Followers

TELUK INTAN KINI KEMBALI KEPADA BN

Keputusan Penuh Dan Rasmi PRK Teluk Intan
BN :  20157
DAP : 19,919
Majoriti : 238
% perbezaan undi : 0.6%
Jumlah peti undi keseluruhan: 122
Jumlah Peti Undi Diterima : 122
Jumlah Peti undi blom terima :0
Calon BN Datuk Mah Siew Keong Menang PRK Teluk Intan

DAULAT TUANKU. RAJA NAZRIN DIMASYHURKAN SULTAN PERAK KE-35



DAULAT TUANKU- Anak sulung Almarhum Sultan Azlan Shah, Raja Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke 35 di Istana Iskandariah sebentar tadi

ALFATIHAH

KENYATAAN YB DS AHMAD ZAHID

KENYATAAN YB DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI BERHUBUNG ISU ADUN DAP RSN RAYER

1.Kenyataan yg dikeluarkan oleh Reyer adalah kenyataan berbaur kebencian.

2.Dalam negara demokrasi, kita boleh berbeda pendapat dan pegangan tapi jika kita mengizinkan mana-mana pemimpin parti menggunakan perkataan yang jijik maka anggapan kepada orang yang menggunakan perkataan itu adalah tidak matang, tidak bertamadun, dan tidak menghormati orag lain.

3.Bagaimana orang lain hendak menghormatinya jika orang itu juga tidak menghormati orang lain.

4.Bagaimana mereka yang mewakili parti itu mengharapkan hendak dihormati, sedangkan orang itu tidak belajar menghormati orang lain.

5.Hal yang dilakukan Pemuda UMNO merupakan manifestasi api kemarahan yg diperlihatkan oleh pemimpin muda dalam UMNO dan tentunya rasa terhiris ini merupakan sesuatu yg tidak dapat dielakan.

6.Saya ingin mengingatkan pemimpin parti yang berbeda, hormatilah parti lain dan jangan gunakan sebarang perkataan yg boleh menghiris perasaan mana-mana parti dan saya khuatir harga yang mahal terpaksa dibayar jika tersalah mngunakan perkataan seperti yang digunakan YB Rayer.

SIAPA DYANA SOFEA??? BONEKA DAP


Mungkin seketika kita terleka dengan wajah dan usia gadis ini.

Mungkin seketika kita terpesona dengan kemunculan wajah melayu oleh si cina rasict itu

Namun, rasa itu hanya bersifat sementara sahaja. Apabila hilang leka.. hilang pesona wajah sebenar si gadis terserlah.

Adakah dia benar-benar memiliki aura kepimpinan?  Sehinga di datuk tua memilihnya mewakili DAP di Teluk Intan? Sila baca pandangan rakan LADY

Kawan2...mula2 kaweh ingat Dyana nie bagus sgt le. PCs yg baru2 ini menunjukkan clearly Dyana bukan MP material. Jauh kalau nak dibandingkan dgn KJ, Razali Ibrahim or even Nurul Izzah. Suggest kite gugat org nye confidence dgn balun die nie "Bimbo" jer. My honest assessment, Dyana nie memang tak de ape2 pun. So the isu kononnya DAP nak ketengah new talent is utterly bullshits.

Banyak perbincangan antara kawan2 atas pagar, bile die org tengok cara Dyana jawab soalan memang low class.

Pada kaweh penting utk trash her. Pendapat kawan2 corporate atas pagar, kit siang saja ambik Dyana nie "below par" supaya senang dikawal... banyak lagi talent2 Melayu yg jauh lebih bagus... so Why Dyana?

BONEKA. Itukah sebabnya pakcik tua tu kelam kabut rampas mikrofon dari tangan Dyana. Dia takut si gadis ini tersedar dari tidurnya dengan  soalan itu?

LADY tak mempersalahkan Lim Kit siang memilih gadis ini. Nampaknya gadis inilah yang sengaja meletakkan dirinya supaya dipilih dengan melengkapkan dirinya memenuhi ciri-ciri BONEKA yang diperlukan oleh si tua itu. Kenapa?

Sememangnya tiada aura kepimpinan dalam dirinya. Kata-katanyapun tidak mencerminkan bahawa dia layak bergelar pemimpin. Setiap perkataan setiap ayat yang diluahkan melalui mulutnya bukanlah berasal dari dirinya sendiri tetapi digarap melalui skrip yang disediakan oleh DAP

Si ibunya .. seorang wanita yang kemaruk melepaskan kekecewaannya setelah gagal dalam pemilihan jawatan yang diidam. Peluang itu kembali tampil apabila anaknya dipilih menjadi calon. Bayangkan... dia tanpa peduli apapun kata-kata orang sekeliling, dengan penuh bangga mengiringi anaknya. Dalam otak sudah membayangkan keglamouran ibu kepada seorang MP bolehlah tayang kat lawan dalam pemilihan dan mendabik dada

Kini hanya berbaki beberapa hari. Tak guna atas pagar kata.. apa sahaja komen tak ada gunanya kalau pengundi teluk intan masih rela memperbodohkan diri memilih Dyana Sofea sebagai ahli parlimen mereka.

