Followers

KORANG PERCAYA KER ANWAR KATA TAK TAHU PASAL KENAIKAN GAJI KERAJAAN SELANGOR?



Boleh percayaker dengan Azmin yang konon tak mahu ambil gaji. Menunding jari konon marah bebenor kat pakcik gagap tu? ?????

Korang boleh percayaker cakap Anwar tak tahu langsung pasal cadangan kenaikan yang diumumkan tu???? Awat penasihat ekonomi selangor tak alert ???? Atau... macam biasalah! King Of Drama buat skrip lagi!

LADY memang tak percaya sungguh. Pendedahan orang kesayangan MB Selangor dah buat Anwar butang mata!

Baca ni....

Elizabeth Wong Sahkan Anwar Tahu Awal Kenaikan Gaji MB

Baru sahaja sehari yang lepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim buat-buat terkejut beruk seperti tidak merestui kenaikan menggila gaji MB Selangor dan anggota pentadbirannya, alih-alih hari ini EXCO Selangor iaitu Elizabeth Wong mendedahkan kenaikan itu sudah dimaklumkan awal lagi kepada pucuk pimpinan tertinggi PKR.

Elizabeth yang juga ADUN PKR Bukit Lanjan menjelaskan segala perincian mengenai kenaikan tersebut sudah pun dibentangkan oleh Khalid Ibrahm dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PKR pada pada 22 November 2013 yang tentunya turut dihadiri Anwar.

"Dalam mesyuarat 22 November itu, kita mendapati tidak ada bantahan yang diterima oleh ahli-ahli mesyuarat. Bagi saya, (kenaikan itu) agak mengejutkan tapi masih munasabah," itu kata Elizabeth Wong sebagaimana dipetik dari portal berita AntaraPos. -

" Nasional   Wong: Pimpinan PKR setuju tambahan mendadak gaji Exco, Adun


SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Elizabeth Wong hari ini mempertikaikan bantahan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kenaikan gaji hampir 400 peratus untuk pemimpin dan ADUN negeri itu.

Beliau mendedahkan bahawa Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PKR minggu lalu yang memerinci kenaikan imbuhan itu sebelum ia dibentangkan untuk kelulusan sidang DUN Selangor kelmarin.

Beliau berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri menyampaikan taklimat itu pada majlis berkenaan.

"Dalam mesyuarat 22 November itu, kita mendapati tidak ada bantahan yang diterima oleh ahli-ahli mesyuarat.

"Bagi saya, (kenaikan itu) agak mengejutkan tapi masih munasabah," kata Wong yang juga Adun Bukit Lanjan kepada wartawan.

Beliau tidak mengupas kenapa Anwar selaku Ketua Umum PKR membantah kenaikan itu di Parlimen semalam, sungguhpun pemimpin tertinggi PKR dimaklumkan mengenainya sebelum ini. 

"Tujuan MB menaikkan gaji sebab kita kena tingkatkan lagi tanggungjawab dan perkhidmatan kita kepada rakyat di negeri ini dan kena pastikan semua program kebajikan dilaksanakan," kata Wong.

Anwar semalam menegaskan Khalid perlu memberikan penjelasan kepada Pakatan Rakyat dan masyarakat umumnya terhadap kenaikan yang begitu besar itu.

DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250, anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250.

Imbuhan untuk Speaker DUN naik daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Anwar menolak hujah Khalid bahawa kenaikan itu tidaklah tinggi jika dibandingkan dengan imbuhan yang diperolehi oleh anggota Kabinet dan ADUN Sarawak.

Turut membantah kenaikan besar itu adalah timbalan presiden PKR Azmin Ali yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC).

Azmin berkata Khalid membentangkan usul kenaikan gaji itu di DUN tanpa merujuk kepada BBC dan menyifatkan kadar itu sebagai terlampau tinggi. 

"Jangan bandingkan dengan kenaikan gaji di Sarawak, (kita) perlu melihat kepada kapasiti dan keperluan kita," kata Azmin semalam.

"Kenaikan kali ini bukan kita tolak secara total, kadar kenaikan itu perlu munasabah, tetapi kalau sampai kenaikan kadar sampai naik 300, 400 peratus..saya bukan orang yang perlu mempertahankannya," kata beliau.

Sumber: antarapos.com 29/11/2013

Kenyataan itu jelas bertentangan dengan komen Anwar semalam yang seperti terkejut dan beranggapan kenaikan yang diumumkan terlalu tinggi sambil menolak alasan Khalid yang menjadikan formula 75% daripada kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat Sarawak sebagai sandaran untuk mengharuskan kenaikan menggila itu.

Serentak dengan itu juga Anwar mendesak MB Selangor mencari jalan untuk mengkaji semula kenaikan supaya lebih munasabah. Turut sama bersetuju dengan Anwar ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang tidak melepaskan peluang membelasah Khalid dan meminta supaya perlaksanaannya ditangguhkan.

Sekarang selepas membaca penjelasan Elizabeth Wong, maka jelaslah Anwar bukannya tidak tahu perihal kenaikan menggila itu sebaliknya sengaja buat-buat terkejut beruk semata-mata untuk mengelakkan kecaman umum. Dia dah tahu orang ramai sedang marah maka jalan terbaik untuknya tunjukkanlah rasa terkejut dengan harapan tak terpalit sama.

Penjelasan EXCO Selangor itu tentunya amat memalukan Anwar namun  ini bukannya pertama kali Ketua Umum PKR yang terkenal sebagai pemimpin lidah bercabang-cabang ini kantoi. Sebelum ini Anwar telah disahkan menipu dalam isu 40k pengundi Bangladesh, lama sebelum itu dia didapati berdolak-dalik berkenaan isu Yusuf Kalla sebagai pengantaranya dengan PM.

Yang paling popular penipuannya berkaitan mitos 16 September 2008 rekaannya, itu pun kantoi juga tapi tak menghalangnya meneruskan drama penipuan kerana lama sebelum itu Anwar sudah biasa bersandiwara melalui isu keracunan arsenik, patah tulang belakang dan terkehel tengkuk, suntikan darah hiv positif dan banyak lagi.

Itu belum dikira lagi zaman mudanya dulu yang dengan selamban ditipunya orang ramai konon ada yang mati kebuluran di Baling, Kedah. Dari muda bawa ke tua, tak habis-habis menipu dan bersandiwara. Pendek kata walau berpuluh kali kantoi pun masih lagi nak berdrama dan menipu orang ramai.
Tapi yang pelik tu, masih ada yang nak sokong politikus haprak yang pandai bersandiwara dan menipu seperti ini. Masih juga ada yang kemaruk nak angkat haprak seperti ini sebagai PM. Dunia dah terbalik agaknya.

Sumber: mykmu- 29/11/2013


Ps: kenapa nak menjaga sangat exco pula? Takkan kerja mereka 27 jam perday tanpa rehat. Itu nasiblah. Memang mereka nak sangat nak jadi YB kan.

Bukan LADY kata mereka tak layak dinaikkan gaji. Tetapi kenalah dalam kadar munasabah. Nak bandingka  Sarawak.. geografi negeri pun dah jauh berbeza.

Kalau kata kerajaan berkebajikan. Kenapa tak naikkan sekali kadar tinggi kakaitangan kerajaan negeri Selangor. Mereka pun buat kerja juga. Malah lebih banyak berbanding exco negeri.

