Followers

BERSIH 2.0 KATA "ADUN KAJANG KHIANAT KEPADA PENGUNDI

Opocot!! Ambik ko! Sola jawab.. jangan tak jawab.. barulah kali ini LADY kata kenyataan PALING BIJAK selepas mereka ini dibentuk!

ADUN Kajang khianat kepada pengundi, kata Bersih
Astro Awani | Kemas kini: Januari 29, 2014


KUALA LUMPUR:  Badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 hari ini membidas Parti Keadilan Rakyat apabila menyifatkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh sebagai "tidak ubah satu pengkhianatan" kepada pengundi.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih, badan itu menegaskan ia tidak dapat menerima alasan seorang ADUN meletakkan jawatan "demi kepentingan parti".

"Alasan perletakan jawatan Lee pada 27 Januari 2014 seperti yang dilaporkan oleh media sebagai "demi kepentingan PKR secara keseluruhannya" mencerminkan pandangan yang salah pada pihak beliau dan parti yang diwakilinya," kata Bersih.

Menurut Bersih, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila PKR menerima perletakan jawatan Lee dan meletakkan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dalam pilihan raya kecil nanti.
"Ini membayangkan politik kotor dan harus dikutuk," kata badan gabungan itu dalam satu kenyataan yang keras.

Bersih berpendapat tugas utama seseorang wakil rakyat ialah kepada rakyat di kawasan pilihan rayanya dan bukan kepada parti politik.

Oleh itu, satu-satunya alasan yang boleh diterima untuk wakil rakyat meletakkan jawatan ialah beliau tidak lagi dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut mandat yang diberi iaitu berkhidmat kepada rakyat.

"Alasan Lee meletakkan jawatan tidak meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat," kata Bersih.
Merujuk kepada krisis perlembagaan di Perak pada 2009, Bersih berpendapat tindakan Lee itu sama dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat DAP ketika itu, Hee Yit Foong apabila beliau bertindak lompat parti.

"Kedua-dua tindakan itu adalah dikesali. Adalah mengecewakan apabila PKR, antara yang menjadi mangsa dalam krisis perlembagaan iyu, kini adalah pemain utama dalam kisah panjang yang menyedihkan ini."

Menurut Bersih, ia kesal kerana pilihan raya kecil harus diadakan dan wang rakyat akan terbazir begitu saja "kerana tindakan sesuka hati segelintir."

"Tidak ada putar belit politik yang boleh menyembunyikan hakikat bahawa pada 27.1.2014, kepentingan penduduk Kajang telah dibelakangkan."

Bersih menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai "langkah ke belakang bagi demokrasi kerana ia memberikan gambaran salah bahawa pilihan raya ada tentang parti politik dan ahli politik, dan bukannya tentang rakyat."
Jawatankuasa pemandu Bersih terdiri daripada Maria Chin Abdullah, Dr Farouk Musa, Masjaliza Hamzah, New Sin Yew dan Farhana Halim.

Ps: AMBIGA pula kata apa ya? A. Samad Said nak berpuisi apa selepas ini?????

AZMIN MENCANANG SKRIP UNTUK BODEK BOS


Lawak senja. Tak melucukan tetapi boleh menambah awet muda pada LADY sebaik sahaja membaca kenyataan si Azmin Ali. Nak cabar pula supaya UMNO sendiri bertanding di Kajang? Apahal nak suruh PM atau TPM pula bertanding bukan di kawasan mereka sendiri?

"Kita mencabar UMNO menurunkan calon mereka termasuk juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya turun bertanding di Kajang ini. Mereka tak perlu menurunkan calon-calon daripada MCA, MIC atau Gerakan tetapi calon-calon UMNO yang kononnya dikatakan berwibawa dan menjadi pejuang untuk segala hal dan inilah tempatnya jika mereka berani," kata Azmin.-astro awani

Biar LADY jawab bagi pandangaN LADY. kepimpinan UMNO ni tak ada rakus nak pegang jawatan. Walau bukan kawasan sendiri. YAB PM dah kena jaga kawasan Pekan dan menguris tadbir kerajaan Malaysia. Manakala YAB TPM dah ada kawasan sendiri di Pagoh. Takkan nak menambah tugas lagi masuk pula kawasan bukan kawasan asal.

Kepimpinan UMNO bukan seperti kepimpinan PR yang sanggup berpindah randah langgar je negeri mana mereka nak masuk bertanding. Contohnya Lim Kit Siang. Tak pernah kekal dalam 1 kawasan. Dari Ipoh Timor nak senang buat kerja pindah ke Gelang Patah. Bukan apa.. janji banyak dimungkiri dan payah nak jawab pada pengundi. Tu main langgar lari je. Lim Guan Eng. Asal Melaka.. dah bertanding kat Pulau Pinang. Tu belum kira si badrul yang terang-terang orang Tawau.. dulu bertanding kat Kelang kemudian nak pula bertanding di Silam!

Terkini si anwar. Permatang Pauh dahlah selalu diabaikan kemaruk pula nak bermastautin kat Kajang. Konon strategi secara beransur untuk mengubah Selangor untuk kadi negeri contoh.. buatlah Permatang Pauh tu Parlimen contoh. Tak payah nak buat ujikaji lagi kepada pengundi!

Lagi lawak si Azmin nak membodek Anwar. Dia nak cabar UMNO masuk kawasan MIC. Apa dia ingat UMNO ni biadap macam PKR dan DAP ker main redah ikut kepala otak dia je!!???

" Bukan Datuk Seri Anwar kemaruk sangat nak jadi ADUN tetapi perubahan besar yang hendak kami lakukan akan bermula dari sini di Kajang sebelum perlahan-lahan menginjak ke peringkat negeri Selangor dan kemudiannya ke Putrajaya dan insyallah, dalam masa tiga tahun lagi Putrajaya bakal kita duduki," ??????????????? - heheheh nampak sangat gula2nya Azmin dalam ucapannya.

Kenapa... hanya Anwar sahajakah mampu melakukan perubahan sehingga nak masuk pentadbiran Selangor.? Kat Selangor tak ada lagikah pemimpin PR yang boleh bergerak????? Tak payahlah nak berbohong sekadar KIPAS pada daddy tu.  Cakap jelah pergolakan 2 kumpulan PR di Selangor sudah mencecah kemuncak tak mampu disembunyikan. Tu yang Anwar masuk untuk cover-cover sambil berusaha mengalihkan kehangatan kes kecuaiannya dan syok sendirinya ke Jepun dulu.

Kenapa tak dibincang sebelum PRU13 dulu tentang pemilihan calon? Kenapa selepas hampir setahun baru nak letak jawatanlah konon beri laluanlah.. nampak sangat PR sebenarnya satu apapun tiada perancangan untuk pentadbiran. Lepas Kajang ni.. sebulan dua tak kena lagi di mata Anwar adalah lagi wakil rakyat PR letak jawatan untuk beri laluan PRK sekali lagi.

Mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja!! Kata berjuang untuk rakyat . Walhal mereka inilah telah melakukan pembaziran duit rakyat dengan memiliki strategik memperbodohkan pengundi!

Mereka hanya nak menjajah Malaysia. Mereka kemaruk nak berkuasa. Sedikitpun tidak memperjuangkan kepentingan rakyat walau memperlekehkan pengundi.

Azmin mesti gembira suka! Rancangan nak menenggelamkan Khalid semakin menyerlah. Khalid dah semakin tidak berkuasa apabila BIG BOS masuk bawah pentadbiran.

Kini LADY hanya nak beri amaran pada pengundi.. korang kena bijak. Nak menjahanamkan diri atau nak memajukan diri. Pilih PR sah korang dah berulang kali diperlekehkan. !!!!

KAJANG: DEMOKRASI YANG DIPERLEKEHKAN


Ini bukan kali pertama. Ianya adalah tindakan sekian kalinya dilakukan oleh PKR. Dan ianya sudah semestinya dikawasan jajahan mereka. LADY fikirkan.. elok sangatlah mereka BERFIESTA sesama mereka di kawasan berkenaan. Tak perlu BN turut sama menyertai FIESTA berkenaan hanya kerana nak menegakkan pencemaran Demokrasi yang PKR sering lakukan!

Bagi LADY.. bukan sahaja membuang masa serta tenaga nak meraih undi di kawasan berkenaan. Malahan membazir duit ! Bagaikan rak berkempen. Masuk tv masuk surat khabar menceritakan HARAPAN MENANG konon ada. Tetapi akhirnya ketika SPR mengumumkan keputusan.. PKR tetap juga menang. Why? Faham2lah sendiri yer jika berdepan dengan kawasan tegar.

Betullah kata blog flyingkick. Memang benar ada undang-undang yang tidak membenarkan Ahli Parlimen atau ADUN kembali bertanding dalam tempoh tertentu selepas meletakkan jawatan tetapi undang-undang itu ibarat undang-undang tidak boleh pakai racun atau tuba untuk menangkap ikan di alur sungai. Tiada sesiapa pun yang takut dengan undang-undang sebegitu. Malah dengan bantuan daripada peguam-peguam yang hebat mencari helah, menipu dan berbohong, pelbagai helah lain boleh digunakan untuk melepaskan diri. Apatah lagi kalau peguam-peguam tersebut dibantu pula oleh sebilangan hakim yang sudah pun mempunyai keputusan sebelum perbicaraan dibuat.

Justeru, sebaik-baiknya Barisan Nasional memberikan sahaja kemenangan percuma kepada Anwar Ibrahim di DUN Kajang. Biarkanlah dia nak jadi Menteri Besar ke, nak jadi Menteri Kecil ke atau nak jadi Exco ke mahupun sebagai pecacai pencuci tandas DUN Selangor.

Keputusan PRU13 yang tidak sampai pun setahun, seharusnya dijadikan kayu pengukur. Apatah lagi UMNO dan Barisan Nasional masih belum berjaya memulihkan imej dan sokongan kepada gabungan parti-parti berkenaan. Perbelanjaan besar yang akan digunakan oleh Barisan Nasional seperti biasa, hanya akan menambahkan lagi masalah kepada kewangan negara. Seelok-eloknya ratusan juta ringgit yang akan terbuang begitu sahaja, wajar digunakan untuk membiayai apa-apa sahaja projek atau peningkatan taraf hidup di kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh Kerajaan Malaysia. Manakala kawasan-kawasan tegar seperti DUN Kajang, biarkan sahaja kepada pemenang atau golongan yang telah mendapat sokongan ramai pengundi.

Lagipun sehingga sekarang, tidak ada sebarang desakan daripada penduduk mahupun pengundi DUN Kajang. Walaupun cukai telah dinaikkan dan yuran perniagaan selain peniaga-peniaga kecil dihapuskan atau dihalau seperti anjing, tidak ada tentangan  besar-besaran daripada penduduk dan pengundi di kawasan tersebut. Sekaligus tidak ada langsung penunjuk aras kepada Barisan Nasional yang mereka boleh menang di situ.

Sebaliknya, kalau Pakatan Rakyat meminta para pengundi dan penduduk melakukan demonstrasi menentang Kerajaan Pusat, sudah tentu ramai yang akan keluar walaupun terpaksa berguling-guling di atas jalanraya.

Justeru, Barisan Nasional tak payahlah cuba nak menghalang hasrat Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. Biarkan sahaja dia menjadi Menteri Besar Selangor kalau dah itu yang dimahukan oleh rakyat Selangor.

Perlu diingat, banyak kawasan di Selangor memberikan majoriti yang sangat besar kepada Pakatan Rakyat berbanding kemenangan tipis 12 orang ADUN Barisan Nasional.


LADY mengharapkan SPR lebih tertindak tegas dalam hal GAME ini. Seharusnya SPR telah bertindak meneliti kajian kes sebelum ini contoh terdekat adalah PRK Permatang Pauh. Tak ada sakit.. tak terlibat arahan mahkamah.. mantan MP Permatang Pauh Wan Azizah letak jawatan dan beri peluang kepada Anugerah Illahinya.  Kali ini perkara sama berlaku. Tak ada kes.. apa lagi sakit.. mantan ADUN kajang mengumumkan perletakan jawatan. Dengan sepantas kilat speaker Dewan mengeluarkan notis dan surat makluman kekosongan kerusi DUN Kajang kepada SPR.  Esokkan harinya tersengih kerang busuk MB Selangor bersama si Anwar membuat PC. Yang lawaknya MB Selamgor setakat umumkan calon PKR sekiranya berlaku PRK Kajang. Yang banyak cakap adalah Anwar dengan angkuh dan sombongnya menyatakan kawasan itu adalah kawasan PKR. BN tak perlu buang masa habiskan duit rakyat masuk bertanding!

Apa punya kenyataan Pok Anwar ni? Habiskan duit rakyat? hang masuk bertanding calon PKR DUN Kajang tu mungkin duit hanglah! SPR nak menyediakan proses persediaan. Hari penamaan calon tu pakai duit Hang jugakah????!!!!

Lagi merugikan tatkala FIESTA PRK ini dilakukan.. hampir semua pemimpin kawasan dalam dan luar negeri di Malaysia bertumpu di kawasan berkenaan. Kawasan sendiri tertinggal sepi... kawasan BN pula tu. Apabila ada rakyat datang.. pegawai memaklumkan.. "maaf puan/encik.. YB out station. Bertugas PRK" alahai.. lainlah PRK tu berlaku kerana TERPAKSA MENGOSONGKAN KERUSI atas SEBAB MUNASABAH!