Pada yang konon nak tunjuk protes tak mau calon BN kerana bertanggapan ada lagi layak. Ini bukan masa nak tunjuk protes pribadi anda. Fikirkan masa depan anda.

Bertindak selepas berfikir. Jangan gelojoh ikut hati

WARKAH TERBUKA SENIOR KEPADA DYANA SOFEA


Warkah Terbuka dari Senior Dyana

"Uitm bukan milik UMNO,UiTM milik Rakyat".- kata calon DAP Teluk Intan, Dyana..

Ungkapan Calon DAP Dyana sebelum ini telah diungkapkan berkali-kali oleh Pemimpin Tertinggi DAP. Bezanya dahulu Cina yang ungkapkan dan sekarang Melayu yang ungkapkan..mesej yang dibawa tetap sama iaitu ingin Menghapuskan Keistimewaan Melayu. Sungguh licik permainan DAP ini persis permainan PAP suatu ketika dulu.

Saya adalah salah seorang dari ratusan ribu bekas pelajar UiTM. Saya terpanggil untuk menyatakan kepada semua terutamanya kepada bekas pelajar UiTM Adik Dyana bahawa UiTM bukan Milik UMNO tetapi UITM SEBENARNYA MILIK MELAYU dan UMNO adalah parti yang memperjuangkannya.

Saya pernah beritahu kepada rakan (bekas pelajar UiTM) dan adik-adik yang sedang menuntut ungkapan UITM ini adalah Untuk Islam, (untuk) Tanah Melayu... Universiti Ini Tolong Melayu...Universiti Ini Tempat Melayu..

Anak Melayu tidak kira fahaman politik menuntut dalam pelbagai jurusan di UiTM. Yurannya berbeza dengan Universiti lain. Suasana pengajian berbeza dengan Universiti lain. Penerapan agama berbeza dan pendekatan semangat Melayu juga lebih dari universiti lain.

Wahai Dyana, YA, UITM bukan Milik UMNO... UITM Milik hakiki MELAYU dan UITM adalah kebanggaan Melayu.

Dyana, kamu muda lagi... usia kamu sedang meningkat. Bila kamu bergaul 23 jam besama Cina DAP. Kamu akan mudah terpengaruh dik. Jadi bergaul juga dengan Melayu.. Ingat Dik, Misi DAP adalah hapuskan keistimewaan Bangsa Kita Dik. Ingat ya.

Dik Dyana. Kena ingat pemimpin tertinggi DAP pernah kata Melayu Adalah Pendatang.. DAP tetap dan konsisten pecah belahkan Bangsa Kita Melayu. DAP pengaruhi pemimpin PAS dalam bab penghinaan pada Nabi Muhammad SAW sehingga ada pemimpin PAS berkata Muhammad (Rasulullah) adalah sama dengan Muhammad atau Mamat Kampung. DAP pernah pecah belahkan Islam dan Melayu melalui isu Kalimah Allah. DAP pernah mengharamkan sambutan Maulidurasul di Pulau Pinang..DAP pernah "sound" supaya tiada laungan Azan.. DAP pernah menggunakan Taktik "ladang babi terbesar" untuk halau orang Melayu. DAP pertikai peruntukan untuk membina Masjid di negara kita.

Ingat Dik, DAP sedang menggunakan adik Dyana untuk pecahkan Islam dan Melayu melalui Isu HUDUD. Ingat Dik Dyana, DAP sedang gunakan adik dan Mak adik untuk pecahkan perpaduan Wanita Melayu yang sebelum ini menjadi TERAS kepada Melayu itu sendiri.

Deen Qassim
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod, UiTM Kelantan dan Shah Alam

Pengerusi Pertubuhan Barisan Darulnaim Negeri Kelantan (BADAR)

TEGURAN UNTUK DYANA SOFEA


LADY bukan lepasan UiTM tetapi kata-kata calon DAP Teluk Intan wajar ditegur.

Mana-mana universiti di Malaysia bukan milik UMNO tetapi ia wujud kerana perjuangan UMNO.

Kepada Dyana Sofea. Anda tak akan bergelar lepasan UiTM perundangam jika anda tidak diberi kouta dalamnya. Kalau bukan perjuangan UMNO. UiTM tidak berdiri seperti sekarang.  Sila biat perbandingan statistik graduan cemerlang mengikut bangsa. Jika kouta keistimewaan tidak diberi kepada melayu dan bumiputera.. anda boleh bayangkan sendiri. Siapa rajin dan bersungguh belajar untuk mencapai akademik tinggi? Siapa yang jadi kuli tukang bersorak tepi jalan?

Pada awalnya, LADY tak berhasrat mengulas sebarang cerita berkaitan PRK Teluk Intan. Namun hati LADY tidak boleh berdiam apabila membaca kenyataan demi ucapan dibawa oleh calon DAP yang depan melayu lain depan bangsa lain sudah bermesej berbeza.