Paling utama. Lakonan Anwar bin Ibrahim tak boleh percaya langsung. Skrip asyik di recycle berulang. Sengal nak baca ulang-ulang. Pi mai pi mai tang tu juga.

Pesanan LADY pada pemegang amanah. Jangan korang takat glamour sakan. Amanah korang tu dari rakyat. Pada rakyat juga korang kena berbaki. Tak payah jadi pelakon. Dah ramai anak seni di negara kita yang lebih ikhlas dalam berkarya. Jangan korang pula mengotorkannya!

AKAL DANGKAL PAS


Dasar minda low class kan. Serba serbi tak kena di otak mereka.!!!

Kalau yang baru kenal huruf 'Alif' jadi ahli.. mereka terus upgradekan jd ustazah atau ustaz. Takpun jadi "pendakwah Islamiah" dengan berikan ruangan kongsi cerita lama.

Tapi... jika seorang itu memiliki penguasaan ilmu agama. Diletakkan amanah menyertai jawatan dalam UMNO kerana kualitinya. Dah kena kutuk diaibkan dan menerima tohmahan pelbagai serta dilemparkan gelaran tak seharusnya kepadanya.

LADY memang faham sikap pihak sebelah atau lebih tepat. Mentaliti puak PAS yang taksubkan bulan dikeliling hijau ni! Cakap umpama tin kosong. Bisingnya menyakitkan telinga. Isinya tak ada. Malangnya. Terlalu ramai pentaksub PAS beb..al dari berakalnya. Sebab tu mulut dan taipan mengalahi bau longkang. Umpama kera terkena belacan. Memekak memanjang

Andai dibandingkan Ustaz Kadzim dengan Bob Lokman. Dah jauh panggang dari api. Tapi peliknya Bob Lokman juga dijulang sebagai penceramah 'berilmu' pada pandanga  PAS. Sehingga kata-kata merapunya dianugerah sebagai limpahan ilmu termulia. Allahu akbar! Malang sungguh mereka ini. Akal pendek tangannya panjang.

Apapun.. LADY sedar. Tohmahan, cacian tak berbekas pada ustaz Kadzim. Teruskan perjuangan. Amanah hadir bukan diminta. Ia datang kerana yang diamanahkan layak menggalasnya. TAHNIAH ustaz.

TAHNIAH: PELANTIKAN PEGAWAI PERINGKAT KEBANGSAAN PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA


Berikut senarai kepimpinan Wanita yang dilantik. Tahniah LADY ucapkan pada mereka yang dilantik dan mendapat kepercayaan.

Penolong Setiausaha
YB. Dato' Rosni Sohar
Ketua Wanita Bahagian Hulu Selangor


Ketua Penerangan
YBhg. Dato' Rosni Zahari (baru)
Ketua Wanita Bahagian Maran


Penolong Bendahari
Puan Nor Azita Abdul Rahman (baru)
Ahli Wanita UMNO Bahagian Pekan
Mantan Setiausaha Puteri UMNO Malaysia


Penolong Setiausaha Wanita Barisan Nasional
YB Dato' Noraini Ahmad (baru)
Ketua Wanita Bahagian Parit Sulong


PELANTIKAN KETUA WANITA DAN NAIB KETUA WANITA PERHUBUNGAN NEGERI


PERLIS
Ketua Wanita
YB Hajah Rela Ahmad
Ketua Wanita Bahagian Kangar

 
Naib Ketua Wanita

YBhg. Dato' Hajah Shamsiah Yasin (baru)
Ketua Wanita Bahagian Arau

 
KEDAH

Ketua Wanita
YBhg. Datuk Maznah Abdul Hamid
Ketua Wanita Bahagian Jerlun


Naib Ketua Wanita
YBhg. Datuk Hajah Marlia Abd. Latif
Ketua Wanita Bahagian Padang Serai

 
PULAU PINANG

Ketua Wanita
YB Senator Puan Norliza Abd. Rahim (baru)
Ketua Wanita Bahagian Bukit Gelugor


Naib Ketua Wanita
Cik Sofiah Sharif (baru)
Ketua Wanita Bahagian Nibung Tebal

 
KELANTAN

Ketua Wanita
YBhg. Datin Hajah Rahimah Hj. Mohamad
Ketua Wanita Bahagian Machang


Naib Ketua Wanita
Puan Roslinah Mohamed
Ketua Wanita Bahagian Jeli

 
TERENGGANU

Ketua Wanita
YBhg. Datuk Hajah Fatimah Hamat
Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu


Naib Ketua Wanita
YB Senator Hajah Rohani Abdullah
Ketua Wanita Bahagian Kemaman

 
PAHANG

Ketua Wanita
YB Senator Roslin Hj. Abdul Rahman (baru)
Ketua Wanita Bahagian Bentong


Naib Ketua Wanita
Puan Hajah Norahan Abu Bakar (baru)
Ketua Wanita Bahagian Kuala Krau

 
PERAK

Ketua Wanita
YB Datuk Hajah Rusnah Kassim
Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim


Naib Ketua Wanita
YBhg. Dr. Azizah Johor (baru)
Ketua Wanita Bahagian Lumut


SELANGOR
Ketua Wanita
YBhg. Datin Paduka Dato' Nor Hayati
Tan Sri Onn (baru)
Ketua Wanita Bahagian Klang


Naib Ketua Wanita
YB Puan Halimaton Saadiah Bohan (baru)
Ketua Wanita Bahagian Subang

 
WILAYAH PERSEKUTUAN

Ketua Wanita
YB Senator Mariany Mohd Yit (baru)
Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang


Naib Ketua Wanita
Puan Nor'ashikin Ahmat Nasron (baru)
Ketua  Wanita  Bahagian Batu

 
NEGERI SEMBILAN

Ketua Wanita
YB Dato' Norhayati Omar
Ketua Wanita Bahagian Kuala Pilah

Naib Ketua Wanita
Puan Siti Harpah Md. Dom (baru)
Ketua Wanita Bahagian Rembau


MELAKA
Ketua Wanita
YBhg. Datuk Hajah Rabiyah Haji Ali
Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka


Naib Ketua Wanita
YBhg. Datuk Nor Adibah Abdullah
Ketua Wanita Bahagian Tangga Batu

 
JOHOR

Ketua Wanita
YBhg. Dato' Hajah Sharifah Azizah Dato' Syed Zain
Ketua Wanita Bahagian Kluang


Naib KetuaWanita
YB Senator Datuk Hajah Noriah Mahat
Ketua Wanita Bahagian Pagoh

 
SABAH

Ketua Wanita
YBhg. Datuk  Armani Haji Mahiruddin
Ketua Wanita Bahagian Libaran


Naib Ketua Wanita
YBhg. Datuk Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad (baru)
Ketua Wanita Bahagian Sepanggar

MINAH SONGSANG MULAI DAHHHHH!!!!!!!


Pelik sungguh Ambiga ni. Hal-hal buat rusuhan dia paling manang bilang orang Sabah. Apa lagi KEADILAN yang dikejarnya. Tapi perkara yang memerlukan perhatian dan tuntutan KEBENARAN yang bukan dalam bidangnya. Dia macam burung unta. Sembunyi kepala dalam tanah! Sah! Perjuangan minah ni songsang sungguh! Opppsss... dia ni nak digelar Minah ker atau mamat ya?

