Followers

PRK SG LIMAU: BAGAIMANA PR NAK MEMBENTUK KERAJAAN BERSATU DALAM HAL KESEPAKATANPUN TAK BERSAMA


Pelik tetapi ianya adalah hal sebenar. Bukan julung kali berlaku. Ia sudah berlaku berulang kali apabila antara PAS mahupun PKR apa lagi DAP selalu melakukan kenyataan tidak bersama dalam apa-apa kenyataan.

Sebenarnya.. pu3 tak terkejut dengan kenyataan Mahfuz mewakili PAS dalam penerimaan GST. Dan bercanggah dengan penerimaan oleh PKR.

Bagaimana 1 kumpulan konon bersatu tetapi banyak hal serung kali bercanggah kenyataan!

Baca ini....

PAS tetap tolak GST, pendirian berbeza dengan PKR
Astro Awani | Kemas kini: Oktober 31, 2013


YAN:  PAS tetap menolak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) biarpun sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan mereka tidak pernah menolak perlaksanaan GST.

Pendirian PAS itu dinyatakan oleh naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar pada sebuah sidang media di markas induk PRK Sungai Limau di sini, hari ini.

Mahfuz berkata, PAS kekal dengan pendirian yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat sebelum ini yang menolak GST yang diperkenalkan kerajaan.

"Saya tak ada waktu mereka cakap begitu. Tapi pendirian dalam Pakatan Rakyat kita membantah.

"Kita bantah kerana kerajaan tak buat sesuatu yang lain terlebih dahulu untuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan," katanya.

Pu3 tak taulah apa maksud ketirisan atau kebocoran yang dikatakan tersebut. Agaknya itulah alasan Mahfuz dalam memberi pandangan sekadar menolak GST. Pu3 boleh bayangkan.. Mahfuz tidak sedikitpun melakukan kajian dalam fakta GST. Kerana hakikatnya Mahfuz enggan menerima apa-apa perubahan berlaku!


Kali ini.. bokehlah pu3 mengatakan bahawa Azmin Ali telah melakukan kajian. Kenyataan Mahfuz itu jelas berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh timbalan presiden PKR, Azmin Ali ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat Rabu lalu.

Perkembangan ini juga membayangkan PAS dan PKR berbeza pendapat dalam isu GST dan menunjukkan Pakatan Rakyat tidak mencapai kata sepakat dalam perkara tersebut.

Dalam ucapan perbahasannya, Azmin menegaskan Pakatan Rakyat tidak pernah menolak perlaksanaan GST malah menganggap ia merupakan satu sistem percukaian yang telus, efisien dan mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Namun Azmin dalam ucapannya mempersoalkan, apakah kerajaan sudah cukup bersedia untuk melaksanakan GST pada April 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan GST dengan kadar enam peratus pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan

Pu3 yakin. pihak kerajaan BN mampu memberi jawapan tepat kepada persoalan yang dikemukakan oleh Azmin Ali yang sebenarnya memberi SIGNAL bahawa beliau mahupun PKR menerima GST. (Malu-malu kucing. Segan nak mengaku secara terang bahawa mereka menyokong GST!)

Berbalik pada tujuan pu3 menulis dan mengulas berkenaan keputusan dalam PR itu sendiri sering kali tidak seiringan. Bayangkan... dalam satu kapal. PKR mahupun PAS atau DAP sering kali tidak bersependapat dalam mana-mana keputusan mahupun pengumuman.

Pu3 melihat percanggahan dan ketidaksamaan dalam memutuskan kenyataan sebagai ciri-ciri bahawa parti dalam PR belum layak mentadbir negara. Masalah sebegini tidak boleh dibiarkan memberi risiko kepada rakyat menghadapi masalah dalam memutuskan apa jua pembangunan negara ssekiranya kelak PR menjadi pemerintah

Sebenarnya tidak perlu membayangkan 1 negara. Cukuplah kita membuat penillaian kepada negeri yang ditadbir oleh PR. Contoh terdekat adalah Selangor. Pu3 tengok dah macam rojak. Tak menentu keputusan diambil. Adakah rakyat negara nak merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat negeri Selangor. Naazubillah! Simpang 44 malaikat!

Pesanan pu3 kepada pengundi DUN Sungai Limau. Pengalaman ditadbir oleh PAS selama ini sudah cukup untuk bertindak lebih bijak dengan menerima 'berani Hijrah' dengan memilih BN sebagai 1 amanah mentadbir kawasan.

#Berani Hijrah
#Undilah BN

"APEK" JANGKA PIALA MALAYSIA DITENTUKAN MENERUSI PENALTI

KOTA BHARU:  Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menjangka perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukannya dan Pahang akan berakhir dengan sepakan penalti.

Bagaimanapun kata Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek, beliau bersedia menghadapi kemungkinan itu dengan memantapkan persediaan mental dan fizikal.

"Kita kena bersedia untuk bertarung lebih daripada 90 minit. Saya juga akan memantapkan lagi kemahiran jika perlawanan diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Penjaga gol kebangsaan itu berpandangan amat kritikal bagi barisan tengah dan pertahanan Kelantan mengunci pergerakan tiga penyerang Pahang iaitu Mathias Conti, Azamuddin Akil dan R. Gopinathan.

Selain itu beberapa pemain tengah Tok Gajah juga harus diawasi kerana mereka yang mengatur gerak dengan hantaran berbahaya kepada penyerang, katanya.

"Justeru, latihan beberapa hari menjelang perlawanan akhir ini akan kami gunakan dengan sebaik mungkin dan strategi yang telah diatur oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak perlu dipatuhi sebaik mungkin," katanya.

Mengulas ketiadaan tonggak utama barisan pertahanan Obinna Nwaneri yang mengumpul dua kad kuning dalam perlawanan sebelum ini, Khairul Fahmi berkata ketiadaan Obinna akan membuatkan pasukan itu lebih bekerja keras.

"Namun saya yakin dengan pengalaman kami beraksi di pentas perlawanan akhir sebelum ini sedikit-sebanyak akan membantu kami mengawal keadaan pada malam itu nanti dan khidmat penyokong juga ditagih untuk memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi," katanya. - BERNAMA

JAWATAN MENTERI PENGANGKUTAN DIPUTUSKAN SELEPAS AGM MCA : NAJIB

LONDON:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan membuat keputusan mengenai jawatan menteri pengangkutan yang belum diisi selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) MCA Disember ini.

"Apapun kita tunggu AGM mereka dahulu. Apakah keputusan muktamad yang akan dibuat pada mesyuarat agung tahunan MCA yang akan berlangsung pada bulan Disember. Setelah itu saya akan buat keputusan," kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini.

Perdana menteri berada di sini sempena lawatan kerja lima hari bermula 27 Okt untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia Kesembilan yang akan berakhir hari ini.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, diminta mengulas keputusan MCA baru-baru ini yang kekal tidak mahu menerima apa-apa jawatan kabinet berikutan kekalahan teruk parti dalam pilihan raya umum ke-13 lepas.

Pada 20 Okt lalu, Mesyuarat Khas MCA telah memutuskan ketetapan itu kekal.

Bagaimanapun parti komponen itu meluluskan usul supaya parti menerima jawatan Senator dan sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri, termasuk Exco.

Buat masa ini jawatan menteri pengangkutan dipangku oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - BERNAMA

PRK SG LIMAU: LAYAKKAH ANWAR BERI TAZKIRAH?????



Belum sudah cerita arbaiyah berceramah alkisah dirinya yang lampau. Hari ini pu3 terbaca pula pengumuman Anwar Ibrahim yang bakal hadir ke kawasan Sungai Limau dengan program ceramah atau tazkirahnya. Alahai.....