Semalam, LADY baca juga artikel keluhan Muslimah PAS yang mempertikaikan cara penampilan Dyana Sofea. Deoan kelompok lain free hair tetapi depan PAS berceramah berhijab pula.

Saya amat terkejut dengan penampilan calon DAP,Dyana Sofea dalam satu program anjuran PAS menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan.Dyana Sofea yang telah disahkan Melayu Islam tiba-tiba memakai tudung dan menutup rambutnya ketika berhadapan dengan orang-orang PAS.Walhal,umum mengetahui dan telah banyak tersebar gambar-gambar beliau sebelum ini bahawa gadis ini memang tidak menutup auratnya.Persoalannya kenapa Dyana perlu berlakon menutup aurat ketika dihadapan ustaz-ustaz PAS ??? Beliau bukan Cina atau orang bukan Islam.Apakah demi politik PAS rela menggadaikan maruah agama ??? Bila ditegur oleh UMNO BN mungkin akan dikatakan politik,tapi sekarang saya ingin menegur pemimpin PAS.Apakah anda sudah berubah,gara-gara Dyana seorang gadis cantik yang akan menjadi calon Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan ini ??? Di mana maruah dan harga diri kita sebagai orang Islam yang tiba-tiba mahu seorang pemimpin wanita yang tidak menutup aurat.

Jika beliau berbangsa Tionghua,mungkin tidak menjadi masalah tapi dia Melayu.Ibu Dyana pun Melayu Islam yang bertudung menutup Aurat.Apa akan jadi dikemudian hari,jika dia sekejap buka sekejap tutup auratnya mengikut program tertentu.Hadir ke program PAS,masjid atau surau tutup aurat.Kemudian dalam masa yang sama ditempat lain buka aurat.Saya tidak terlalu alim untuk bercakap agama,tapi bagi saya yang hak dan yang bathil itu perlu ditegakkan walau apa jua keadaan sekali pun.Maka itu,sarankan Dyana agar terus menutup aurat sampai bila-bila jika beliau benar pemimpin yang bermaruah.Jika tidak,kenapa perlu beliau dianggat sebagai pemimpin bagi komuniti umat Islam ??? Jelas sekali beliau menipu umat Islam sebenarnya.

- Luahan Ahli PAS

Sumber : badut rakyat blog -20/05/2014

LADY bersetuju. Kalau sudah berani memutuskan berkempen free hair.. kenapa nak hipokrit depan ahli PAS berhijab pula.  Dosa tidak bertudung ni boleh ikut kategorikah?  Memang ada rakan LADY kata kalau masuk acara keagamaan kenalah hormati lokasi majlis diadakan. Part itu LADY faham sangat. Tapi adakah pegangan iti juga digunapakai oleh Dyana Sofea . Depan PAS Terus pakai hijab. Nanti jumpa group lain dah bertukar imej.. nak jadi SESUMPAH ker dik oi.. tak ada prinsip yang tetapker?

LADY suka ada calon muda belia. Tapi kalau setakat boneka orang tua nak buat apa? Sekadar berbangga diberi peluang tempat sahaja tetapi tak menjamin diri boleh berjuang dengan apa yang kita kehendaki. Kena akur dengan arahan yang menaikkan. Apa class. Tak ada maknanya.

Apapun sebagai seorang perempuan. Akak nak nasihatkan Dyana Sofea. Kalau nak jadi pemimpin, harga diri, imej diri tak menampakkan anda sebagai pemimpin. Tak ada gunanya dik oi. Tp apapun LADY Tahu. Itu sememangnya impian anda. Anda penuh nafsu menjadi perhatian ramai.
Ps: tak pasti kalau ini artikel akhir utk PRK Teluk Intan.

KENYATAAN MEDIA: KEMANGKATAN YANG TERAMAT MULIA TUNKU BENDAHARA KEDAH. AL-FATIHAH

KENYATAAN MEDIA

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman

Bismillah Hirrahmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi,  hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014.  Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga   23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan,  keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia   Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014,  diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 21 Mei 2014

JANGAN TIRU GAYA INI

Jika nak duduk. Pilihlah tempat yang bersih. Jangan tiru perbuatan ini. Pesanan LADY pada penyokong BN yang bertugas di PRK Teluk Intan
Sumber gambar : Nadi Rakyat dot com

PRK TELUK INTAN: BN vs DAP


Semalam telah diumumkan calon BN dan calon DAP

Seperti yang dijangkakan dari awal lagi, setiausaha politik Lim Kit Siang , baby hot kelahiran Johor ini diumumkan sebagai calon DAP. Usia mudanya tidak menjadi penghalang kepada Lim Kit siang dengan lapang dada memilih orang kanannya ini. Kenapa LADY katakan dia ni orang kanan? Dia bukan Cina dan bukan beragama selain agama Islam. Tetapi telah dilantik menjadi Setiausaha Politik.

