Followers

WAN AZIZAH VS ANWAR : SATU STRATEGI MENYELAMATKAN KERUSI TERTINGGI DALAM PKR


Perlawanan antara suami dan isteri????? Terkejut???? Sebenarnya LADY tak terkejut dengan perlawanan ini. Ia suatu jangkaan yang paling tepat dalam situasi Anwar yang tidak stabil kini.. tak taulah jika dalam perlembagaan PKR sesiapa yang disabitkan kesalahan yang telah diputuskan bersalah oleh mahkamah masih boleh memegang sebarang jawatan!!!

Strategi perlawanan antara suami isteri ini bukan membuktikan berlaku 'pertengkaran'. Dah tidur satu katil, satu selimut. Dengan KETAATAN dan KESETIAAN wan Azizah kepada suami Anugerah Illahinya ini, LADY boleh jangkakan pelan perancangan menyelamatkan kedudukan agar tidak terlepas dari genggeman mereka.

Kita wajar mengingati semula siapakah pengasas PKR ini. Tujuan apakah PKR dibentuk. Pada mulanya ia dibangunkan untuk membela nasib Anwar dan kemudian telah mengisytiharkan parti ini adalah parti politik selepas didaftarkan. Secara dasarnya.. walau melibatkan beberapa individu yang kini telah meninggalkan kedua pasangan 'bahagia' PKR bukan perjuangan keadilan untuk pihak lain melainkan keadilan dalam skop pandangan 'adil' bagi pihak Anwar sendiri.

Langlah berjaga-jaga wajar dipenuhi. Wan Azizah wajib mempertahankan jawatan berkenaan untuk seketika ini. Kenapa? Kerana kedudukan Anwar yang masih terkapai-kapai menutup kes LIWAT nya di mahkamah. Jika usaha Anwar berjaya sehingga hari pemilihan itu kelak, korang sudah pasti akan mendengar pengumuman yang diumumkan oleh wan azizah.

Pada LADY wan azizah bukan sekadar 'isteri' kepada Anwar. Dia adalah BONEKA Anwar atau lebih tepat PUPPET Anwar. Setiap pergerakannya diatur oleh suami tercinta ( entah cinta itu hanya boleh dimaklumkan sendiri oleh wan azizah kepada anwar. Tak nak bagi definisi cinta kepada mereka)

Pagi tadi.. semasa LADY membeli koleksi majalah bulanan di sebuah kedai buku yang LADY langgani sejak beberapa tahun ini. LADY terbaca 1 tajuk utama surat khabar 'Buletin Rakyat' mengatakan 'UMNO telah melepaskan aura NAGA pada wan azizah' agaknya itu ulasan kemenangan Wan Azizah pada PRK kajang minggu lepas. Secara pribadinya LADY sudah menjangkakan kemenangan akan berlaku kepada PR sejak awal lagi. Kajian menunjukkan pengundi DUN Kajang lebih sukakan PR berbanding BN. Jika pengundi benci, taklah PR mampu bertahan sehingga 2 penggal di kawasan berkenaan!

Pada penulis artikel berkenaan "Buletin Rakyat" LADY nak katakan. Tak ada Naga dalam diri Wan azizah. Kemenangan sudah dijangkakan. Pihak BN hanya mencuba nasib sahaja di kawasan berkenaan untuk menilai sama ada berlaku atau tidak perubahan pilihan pengundi kawasan berkenaan. LADY tak boleh ulas panjang berkenaan sikap pengundi memandangkan LADY tidak lagi terlibat bertugas mana-mana PRK secara rasminya setelah tempoh memegang jawatan LADY telah habis. LADY tidak menelan bulat-bulat info yang LADY baca di surat khabar arus perdana. Apa lagi nerita-berita yang disiarkan di tv yang hanya menonjolkan kelemahan PR dan memberi 'harapan kosong' kepada penonton tidak terlibat PRK Kajang dengan momokan syok sendiri kononnya pengundi mahukan perubahan dan kini menyokong BN. Walau bukan wan azizah sekalipun jadi calon mewakili PR. Kemenangan tetap akan berpihak kepada PR. Itu telah ditetapkan oleh mijoriti besar pengundi kawasan berkenaan! (ulasan setakat ini utk perenggan ini)

Berbalik kepada tujuan artikel ini ditulis. Ada orang mengatakan PKR adalah parti anak beranak. Betullah tu! Tak ada pemimpin lainkah yang layak bertanding???? Jawapan LADY memang tak ada! Mana yang mempunyai kebijaksanaan dah TINGGALKAN parti berkenaan! Yang berbaki hanya limpahan sampah-sampah yang mengharumi parti berkenaan.!!! Para perwakilan kelak, hanya nampak anak beranak itulah juga bersama barisan pembontot sebagai 'pemimpin' kerana KEGLAMOURAN mereka. Apa taknya.. saban waktu mereka sentiasa menjuarai watak di media sosial, tak kira media pro PKR pro BN yang sentiasa membicarakan nama mereka sehingga nama mereka ini menjadi nama sangat dikenali (kempen percuma tanpa perlu meminta bantuan kempener. Lakonan dan wujudkan cerita yang sesuai sudah cukup menaikkan nama mereka)