LAYAKKAH ANWAR IBRAHIM MEMBERI TAZKIRAH?

KENAPA BERKEHENDAK BERI TAZKIRAH? KENAPA TAK MEMBERI CERAMAH POLITIK SAHAJA?


ADAKAH KERANA KAWASAN DUN SUNGAI LIMAU INI ADALAH KAWASAN DIANGGAP KAWASAN PENUH KEAGAMAAN SEHINGGA MEMBENTUK STRATEGIK ANWAR UNTUK BERLAKON SEBAGAI SEORANG PENDAKWAH PULA?

Pu3 pernah terbaca 1 penulisan yang mempunyai perkaitan ini. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran atau clue sama ada layakkah Anwar Ibrahim memberi tazkirah...

cerita `Irbath  yang mana katanya,...Hadith ini mengajar kita bahwa inilah bentuk ceramah/kuliyyah/tazkirah yang mesti disampaikan oleh pendakwah-pendakwah. Dia mesti sampai ke tahap paling tidak mad`u nya (orang yang dia seru) mesti dapat merasa gerun dan takutnya kepada ALLAH.


Persoalan pu3... layakkan Anwar memberi tazkirah maghrib. Adakah dia layak digelar pendakwah?????

Pesanan Irbath lagi.... "Jangan dibiarkan majlis tazkirah hanya dihiasi dengan gelak ketawa semata-mata. Dengan lawak jenaka yang tak habis-habis seolah-olah samalah dengan Senario, Pi mai pi mai tang tu dan sebagainya. Yang ini kena berhati-hati dan kita tegur secara ikhlas. Kalau nak lawak satu dua benda untuk cuit hati supaya tak boring, yang tu tak jadi masalah. Tetapi jangan start bagi salam dok buat lawak dah, sampai ke salam yang penghabisan pun masih dok buat lawak juga, yang ni jangan dok amalkan. Sebab keadaan sebegini tidak akan membentuk jiwa manusia".

Pu3 meragui nawaitu Anwar nak melakukan tazkirah. Kerana tindak tanduknya tidak mencerminkan kehendak jiwanya memperjuangkan Islam itu sendiri.

Pu3 teringat perlakuan Anwar yang menyokong kepada kebebasan agama serta disokong pula oleh anaknya nurul Izzah yang menyatakannya sendiri dalam majlis rasmi yang dihadirinya. Wajarkah tindakan Anwar itu membenarkan Anwar melakukan tazkirah dalam majlis keagamaan sedangkan perlakuannya sudah menimbulkan keraguan?

Salam nasihat Irbath lagi....
"Jadi, kita mesti memberi tazkirah dalam keadaan memberi "mau`izah bali qotan", yakni satu bentuk mau`izah yang menyampaikan kepada hati sehingga membolehkan ia merasa gerun dan takut. Lalu bila habis dalam majlis ilmu, maka manusia akan tahu apa yang nak dibuatnya. Inilah message yang disebut oleh al-ustaz Fathi Yakan di dalam kitabnya "Bagaimana kita menyeru kepada ugama Islam". Bila habis saja kuliyyah/ceramah, maka kesan dari kuliyyah/ceramah itu sampai membolehkan orang yang diseru itu tahu apa yang perlu untuk bertindak. Kalau perlu lepas dia dengar ceramah tu, hati dia terbuka nak "isi borang", kita takdak masalah boleh tolong carikan "borang" untuk dia. Kalau perlu lepas dengar kuliyyah tu, dia nak ubah perangai jadi pejuang agama ALLAH, Alhamdulillah, boleh pahala juga kat kita."


Seingat pu3lah sebelum ini telah tersebar cerita pelarangan individu tertentu untuk melakukan tazkirah/kuliyyah mahupun menjadi penceramah dalam masjid. Mereka yang dibenarkan melakukan aktiviti ini yang diberikan surat tauliah.

imam al-Khatib al-Baghdadiyy dalam kitabnya "Kitab al-Faqih Wa al-Mutafaqqih":

ينبغي لإمام المسلمين، أن يتصفّح أحوال المفتين، فمن كان يصلح للفتوى، أقرّه عليها. ومن لم يكن من أهلها منعه منها، وتقدّم إليه بأن لا يتعرّض لها، وأوعده بالعقوبة إن لم ينته عنها، وقد كان الخلفاء من بني أمية ينصبون للفتوى بمكّة في أيّام الموسم قومًا يُعَيِّنُوْنَهُم، ويأمرون بأن لا يُستفتى غيرهم

Yang bermaksud, "Pemerintah umat Islam sepatutnya memeriksa hal ehwal orang yang berfatwa (mufti). Sesiapa yang sesuai berfatwa, maka dia boleh mengiktirafnya. Sesiapa yang bukan ahlinya (tidak layak berfatwa), maka dia boleh menghalang orang itu. Dia (pemerintah) perlu menasihati orang itu supaya tidak berfatwa dan boleh menakutkannya dengan hukuman jika dia masih berdegil. Para khalifah Bani Umayyah pernah melantik segolongan orang sahaja di Mekah pada musim haji (untuk berfatwa) dan mereka memerintahkan supaya tidak ada orang lain selain mereka yang terlantik untuk berfatwa".
Daripada kata-kata al-Khatib al-Baghdadiyy ini, dapat difahami bahawa kerajaan boleh mengenakan syarat-syarat tertentu kepada orang yang ingin berfatwa. Dalam bahasa moden di Malaysia ia dipanggil tauliah. Walaupun kalam di atas berkaitan fatwa tetapi ia boleh diaplikasi terhadap tazkirah, ceramah, khutbah dan lain-lain.

Ini kerana fatwa ialah menyampaikan atau memberitahu hukum hakam islam kepada mereka yang bertanya. Begitulah tazkirah, ceramah, khutbah juga mengajar atau memberitahu hal ehwal agama kepada umat Islam.
Dalam persoalan kelayakan ini. Pu3 bersetuju dengan penulisan seorang blogger : http://www.usulifaqih.com

Antara kepentingan tauliah ialah mengawal orang yang ingin menyampaikan Islam kepada masyarakat. Ia perlu supaya hanya mereka yang benar-benar layak yang mempunyai ilmu sahaja yang melakukannya. Masyarakat kita mudah menerima mereka yang pandai berceramah walaupun latar belakang penceramah itu bukan daripada bidang agama. Bukankah sekarang ini ramai artis-artis yang "bertaubat" lalu dipanggil dengan gelaran "ustaz" dan dijemput berceramah di sana sini?

Bukan menidakkan keupayaan golongan ini menjadi pendakwah setelah bergelumang dengan dunia hiburan, tetapi jika tidak layak bergelar penceramah maka kerajaan boleh menghalangnya daripada menyampaikan kuliah atau ceramah kepada masyarakat. Tindakan ini adalah siyasah syariyyah kerajaan untuk memastikan masyarakat menerima maklumat daripada mereka yang layak sahaja.

Untuk memastikan seseorang itu layak atau tidak berceramah, kaedah yang diguna pakai oleh kerajaan Malaysia ialah "tauliah". Contohnya di Selangor, seseorang pemohon tauliah akan dipanggil temuduga dan akan melalui ujian bertulis dan lisan.

Dalam ujian bertulis, beberapa soalan yang berkaitan fiqh, akidah dan lain-lain akan ditanya. Begitu juga temuduga lisan di hadapan panel penemuduga, bebeapa soalan termasuk isu-isu semasa akan ditanya. Setelah panel berpuas hati, maka pemohon akan dianugerahkan tauliah untuk tempoh tertentu dan perlu diperbaharui daripada masa ke semasa. 

