Followers

MOU AIR SELANGOR TIDAK BOLEH DIPINDA SEKALIPUN ANWAR JADI MENTERI BESAR : MUHYIDDIN

HULU LANGAT:  Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula bekalan air di Selangor tidak boleh diubah sekalipun kepimpinan Selangor bertukar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara berkenaan dinyatakan secara jelas dalam MoU yang ditandatangani Rabu lepas.

Penetapan berkenaan membolehkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan hingga siap mengikut jadual ditetapkan.

“Kita harap dalam tempoh mungkin 2 tahun setengah lagi atau  seberapa cepat yang mungkin, sumber air baru yang datang dari Pahang ini akan mengalir ke Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya selepas melakukan lawatan mesra di Sungai Chua, Kajang.

Beliau berkata demikian selepas ditanya adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menghentikan Projek Langat 2 sekiranya beliau menang Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, seterusnya mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Tambah Muhyiddin lagi, perjanjian tetap itu dipersetujui sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menyedari kemungkian perjanjian itu mungkin diubah atau dihentikan sekiranya kepimpinan negeri Selangor bertukar.

“Khalid (Tan Sri Abdul Khalid) ini walaupun nampak seperti tidak bijak politik tetapi dia tahu agak pakar, dia tahu apa muslihat Anwar,” katanya

Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masing-masing mewakili kerajaan pusat dan negeri menandatangani MoU itu di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Anwar dilihat tidak ikhlas membantu menyelesaikan masalah rakyat kerana tidak mengetahui mengenai perjanjian MoU itu sedangkan dia merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

“Anwar tidak tahu menunjukkan beliau tidak memberikan nasihat dan hanya mahu 'nama' dan langsung tidak memberi perhatian (masalah air Selangor).

"Dia (Anwar) sebagai penasihat ekonomi patut ambil langkah menyelesaikan masalah air, dalam soal begini nyata beliau tak ada sumbangan," katanya lagi.

Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri  Liow Tiong Lai berkata tindakan kerajaan negeri Selangor menandatangani MoU itu dilihat mematikan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempolitikkan isu air di Selangor.

"Sekarang kita dapat lihat negeri Selangor pun menghadapi kekurangan air dan tidak sepatutnya dia nak teruskan mainkan politik isu air” katanya.

Jelasnya isu air merupakan sesuatu yang penting dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menyelesaikannya. - Astro Awani

HARAKAH DAILY BERBOHONG LAGI

Jangan nak menipu benda yang mudah dikerahui wahai penulis harakah daily. Kan dah kantoi!

INFO: SPR TERIMA PENGOSONGAN DUN BALINGIAN, MESYUARAT 6 MAC

PETALING JAYA:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima makluman rasmi dari Speaker Dewan Undangan negeri Sarawak berhubung dengan pengosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.51 Balingian oleh penyandang kerusi tersebut Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata makluman rasmi tersebut diterima pada jam 8.30 pagi tadi dan pengosongan kerusi tersebut akan mula berkuatkuasa pada esok.

“Selaras dengan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi membincangkan semua perkara berkaitan dengan kedudukan kerusi DUN Balingian,” katanya dalam satu kenyataan media yang diemelkan kepada Astro Awani.

Mesyuarat tersebut akan dilakukan pada hari Khamis bersamaan 6 Mac jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya dan akan diikuti satu sidang media oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Penyandang kerusi DUN Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri Sarawak pada semalam telah mengesahkan beliau telah menulis surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar mengenai hasratnya untuk mengosongkan kerusi DUN Balingian.

Hasrat tersebut dilakukan selaras dengan pengumuman beliau pada 12 Feb lalu untuk bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuatkuasa pada 28 Feb.

Tugas Ketua Menteri Sarawak bakal diserahkan kepada Tan Sri Adenan Satem yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak.- Astro Awani

INFO: CATUAN AIR WAJAR BAGI KAWAL PENGGUNAAN NEKALAN AIR

KUALA LUMPUR:  Catuan bekalan air wajar dilaksanakan bagi mengawal penggunaan sumber air mentah terutama ketika tahap takungan air di empangan berada pada paras kritikal seperti dihadapi beberapa negeri sekarang.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata jika catuan air tidak dilaksanakan, dikhuatiri sumber air mentah di empangan akan habis dengan cepat, manakala loji perawatan air tidak dapat menghasilkan air terawat untuk pengguna.

"Terdapat beberapa faktor menyumbang kepada pelaksanaan catuan air termasuk musim panas berpanjangan, hujan tidak turun di kawasan tadahan, kekurangan kawasan tadahan air yang sekali gus diwartakan sebagai kawasan simpanan tetap," katanya kepada Bernama, Selasa.

Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.

Tidak hanya di Selangor, Johor khususnya di daerah Kluang turut melakukan catuan air, selain berkemungkinan besar sebahagian kawasan Tampin dan Rembau di Negeri Sembilan, memandangkan paras air Empangan Gemencheh, Tampin kini cuma mampu bertahan dalam tempoh tertentu sahaja.

Piarapakaran berkata peningkatan permintaan bekalan air terawat di kawasan mempunyai kepadatan penduduk tinggi terutama di bandar dan sub-bandar juga menjadi antara faktor penyumbang memandangkan kawasan itu menjadi tumpuan pembangunan.

Ditanya adakah catuan air memberi kesan kepada industri, katanya: "Operasi industri yang banyak bergantung kepada sumber air terawat akan terganggu, dan tidak mustahil juga memberi kesan negatif kepada proses membawa pelabur ke Malaysia."

Presiden Pengamatan Air Pulau Pinang Prof Dr Chan Ngai Weng berkata tidak ada pilihan selain catuan air, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis air mendesak di beberapa negeri ketika ini yang memungkinkan pendekatan itu dilakukan.

Menyifatkan catuan air sebagai langkah berkesan bagi mendidik pengguna menghargai keperluan penjimatan air, Chan berkata ia juga sekali gus dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap krisis air.

Pensyarah Seksyen Geografi, Universiti Sains Malaysia itu berkata kempen jimat air perlu dilakukan dengan efisien dan berterusan, selain menggunakan loji mobil kecil bagi memproses air bersih di kawasan tasik atau kolam air sebagai alternatif tambahan menghadapi krisis ini.

Bagi Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia Foon Weng Lian pula, catuan air adalah perlu bagi memberi bekalan air kepada pengguna secara berterusan tanpa menunggu perkhidmatan tangki air datang ke kawasan mereka.

"Catuan air memang wajar, dan ia dapat mengurangkan tekanan kekurangan bekalan air daripada menjadi lebih teruk...Jika tiada catuan, dikhuatiri kawasan yang ada air tidak memikirkan kawasan terjejas kerana menggunakan air tanpa berhemah," katanya.

Pandangan sama turut diberikan Eksekutif Kanan Forum Air Malaysia Nuraini Khalil yang berkata pendekatan itu memberi peluang kepada pengguna merancang penggunaan dan penyimpanan air kerana pengagihan bekalan akan dilakukan secara berjadual.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Datuk Rosni Zahari dalam kenyataan berkata akibat kejadian catuan air yang dialami negeri Selangor pada 1997, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan memutuskan untuk membina empangan baharu bagi memenuhi keperluan bekalan air di Selangor ketika itu dan sekiranya projek itu dilaksanakan, masalah catuan air tidak akan timbul di
Selangor.

"Bagaimanapun, selepas pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, projek itu ditangguhkan berikutan mereka degil dan angkuh serta hanya menjaga kepentingan politik mereka berbanding kepentingan rakyat," katanya.

Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri dalam kenyataan menasihatkan kerajaan negeri Selangor agar tidak mencatu air sesuka hati.

"Ikutlah peraturan yang ditetapkan. Jika catuan air merupakan satu-satunya jalan penyelesaian, ia perlu dimaklumkan lebih awal dan diharap tidak mengganggu operasi institusi penting seperti hospital, rumah ibadah, sekolah, pili bomba dan lain-lain," katanya.- BERNAMA

MAHKAMAH PERINTAH PRESIDEN PAS BAYAR SAMAN RM2 JUTA

KUALA TERENGGANU:  Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Perintah tersebut dikeluarkan berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd Shamsul sebelum ini.

Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi ekoran dakwaan yang dibuat ahli parlimen Marang itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Sebelum Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut Julai tahun lepas, Mohd Shamsul mendesak Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataan calon PKR menjual pil kuda kerana masyarakat menganggap beliau yang didakwa presiden PAS itu.

Dalam PRU13, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR dan menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Difahamkan PAS akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.- Astro Awani

PERKASA HARUS LEBIH BERHATI-HATI : ROSNAH

KUALA LUMPUR:  PERKASA harus lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan umum seperti "UMNO sudah tidak bertaring, lesu dan lemah" dan PERKASA "boleh jadi galang ganti" mempertahankan bangsa dan agama.

Ini adalah pendapat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang berkata badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak pernah ada kaitan dengan UMNO dan ia harus munasabah.

"PERKASA tidak harus melibatkan UMNO dalam perkara berunsur negatif. UMNO tidak pernah memusuhi PERKASA.

"UMNO bukanlah satu parti yang lemah," kata Rosnah kepada Astro AWANI.

Rosnah berkata demikian semasa memberi komen tentang kenyataan Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggesa supaya UMNO 'menjinakkan' PERKASA.

Nur Jazlan menyaran bahawa PERKASA 'menutup mulut' sekiranya tiada fakta yang hendak dicakapkan.

Rosnah yang bersetuju dengan Nur Jazlan berkata pendekatan UMNO adalah lain daripada PERKASA.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata pandangan Nur Jazlan adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya pandangan UMNO.

"Pada saya, PERKASA sebuah NGO yang mempunyai peranan yang tersendiri dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk menegur PERKASA.

"Mereka mempunyai hak sendiri dan pendapat bebas adalah dibenarkan di dalam negara berdemokrasi seperti Malaysia asalkan ia tidak menimbulkan hal-hal sensitif," katanya.

Semasa memberi komen tentang kenyataan PERKASA, 'UMNO sudah "tidak bertaring, lesu dan lemah".
"Kenyataan ini tidak menimbulkan sebarang bekas kepada UMNO. Biarlah dia bercakap," katanya.

Nur Jazlan dalam kenyataannya yang dipetik dari akhbar The Heat baru-baru ini telah menggesa agar UMNO menjinakkan PERKASA dengan meletakkan syarat dalam hubungannya dengan badan bukan kerajaan itu dan tidak membiarkan ia terus-menerus menentukan keadaan.

Katanya UMNO tegas memberitahu PERKASA supaya bercakap dengan fakta dan menurut Nur Jazlan sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan, mereka (PERKASA) sepatutnya tutup mulut.

Nur Jazlan bagaimana pun berkata, PERKASA tidak mendiamkan diri kerana ia mahukan legitimasi.

Laporan The Heat itu turut memetik Nur Jazlan berkata kewujudan PERKASA tidak membantu UMNO sebaliknya menyusahkan parti itu, serta lebih merupakan satu ancaman kepada mereka.

Berikutan itu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini telah membidas kenyataan Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan PERKASA satu ancaman kepada UMNO.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Ibrahim berkata ternyata Nur Jazlan tidak memahami erti demokrasi, di mana dalam kes ini merujuk kepada hak mengkritik dan menyuarakan pandangan.

Nur Jazlan mengkritik PERKASA selepas beliau pada akhir tahun lalu membidas badan itu yang mengancam sedia menggantikan UMNO yang kononnya tidak dapat membela nasib orang Melayu.

Katanya, badan itu terlebih mengukur kekuatan dan pengaruhnya sendiri di kalangan orang Melayu.

Kritikan Nur Jazlan ketika itu adalah reaksi kepada ucapan Ibrahim semasa perhimpunan agung badan itu yang mengatakan UMNO sudah 'tidak bertaring, lesu dan lemah' dan PERKASA 'boleh jadi galang ganti' mempertahankan bangsa dan agama. - Astro Awani

TAHNIAH DS SALLEH DAN UMNO KOTA BELUD

LADY dapat jemputan juga. Tetapi lokasi tu biarlah rakan media sosial yang lebih dekat meraihkannya kerana  mereka berhak menerima penghargaan ini. Jemputan sampai tupun sudah LADY rasa berterima kasih sangat. Cuma rezeki sahaja tidak berkesempatan ke sana.

Bertempat di  Rikakaya Fishing Kuala Abai Kota Belud. Program Santai minda bersama pengamal Media sosial sedang berlangsung sehingga dijangkakan tamat jam 1 petang. Walau LADY tidak berpeluang hadir, namun rakan LADY lain sudah berada di sana menikmati program berkenaan yang dikatakan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

LADY nak ucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana berjaya mengadakan majlis bersama rakan media sosial . Ia sebagai 1 pengikhtirafan beliau kepada pengamal media sosial. Terima kasih

INFO: PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAKA SUDAH BERAKHIR, MUNCUL PULA INDIVIDU DAKWA PEWARIS DAN SULTAN

KUALA LUMPUR:  Pemerintahan Kesultanan Melaka telah berakhir kira-kira lima dekad yang lepas, namun negeri bersejarah itu sering menjadi idaman beberapa pihak yang mendakwa pewaris takhta dan berminat untuk 'menghidupkan' semula kesultanan itu.

Antaranya yang terbaharu ialah ahli perniagaan Noor Jan Tuah yang sejak beberapa tahun lepas ada mengemukakan tuntutan sebagai sultan Melaka namun tuntutan beliau tidak pernah dilayan.

Cubaan terbaharunya dengan mengemukakan 'surat pengiktirafan' Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tetapi surat itu terbukti palsu yang membawa kepada penangkapan beliau pada awal bulan ini.

Di samping itu, muncul pula individu lain yang mendakwa mempunyai kuasa magis untuk mengembalikan institusi kesultanan Melaka termasuk boleh menurunkan bencana kepada negeri itu jika permintaannya tidak ditunaikan.

Menggunakan nama Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret, warga Indonesia itu mendakwa suaminya adalah pewaris sebenar kesultanan itu.

Meskipun begitu, kes Noor Jan lebih popular berikutan kisahnya turut dilaporkan dalam media massa di samping laman-laman sosial.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung, tidak mustahil selepas ini akan ada lagi pihak yang akan mencuba nasib merebut 'takhta' kesultanan yang berkubur pada tahun 1511 Masehi apabila Portugis menawan Melaka dan sultannya yang terakhir, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Johor.

Situasi ini telah meresahkan rakyat Melaka walaupun ramai yang tidak percaya dengan tuntutan itu namun ada juga yang tidak menolaknya di samping sebahagian yang bersikap tidak ambil peduli.

DAKWAAN TIDAK MUNASABAH

Bolehkah seseorang menganggap Noor Jan, yang menamakan dirinya sebagai Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni al-marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah sebagai seorang opotunis yang mendambakan kehidupan penuh kemewahan yang dikaitkan dengan kerabat diraja?

Apatah lagi Melaka adalah sebuah negeri yang pesat membangun dan kukuh dari segi kewangannya, yang bermakna 'sultan'nya (jika ada) juga akan menikmati limpahan kemewahan.

Meskipun Noor Jan tidak mempunyai perakuan sah untuk menuntut takhta kesultanan Melaka, namun yang jelas beliau mendapat komentar-komentar umum di laman sosial. Beliau mendakwa kononnya mempunyai kelengkapan "pakaian diraja" dan malahan mengadakan "majlis diraja" untuk panganugerahan gelaran kebesaran.

NOOR JAN AMBIL KESEMPATAN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setelah penubuhan Negeri-Negeri Selat (oleh British pada 1826), tidak ada mana-mana pihak boleh mendakwa atau menuntut takhta kesultanan di negeri-negeri tersebut.