LADY tak akan hairan selepas ini akan ditampilkan pula penganalisi politik yang memberi pandangan2 mereka termasuk yang memperkatakan bahawa pertandingan antara Anwar dan Wan Azizah menunjukkan PKR berada diambang kehancuran! LADY tak akan ulas dengan mengatakan pandangan penganalisis ini salah atau tidak benar!!!, itu pandangan mereka. Mereka sangat pakar dalam bidang mereka. LADY tidak layak mempertikaikan pandangan mereka kerana LADY bukannya pakar dalam hal analisis dan bidang yang LADY pelajari pun bukan bidang sains politik. Tapi tak menjadi kesalahan LADY juga memberi pandangan LADY berdasar apa yang LADY tahu dan faham dari pihak fikiran LADY sendiri.

LADY berani nak katakan Wan azizah bertanding kali ini kerana suaminya berpandukan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Wan Azizah

" Beliau yang juga penyandang Presiden PKR, disahkan bertanding melawan Ketua Umum parti itu yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pemilihannya, Mei nanti.

Dakwa beliau, tidak mustahil untuk Anwar sekali lagi dinafikan bertanding berikutan langkahnya ke Kajang baru-baru ini tidak tercapai kerana telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau," kata Wan Azizah - Astro Awani 29/03/2014

Dan jika berlaku pengosongan Parlimen Permatang Pauh kelak, tidak mustahil Wan azizah jugalah pengganti anwar sebagai calon kawasan berkenaan. (Nasihat LADY kali.. kali ini, sila abaikan penglibatan BN dalam PRK itu kelak. Mungkin laporan kepimpinan kawasan sana mengatakan sebaliknya konon rakyat sudah muak dengan sikap MP.mereka. bukan LADY prejudis .. hakikatnya itu yang berlaku! Berdusta kepada atasan untuk.memberi harapan kosong kemenangan akan berlaku! Dari membazirkan kewangan ke kawasan tersebut. Lebih baik fokus ke kawasan putih yang menyokong sepenuhnya kepada kerajaan BN. Lebih mendatangkan kebaikan kepada pengundi- itu pandangan pribadi LADY)

AKHIR SEKALI, sejahat manapun kita nak kata PKR buruk, tak semua rakyat kata mereka buruk. Malahan semakin banyak kita mendedahkan keburukan mereka, kemungkinan pengundi menyampah kepada kita. Seolah-olah kita tiada bahan lain untuk menarik kepercayaan mereka.
Boleh dedahkan tetapi tak perlu rasanya jadikannya gurauan melampau.

Wan Azizah bertanding kerana suami itu sudah jelas. Noktah

Ps: ini tulisan akhir LADY berkaitan pemilihan presiden PKR tempoh ini. Kerana semakin bayak LADY menulis berkaitan kedua pasangan, LADY seolah-olah terlibat memberi kempen percuma kepada pemilihan PKR pula!!!!

#PRAY4MH370: MENTERI KDN BERI AMARAN KERAS KEPADA SEMUA MEDIA TERUTAMA MEDIA CETAK BERBAHASA CINA - BERHENTI MAINKAN CERITA SINTIMEN EMOSI


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina agar berhenti melaporkan berita yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Ahmad Zahid berkata, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini.

Beliau berkata, demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari.

Ahmad Zahid berkata pengamal media perlu menyedari bahawa tragedi MH370 adalah satu kemalangan yang tidak dijangka, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan segala usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

"Malangnya akhbar-akhbar berkenaan telah memanipulasikan dan memainkan sentimen melibatkan mangsa-mangsa dan keluarga mangsa-mangsa itu kelak menjadi marah terutama mereka yang berada di Beijing," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada media termasuk media sosial supaya tidak memanipulasi sebarang maklumat atau fakta berkaitan keselamatan negara.

"Jangan ada sesiapa atau mana-mana media atau media online memanipulasi segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Jangan marah pada saya jika tindakan diambil dengan segera, saya cakap ini secara serius, maka ia harus dipandang serius," katanya.- BERNAMA

Ps: belajar dan tak tahu amalkan etika kewartawanan 1 perkara yang selalu dipandang remeh. Demi apa? Melariskan? Menaikkan populariti?

DEAR LINA HASSAN. WA CAYA LU!