Tindakan kerajaan dalam mengenakan tauliah kepada penceramah-penceramah di Malaysia ialah menstrukturkan kata-kata imam ak-Khatib al-Baghdadiyy di atas. Maksudnya, dalam isu pentadbiran kerajaan berhak mengenakan syarat tauliah atas dasar siyasah syariyyah seperti mana para khalifah seperti Umar, Usman, Ali dan lain-lain membuat peraturan-pertauran tertentu dalam pentadbiran mereka.

Jika diteliti kata-kata imam ak-Khatib al-Baghdadiyy, orang yang sememangnya layak untuk berfatwa, menyampaikan tazkirah dan ceramah, kenapa dia mesti dilarang daripada berbuat demikian?

Sekali lagi persoalan timbul dalam benak pu3.... sejauh mana nawaitu Anwar dalam menyebarkan agama Islam di kalangan Pengundi DUN Sg Limau? Kenapa acap kali berlaku satu-satu suasana.Anwar umpama sesumpah yang bertukar warna kulit mengikut kesesuaian suasana yang dijejakinya. Seketika jadi liberal.. sekatika jadi sosialis tak kurang juga bertopeng konon warak lagi alim ( alim kucing je depan tuan baekkk sangat!!!)

Bagi pu3. Seorang yang berani memberi tazkirah. Dalam majlis keagamaan adalah individu yang ikhlas dan tulus dalam memperjuangkan Islam. Seiring dengan maksud al-quran :

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."- Al-Baqarah: 143

Bukan individu yang hanya menarik perhatian individu lain dengan kepetahan berbicara serta lakonan semata. Secara pribadi.. pu3 tidak melihat Anwar adalah individu yang layak memberi tazkirah. Pokok utamanya kerana pu3 meragui perjuangannya dalam jihad Islam itu sendiri!

Pu3 mengharapkan pengundi DUN Sungai Limau menjadi lebih bijak menilai dan bijak memangkah kelak kerana undi anda penentu kepada perubahan kawasan.

Dalam KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.. pun ada menyatakan:

"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU- Renung-renungkan....

#Berani Hijrah
#Undilah BN

PEMBANGUNAN APKIKASI ISLAM ANTARA 7 MOU DIMETERAI DI WIEF


LONDON:  Sebanyak tujuh memorandum persefahaman dan perjanjian dianggarkan bernilai RM2.26 bilion dimeterai di hari kedua Forum Ekonomi Islam Dunia ke-9 (WIEF),  London.


MoU terdiri daripada usaha sama, perjanjian pembelian pemajakan serta pembuatan dengan syarikat antarabangsa.


Pemeteraian MoU disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Antaranya BAE Systems akan bekerjasama dengan NanoMalaysia  dan ISIS Innovation Ltd untuk meninjau kemungkinan menubuhkan pusat prototaip teknologi dan pembangunan di Malaysia.


Perjanjian bernilai RM65 juta itu, akan menyaksikan pihak terbabit bekerjasama mewujudkan rangka kerja untuk pusat berkenaan.


Sementara Clixster Mobile, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia dan Hi-P International akan bekerjasama membangun, mengeluar dan memasarkan telefon pintar android dengan kandungan dan aplikasi Islam bagi memenuhi keperluan negara dan komuniti islam. - Astro Awani

PRK SG LIMAU: PRK KALI INI MEDAN TERBAIK UKUR SOKONGAN PENGUNDI CINA - MUHYIDDIN

YAN:  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri DUN Sungai Limau merupakan medan terbaik mengukur tahap sokongan masyarakat cina terhadap Barisan Nasional (BN).


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRK nanti boleh menjadi petunjuk mengenai kesediaan mereka menyatakan sokongan terhadap kerajaan.


Jelasnya berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Pegundi cina mula menunjukkan keterbukaan mereka untuk kembali menyokong BN.


"Masyarakat Cina pragmatik dan mereka bagaimana yang lain perlukan bantuan kerajaan seperti Sungai Limau ni banyak lagi bantuan kena sediakan. Saya sebutkan tadi komitmen kerajaan BN untuk adil memang kita tunjuk," katanya.


DUN Sungai Limau mempunyai seramai 1,850 pegundi Cina atau 6.7 peratus daripada 27,222 pegundi keseluruhannya.


Sementara itu dalam isu berasingan, Muhyiddin menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan Bajet 2014 tidak memberi penekanan kepada Masyarakat Cina.


"Tak betul bajet 2014 untuk semua kaum. Semua dapat faedah terbukti kita tak sisih mana--mana kumpulan msyarakat. Siapa yg perlu bantu kita akan bantu," katanya lagi.


Sebelum ini Pihak Pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu sebagai satu diskriminasi terhadap Masyarakat Cina.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu sokongan Masyarakat Cina terhadap BN menurun dan perdana menteri menganggapnya sebagai tsunami Masyarakat Cina.- Astro Awani

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT IBARAT 'SAMPAH' : ZAHID HAMIDI


KUALA LUMPUR:  Manifesto Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai 'sampah' dan 'tidak berpijak di bumi yang nyata' oleh  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Zahid juga menegaskan hanya 15 peratus janji manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) ditunaikan sepanjang penggal lepas.


"Ia tidak dapat dilaksanakan. Hanya kira-kira 15 peratus yang telah dilontarkan pada pilihan raya umum 2008 sehingga pilihan raya 2013.


"Ertinya, dengan izin, manifesto rubbish. Jadi dalam perkara ini, janganlah buat janji baru.


"Apa yang penting buat manifesto berdasarkan realiti. Dan apa yang dilakukan oleh kerajaan dapat memuaskan hati semua pihak termasuk pihak kerajaan dan pembangkang, yang penting rakyat," kata Ahmad Zahid semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.


Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) berhubung manifesto Pakatan yang mahu mengurangkan satu juta pekerja asing di pelbagai sektor dan mewujudkan satu juta pekerjaan kepada rakyat Malaysia.


Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata lebih 85 peratus janji dalam manifesto pilihan raya PR tidak pernah dilaksanakan hingga kini.


"85 peratus manifesto mereka tidak dapat dilaksanakan. Sebab itu saya kata mereka berjanji tidak berpijak di bumi yang nyata," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan kad pengenalan biometrik dengan menandakan mengikut lima sektor pekerjaan yang dipersetujui oleh kerajaan.


"Kerajaan juga mengenakan levi berdasarkan sektor dan jika pekerja asing ini bertukar sektor pekerjaan, dendanya AS$10,000. Justeru, kita berharap ia akan dapat dipatuhi oleh majikan.


"Saya tidak mahu perniagaan hamba abdi seolah-olah berlaku di negara kita," katanya.


Mengenai jumlah pekerja asing di negara ini, Ahmad Zahid berkata terdapat 2.11 juta pekerja asing dengan Indonesia mencatatkan jumlah pekerja asing paling ramai dengan 935,000 orang diikuti, Nepal 359,000 orang, Bangladesh 319,000 orang, Myanmar 174,000 orang dan India 117,000 orang.


"Semua permohonan pekerja asing perlu ada 'sijil job clearing system' daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).


"Majikan wajib memohon kepada JTK untuk mendapat sokongan, sekiranya siling atau had pengambilan masih belum dicapai ia akan dibenarkan dan begitulah jika sebaliknya," katanya.


Menurutnya, agensi kawal selia berdasarkan sektor masing-masing berdasarkan unjuran keperluan lima sektor, iaitu perladangan, pembinaan, perkhidmatan, pembantu rumah dan perkilangan yang ditetapkan.