Ps: lepas ni apa konsep lagi dia nak bawa ya? Dahler himpunan sebelum ni yang songsang menyonsong dah keluar dengan aneka pakaian macam pesta. Masa inilah depa pakat tampil berani dengan aksi kalahkan artis berlakon. Ala-ala watak animasi pula tu!!! Eeeeee.... gelinyerrrrr....

DEMI RAKYAT YA?


LADY  seperti pernah ingat-ingat lupa. Pernah ada kepimpinan pembangkang mencadangkan gaji PM diturunkan... tp.. yang ini bagaimana ya?

AKO KAYO: LEPAS NI RAMAI NAK JADI ADUN SELANGOR!!!!


Patut tak patut tu, tak terfikir kepala otak LADY . Tapi.. bagi LADY.. nampak sangat terdesaknya kerajaan Selangor memelihara ADUN, EXCO agar tidak 'MELOMPAT' untuk pihak PR lah. Cuma mereka tak dapatlah nak buat pembahagian ADUN PR dan ADUN BN kannnnnn.....

Apapun.. bacalah dulu artikel ditulis oleh blogger yang baru LADY jumpa semasa meninjau-ninjau komen-komen kekawan alam maya berkaitan isu kenaikan gaji ganda-ganda yang diumumkan MB Selangor semalam.

Patut ka gaji MB, Exco, Speaker dan Adun Selangor naik mencanak beratus peratus?

Walaupun  tu memang cukup tinggi kalau nak banding dengan negeri-negeri lain tapi kekayaan dan kejayaan pengurusan ekonomi Selangor memang tak tak terbanding oleh negeri lain.
mStar melaporkan:

Menteri Besar Selangor, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker dan Timbalan Speaker akan menerima kenaikan gaji yang mendadak berkuatkuasa 1 Januari 2014.


Pindaan terhadap undang-undang sedia ada telah dilakukan dan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membenarkan kelulusan kenaikan gaji itu.

Gaji untuk ahli DUN akan naik dari RM6,000 kepada RM11,250, peningkatan sebanyak 87 peratus. - mStar.  Sebelum ni Khalid Ibrahim pernah kena perli dengan Anwar yang kata dia cuma pandai himpun duit tapi tak pandai nak belanja. Kalau sebelum ni Khalid dah tunjukkan cara macamana untuk himpun duit rizab banyak-banyak untuk belanjawan tahun depan aku dok rasa macam Khalid Ibrahim nak tunjukkan macamana cara nak belanja duit rizab tu pulak.

Sebelum ni Sinarharian melaporkan:

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar sejarah Selangor dalam Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan 'Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat'. - Sinar.FreeMalaysiaToday pula melaporkan:

Bajet yang bertema 'Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat' itu turut melibatkan sejumlah RM430 juta daripada kesuluruhan RM2.7 bilion rizab negeri bagi tujuan pembangunan.

Dalam ucapan penggulungannya itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mempraktikkan pendekatan 'terlalu korporat' dan ketat dalam urusan kewangan negeri.

"Kerajaan negeri adalah bank milik rakyat, oleh itu kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa harta mereka tidak disalahgunakan.

"Amalan bajet berimbang yang diamalkan di Selangor adalah asas bagi menentukan pembangunan negeri ini berterusan," katanya. - FMT.Kalau macam tu punya kukuh kewangan kerajaan negeri Selangor takdak masalah kut takat nak naik gajii  tara tu.

Walaupun kenaikan gaji untuk MB, Exco, Speaker dan Adun Selangor tu memang cukup tinggi kalau nak banding dengan negeri-negeri lain tapi kekayaan dan kejayaan pengurusan ekonomi Selangor memang tak tak terbanding oleh negeri lain.

Lagipun kalau setakat RM11,250 gaji Adun tu pun sebenarnya tak berapa nak cukup untuk depa betul-betul boleh bagi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Cumanya pada aku, aku lebih suka kalau Selangor tiru macam yang Zambry buat di Perak. Dari menaikkan gaji Adun lebih baik nilai kenaikan tu dibagi atas nama pusat khidmat untuk tampung kos operasi Pusat Khidmat termasuk sewa pejabat, utiliti, gaji kakitangan, peralatan dan mungkin juga sedikit dana untuk aktiviti Pusat Khidmat.

Walaupun selama ni memang Adun yang tanggung 'overhead' Pusat Khidmat dia tapi kalau ada peruntukan khas atas nama Pusat Khidmat, kebajikan kakitangan dan kelancaran operasi Pusat Khidmat akan lebih terjamin.

Apapun, harapan aku dengan kenaikan mencanak ni lepas ni takdak lagi wakil rakyat di Selangor yang terliur tengok balak atau pasir dan segala hasil negeri yang sewaktu dengannya dan yang lebih penting lagi moga-moga takdak wakil rakyat PR Selangor yang 'terpaksa' ambil rasuah pasai nak tampung kos operasi Pusat Khidmat.

Ps: bagaimana pula kelebihan untuk rakyat selangor pula ya? Adakah kenaikan gaji-gaji untuk mereka yang berada di atas menaikkan imej dan semangat Selangor yang merundum dek isu pelbagai? Isu airnya ? Adakah dengan kenaikan gaji ini, wakil rakyatnya semakin rajin turun padang mengongsikan gaji besar mereka. Itu hanya pertanyaan dalam otak LADY sahaja. Yang lebih arif adalah mereka yang dipertanggubgjawabkan. 

Cuma harapan LADY. Jangan dok kata Selangor negeri terkaya di Malaysia. Hanya nak menjaga kebajikan wakil rakyat... habis tahun dah menghadapi masalah habis duit!

Selepas ni.. negeri mana lagi nak tanding pengumuman Selangor ya? Hehehehehhe....

DOUBLE STANDARD SUNGGUH PAS NI!. dulu lain sekarang dah lain



Aik? Apa citer ni? Dulu bukan main menentang konsert termasuk ROCK! Tapi sekarang bukan main menyokong dan mengadakan pula konsert? Ada udang sebalik mee lah tu!

Dulu PAS adalah yang paling lantang menentang konsert  ROCK  kerana tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia .  

Budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica? 

 "Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini. Sebaiknya kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu," katanya dalam satu kenyataan. 

LADY melihat matlamat mereka mengadakan konsert ROCK ini untuk menunjukkan bahawa PAS mengamalkan 'keterbukaan' atau lebih tepat 'moden dah'


Apabila konsert ini diketahui dan mendapat kritikan. Mulailah pencacai-pencacai PAS tampil membela. Termasuklah Arbaiyah a.k.a abby abadi. Dengan alasan macam-macamnya.

Bagi LADY... Apapun alasan. PAS kini sedang AKTIF menjilat LUDAH dan KAHAK yang pernah mereka lemparka  pada pihak lain terutama UMNO. adakah ini dikatakan TULAH?????????

Kembang kempis hidung DAP bangga kini. Matlamat mereka menyesatkan PAS sudah tercapai. Tak payah beralih pada PKR dah. Memang lama dah sesat. Sejak mula ditubuhkan. Dah ada keruntuhan pun sedang berlaku!!!!

PAS dah menampakkan ciri-ciri kemunafikan mereka. Dulu cakap lain. Sekarang dah lain.

Hayati penterjemaah ayat Al-Quran di bawah ini sebagai penutup pandangan LADY. Semoga kita menjadi hamba Allah yang beriman.