Melaka adalah antara tiga negeri yang termasuk di bawah Negeri-Negeri Selat selain Pulau Pinang dan Singapura.

Polis mengambil tindakan menangkap Noor Jan bersandarkan kepada perundangan yang ada kepada kerajaan negeri, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Zahid turut mempersoalkan tindakan lelaki berusia 56 tahun itu yang dilihat sebagai cuba mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka setelah negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri maju.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pula kesal terhadap tindakan Noor Jan yang cuba mengelirukan rakyat Melaka dan meminta semua pihak tidak tertipu dengan dakwaan tidak berasas itu.

Idris berkata, kerajaan negeri Melaka menolak tuntutan ahli perniagaan itu kerana perbuatan itu jelas mencabar Perlembagaan Persekutuan, yang hanya mengiktiraf sembilan sultan yang sedia ada sekarang.

TINDAKAN HINA INSTITUSI RAJA

Pengkaji sejarah kesultanan Melayu, Raja Yusuf Izzudin Raja Datuk Pahlawan Lope Ahmad berkata, sikap Noor Jan yang melampau dan tidak pernah serik mengeluarkan pernyataan palsu tentang statusnya sebagai sultan Melaka sepatutnya sudah lama diambil tindakan.

Menurutnya, cubaan membuktikan tuntutan beliau melalui salasilah kesultanan Perak yang dimanipulasi serta mendakwa dirinya ada kesaktian tertentu sehingga dapat mencari alat-alat kebesaran Melaka adalah satu tindakan keterlaluan.

"Tindakan ini sebenarnya menghina institusi raja di negara ini. Bukan kita tidak tahu beliau pernah cuba merempuh masuk majlis anjuran Istana Negara dengan pengikut-pengikutnya (tidak lama dahulu)," katanya yang juga pengasas blog sejarah kesultanan Melayu Perak iaitu 'SembangKuala.'

Berbekalkan 'fakta' yang dikemukakannya, Noor Jan telah beberapa kali mendesak kerajaan pusat dan negeri serta mengugut Majlis Raja-raja untuk mengiktiraf dirinya sebagai pemerintah Melaka yang sah.

"Semua dakwaannya atas dasar 'syok sendiri' sahaja termasuklah dakwaan mendapat mandat ICJ yang merupakan satu penipuan besar," tegas Raja Yusuf.

Beliau kemudiannya menjelaskan, sejak kali pertama beliau mendapat tahu tentang mandat ICJ yang didakwa Noor Jan, beliau telah membuat semakan di laman sesawang rasmi mahkamah keadilan antarabangsa itu.

Hanya ada dua kes yang diadili di ICJ membabitkan Malaysia iaitu kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan serta kes pertindihan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh.

"Kita juga jangan lupa bahawa selain tuntutan beliau (Noor Jan) ke atas Melaka, beliau turut mengelarkan diri sebagai Sultan Perak yang ke-35 sedangkan Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah masih bertakhta di Perak," katanya.

FAKTA YANG TIDAK BERASAS

"Semua bukti yang dikemukakan bukan sahaja tidak berasas, bahkan membuktikan bahawa Noor Jan sendiri tidak faham tentang kesultanan Perak dan Melaka itu sendiri," kata Raja Yusuf.

Tambahnya, isu menghidupkan kembali kesultanan Melaka tidak pernah menjadi agenda oleh mana-mana sultan Perak, walaupun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

"Hang (kamu - merujuk kepada Noor Jan) orang Perak, nak tuntut Melaka, sedangkan sultan-sultan sebelum ini tidak pun berbuat begitu.

“Ambil contoh, Sultan Sir Alang Iskandar (nama rasmi baginda ialah Sultan Iskandar Shah - Sultan Perak ke-30) yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan British hingga berjaya mendapatkan semula jajahan Dindings pada 1937 juga tidak berbuat begitu.

Sedangkan Dindings boleh dapat semula setelah hampir 10 tahun mengemukakan rayuan kepada British apatah lagi Melaka. Hakikatnya Melaka hanyalah sebuah kenangan yang perlu dijadikan sempadan," katanya.

TAMING SARI BUKAN ALAT KEBESARAN SULTAN MELAKA

Noor Jan juga mendakwa memiliki keris Taming Sari, yang dikatakan sebagai alat kebesaran Kesultanan Melaka namun seorang peminat sejarah kesultanan Melayu, Muhamad Adha Abdul Jalil menangkis dakwaan itu dan berkata bahawa keris itu bukan alat kebesaran tetapi senjata Laksamana Melaka, Hang Tuah.

Beliau, yang juga lebih dikenali sebagai Ku Alam berkata, dakwaan alat kebesaran itu telah dikeluarkan daripada perut bumi menggunakan proses mistik selama tiga tahun setengahnya oleh Noor Jan sebenarnya bukan alat kebesaran kesultanan Melaka.

Antara alatan yang dikatakan dimiliki Noor Jan setelah diambil dari alam ghaib termasuk cop mohor, keris, anak keris, pending, kalung dan mahkota yang dikatakan milik sultan-sultan Melaka terdahulu.

Melalui blog Ku Alam iaitu 'Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu,' beliau menjelaskan bahawa sebagai sebuah kesultanan yang berasal daripada Teras Kesultanan Melaka, sebahagian aturan adat kesultanan Perak menyamai istiadat kesultanan Melaka.

Satu daripada alat kebesaran kesultanan Perak yang paling utama dalam upacara pertabalan sultan ialah nobat dan pewaris takhta Perak harus mewarisi nobat daripada waris yang terdahulunya.

"Mewarisi nobat bukanlah hanya pada alatannya, tetapi mesti juga bersama para pemainnya yang terpilih sejak turun temurun iaitu 'Orang Kalur’ yang mana ketuanya bergelar 'Toh Setia Guna' serta pembantunya bergelar 'Toh Setia Indera'.

Selain nobat, alat kebesaran yang cukup penting dalam istiadat mengangkat sultan ialah pedang Chura Si Manjakini atau Curi' Sa-Menta Dakini, sejenis pedang perang.

Tanpa kedua elemen kebesaran (Nobat dan pedang) itu, sultan tidak boleh diangkat, kata Ku Alam.

Kesimpulannya tiada siapa yang boleh mendabik dada mengangkat diri sebagai sultan selagi tidak mempunyai alat-alat kebesaran itu.- BERNAMA

YEAH.. ESOK PENERIMA DAH SENYUM LEBAR

INFO: KPDNKK RAMPAS TELEFON BIMBIT SAMSUNG TIRUAN DALAM OPS SAMSUNG

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR:  Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah telah berjaya merampas telefon bimbit pelbagai model dan aksesori yang disyaki tiruan menggunakan jenama Samsung.

Ekoran itu, beberapa premis yang dipercayai melakukan kegiatan haram tersebut diserbu penguatkuasa bersama wakil Samsung dari Kuala Lumpur.

Pagi semalam, satu serbuan yang dinamakan Ops Samsung telah menyerbu empat premis dipercayai menjual telefon bimbit dan pelbagai aksesori tiruan.

Serbuan itu dilakukan kira-kira jam 11 pagi tadi di sebuah kompleks beli belah di Jalan Putra, Alor Setar, Kedah.

Ekoran daripada serbuan itu, pihak KPDNKK Kedah berjaya merampas 4 unit telefon bimbit pelbagai model dari jenama terkenal itu dan aksesorinya yang dianggarkan bernilai lebih dari RM 25,000.

Telefon bimbit tiruan yang dipercayai diimport dari negara China itu dikatakan dijual antara harga 50 ringgit sehingga 400 ringgit seunit berbanding harga bagi telefon bimbit original ialah lapan ratus hingga dua ribu lebih seunit.

Timbalan Pengarah KPDNKK Kedah, Khalid Tik berkata, kesemua telefon bimbit yang menggunakan jenama asli itu adalah tiruan malah ianya turut dijual dengan harga diskaun yang hebat.

Menurut Khalid, hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai beribu pejabat di Kuala Lumpur, Ipoh mahupun George Town malah menggunakan jenama Samsung bagi mengaburi pandangan awam.