"Setiap sektor mempunyai kuota yang ditetapkan ini bagi mengelakkan lambakan pekerja asing di negara ini dan hanya pekerja asing yang berumur 18-45 tahun sahaja yang dibenarkan bekerja di Malaysia.


"Di bawah umur atau melebihi had umur adalah tidak dibenarkan. Tempoh maksimum bagi mereka untuk bekerja di negara ini adalah selama 10 tahun sahaja," katanya. - Astro Awani

MABIMS BOLEH JADI BENTENG HADAPI SERANGAN PEMIKIRAN : JAMIL KHIR

LANGKAWI:  Hubungan dan kerjasama erat yang terjalin antara negara-negara anggota Pertemuan Khas Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS), mampu menjadi benteng kukuh dalam menghadapi isu dan cabaran yang mengancam umat Islam di Nusantara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata selain isu liberalisme dan pluralisme umat Islam Nusantara turut berdepan  serangan pemikiran yang boleh membawa perpecahan.


"Di rantau kita, Islam tidak kurang hebatnya diancam walaupun bukan dalam bentuk peperangan, isu-isu yang dihadapi perlu ditangani dengan serius agar kedaulatan Islam teguh dan terpelihara," katanya semasa pelancaran Alumni Bas MABIMS sempena Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) ke-38 di sini, malam tadi.


Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.


Pertemuan MABIMS diadakan setiap dua tahun dengan Thailand dan Filipina dijemput sebagai pemerhati.


Program Bas Belia MABIMS dilaksanakan sejak 2009 menunjukkan tanda positif apabila pesertanya berjaya membentuk rangkaian hubungan persaudaraan Nusantara dalam melaksanakan misi dakwah serta perkongsian ilmu dengan masyarakat, kata Jamil Khir.


Menurutnya projek bakti sosial pertama dilaksanakan MABIMS pada 2009 bersama masyarakat Orang Asli di Malaysia diikuti projek sekolah agama dasar di Provinsi Pontianak, Indonesia dan perkampungan saudara baru di Kampung Buluh, Brunei Darussalam.


Projek ini kemudian diteruskan pada 2011 di kawasan bencana letusan gunung Merapi, Indonesia, seterusnya pada 2012 di Kampung Tradisi, Terengganu dan tahun ini diadakan di Pulau Langkawi.


"Peranan alumni ini diharap dapat merealisasikan hasrat para menteri dan pegawai kanan MABIMS untuk lebih dikenali di kalangan negara Islam dalam usaha dakwah dan sumbangan ke arah wahdattul ummah," tambahnya.


Seramai 40 peserta terdiri daripada 10 orang dari setiap negara mengikuti Bas Belia MABIMS bermula 25 Okt lepas dari Bangi ke Alor Setar sebelum  berakhir di Langkawi dengan matlamat berkongsi ilmu bersama masyarakat di samping memperkenalkan Malaysia, sebagai negara mesra pelancong.


Bercakap kepada pemberita kemudian, Othman berkata pertemuan SOM di Langkawi membincangkan tujuh bidang antaranya modul insan Islam, dakwah dan peranan belia dalam meningkatkan keharmonian masyarakat Islam di Nusantara. - BERNAMA

KERAJAAN DIMINTA BERTINDAK TEGAS DAN TIDAK TUNDUK PADA DESAKAN COMANGO


Oleh Wan Hafiz Hamzah
YAN, 30  Okt – Kerajaan diminta agar tidak tunduk kepada tuntutan gabungan-gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang jelas melampau dan dilihat cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan negara yang boleh membangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam di negara ini.


Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Ustaz Ashiq Elahi berkata, tuntutan yang dibuat oleh gabungan NGO tersebut sangat merbahaya dan ia ternyata boleh menimbulkan keadaan huru hara yang akan memberikan kesan buruk kepada negara.


"Kami mengharapkan agar kerajaan bukan saja tidak tunduk kepada tuntutan gabungan NGO tersebut, tetapi juga mengambil tindakan tegas terhadap gabungan NGO tersebut kerana cuba untuk menimbulkan sentimen perkauman dan agama di dalam negara ini.


"Segala tuntutan yang dibuat oleh gabungan NGO itu amat-amat tidak wajar serta sangat melampau dan kami selaku tenaga pengajar pondok di dalam negara amat menentang keras segala tuntutan yang dibuat oleh Comango," tegas beliau kepada UMNO-Online dekat sini hari ini.


Tambahnya lagi, lebih malang lagi apabila tuntutan Comango itu disokong oleh pembangkang dan juga NGO-NGO yang pro pembangkang.


"Kita lihat NGO-NGO pro pembangkang menyokong usaha dan tuntutan Comango termasuk Ambiga sendiri dan bagi saya, mana-mana lebai yang menyokong Ambiga dan juga tuntutan Comango ini saya sifatkan sebagai lebai malang yang amat malang," tegasnya.


Comango merupakan gabungan NGO-NGO Malaysia yang menghantar memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendesak kerajaan agar tunduk kepada beberapa perkara seperti membenarkan kebebasan beragama, menghapuskan seksyen 377A kanun kesiksaan berhubung jenayah liwat, menghapuskan hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera, menghapuskan enakmen jenayah Syariah, termasuk mendesak kerajaan untuk membenarkan penganut fahaman Syiah untuk menyebarkan fahaman mereka. -MediaUMNO

Ps: ambiga dan PR memang manusia sumbang dan songsang. Perkara yang tak sepatutnya diperjuangkan mereka dengan penuh semangat bermati-matian memperjuangkannya.

Kepada pengundi DUN Sungai Limau. Jom mengundi BN!

#Berani Hijrah
#Undilah BN

NAZRI GESA PELAJAR DI LUAR NEGARA MAIN PERANAN SEBAGAI 'DUTA'

ISTANBUL:  Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berharap pelajar Malaysia di luar negara dapat memainkan peranan penting dalam mempromosikan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).


Beliau berkata, sebagai 'duta' Malaysia, pelajar perlu lebih aktif untuk mempromosikan produk pelancongan dan tarikan yang terdapat di negara ini.
"Ini adalah misi kami... anda perlu memujuk rakan-rakan untuk melawat Malaysia tahun depan. Kita mesti menyebarluaskan bahawa melawat Malaysia adalah murah dengan layanan yang terbaik," katanya kepada kira-kira 40 pelajar Malaysia semasa sesi dialog, di sini, pada Selasa.


Nazri kini dalam misi mempromosi TMM 2014 ke Turki, Romania dan London sehingga 5 Nov.


Nazri berkata, tahun lepas Malaysia menerima seramai 9,909 pelancong dari Turki dan berharap untuk menarik 10,300 pelancong tahun ini dan 11,000, pada 2014.


Kini terdapat tujuh penerbangan seminggu dari Istanbul ke Kuala Lumpur dengan empat penerbangan Turki Airways dan tiga oleh Malaysia Airlines.


"Saya amat yakin kita akan mendapat menarik lebih ramai pelancong Turki melawat Malaysia, tahun depan," katanya.


Nazri berkata Malaysia menerima ketibaan 25.03 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM60.6 bilion tahun lepas dan dijangka menerima 28 juta pelancong, pada 2014.


Beliau berkata, selain Kuala Lumpur menjadi bandar membeli-belah keempat terbaik di dunia selepas New York, Tokyo dan London dalam kajian rangkaian  berita global CNN, Malaysia berada pada ranking ke-10 sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia, menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia, Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) dan menduduki tempat ke-14 dalam pendapatan pelancongan antarabangsa iaitu RM60.6 bilion.