SUARA HATI TUN DR M


Suara hati Dr. Mahathir

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderlyatau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas 

tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Wahai org melayu yg neragama Islam ingatlah bersatu lah demi bangsa negara dan Islam. Jika tidak kita akan d pandang hina dan tidak d hormati. Takut satu hari nanti kita menang sorak negara tergadai. Nauzubillah

#PRAY4MH370 : JURUTERBANG AIRASIA DIGANTUNG TUGAS SELEPAS PERLEKEHKAN #MH370


Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines. Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polisi syarikat. 

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter. 

Sementara itu,AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar “arahan khusus” agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka. Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan. "(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter. 

Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu

Ps: padan muka !!!!! walau hanya menghadap mesin tapi dia manusia. Takkan tak alert perasaan orang yang terlibat dengan musibah ini!

#PRAY4MH370 : JURUTERBANG AIRASIA DIGANTUNG TUGAS SELEPAS PERLEKEHKAN #MH370


Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines. Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polisi syarikat. 

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter. 

Sementara itu,AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar “arahan khusus” agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka. Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan. "(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter. 

Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu

Ps: padan muka !!!!! walau hanya menghadap mesin tapi dia manusia. Takkan tak alert perasaan orang yang terlibat dengan musibah ini!

#PRAY4MH370 : PENYAKIT MEMPOLITIKKAN MUSIBAH!


Betapa kotornya perangai mereka ini. Lagi 'shui' dari apa kekotoran di muka bumi ini.

Saat penderitaan perasaan ramai anggota keluarga.. ketika itu juga mereka menjual politik najis!

Ketika keseksaan jiwa menanti khabar... waktu itu jugalah mereka mencanang najis kotor!

LADY tabik dengan politik najis PR yang memijak hati ramai hanya gilakan kuasa.

Dajjal dunia.. bermulut manis. Tujuannya? Mempesona manusia supaya terlupa dia adalah Dajjal yang hanya bermatlamat memusnahkan kehidupan.

#PRKKAJANG: HADIAH SAMPAH DARI KERAJAAN PR SELANGOR

video

#PRAY4MH370: CNN MELAMPAU!


Tuduhan CNN keterlaluan! Tuduhan seperti ini tidak wajar!  Tuduhan tak berasas!!!!

CNN wajar dituntut membuat permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia dan Tentera Malaysia dengan pertuduhan tersebut!!!!

sebagai rakyat Malaysia.. tuduhan seperti sangat mengguris perasaan !!!!!

#PRAY4MH370 : TWEET LIVERPOOL FC KEPADA ANAK KETUA PRAMUGARA


Ps: Hanya Allah swt Maha Mengetahui perasaan mereka. Kita yang memandang tak boleh bandingkan perasaan hebat dalam jiwa anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370

#PRAY4MH370: KENYATAAN PENUH MAS

Kenyataan penuh MAS

Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.

Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.

Kami tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370 mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Operasi mencari yang sedang dijalankan oleh pelbagai negara akan diteruskan sementara kita mencari jawapan kepada persoalan yang masih belum berjawab. Di samping usaha mengesan MH370, ada juga satu siasatan menyeluruh yang kami harapkan akan memberikan jawapan itu.

Kami juga ingin memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberikan anda sokongan penuh untuk mengharungi minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang.

Sekali lagi, dengan penuh rendah hati kami panjangkan ingatan, doa dan takziah yang penuh ikhlas kepada semua yang terjejas dengan tragedi itu.

Ps: Al Fatihah dan tahziah LADY ucapkan kepada seluruh keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat.

ALHAMDULILLAH SELAWAT PERDANA




500 ribu umat Islam di #SelawatPerdana setakat jam 9.00 malam td

SELAWAT PERDANA





Syukur #SelawatPerdana malam ini di #Putrajaya setakat ini telah dihadiri 100 ribu orang. Dijangka akan terus bertambah dari masa ke semasa. #MalamCintaRasul dan Solat Hajat #MH370 juga diadakan malam ini. Allhamdullilah.

Sumber gambar : sahabat BROTHERHOOD

#PRKKAJANG: SIAPA CALON PRK KAJANG? ANWAR ATAU WAN AZIZAH??????

#PRKKAJANG: HADIAH SAMPAH DARI KERAJAAN PR SELANGOR

video

#PRKKAJANG: MANTAN ADUN LETAK JAWATAN MENYUSAHKAN RAKYAT KAJANG

video

#PRKKAJANG: BILA ORANG PENANG TOLAK CALON DARI PENANG

video

Agaknya inilah yang berlaku. Setelah dihalau dari berniaga di Penang. Di kajang pula mereka bertemu.