“Modus operandi dia akan apabila pengguna datang membeli dia akan mengatakan bahawa barang ni adalah barang original keluaran Samsung, walhal sebenarnya bukan la Samsung punya tetapi itu adalah barangan ini yang diimport dari China," kata Khalid.

Tambah Khalid, produk tiruan itu mempunyai bentuk, warna, dan kualiti yang hampir sama dengan yang asli.

"Dia hanya dia takda sticker security because dia punya sticker original dia daripada Samsung dan jenama syarikat yang diimport tu pun berbeza," katanya lagi.

Sementara itu, wakil Samsung dari Kuala Lumpur, Eow Khean Fatt berkata, serbuan ini dilakukan berikutan hasil aduan daripada pengedar Samsung negeri yang memaklumkan terdapat segelintir peniaga yang menjual barangan samsung tiruan.

Menurut Eow, melalui rampasan ini sekurang-kurangnya ia telah berjaya melumpuhkan satu sindiket menjual telefon bimbit tiruan.

“Apabila berasa teragu ragu sila berhubung dengan pihak Samsung la untuk pastikan sama ada telefon bimbit yang dibeli adalah original atau tiruan.”

Pihak KPDNKK Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis terbabit mengikut Seksyen 41 Akta Perihal Dagangan 2011.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM 100, 000 bagi individu dan RM 250, 000 bagi syarikat atau penjara enam bulan atau kedua duanya.-Astro Awani

OI TERESA. ITU CAT ADA KESAN SIAPA BUATKAH???

Lawak sungguh kenyataan ini perempuan. Boleh pula dia buat kenyataan merepek macam ni.

Dari pagi tadi sampai malam ni LADY dok memerhati tak ada pula tanda-tanda pada permukaan berwarna meraha timbul logo atau tanda-tanda kesan yang dikatakan

Nampak sangat teresa punya permainan. Dia agaknya buat sendiri selepas itulah dengan penuh keyakinan terus menuduh UMNO. Memang rancang macam itukah???, dalam hati sudah boleh baca itulah NAWAITU iti perempuan sial!

TEORI MENJAWAB KEJADIAN ????

SIMBAHAN CECAIR MERAH MUNGKINKAN GANYA MUSLIHAT?????

Apabila melihat gambar yang LADY terima dari rakan LADY. Simbahan darah ayam? Cat merah di tangga pej parlimen si teresa kok. LADY meragui kesahihan laporan MP Seputeh ini bahawa ada orang luar atau musuhnya yang melakukan perbuatan itu.

#SIMBAHAN????
Boleh bayangkan. Hebatnya si tukang simbah sehingga GRILL yang terpacak depan anak tangga tidak dicemari simbahan berkenaan. Bagaimana si pelaku membuat simbahan tersebut? Menggunakan apa ? Kuatnya simbahannya sehingga ke anak tangga je atas??? Mahirnya dia membuat simbahan hingga hanya sebahagian tangga sahaja yang dilimpahi cecair merah tersebut!!!

Betulkah simbahan berlaku dari luar GRILL???

#LEMPARAN????
Terornya si pelempar cecair merah ini. Dia membuat limparan pakai jurus batin ke? Takkan menggunakan tangan menjerus ke setiap anak tangga . Tapi... ubat apakah yang digunakannta sehingga dia boleh melakukan lemparan sehingga ke anak tangga terakhir?

Peliknya jika menggunakan bantuan balutan mudah pecah seperti belon atau plastik... di manakah ghaibnya peratan berkenaan????

Lagi teror si pelaku apabila lemparannya langsung tidak mengenai dinding atau pintu di atas. Ianya tepat hanya anak tangga sahaja!!!!

Betulkah berlaku lemparan???

#JERUS
LADY lebih cenderung mengandaikan limpahan cecair merah ini dilakukan dengan kaedah menjerus cecair .

Tetapi bagaimana si pelaku melakukannya??? Adakah si pelaku memiliki kuasa super power seperti plastikmen yang boleh memanjangkan tangannya dari luar GRILL ke anak tangga ke atas???

Soalannya betulkah jerusan ini dilakukan dari luar GRILL???

SEBENARNYA
LADY melihat si pelaku melakukan simbahan dari dalam. Dari tangga teratas. Tetapi menurut rakan LADY. Kunci pada GRILL berkenaan tidak rosak atau dibuka secara paksaan. Masih dalam kondisi baik seperti tidak berlaku PAKSAAN masuk... atau lebih tepat, si pelaku masuk dengan cara yang betul 

Takkan GRILL ini tidak dikunci????

Pada hemat LADY. Sebenarnya kejadian simbahan cecair merah di anak tangga naik ke pejabat si teressa kok ini hanyalah "LAKONAN KEJADIAN DEMI UNTUK MENGALIHKAN CERITA PERBUATAN"

Teressa jugalah kemungkinan besar dalang kejadian. Si pelaku kemungkinan besar adalah orang-orang Teressa sendiri.

LADY sememang meragui kejadian ini memandangkan limpahan cecair merah hanya pada sebahagian tangga sahaja manakala sebahagian lagi bersih. Kenapa? Kerana si pelaku enggan meninggalka  bukti tapak kaki dari atas anak tangga menuruni tangga sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Cuba periksa GRILL berkenaan. LADY yakin, kemungkinan besar cap jari hanya ada teressa dan staf pejabatnya sahaja. Tiada cap jari asing atau kononnya telah dilap bersihkan oleh si pelaku ajar cap jarinya tidak dapat dikesan.

Lihat posisi lekatan cecair merah pada dinding sisi tangga yang disalaputi warna merah tersebut. Dari bentuk corak tersebut menunjukkan bahawa si pelaku melakukan simbahan dari sisi kiri tangga bersih.

Cuba bayangkan diri anda berada di luar GRILL. Bagaimana simbahan anda hanya mengenai sedikit pada dinding. Adakah anda perlu berdiri di tepi ruang kiri untuk mendapatkan kedudukan cantik melakukan simbahan berkenaan. Bagaimana pula kemampuan anda membuat simbahan dari luar GRILL hingga mencecah ke anak tangga teratas tanpa mengotori bahagian aras atas berkenaan?

Persoalan LADY.. Bagaimana pula CCTV bangunan? Takkan Teressa KOK tidak mendapatkan khidmat CCTV untuk menjaga keselamatan pejabatnya? Ada atau tiada???

Lucunya.. sebelum membuat laporan polis. Teressa lebih cepat upload di FB nya untuk tatapan rakan  FB nya. Kenapa? Cuba anda bayangkan diri anda sebagai mangsa. Adakah anda akan berada dalam keadaan tenang tanpa terkejut dan dengan selamba mempublishkan suasana ini  di media sosial. Atau anda akan sedikit panik meminta tolong dan bergegas meminta bantuan dari pihak keselamatan. Memandangkan anda telah melakukan perbuatan sebelum ini yang membuat ramai sangat marah pada diri anda.

Sebenarnya banyak keraguan tentang kejadian ini. Dan LADY meletakkan kemungkinan sangat tinggi bahawa tiada kejadian orang luar melakukannya melainkan orang dalam itu sendiri, atas arahan teressa sendiri. Motif??? Mengalihkan perhatian dari isu yang ditimbulkan sebelum ini.

Kepada teressa. Jangan mengandaikan kejadian ini menutup perhatian orang ramai ke atas keJAHATAN anda membikin video onederfull dahulu.  Jangan juga menggunakan muslihat menjadikan suasana kemarahan orang awam dan terluka menjadikan anda kononnya telah menjadi mangsa serangan berbentuk ugutan. Kerana orang awam tak sebodoh seperti yang anda sangkakan!!!!

Apapun, LADY yakin kebijaksanaan PDRM menyelesaikan kes ini.