"Istanbul  merupakan tempat ke-7 destinasi popular di dunia. Kalau dari segi sejarah dan seni bina yang ada di sini, memang kita jauh dari mereka, namun kita mempunyai banyak lagi keunikan yang tidak terdapat di sini yang boleh menarik pelancong Turki dan negara lain untuk datang ke negara kita.


"Kerana itu, kita harus sama-sama mempromosikan Malaysia secara agresif  untuk memastikan target kira tercapai," katanya. - BERNAMA

PENDEKATAN SEDERHANA NAJIB TERHADAP PELAMPAU DIPUJI

LONDON:  Perdana Menteri United Kingdom David Cameron memuji Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengilhamkan gerakan kesederhanaan terhadap ekstremisme.


Beliau berkata inisiatif Najib berjaya memberi inspirasi dan menyatukan masyarakat di seluruh dunia.


"(Perdana Menteri) Najib, pemimpin yang dipilih semula, telah merintis Gerakan kesederhanaan global (GMM) dalam menyatukan dan memberi inspirasi kepada rakyat di seluruh dunia untuk memerangi ekstremisme," katanya dalam ucapan khasnya pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Kesembilan di sini pada Selasa.


Pada 2010, Najib menggesa penganut dan pemimpin agama utama dunia supaya menolak dan menentang ekstremis mereka sendiri dan menyertai gerakan GMM.


Konsep itu diperjelaskan lagi oleh Perdana Menteri pada platform berprestij termasuk Pusat Oxford bagi Kajian Islam, East-West Center, Mesyuarat Asia-Eropah selain Sidang Kemuncak Asean.


Pada Persidangan Antarabangsa GMM pertama di Kuala Lumpur pada awal 2012, Najib menggesa penubuhkan Yayasan GMM.


Ia berperanan sebagai pusat pertama dalam menyebarkan maklumat mengenai konsep kesederhanaan dalam menangani ekstremisme dalam lima bidang termasuk kewujudan bersama secara aman, demokrasi dan peraturan undang-undang, kewangan, pendidikan dan penyelesaian konflik.


Dalam perkembangan lain, Cameron turut memuji komitmen Najib terhadap perniagaan bersama Britain dengan menyediakan pelaburan baharu berjuta pound dan beratus pekerjaan baharu di sini dan Kuala Lumpur.


"Dalam beberapa tahun akan datang, saya berharap kami dapat melihat berbilion pound pelaburan baharu dalam pelbagai sektor di mana United Kingdom cemelang dalam hartanah dan perumahan sehingga kepada aeroangkasa dan sains hayat," katanya.


Selain Cameron, lebih 16 ketua kerajaan atau ketua negara hadir pada perhimpunan terbesar pemimpin dalam sejarah WIEF, yang pertama kali diadakan di luar negara Islam.


Najib dijangka mengadakan perbincangan dua hala dengan Cameron selama sejam hari ini di No 10, Downing Street, bagi menroka lebih banyak kemungkinan untuk kedua-dua negara mengembangkan dagangan dua hala kepada lapan bilion pound menjelang 2016.


Perdana Menteri akan diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong dan beberapa pegawai kanan kerajaan.


Sementara itu, Putera Mahkota Bahrain Putera Salman Hamad Al-Khalifa juga memuji ucapan Najib yang menyentuh mengenai pengukuhan potensi ekonomi menerusi pemerkasaan wanita.


"Walaupun ia tiada kaitan dengan tajuk yang akan saya ucapkan nanti, saya yakin asas masyarakat demokratik ialah isi rumah yang demokratik, pengupayaan dan persekitaran yang produktif untuk semua gender.


"Terima kasih tuan kerana anda sangat berani dan sangat tepat," katanya yang disambut gelak ketawa peserta forum. - BERNAMA

PRK SG LIMAU: MENGAKUI KESILAPAN WALAU TAK BERNIAT. TINGGINYA AKHLAK TPM


Pu3 tersentuh dengan tindakan YAB Tan Sri Muhyiddin secara terbuka memohon maaf andai ucapannya menyinggung perasaan keluarga Allahyarham  Tan Sri Azizan.


Bayangkan.. walau tidak berniat sekalipun mengatakan perkara berkenaan dalam ucapan TPM baru-baru ini.. memandangkan ucapannya telah dijadikan bahan dijaja oleh kempener PAS di media sosial dan kawasan DUN Sg Limau. Semalam pemimpin no 2 negara merendahkan diri memohon maaf.

Baca sini dulu...

Muhyiddin mohon maaf jika keluarga Azizan tersinggung
Aizat Sharif | Kemas kini: Oktober 29, 2013


YAN:  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula jika keluarga Azizan tersinggung.


"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga saya mohon maaf.


"Bukan tujuan saya untuk merendah-rendahkan, atau mencemarkan nama baik Allahyarham kerana beliau adalah pemimpin yang banyak berjasa kerana saya pun banyak menziarahinya ketika beliau masih hidup," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri Majlis di Madrasah Mazahirul Ulum di Kampung Bukit Choras Dalam disini.


Menurut Muhyiddin, kenyataannya itu bukan ada niat yang jahat atau mengambil kesempatan untuk pilihan raya.


Sebelum itu, pada sidang media yang berlainan pada pagi tadi, PAS Kedah melahirkan kekesalan dengan dakwaan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa PAS cuba mempolitikan isu ucapan Muhyiddin mengenai kematian Azizan.


Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata pimpinan PAS mengharapkan Mukhriz tidak melakukan perkara yang sama dengan menyokong kenyataan itu.


"Setidak-tidaknya pun beliau (Mukhriz) mewakili Timbalan Perdana Menteri tampil memohon maaf kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh penduduk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz kepada pemberita di Markas PAS PRK DUN Sungai Limau di Bukit Besar


Beliau menambah, Mukhriz sebagai Menteri Besar harus menjaga hubungan dengan seluruh rakyat negeri Kedah kerana Mukhriz mewakili orang Kedah.


Ps: cuba ingatkan semula. Refreashkan ingatan. Berapa kali pemimpin PR meminta maaf secara terbuka setelah mendapati tindakan mereka SALAH? atau mereka terus berdiri teguh di atas kesalahan mereka tanpa memperakuinya dan menyedarinya.


Seingat pu3... perlakuan memohon maaf ini bukan kali pertama dilakukan oleh kepimpinan tinggi UMNO. Malahan sebelum inipun YAB PM sendiri pernah memohon maaf secara terbuka dalam ucapannya kepada rakyat Malaysia. Sifat yang tidak ada pada pemimpin PR yang lain.


Malahan... sehingga kini.. calon PAS DUN Sg Limau belum meminta maafpun atas kesalahan membenarkan penipuan dilakukan dalam kempen mengangkat dirinya mendapat sokongan dari penyokong Allahyarham Tan sri Azizan. Ada tak?


Adakah orang sebegini wajar diangkat untuk memimpin rakyat di kawasan Sungai Limau. Belum diberi amanah sudah menunjuk belangnya dengan mengizinkan penipuan untuk meraih sokongan!


Dalam Islam sendiri tidak sekali-kali membenarkan umatnya melakukan PEMBOHONGAN dan PENIPUAN.


Dari Abu Bakar ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, "Tidak usahkan aku menceritakan tentang dosa terburuk?" Kami berkata, "Katakanlah, ya Rasulullah!" Rasulullah saw bersabda, "Menyekutukan seseorang dengan Allah dan tidak patuh terhadap orang tua." Rasulullah saw sedang bersandar kemudian duduk tegak seraya bersabda, "Hati-hatilah dari berkata dusta." Beliau terus mengulang-ulangi perkataan beliau itu sehingga kami memohon agar berkenan menghentikannya.
(Bukhari)



Sebagai seorang yang melaungkan konon pejuang Islam. Adakah perbuatan dusta ini sebahagian cara untuk berjihad? Tepuk dada tanya iman anda wahai kempener PAS di Sungai Limau!