LADY kasihan melihat petugas dengan penuh semangat berkempen bagai rak. Masuk rumah keluar rumah. Itu baru tenaga , pengorbanan mereka konon nak raih undi sehingga keluarga ditinggalkan kat kawasan. Dah tu keselamatan belum tentu terjamin. Dah fiil hantu pentadsub Anwar. Kekasaran adalah makanan mereka. Tak pasal-pasal ada juga terpaksa dipapah dapatkan rawatan. Siapa yang susah? Kalau menang tak apa. Ada kenangan .. kalau kalah. Muka lebam hati sakit.. trauma seumur hidup!

Lagi LADY kasihan pada anggota keselamatan. Nak jaga keamanan tetapi mereka terdedah dengan ancaman keselamatan diri mereka. Manusia penyokong Anwar ni bukan spesies waras. Tak ada istilah menjaga undang-undang. Otak dah macam binatang , nak berkuasa kenalah gunakan keganasan baru nampak power!

Bagi LADY kekosongan DUN Kajang 2014 adalah BALA yang sengaja diwujudkan oleh si Dajjal Anwar kerana nak tunjuk POWER. Kenapa nak layan Syaitan ni. kenapa nak sahut cabaran pada kawasan tak sudi pada BN? Memanglah adat pertandingan.. bila ada kekosongan kena ada lawan. Tapi... BN pernah dah buatpun semasa PRK Permatang Pauh 2008! So apa salahnya buat perkara sama 2014 ini?!

Biarkan Luncai dengan labu-labunya. !!!!

Ps: SPR kena bertegas menghadapi PERMAINAN AKAL KANAK-KANAK PKR ini. Jangan dok layan je permainan mereka hanya kerana tugas sebagai pelaksana Pilihanraya! Tak hairanlah selepas ini bakal ada PRK bentuk sama akan berlaku.. kekosongan kerana nak beri laluan pada orang lain! Wujudkan peraturan lebih tegas agar demokrasi tidak terus diperlekehkan

28 FEBRUARI KEPUTUSAN KES SAMAN ANWAR TERHADAP PENULIS BLOG


KUALA LUMPUR 28 Jan. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 28 Februari ini keputusan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas penulis blog itu terpaksa menutup kes pembelaan setelah tidak dapat mengemukakan saksi.

Pesuruh Jaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di kamar beliau pagi ini. Anwar menyaman Wan Muhammad Azri kerana mengaitkan beliau dengan paparan gambaran lucah dalam internet. - UTUSAN ONLINE

 

Ps: LADY dpt info penulis blog Malayrights kini berada di IPD Sentul buat laporan apabila pemandu pribadi  peguam  si anwar Surendran terKANTOI menangkap gambar kereta blogger tersebut di hadapan mahkamah!!!



Eloklah tu wan Azri! Lapor je.. mesti ada NAWAITU tak elok .. kalau tak buat apa nak snap kereta awak pula... takkan ada rancangan nak pasang geng mengekori blogger ni pula selepas ni! LADY teringat peristiwa tahun lepas apabila wan Azri telah mengalami cedera dipukul ketika keluar dari masjid selepas menunaikan solat Jumaat. LAPOR je bro! Jangan sampai pisang berbuah kali kedua pula!

WAN MUHAMMAD AZRI NAFI DIRINYA BLOGGER PAPAGOMO


Oleh : Aizat Sharif

KUALA LUMPUR :  Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan bahawa beliau adalah blogger, Papagomo yang didakwa menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman blog Papagomo terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.


Dalam sidang perbicaraan saman malu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap blogger Papagomo di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta disini pada hari ini, ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat portal berita itu memberitahu mahkamah bahawa beliau bukanlah blogger Papagomo dan tidak pernah mendaftarkan namanya sebagai pengendali blog tersebut.

Dalam jawapan balasnya terhadap peguam plaintif, beliau menafikan bahawa beliau tahu dengan artikel-artikel dan imej-imej yang diterbit dalam blog tersebut.

"Saya tiada pengetahuan mengenai artikel-artikel dan imej-imej yang dipaparkan dalam blog tersebut. Saya hanya tahu ada kenyataan yang tertulis dalam satu blog dan imej tersebar apabila plaintif (Anwar) menyaman saya," kata Wan Muhammad Azri kepada mahkamah.

Beliau turut menerangkan bahawa beliau hanya mengendalikan blog, 'Malayrights.blogspot.com dan hanya menulis artikel-artikel di blog itu sahaja.

Perbicaraan pada hari ini menyaksikan blogger, 'PerisikRakyat atau Fauzi Mohd Azmi dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipanggil sebagai saksi untuk memberikan keterangan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rosila Yop.  Anwar selaku plaintif diwakili oleh peguam, N.Surendran dan Lateefa Koya manakala Wan Muhammad Azri pula diwakili oleh peguam, Jasbeer Singh Kaura, Parvinder Kaur Singh Sandhu dan S.Vivekananda.

Perbicaraan tersebut turut dihadiri oleh isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden Tian Chua dan beberapa penyokong mereka.
Malah, penyokong Wan Muhammad Azri juga turut dilihat hadir memberikan sokongan kepada beliau sambil memakai kemeja T berwarna putih tertulis "Keep Calm and Support Japan" sebagai simbolik mereka membantah tindakan penyokong Anwar yang membuat demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Jepun pada minggu lalu berikutan kegagalan Anwar untuk memasuki Jepun.

Anwar telah memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri, yang juga pemilik laman blog www.papagomo.com pada 21 Mac tahun lalu.

Laman blog tersebut didakwa telah menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu bertarikah 16, 17, 19 dan 20 Mac tahun lalu.

Plaintif juga menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain relif yang difikirkan wajar.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej itu.
Sementara, Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 20 Mei tahun lalu telah menafikan bahawa beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Namun, peguam Latheefa Koya seperti dilapor Keadilandaily pada 8 Mei tahun lalu berkata polis sendiri telah mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris sebenarnya adalah Papagomo.
                                                 
Perbicaraan disambung esok pada jam 9.30 pagi..... Astro Awani

BILA SI RAKUS MENULIS



Macam bangga ja..😂😂 macam bongkak ja...😆😆 macam bongok ja.. 😱😱macam bodoh ja😛😛

Kalau blogger ini bertanggapan ianya satu kejayaan dengan menulis cerita mantan ket penerangan puteri kota belud keluar dari majlis ceramah tidak laris si Anwar di rumah Yapin Hari sabtu tu.. nampak sangat macam bebalnya dia!

Kalau LADY lah.. cerita si Kelapa mawar ini bukan mengaibkan si maisarah tetapi memalukan penganjur itu. Nampak sangat POLITIK AKAL KONTOT mereka. Kenapa takut sangat???? Walau si Maisarah ini ejen atau perisik BN sekalipun.. dengan meminta beliau meninggalkan majlis adalah satu langkah PALING BODOH mereka lakukan. Mau TAPUK apa wooo pengisian majlis tu?????