#PRAY4MH370: KENYATAAN PENUH PEMANGKU MENTERI PENGANGKUTAN DATUK SERI HISHAMUDDIN -18HB MAC 2014

KUALA LUMPUR:  Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, di Sepang, Selangor, Selasa:

Kenyataan pengenalan

Semalam (17 Mac), saya nyatakan bahawa operasi mencari MH370 telah memasuki fasa baharu, yang turut membawa cabaran-cabaran baharu dari segi diplomatik, teknikal dan logistik.

Hari ini (18 Mac), saya akan memberikan anda perkembangan terkini mengenai aspek logistik dan diplomatik dalam operasi mencari itu.

Operasi mencari dan menyelamat telah memasuki dimensi baharu peringkat antarabangsa. Pencarian masih diselaraskan oleh Malaysia, tetapi rakan-rakan kami telah memainkan peranan penting dalam menguruskan dan menjalankan operasi, dalam kawasan mereka sendiri dan juga di sektor yang telah dipersetujui bagi operasi mencari. Rakan sejawat saya, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan memberikan kenyataan lebih terperinci mengenai usaha diplomatik kami pada masa ini.

Daripada segi logistik, dalam tempoh 24 jam lepas kami telah bekerja keras dengan negara-negara lain untuk menjuruskan pencarian di koridor-koridor. Kami memfokuskan kepada empat tugas: mengumpul maklumat daripada pengawasan satelit, analisis data daripada pengawasan radar, menambah aset udara dan permukaan, dan menambah jumlah pakar teknikal dan perkara berkaitan.

Mengenai pengawasan satelit, saya tidak boleh dedahkan siapa memiliki keupayaan satelit, tetapi saya dapat sahkan bahawa kami telah menghubungi setiap negara relevan yang mempunyai akses kepada data satelit.

Mengenai analisis data radar, di koridor selatan, Australia dan Indonesia telah bersetuju untuk mengetuai di bahagian masing-masing dalam pencarian di koridor.

Di koridor utara, China dan Kazakhstan telah bersetuju untuk mengetuai pencarian di kawasan paling hampir dengan negara mereka.

Mengenai aset udara dan permukaan, saya telah berhubung dengan hampir kesemua pemimpin Asean bagi meminta bantuan selanjutnya, termasuk aset dilengkapi keupayaan pengesanan dan pengawasan di laut dalam. Kami juga meminta rakan antarabangsa yang telah membantu kami untuk meneliti semua data pada radar primer mereka.

1. Perkembangan terkini operasi

Di koridor utara, kami telah membahagikan kawasan pencarian kepada tujuh kuadran. Setiap daripada tujuh kuadran itu adalah 400 batu nautika darab 400 batu nautikal - atau 160,000 batu nautika persegi secara keseluruhannya.

Kami juga membahagikan koridor selatan kepada tujuh kuadran. Sama seperti di utara, setiap kuadran meliputi kawasan 160,000 batu nautika persegi.

Keseluruhan kawasan pencarian kini adalah 2.24 juta batu nautika persegi.

Ini adalah kawasan pencarian yang amat luas. Dan ia sesuatu yang Malaysia tidak mampu lakukan secara bersendirian. Saya dengan ini amat berbesar hati bahawa terdapat begitu banyak negara yang tampil menawarkan bantuan dan sokongan terhadap operasi mencari dan menyelamat ini.

Daripada segi penghantaran aset-aset spesifik:

Hari ini (18 Mac), Tentera Laut Diraja Malaysia menghantar dua lagi kapal ke koridor selatan. Penghantaran ini termasuk sebuah helikopter Super Lynx, yang boleh beroperasi daripada mana-mana dua kapal itu. Ini menjadikan jumlah kapal Malaysia dihantar ke koridor selatan kepada empat buah, dengan dua helikopter Super Lynx.

Hari ini (18 Mac) Malaysia turut menghantar dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia dalam pencarian di koridor selatan.

Negara-negara lain turut menyumbang dengan aset-aset berikut:

Amerika Syarikat menghantar sebuah P-8 Poseidon, dan akan menghantar sebuah pesawat P-3 Orion.

Australia, sepertimana saya sebut semalam, telah menghantar tiga P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules.

New Zealand menghantar sebuah P-3 Orion untuk membantu usaha pencarian oleh Australia.

Republik Korea menjanjikan sebuah P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules.

Jepun, menjanjikan dua P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream.

UAE menjanjikan sebuah pesawat C-17 dan sebuah pesawat Bombardier Dash-8.

Aset dari Korea, Jepun, dan UAE kini berada di Malaysia dan sedang menunggu arahan daripada kerajaan masing-masing.

Selain menghantar aset-asetnya ke koridor utara, China juga membuat perjanjian dengan Australia untuk menghantar sebuah pesawat ke koridor selatan.

2. ACARS (Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat)

Saya ingin menjelaskan mengenai apa telah diperkatakan mengenai ACARS dan turutan kejadian sebelum pesawat berpatah balik.