Ada rakan LADY yang nakal berkata kalau DAP letakkan calon comel lagi cantik sebagai calon, wajarlah BN letak pula wajah kacak lagi macho sebagai calon. Hehehehe.. itu perbualan nakal.

LADY kata pula. Kalau nak letak paras wajah sebagai ukuran menjadi calon. Lebih baik tak perlu jadikan PRK teluk Intan sebagai pilihanraya memilih wakil rakyat tetapi pengundian mr's or miss Chomel a.k.a Giyomi. Soalan LADY pula berbalik kepada perbualan nakal rakan LADY. Adakah kecantikan paras rupa itu penentu kebijaksanaan mereka ? Adakah ini pengaruh drama2 korea dan latin yang watak-watak rupawan dan kacakwan sebagai ciri-ciri kebijaksanaan dan kekayaan? Itu drama jelah bro! Pengarah dan penerbit nak lariskan jualan drama mereka demi mendapat ranking tinggi penonton! Drama sekarang LADY tengok dah agak lari dari kehidupan realiti. Ala-ala fairy tale. Masa tengok sememangnya mempengaruh perasaan. Jiwa-jiwa begitu. LADY memilih drama korea kerana nak keceriaan dan keseronokan. Nak timba pengalaman baik ikuti berita dan pembacaan ilmiah.

Bolehkah anak kelahiran bukan Perak ini mampu memujuk pengundi Teluk Intan memilihnya. Setakat ini, LADY belum mengkaji lagi jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan berkenaan. Mana satu bangsa yang menguasai kawasan berkenaan. Yang pasti, mendiang MP teluk Intan sebelum ini adalah wakil DAP. Dari sana sudah menunjukkan kecenderungan ke arah mana kemenangan itu akan berlaku. LADY harap berlaku tsunami di kawasan berkenaan sehingga kawasan tersebut akan diwakili pula BN.

Dahulu, LADY selalu disogokkan dan dimomokkam  cerita penolakan calon luar kawasan oleh pengundi dengan alasan tidak ada lagikah pemimpin tempatan yang layak di kawasan tersebut. Namun akhir-akhir ini, cerita itu LADY umpamakan kisah dongeng semata. Adakah kerana pengundi sudah berfikiran terbuka sehingga tidak mempedulikan siapa calon berkenaan? Walau dia dari luar sekalipun, asal dia mewakili parti yang disukai? LADY berani tuliskan hal ini berdasarkan keputusan pilihanraya umum dan Pilihanraya kecil yang berlaku. Kawasan Gelang Patah dan PRK kajang mengatasi calon tempatan.

Kemudian, berkenaan pemilihan golongan berpengalaman dan kumpulan pemimpin muda. Sekali lagi, LADY mulai tertanya-tanya. Maaflah ya, calon dari BN boleh tengok sajalah ya. Manakala pembangkang mulai menampilkan wajah-wajah muda sebagai magnet menarik pengundi muda yang sering menyatakan suara mereka sering diabaikan. LADY harap selepas membaca artikel ini, adalah pembaca komen dan kongsikan pandangan tentang ini ya. LADY tidak mempunyai keyakinan untuk menyatakan pandangan LADY dalam perenggan calon muda ini. Kang ada pula yang mesej LADY meminta LADY remove artikel ini kerana memburukkan pihak tertentu.

Calon BN vs calon DAP... Siapa baik siapa jahanam? Sekali lagi LADY tak akan ulas dalam artikel ini. Secara berterus terang, LADY tidak mengenali kedua calon ini. Info yang diberi oleh rakan-rakan LADY masih LADY buat pemahaman dan proses tapisan untuk LADY terima sepenuhnya. Kalau cerita kebaikan sahaja untuk calon BN dan buruk sahaja calon DAP ini, kalau tak betul dah jadi pula blog LADY ini perkongsian hasutan Fitnah.

Apa yang LADY nak katakan sahaja. Soal tercalon itu .. sudah pasti afa kelebihan kedua calon pada mata kepimpinan. Cuma... bagaimana di mata hati pengundi Kawasan teluk Intan.??? Pemimpin kedua pihak bolehlah melobi dan berkempen sekuat nyawa mengatakan kelebihan calon yang diwakili, keputusan kembali kepada pengundi itu sendiri.


Kemungkinan selepas ini, sudah pasti ada rakan LADY akan hantar mesej kepada LADY. Dah jadi penulis blog bebaskah sehingga tidak memilih antara kedua calon? Hehehe BIAR LADY katakan di sini. LADY adalah penulis BEBAS walau kecenderungan LADY 100% Kepada BN. Tetapi dalam penulisan LADY kalau LADY tak arif dan tahu , LADY menulis kepada sifat natural sahaja. Tak naklah jadi PENGAMPU dan tak mahulah jadi tukang canang cerita tak benar.

Mampukah presiden Gerakan mengatasi Setiausaha Politik Lim Kit Siang? Bolehkah calon berusia 53 tahun ini mengalahkan calon 27 tahun  menarik pengundi untuk memilihnya? Hanya pengundi Teluk Intan sahaja tentukan. Undi di tangan mereka.