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.- Al-Baqarah 2:8. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.- Al-Baqarah 2:9. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).- Al-Baqarah 2:10. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".- Al-Baqarah 2:11. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi - Al-Baqarah 2:12. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)- Al-Baqarah 2:13. Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)" - Al-Baqarah 2:14. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).- Al-Baqarah 2:15

akhir sekali. terimalah lagu dari LADY

dulu lain, sekarang lain. 
dulu menentang sekarang dah disokong
dulu lain, sekarang lain
dulu diludah sekarang ditelan
dulu lain.... PAS

GELOMBANG KEMUSNAHAN PKR SABAH BERMULA!!!!!


Nahhhh.. ambik ko Anwar.! Hilang kepercayaan dan bosan dengan sikap serta tindakan kepimpinan Atas PKR. 11 ketua cabang PKR Sabah mengumumkan keluar parti

Mengikut info.. ini baru gelombang pertama . Bakal menyusul gelombang keluar PKR Sabah selepas ini.

Salah satu sebab, kepimpinan cabang PKR di sabah hilang kepercayaan kepada ketua Pembangkang.. nahhhh siapa lagi! Si Lajim lah.

LADY berfikir semula. Sebelum ini. Pernah pengikut kuat ADUN Klias ini mengatakan. "Masa keluar dari parti yang sudah mau musnah (UMNO), nampaknya.. kemasukan Lajim dalam kumpulan PKR ini semakin mempercepatkan lagi kemusnahan PKR di Sabah! Tahniah! Adakah Lajim ini adalah pembawa malang?

Semoga harapan YAB PM termakbul. Harapannya ada di kalangan cabang PKR di Semenanjung melakukan perkara sama yang dilakukan oleh ketua Cabang PKR Sabah. Sambil menafikan bahawa tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah ada 'kelebihan' dari BN.

LADY nak tau.. apa respond Anwar Ibrahim selepas ini.

KEMENANGAN MAT SABU MEMBUKTIKAN PAS


Mat sabu juga menang ? Elok sangatlah tu! Tahniah untuk perwakilan mukta8mar PAS yang membuktikan sebahagian besarnya menganggap PAS bukan sebuah pertubuhan memperjuangkan Islam. Tetapi menggilai perjuangan selamat dalam dunia politik mereka.

Tahniah bahawa sebahagian besar menyokong
# ideologi komunis 
# mempercayai komunis adalah hero sejarah
# berlutut pada DAP
# mengutamakan keduniaan berbanding kecintaan kepada Islam
# kelicikan dan pembohongan


Bersoraklah kamu sebahagian besar perwakilan PAS . Gembira kemenangan Mat sabu . Membiarkan PAS merundum malang. LADY apa kisah! Not my parti! Walau engkau terkubur dalam kandang Babi sekalipun. Not my urusan. Cuma simpati je dapat LADY berikan kerana pilihan korang bukan pilihan LADY

Tahniah kepada DAP kerana berjaya mengekalkan pelakon terhebat BERSIH menjadi pemimpin no 2 dalam PAS sebagai bukti. PAS masih rela dikeldaikan.

#PAS hanya parti politik semata

INFO : SOALAN BOCOR - MENTERI MOHON SEMUA BERSABAR

BUKIT BERUNTUNG:  "Sabar, beri kementerian dan pihak Lembaga Peperiksaan masa untuk menyiasat sebelum apa-apa tindakan rasmi diambil"

Demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan II YB Tuan P. Kamalanathan hari ini ketika ditanya mengenai kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik 1,2 serta Matematik Tambahan.

"Saya ada menerima laporan ini dari pihak kementerian dan masih lagi menunggu laporan penuh mengenainya.

"Saya percaya mereka sedang menyiasat perkara ini dan kemungkinan Isnin atau Selasa keputusan hasil siasatan akan keluar" ujarnya kepada pemberita.

Menurut beliau lagi, media akan diberitahu sebaik sahaja keputusan mengenai siasatan berkenaan sudah diperolehi.

"Siasatan sedang dijalankan, keputusan belum tahu lagi, jadi seandainya dakwaan itu benar kami akan memaklumkan kepada media mengenai tindakan yang bakal diambil" katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Kamalanathan berkata sehingga kini masih tiada kata putus sama ada para pelajar yang terbabit perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis penutupan rasmi program pendidikan orang asli yang dijalankan oleh Scope International di perkampungan orang asli Bukit Manchung, Bukit Beruntung.

Sebelum itu, satu laporan telah dibuat oleh sekumpulan individu yang mendakwa berlakunya kebocoran kepada soalan peperiksaan SPM kertas Matematik 1,2 serta Matematik Tambahan.

Sementara itu, Lembaga Peperiksaan telah mengesahkan aduan berkaitan dakwaan kebocoran kertas soalan Mathematics dan Additional Mathematics peperiksaan SPM 2013 sedang disiasat.

"Lembaga Peperiksaan sentiasa memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi Arahan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia," menurut satu kenyataan daripada lembaga tersebut. - Astro Awani

INFO : PENGLIBATAN HOLISTIK MAMPU REALISASIKAN TRANSFORMASI PLKN

KUALA LUMPUR:  Penglibatan lebih holistik semua pihak termasuk pengusaha kem, jurulatih serta pegawai kementerian sendiri dilihat mampu mencapai matlamat terhadap usaha mentransformasikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dalam realisasikan matlamat berkenaan, sebarang pengisian yang ingin dibuat perlu diselaras agar ia menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat kesukarelawan, cintakan negara sekali gus mencapai matlamat perpaduan.

"'Ground work' atau kerja-kerja awal dalam memastikan transformasi yang kita nak bawa ini dapat sentuh semua pihak berkepentingan atau 'stakeholders'...Kita dah kenal pasti, pihak berkepentingan ini, termasuk pengusaha kem dan jurulatih yang akan terlibat secara langsung.

"Kalau tidak, tujuan dan matlamat murni ini tidak dapat dikecapi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Dalam memastikan tiga pegangan pokok iaitu perpaduan, kesukarelaan dan semangat patriotisme utuh dalam kalangan jiwa pelatih PLKN, Hishammuddin berkata pendekatan perlu disesuaikan mengikut masa, tempat dan zaman dan ia dapat dilihat dalam transformasi yang akan dilakukan.

"Skuad sukarelawan kita juga dilihat boleh mewujudkan gelombang kebaikan atau gelombang yang membina.

"Kalau tidak kita bimbang dalam landskap global pada hari ini yang banyak menjurus kepada nilai-nilai negatif, kebencian serta suntikan pembohongan dan perpecahan, sekiranya tidak ditangani dengan gerakan positif, saya bimbang generasi yang akan corak kepimpinan negara pada masa akan datang tidak mampu memastikan negara dan bangsanya dapat bertahan," katanya.

Beliau berkata dalam usaha memperkasakan PLKN, transformasi akan dilakukan menerusi beberapa pendekatan termasuk pendekatan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS).

"Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menggunakan pendekatan baharu bagi modul latihan PLKN mulai tahun hadapan dengan menubuhkan 10 pasukan Inspektorat untuk memantau pelaksanaan modul-modul latihan di kesemua 81 kem PLKN seluruh negara," katanya.

Mengulas lanjut mengenai transformasi itu, Hishammuddin berkata Kumpulan satu siri 11/2014 yang bermula 4 Jan depan akan terlibat dalam program Kempen Keselamatan Jalan Raya.

"Program ini merupakan kerjasama melalui NBOS di antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan serta JLKN Kementerian Pertahanan.