#Berani Hijrah
#undilah BN

JALAN MELAYU AKAN DIBANGUNKAN DENGAN IDENTITI MELAYU : RAIS


KUALA LUMPUR:  Jalan Melayu di sini akan dibangunkan semula dengan identiti Melayu daripada segi perniagaan, seni budaya dan muzikal, kata penasihat kerajaan bagi hal ehwal sosial dan kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.


Rais berkata usaha itu penting memandangkan tiada sebatang jalan di ibu negara yang benar-benar mencerminkan sosiobudaya kaum Melayu di Malaysia untuk ditonjolkan kepada pelancong asing.


Katanya usaha kerajaan membangunkan semula Jalan Melayu yang terletak berhampiran Jalan Masjid India tidak harus dicemburui kaum lain memandangkan masyarakat India telah mempunyai Little India di Brickfields, manakala kaum Tionghua mempunyai China Town di Jalan Petaling.


"Kaum lain tidak patut rasa kecil hati kerana masing-masing telah ada tempat, tapi kaum Melayu tiada Malay Street yang betul-betul tipikal Melayu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar Jalan Melayu di sini, hari ini.


Rais, yang juga bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia) berkata pembangunan semula Jalan Melayu itu dijangka dimulakan Januari tahun depan dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Warisan Negara.


"Apa kegiatan yang akan kita lakukan di Jalan Melayu ini akan kita fikirkan tapi mula-mula sekali kita akan cuba baiki bumbung kedai yang ada dan petak-petak perniagaan untuk penjaja Melayu," katanya.


Selain itu, Rais berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan mengenai penubuhan Yayasan Warisan Negara bagi memperkasakan lagi pembinaan negara bangsa.


Katanya jika penubuhan yayasan itu dipersetujui, ia akan mencari formula paling praktikal untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa celik budaya, seni dan juga warisan. - BERNAMA

11 DITAHAN BERHUBUNG PEMBUNUHAN PEGAWAI BANK


KUALA LUMPUR:  Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.


"Penahanan yang terbaharu dilakukan pada Ahad di Johor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.


Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada.
Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.



Pembunuhan berlaku pada 24 Okt lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.
Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.


Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut. - BERNAMA

PRK SG LIMAU: PENGUNDI DUN SG LIMAU SUDAH SEDIA 'BERHIJRAH' - KJ


YAN:  Para pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dilihat sudah bersedia untuk membuat 'penghijrahan' termasuk di empat kawasan hitam yang kini sudah mula ditembusi jentera Barisan Nasional (BN).


Empat kawasan yang menjadi kubu kuat PAS di DUN Sungai Limau ialah Bukit Choras, Bukit Besar, Permatang Buluh dan Selengkoh.


Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata ia petanda baik dan jika majoriti PAS di empat kubu kuat mereka itu dapat dikurangkan, peluang BN secara keseluruhan bagi pilihan raya kecil DUN itu adalah lebih cerah.


"Saya diberitahu dahulu, nak letak bendera BN pun tak boleh di Bukit Besar, sekarang ini bendera BN berkibar di sana, poster dan bunting calon dapat dinaikkan malah ada juga orang kuat PAS yang sudah bersama kami.


"Sama ada menjadi jentera, menyokong, ada juga yang menjenguk bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) kami, itu petanda baik, maksudnya mereka bersedia untuk buat penghijrahan," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjaun mesra di PDM Bukit Besar dan Permatang Buluh, di sini hari ini.


Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata secara keseluruhan harapan generasi muda yang ingin melihat kemajuan menjadi antara faktor sokongan kepada BN di DUN itu semakin meningkat.


"Mereka menaruh harapan tinggi bahawa kemajuan dan perubahan ini hanya dapat dikecapi sekiranya wakil rakyat di sini adalah wakil rakyat dari parti sama yang mentadbir kerajaan negeri dan pusat," katanya.


Bagi Pemuda BN, beliau berkata strategi yang diguna untuk menarik lebih ramai sokongan pengundi akan terus menggunakan tempo sama dengan pendekatan sederhana, antaranya menemui pengundi dari rumah ke rumah dan mengadakan ceramah kecil-kecilan.


Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno kesal imej dan ketokohan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat Sungai Limau sejak 1995 sehingga meninggal dunia pada 26 Sept lepas, dimanipulasi PAS dalam kempen pilihan raya kecil itu.


"Saya rasa amat sedih sebab gambar itu diedarkan semata-mata nak tunjukkan bahawa calon dia (PAS) itu baik dengan arwah Ustaz Azizan, sebab dia tahu Ustaz Azizan disegani dan dihormati dan apa tujuan nak letak gambar dia dengan Ustaz Azizan sebab nak dapat sokongan daripada orang yang sayang arwah," katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pemalsuan gambar risalah profil calon PAS Mohd Azam Abd Samat.


Terdahulu, Khairy dalam lawatan membantu kempen pilihan raya kecil itu turut membuat tinjauan menaiki motosikal ke empat rumah di kawasan Bukit Besar, di sini. - BERNAMA

PRK SG LIMAU: PENGUNDI MUDA KUNCI ERA BARU PEMBANGUNAN DUN ITU

YAN: Pengundi muda harus menilai kemampuan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau secara mendalam bagi memastikan pembangunan di kawasan itu akan lebih terjamin.


Penganalisis politik berpendapat adalah penting bagi 11,000 pengundi muda atau 60 peratus daripada 27,222 pengundi berdaftar DUN Sungai Limau mengambil kira faktor perangkaian dan sistem sokongan calon bagi memastikan pembangunan kawasan itu dapat berjalan lancar.


Dalam pilihan raya umum yang lepas, DUN Sungai Limau adalah satu-satunya kawasan di bawah Parlimen Jerai yang dikuasai PAS, berbanding dua lagi DUN iaitu Guar Chempedak dan Gurun yang di bawah Barisan Nasional (BN).


DUN Sungai Limau malahan berada di bawah PAS sejak pilihan raya umum 1995 apabila Tan Sri Azizan Abdul Razak bertanding buat pertama kali kerusi tersebut, dan sebelum itu kerusi itu disandang oleh Ahmad Awang dari BN.


Menurut Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam, satu-satunya cara untuk memastikan agenda pembangunan berjalan lancar adalah memastikan setiap peringkat, bermula daripada DUN, Parlimen hinggalah ke kerajaan negeri diwakili oleh suara yang sama.


"Kita tak nafikan PAS juga boleh membawa suara rakyat, tetapi suara yang dibawa adalah dari sudut pembangkang yang mungkin mempunyai objektif berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Mengulas lebih lanjut, Ramlah berkata pengundi muda harus menolak ketepi kepentingan diri dan memilih calon yang boleh melakukan perubahan signifikan terhadap kawasan itu.


Beliau berkata di sinilah pentingnya golongan muda menilai secara menyeluruh mengenai calon yang bertanding, terutama dalam memilih wakil yang lebih memahami prosedur pentadbiran dalam sesuatu organisasi.


"Kedua-dua calon mempunyai latar belakang sebagai pendidik, namun BN mengenengahkan seorang bekas pensyarah kanan sebuah universiti awam serta mempunyai kelayakan peringkat doktor falsafah,


"Disokong pula dengan pengalaman beliau yang begitu lama dalam bidang pendidikan...jiwa pendidik biasanya sentiasa mempunyai kecenderungan untuk berinteraksi lebih dengan masyarakat dan ini pasti memberikan kelebihan untuk beliau memimpin masyarakat setempat," katanya.


