk sekian kalinya. Mereka yang bukan beragama Islam wajar menghormati kesopanan rakyat Malaysia.! Berpakaian separuh bogel begini, bukan rutin yang wajar dipraktikkan di negara ini. Dalam Rukun Negara sendiri telah dinyatakan dengan jelas " KESOPANAN DAN KESUSILAAN.  Dengan kata lain, siapapun selagi mereka ini warganegara Malaysia WAJIB memejuhi ikrar berkenaan!!!

LADY mencadangkan pihak berkuasa agar dikaji selepas ini, apa juga aktiviti yang menggunakan kawasan awam dan terbuka, memerlukan kebenaran khas atau permit. Perlu dimasukkan syarat utama, pakaian yang sopan dalam setiap kelulusan.

Mereka yang ada berniat biadap mencabar had kesopanan akan datang, wajar sedar. Andai anda sememangnya anak Malaysia. Belajar menghormati hak mata orang lain. Walaupun anda bukan melayu dan bukan beragama Islam!!!!!!

Ps: kalau kemaruk sangat nak photoshoot separuh bogel. Pergilah luar negara yang melihat pakaian seperti ini bukan luar biasa!!!!

KES ANWAR: ANDA WAJIB TAHU


Fakta Kes RASUAH Anwar Ibrahim - 1998

1. Fakta Kes

Lima tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya : Datuk Abdul Gani Patail
Peguam Negara : Tan Sri Mokhtar Abdullah

Tuduhan di bawah Seksyen 418A (1) Kanun Prosedur Jenayah

Peguam Anwar : Tujuh peguam kanan terdiri daripada dua bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse dan Zainur Zakaria bersama Christopher Fernando,Sulaiman Abdullah, Gurbachan Singh, Pawancheek Marican dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Pendakwaraya : Pihak pendakwa diwakili oleh Abdul Gani bersama Timbalan-Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad dan Mohd. Yusof Zainal Abiden serta Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Augustin.
  
2. Pertuduhan
  
Pertuduhan RASUAH

1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan

b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegali Rasuab tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menten Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".


4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".


HUKUMAN

Mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Pindaan telah dibuat oleh pihak Pendakwa pada 13 Jan 1999

1. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

2. "Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan, dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

3. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan kesalahan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas, dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu, bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;


4. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47 Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu, Mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu sendiri di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

HUKUMAN

Mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

3. Keputusan dan Hukuman

KES RASUAH

Mahkamah Tinggi ,14 April 1999, Hakim Datuk S. Augustine Paul

Hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999 selepas mendapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap tuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini.

Alasan Penghakiman

Hakim Augustine membaca secara ringkas penghakiman bertulis setebal 391 muka surat pada pukul 9.23 pagi pada penghujung perbicaraan Anwar yang masuk hari ke-78 hari ini.

''Setelah menimbangkan dengan amat teliti, maka kini tibalah peringkat penghakiman perbicaraan ini,'' kata beliau.

Hakim Augustine berkata, pada dasarnya, beliau membaca semua pertuduhan dan dalam penghakiman itu menjelaskan mengapa beliau meminda tuduhan terhadap Anwar.

''Saya juga jelaskan dalam penghakiman mengapa saya membuat pindaan dan mengapa saya menggugurkan sesetengah keterangan dan ini saya berikan garis kasarnya kepada pihak berkenaan,'' kata beliau.

Beliau berkata, persoalan yang ditimbulkan terhadap bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd. Said Awang sama ada beliau bersubahat dengan bekas timbalannya, Datuk Amir Junus, juga diteliti.

Hakim Augustine: ''Saya meneliti keterangan pembelaan dan menjelaskan mengapa saya mengetepikan konspirasi politik, butiran keterangan mengenai pita rakaman, keterangan dalam profesion guaman dan menilai laporan-laporan akhbar.

''Saya menilai laporan kedua (laporan yang didakwa mengandungi nama tokoh-tokoh politik yang ingin menjatuhkan Anwar) sebagai keterangan dengar cakap.