Kalau tidak mahu maklumat bocor.. buat apa adakan majlis di rumah orang yang sememangnya di kawasan kampung. Buatlah dalam kontena kargokah.. atau dalam bilik seminarkah yang hanya ada jemputan sahaja dibenarkan masuk. Itu mesti CONFIDENTIOL sangatlah

kalau inilah artikel dibanggakan si kelapa mawar.. kasihan dia lor...
Lagi lawak tak melucukan apabila blogger ini menjadikan tajuk si maisarah dihalau itu sebagai cerita utama. Bangga sangatlah berjaya mengarahkan dia tinggalkan majlis? Apa punya BANGANG punya akal!

Kalau LADY lah penganjur.. LADY akan biarkan je si maisarah tu duduk lama di sana. Suruh lagi si Anwar berdiri menegur dia. Kalau dia duduk di belakang.. LADY suruh lagi dia pindah tempat duduk. Kasih duduk di depan masa si Anwar beri ucapan. Semua itu LADY tangkap gambar dan  highlightkan ... "MAISARAH MERAN, MANTAN KETUA PENERANGAN PUTERI KOTA BELUD PENYOKONG ANWAR DALAM DIAM!"  atau "MP KOTA BELUD DALAM DELEMAH, PEGAWAINYA BELOT" itu baru NGAM!  Kasih malu kaw2... ( ps: kepada pakar strategik PKR Sabah. jangan selepas ini baru mau tiru strategik yang LADY katakan di atas. Sebab sengaja LADY buka di sini. Saksi adalah pembaca artikel LADY sendiri. Kamurang tiru bererti SAH betullah kontot akal kamurang!!!)

Apapun.. tahniahlah LADY nak bagi pada kelapa mawar kerana CEPAT PANTAS TANGKAS kasih bocor keBEBALan akal. MENDEDAHKAN keBANGANGan dan keBODOHan penganjur, dengan menulisnya dalam artikel ke-2 2014 blog anda. Dan TAHZIAH kepada anda serta penganjur juga ya.

Macam gelojoh ja..🐔🐔 macam rakus ja.. 🐓🐓macam bodoh ja ..🐗🐗 macam bebal ja.. 🐷🐷KASIHAN LOOOOO...

ps: LADY terlupa pula.. penganjur kan pengikut si anwar.. agaknya mereka hanya mengikut ARAHAN KING OF DRAMA ini untuk menghalau siapa sahaja yang diragui. takut konon RAHSIA terBOCOR.. tapi .. tak perlu takut orang luar.. penulis kelapa Mawar pun sudah kasih bocor keBODOHan dan keDANGKALan akal !!!

AL KISAH ANWAR DIREJECT DI SABAH


Apa dah jadi.. 🎶🎵apa dah jadi.🎶🎵🎼 Bakal PM PKR dah layu hati..🎶🎵🎵apa dah jadi..🎶🎶🎵 apa dah jadi..🎵🎵🎶🎶 ucapan sekejap banyak cabut lari... 🎵🎵🎶🎶apa dah jadi....🎵🎵🎶🎶...

orang kampung beramai-ramai tinggalkan khemah 
Nasib malang si Anwar selepas ditendang keluar ketika nak masuk Jepun terus melekat pada dirinya. Apa taknya.. sambutan hambar ditunjukkan oleh rakyat di lokasi yang menjadi sasarannya. Konon datang nak menyambut Maulidur Rasul.. kononnlah.. tetapi tu semua gimik je.. siapa tidak kenal KING OF DRAMA yang banyak skrip!

LADY dapat makluman.. dalam 2 perjumpaan di lokasi dipilih.. disasarkan kehadiran mencecah ribuan.. malangnya dikira manusia yang hadir dalam anggaran 200 orang sahaja. Agaknya selebih jumlah berkenaan adalah Iblis.. syaitan.. hantu dan makhluk halus yang hanya Anwar sahaja boleh lihat. Dah dia sebahagian dari mereka. Sentiasa mengHALALkan PEMBOHONGAN!


PKR Sabah semakin kuat dan mantap?????.. alahai... bangas sudahlah Gay.🎭🎭. kalau mantap.. tak adalah sampai wakil rakyat PKR keluar menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN. Tak adalah ko terpaksa meletak si Lajim "katak si lompat katak" menjadi ketua pembangkang Sabah.

Yang paluinya si anwar. Dalam ceramahnya.. boleh pula cerita kalimah Allah yang hangat di selangor yang SAH nya bukan Isu di sabah.  Tidak pula diterangkan pergaduhan si Azmin dan Khalid gagap yang tidak dapat di'tapuk-tapuk' lagi sehingga 2 orang menjadi 'kambing hitam'... lagi pelik.. sehingga kini.. tidak sepatahpun dia menjelaskan cerita HOT LAGI SISZLING ZSSSSssssss..... kecuaiannya tak membuat permohonan VISA masuk Jepun kerana SYOK SENDIRInya menganggap dirinya adalah rakyat Malaysia yang biasa .. walhal BEKAS BANDUAN! Nampak betul tiada persiapan dia ni!

LADY dapat bayangkan betapa KECEWAnya si anwar tatkala baru memanaskan kata.. orang yang hadir secara beransur-ansur mengorak langkah tinggalkan majlis. Yang setia hanya kerusi depan.. rombongan yang mengiringinya sahaja!!

Apa kelas bakal PM PKR hanya mampu berceramah 20 minit di Kota Belud.. hilang mood mendengar orang ucapan macam audio rakaman yang disiarkan berulang-ulang. 'Sengal' didengar!! Mau mengajar orang sabah cara mentadbir negeri walhal keluarga sendiri tidak dapat diurus! Negeri ditadbir PKR haru biru bergaduh sesama sendiri !


kononnya penganjur memilih rumah si Yapim Gimpoton di Kota Belud dikatakan mau kaunter isu 2 ADUN PKR tinggalkan PKR.. kononnyalah.. tapi strategi tak mennjadi.. almaklumlah sudah Si Lajim yang mengatur urus.. jangan haraplah.. memang tidak menjadi punya.!!!

Apa dah jadi.. 🎼🎵🎵🎶🎶🎶apa dah jadi.. 🎼🎶🎶🎵🎵Anwar terkedu kempen tak menjadi.🎼🎶🎶🎵🎵🎶 Apa dah jadi.. 🎼🎶🎶🎵🎵🎶apa dah jadi .. 🎼🎶🎶🎵🎵🎶lakonan hambar tak laris lagi.. apa dah jadi....🎼🎶🎶🎵🎵

Ps: sah kena sumpah si Lajim lepas ni kerana gagal memenuhi misi Anwar merawat imej tercalar dek kecuaian diri. Rancang nak cover cerita dikick dari Jepun.. rupanya tidak.. kata nak menjawab isu semasa.. tetapi isu tarak.. dia dah jadi isu kena reject orang kampung!!!!! Hampir dah GAME OVER

DAMBAKAN PEMIMPIN MELAYU JAUH LEBIH TEGAS


Sangat setuju pandangan dan luahan ungku Aziz .