Hishammuddin berkata mesyuarat sulung majlis Latihan Khidmat Negara yang akan diadakan pada 10 Dis depan, akan dipengerusikan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Beliau sebelum ini berkata dalam usaha memperkasakan PLKN, Kementerian Pertahanan akan melakukan transformasi program berkenaan menerusi beberapa pendekatan termasuk berteraskan penglibatan secara berterusan dan pemerkasaan. - BERNAMA

APA DAH JADI?? SOALAN BOCOR????

Kalaulah betul berlaku kebocoran... di mana kesedaran dan rasa tanggungjawab mereka yang dipertanggjawabkan menjaga amanah itu!

Sila baca ....

Kertas soalan Matematik, Matematik Tambahan SPM 2013 didakwa bocor
Bernama | Kemas kini: November 23, 2013


Contoh kertas soalan peperiksaan SPM yang didakwa bocor.(gambar di atas)

KUALA LUMPUR:  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.


Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 Nov lepas.

"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 Nov lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

"Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 Nov untuk membuat aduan, bagaimanapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti," katanya.

Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 Nov apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi 'WhatsApp'.

"Maklumat itu mengandungi tiga gambar mengenai soalan beserta jawapan yang berkemungkinan sama dengan kertas 2 Matematik Tambahan tersebut," katanya.

Beliau berkata segala maklumat itu kemudian diserah kepada LPM untuk siasatan lanjut dan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Wang Maju semalam.

Mohd Husaini berkata beliau membuat pendedahan itu atas dasar tanggungjawab kerana tidak ingin melihat kemusnahan masa depan pelajar SPM.

"Saya berharap pihak LPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya benar perkara ini berlaku," katanya. - BERNAMA

PS: kalau nak berjaya.. biar berjaya jalan yang lurus. Jika kejayaan dimulakan penipuan. Segala yang dicapai bukan kejayaan sebenar tetapi kegagalan dalam kehidupan manusia yang berjaya!!!!

TAMPARAN PADA PAS SABAH TATKALA MENGGIGIT JARI TAK DIIKHTIRAF

Nahhhh inilah kali dikatakan sesalpun tiada guna. Berabislah kamu mengagungkan konon akan menerima keadilan dalam perjuangan dalam kumpulan mengaku alim warak itu.

LADY sudah agak lama dah ... ahli PAS Sabah hanya pencukup ruang saja bah untuk PAS menemberangkan dirinya merangkap "mengambungkan" (bangga sombong- dialek brunei) diri. Bahawa perjuangan PAS telah meresap di sabah.

Kini padan muka kamurang. Siapa kamu wooo ahli PAS di mata PAS semenanjung???????? Opppsss lupa.. LADY mengulas kenyataan  perwakilan PAS dari Sabah. Bukan LADY yang create story ni ya. Boleh check bah di link ini : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F11%2F22%2Fmstar_berita%2F20131122164630&sec=mstar_berita

Perwakilan PAS Sabah Kesal Ahli Tidak Diiktiraf
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

 Perwakilan PAS Sabah melahirkan kekecewaan apabila pimpinan dari negeri itu tidak diiktiraf oleh ahli partinya sendiri khususnya berhubung agihan jawatan di peringkat Pusat.

Wakil PAS Cawangan Kalabakan, Mohd Fazli Ahmad berkata, Umno dilihat lebih mengiktiraf ahlinya di seluruh negara khususnya Sabah apabila mempunyai enam orang ahli Majlis Tertinggi dari negeri itu termasuk seorang Naib Presiden.

"Bila pilihan raya selalu cakap Sabah perlu sumbang banyak kerusi, minta kami kerja keras untuk memenangkan negeri ini untuk pastikan kita boleh menang besar.

"Tapi pemimpin kami tidak diiktiraf, tidak diangkat di peringkat Pusat. Wakil kami daripada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat tidak dipilih oleh perwakilan dari semenanjung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbentangan laporan tahunan dan penyata kewangan di Muktamar PAS Pusat ke-59 di Stadium Melawati di sini, Jumaat.

Ketika berbahas mengenai isu sama, Pengerusi Tetap, Datuk Abu Kassim Abdullah mengarahkannya supaya berhenti berucap kerana melebihi tempoh yang dibenarkan.

Bagaimanapun Mohd Fazli tidak menghiraukan arahan Abu Kassim dengan meminta masa tambahan diberikan kepadanya.

"Saya datang dari jauh, harga tiket kapal terbang mahal. Tapi kami datang juga. Dulu kami datang muktamar kena jual kain," katanya. -MStar

Ps: simpati pula LADY dengan nasib ahli PAS Sabah yang melukut di tepi gantang. Ingatkan PAS sahaja melukut di tepi gantang dalam PR. Patutlah PAS tak pernah sedar suasana itu. Sebab... mereka pun mengamalkan prinsip sama dalam pengurusan dalaman PAS.!!!!!

Terima kasihlah perwakikan PAS Sabah yang mengkagumi pengikhtirafan pada UMNO. Bukan nak mengajak... pandai2lah kamurang menilai siapa yang lebih menghargai perjuangan Sabah! Kalau bukan UMNO sendiri! Malangnya.. kamurang juga asyik menafikannya kan!!!!

Semasa berucap.. perihal perjuangan untuk UMNO Sabah. Tidak pernah pengerusi tetap UMNO mengarahkan speaker dari UMNO Sabah berhenti dalam paksa. Tapi PAS Sabah terpaksa gigit jari dianaktirikan.

Apapun.. LADY hanya mampu bersimpati sahaja. Apa boleh buatkan.. pilihan kamurang jugakan.
Ps: lu fikirlah sendiri .. betulker PAS for All???  Betulkah????

LEBIH BAIK DAMBAKAN YANG REALISTIK

Sampai begitu sekaliker dambaan PAS ke atas DAP terutama Lim Guan Eng. LADY bukan menidakkan jasrat itu. Kalau menjadi realiti Alahamdulillah. Kalau tunggu sampai kucing bertanduk tak kesampaianlah dambaan itu!!!!!

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib berharap agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengucap dua kalimah syahadah satu hari nanti.

Afnan melahirkan hasratnya itu bersesuaian dengan konsep Tahaluf Siyasi antara PAS dan DAP yang disifatkan medan terbaik untuk berdakwah.

"Impian saya satu hari nanti Lim Guan Eng akan mengucap dua kalimah syahadah," katanya ketika menggulung pembentangan laporan tahunan dan kewangan di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke 54 di Dewan Sivik MBPJ

Peliknya. Tidak salah mengharapkan seseorang bukan beragama Islam bakal melafazkan kalimah syahadah. Tetapi kena tengoklah siapa orangnya?

Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami.Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw.Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.Menunaikan Hak Syahadah
Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.

Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.

Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya.

a. AL-BAQARAH:208 "Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".b. AL-MARYAM:87 "Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan".c. AL-BAQARAH:132 "Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim".d. AL-BAQARAH:254 "Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim".(lihat pada surah Maryam:87 diatas(b))e. AL-FATH:10 "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar".f. AL-MAIDAH:11 "Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka".