Pada Sabtu, kami menyatakan bahawa - dan saya petik: "Berdasarkan maklumat baharu daripada satelit, kami boleh katakan dengan kepastian tahap tinggi bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dimatikan sejurus sebelum pesawat itu sampai ke pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Tidak lama selepas itu, dekat sempadan antara kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat itu dimatikan."

Dapatan ini dirumuskan secara bersama dengan wakil-wakil pasukan penyiasat utama antarabangsa, berdasarkan maklumat diperoleh pada waktu itu.

Semalam (17 Mac) , Malaysia Airlines menjelaskan bahawa kami tidak dapat tentukan secara tepat bila ACARS dimatikan, hanya bahawa ia berlaku dalam tempoh waktu spesifik: dari 01:07 - anggaran ketika pesawat itu sampai ke pantai timur Semenanjung Malaysia, dan transmisi terakhir ACARS berlaku - hingga 01:37, iaitu masa pelaporan seterusnya dijadualkan. Ini sebenarnya yang berlaku.

Ini tidak mengubah kepercayaan kami, seperti dinyatakan, bahawa sehingga ke titik ia keluar daripada liputan radar primer tentera, pergerakan pesawat itu adalah konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat itu. Ini menjadi tumpuan pasukan penyiasat.

Adalah juga penting untuk ditegaskan bahawa masa tepat ACARS dimatikan tidak memberikan tekanan kepada operasi mencari dan menyelamat. Kami tahu bahawa kedudukan terakhir pesawat seperti disahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa adalah sama ada di koridor utara atau selatan, yang menjadi fokus usaha mencari dan menyelamat. Keutamaan kami ialah mencari pesawat itu.

3. Siasatan Polis

Saya sedar ramai mengikuti dengan dekat dan mahu mengetahui perkembangan siasatan Polis Diraja Malaysia terhadap penumpang dan anak kapal MH370. Saya harap anda faham bahawa saya tidak boleh mengulas mengenai butiran siasatan itu, yang masih berjalan.

Saya juga ingin menyatakan bahawa usaha mencari MH370 adalah lebih penting daripada politik. Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbezaan kita dan bersatu dalam waktu sukar ini tatkala kami menumpukan usaha untuk mencari pesawat itu dan 239 orang di dalamnya.

4. Kenyataan penutup

Operasi mencari MH370 terus menjadi keutamaan kami. Kami akan terus memberikan anda perkembangan terkini operasi ini, termasuk maklumat mengenai aset-aset digunakan, sebaik sahaja maklumat itu diperoleh.

Beberapa hari lepas kami telah menghubungi rakan-rakan kami di kawasan yang menjadi tumpuan operasi mencari. Kerjasama yang kami terima dalam fasa pertama diteruskan dalam fasa baharu ini. Malah, lebih banyak komitmen diberikan kepada kami dalam operasi rumit dan besar ini, melibatkan pelbagai negara.

Pada masa sama, doa kami terus bersama-sama anggota keluarga dan rakan penumpang dan anak kapal pesawat.

#PRAY4MH370: JANGAN NAK MENGAKU 'PAKAR' SETAKAT MENYALAK DI MEDIA SOSIAL


Dalam tempoh 2 hari ini. Macam-macam pandangan mereka dalam media sosial. Musibah hilang MH370 telah mencungkil lagi bakat-bakat terpendam pada mereka yang hanya pengikut mereka sahaja boleh mengiyakan tetapi tidak kandung pengesahan kelayakan dari segi kepakaran.

Bukan setakat jadi 'wartawan' yang lebih advante dari wartawan sebenar. Malahan mereka boleh menjadi 'penumpang/anak kapal' walau tidak berada dalam MH370 ketika itu. Tidak kurang juga menjadi 'pakar' 'penyiasat' walau setakat berhujah di media sosial.

Namun, pada pandangam LADY... 'kepakaran' mereka ini di media sosial menambah beban dan tekanan individu yang dekat dan menghadapi situasi. Hanya andaian dan lebih tepat spekulasi kerana hujahan di media sosial hanyanya andaian pada kepala otak mereka semata. Sebahagiannya pula walau mengaku menghadap siaran langsung temu ramah pakar sebenar memberi pandangan terhadap kemungkinan berlaku berdasarkan soalan yang diberikan oleh pengacara, pun masih ada yang bodoh bangang tak faham juga isi kandungan dan penjelasan diberikan.

Tetap menggunakan teori kepala otak mereka sendiri yang 'perasan' lebih tahu dari yang pakar.

Tidak kurang pula, menjadikan situasi ini sebagai 'peluang' menghentam pihak kerajaan dan menghina individu-individu tertentu berkaitan kepimpinan kerajaan hanya kerana mereka ini adalah penyokong taksub PR!