Ungku Aziz: Tak ramai pemimpin Melayu yang garang dan berpendirian teguh
T K Letchumy Tamboo | Kemas kini: Januari 26, 2014

KUALA LUMPUR:  Pada masa kini, tiada ramai pemimpin Melayu yang garang dan berpendirian teguh.
Ini adalah luahan hati Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid yang berpendapat seorang tokoh itu harus garang dan bersemangat.

"Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut? Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.

"Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.

"Pemimpin seperti Sir Winston Churchill, beliau tak suka kompromi. Pemimpin seperti Churchill berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?" tanya Ungku Aziz dalam satu wawancara yang diterbitkan di dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Ungku Aziz berkata isu perpaduan dan perpecahan di kalangan orang Melayu sekarang bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, malah, ia juga berlaku antara Melayu kota dan Melayu desa, Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam PAS dan PKR serta antara orang Melayu yang muda dengan tua.

Semasa mengulas tentang isu kenaikkan harga barang, Ungku Aziz berpendapat perkara itu tidak dapat dielakkan kerana ia adalah kuasa pasaran.

"Tetapi apa yang lebih penting adalah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.

"Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang," katanya.

Sementara itu, semasa mengulas tentang penggunaan Bahasa Melayu Ungku Aziz berkata bahasa Kebangsaan itu kini seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri.

"Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu.

"Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul," katanya.

Apabila ditanya apa dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan, Ungku Aziz mencadangkan usaha mewujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu.
"Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan.

"Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan," katanya.

Ps: ramai lebih suka main silap mata. Mana isu selamat bolehlah tampil tunjuk pahlawan. Tetapi apabila isu berisiko mereka terima pakuan dan bantaian penyokong pembangkang.. mulailah mereka bersembunyi belakang.

LADY sangat kagumi ketegasan Tun Dr Mahathir 

TANDA-TANDA KIAMAT.. SEMAKIN HAMPIR??


Akhir-akhir ini rakan-rakan sekerja LADY Sering berbual berkenaan jumlah tanda-tanda kiamat aemakin banyak muncul. Dalam perbualan tersebut andaian 10 tahun ke atas akan datang.. maybe..

Ia semakin rancak menjadi perbualan ketika rehat apabila fenomena salji di kepulauan indonesia berlaku. LADY cuba mengurangkan kerisauan mereka mengusik dengan mengatakan.. selepas ini tak perlulah kita keluar negara berbelas jam hanya untuk menikmati suasana bersalji. Ke indonesia sahaja sudah cukup.

Cuma LADY mengakui bahawa sememangnya tanda-tanda kiamat sememangnya semakin cepat muncul.

KUTUB UTARA MENYONGSANG 2015- SINAR HARIAN (30 DIS 2013)

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.


Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:
Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, 'Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Surah Al-A'raf, Ayat 187)


Dan juga pada ayat:

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH." Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.

(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)


Ps: renung-renung2kan

TINDAKAN BODOH PIJAK BAKAR BENDERA JEPUN


Simpati LADY kepada rakyat Malaysia yang berada di Jepun. Tindakan bodoh pentaksub Anwar memijak dan membakar bendera Jepun di hadapan Kedutaan Jepun telah menyukarkan mereka.

Keluhan ini dikongsikan oleh pelajar Malaysia di laman sosial yang dikesan oleh rakan LADY.


Tindakan ini adalah ZALIM sebenarnya. LADY nak tanya.. di mana KEADILAN yang kononnya AMK katakan nak tegakkan itu? Hanya kerana Anwar ibrahim dihalang masuk ke Jepun mereka bertindak ZALIM kepada rakyat Malaysia yang tidak terlibat langsung apa lagi ada kaitan dengan si Anwar bin Ibrahim itu!



Andai konon si sam ketot atau ketua AMK kata halangan anwar melanggari hak asasinya. Bagaimana pula hak asasi rakyat Malaysia yang berada di Jepun terkena tempias keBAHLULAN mereka semalam?


LADY cadangkan.. elok individu-individu memijak dan membakar bendera dihantar ke Jepun untuk diambil tindakan atas KEBIADAPAN mereka kepada UNDANG-UNDANG negara berkenaan. Dan LADY mencabar mereka meminta maaf atas KEZALIMAN mereka kepada rakyat tak berdosa di Jepun itu.


Apa pula SIAL mereka yang terlibat aktiviti BODOH semalam di kedutaan Jepun. Memang bodoh pun! Anwar buat salah korang bebal nak membela konon tu apa dajjalnya?!!!!

MEMBAKAR BENDERA, MEMBANTAH TINDAKAN JEPUN TINDAKAN AKAL DANGKAL

KOTA KINABALU - Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan penyokong pembangkang tidak menghormati undang-undang negara lain apabila membantah tindakan Jepun tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu.

Beliau berkata, tindakan mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan negara itu jelas mempamerkan betapa mereka tidak rasional dan menunjukkan perjuangan mereka bersifat perjuangan individu dan bukan untuk rakyat.

"Lebih buruk lagi penyokong ini turut membakar bendera Jepun, sebenarnya hanya akan memberi kesan terhadap hubungan Malaysia dan Jepun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya tuduhan Anwar bahawa kejadian beliau dihalang memasuki negara itu adalah atas sebab campur tangan kerajaan adalah sangat dangkal.

"Apakah kuasa kerajaan untuk memberi arahan kepada negara lain soal undang-undang negara mereka. Saya kira ini adalah taktik murahan beliau yang sentiasa diulang-ulang untuk mendapat simpati rakyat bahawa beliau telah dizalimi oleh kerajaan," katanya.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya mencabar Anwar untuk membuktikan tuduhan terhadap pihak kerajaan dan beliau perlu bertanggungjawab atas tuduhan berkenaan.

Ahad lepas, Anwar dilarang daripada memasuki Jepun selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan diarah untuk berpatah balik dengan segera atau akan diusir keluar. - Bernama

Ps: LADY tak terkejut tindakan 10 manusia membuat lawak di depan kedutaan Jepun tu. Sememangnya itulah kebiasaan yang mereka lakukan. Kalau tak lakukannya kelmarin tu.. yang itu LADY akan terkejut pula!!!

