Followers

ADA PELBAGAI KERAGUAN HAL BATAL PUASA


Sila baca indo ini.

Keputusan "Seminar Fekah Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.Menurut Al-Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.

Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

1- Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga.

2- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).

3- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).

4- Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.

5-Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

6- Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti glukos yang mengenyangkan).

7- Penderma atau menerima pemindahan darah.

8- Oksigen dan Gas Bius.

9- Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.

10- Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.

11- Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.

12- Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.

13- Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.

14- Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya (contoh; IUCD, alat pencegah kehamilan dalam rahim).

15- Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.
                                              

Selamat menjalani ibadat puasa semua, semoga ukhwah ini terjalin selamanya..

BILA BULAN RAMADHAN


Kalau bukan bulan puasa. Cerita berkisar bebeza. Tetapi bila bulan peribadatan bermula... cerita hadis pula jadi sebuah dakwaan luar biasa.. wujud fatwa baru berkenaan peribadatan.
Berhati-hati dengan fatwa palsu yang ditambah hadia palsu

PERSOALAN : KENAPA PEMBORONG TIDAK DIAUDIT


Cayalah! LADY kagum dengan artikel ini. Sila baca betul-betul

Kenapa pemborong tidak diaudit?

Anggota polis marin mengawal sebuah kapal yang menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Sungai Serai Seri Alam, Johor, kelmarin.

MUNGKIN bagi sesetengah pihak, sikap proaktif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam membanteras penyalahgunaan dan penyelewengan diesel bersubsidi harus dipuji, apatah lagi dengan kejayaan mematahkan perbuatan itu melalui Ops Titik.

Tetapi persoalannya, apakah ia benar-benar mampu membanteras perbuatan haram tersebut dan apa kesudahannya terhadap sebahagian besar pemborong-pemborong yang sebelum ini dikenalpasti terlibat dalam sindiket menyeleweng diesel bersubsidi.

Kali ini Wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, MOHD.SHARIZA ABDULLAH dan SITI ROHAIZAH ZAINAL mendedahkan pula, persoalan pokok yang sepatutnya diberikan tumpuan oleh KPDNKK dalam usaha memastikan usaha membanteras perbuatan yang diangap sabotaj kepada ekonomi negara itu benar-benar berjaya.

KUALA LUMPUR 26 Jun - Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat aktif untuk membanteras penyalahgunaan dan penyelewengan diesel bersubsidi namun kementerian tersebut dilihat masih belum menyentuh isu pokok yang memungkinkan gejala itu berlaku.

Satu sumber berkata, sehingga ke hari ini KPDNKK dilihat masih belum melakukan sebarang pengauditan terhadap pemborong-pemborong yang sebelum ini didakwa sebahagian besar daripada mereka terlibat dalam sindiket penyelewengan bahan bakar tersebut.

"Kita masih ternanti-nanti tindakan KPDNKK terhadap golongan tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kementerian itu dilihat lebih menumpukan kepada masalah remeh temeh dan bukannya persoalan pokok iaitu mengaudit semua pemborong berlesen dan syarikat yang diberi permit.

"Walaupun persoalan ini pernah ini ditimbulkan tetapi kita lihat tiada tindakan dilakukan oleh kementerian tersebut,'' kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Malah sumber berkenaan berkata, penyelewengan diesel bersubsidi tidak akan dapat dihapuskan, kalau sekadar KPDNKK membekukan lesen tanpa membuat penilaian semula terhadap kesemua lesen yang diberikan kepada pemborong.

"Saya tidak faham kenapakah KPDNKK sukar sangat hendak melakukan pengauditan tersebut, kalau tidak ada tenaga, mereka boleh meminta kepada kerajaan untuk membenarkan satu pasukan petugas khas ditubuhkan,'' katanya.

Sumber itu berkata, pengauditan tersebut amat penting bagi mengelakkan pemborong yang tidak bertanggungjawab terus melakukan penyelewengan diesel bersubsidi.

"Kita tahu sebahagian besar daripada mereka terlibat tetapi selagi pengauditan tidak dilakukan selagi itulah mereka yang selama ini sudah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit melalui aktiviti haram itu akan bebas daripada perbuatan jenayah tersebut,'' katanya.