''Saya juga membincangkan tentang prinsip yang dikendalikan oleh pembelaan yang mempertikaikan kredibiliti saksi-saksi pendakwa.

''Perkara yang utama adalah sama ada pendakwa membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.

''Ini adalah pertimbangan pendapat saya selepas meneliti dengan cermat undang-undang dan fakta asas keseluruhannya bahawa pendakwa membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.''

Keputusan Rayuan di Mahkamah Persekutuan , 10 Julai 2002

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah menyalah guna kuasa.


Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah mengumumkan keputusan itu secara lisan kira-kira pukul 10 pagi ini. Keputusan penuh dibuat secara bertulis setebal lebih 60 muka surat yang turut mengandungi alasan-alasan penghakiman.

Dzaiddin yang mengetuai sidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Haidar Mohd. Noor mencapai sebulat suara memutuskan menolak rayuan tersebut dan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 14 April 1999.

Dalam penghakimannya, Dzaiddin berkata, mahkamah turut menimbang isu penting yang dalam rayuan tersebut.

Katanya, perkara yang dibangkitkan sama ada hukuman penjara enam tahun yang dikenakan bagi setiap kesalahan dalam empat pertuduhan berjalan serentak berkuat kuasa pada tarikh sabitan dianggap terlalu berat.

Menurut Dzaiddin, hakim bicara telah memberikan alasannya berhubung hukuman yang dijatuhkan dan juga alasan beliau tidak mengenakan hukuman itu mulai dari tarikh ditangkap.
``Ia adalah jelas bahawa hakim bicara menggunakan pertimbangan dengan budi bicara mengikut Seksyen 282(d) Kanun Prosedur Jenayah,''
Dzaiddin menegaskan bahawa selepas mahkamah menimbangkan alasan-alasan hakim bicara ia mendapati hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan bermula dari tarikh sabitan kesalahan bukanlah suatu kesilapan dalam prinsip undang-undang.
``Oleh demikian, kami tidak ada sebab untuk campur tangan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi,''
- Semoga fakta yang diberikan ini dapat menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi menjadi Perdana Menteri. Korup dan Nepotisme adalah hidup Anwar Ibrahim.
Sumber : rakan blogger

BILA SAKAN NAK GLAMOUR!!!


Alahai.. si pondan ni. Kot yapun nak tambah glamour. Tengok-tengoklah keadaan.

Inilah antara tanda manusia akhir zaman

Ps: hormati keadaan dan suasana ketika nak #selfie.

BODOHNYA BUDAK NI!!!!


Anak siapalah bodoh bingai ni. Rasanya dia ni jenis tak masuk ditegur. Ikut kepala otak dia sahaja!!!!!

Pada sesiapa yang friend dengan budak bodoh ni. Tolong tegur dia elok-elok atau dia bakal dikenalakan tindakan.

HARI BERKABUNG MALAYSIA 22HB OGOS 2014


Hari ini. Merupakan hari berkabung Malaysia sempena memperingati Tragedu pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh. Hari jenazah mangsa tiba di Malaysia.

LADY nak kongsikan pengetahuan sempena hari ini.

Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Pada Jumaat 22 Ogos 2014, hari ini adalah hari untuk Berkabung Malaysia sempena memperingati Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17  yang telah di tembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donestk,  Timur Ukhraine.  Pada hari tersebut mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air  (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam.


Majlis dan istiadat sebagai menghormati jenazah mangsa MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rakyat semua di minta bertafakkur walaupun di mana mereka berada. Waktu bertafakkur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas,  Jumaat antara 10.45 hingga 11.15 pagi.

Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17


* Bendera Malaysia di kibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan.
* Semua acara yang berunsur hiburan di tangguhkan pada hari berkenaan.
* Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang beragama 
Islam dan terlibat secara langsung . mereka di galakkan memakai songkok  (tanpa lilitan warna putih), selendang hitam. 


* Pada hari berkenaan juga rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

Semoga keluarga dan sahabat handai mangsa nahas MH17 terus bersabar atas apa yang telah berlaku. Peristiwa ini juga mengingatkan kita agar mati itu pasti datang kepada kita semua yang hidup, cuma caranya dan di mana kematian itu berlaku hanya Allah juga yang maha mengetahuinya...Agar kita sama-sama muhasabah diri kita.
Wallahu'alam.