Tambah Ramlah lagi, pengundi berdaftar, khususnya dari golongan muda harus bertanya kepada diri sendiri adakah mereka sudah berpuas hati dengan kemajuan DUN Sungai Limau capai semenjak 18 tahun di bawah pimpinan PAS.

"Mereka harus berfikir adakah adil untuk melihat kawasan tersebut, yang didiami sebilangan besar warga emas serta generasi baharu, untuk terus mundur tanpa pembangunan?" katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata pengundi muda harus melihat corak kempen kedua-dua calon dan menilai siapa yang lebih mementingkan pembangunan kawasan ini.

Beliau berkata, Ahmad Sohaimi dilihat lebih fokus ke arah agenda pembangunan berbanding dengan taktik menyerang keperibadian lawan, yang beliau sifatkan sebagai politik agresif.

"Di samping agenda pembangunan, beliau (Ahmad Sohaimi) masih tidak mengabaikan satu daripada identiti Sungai Limau iaitu sekolah pondok," katanya.

"Malah beliau sendiri menyatakan komitmennya untuk melihat sekolah pondok berteraskan pembelajaran sains untuk dibina di sini sebagai sebahagian daripada manifesto beliau," kata Md Shukri.


Menurut Md Shukri, masyarakat, khususnya pengundi, akan melihat pendekatan yang Ahmad Sohaimi ambil, iaitu memastikan pembangunan disuntik tanpa mengabaikan elemen yang sudah menjadi sebahagian daripada penduduk di sini, sebagai satu kelebihan untuk memungkinkan beliau dipilih.


"Inilah peluang kepada orang muda di Sungai Limau, mahupun mereka yang sudah sekian lama berhijrah ke bandar-bandar, untuk bersama-sama kerajaan negeri supaya dasar baharu DUN Sungai Limau boleh dilaksanakan," katanya. - BERNAMA

#Berani Hijrah

PRK SG LIMAU : PENDUDUK MAHUKAN 'HIJRAH'



Siapa yang tak mahukan kemajuan walau dalam mengekalkan identiti sesuatu tempat. Demikian juga penduduk kampung kawasan DUN Sungai Limau yang mendambakan kemajuan dari segi prasarana.

Baca sini....


Sg Limau: Penduduk kampung mahu penaiktarafan prasarana
Aizat Sharif | Kemas kini: Oktober 29, 2013


YAN:  Rata-rata penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di sini berkehendakkan penaiktarafan prasarana dan kemudahan jalan di kawasan mereka. 

Tinjauan Astro AWANI di Kampung Kuala Dulang Kechil yang terletak dua kilometer dari pekan Yan mendapati penduduk merasakan kemudahan dalam melakukan kerja harian mereka di kampung tersebut masih lagi kurang memuaskan.

Ridhwan Ghazali, 29, berkata kemudahan yang dimaksudkan adalah seperti jeti yang memudahkan mereka membuat kerja seperti memunggah tangkapan ikan yang dibawa dan juga menaiktaraf kemudahan tali air di kampung tersebut.


"Penduduk di sini kebanyakan nelayan dan pesawah yang mewarisi pekerjaan tersebut turun-temurun dari zaman datuk dan nenek kita, jadi selaras dengan peredaran zaman, kami minta pihak kerajaan supaya dapat menyediakan prasarana seperti itu agar ianya dapat memudahkan kami," kata Ridhwan.


Ridhwan menambah, selain dari melakukan kerja-kerja sebagai nelayan dan pesawah, penduduk kampung juga terlibat dengan aktiviti pelancongan seperti membawa pelancong-pelancong dalam dan luar negara pergi memancing di sekitar perairan di kampung itu.


"Kawasan ini sebenarnya kawasan tarikan pelancong dimana pelancong yang juga 'kaki pancing' datang sejauh dari Singapura semata-mata untuk memancing, cumanya setahun dua ini agak kurang pendapatan kami kerana disebabkan masalah pencerobohan bot-bot pukat jerut yang banyak merentap periuk nasi kami," katanya lagi.


"Kita hanya mahu memudahkan kerja seharian kita di sini dan kita tidaklah mahu memohon yang lebih-lebih cumanya kita mahukan jeti yang sempurna dan naik taraf prasarana yang saya nyatakan tadi," kata Ridzwan.


Azizan Ismail atau lebih dikenali sebagai Shidan, 43 pula berkata penduduk mahukan pembangunan dari segi kemudahan jalan raya.


"Saya sudah menetap di sini sejak 20 tahun yang lalu dan kampung ini merupakan kawasan memancing terkenal. Seluruh pemancing dari pelbagai darjat dan kelas, baik anak Raja, Menteri Besar sampailah ke pekerja buruh akan bertumpu ke sini untuk memancing. Oleh hal demikian, kemudahan prasarana seperti jalan raya masih tidak mencukupi.


Menurutnya, penduduk kampung telah banyak membuat permohonan, namun hanya jeti pendaratan dan dewan orang ramai yang masih tidak siap lagi yang diluluskan pembinaannya.


"Bangsal nelayan itu tidak siap lagi dan hanya ada tiang dan bumbung sahaja. Saya agak kecewalah andai kerajaan tidak dapat membantu kami kerana orang kampung di sini banyak menceburkan diri dalam bidang 'eco-tourism' jadi jika bantuan sebegini gagal disempurnakan, hampalah harapan kami untuk memajukan tempat ini," kata Azizan.


Muhammad Rushdi Yahya, 45 pula menyifatkan pembangunan di kampungnya itu perlu diperbanyakkan lagi selain beberapa prasarana yang ada juga perlukan pembaikan.


"Saya tidak menafikan memang ada bantuan yang diberikan oleh kerajaan namun bagi saya ianya tidak mencukupi kerana perkembangan zaman memerlukan beberapa kemudahan prasarana di sini perlu ditambahbaik."


Rushdi menambah tidak semua penduduk di kampungnya itu hanya tertumpu kepada sektor perikanan sahaja, sebaliknya mereka juga ada yang bekerja sebagai pesawah.


"Ada yang bekerja laut, ada yang bekerja sawah. Macam di sawah juga masalah tali air semakin menjadi-jadi dan jikalau masalah asas seperti tali air pun gagal diselesaikan, bagaimana kita nak membangun," katanya lagi.


Rushdi juga menerangkan penambakkan pantai yang dilakukan di kampungnya juga bagaikan dilakukan secara 'melepaskan batuk di tepi tangga'.


"Kalau kita tengok penambakkan pantai, batu-batu yang diletakkan sebagai penambak itu diletakkan secara tidak tersusun menyebabkan ada sesetengah tempat itu tidak ditambak sepenuhnya dan kesan ombak itu terjadi semula," kata Rushdi.


Dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu ini, penduduk kampung mengharapkan hasrat suara mereka dapat didengar oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri dalam pertemuan itu.


Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 dan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, 37.

ps: kini masa untuk melakukan perubahan. PRK Sg Limau membuka peluang kepada pengundi kawasan Sungai Limau untuk menerima perubahan untuk lebih maju. pilihan di tangan anda. nak terus sebegini ataupun menerima kemajuan? tepuk dada tanya diri.

# Berani Hijrah

PRK SG LIMAU: BONGKAR!!! CALON PAS ADALAH SEPUPU PHAHROLRAZI!!!!


Ramai dah TAHU. Tapi agaknya ada juga buat TAK TAU. Tapi kali ini kena banyak tahu supaya tak TERTIPU

baca sini.....


ISU CALON PAS SEPUPU PHAHROLRAZI DAH JADI PERBUALAN HANGAT DI SG LIMAU !!!