Apapun, LADY nak ucapkan, kepada rakan yang bertugas PRK Teluk Intan. Selamat bertugas di sana. Jagalah tingkah laku semasa kempen. Kekadang cara kempen juga boleh mengubah persepsi pengundi kepada calon.

All the best

SELAMAT HARI GURU


LIKE FATHER LIKE SON


Orang Islam kawasan bukit Gelugor korang fikir-fikirlah ya nak undi calon yang sudah terang lagi bersuluh menolak hukum dalam Islam

PERAGUT TERIMA BALASAN GARA-GARA MERAGUT

sebentar tadi dua peragut merompak pelajar UMS di Kingfisher. Sebuah kereta kebetulan dari belakang nampak kejadian dan terus melanggar peragut dan pembonceng dan jatuh di tepi jalan.

Hasil bantuan orang awam peragut tersebut berjaya diberkas. Tetapi sebelum dihantar oleh pihak kuasa.. menurut rakan LADY, Di tepi jalan orang ramai mengerjakan peragut ini terlebih dahulu!

Padan muka!!!

SUMBER GAMBAR: Rakan Nadi Rakyat sabah

PAS TERENGGANU PUTIH MATA

Baru merancang nakkan sidang khas Dewan negeri konon untuk dapatkan pengesahan dari ADUN-ADUN  bagi mengenalpasti kecenderungan sokongan.. petang tadi mantan Menteri Besar Terengganu  Datuk Ahmad Said menyatakan penarikan balik surat letak jawatan dari UMNO.

MediaUMNO: Putrajaya - Dtk Ahmad Said hari ini menarik balik surat keluar drp UMNO & memohon maaf kpd DS Najib dlm satu pertemuan di sini, hari ini.

KALAU ikut gayanya.. sah berputih matalah PAS nak menuntut kononnya mereka berhak mentadbir negeri berkenaan.

Apapun, LADY nak ucapkan terima kasih atas kesedaran Dtk Ahmad Said yang segera sedar tindakannya yang sebelum ini menyukarkan banyak pihak terutama rakyat Terengganu. LADY saja tak nak memgeluarkan apa-apa pandangan apabila situasi ini timbul 13hb mei 2014.  Kini dah lega dan baru nak memberi sedikit cerita dalam artikel ini.

PEMILIHAN PKR: PENYELEWENGAN DAN KEGANASAN.

video

Kalau perkara ini dapat disembunyikan sudah pasti mereka biarkannya. Sudah budaya ahli PKR akan tunjukkan emosi melalui tindakan. Perbuatan tiada kawalan. Pemilihan besar tau! Mana mampu nak menyembunyikannya.

BILA CALON BN TARAK, SAPE AKAN JADI MANGSA FITNAH?

Belum sampai sehari penamaan calon. Dah ada fitnah ditebarkan .bila calon BN tiada sesama mereka lah bertumbuk tampar menebar fitnah.

Lagi lawak hari ini, Mat Sabu dah fitnah pula dah calon bebas yang jelas adalah ahli PAS dengsn menfitnahnya konon UMNO!

Siapa lagi kalau bukan jadi mangsa adalah Mohd Nabi Nux

Kredit for : noraniza karim fb

PRK BUKIT GELUGUR : TANPA CALON BN

MUN FAHAM... BISAI!!!!!

BILA SAMSENG.. PEMILIHANPUN ALA-ALA SAMSENG JUGALAH

video

Dengar-dengar 28 pemilihan cabang dibatalkan.

Kenapa?

Dengar-dengar banyak juga nama calon ghaib!

Kenapa?

KANTOI! TWETT BALUN TANPA TURUN PADANG! PADAN MUKA

Hahahhaha.. nampak sangat nurul izzah jenis gelojoh. Punya semangat mau up nama. Post segera kononnya prihatinlah tu!! Inilah MP Lembah Pantai yang disayang-sayangkan tu kan?!!!!

Ambik ko minah!

APA KATA TUN DR M: CABAR DAP

BOLEH JADI PEMBERI INFO TETAPI JANGAN JADI BAHAN MAKANAN

LADY pelik.. apabila berlaku kejadian pencolekan semalam. Mulailah sebaran dari rakan LADY yang mempertikaikan kredibiliti pengarah ESSCOM dan juga peranan yang dilaksanakan oleh ESSCOM. Sebaran ini sedikit dan banyak sangat membantu penyebar Pro-Pembangkang menghentam kerajaan BN dengan penuh kegembiraan.

Tidakkah anda tahu, kenalkah anda dengan situasi ini? Betulkah ESSCOM tidak mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik kerana kelemahan pentadbir? Atau....