*** Ingatlah...Mati Itu Pasti ... Dari Nya kita datang dan kepada Nya jua kita akan di kembalikan...  Allahuakbar...

#berkabung
#MH17


Sumber gambar : MyNewshub.com

BEKAS AHLI PKR MENDAKWA WAN AZIZAH ADALAH PELACUR POLITIK??????


Bukan LADY yang tulis ya tapi sengaja LADY kongsikan dalam posting kali ini. Ini kenyataan dibuat oleh bekar ahli PKR dalam temubual mereka bersama http://www.suara.tv/?p=21586
Silakan membacanya :

Bekas Ahli PKR Mendakwa Wan Azizah Adalah Pelacur Politk

By Editorial August 21, 2014 : 11:41 pm

Sabak Bernam – Presiden, Persatuan Menyokong Khalid Ibrahim (PASSMEB) Mazli Saring menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan ISmail sebagai pelacur politik.

Menurut Mazli yang juga merupakan bekas penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau mengambil keputusan untuk menentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tindakan salah guna kuasa yang dilakukannya.

"Saya menentang Anwar bukan kerana isu moral seperti yang dibangkitkan sebelum ini, namun saya menentang beliau kerana tindakan beliau yang jelas menyalahgunakan kuasa untuk melantik isterinya bagi mengantikan Tan Sri Khalid.

"Pada saya Wan Azizah hanyalah pelacur politik yang dijadikan boneka untuk kepentingan Anwar" katanya.

Seterusnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi berkata, beliau hairan bagaimana PAS sangup menyokong Wan Azizah untuk mentadbir kepimpinan negeri sedangkan di dalam sidang DUN Selangor yang lalu semua soalan ADUN Kajang itu telah ditolak kerana gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Budiman turut menyifatkan tindakan PAS yang kembali menyokong pakatan disaat akhir sebagai 'gerakan corner baring'.

"Pada saya isunya bukan soal wanita boleh mentadbir atau tidak, tapi pada saya bagaimana orang yang gagal mematuhi peraturan yang mudah itu mampu diberi kepecayaan untuk mentadbir sebuah negeri" ujarnya.

Manakala menurut bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha parti PKR telah menyebabkan PAS menjadi sebuah parti politik yang paling hina ekoran krisis politik pentadbiran di negeri itu.

Menurut beliau krisis Selangor berpunca hanya kerana cita-cita politik Anwar.

"Sebagai seorang anak jati Selangor, saya tidak percaya orang luar mungkin dilantik sebagai Menteri Besar.

"Saya tidak yakin orang luar boleh mentadbir negeri Selangor, apatah lagi orang tersebut bersuamikan oleh orang yang paling saya tidak percaya katanya di sebuah forum 'MB Selangor – Anak Selangor' anjuran Pakatan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (PASSMEB) malam tadi.

Menurutnya Anwar juga adalah merupakan orang yang ingin membawa fahaman Liberali iaitu Islam ala Amerika di negara ini.

Seterusnya Presiden Gerakan Rakyat Arus Bawahan (Grabs) Pak Faizal menyifatkan pimpinan pakatan pada ketika ini terdiri daripada mereka yang mengamalkan politik menghalalkan cara.

Menurutnya lagi ketika berlakunya krisis politik di Perak, rata-rata pimpinan pakatan mendesak agar diadakan pilihanraya negeri agar kuasa memilih dapat dipulangkan kepada rakyat.

Namun ketika berlakunya krisis di Selangor, orang yang sama mengunakan hujah kononnya ia merupakan satu tindakan yang membazir dan buang masa.

Beliau turut melontarkan persoalan kepada hadirin, sama ada mereka bersedia menjadikan seorang wanita sebagai Menteri Besar, sambil dijawab TIDAK oleh mereka yang hadir.

Forum yang diadakan di dewan Batu Lima, Sungai Besar itu turut dihadiri hampir 200 orang bekas ahli PKR.