Soalan LADY..  dalam posisi apakah PAS dambakan Lim Guan Eng melafaz 2 kalimah syahadah itu? Menjadi sebahagian muslim? Atau sekadar melafazkannya mengikut makhraz tepat untuk menyedapkan hati PAS mendengar?

bukan LADY mendakkan perjuangan berdakwah Islamiah. teapi LADY sangat meragui perjuangan yang dikatakan demi Islam oleh PAS. kenapa? LADY melihat CAKAP-CAKAP PAS hanya sekadar berkata semata. pelaksanaannya TIDAK SEKALI. setakat memenuhi korum agar sentiasa kelihatan. apa lagi DAKWAH PENGISLAMAN Lim Guan Eng.. lagilah LADY sangat meraguinya. Bukan PAS mentarbiah anak Lim Kit siang .. kemungkinan TERBALIK pula hasilnya! Naazubillah...!!!!

INFO: 2 KOMET HIASI LANGIT HINGGA BULAN DEPAN

KUALA LUMPUR:  Orang ramai boleh melihat dua komet yang dijangka terus menghiasi ruang langit negara ini dari bulan November hingga bulan Disember, kata Agensi Angkasa Negara.

Komet C/2012 S1 (ISON) kini semakin menghampiri Matahari dan waktu yang terbaik untuk melihatnya pada esok sebelum subuh, kata agensi itu dalam kenyataannya di sini.

Komet itu akan berada paling dekat dengan Matahari pada 28 Nov.

Selain komet itu, terdapat sebuah lagi komet, C/2013 R1 (Lovejoy) yang agak terang dan kini boleh dilihat di langit pada waktu pagi.

Komet 'Lovejoy' itu ditemui oleh pencerap Australia, Terry Lovejoy pada 9 Sept dan kini bergerak mendekati Matahari pada 25 Dis.

Ia berada pada ketinggian yang baik untuk dicerap iaitu sekitar 35 hingga 45 darjah dari ufuk timur laut kira-kira sejam sebelum matahari terbit sehingga akhir bulan ini.

Mereka yang berminat, boleh menyertai Program Angkasa 'Talk-Meteor & Comet: Countdown for ISON' pada 23 Nov bermula jam 8.30 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara. - BERNAMA

SABU KATA UMNO MENINDAS PAS??????


Kasihanyaaaaaa.... baru mukadimah dah kena warning?????? Tulah nak sangat berganding dengan DAP. Sanggup mengkafirkan UMNO pula! LADY tak tau mana tindakan UMNO dikatakan menindas PAS ni. Tapi baca dulu artikel di bawah ini.

PAS KENA TUTUP MULUT , MEDIA DIPERSALAHKAN KERAJAAN DAP

PULAU PINANG 20 Nov. - Pas seolah-olah diarah tutup mulut berhubung kemelut yang sedang melanda parti itu dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, dalam perbincangan dengan kepimpinan tertinggi pembangkang Pulau Pinang hari ini, semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut secara dalaman dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar.

Seperti lazim, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyalahkan pihak media yang didakwa memanipulasi serta memutar belit kenyataan yang dibuat Badan Perhubungan Pas negeri semalam.

"Semua setuju berbincang. Perselisihan pendapat itu perkara biasa dan kami memberi ruang untuk menyuarakan pandangan berlainan tapi ada kalanya kenyataan itu menjadi mangsa manipulasi jahat pihak media," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Yang turut hadir ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Dalam sidang akhbar tersebut, pihak media tidak berpeluang mengemukakan soalan apabila Guan Eng terus beredar atas alasan perlu menghadiri mesyuarat.

Semalam Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang secara terbuka mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Ancaman itu dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff selepas beberapa surat yang dihantar kepada kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mendapat jawapan.

Tuntutan-tuntutan itu ialah tiada campur tangan dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), bilangan ahli dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi kuota Pas ditambah, kuasa penuh untuk melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditandingi Pas serta kuota ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.

Sementara itu, Mohd. Salleh seolah-olah cuba menjaga hati sekutunya, iaitu DAP apabila menyangkal dakwaan berlaku campur tangan DAP dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Menurut beliau, pihaknya akan mengkaji secara teknikal dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap pihak media terbabit jika tiada sebarang permohonan maaf diterima.

Sumber: mypenangonline blog

Buka mulut diwarning. Tuntut hak dimarahi. Itu namanya keadilan dalam PR ker? Peliknya kenapa Mat Sabu pula dalam kempennya di muktamar PAS menuduh UMNO menindas PAS.? Adakah keadaan PAS dalam PR umpama melukut di tepi gantang itu tanda DAP mahupun PKR sangat MENCINTAI PAS???????

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli-ahli Dewan Pemuda PAS supaya berhati-hati dengan mainan seteru mereka terutama UMNO.

Mohamad berkata UMNO sentiasa menghulur tangan untuk bekerjasama dengan PAS bila parti itu berada dalam keadaan lemah.

"Jangan mudah tergoda dengan senyuman UMNO kerana senyuman itu senyuman beracun. Kalau UMNO lambai tangan kita pukul tangan dia (UMNO).

"UMNO bila dia lemah di ajak kita bekerjasama tetapi bila mereka kuat mereka tindas PAS sekuat hati tanpa belas kasihan," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-54 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi. - Astro Awani
Apa yang Mat Sabu katakan tu sebagai penzahiran pujaannya ke atas DAP dan PKR. Orang macam inikah wajar diangkat oleh perwakilan muktamar untuk diletakkan semula kenjawatannya. Betulkah dia ini mempunyai KEBOLEHAN mengangkat PAS agar digeruni oleh parti politik lain.?????

Beliau (mat sabu) juga menegaskan PAS kini semakin mendapat perhatian kerana ia merupakan sebuah parti semakin digeruni. - Astro Awani

Digeruni????????????????? 'Digeruni' sangatlah tu. Baru buka mulut tuntut hak dalam PR dah kena balun! Tu digeruni sangatlah agaknya!!!!!!

Mat Sabu menyemai perasaan SYOK SENDIRI untuk memujuk perwakilan memilihnya lah tu. Mana yang jadi perwakilan... jika tidak bijak atau peka.. mudah sangatlah diperdaya dengan kata-kata Mat Sabu ini. Komunis pun diangkat jadi pahlawan oleh mat sabu.. apa pula DAP. Diangkat parti menghormati sangatlah Islam tu walaupun Karpal singh kata " langkah dulu mayat..." hahahhahhahaha

Pakcik oiiii.. bangunlah sedar sikit. Hang nak menipu tu ada dalam senarai perkara dibenarkan dalam hukum hudud PAS ker? Sebab dalam hukum Islam. Perbuatan dilarang antaranya MENIPU!

"MERUNDUMNYA PAS BUKAN KERANA DASARNYA TETAPI KERANA KEPIMPINANNYA. "

Kasihan... kasihannnn....

MENTERI KESIHATAN CEDERA DALAM KEMALANGAN DENGAN LORI

MELAKA:  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, malam ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu.

"Kecederaan datuk seri (Dr Subramaniam) tidak serius manakala pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam 'operating theater' (dewan bedah) Hospital Besar Melaka.

"Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Beliau berkata Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospi
tal itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera.

Chuah berkata lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori terbabit.

Sementara itu, Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata Dr Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov di sini.

Ambulans yang membawa Dr Subramaniam tiba Hospital Besar Melaka pada pukul 11.10 malam dan beliau berbaring dalam keadaan sedar dengan 'neck braces' dipasang di leher bagi menyokong lehernya yang cedera.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melawat menteri berkenaan di Hospital Besar Melaka. - BERNAMA

TOKOH ULAMA : FATHUL BARI WAJAR DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Keterampilan seorang tokoh berlatarbelakangkan agama menjadi pertaruhan sengit di kalangan dua parti yang mewakili masyarakat Islam dan Melayu.