Di sebalik keghairahan jentera PAS 'menjual nama' Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai modal utama kempen mereka. Para pengundi di Sungai Limau dikejutkan dengan pendedahan mengenai hubungan keluarga yang terjalin di antara calon parti itu Mohd Azam Abdul Samat dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.


Ini kerana rata-rata masyarakat Kedah khususnya di Sungai Limau mengetahui akan'perang' yang pernah berlaku antara Phahrolrazi dengan Azizan sebelum ini. Malah menurut sumber parti itu sendiri, Allahwarham Azizan pernah berulang kali melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Phahrolrazi yang sering menyerangnya dengan pelbagai tohmahan dan cacian.


Tambah memeranjatkan Phahrolrazi yang juga merupakan bekas Exco kerajaan negeri, sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mempertahankan kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu.


Keretakan antara Azizan dan Phahrolrazi bukanlah satu perkara baharu, ia dikatakan bermula sejak PAS mula menjadi kerajaan negeri selepas kemenangan dalam pilihan raya umum 2008. Rentetan daripada itu, Phahrolrazi pernah menolak lantikan semula jawatan Exco pada Mac dua tahun lalu. Sehinggakan memaksa Pas Pusat untuk campur tangan dengan mengemukakan beberapa langkah-langkah penyelesaian yang hakikatnya langsung tidak membawa apa-apa erti.


Antara tuntutan Phahrolrazi ialah agar diberi tanggungjawab sebagai pengarah jentera pilihan raya PAS namun ditemplak oleh allahyarham Azizan yang menegaskan, beliau akan bertindak sebagai pengarah pilihan raya parti itu.


Malah ramai yang mengatakan antara punca kegagalan PAS mempertahankan negeri yang terkenal dengan gelaran 'jelapang padi' itu disebabkan isu 'tak sebulu' dan perpecahan dalaman yang melanda parti itu.


Ini kerana, ekoran pergesaran antara mereka, telah menyebabkan ramai penyokong parti itu yang nekad untuk keluar daripada Pas, sehinggakan ada dikalangan mereka bertindak menutup bilik gerakan pada PRU-12.


Atas alasan itu, ramai berpendapat, Azizan tidak pernah memaafkan 'dosa' Phahrolrazi yang sentiasa menjadi 'duri dalam daging' sehingga ke akhir hayatnya. Disebabkan itu juga, ramai di kalangan penduduk kampung di kawasan Sungai Limau, yang rata-rata mempunyai pertalian saudara dengan Azizan tidak pernah menerima Phahrolrazi sebagai pemimpin mereka walaupun setelah 'pemergian' tokoh itu baru-baru ini.


Mereka bukan sahaja tidak dapat menerima Phahrolrazi, malah mendengar namanya sahaja boleh menimbulkan rasa benci. Malah tindakan jentera PAS yang menjual nama Ustaz Azizan sepanjang kempen PRK ini juga turut dikecam, kerana merasakan parti yang selama ini sering berbangga dengan pelbagai slogan Islam itu hanya pandaibersandiwara.


Patutlah ketika dimaklumkan mengenai hubungan keluarga (sepupu) antara calon PAS dengan Phahrolrazi, ramai dikalangan mereka yang mula menjauhkan diri. Malah menurut salah seorang penduduk yang ditemui di Kampung Sedaka mengatakan, disebabkan hubungan tersebut bakal menyebabkan calon PAS itu kalah teruk.- 26/10/2013 AGENDA DAILY

PRK SG LIMAU: 20 DALIL KEHEBATAN KERAJAAN PAS KEDAH


1)Kata nak buat PROJEK Keli, Patin & Tilapia, sign MOU dengan Mesir/Amerika
... AKHIRNYA MOU TERBARAI & pelabur ENTAH mana?!



2) Kemudian PROJEK Mengetin BUAH-Buahan, masa mula nak buat cakap bukan main sakan
...RUPA2NYA projek AUTA?!



3) Bila dapat KUIN, habis DIRONYEH MCM BERUK DPT BUNGA
...AKIBATNYA hutang beratus JUTA ringgit, GAJI lambat bayar & PELAJAR tertekan tak cukup kemudahan?!



4)Kat KULIM Hi-Tech pun semacam, dok MEGAH kononnya Dasar Mesra Pelabur bawa masuk pelaburan berbilion ringgit
...HAKIKATNYA pelabur masuk kerana KERJA keras MITI & Kerajaan Pusat?!



5) Cita-cita punya la tinggi, pi BERNIAGA sampai Papua New Guinea nun
...PADAHNYA orang lain bawa balik untung tapi depa BAWA BALIK RUGI?!



6) PROJEK Rumah Rakyat hanya diBINA ATAS LIDAH
...JADINYA apapun tak bina walau sebuah?!



7) Jalanraya & kemudahan awam jangan la cerita
...SESUNGGUHNYA yang diharap hanya Kerajaan Pusat TOLONG buat semata-mata?!



8) MASJID/SURAU pula cuba la tanya, berapa buah dah DIBINA
...MALANGNYA yang DIPEROBOH lagi ada?!



9) Kepada Tok-Tok IMAM, janji nak tubuhkan sebuah INSTITUSI khusus
...TAHAP SEWELNYA sampai TIPU tok IMAM?!



10) Kepada KAKITANGAN kerajaan negeri, janji nak bagi Pinjaman-Tanpa-Faedah
...KESUDAHANNYA JANJI-TANPA-PINJAMAN?!



11) Untuk RAKYAT berpendapatan rendah, janji nak buat Pajak-Gadai-Islam
...KENYATAANNYA PAJAK-GADAI-JANJI?!



12) Masa mula perintah, punya la sakan berkokok konon nak lancar kempen TANAM SEJUTA POKOK
...TANAM APANYA SEBATANG pun tak nampak?!



13) BAZAR SEJAHTERA depan Pekan Rabu tu, masa nak buat tu punya la canang konon nak jadikan Penghidup Suasana Malam macam UPTOWN KL nun
...PENYUDAHNYA tak sampai 3 bulan, BAZAR TU LINGKUP?!



14) Bila Kedah dilanda BANJIR Besar, apa depa buat
...HULUQNYA Sejemput Kata Sebelanga! Mujur la ada BANTUAN dari Kerajaan Pusat, jika tidak, tak tau la nak jadi apa?!



15) Tanya Petani/Pesawah, bila PADI tenggelam, siapa bagi BANTUAN
...SEBENAQNYA jika tak ada MADA & agensi2 Kerajaan Pusat lainnya, BUNGKUIH?!



16) Tanya la pula BELIA di Kedah ni, berapa banyak peluang kerja, tanya juga kaum WANITA, JANJI nak sediakan beratus ribu KERJA kosong
...LAST-LASTNYA KOSONG?!



17) Awat Team BOLASEPAK HijauKuning MEROSOT TERUK sangat
...AGAKNYA sukan ni HARAM sebab main pakai SELUAQ pendek kot?!



18) Kononnya selalu dok cakap pasal KETELUSAN
...TAPINYA bukan sedikit PROJEK yang MAIN HULOQ kat kawan2?!



19) Yang diberi KUASA, tak reti buat KERJA
...PANDAINYA depa ni satu sahaja PUNGGAH HUTAN, ANGKUT BALAK?!



20) Dalil Kehebatan Terulung
...HEBATNYA depa ni dok BEREBUT nak jadi MB, dok GILA nak jadi PESURUHJAYA negeri, arwah Ustaz AZIZAN pun diPERLEKEH - kalau tak caya CUBA TANYA YB Mahfuz & YB Pahrolrozi?!



BERANI HIJRAH! HIJRAH! HIJRAH!