Menurut penganjur kebanyakkan ahli-ahli PKR yang aktif menyokong Khalid telah dipecat kerana dilihat aktif di bawah NGO yang menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ps: pada LADY wan Azizah tak lebih dari BONEKA NAFSU ANWAR.

TUN M MENEGUR BUKAN BERSIFAT PRIBADI


Silakan membacanya tanpa dilanda emosi melampau ya:

Teguran Bukan Bersifat Peribadi, Tidak Bermaksud Untuk Najib Letak Jawatan – Dr Mahathir

By Editorial August 19, 2014 : 1:18 am
Kuala Lumpur – Teguran kepada Datuk Seri Najib Razak tidak melibatkan perkara peribadi dan bukan bertujuan untuk memaksa perdana menteri melepaskan jawatannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu, beliau tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan Najib kerana tindakan itu menurut pandanganya tidak memberikan manfaat kepada negara.

"Tidak, saya tidak minta beliau letak jawatan, saya cuma tidak bersetuju dengan polisi beliau," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (EIEJS), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Menurut Dr Mahathir Najib adakalanya dilihat lebih gemar mendiamkan diri apabila tercetusnya sesuatu isu dan terlalu lembut kepada semua orang menyebabkan sesetengah pihak tidak menghormati Perlembagaan negara.

"Ini bukan isu peribadi. Apa yang dilakukan Najib tidak memanfaatkan negara…ketegangan kaum dan agama meningkat, orang tidak hormat kepada Perlembagaan lagi.

"Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respons, senyap…ada masalah tapi tidak ambil tindakan," katanya.

Ps: ada kalanya menegur tak semua akan menerimanya seoerti mesej sama yang ingin disampaikan..

SUARA TUN DR M


LADY tidak berniat kongsikan ini untuk tunjukkan konon LADY antara individu mahu PM jatuh. Tidak sama sekali. Tetapi sekurang-kurangnya cuba hanyati suara mantan PM ini.

Sila baca:

Dr.Mahathir Mohamad

MENEGUR
Aug 18th, 2014 @ 10:54 am

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, "Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku."

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.

Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.


10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya Tuanku".


12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. 
Antaranya ingin saya sebut disini:

"Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
"Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan"


16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal "Bila lagi orang tua ini akan pergi." Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.


31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

All content Copyright of Tun Dr Mahathir

Ps: ada pro dan kontra sebenarnya. Pada LADY, Pemimpin Idola LADY pada dasarnya berniat baik. Cuma agaknya.. terlalu terbuka. Apapun. LADY berharap ada jalan penyelesaiannya.

AHMAD ZAHID MINTA DR MAHATHIR HORMAT KEPIMPINAN SEMASA


Oleh: NATASHA JOIBI
editor@mstar.com.my

BANGI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya kepada kerajaan tetapi mesti menghormati kepimpinan semasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu dihormati oleh semua orang, termasuk Dr Mahathir.

"Ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir menuntut kesetiaan daripada semua orang.
"Saya yakin (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut kesetiaan yang sama," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Dr Ahmad Zahid berkata, menerima komen negatif dan pendapat yang tidak digemari adalah harga yang terpaksa dibayar oleh ahli-ahli politik di media sosial.

"Seorang pemimpin ditakrifkan oleh era beliau. Tidak ada media sosial sebelum ini tetapi sekarang ada banyak.

"Adalah penting untuk memahami bahawa komen-komen negatif itu adalah pendapat peribadi daripada pengguna media sosial termasuk Dr Mahathir," kata beliau.

Apabila ditanya sama ada terdapat permintaan untuk Najib meletak jawatan dari Umno, Dr Ahmad Zahid berkata, tidak ada permintaan seperti itu dibuat di mana-mana cawangan atau peringkat bahagian.

Pada Isnin, Dr Mahathir menulis dalam blog beliau chedet.cc bahawa beliau telah hilang kepercayaan dalam kerajaan setelah berkali-kali menegur dasar-dasar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.