Oleh itu, sumber tersebut mengingatkan, kementerian itu tidak perlu beria-ia hendak memperkenalkan sistem baru yang dikatakan akan mampu mengekang penyelewengan diesel bersubsidi sedangkan sistem dalaman sendiri masih berkeceramuk.

"Kenapa perlu tumpu kepada pelaksanaan sistem yang akan menelan belanja beratus-ratus juta ringgit sedangkan sistem pengurusan dalaman berkaitan pengagihan dan pemberian lesen pun masih banyak masalah,'' katanya.

Sumber itu juga menarik perhatian bagaimana sehingga ke hari ini KPDNKK melalui Ops Titik hanya mampu menumpaskan sindiket-sindiket kecil sahaja.

"Kita tertanya-tanya kenapakah sindiket besar masih lagi beroperasi, saya percaya kementerian tersebut mempunyai maklumat berkenaan,'' kata sumber itu.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

@ahamdmaslan SAMAN JE AKHBAR SYKA FITNAH NI!

asyik tabur fitnah saja akbar harakahdaily ni. Kali ini mereka twrlalu terdesak nak menjatuhkan nama UMNO-BN Sekali ini artikel tersebut keluar dan kali ini ketua penerangan UMNO DSAhmad Maslan membuat penafian di twitter

Klu macam cara begini. Saman je akbar ini. Kalau tak diajar, sampai bilapun mereka suka hati sahaja membuat penulisan sebegini

ABBY ABADI KIAN DITINGGALKAN


Nampaknya tekanan Abby Abadi berpunca dari situasi ini. Patutlah LADY dah jarang sangat melihat kemaskini Instagramnya menunjukkan aktiviti memenuhi jemputan ceramah. Saat ini keHANGATannya merundum tatkala pemimpin PAS lebih menumpahkan perhatian mereka kepada wajah tengah SIZZLING iaitu dyana Sofea

Masa meronda-ronda.di bumi Terengganu.. poster ini LADY temui di surau berhadapan pasar payang.

So korang fikir-fikirlah yer

Untuk menarik pengundi.. PAS dah tak peduli hal-hal haram. Janji mesti menang!!!!! Agaknya jika terpaksa lepaskan perjuangan syariat Islam pun mereka sanggup. Asal jawatan dalam Dewan berjaya dikekalkan! Allahu akbar!!!!

ADAKAH ABBY ABADI DAH HILANG CAKARNYA? PAS BERALIH KEPADA DYANA SOFEA????



Bila teringat semula kenyataan sebelum ini. Konon Dyana mampu mengoptimumkan tarikan.. lebih kurang meseh macam tulah. LADY tengok pula gambar yang dikongsikan oleh rakan Guano Boh di FB. Berbisakah Dyana Sofea menarik perhatian pendengar PAS di kelantan.????? ( lihat gambar-gambar di atas. Biar gambar berbicara)

Dah ada Dyana Sofea.. Abby Abadi dah hilang cakaranker? Awat PAS jemput Dyana untuk ceramah? Adakah Abby Abadi dah dilihat lemau pada mata PAS?????????


Sila jawab. LADY  bukan buat cerira tapi LADY bertanya dan sila jawab di ruang komen. Jangan risau baikker.. jahatker.. burukker tiada komen yang LADY tak publishkan. Kalau fitnah punya komen, LADY tak bertanggungjawab atas komen itu, pandai-pandailah korang nk jawabnyer di dunia dan akhirat kelak.

CAKARAN ABBY ABADI, SUAMI TELAN DERITA


Siapa bilang dia dah berubah? Sejak tahun sebelumnya LADY dah kata dia tak pernah berubah. Yang berubah hanya pada luaran a.k.a kulit sahaja.

ALAMAK-bekas suami Abby Abadi,Farhan,24 dedah antara sebab cerai Abby,37 dia sering gaduh bila tak ada duit.Pernah baling kunci cedera mukanya-Agendanews

Tu baling kunci.m mengikut lapora  siap main cakar-cakar pula bila tiada duit untuk tanggung perbelanjaan aktivitinya dengan PAS! Uik?!!!!!

Hish nasib dia dapat suami macam Farhan. Kalau kena lelaki lain.. bukan dia yang koyak kulit suami.. dia.yang rabak.!!!

Sila jawab Abby Abadi! LADY dah lama tak nak masukkan nama awak dalam artikel tapi hari ni pecah rekod semula.!!!!!