Kita terlupa bahawa dalam strategi musuh menyerang lawannya. Mereka tidak akan menyerang tanpa mengenal pasti pelbagai sudut untuk memastikan rancangan berjaya. Bukan sahaja kenal kawasan. Kenal pasang surut. Kenal siapa yang berada di kawasan serangan. Selok belok celuk peruk kawasan yang diserang. Bukan sehari dua penelitian itu dibuat.. kemungkinan bertahun-tahun. Data yang dikumpul sehingga tiada siapa menjangka apa yang mereka boleh lakukan.

Mereka ini bukan macam tentera jepun zaman perang dahulu. Masuk negeri-negeri dengan tunjuk bangganya mereka. Mereka ni umpama gerila komunis yang masuk sebagai guru sebagai peniaga sebagai orang awam. Penduduk tempatan sendiri mengenal baik kepada mereka dan kenal bahawa mereka diletakkan sebagai orang yang tidak bermasalah.

Dalam kes pencolekan semalam dan sebelumnya. Kita seharusnya melihat kejadian ini secara waras. Tidaklah LADY kata bukan selemahan pihak pentadbir ESSCOM. Sudah pasti mereka ada kelemahan, baru dibangunkan masih dalam proses meningkatkan pengukuhan bagi usaha keselamatan kawasan-kawasan ESSCOM.

Inilah masa kita yang mungkin mempunyai pengetahuan salurkan pengetahuan untuk pembaikpulihan. Bukan menambahburukkan.

LADY tidak boleh katakan LADY kecewa. Cuma.. LADY melihat suasana begini PATUT dihentikan. Cara ini hanya menyalurkan EMOSI tidak akan memulihkan keadaan yang sudah terjadi. Ia menjadi BONUS kepada Red Bean Army (RBA)

LADY malas nak berceloteh panjang kali ini. Nanti orang akan menyampah. Bagi LADY, semua lebih bijak dari LADY. LADY hanya merayu agar bertindak lebih cerdik dan emosi. Jangan pula nak suara menuntut kebenaran tetapi sebenarnya ianya jadi makanan pro pembangkang.

Salurkan maklumat semasa boleh . Tak salah. Tetapi sebarkan perkara yang tidak menjadi papan dart jadi sasaran pelempar.  Jadikanlah perkongsian maklumat yang bijak bukan pemberi maklumat jadi bahan tembak.

Ps: bila LADY diam walau ada isu hebat sebab biasanya LADY kurang bersetuju dengan apa yang disebarkan oleh rakan. Atau... saat itu LADY kena fokus dengan tanggungjawab LADY.

KERAJAAN PERLU LEBIH AGRESIF ANJUR KEMPEN PENERANGAN GST

KUALA LUMPUR:  Kerajaan perlu lebih agresif dalam usaha memberi kefahaman kepada pengguna mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata sehingga kini, program penerangan mengenai GST dilihat tidak dilaksanakan secara meluas.

"Tambahan pula isu GST ini dipolitikkan pembangkang sebagai satu sistem percukaian yang membebankan pengguna, oleh itu pihak bertanggungjawab perlu mempergiatkan usaha mereka memberi penerangan penuh kepada masyarakat mengenai pelaksanaannya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

PPIM juga, menurut Nadzim sedang mengadakan program penerangan berkaitan cukai baharu itu kepada pengguna dan berharap masyarakat tidak percaya dengan khabar angin atau terpengaruh dengan persepsi negatif yang cuba ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

Semalam, akhbar melaporkan kebanyakan peserta perhimpunan bantah GST yang berlangsung di Dataran Merdeka, di sini, pada Khamis sebenarnya tidak tahu atau memahami dengan jelas mengenai pelaksanaan sistem percukaian itu.

Kebanyakan peserta mempunyai pandangan bahawa pelaksanaan GST hanya akan meningkatkan harga barangan dan menindas golongan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Persekutuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kerajaan perlu mengeluarkan senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST dan yang dikecualikan serta satu perbandingan yang tepat mengenai perubahan harga barangan sebelum dan selepas pelaksanaan sistem itu.

Mohd Yusof berkata dalam seminar anjuran FOMCA mengenai sistem percukaian baharu itu, peserta masih lagi keliru mengenai barangan yang dikenakan GST serta perubahan terhadap harga barangan selepas ia dilaksanakan.

"Tambahan pula sebelum ini program penerangan GST hanya memberi tumpuan mengenai kelebihan sistem itu terhadap perniagaan dan kesan terhadap pengguna kurang diberi perhatian," katanya.

Sementara itu, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA) Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata pelaksanaan GST penting bagi pembangunan negara yang kini mengorak langkah untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Jika perkara ini terus dipolitikkan pembangkang yang dilihat cuba menangguk di air keruh, akan menyebabkan rakyat mula keliru dan masalah lain akan timbul.

"Walaupun pelaksanaan GST ini dilihat sebagai satu tindakan kurang popular daripada kerajaan, namun pada masa sama kerajaan perlu bertegas dan menjawab setiap tohmahan pembangkang mengenai perkara ini," katanya.

Justeru itu, katanya penerangan secara berperingkat dan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memberi lebih kefahaman kepada orang ramai di seluruh negara.