Beliau mendakwa pentadbiran Najib telah gagal menjadikan prestasi buruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pengajaran dan terus memperkenalkan dasar-dasar yang telah memusnahkan hubungan antara kaum dan ekonomi negara.

CERITA: NO 71 TIDAK LAYAK MENJADI MENTERI BESAR : ISU PERLEMBAGAAN NEGERI SELANGOR

No 71 tidak layak menjadi Menteri Besar
Isu perlembagaan Negeri Selangor

Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sememangnya menarik. Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.

Menurut pendapat peguam atau pengamal undang undang iaitu Encik Ahmad Shuaib Ismail beliau menyatakan bahawa Tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor. Ianya merupakan satu "convention" yang difahami oleh semua orang. Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor.

Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya "anak kelahiran Selangor" sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor. Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam & Melayu sahaja yang dinyatakan.

Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara "naturalisasi" dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957.

Terma "naturalisasi" mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di"naturalisasi"kan. Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin. Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di"neutralisasi".

Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia. Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.

Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka. Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.

Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua "calon Menteri Besar" ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor. Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda? - 


Sumber: perkongsian rakan blogger Sanggah Tok Janggut

MALAYSIA KOMITED TUNTUT DALANG TRADEGI MH17 DIHADAP KE MAHKAMAH


TAPAH:  Malaysia komited mahu memastikan dalang yang menembak jatuh pesawat MH17 dihadapkan ke mahkamah, sama ada di Malaysia, Ukraine atau mahkamah antarabangsa.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pihak peguam negara dan Wisma Putra sedang mendalami perkara itu, di samping melihat daripada aspek sistem perundangan antarabangsa.

Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa insiden pesawat komersil ditembak jatuh yang masih belum mendapat keadilan, Malaysia tidak akan berdiam diri.

Bagaimanapun, ujar beliau, keutamaan buat masa ini adalah untuk menyelesaikan perkara berhubung pengurusan jenazah mangsa tragedi tersebut.

"Ini tidak boleh berlaku kepada pesawat MAS, ini tidak boleh berlaku kepada penumpang-penumpang di dalam MH17.

"Tetapi yang paling penting, kita kena ikut jadual dan keutamaan dan keutamaan kita hari ini ialah memastikan bahawa mangsa MH17, jasad, jenazah dan mayat mereka dapat dikembalikan dahulu ke negara masing-masing. Sebab itu jangan kita campur-adukkan benda-benda ini," kata Hishammuddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Tapah di Dewan Merdeka Tapah, Perak pada Ahad.

Hishamuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, walaupun fokus kini diberikan kepada tragedi MH17, kerajaan tidak pernah melupakan misteri kehilangan pesawat MH370 dan terus komited dalam menjalani misi pencariannya.

Menurut beliau, walaupun Malaysia hanya sebuah negara kecil, tetapi ia telah memainkan peranan besar dalam menyatukan dua negara besar, China dan Australia, untuk berkongsi maklumat pencarian pesawat malang itu.

Katanya, beliau akan ke Perth, Australia dalam beberapa minggu lagi untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan pencarian dari kapal KD Mutiara dan Bunga Mas 5. - ASTRO AWANI

PENDIRIAN PAS JADIKAN KEDUDUKAN ABDUL KHALID SEMAKIN SUKAR - PENGANALISIS


KUALA LUMPUR:
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berada dalam keadaan tertekan dan tersepit dalam kemelut politik Selangor selepas PAS semalam menarik balik sokongan terhadapnya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Keputusan PAS menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu telah memberi isyarat jelas kepada kedudukan bekas tokoh korporat berusia 67 tahun itu.

Bagaimanapun, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam mesyuarat berasingan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid.

Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berpendapat perkembangan terbaru itu meletakkan Abdul Khalid dalam situasi sukar untuk mengekalkan jawatannya.

Beliau berkata Abdul Khalid kini mempunyai dua pilihan iaitu membuat saranan kepada Sultan Selangor untuk menentukan siapa sebenarnya disokong oleh semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

"Beliau kena pastikan adalah benar Dr Wan Azizah mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor untuk menjadi menteri besar," katanya ketika dihubungi Bernama berkaitan perkembangan terbaru kemelut politik di negeri itu.