Setuju sangat. Bantahan mereka semalam ini bukan kepentingan rakyat pun. Seperti artikel LADY sebelum ini, setakat Anwar Ibrahim gagal masuk ke Jepun atas KESILAPAN DAN KECUAIAN BERLANDASKAN SYOK SENDIRINYA..  buat malu saja. Buang masa! Nasihat LADY... SILA BACA PERATURAN BETUL-BETUL SEHINGGA HABIS. JANGAN BACA SETAKAT SEKERAT JALAN.

BILA SI RASIS NAK GLAMOUR!!!!


Cuba baca betul-betul kain selempang di gantung pada perempuan ini.

"NAJIB: PM 4 MALAY ONLY. CHINES AND INDIAN CAN LEAVE. MALAYSIA WILL COLLAPSE"

Apa dajjalnya ayat perempuan ini buat? Nampak sangat dia sangat rasict. Dengan erti kata lain. Kebiadapannya kepada YAB PM. Siapalah PM di hatinya? Anwarkah? Sebab itukah dia turut serta membela NASIB ANWAR YANG DIHALANG MASUK JEPUN kerana itulah PM dia kot?

Tetapi LADY lagi simpati pada perempuan bertudung sebelah perempuan ini. Dia bangga sungguh berdiri memberi sokongan. Agaknya bangga sangatlah dia mengangkat manusia yang walau tidak dijatuhkan hukum bersalah di mahkamah atas pertuduhan LIWAT tetapi hakikatnya sudah melakukan perbuatan LIWAT SUKA SAMA SUKA.

CUMA.. seperkara sahaja LADY berasa sangat hairan. Apa kaitan kenyataan perempuan ini dengan memorundum bantahan ke atas tindakan negara Jepun di kedutaan Jepun????

Boleh LADY katakan.. betapa CELAKA RASIS perempuan ini! Dan betapa CELAKA BODOHNYA perempuan bertudung ini mendukung kempen tak berkaitan ini. Pada hemat LADY lah.. perempuan ini hanya nak glamour sahaja. Selempang dipakai tak ada langsung kaitannya dengan kempen BOIKOT BARANGAN JEPUN!

WAJAH MUNGKIN BAKAL MENEMANKAN ANWAR DALAM SENARAI BLACKLIST JEPUN????


Hantar memorundum. Oklah. Hak mereka. Tetapi bakal lukisan bendera Jepun??? LADY tak tau.. hanya warganegara JEPUN boleh menjawab tindakan sebegini ke atas individu yang tidak menghormati bendera negara mereka.



Dengan itu. LADY bolehlah kongsikan wajah-wajah yang biadap ini untuk dikenalpasti. psssttt... kotnyer.. ada gak kawan Anwar tak dapat masuk Jepun selepas ini..




Menurut pendedahan yang dibuat oleh dr novandri.. punca Anwar gagal memasuki Jepun kerana beliau terlupa memohon VISA kerana beranggapan beliau adalah rakyat Malaysia biasa. Bukan bekas BANDUAN. Jeng jeng jeng.. betullah tu. Siapa kata Anwar difitnah bekas banduan???? Tak sodou  lagi ker????


Ps: dengar2 angin bertiup.. sam ketot pakai toyata camry lagi tau.. lepas ni dia dh boikot.. nak pakai jenama apa pula yer?????

KEMPEN TAK SERUPA BIKIN


Hahahhaha.. kata BOIKOT BARANGAN JEPUN. Takat bakar kertas je buat apa. Bakar sekali kereta toyota yang korang pandu semasa datang ke lokasi kempenlah bro! Ada berani ker??????


Menurut sumber rakan LADY sebentar tadi.. sekumpulan pentaksub Anwar telah membuat kempen untuk boikot barangan dari JEPUN. Tetapi lawaknya salah seorang daripada anggota kempen boikot tersebut hadir menaiki kenderaan jenama Toyota. Saudara.. itu Toyota produk dari mana????



Cakap tak serupa bikin

Sumber gambar: rakyat news

SUDAH DALAM JANGKAAN!!!


Heheheh seperti yanh dijangkakan.. tindakan seorang 2 pentaksub Anwar memulakan kempen di tepi khalayak mengajar orang ramai Boikot produk Jepun. Hanya kerana BIG PAPA mereka dihalang masuk ke negara berkenaan.

Tu diaaaaa.. baru jadi ketua pembangkang! Dah ada unsur-unsur membangkitkan kemarahan orang lain kerana kepentingan pribadi yang 'tercalar' ! Tapi LADY  tak pernah hairan. Sebab ia sudah kelaziman dan makanan raji untuk mereka yang sangat taksud terhadap King Of Drama ini. Samalah seperti kewujudan PKR tak payah nak suruh kaji sejarah penubuhannya. Tengok saja LOGO parti berkenaan. Simbol mata sebelah bersempena mata Anwar yang lebam dek ditembuk dahulu.

Cuma nak fikir balik.. kalau nak boikot barangan Jepun.. hmmm.. cuba kira kenderaan di setiap jalan raya.. kenderaan keluaran mana yang banyak selain kenderaan keluaran negara kita. Rasanya keluarga Anwar menaiki kenderaan apa ya sekarang?.. dalam rumah mereka yang terlibat kempen ni.. peralatan dalamnya dari jenama negara mana ya? Anak-anak mereka yang kecil ataupun cucu mereka.. nak ker berhenti menonton cerita ultraman.. shinchan.. doraemon.. apa lagi ya.. cerita yang sering ditayangkan? Sendiri jawablah yer?! Hehehehe....

Rasanya.. pentaksub Anwar ada tak membuat himpunan aman deoan kedutaan Jepun mendesak kedutaan berkenaan mengeluarkan kenyataan MEMINTA MAAF kepada Anwar? Kalau tidak seluruh negara boikot Jepun? Hehehehhe... rasanya.. tak akan berlaku punya.. ahli UMNO dah 3 juta. Orang yang berkecuali sudah berapa... tak kuasalah nak memboikot barangan Jepun hanya kerana kes sebegini. Buang masa sahaja. Siapa Anwar sehingga nak bertindak sedemikian. Setakat ketua pembangkang yang tak memegang apa-apa jawatan dalam PKR.. setakat menjadi penasihat yang dilantik oleh si isteri semata.. tak ada kelasnya nak sokong.

Setakat dia seorang sahaja dihalang masuk... nak boikot.. hahahhaha... satu jenaka yang terunggul untuk bulan januari 2014 ini. Lainlah kalau negara Jepun telah isytiharkan menghalang seluruh rakyat Malaysia masuk ke Jepun. Yang itu wajarlah sebagai rakyat Malaysia kita tuntut penjelasan. 