WAYTHAMOORTHY LETAK JAWATAN KERANA GAGAL TUNTUT BAJET MASYARAKAT INDIA ADALAH KETERLALUAN DAN TIDAK WAJAT: SUBRAMANIAM

PUTRAJAYA:  P. Waythamoorthy meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas gagal menuntut semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata tuntutan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) itu adalah keterlaluan dan tidak wajar, justeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memenuhi tuntutannya.

"Saya diberitahu seolah-olah HINDRAF mahu mengawal kesemua pembiayaan dan mekanisme penyampaian untuk masyarakat India...ini sudah tentu sukar bagi perdana menteri untuk bersetuju.

"Sudah tentu ada banyak kaedah untuk menyampaikan pembiayaan," kata Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, pada sidang media di sini Rabu.

Beliau mendakwa Waythamoorthy juga sentiasa mencari jalan untuk bekerja secara keseorangan tanpa menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan MIC dalam usaha menyelesaikan masalah kaum India.

"Beliau bekerja secara keseorangan dan kami tidak tahu banyak apa yang beliau lakukan," katanya.

Katanya kerajaan dan MIC sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kaum India dan segala kekurangan dalam sistem penyampaian sedang diatasi.

"Pada mesyuarat Kabinet hari ini, perdana menteri telah menjelaskan macam mana kerajaan boleh melaksanakan cadangan pelan tindakan pembangunan sekolah Tamil," katanya.

Pada 14 Feb lepas, Najib mengesahkan menerima surat peletakan jawatan oleh Waythamoorthy.- BERNAMA

P.WAYTHAMOORTHY BIADAP: HISHAMUDDIN


Tindakan Pengerusi Barisan  Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P.  Waythamoorthy yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur hanya kerana tidak memenuhi tuntutan beliau, adalah biadap dan melampaui batas.

Sikap pemimpin Hindraf itu yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya merupakan mainan politik beliau dalam menutup sikapnya yang lebih mementingkan diri sendiri.

Tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Beliau perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan NGO di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira-kira 2 juta kaum India di negara ini. Saya sendiri selaku Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di kawasan saya selama ini.

Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kembali kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri. Keputusan beliau memilih meletakkan jawatan setelah hanya 9 bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan.

Beliau sendiri tidak pernah datang berjumpa dan berbincang dengan saya dalam hal ini, apatah lagi membentangkan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan atau kebajikan kaum India.

Ternyata, Waythamoorthy masih terpengaruh dengan corak pendekatan politik yang dilakukan oleh Hindraf iaitu melalui desakan dan tekanan. Beliau perlu memahami bahawa corak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

Peluang berada dalam kabinet kerajaan sepatutnya digunakan sebaik mungkin jika benar-benar beliau ikhlas mahu membantu membela nasib kaum India. Saya yakin majoriti masyarakat India amat menghargai sumbangan Perdana Menteri dan kerajaan BN kepada mereka serta tidak akan terpengaruh dengan pemimpin berfikiran sempit seperti Waythamoorthy.

Kerajaan BN, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab  sejak dulu lagi telah dan sentiasa berusaha membantu membela masyarakat India tanpa mengira fahaman politik mereka.

Sebagai contoh dalam usaha membangun dan meningkatkan jumlah sekolah jenis kebangsaan tamil di negara ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009. Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan tahun 2013. Kerajaan juga memperuntukkan peruntukan khas RM20 juta kepada 13 SJKT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan penyelengaraan bangunan pada tahun 2013.

- Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein 
Menteri Pertahanan

DIA SEMEMANGNYA TIDAK PERNAH LAYAK


Jangan nak berdabik dada mengaku pegang amanah menjadi pemimpin jika emosi tak mampu dipimpin.
Usah nak melatah hanya kerana terkandas sekali permintaan. Adakah hanya 1 permintaan ditolak nak merajuk.

Jangan jadi pemimpin kalau suka merajuk. Rakyat tidak mahu memiliki pemimpin mudah putus asa dan lemah semangat.

Diberi amanah mengurus, kegagalan diri melaksanakannya membuktikan DIA sememangnya tidak pernah layak.

INFO: MAHKAMAH TINGGI KEKAL HUKUMAM PENJARA P. UTHAYAKUMAR


KUALA LUMPUR:  Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara dua tahun enam bulan terhadap peguam P.Uthayakumar oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menulis sepucuk surat berbaur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, tujuh tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin berkata setelah meneliti rekod rayuan, beliau mendapati mahkamah rendah telah pun membuat keputusan yang betul dan tepat terhadap perayu.

Uthayakumar didakwa menulis sepucuk surat berbaur hasutan yang dialamatkan kepada Gordon Brown, yang ketika itu merupakan perdana menteri Britain, di 10 Downing Street, London, United Kingdom.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Toman 7, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan pada 15 Nov 2007 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin.

Uthayakumar, yang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak Jun tahun lepas, kemudian meminta kebenaran mahkamah untuk berjumpa anggota keluarganya sebelum dibawa pulang ke penjara.

Hakim Mohd Azman membenarkan permintaan Uthayakumar yang kelihatan ceria sepanjang prosedur mahkamah hari ini.

Uthayakumar, yang diwakili peguam M. Manoharan, memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan selepas mendapat penghakiman bertulis daripada mahkamah mengenai keputusan hari ini.

Di mahkamah sama hari ini, Hakim Mohd Azman menolak permohonan Naib Presiden PKR Tian Chua dan dua lagi aktivis pembangkang untuk membatalkan pertuduhan berhubung kesalahan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei tahun lepas.

Beliau menolak permohonan Tian Chua, Adam Adli Abd Halim dan Hishamuddin Md Rais kerana mendapati permohonan itu pramatang dan tidak bermerit.

"Mahkamah mendapati fakta kes adalah sama dengan permohonan yang difailkan Tian Chua di Mahkamah Rayuan berhubung isu Lahad Datu.

"Oleh itu, mahkamah berpendapat permohonan ini pramatang dan tidak bermerit pada peringkat ini. Permohonan pemohon ditolak dan dikembalikan kepada Mahkamah Sesyen," katanya.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, Adam Adli, 25, dan Hishamuddin, 62, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di  Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Lathefa Koya dan N.Surendran.

Sementara itu, Tian Chua yang ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dalam minggu ini. -BERNAMA

DEMI ANWAR CIPTA FITNAH


Inilah taktik mereka apabila berlaku kebocoran perbuatan Anwar. Mereka dengan tangkas membuat penipuan dengan mengganti mangsa lain untuk misi menyelamatkan

Pendedahan edit gambar awal diketahui kerana mereka terlambat melindungi gambar anwar di gereja holy family.

Fitnah adalah makanan ruji PR untuk survival di muka bumi ini.

Menyedihkan!

ZULKIFLI NOORDIN KECAM TINDAKAN ANWAR CERAMAH DI GEREJA HOLY FAMILY


KENYATAAN MEDIA

Saya mengecam keras tindakan Anwar Ibrahim & pihak pengurusan Gereja Holy Family, Kajang yang mengadakan program ceramah oleh Anwar pada hari Ahad 16 Feb yang menyentuh isu kalimah Allah di Gereja Holy Family selepas upacara ritual mereka.

Antara lain Anwar dalam ucapannya cuba menghalalkan kristian mengguna kalimah Allah dengan membuat perbandingan bahawa kristian tidak boleh menyebut 'Alhamdulillah' tetapi 'alhamdu lord'.

Sikap Anwar ini dan kegiatan Gereja Holy Family ini jelas secara terang mempertikaikan titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian di Selangor.

Kedua, ianya jelas cuba menganjurkan penganut kristian Selangor supaya melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pendakyahan Agama Bukan Islam Selangor.

Ketiga, ianya penghinaan kepada titah Tuanku YDP Agong yang telah menitahkan kalimah Allah tidak boleh digunakan selain Islam.

Tindakan mereka ini juga jelas menunjukkan mereka tidak menghormati & membelakangkan Rukunegara yang memperuntukkan Kesetiaan kepada Raja & Negara serta Keluhuran Undang-Undang.

Saya mendesak pihak berkuasa supaya tidak lagi segan silu untuk mengambil tindakan terhadap Anwar dan pihak gereja yang semakin kurang ajar dan tidak langsung mengerti menghormati undang-undang negara.