PAS amat sinonim dengan ketokohan yang juga digelar pemimpin Ulama. Sejauh mana UMNO mampu bersaing dalam menampilkan tokoh sebegini?

Dalam hal ini, sudah tiba masanya UMNO memandang serius dalam mengiktiraf Dr. Fathul Bari Mat Jahya sebagai generasi awal ke arah kepimpinan tokoh dari kalangan pendakwah.

Malah pimpinan UMNO harus mengambil pendekatan serius dalam mengangkatnya membarisi kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pemimpin Ulama Muda UMNO ini sangat kritis dalam mengulas isu Ulama dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO.

Prinsip beliau yang mahu menegakkan kebenaran dan hendaklah bertindak di atas prinsip agama menarik minat pelbagai lapisan masyarakat di Negara ini.

Selain itu, beliau merupakan pemimpin pertama mewakili UMNO yang bakal ke depan dalam menjawab kritikan pembangkang terutamanya PAS denga fakta dan hujah yang bernas dan profesional.
 


Dr. Fathul Bari juga amat tegas dalam menegakkan kalimah Allah dengan pendirian yang amat jelas serta tidak mengelirukan.

Beliau pernah membidas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana menghasut bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.

Beliau juga menyatakan bahawa Lim Guan Eng tidak perlu mengambil isu ini sebagai senjata politik kerana ia akan mengganggu keseluruhan majoriti Islam di negara ini.

Dr. Fathul Bari wajar dilantik membarisi kepimpinan tertinggi UMNO. Ianya merupakan satu anjakan paradigma baharu dalam melahirkan lebih ramai tokoh Islam bagi menyaingi pihak parti lawan di masa akan datang.

Untuk rekod, Dr. Fathul Bari Mat Jahya ialah seorang pendakwah Islam yang aktif mengajar di majlis-majlis pengajian ilmu di dalam dan luar negara.

Beliau merupakan tokoh pertama yang memimpin Ulama Muda UMNO (ILMU).

Sumber: rakyat news

DILEMA AHLI PAS MENDAHULUI PARTI ATAU MENJAGA KEPENTINGAN PR?????


Baca sini dan fikirkan

Petang Jumaat, 22 November 2013 yakni dua hari dari sekarang PAS akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan yang dijangkakan paling sengit dalam sejarah parti itu berikutan pertembungan terbuka di antara puak yang dilabel sebagai ulama PAS dengan sekumpulan pemimpin berideologi Anwarinas yang berfahaman liberal.

Menariknya dalam pertembungan kali ini kedua-dua puak lebih tersusun gerakan mereka berbanding dua pemilihan sebelumnya terutama sekali dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS yang kini disandang oleh Mohamad Sabu dari kumpulan Anwarinas.

Jika congak kira di atas kertas dijadikan sandaran gayanya seperti wakil kumpulan ulama PAS iaitu Nik Amar Nik Abdullah mempunyai peluang untuk merampas jawatan tersebut memandang imej agama yang dimilikinya sesuai dengan tuntutan resolusi yang diputuskan semasa Multaqa Ulamak Se-Malaysia September lepas.

Mereka sedar semenjak kumpulan Anwarinas hampir menguasai PAS pada pemilihan 2011 setelah merampas jawatan Timbalan Presiden di masa yang sama turut merangkul ketiga-tiga posisi Naib Presiden serta menguasai hampir sebahagian besar AJK PAS Pusat, hala tuju parti itu semakin tersasar dari landasan.
Dalam tempoh lebih dua tahun itu jugalah sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS dari kumpulan ulama iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali terpaksa dikorbankan gara-gara kekuatan pengaruh kumpulan Anwarinas dalam PAS yang terlalu mendahulukan aspirasi PR berbanding kepentingan PAS.

Disebabkan itu jugalah bagi kumpulan ulama PAS pemilihan ini medan penting untuk melunaskan dendam disamping membuktikan kelangsungan pengaruh mereka setelah diasak bertubi-tubi oleh puak Anwarinas.

Tapi jika faktor gerak kerja kempen diambil kira ternampak seperti Mat Sabu masih berpeluang untuk mengekalkan jawatan selain wujudnya asakan kuat dari rakan sepakatan PAS dalam PR yang lebih yakin kemenangan Mat Sabu amat penting untuk merapatkan lagi hubungan politik sesama pemimpin pembangkang.

Mat Sabu seperti diketahui umum cukup aktif meliberalkan PAS dalam usahanya meraih sokongan pengundi bukan Islam dan hasil usahanya itu sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan PR yang hasilnya kini turut dinikmati ramai pemimpin PAS pro Anwarinas yang menjadi tok wakil di kawasan Parlimen dan DUN yang mempunyai pengundi bercampur.

Memilih Mat Sabu untuk kekal dengan jawatannya sekarang bermaksud kemenangan untuk PR dan ia tentu mengembirakan pimpinan DAP dan PKR. Kemenangan Mat Sabu mungkin juga diraikan segelintir pemimpin PAS yang menyanjung Ayatollah Khomeini yang kebetulan saat ini sedang tersepit disebabkan ancaman golongan ulama PAS.

Sebaliknya andai Nik Amar yang terpilih ia satu peluang untuk golongan ulama PAS bangkit memperbetulkan landasan perjuangan parti selanjutnya meraih semula sokongan orang Melayu Islam.

Yang pastinya, kedua-dua puak tahu pemilihan 2013 ini adalah soal hidup mati kerjaya politik masing-masing dalam parti, yang menang tidak akan tunggu lama untuk menyejukbekukan pengaruh lawannya yang kalah sama seperti yang berlaku selepas pemilihan PAS 2011.

Ini dilema besar untuk ahli PAS terutama sekali bagi perwakilan parti itu dalam tempoh 48 jam terakhir menjelang Muktamar PAS Ke-59 kerana dalam tempoh ini mereka perlu memutuskan antara mendahulukan aspirasi parti atau mengutamakan kepentingan PR yang mana satu prioriti mereka.

Sumber: mykmu

INFO : TIADA PENJAWAT AWAM DIBUANG KERJA KERANA BERPOLITIK : SHAHIDAN

KUALA LUMPUR:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata setakat ini tiada penjawat awam yang dibuang kerja kerana terlibat dengan kegiatan politik.

Bagaimanapun, katanya, statistik dari tahun 2010 hingga 2013 menunjukkan sembilan orang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati aktif dalam politik tanpa kebenaran.

"Berdasarkan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993, penjawat awam perlu memohon kebenaran ketua jabatan mereka untuk terlibat dalam kegiatan politik," katanya ketika menjawab soalan Idris Ahmad (PKR-Bukit Gantang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Idris ingin tahu bilangan penjawat awam yang dibuang kerja dan diambil tindakan tatatertib kerana terlibat dalam kegiatan politik. -BERNAMA

ROKOK: KEBIASAAN MENGATASI DISIPLIN????



Ini lagi 1 topik menarik berkaitan kesihatan. MEROKOK. New York sudah mewujudkan larangan merokok untuk individu bawah umur 21 tahun. Terkejut bukan? LADY tak terkejut. Cuma kita kena fikirkan kenapa larangan itu diwujudkan. Antara alasannya adalah FAKTOR KESIHATAN.
Baca sini dulu....