Hari ini, LADY membaca pandangan blogger nobisha.blogspot.com dan telah dipetik siar oleh portal berita astro awani. Ianya pandangan menarik! Dan LADY sangat bersetuju dengan pandangannya terhadap mereka yang PERASAN PAKAR tetapi hanya setakat PEWUJUD SPEKULASI dan TUKANG WUJUDKAN SUASANA FITNAH DEMI KEPENTINGAN TERTENTU .
sila baca ini:
______________________________________

MH370: Baik hantar kapal korek!
Norizan Sharif | Kemas kini: Mac 10, 2014


Apa yang pasti ialah MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang (ATC Subang) pada jam 2.40 pagi. Ini disahkan oleh Malaysia Airlines.
Apa yang tidak pasti ialah apakah yang berlaku selepas itu.

Laporan pelbagai agensi berita antarabangsa juga adalah merupakan spekulasi dan bukannya sesuatu yang konklusif. Seorang yang celik media, akan berhati-hati membaca laporan media.

Media Vietnam, Tuoi Tre News yang menyiarkan gambar tumpahan minyak di Laut China Selatan menyebut, "Photos of oil slick in ALLEGED Malaysia Airlines plane crash."

Mengenai penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali, International Business Times menyebut, "We BELIEVE that the name and passport were used by unidentified person to board the plane," a spokesman for the Austria foreign embassy told ABC News.

Sementara itu, Reuters pula melaporkan, "Malaysian plane PRESUMED crashed; questions over false ID."
Perkataan "alleged", "believe", dan "presumed" yang digunakan dalam ayat-ayat di atas menunjukkan laporan itu bukanlah sesuatu yang konklusif.

Hanya orang yang buta literasi media akan menganggap laporan itu sebagai sesuatu yang muktamad.

Ada orang tuduh kerajaan sembunyikan fakta bahawa kapalterbang MH370 telah terhempas atau kemalangan. Orang ini sebenarnya hidup di zaman batu. Dalam zaman yang serba terbuka ini, perkara sedemikian tidak boleh ditutup dengan mudah. Kejadian ini bukan berlaku di dalam gua!

Sekiranya kerajaan membuat kenyataan MH370 terhempas, persoalan selanjutnya ialah "Di mana?" dan "Mana bukti MH370 terhempas?" Takkanlah kerajaan nak jawab "Di Laut China Selatan, dekat Vietnam." Itu jawapan kedai kopi!

Tragedi ini sedang diikuti secara dekat oleh industri penerbangan termasuklah Boeing, agensi keselamatan penerbangan antarabangsa, kerajaan negara-negara yang rakyatnya terbabit dalam insiden ini, media antarabangsa, industri insuran dan pelbagai pihak yang berkepentingan dan mempunyai kaitan.

Kenyataan rasmi kerajaan tidak boleh dibuat seperti kenyataan Pak Malau di kedai kopi. Selagi kerajaan tidak dapat membuat rumusan yang konlusif mengenai apa yang berlaku, maka ia tidak akan membuat kenyataan sedemikian.

Sesetengahnya pula mempersoalkan "masa" yang diambil bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku. Sekiranya kita rajin mencari maklumat di internet, kita akan tahu bahawa ini bukanlah satu proses yang mudah. Apabila Air France 447 jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009, pihak penyelamat mengambil masa hampir dua tahun untuk menemui majoriti bangkai kapalterbang dan mayat penumpang di laut dalam.

Ada pula yang memperlekehkan negara kerana tidak menghantar kapal selam untuk mencari pesawat tersebut di laut. Ini adalah contoh orang yang tak faham mengenai fungsi pelbagai jenis kapal selam tetapi masih mahu mengkritik sesuatu yang dia sendiri tak arif.

Ambil contoh kapalterbang. Adakah kita akan menghantar kapalterbang Airbus A380 yang terbaru dan paling canggih ke medan tempur? Walaupun mahal dan canggih, Airbus A380 bukan dibina untuk tujuan tersebut!

Inilah jadinya apabila orang berlumba-lumba menunjukkan kebodohan di media sosial. Bak kata Albert Einstein: "Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan."

Nah, respon saya kepada sindiran itu adalah cukup mudah. Buat apa hantar kapal selam, lebih baik hantar kapal korek; sekurang-kurangnya kapal korek boleh korek pesawat di dasar laut!
______________________________________


Ps: kalau dah PERASAN SANGAT menjadi pakar. Kenapa tak tampil 'gentlemen/gentlewomen' tawarkan kepakaran anda. Setakat melalak kutuk itu ini sana sini kerajaan semua SALAH di media sosial! Apa kelas!
LADY bukan seorang pakar. Sebab itulah LADY hanya kongsikan pandangan LADY hal pandangan mereka yang PERASAN diri mereka lebih PAKAR dan Lebih TAHU!