Menurutnya, pilihan kedua bagi Abdul Khalid pula adalah mengusulkan kepada sultan untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula di negeri itu.

Abdul Khalid, yang menyandang jawatan menteri besar atas perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lepas, mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor untuk menerajui kerajaan negeri.

Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi DUN dengan PKR 13, Barisan Nasional (BN) 12 dan Abdul Khalid sebagai wakil rakyat bebas.

Mengenai tindakan PAS menamakan Dr Wan Azizah dan Azmin sebagai calon menteri besar, Chandra berkata ia merupakan taktik bagi menyatakan pakatan pembangkang masih relevan dan mantap.

"Mungkin mereka (PAS) ingin menjaga hubungan baik dengan PKR dan DAP dalam pakatan," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berpendapat dari segi perundangan, Abdul Khalid masih sah memegang jawatan menteri besar sehingga undi tidak percaya diusulkan pada persidangan DUN.

"Bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada perkenan dan keputusan Sultan Selangor berhubung perkara ini," katanya. - BERNAMA

Ps: bubarkan je DUN Selangor beri ruang untuk adakan Pilihanraya Umum Negeri.

RAMAI PERTIKAI KEMAMPUAN WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR -PENGANALISIS


KUALA LUMPUR:  Mampukah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan tugas, tanggungjawab serta amanah sebagai Menteri Besar Selangor?


Persoalan ini disuarakan penganalisis dan pemerhati politik yang sangsi dengan keupayaan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang itu untuk memikul tugas menerajui Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Dr Wan Azizah pernah mempermainkan kepercayaan rakyat apabila presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 26 Ogos 2008.

"Dalam pentadbiran parti (PKR) itu sendiri, corak kepimpinan parti beliau dipengaruhi 'pihak ketiga' dan bukan ideanya," kata Tun Faisal ketika ditemui selepas wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, baru-baru ini.

Oleh itu, kata beliau rakyat, terutamanya warga Selangor, perlu berfikir secara matang dalam menilai kemelut politik yang melanda negeri itu, termasuk perebutan jawatan menteri besar.

Beliau berpendapat Abdul Khalid lebih berkemampuan mentadbir Selangor berdasarkan rekod pentadbirannya sejak lebih lima tahun lepas, lebih-lebih lagi  apabila kini beliau terus mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menduduki jawatan itu.

"Berbanding Abdul Khalid, Dr Wan Azizah tiada langsung pengalaman mentadbir," katanya.

Beliau berkata Abdul Khalid juga seorang pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat daripada parti dan perkara ini terbukti dalam isu air di Selangor apabila bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2).

Projek LRAL 2 yang merupakan langkah kerajaan Persekutuan untuk selesaikan masalah kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah tertangguh sejak 2008.

Sementara itu, anggota Panel Pemikir Jasa Lokman Noor Adam sependapat dengan Tun Faisal bahawa Abdul Khalid adalah pemimpin yang komited dalam menjaga kepentingan rakyat berbanding kepentingan parti.
"Isu air di Selangor misalnya, telah menonjolkan Tan Sri Khalid sebagai pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat berbanding parti," katanya.

"Beliau adalah seorang yang berani untuk melanggar arahan parti bila mana kepentingan rakyat diperjudikan," katanya.

Senada dengan pandangan itu, Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad  Marthada Mohamed berkata, urusan mentadbir sebuah negeri lebih kompleks berbanding mentadbir sebuah parti.

Katanya sebagai negeri yang pesat membangun, Selangor memerlukan seorang pentadbir yang mahir dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek, termasuk  kewangan, organisasi dan kemanusiaan.

"Pentadbiran sesebuah negeri melibatkan perancangan yang teliti kerana ada aspek pembangunan, belanjawan dan hubungan dengan pelabur luar.

"Malahan, kalau diteliti sejarah politik Dr Wan Azizah, beliau sendiri bukan sukarela berada dalam politik, sebaliknya menjadi calon atas faktor yang tidak dapat dielakkan, bukan atas kemampuan atau kemahuan sendiri, jadi bagaimana pula beliau mahu mentadbir sesuatu yang lebih besar (negeri)?," soalnya.