"Kita akan sokong setiap kempen yang dilakukan kerajaan berhubung pelaksanaan GST ini," katanya.

Presiden Himpunan Siswazah Kelantan Mohd Faizal Daud berkata pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke peringkat akar umbir bagi memberi penerangan kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mengenai GST.

"Kita akan cuba beri kefahaman dengan tidak terlalu menekankan aspek teknikal mengenai pelaksanaan GST dan program ini akan dibuat berterusan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2014 pada Oktober tahun lepas mengumumkan cukai tunggal GST pada kadar 6 peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.- BERNAMA

BILA MASA ANWAR PERNAH JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA?

Kasihan rakyat Indonesia. Kena ngap hidup-hidup!!!!!

Malaysia tak pernah mempunyai Perdana Menteri yang bernama Anwar Ibrahim!!!

HIMPUNAN BANTAH GST: MAHASISWA????? JANGANA SETAKAT KENYATAAN AMARAN SAHAJA! TINDAKAN ZERO!

Dengan penuh bangga Anwar tayangkan muka comel 'mahasiswa' yang menyertai demo bantah GST melalui twitternya pagi ini.

Kalau ceaupac telah menyatakan tindakan tegas akan dikenakan pada penjawat awam tentang khianat... bagaimana pula kementerian pelajaran Malaysia ke atas mahasiswa ini?  Takkan dibiarkan saja kebodohan mereka berkenaan GST diabaikan begitu sahaja hanya kerana mereka dianggap budak mentah???? Kalau kahwin dah jadi napa budak-budak ni!

Ps: jangan setakat umumkan beri amaran sahaja. Tindakan wajar dikenakan. Penatlah LADY asyik baca. Kenyataan AMARAN sahaja. Sama seperti akta himpunan aman .. kata kanak-kanak tidak boleh dibawa , dah banyak gambar himpunan jalan raya ni menunjukkan aktiviti ibaubapa mengheret amak-anak mereka dalam himpunan seperti itu... belum ada LADY dengar penangkapan pun!

HIMPUNAN BANTAH GST: TIADA PESERTA PERHIMPUNAN CEDERA DITIKAM SEPERTI DIDAKWA- POLIS

Inilah cerita yang LADY katakan gurauan melampau 2 hari yang lepas. Punca LADY hilang kepercayaan kepada sumber gurauan itu. !!!!!

Bantah GST: Tiada peserta perhimpunan cedera ditikam seperti didakwa - Polis

KUALA LUMPUR:  Tiada peserta perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.

Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali."

Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang Khamis, walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan CBP, dan pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal," katanya.

Beliau berkata polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.

"Saya menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman awam," katanya.

Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur. -BERNAMA

Ps: selepas ini. LADY tak akan terima lagi info sumber si pengembala kambing itu. ( cerita kanak-kanak : kisah si pengembala kambing )

HIMPUNAN BANTAH GST: BODOH DAN SUDAH PASTI BOLEH DIPERBODOHKAN

video

Memang mereka ni BODOH.. sebab tu mudah sangat diperbodohkan. Tengok video yang LADY uploadkan di atas, rata-rata pendemo tidak mampu menjawab kenapa mereka membantah GST!!! Dah tu, mereka ikut saja himpunan berkenaan?

Pada LADY mereka tak ada idea nak habiskan masa rehat sempena cuti Hari pekerja!!! Dah otak tak cerdik tulah aktiviti yang mereka rasa relevan!

Tapi... LADY tabiklah pada si penjual daun Ketum sempat pula menjual baranganya dalam video berkenaan!!!!sesuai untuk mereka yang mabuk sebelum minum benda memabukkan!

HIMPUNAN BANTAH GST: POLIS DIGESA AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP INDIVIDU MENGASARI ANGGOTA MEDIA

KUALA LUMPUR:  Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengasari beberapa anggota media ketika membuat liputan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementerian dan polis bersimpati terhadap petugas media yang dikasari dan siasatan akan dilakukan polis untuk tindakan selanjutnya.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata insiden itu jelas menunjukkan bahawa penganjur gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana telah menimbulkan kekecohan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, tiga jurukamera dikasari oleh sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup muka.

Dua daripada mereka ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.

Beliau mendakwa ada juga kejadian apabila pasukan Amal PAS dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bergaduh sesama sendiri atas beberapa faktor yang mereka ketahui.

Ahmad Zahid mendakwa perhimpunan itu turut mengganggu urusan harian masyarakat dan mengganggu perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.

"Saya ingin nyatakan bahawa selagi kita boleh adakan rundingan untuk mereka ikuti garis panduan APA kita akan berunding, tetapi jika mereka mahu tindakan sebaliknya dilakukan mereka harus terima akibat dengan perbuatan mereka sendiri," katanya.

Tinjauan Bernama pada perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 12,000 orang semalam mendapati ada segelintir daripada peserta membawa kanak-kanak, kain rentang, suar dan bom asap yang jelas melanggar syarat-syarat dalam APA 2012.

Sementara itu, pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.
  