ANWAR MUNGKIN LUPA TETAPI JEPUN TAK PERNAH LEKA


Pelbagai makian dari pentaksub Anwar apabila menerima khabar BIG PAPA mereka dihalang masuk ke negara Jepun. (Tak perlulah LADY kongsikan gambar-gambar cacian yang mengandungi unsur-unsur hasutan serta fitnah dalam artikel ini. Menyemak dan mengotorkan blog LADY je!.~ 

sila check di FB. Pasti tidak mengalamai kesukaran membaca kenyataan mereka)

Perkongsian LADY seterusnya memberi penjelasan kenapa Anugerah Illahi Wan Azizah dihalang.
ANWAR IBRAHIM DAN HALANGAN MEMASUKI JEPUN.

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.


Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Rujuk Undang-Undang Kerajaan Japan: CHAPTER II ENTRY AND LANDING, SECTION I ENTRY OF AN ALIEN (Entry of an Alien)

Article 3 Any alien who falls under any of the following items shall not enter Japan.

(ii) A person who intends to land in Japan without receiving a seal of verification for landing or undergoing the recording of the prescribed data pursuant to the provision of Article 9, paragraph (4), or without obtaining authorized permission for landing (hereinafter referred to as "permission for landing") from an immigration inspector (except for those set forth in the preceding item).

(xiv) In addition to those persons listed in items (i) to (xiii), a person whom the Minister of Justice has reasonable grounds to believe is likely to commit an act which could be detrimental to the interests or public security of Japan.

(2) Even in cases where an alien seeking to land in Japan does not fall under any of the items of the preceding paragraph, if the country of which he or she is a national or citizen denies landing to a Japanese national therein for any reasons other than those set forth in the items of the same paragraph, the Minister of Justice may deny his/her landing for the same reasons.
**Rujuk Section ii Landing of an Alien



Bagi yang tertanya-tanya kenapa sebelum ini Anwar bebas memasuki Japan pada 2006, 2009 & 2012, anda perlu sedar ketika itu memang permohonan VISA merupakan syarat wajib, jadi semestinya dia masuk ke Jepun menggunakan VISA. Yang menjadi masalah sekarang, apabila dia menyangkakan kelonggaran tidak memohon VISA laku untuk diri dia juga.

Ps: comel-comel pula ya doraemon dan ultraman bersilat dengan Anwar ni. Semua menunjukkan #sayonara kepada  si Anwar yang tengah PANASSSSSS... ouch... MENDIDIH gituuuu

LADY menanti juga kenyataan si Anwar melalui temubual di BBC hari ini. Mesti adalah kenyataan mengandungi mesej. Kerja UMNO. Kerja BN .. konspirasi yang menjatuhkan dirinya. Hehehehhe... ‬

Dengar-dengar Anwar terkandas. Tidak dibenarkan masuk ke negara matahari terbit!

Betullah tu!.. beliau sememangnya tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut. Baca di sini

Anwar dilarang masuk Jepun tak ada kena mengenai dengan Imigresen Malaysia...


KEMASKINI Tindakan kerajaan Jepun melarang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke negara itu tiada kaitan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Perkara ini ditegaskan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Alias Ahmad ketika diminta mengulas kejadian yang berlaku terhadap Anwar di Lapangan Terbang Narita, semalam.

Menurut Alias, pihaknya tiada kaitan kerana Anwar masih pemegang pasport yang dikeluarkan jabatan Imigresen.

"Mungkin ada masalah dalaman di sana (Jepun). Mana-mana negara berhak menegah sesiapa masuk ke negara itu jika ada sebab tertentu," katanya.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu jika tindakan itu berkaitan pihak lain.

Berdasarkan kenyataan media Anwar, sejak keluar penjara, beliau dah tiga kali masuk negara Matahari Terbit itu.

Kali terakhir tahun 2012, tetapi pada Ahad, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.

Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.

Sementara itu, insiden dialami Anwar terus jadi viral di media sosial dan portal malah kejadian itu gambarkan melalui macam-macam sitara termasuk ultraman dan Doraemon.

Di pihak Anwar pula, PKR mendakwa kerajaan menggunakan tekanan politik yang tidak kelihatan bagi melindungi kepentingannya sehingga menyebabkan Anwar dilarang memasuki Jepun.

Malah, menurut pengerusi biro guaman dan hak asasi manusia PKR Latheefa Koya, perkara itu bukan pertama kali berlaku.

"Oleh itu kami menuntut perdana menteri membetulkan keadaan dengan segera menarik balik laporan yang tidak perlu kepada kerajaan Jepun dan memberikan pelepasan perjalanan penuh kepada Anwar," katanya.-20/1/2014

Apa kes... Anwar dihalang masuk Jepun...

Kalau ikut 'skrip' Datuk Seri Anwar Ibrahim... apa saja yang buruk kat dia, salah UMNO dan BN. Sampai ada orang buat lawak, kalau selipar dia hilang kat masjid pun salah UMNO.

Tapi ini cerita serius, al kisah ketua pembangkang yang rajin ronda satu dunia itu, tadi 'sangkut' kat Lapangan Terbang Narita Jepun.

Dia diarah balik dengan pesawat pertama kerana rekod imigresen Jepun.

Berdasarkan kenyataan media Anwar, sejak keluar penjara, beliau dah tiga kali masuk negara Matahari Terbit itu.

Kali terakhir tahun 2012, tapi entah apa cerita, pagi tadi, beliau nak masuk tak lepas.

Kata Anwar, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.

"Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu 'kerana laporan terkini' kemungkinan pada 2013," katanya.

Anwar sendiri tak pasti mana pasal laporan tersebut... sebab itu beliau letak mungkin.

Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.

Dalam kenyataannya malam ini, Anwar berkata, pejabatnya sudah menyemak dengan kedutaan Jepun berhubung keperluan penerbangannya minggu lalu dan tidak dimaklumkan sebarang halangan.

Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung "laporan terkini" yang menyebabkan beliau dilarang.- agendanew

Ps: menurut cerita sir azri. Dikatakan kononnya halangan berkaitan duit rm500 dan rm1000 ? Betulkah? Hanya dia sahaja yang tahu. Takkan dia boleh lupa. Hanya dia je yang tahu.


Lepas ni mesti dia akan kata. Ini adalah konspirasi UMNO nak menjatuhkan dia !!!  Dan segera failkan saman. Tak per.. kan peguam akan kata. "Kita maafkan dia"

INFO: SEKUMPULAN INDIVIDU HALANG PEMBINAAN LEO DI SRJK(T) CASTLEFIELD

KUALA LUMPUR:  Pembinaan laluan bagi projek penyambungan jajaran LRT (LEP) Ampang sekali lagi terbantut selepas pekerjanya dihalang sekumpulan individu yang bertindak liar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield, Puchong pada Sabtu.

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Prasarana Zulkifli Mohd Yusof berkata meskipun pihaknya mempunyai perintah mahkamah dan kelulusan berkaitan daripada pihak berkuasa, kumpulan itu yang terdiri daripada anggota lembaga sekolah berkenaan, masih enggan membenarkan kerja pembinaan dilakukan.