Ahmad Marthada bagaimanapun menegaskan gender tidak sesekali menjadi persoalan dalam krisis ini kerana seseorang pemimpin itu dipilih berlandaskan kemampuan dan kebijaksanaannya.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugam Pandian pula berkata kemampuan Dr Wan Azizah menerajui Selangor sebagai Menteri Besar bukan sahaja diragui pihak lain, malah rakan sekutu PKR sendiri iaitu PAS.

"Berdasarkan kepada keterangan Dr Wan Azizah sebelum ini, beliau sendiri  mengakui belum bersedia untuk tadbir Selangor, apatah lagi banyak isu perlu  ditangani.

"Barangkali, itu juga menjadi halangan kepada PAS untuk menolak Dr Wan Azizah. Lebih baik mengekalkan calon sedia ada atau calon lain yang dirasakan mampu menjalankan tanggungjawab menteri besar dengan lebih berkesan," katanya.

Isnin lepas, Sultan Sharafuddin memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar selepas dipecat sebagai anggota PKR.- BERNAMA

RAKYAT BERTAFAKUR SERENTAK BAGI MENGHORMATI JENAZAH MH17 PADA 22 OGOS


KUALA LUMPUR:  Rakyat di negara ini akan bertafakur secara serentak selama beberapa minit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dijadual tiba di tanah air pada 22 Ogos ini.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Belanda.

"Inilah julung-julung kalinya rakyat Malaysia bertafakur serentak di seluruh negara...adalah diharapkan ia berjaya menunjukkan penyatuan dan perpaduan rakyat pelbagai bangsa terhadap tragedi yang menimpa negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat di sini, hari ini.

Beliau berkata masa untuk bertafakur itu akan diumumkan menerusi siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen yang membuat liputan istiadat upacara ketibaan jenazah itu bermula 10 pagi Jumaat depan.

Menurutnya istidat penghormatan jenazah tragedi itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan dan melibatkan 10 kementerian lain.- BERNAMA

ABDUL KHALID TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN BUBAR DUN SELANGOR


SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.


Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di sini, malam ini.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1)- BERNAMA

SULTAN NASIHAT ABDUL KHALID TIDAK BERIKAN KENYATAAN BERHUBUNG MB SEHINGGA 27 OGOS


KUALA LUMPUR:  Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kedudukan menteri besar sehingga 27 Ogos ini.


"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

"DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang  baginda berpuashati bahawa saya  mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya lagi,  DYMM Tuanku Sultan juga  telah menitahkan supaya beliau tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos untuk beliau menghadap sultan.

Justeru Abdul Khalid juga menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.

Sebelum ini, 30 orang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan di Facebook berkata, beliau maklum tentang pengumuman Wan Azizah yang mendakwa ADUN Kajang itu telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.

Tambah Abdul Khalid, sehingga proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor belum lagi diadakan, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.

Pada 9 Ogos, Abdul Khalid dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta. - ASTRO AWANI

BETULLAH TU!!!!!!

INFO: SUAMI PEGAWAI AMBANK YANG MAUT DITEMBAK SYUKUR ARWAH ISTERI DAPAT PEMBELAAN


KUALA LUMPUR:  Irwan Kamaruddin, suami pegawai Ambank  Norazita Abu Talib yang maut ditembak di cawangan Subang Jaya bank itu tahun lepas, bersyukur kerana isterinya mendapat pembelaan sewajarnya berikutan  pensabitan hukuman mati ke atas tertuduh kes itu.


"Syukur, Alhamdulillah apabila keadilan dapat ditegakkan bagi kematian arwah isteri saya apabila pembunuhnya dihukum gantung oleh pihak mahkamah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian itu Norazita, 38, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan pada 23 Okt tahun lepas.

Norazita, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek yang juga seorang pengawal keselamatan di bank itu.

Irwan, 38, turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis dan sistem keadilan negara yang memberi dirinya dan dua anaknya ketenangan kerana pemergian arwah isterinya dapat dibela.