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia dan insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.- BERNAMA

PENJAWAT AWAM SERTAI BANTAH GST DIANGGAP PENGKHIANAT - CUEPACS


JITRA:  Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.

"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan...jadi suka atau tidak mereka perlu akur.

"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.

"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib.

Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.

"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.

Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.

"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga.

Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya. - BERNAMA

Ps: LADY tertanya2 bagaimana cuepacs akan bertindak ke atas penjawat yang turut serta himpunan semalam? Boleh kesankah???? Atau hanya amaran sahaja sempena 1hb mei hari pekerja?.  Kalau hari bekerja mungkin bolehlah mohon kerjasama majikan untuk memeriksa kehadiran bekerja.. kalau hari kelepasan?  Melalui gambar??? Berapa banyak gambar nak diteliti dan periksa data penjawat untuk mengesan yang terlibat????????

GURAUAN MELAMPAU : MAAFKAN LADY


Hal HIDUP MATI jangan dibuat bergurau!!!!!!!

Pengajaran paling dahsyat sepanjang hayat LADY. tak lupa sampai bila-bila. Terima kasih 1hb Mei 2014

hari ini LADY meminta maaf atas artikel melibatkan berlaku pergaduhan membawa kepada cerita ada kematian akibat tikaman kepada pembaca yang telah membaca seramai 239 petang tadi. kesilapan menerima cerita itu tanpa meraguinya sebelum ini amat dikesalkan sayan LADY memohon maaf. 

LADY telah memadam artikel berkenaan kerana ia tidak sewajarnya berada dalam blog ini.

DEMI ALLAH, LADY tak berhasrat menulis artikel bebentuk gurauan seperti itu. dan LADY tak akan menyalahkan rakan LADY yang menghebahkannya. ianyanya adalah KECUAIAN LADY tidak memeriksa kesahihannya.

MAAF Sekali lagi.

HIMPUNAN BANTAH GST: MUKA INI WAJAR DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS KEJADIAN




Biasanya.. apa-apa yang berlaku. Ketua atau kepimpinan yang terlibat harus bertanggungjawab walau mereka sekadar peserta.

Kenapa LADY berkata demikian? Senang sahaja! Dah jadi pemimpin kenalah yang jauh lebih bijak dari yang mengangkat mereka menjadi pemimpin. Kalau mereka dalam kumpulan bodoh . Ertinya yang memilih itu dari kumpulan level jauh bodoh lah kan

HIMPUNAN BANTAH GST: MEDIA DISERANG PESERTA DEMO


1Jam Media Vs Pendemo

Sekumpulan pemuda yang dipercayai peserta Himpunan 1 Mei mengadakan terjahan keras kepada media ketika pihak media melakukan rakaman semasa selesai himpunan tersebut.


Kumpulan yang berpakaian serba hitam dan memakai bandana bagi menutup identiti individu telah melakukan provokasi kepada media pada jam 4.10 Petang di hadapan sultan abdul samad dengan mengeluarkan perkataan kesat seperti "Fuck Media" dan mengeluarkan jari tengah.


Disamping itu, kumpulan tersebut turut melontarkan kayu yang mempunyai permukaan tajam kepada pihak media.


Namun, kumpulan media sempat menyedari tindakan tersebut sempat mengelak tindakan kejam oleh para pendemo tersebut.
Antara yang terlibat pada saat tersebut adalah jurugambar dan juruvideo media.

Kekecohan tersebut selesai ketika Unit Amal yang menyedari tindakan tersebut telah berjaya menyuraikan kekecohan itu.

Hampir satu jam kekecohan tersebut berlaku.


KENAPA MELAYU ISLAM SAHAJA IKUT BANTAH GST????


solat di jalan? alangkah malangnya. 

Tengok puas-puas gambar di atas. .. ada tak muka gelap dan kulit putih melepak turut serta????? Kenapa hanya muka ini juga yang suka bebenor ikut dalam hal-hal himpunan bantah????

budak lelaki ini nampak sangat bawah umur? jahanam ibubapanya !

Alangkah eloknya jika masa cuti seperti hari ini dipenuhi aktiviti yang merapatkan diri dengan keluarga?


Yang bodohnya, mereka ikut sahaja ajakan si Anwar yang telah jelas mengatakan menyokong GST tetapi membantahnya masa kini dan hanya akan wujudkannya apabila PR memerintah negara??? 

malangnya anak beribu bodoh seperti ini!!!

Kenapa bodoh sangat mereka yang membuntut Anwar tak faham mesej yang disampaikan???

anwar  menyokong GST tetapi peliknya menyokong adakan bantah GST? Memang jahanam orang tua ni!

Bagi LADY. Himpunan ini samalah golek guling jalan raya juga!

Sangat memalukan korang hidangkan tahun melawat Malaysia dengan cara begini. Tak tau malu sungguh. Ini bukan budaya rakyat Malaysia!!!!

Ps: jahanam si Anwar Ibrahim! Memang jahanam!

sumber gambar : FB