Beberapa orang, termasuk anggota polis tambahan dan Naib Presiden Kanan Jabatan Keselamatan Prasarana Abdul Rahim Shariff, cedera dalam pergelutan yang berlaku, menyebabkan mereka membuat laporan polis.

"Kami amat kecewa kerana usaha kami dihalang oleh tindakan melulu individu terbabit meskipun kami memperoleh perintah injunksi bagi memasuki sebahagian kawasan sekolah dan memaklumkan pihak sekolah terlebih dahulu berhubung perancangan kami.

"Ini adalah kali ketiga kami cuba memasuki kawasan pembinaan dan kami sudah berulang kali menyatakan bahawa kami akan memastikan gangguan minimum terhadap pembelajaran murid di sekolah berkenaan ketika pembinaan LEP dijalankan," kata Zulkifli kepada pemberita.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa pembinaan lima tiang bagi projek itu hanya akan membabitkan 0.47 ekar padang sekolah berkenaan dan laluan jajaran penyambungan sepanjang 180 meter itu dijangka melalui kawasan tepi padang berkenaan.

Menjelaskan kronologi kejadian, Zulkifli berkata pada bulan Julai tahun lepas, Prasarana bersetuju membelanjakan RM20 juta bagi penempatan semula sekolah berkenaan seperti yang diminta lembaga sekolah namun selepas itu, mereka mendesak untuk mengawal tender bagi pembinaannya.
"Mengikut draf perjanjian yang kami terima dua hari lepas, lembaga sekolah berkenaan meminta untuk meneliti semua pembayaran sebelum ia dibuat kepada kontraktor yang dilantik.

"Mereka juga menyatakan jika terdapat sebarang kelewatan, lembaga sekolah itu akan mengambil alih projek penempatan semula sekolah berkenaan, termasuk dana Prasarana," katanya.

Beliau berkata sebarang kelewatan tidak sepatutnya terus berlaku kerana projek itu disenarai di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang bertujuan mempertingkat penggunaan pengangkutan awam daripada 20 kepada 40 peratus menjelang tahun 2020.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan E.Priyanka berkata mereka tidak pernah meminta hak untuk mengawal pembayaran bagi projek itu atau dana bagi membina sekolah baharu seperti yang didakwa Prasarana.

Beliau memberitahu Bernama bahawa lembaga sekolah berkenaan hanya ingin memantau kerja pembinaan bagi memastikan ia siap mengikut jadual.

Priyanka turut mencadangkan agar peruntukan itu diletak ke dalam akaun berasingan dan diurus kerajaan negeri Selangor sebagai pihak berkecuali.

Ditanya langkah bagi menyelesaikan isu itu, beliau berkata PIBG dan lembaga sekolah akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara berkenaan. -BERNAMA

DENGARLAH SUARA AKAR UMBI

Bukan LADY nak berkhianat. Apa lagi memberontak. Jauh sekali nak mengaibkan dan nak memalukan YAB PM. Tetapi apa yang bakal LADY kongsikan ini wajar dipertimbangkan dan difahami serta didalami untuk kebaikan. Perkongsian ini kerana kasih dan mendambakan agar pentadbiran negara berkekalan dan terus maju dengan cemerlangnya.

LADY kongsikan artikel uni. Mohon dibaca:

Berubahlah Najib sebelum krisis keyakinan bertambah parah!
2:05 PM |

belum terlambat untuk PM Najib berbuat sesuatu bagi menyelamatkan Negara serta kedudukannya sebagai Perdana menteri sebelum berdepan dengan krisis keyakinan rakyat serta ahli UMNO yang lebih besar terhadap kepimpinan beliau apatah lagi di ketika ini wibawanya sebagai pemimpin untuk membawa parti dan kerajaan mendepani pelbagai kekusutan yang timbul makin tidak terurai.

PM Najib sedang dilihat sebagai Perdana Menteri yang gagal menguruskan negara dan setiap tindakan serta keputusannya sedang diperlekeh malah dihina bukan sahaja oleh pembangkang tetapi olah ahli-ahli parti serta yang selama ini menyokong beliau.

Selepas PRU13,seperti ada gerakan terancang ataupun kerana menyerlah kepincangan PM Najib,setiap sesuatu yang beliau sentuh bukan lagi menjadi emas tetapi telah dilihat busuk serta menjijikkan oleh beberapa pihak dan kita tidak hairan andai pembangkang menyerang PM Najib tetapi malang kepada beliau yang mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti tetapi ada juga kalangan pemimpin yang turut sama mengambil kesempatan menabur garam atas luka yang PM Najib tinggalkan.

Tidak tahu dimana silapnya tetapi yang jelas selepas PRU13 dan selepas PM Najib mengumumkan rasionalisasi subsidi,PM Najib mula diserang dan diasak di setiap penjuru sehingga pada satu-satu ketika,beliau dilihat bersendirian menangani isu serta mengurus persepsi yang timbul. 

Kegagalan PM Najib hari ini dilihat oleh ramai pihak kerana beliau terlalu tunduk dan menjadi Yes Man kepada PEMANDU dan juga ada pihak melihat Najib mempunyai ketakutan yang luar biasa untuk mengambil tindakan memecat terhadap Penasihat-penasihatnya,agensi-agensi strategi yang dibawah Jabatan Perdana Menteri yang gagal melaksanakan teori transformasi yang beliau laungkan pada awal pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Di luar sana,PMO dijadikan sasaran dan menyalahkan Jabatan Media Perdana Menteri semata-mata adalah tidak adil kerana ramai lagi pihak yang harus dipertanggungjawabkan seperti Jabatan R&D,Setiausaha-Setiausaha Politiknya dan banyak lagi yang bersangkutan yang seharusnya menyampaikan perkara benar tentang kegelisahan rakyat dan tentang kebencian penyokong terhadap beberapa tindakan Najib yang sememangnya tidak popular malah membebankan rakyat.

Malang Najib bertimpa kerana orang-orang sekelilingnya mempunyai kepentingan peribadi masing-masing dan mereka mengambil kesempatan bukan untuk membantu Najib tetapi turut memberikan tekanan demi tekanan kepada Najib seolah-olah seperti mahu menunjukkan jalan keluar serta menutup pintu Putrajaya kepada Najib.

Najib jangan memandang rendah kepada keluh kesah rakyat di luar sana dan usaha Najib kononnya untuk menjadikan Malaysia Negara maju menjelang 2020 hanyalah tinggal impian dan tidak bererti apa-apa sekiranya Barisan Nasional hilang kerajaan di PRU14 nanti.
Bersambung....


Ps: LADY mendoakan semoga berlaju perubahan. Sayang LADY kepada parti. Sayang LADY kepada pemimpin yang berjiwa rakyat tetapi LADY tak mahu musnahnya kerajaan kini kerana anai-anai yang  berada di sekeliling.