KEPADA SYAMSUL BAHARIN KETUA PEMUDA IPOH BARAT


Mu nak jawab apa.

BODOH! MEMANG BODOH!


Inilah pemimpin paling bodoh dan bebal LADY pernah jumpa. Apa hal gelojoh sangat tawarkan si Dyana masuk UMNO tu? Dah tak ada belia beliawanis yang lebih berkualiti nak dibawa masuk UMNo sampai keturunan pengkhianat UMNO ni juga dipelawa?

Tak ada akalkah lagi hanya kerana paras wajahnya ? Apa bijaknya budak ini sehingga rela diperkuda oleh Lim Kit Siang. Dan siibu yang lagi terang serta jelas sudah melanggar etika sebagai ahli UMNO berkempen pihak pembangkang. (Tak taulah kalau perlembagaan UMNO dah dipinda tanpa pengetahuan LADY)

LADY Peduli apa kalau minah tu nak tinggalkan DAP. Itu urusan dia.. tetapi membenarkan dia masuk dalam UMNO umpama membawa Racun dalm UMNO. Untuk memusnahkan UMNO dari dalam!

Malang sungguh Ipoh Barat mempunyai pemimpin muda  seperti ketua pemuda bahagian berkenaan. Lu ajak minah tu masuk untuk masuk ke sayap mana? Pemuda? Atau puteri?!!!!. Memang pelawaan yang bodoh!!!!!

Kenyataan si bodoh itu melukakan ahli wanita muda dalm UMNO yang selama ini cukup setia dan bekerja keras dalam perjuangan!

PERKONGSIAN CERITA COKLAT


Cadbury. Ulasan Ringkas
1. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat dna babi dalam 2 coklat cadbury roasted almond dan hazelnut. Jakim mengambil keputusan menggantung sijil halal cadbury sehingga susuan lanjut dibuat.

2. Jabatan Kimia mengesah kan tiada dna babi dijumpai dalam coklat tersebut. Dan jakim mengesahkan perkara itu kerana

1. Sumber yang diambil adalah terus dari kilang

2. Selama ni jakim memang bekerjasama dengan Jabatan Kimia. 

3. Mungkin sampel yang didapati oleh KKM itu telah tercemar. (Dimasukkan dna babi secara sengaja).

4. Perlu diingatkan KKM dan Jabatan Kimia itu dua entiti yang berbeza.


3. Yang jadi kemusykilan :

1. Sejak bila kkm buat walkabout untuk pastikan produk makanan ada dna babi atau tak? Dah tukar polisi ke? 

2 kenapa dua jenis tu je yang ada babi?.. takkan kacang berasal dari bagbi kot? 

3. Apa yang trigger kkm untuk buat ujian dns babi terhadap coklat tersebut? 

4. Kenapa cadbury? ... bukan tobel atau beryl's atau rocher?

5. Kenapa Pengarah Kementerian Kesihatan tak rujuk JAKIM dulu sebelum mewarwarkan hasil dapatan kajian mereka?...


4. Untuk pengetahuan, sebahagian daripada cadbury Malaysia dimiliki oleh Boustead Plantation. Siapa Boustead Plantation ni? ....GLC... dan pelabur terbanyak glc ni ialah Tabung Angkatan Tentera Malaysia. 
Nampak tak? 

Sama macam kes gardenia tak lama dulu. . Pun didakwa ada lemak babi gak dalam tepung .. tetiba robert kuok keluar roti baru massimo....


5. Kalau betul sabotaj, Macam mana nak letak dna babi dalam coklat?...aish..... Sedangkan korang boleh percaya air mani Anwar boleh dimasukkan 4cm ke dalam dubur saiful secara magis tanpa kerjasama Anwar. ...

takkan lah babi takleh masuk dalam coklat? ...injection la. .. damage sebesar lubang jarum je. .


6. Jakim U-turn?....Jakim tak U-turn pun....bila dapat tahu, Jakim just gantung sijil halal dulu sebelum siasatan lebih lanjut dilakukan. korang je yang rasa u-turn la..flip flop la...ujian dna berbulan-bulan??....siapa kata...15 minit je ....yang berbulan tu queue beratur untuk pelbagai sampel lain kot?

Sekian
Jessnor Eina Mat Jizat,
Konsumer dan Pengguna Muslim