Usah nak jadi bomoh atau pengamal ilmu ghaib sehingga mengaitkan kehilangan dengan 'hantu Altantuya' (anda seharusnya peka denga  perasaan keluarga mendiang dengan perkaitan ini!!!) Tidak kurang juga boleh mendoakan agar kematian kepada YAB PM serta isteri.

Tahukah anda. Bahawa gonggongan anda tak membantu menenangkan keadaan! Seharusnya anda meletakkan diri anda sebagai ahli keluarga mangsa. Bukan anda sangat BIJAK!

JANGAN NAK TUNJUK PINTAR JIKA ANDA SANGAT BODOH! UMPAMA TIN KOSONG DIKETUK HANYA BUNYI YANG BISING MENYAKITKAN TELINGA MENDENGAR!

Pada yang suka sangat mengutuk Datin Seri rosmah . Tidakkah anda tahu. Walaupun dia ada kelemahan tetapi dia tak SEJAHAT korang yang hanya tahu mengutuk tetapi tidak sedetikpun tampil cuba memberi sokongan kepada mereka yang terlibat dalam situasi! Sama ada wanita no 1 berlakon sekalipun!  Daia sudah lakukan perkara TERBAIK berbanding dengan korang yang hanya tahu menyalak. Pada pandangan LADY, wanita No 1 bukan seorang pelakon, dia jujur dalam menampilkan emosinya dalam suasana yang tepat!

#Pray4mh370
#Prayformh370

#PRAY4MH370: JANGAN UPDATE PERKARA YANG NAMPAK BODOH @SUEHANAEYMANI


Ya Allah ya Tuhanku. Lindungilah bangsaku dari memiliki lebih ramai budak sebodoh @suehanaeymani (twitter)

Cerdikkanlah anak bangsaku dari kegelapan ilmu pengetahuan mereka. 
Kuncikanlah hati dan mulut serta tangan mereka dari meluahkan kata-kata jahil ilmu dan melukakan hati manusia lain.!!!


LADY sedih sangat. Kenapalah ada anak bangsa LADY sebodoh ini. Patutlah mereka inilah mudah diperbodohkan oleh pemimpin PR!!!

Kepada @suehanaeymani. Sebelum memohon keampunan Allah atas dosa fitnahmu. Sila mohon keampunan dari mereka yang telah menjadi korban fitnahmu #MH370!

#prayformh370
#pray4mh370

#PRAY4MH370 : SUDAH-SUDAHLAH PERLEKEHKAN KEADAAN!!!!



Tak sudah-sudah mereka ni mengeluarkan kenyataan bodoh bangang dan tak bertanggungjawab.

Mohon pihak berkuasa ambil tindakan ke atas mereka. Habib ahli AMK dan leman lawak.

#prayformh370
#pray4mh370

#PRAY4MH370: LEBIH ELOK BERDOA KEBAIKAN DARI MENGUTUK CARI KESALAHAN KERAJAAN!




Melihat merepek tung tang pihak penyokong PR termasuk kepimpinan mereka. LADY bersyukur dengan respond kepimpinan UMNO dan artis serta orang awam yang lebih matang menyuarakan pandangan mereka atas musibah ini.

Marilah kita berdoa kesejahteraan mereka yang terlibat dengan MH370 ini dan segala teka teki misteri terjawab dalam masa terdekat ini.

#pray4mh370
#prayformh370

PRK KAJANG: MISI MELUASKAN EMPAYAR KELUARGA


Betullah tu. 1 kat pulau pinang ( Seorang kawasan wilayah dan kini seorang lagi berusaha menawan Selangor. Nampak sangat pi mai pi mai tang tu.

PKR dah tak ada calon lain dah. Mereka je layak.. kononlah yer???!!!!!

Empayar keluarga Anwar!

#PRAY4MH370 : BERDOA


Biar gambar berbicara

AUGERAH ILLAHI WAN AZIZAH HADIAHKAN KERUSI CALON


Tu diaaaaa!!!!! BH 09/03: Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih sebagai calon bagi menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK DUN Kajang 23 Mac ini.

Selepas Anwar tidak layak menjadi calon untuk PRK kajang selepas mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar bersalah melakukan kesalahan LIWAT dan jatuh hukum penjara selama 5 tahun. Hari ini si PELIWAT mengumumkan isteri MITHALInya menjadi calon PKR di DUN Kajang.

Buka  nak FITNAH tau! Bukankah sebelum ini. Wan Azizah pernah menjadi MP Permatang Pauh dan melepaskannya selepas suami Anugerah Illahi kepadanya bebas dari hukuman?