Berapa lama rakyat mahu dibiarkan dengan sikap toleransi super-tinggi oleh pihak berkuasa yang kelihatan terlalu berhati-hati dalam kes membabitkan Anwar dan pihak gereja ini.

Jangan sampai umat Islam hilang sabar dan mengambil tindakan kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada sistem perundangan dan penguatkuasaan kita.

Sekian terima kasih.

Yang benar
Zulkifli Noordin
17 R'Akhir 1435
17 Feb 2014

ANWAR PERKECILKAN KEMUDAHAN DI KAJANG!!!



Tak faham LADY dengan pemilihan Anwar tempat untuk berceramah kali ini. GEREJA!!! DAH kemaruk sangat nak jual TEMBIRANG lagi?????

LADY tahulah di Selangor hanya individu yang memiliki tauliah sahaja dibenarkan memberi tazkirah di Surau atau Masjid. Tetapi janganlah pula demi nak berkempen, gereja pula dijadikan lokasi berceramah?!
Dah tak adakah dewan sesuai di kawasan Kajang ini sehingga Gereja juga dijadikan pilihan untuk berkempen???!!

Lepas ni Anwar nak bertazkirah di mana pula? TOKONG??? atau KUIL pula??? LADY semakin meragui pegangan manusia agungan wan Azizah ini. Orang yang sebegini juga dipuja oleh orang Islam PKR atau PAS sehingga merelakan diri BERIMAMKANNYA dan MENERIMA TAZKIRAH darinya!!! Astagfirullah!!!!!!!


Apa maksud MERDEKA RAKYAT MELALUI REFORMASI??? nak buat refomasi bagaimana pula kali ini? Dah banyak benda ko dah buat Anwar. Sejak 1998 hingga kini ada-ada saja refomasi dah ko tunjukkan. Semuanya mencerminkan siapa diri ko. Songsang (suka sama suka), penipuan, pembohongan, lakonan hebat. Multipersonaliti !

Tahniahlah kepada para pengundi DUN Kajang. Selepas ini kalau korang memilih Anwar 2 kemungkinan akan anda terima. Pertama calon MB baru dari kawasan Anda. Kedua pula bolehlah anda dengar ceramah atau tazkirah di gereja pula. Kot-kot ahli gereja jadi pendakwah Islamiyah pula kan selepas dibasuh oleh Anwar. Kan dia mengaku pejuang Islamiah sehingga konon dijemput sana sini untuk pengikhtirafan sebagai pemimpin Islam tersohor memperjuangkan dakwah Islam!!! Betulker????????

LADY hanya mengatakan apa pandangan LADY berdasar pengamatan LADY sepanjang aktiviti si Anwar ini.

PAS MENGHALAL PENIPUAN

Kalau nak berbohong janganlah sampai kantoi!

INFO: PENDUDUK KG BATU 60 BEAUFORT MOHON JAMBATAN KONKRIT


BEAUFORT:  Kira-kira 500 penduduk kampung memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) menyegerakan pembinaan sebuah jambatan konkrit bagi menggantikan jambatan lama yang digunakan sebagai laluan utama ke Kampung Batu 60 dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu 60, Ng Pan Sung berkata permohonan pembinaan jambatan konkrit itu telah diajukan kepada JKR dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun yang menyambut baik hasrat berkenaan.

"Pihak terbabit perlu menyegerakan pembinaan jambatan itu bagi memudahkan perhubungan penduduk khususnya dari pekan Beaufort," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Azizah yang juga Anggota Parlimen Beaufort melawat mangsa banjir di Kampung Batu 58 dan Batu 60 dekat sini, hari ini.

Bernama difahamkan penduduk kampung di kawasan itu telah terputus hubungan setelah jambatan kayu yang digunakan sekian lama runtuh akibat banjir yang melanda daerah ini sejak Rabu lepas.

Ng berkata kira-kira 300 penduduk kampung itu tidak dapat berpindah kerana terputus hubungan manakala 147 orang lagi terpaksa berpindah ke lereng bukit dan membina khemah sendiri sebagai perlindungan.

"Mereka telah diberi bantuan sejak semalam sehingga hari ini dan kami amat berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah menghantar makanan," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih turut menghantar bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Melulugus dekat sini.

Bagi seorang penduduk, Kasalian Pungut, 49, berkata beliau sekeluarga amat bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan yang disalurkan kerajaan ketika rakyat ditimpa bencana banjir.-BERNAMA

BANJIR: KANAK-KANAK 2 TAHUN LEMAS SELEPAS TERJATUH BOT PENYELAMAT


KUALA LUMPUR:  Sebanyak 28 pusat pemindahan banjir telah dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir yang kini melanda daerah Tenom dan Beaufort di Sabah.

Berdasarkan maklumat dari laman sesawang Portal Bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN), sehingga jam 11.53 pagi tadi, seramai 5,453 mangsa telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.
Jumlah tersebut pula merangkumi seramai 1,172 keluarga.

Banjir yang melanda bagaimanapun telah meragut dua nyawa apabila seorang kanak-kanak perempuan, Maisarah Bihar, 2, mati lemas selepas terjatuh dari bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dikerah untuk memberi bantuan menindahkan mangsa-mangsa banjir di daerah Keningau pada Khamis.

Ketika kejadian bot tersebut sarat dinaiki oleh mangsa-mangsa banjir yang cuba dipindahkan oleh anggota bomba dan penyelamat, namun secara tiba-tiba arus kuat menghentam bot tersebut menyebabkan mangsa-mangsa pemindahan yang berada dalam bot tersebut menjadi panik dan terus berdiri.

Menurut sumber bomba, bot tersebut hilang kawalan dan terbalik dan menyebabkan sembilan mangsa banjir termasuk Maisarah terjatuh dari bot.

Anggota bomba dan penyelamat bagaimanapun berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dari terus hanyut namun ketika mereka menyelamatkan Maisarah, ianya sudah terlambat.

Sementara itu, seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun  menjadi korban lemas kedua apabila terjatuh dari jambatan berdekatan rumahnya di Kampung Lubak di Keningau malam tadi.

Mayatnya bagaimanapun berjaya ditemui oleh ahli keluarganya dan mayat dibawa ke hospital berdekatan untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia pula melaporkan ribut petir dan hujan lebat akan berlaku di beberapa bahagian di Sabah Sarawak pada hari ini.

Ini termasuklah di bahagian pedalaman daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan Tenom, di pantai barat daerah Tuaran dan Penampang, Kudat dan Labuan dan di Sarawak pula, bahagian Limbang dijangka akan mengalami cuaca yang sama sehingga lewat petang.

Keadaan yang sama turut dijangka berlaku di bahagian pedalaman daerah Keningau dan Tambunan, kawasan Pantai Barat di daerah Kota Belud, Kota Kinabalu dan Papar dan kota Marudu manakala di Sarawak pula adalah di bahagian Miri.

Malah, keadaan ini dijangka akan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.- Astro Awani

BANJIR: SUASANA PERSEKITARAN PEKAN BEAUFORT HARI KE-2













Beginilah pemandangan Pekan beaufort dan jalan Batu 5 dan batu 6 Jalan Beaufort - Sindumin pada hari ke-2 banjir daerah Beaufort

Air banjir semakin kurang berbandingkankan semalam di Pekan Beaufort.

Sumber gambar : Uptown Beaufort FB dan Rakan LADY

INFO: MUSA LAWAT KAWASAN BANJIR DI SABAH


KENINGAU:  Kerajaan negeri Sabah akan melakukan yang terbaik dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata Jawatankuasa Bencana Negeri akan menyampaikan bantuan termasuk bekalan makanan dan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di sini, Beaufort dan Tenom.

Musa berkata demikian kepada pemberita selepas melawat ketiga-tiga kawasan itu yang teruk dilanda banjir. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Lebih 3,000 mangsa banjir ditempatkan di 25 pusat pemindahan banjir di Tenom, Beaufort dan Keningau selepas perkampungan mereka dilanda dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak Khamis.