Kota New York larang jualan rokok bawah umur 21 tahun
Agensi | Kemas kini: November 20, 2013


NEW YORK:  Datuk Bandar New York City, Michael Bloomberg menandatangani undang-undang melarang jualan rokok kepada mereka yang berumur di bawah 21 tahun pada Selasa dalam langkah bandar raya itu memerangi tabiat merokok.

Undang-undang yang meliputi tembakau gulung dan rokok elektronik akan berkuatkuasa dalam masa enam bulan, kata jurucakap Bloomberg.

Mulai Mei 2014, sesiapa yang mahu membeli rokok di bandar raya itu dikehendaki menunjukkan tanda pengenalan diri membuktikan mereka berumur lebih 21 tahun.

New York City adalah kota besar pertama di Amerika Syarikat yang menaikkan had umur jual beli rokok kepada 21 tahun.

Menurut Bloomberg, undang-undang itu yang diluluskan oleh ahli majlis bandar raya tersebut pada 30 Oktober lepas "akan menyekat remaja daripada berjinak-jinak dengan tembakau yang akan menyebabkan mereka ketagih."

Undang-undang baru itu mengukuhkan peraturan ketat sedia ada berhubung merokok yang kini dilarang di bar, restoran, taman, tempat awam dan pantai.

Had umur untuk membeli rokok di seluruh New York bagaimanapun kekal 18 tahun.

Cukai rokok di New York City juga merupakan yang tertinggi di Amerika Syarikat iaitu sebanyak AS$5.85 (RM18.60) yang menjadikan harga sekotak rokok lebih kurang AS$12 (RM38).

Bloomberg juga menandatangani satu undang-undang lain pada Selasa yaang menghadkan diskaun ke atas rokok menjadi harga minimumnya AS$10.50 (RM33).

Langkah tegas New York City ini menyaksikan penurunan jumlah perokok dewasa daripada 21.5 peratus pada 2002 kepada 14.8 peratus pada 2011. Bagaimanapun kadar perokok remaja kekal lebih kurang 8.5 peratus sejak 2007 dan keadaan itu mendesak kepada pengenalan undang-undang baru tersebut.

Pihak berkuasa berharap peraturan tersebut akan mengurangkan sehingga kepada 55 peratus perokok yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Kebanyakan bandar dan wilayah di Amerika Syarikat menetapkan had umur pembeli rokok pada 18 tahun walaupun sesetengah negeri telah menaikkannya kepada 19 tahun.

Sebuah bandar kecil di pinggir Boston sebelum menaikkan had umur itu kepada 21 tahun pada 2005. - Agensi

Ps: pengehadan umur. Elok. LADY tengok sekarang ni,  dewasa dan remaja sahaja sudah menunjukkan keberanian merokok kawasan larangan merokok. Agaknya sikap pentingkan diri terlalu tinggi sehingga mereka mengabaikan disiplin dan menghormati hak orang yang tidak merokok.

Mari kita mengenali bahayanya merokok. ( LADY faham ramai yang sudah tahu tapi lebih ramai buat tak tahu!!!)

Bahaya kandungan rokok

Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesihatan kita rokok dapat menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru, Penyakit saluran pernafasan kronik Strok, pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat Keguguran bayi, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi, Kerosakan mata Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa pula perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok. struktur kandungan bahaya rokok Di bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif. Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit kepala zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih banyak nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak tar 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin dalam kandungannya Keguguran janin/bayi Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi Kematian janin dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta) Berat badan berkurang – 20 hingga 30% Bahaya asap rokok terhadap bayi Masalah dan penyakit pernafasan Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan Jangkitan telinga Leukeamia Kanser otak 22% Cepat lelah Sindrom kematian secara mendadak

Kesan merokokDari segi kesihatan

Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru).

Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan.

Dari segi alam sekitar

Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran.Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbonmonoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafasdan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.

Dari segi sosial

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.

Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu daningin mencuba yang tinggi.Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yangdilakukan oleh ibubapa mereka.

Dari segi ekonomi

Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta.Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara. - wikipedia

Menurut Doolphinlover dalam blognya: http://doolphinlover.wordpress.com
Kesan Daripada Kegiatan Merokok


Pelbagai pendapat membuktikan bahawa rokok itu membahayakan kesihatan manusia. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, racun paling penting atau yang paling merbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Nikotin pula seperti dadah heroin, amfetamin dan kokain yang bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding dadah. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang ketagihan dengan merokok meninggalkan tabiat itu untuk selamanya kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Selain memberi sifat ketagihan bahan nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung, strok, urat saraf, mengecutkan saluran darah yang menyebabkan tekanan tinggi darah, simptom kebas kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati dan kekejangan otot.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ia menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ia akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan. Oleh itu, karbon monoksida boleh mengakibatkan sakit jantung, barah paru-paru, sakit tenggorok dan kembang paru-paru.

Racun rokok akan disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan yang ditelan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu. Merokok juga membolehkan seseorang lelaki itu mati pucuk.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya juga membahayakan kerana ia akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan dan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Kesan asap rokok terhadap ibu mengandung pula ialah seperti melahirkan bayi yang kurang berat badan, melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, ibu itu lebih terdedah kepada kanser, mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Manakala kesannya terhadap anak yang masih kecil ialah anak itu lebih mudah mendapat lelah, mendapat jangkitan paru-paru, pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu dan mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.

Harga rokok sekarang semakin mahal dan seseorang itu sanggup mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk membeli rokok yang tidak mendatangkan nilai. Ini bermakna seseorang itu akan membazirkan wangnya seperti pelajar membelanjakan wang perbelanjaan sekolah yang diberikan oleh ibu bapanya untuk membeli rokok, sedangkan wang itu untuk perbelanjaannya membeli makanan di sekolah.

Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita. Perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, barah rahim, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok. Bagi wanita yang merokok pula rook itu akan merosakkan kulit mereka yang halus bukan seperti yang mereka harapkan iaitu mengurangkan berat badan mereka.

Bagi ibu mengandung yang merokok akan menyebabkan berat bayi kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu itu mula merokok semasa bayi dalam kandungan. Selain itu, juga boleh menyebabkan mereka keguguran.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dan jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang. Berbanding dengan mereka yang tidak merokok akan lebih panjang umur mereka.

Oleh itu, dari bahaya rokok atau bahan-bahan dalam rokok itu dapat meninggalkan kesan yang buruk kepada pengamal tabiat merokok itu seperti yang dinyatakan di atas pelbagai jenis penyakit yang boleh dihidapi oleh perokok. Antara jenis penyakit itu ialah janutng, barah paru-paru, barah rahim, mati pucuk dan sebagainya. selain itu, rokok itu juga membahayakan kepada ibu mengandung kerana bayi yang dilahirkan akan mendapat lelah, berat badannya lebih rendah dari bayi yang normal dan berkemungkinan mendapat penyakit, mati pada tahun pertama kehidupannya dan sebagainya.

... bahayakan... cuma LADY tertanya-tanya. Undang-undang larangan sudah cantik sangat. Tetapi penguatkuasaan sangat lemah. Semalam semasa LADY melintasi suatu jalan di bandar... penjual rokok haram dengan bebasnya menayangkan jualan mereka di setiap kenderaan yang melintas. Mana penguatkuasa? Kalau di kedai berdaftar ada ditampal larangan dan mengehadan pembeli rokok.. penjual kaki lima bagaimana pula?

soalan LADY.. merokok secara terbuka ini kebiasaan atau masalah disiplin????