Secara moralnya... Wan Azizah adalah pemimpin yang tak bertanggungjawab! Mempermainkan pengundi dengan sesuka hati letak jawatan hanya kerana memberi laluan pada Anwar menjadi MP sana!

Kini.. sekali lagi keadaan berlaku. Anwar meletakkan wan Azizah sebagai calon.!!! LADY fahamlah ADUN Kajang sebelum inipun jenis tak bertanggungjawa kerana mengosongkan kerusi hanya kerana nak beri ruang Anwar menjadi ADUN di sana sekiranya PRK Kajang Anwar menang!

LADY nak tanya pada pengundi kawasan DUN Kajang. Korang suka sangat diperlekehkan ker? Suka digurau sendakanker??? Pemimpin jenis tak bertamggungjawab jugaker yang korang alan undi kelak?????

 LADY bukan pengundi kawasan sana. Jawapan itu LADY serahkan untuk korang jawab.

#PRAY4MH370 : PENGGANAS MUSLIM? -KOK


Inikah pemimpin pilihan pengundi Islam/Muslim parlimen Seputeh???????

Kenapa kok buat permintaan untuk individu tampil menyatakan penafian bahawa kejadian pesawat MH370 hilang didalangi oleh pengganas Muslim?

LADY nak tanya.. adakah pengganas ini hanya MUSLIM? Adakah kok nak menyatakan bahawa Muslim ini memang pengganas????? Bolehlah Kok menafikan ini bukan kenyataannya??????

Soalan ini LADY tanya pada Kok dan penyokongnya.

#PRAY4MH370- INFO: FAKTA MENGENAI TRAGEDI PESAWAT TERHEMPAS YANG PATUT KITA TAHU

INFO! Fakta Mengenai Tragedi Pesawat Terhempas yang Patut Kita Tahu!! #PrayforMH370
Sesetengah orang pandai cakap saja. Cakap memang senang, bagi pendapat pun senang. Hakikatnya kita kena faham dulu, baru boleh buat andaian atau tuduh yang bukan-bukan.
Sedikit penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370, untuk difikirkan bersama:

1. Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan.

2. Hubungan Diplomatik

MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3. Misi Melibatkan 5 Negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan. Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370.

Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit.

Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4. Tidak Semudah Yang Dijangka

Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5. MAS Tetap Dihati

Kali terakhir MAS mengalami 'major incident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major incident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas.

Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.

Sumber: Nor Azizuddin Abdul Manan

Ps: LADY harap pada penyangak, si sial yang jadikan musibah MH370 bahan gurauan dan menyalahkan pihak kerajaan untuk menaikkan nama pihak disokong tu. Sila baca dan faham! Tak faham juga.. pandai-pandailah anda berurusan dengan balasan Allah swt kelak.

#PRAY4MH370 : MENANTIMU KAMU MH370


Menanti Kamu MH370

Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.

#PrayForMH370
#Pray4MH370


Hasil nukilan
Saiful -BROTHERHOOD
9/3/2014

#PRAY4MH370: MEREKA YANG AKAL HANTU





Tak menghormati suasana dan sangat mementingkan diri! Termasuk pemimpin PR yang menjadikannya bahan gurauan.

Agak-agaklah kalau nak kongsikan apa yang anda rasa! Jangan perasan media sosial ni akaun anda bermakna anda ikut kepala lutut awak je buat status sial tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga #MH370 yang terlibat!

#PRAY4MH370: SYAITAN BERTOPENG MANUSIA


Dalam kesedihan dan kerisauan ahli keluarga penumpang. Ada anjing-anjing menyalak mempolitikkan musibah ini.

Cuba keluarga anjing-anjing ini yang terlibat dengan musibah. Adakah mereka boleh jadikan musibah ini sebagai bahan gurauan?

LADY memang nak panggil mereka ini sebagai anjing. Mereka tak layak digelar manusia!!!

Semoga anggota keluarga penumpang MH370 sabar dan tabah menghadapi musibah ini.

#Pray for MH370

Sumber gambar: Rafi Awg kecik

INFO: 38 WARGA MALAYSIA BERADA DI DALAM PESAWAT MAS YANG HILANG


KUALA LUMPUR:  Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa penerbangan MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang membawa 227 penumpang dari 14 negara yang berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata penumpang-penumpang tersebut adalah dari negara-negara yang berikut:

China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang


Ahmad Jauhari berkata juruterbang pesawat tersebut adalah Kapten  Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 18,365 jam.
mas

“Zaharie berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 1981. First officer pesawat tersebut adalah Fariq Ab.Hamid yang berusia 27 tahun.

“Beliau mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 2,763 jam dan beliau berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 2007,” katanya semasa suatu sidang media.

Pesawat itu dilaporkan turut membawa 12 anak kapal.

Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.- Astro Awani