"Kerajaan prihatin dengan nasib semua mangsa. Menteri Persekutuan (Shahidan) yang bertanggungjawab dengan hal ehwal bencana juga berada di sini untuk meninjau keadaan banjir serta membantu mangsa," katanya.

Menurutnya Jawatankuasa Bencana Negeri yang dipengerusikan Sukarti juga memantau keadaan itu dan akan memaklumkan keadaan semasa kepada umum menerusi saluran sedia ada termasuk media sosial.

"Saya juga meminta mangsa banjir supaya tenang dan tidak panik...tolonglah patuh arahan pihak berkuasa demi keselamatan mereka. Ini memudahkan proses pemindahan dan penyaluran bantuan," katanya.

Musa berkata beliau juga telah mengarahkan pihak berkuasa berkenaan seperti polis, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Sabah Air untuk membantu menghantar bekalan makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir.

"Selain jabatan dan agensi negeri, kami juga mengalu-alukan bantuan daripada badan bukan kerajaan dan individu. Ketika krisislah, kita boleh membantu dalam  apa jua cara," kata beliau.

Musa juga mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak dan tidak membiarkan mereka bermain air banjir.

Di BEAUFORT, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun menyifatkan banjir yang melanda daerah ini sebagai antara yang terburuk sejak tahun 1981.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Beaufort berkata banjir kali ini menjejaskan hampir keseluruhan daerah ini dan menyebabkan kerosakan harta benda serta kawasan pertanian.

Tinjauan Bernama di dearah ini mendapati hampir keseluruhan pekan lama Beaufort  ditenggelami air termasuk jambatan lama yang menjadi laluan utama ke daerah  lain seperti Sipitang.

Ada sesetengah kawasan juga ditenggelami air sehingga hampir tiga meter terutama di kawasan  blok kedai yang berhampiran dengan tebing Sungai Padas.

Ini menyebabkan aktiviti perniagaan di pekan lama Beaufort hampir lumpuh manakala sistem  pengangkutan awam seperti bas, teksi dan kereta api ke daerah berkenaan juga terjejas kerana dinaiki air.

Sehingga 5.30 petang  tadi, paras air Sungai Padas melepasi 10 meter, yang melebihi paras bahaya iaitu  8.70 meter. -BERNAMA

SILIBUS PENDIDIKAN AGAMA PERLU DISEMAK SEMULA, SARAN TUN M


JOHOR BAHARU:  Kerajaan disaran menyemak semula silibus pendidikan agama di sekolah-sekolah bagi memastikan pengajarannya tidak tertumpu kepada ibadah semata-mata tetapi turut diisi dengan nilai-nilai Islam yang baik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata ini bagi memastikan setiap pelajar disemai dengan nilai-nilai berkenaan terutamanya konsep institusi kekeluargaan Islam yang sebenar bagi menghadapi cabaran masa kini.

"Silibus (pendidikan) agama perlu disemak semula sebab tekanan kepada nilai-nilai hidup Islam tidak disemai dengan baik kerana apabila mereka ke luar negara atau menyambung pelajaran di sana, mereka terpengaruh dengan cara (kehidupan) orang barat.

"Jika iman tidak kuat, dia mudah terpengaruh. Malah, dia soal kita kenapa tidak boleh mengamalkan kebebasan dan sebagainya. Ini yang menjadi masalah kepada kita...kita tidak boleh hidup sebagai orang Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan dari Perspektif Global di sini Khamis.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata keruntuhan sebilangan institusi keluarga Islam kebelakangan ini akibat kurangnya penerapan nilai-nilai hidup Islam.

Beliau berkata kesibukan ibu bapa bekerja dan pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan anak-anak muda mudah terpengaruh dengan unsur kebaratan yang tidak baik dan boleh memusnahkan institusi keluarga Islam.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata penerapan nilai-nilai hidup Islam dalam pembelajaran agama di sekolah perlu diperkuatkan lagi bagi mencegah penularan budaya barat yang tidak sihat ini.

"Kokurikulum sekarang tidak menumpukan perhatian kepada pembentukan peribadi yang berdasarkan nilai-nilai hidup Islam. Pembelajaran agama tidak perlu hanya tertumpu kepada ibadah tetapi juga nilai-nilai hidup Islam," kata beliau.

Dr Mahathir berkata memang tidak dapat dielakkan, sebahagian daripada tanggungjawab membentuk peribadi Islam perlu diserahkan kepada sekolah dan guru agama.

Bagaimanapun, katanya, guru terlibat perlu dilengkapi buku dan diberikan kursus yang sesuai.

Selain itu, rakyat tidak boleh mengharapkan pemerintah semata-mata untuk menjaga institusi keluarga, sebaliknya sekatan moral, disiplin diri dan kawalan nafsu juga perlu dilaksanakan, kata beliau. - BERNAMA

INFO: CALON SPM 2013 BOLEH KEMASKINI BORANG PERMOHONAN MATRIKULASI

KUALA LUMPUR:  Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemas kini borang permohonan matrikulasi masing-masing selama 15 hari bermula 10 Februari lalu.

Kenyataan Kementerian Pendidikan berkata, calon yang telah mengisi borang permohonan juga boleh mengemas kini maklumat tambahan melalui laman sesawang kementerian itu di www.moe.gov.my.

Pelajar yang mengemas kini melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan perlu masuk melalui ruangan e-Perkhidmatan berkala dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM sahaja jika ingin mengemas kini borang  berkenaan.

Dalam pada itu, kementerian turut memaklumkan keputusan ke program matrikulasi akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi di laman web kementerian.

Pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara atas talian.

Pelajar terbabit bagaimanapun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari lembaga peperiksaan.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi bahagian matrikulasi di talian 03-88844083/4036/4040 bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang pada hari bekerja. - Astro Awani

INFO: SPR BERSEDIA UNTUK PRK DUN BALINGIAN

PUTRAJAYA:  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan diadakan jika penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggosongkan kerusi itu sebelum 21 Jun ini.

Bagaimanapun jika Taib mengosongkan kerusi itu selepas tarikh berkenaan, SPR tidak lagi perlu mengadakan sebarang pilihan raya kecil bukan sahaja di kawasan berkenaan, tetapi di seluruh Sarawak, katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Mengikut Undang-undang Tubuh negeri pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh.

Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat pada 20 Jun 2016 dan tempoh dua tahun bermula pada 21 Jun 2014.

Abdul Aziz berkata SPR sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan PRK di DUN Balingian.

Abdul Aziz berkata selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan kerusi.

Taib, 77, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Rabu mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang disandangnya lebih tiga dekad mulai 1981, berkuat kuasa 28 Feb ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Balingian, yang dimenanginya dalam Pilihan Raya negeri Sarawak pada 2001.

Sebelum ini, beliau pernah menjadi ADUN Sebandi yang kemudian ditukar nama kepada Asajaya sejak 1981 sebelum berpindah ke Balingian.- BERNAMA

PENIPUAN ANWAR BUKAN SUATU KEJUTAN


LADY tak terkejut Anwar kempen awal. Tak terkejut dia langgar peraturan berkempen. Tak terkejut membuat himpunan tanpa permit. Sebab .. LADY kenal luaran Anwar sememangnya manusia yang MAHABOS atas segala langgar melanggar undang-undang atau peraturan

Apa nak ditakutkan... diakan sememangnya PEMBANGKANG. Kalau tak bertindak NEGATIF, bukanlah PEMBANGKANG namanya kannnnnnnn!!! Itulah mentaliti pihak pembangkang di negara tercintaku Malaysia. Berpolitik pun ikut nafsu semata. Tak ada yang baik semuanya buruk.!