Semalam, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati terhadap La Ode Ardi Rasila, 37, selepas dia didapati bersalah melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis 'pump gun'.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu setelah berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.

Irwan berkata beliau amat berpuas hati dengan proses hukuman itu selepas setahun kematian isterinya.
"Selepas mendengar keputusan  mahkamah, saya segera menelefon anak saya untuk memaklumkan pembunuh ibu mereka dihukum gantung," katanya.

Pasangan itu mempunyai sepasang anak iaitu Nurnisa Nabila, 13, dan Muhammad Hazimi, 9. - BERNAMA

INFO: KERTAS SIASATAN KES PELAJAR 'LIKE' I LOVE ISRAEL DI FAVEBOOK SIAP


NIBONG TEBAL:  Kertas siasatan kes seorang pelajar  tingkatan lima menekan butang 'Like' I Love Israel laman sosial Facebook telah dihantar kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP) hari ini.


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu mengikut Akta Hasutan dan menyerahkan kepada KUP untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

"Kami telah rekodkan lima keterangan iaitu dua daripada guru sekolah berkenaan dan tiga daripada rakan pelajar itu...sama ada pelajar itu akan didakwa atau tidak bergantung kepada keputusan KUP," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) ACP Shafien Mamat di sini hari ini.

Rabu lepas, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang  'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan warga sekolah itu.

Media juga melaporkan bahawa seorang guru dari sekolah sama turut mengkritik tindakan pelajar itu di akaun facebook miliknya sehingga mengundang komen daripada pengguna lain yang mengecam termasuk mencadangkan pelajar itu dibakar.

Abdul Rahim berkata polis turut menyiasat berhubung ancaman yang didakwa diterima pelajar berkenaan. - BERNAMA

TAMPARAN LAGI UNTUK ANWAR: PAS TOLAK AZIZAH, DEWAN ULAMA MAHU AZMIN

Oleh : Wan Syamsul Amly, Astro Awani

KUALA LUMPUR:  Nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disebut-sebut bakal dicalonkan oleh PAS sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu semasa Mesyuarat Jawatankuasa PAS pada Pusat Ahad ini.
Ia dilihat satu keputusan yang sangat signifikan selain beberapa keputusan status dua Ahli Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan empat exco mereka yang kekal di dalam Kerajaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan turut dibincangkan.

Menurut sumber dalaman PAS, nama Azmin akan dicadang Dewan Ulama PAS kerana dianggap calon paling berwibawa untuk menyelesaikan krisis Selangor sekali gus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu mewakili Pakatan Rakyat.

"Dewan Ulama juga dikatakan telah menyatakan pandangan mereka kepada beberapa NGO Islam untuk mendapatkan pandangan mengenai krisis Selangor dan cadangan menamakan Azmin sebagai menteri besar.

"Ia dikatakan mendapat respon positif dan akan diputuskan pada 17 Ogos ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

‎Dalam pada itu kata sumber berkenaan, laporan beberapa portal mengenai keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS pada Khamis yang tidak bersetuju menamakan Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid membuktikan nama Azmin akan 'naik' pada Ahad ini.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mempengerusikan sidang media berkenaan tidak menyebut nama lain bagi menggantikan Abdul Khalid.

Sementara itu jelas sumber, kenyataan media yang dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Khamis memberi tamparan hebat kepada PKR yang dilihat 'gelojoh' dalam menyelesaikan kemelut yang melanda Negeri Selangor.

"Salahuddin sejak awal meminta semua pihak berkaitan bersabar dan menegaskan bahawa PAS akan membuat satu keputusan yang sangat signifikan pada 17 Ogos di mana Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan berbincang mengenai krisis Selangor, jadi bersabarlah," ujarnya.

Salahuddin sebelum ini meminta pihak berkenaan untuk bersabar sementara PAS memperincikan pendirian yang akan dijelaskan pada Ahad ini.

Kata Salahuddin, isu menukar menteri besar dilihat sukar dan bukan semudah menukar ketua kampung.