LADY mengingat semula saat LADY masih bergelar pelajar. Debat adalah antara program yang sering LADY sertai. PENYOKONG dan PEMBANGKANG. Ada di kalangan rakan-rakan LADY bertanggapan bahawa PEMBANGKANG hanya tahu membangkang sahaja. Walhal sebenarnya dalam membangkang pendapat pihak PENYOKONG. Pihak pembangkang boleh kemukakan cadangan yang dianggap relevan dan bersesuaian menangkis hujahan penyokong. Agaknya sebab tu pasukan LADY ketika itu selalu menang hehehhehehe...-itu pandangan pelajar usia di bawah 18 tahun

Namun kini, LADY tengok, dalam politik pihak pembangkang pembawaan mereka dalam berpolitik sebiji macam pemikiran rakan-rakan LADY yang bertanggapan pembangkang hanya boleh membangkang semata! Baik dibangkang yang tak baik dibangkang selagi ia dari pihak pemerintah.

Berbalik semula cerita si Anwar yang dengan penuh semangat berkempen. Walau bukan masa berkempen dia dah mula berkempen dengan aladan konon nak memperjelaskan situasi sebenar.


Situasi sebenar apa ya yang nak diperjelaskan? Adakah Anwar sebenarnya tidak berkeyakinan akan diber kepercayaan kepada dirinya di DUN Kajang?.. disebabkan kurang keyakinan itulah dia nak mendahului pihak lawan 'masuk jarum'????????

Almaklumlah Anwar kan Penyelamat Selangor. Misi utamanya menyelamatkan Selangor. "Biarku menjadi Lilin memberikan cahaya. Pada negeri Selangor, Permatang pauhku abaikan demi 1 tujuan. "Teringiang-ngiang di telinga LADY lagu LILIN melihat muslihat putar belit Anwar dalam menggapai kerusi No 1!

LADY tak terkejut PEMBOHONGAN Anwar. Tak terkejut LAKONAN Anwar. Tak terkejut sesungguhnya tak terkejut dengan perkara yang dilakukannya.

Cuma LADY akan terkejut jika Anwar mengotakan janjinya sebelum PRU13 untuk pencen dari politik.

TRAGEDI TANDUO BAWA LEMBARAN BARU TANJUNG BATU, LABIAN


LAHAD DATU:  Hampir setahun yang lepas, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian tiba-tiba menjadi 'perkampungan hantu' atau tidak berpenghuni, apabila kira-kira 500 penduduknya melarikan diri ke kampung berhampiran seperti Kampung Cenderawasih susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, yang melarat ke kampung mereka.

Kedua-dua kampung itu, yang sebelum ini aman dan damai, bertukar menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan pengganas Sulu yang menyaksikan banyak kemusnahan harta benda penduduk, termasuk rumah mereka rosak atau terbakar.

Pengalaman berdepan dengan trauma dan keperitan hidup sebagai 'pelarian sementara' yang mereka lalui untuk beberapa minggu di pusat pemindahan di perkampungan berhampiran, menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya menjaga dan memelihara keamanan dan keharmonian.

Lahad DatuBangkai bot yang telah digunakan oleh pengganas Sulu memasuki kampung Tanduo pada malam 12 Feb tahun lepas.-- fotoBERNAMA

Selepas penduduk Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka pada penghujung bulan Mac tahun lepas, kerisauan terhadap keselamatan diri mereka masih terasa. Namun keadaan kini sudah jauh berubah.

Hampir setahun insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, penduduk kedua-dua kampung itu sudah tidak lagi risau kerana keadaan keselamatan di kampung mereka kini dijamin selamat dan terkawal.

Ini hasil keprihatinan kerajaan yang menggerakkan sepenuhnya jentera keselamatan termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mempertahankan Tanduo dan kampung sekitarnya.

Ekoran kejadian itu juga Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ditubuhkan, untuk menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan bagi mempertahan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah.

Dua batalion ATM di Zon Labian dan Felda Sabah kini diletakkan di bawah pengawasan Esscom yang diterajui Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Mentek.

"Apa yang penting kami kini dapat hidup aman dan selesa tanpa risaukan tahap keselamatan, dan kami boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa," kata Eddie Abdul, 45, seorang daripada pemilik rumah yang musnah dibakar dalam insiden pencerobohan itu di Tanjung Batu.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan yang telah menggantikan rumahnya di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), sekali gus membolehkan beliau bersama isteri dan tiga anaknya tinggal selesa di kediaman baharu.

"Saya amat gembira kerana dapat miliki rumah baharu. Sejak balik ke kampung selepas kejadian pencerobohan itu berakhir, saya dan keluarga terpaksa menumpang di rumah adik di kampung yang sama," katanya.

Ramai penduduk mengalami nasib yang sama dan kini rumah penduduk Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian yang rosak akibat pencerobohan pengganas Sulu sudah dibaik pulih, manakala rumah yang musnah terbakar diganti dengan rumah baharu.

Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian merupakan antara kampung dalam zon yang terjejas teruk akibat insiden pencerobohan itu.

Ketua Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian Mahmud Mallang berkata sebanyak 103 rumah di kedua-dua kampung itu yang rosak akibat insiden pencerobohan itu sudah dibaiki oleh kerajaan.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM12,000 untuk baik pulih setiap rumah dengan 78 daripada rumah itu adalah di Kampung Tanjung Batu dan 25 lagi di Kampung Tanjung Labian.

Sebanyak 45 rumah dibina semula di bawah PPR, (25 Kampung Tanjung Batu) dan (20 Kampung Tanjung Labian) akibat musnah terbakar dalam insiden itu.

Mahmud berkata kesemua rumah PPR itu siap dibina dan dimasuki pada Disember tahun lepas.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan dan tidak lupa juga kepada pertubuhan bukan kerajaan yang membantu kami sejak insiden pencerobohan itu hinggalah kami dapat kembali ke kampung halaman.

"Bantuan seumpama itu dapat membantu penduduk kampung yang kebanyakan mereka termasuk saya sendiri masih tidak dapat melupakan kejadian pencerobohan pengganas Sulu itu," katanya kepada Bernama.
Insiden itu berlaku apabila sekumpulan 100 pengganas Sulu dari Selatan Filipina mendarat di pantai Kampung Tanduo pada 12 Feb tahun lepas.

Dua anggota Pasukan Gerakan Khas VAT 69 dan dua anggota ATM terkorban dalam kejadian tembak-menembak antara pengganas dan pasukan keselamatan pada 1 Mac. Lima belas musuh turut ditembak mati.
Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara di kawasan Kampung Tanduo sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu.

Ia menyebabkan pengganas meninggalkan kampung itu dan melarikan diri ke kampung berhampiran termasuk ke Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian. Pertempuran pasukan keselamatan dengan pengganas Sulu menyebabkan beberapa rumah di kampung rosak dan musnah terbakar.

Rumah Mahmud antara yang musnah terbakar akibat insiden itu menyebabkan dia dan keluarganya pernah tinggal di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Fajar Harapan Felda Sahabat dan selepas insiden berkenaan, beliau tinggal sementara di Balai Raya Kampung Tanjung Batu.

Selain mendapat kembali kediamannya, Mahmud dan penduduk kampung kini lebih yakin dengan tahap keselamatan mereka berikutan kawalan ketat pasukan keselamatan di sekitar kampung itu dan kawasan pesisir pantai sekitar Felda Sahabat.

Beberapa pos kawalan RAMD diwujudkan di sekitar Felda Sahabat termasuk di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian.

"Kami kini lebih yakin dan tidak lagi risau dengan tahap keselamatan. Kami menganggap terdapat hikmah daripada insiden pencerobohan itu khususnya wujud kawalan keselamatan yang ketat kini dan penduduk kampung dapat menjalani hidup dengan aman," katanya.

Kebanyakan penduduk yang ke laut sebagai nelayan, kini tidak lagi risau turun ke laut menangkap ikan disebabkan pasukan keselamatan tidak hanya berkawal di kawasan darat tetapi juga di kawasan perairan.

Sehari selepas dua anggota pasukan VAT 69 ditembak kumpulan pengganas, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota ATM turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu. -- Oleh Haslin Gaffor
-BERNAMA