Followers

PEMBENTUKAN MALAYSIA BAWA RAHMAT KEPADA EKONOMI BUMIPUTERA SABAH


KOTA KINABALU: Penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menerusi pembentukan Malaysia membawa rahmat kepada negara ini, khususnya di Sabah, yang menyaksikan perubahan besar dari segi landskap pembangunan ekonomi Bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kejayaan itu adalah hasil usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan infrastruktur, perumahan, program menjana pendapatan dan taraf hidup di Sabah, terutama masyarakat Bumiputera, yang banyak memperlihatkan peningkatan. 


Pencapaian itu meletakkan Bumiputera Sabah seiring dengan kemajuan yang dicapai di negeri-negeri lain, katanya ketika berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Sabah, di sini, hari ini.


Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Sambil memberikan contoh komitmen kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di Sabah, Muhyiddin berkata ini dapat dilihat menerusi peningkatan purata pendapatan isi rumah di negeri ini bagi 2012 sebanyak RM4,013 sebulan berbanding hanya RM3,102 pada 2009. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 29.4 peratus, dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 8.6 peratus, katanya.


"Purata pendapatan bulanan di bandar pula meningkat sebanyak 22.7 peratus daripada RM3,803 pada 2009 kepada RM4,668 pada 2012, manakala di luar bandar pula meningkat sebanyak 33.8 peratus daripada RM2,177 kepada RM2,913," katanya. Beliau berkata, kadar kemiskinan di Sabah terus berkurangan, daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012.


"Kejayaan kerajaan dalam mengurangkan dan membasmi kemiskinan dicapai melalui pelaksanaan program khusus untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah menjana pendapatan yang lebih tinggi.


"Antaranya program 1AZAM, program pembangunan Agropolitan dan Mini Estet Sejahtera, ternakan dan pertanian komersil dan pinjaman kredit mikro, katanya.


Bagi negeri Sabah, Muhyiddin berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak 12.2 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan, termasuk infrastruktur luar bandar, program pendidikan dan bantuan rumah menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP). Katanya, ini secara tidak langsung akan membuka peluang luas kepada usahawan di Sabah untuk lebih aktif dalam kegiatan ekonomi. Muhyiddin berkata, menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP), Sabah mengecap pelbagai kemajuan dalam pembangunan sosial dan infrastruktur, termasuk pembinaan dan menaik taraf 1,270 kilometer jalan luar bandar sejak 2010, menyediakan 41,443 rumah di kawasan luar bandar yang dilengkapi kemudahan elektrik sejak 2010, 97,568 rumah di kawasan luar bandar yang dilengkapi kemudahan air bersih sejak 2010.


Timbalan Perdana Menteri berkata pelbagai inisiatif di bawah NKRA bagi Mempertingkat Infrastruktur Asas Luar Bandar telah memberikan impak positif kepada lebih sejuta rakyat negeri Sabah. Sebagai langkah khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan, beliau berkata sebanyak 293.5 juta diperuntukkan bagi melaksana program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) untuk Negeri Sabah dalam NKRA bagi meningkatkan isi rumah berpendapatan rendah.


Muhyiddin berkata sehingga Jun tahun ini (2013), seramai 27,540 individu berpendapatan rendah di Sabah telah dibantu menerusi Program 1 AZAM, sekali gus menjadi negeri penerima terbesar Program 1AZAM.

"Tahun ini, Kerajaan memperuntukkan RM98 juta untuk membantu hampir 7,500 peserta baharu 1AZAM di Sabah. Insurans perlindungan juga diberikan kepada setiap peserta sebagai persediaan jika berlaku perkara yang tidak diingini," katanya. - BERNAMA

MUKHRIZ DI DUN SUNGAI LIMAU






Tengok sajalah. Bagaimana sambutan penduduk kawasan Sungai Limau dengan kehadiran Menteri Besar Kedah

PINDAAN AKTA PENCEGAHAN JENAYAH UNTUK PERANGI JENAYAH TERANCANG : NAJIB


NEW YORK:  Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang dicadangkan kerajaan adalah lebih khusus untuk memerangi jenayah terancang.
Perdana menteri berkata ia bukan hendak mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Najib berkata ISA berbeza daripada PCA kerana ISA memberi kuasa begitu luas untuk menahan seseorang individu tanpa proses mahkamah sebaliknya kuasa itu diberikan kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Tetapi kali ini (di bawah pindaan akta) keputusan akan dibuat oleh pihak hakim, jadi kalau polis menahan sesiapa, ia perlu menyakinkan pihak hakim bahawa individu tertentu ini perlu ditahan," kata Najib pada sidang akhbar sempena berakhir lawatan kerja beliau ke San Francisco dan New York, Amerika Syarikat, dari 22 Sept hingga Ahad.

"Dan kita akan pastikan tidak berlaku penganiayaan terhadap sesiapa," katanya sambil menegaskan bahawa seseorang itu tidak ditangkap hanya kerana mempunyai pendirian dan ideologi politik yang berbeza daripada kerajaan.

Najib berkata negara memerlukan undang-undang khusus untuk memerangi jenayah terancang kerana mereka yang terlibat melakukan jenayah secara terbuka.

"Ia telah menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia dan jika (kerajaan) tidak bertindak, lebih ramai akan menjadi mangsa dan tahap ketakutan akan lebih tinggi," katanya.

Perdana menteri berkata beliau mahu mewujudkan satu keadaan di mana rakyat Malaysia berasa lebih selamat di negara sendiri.

Beliau berkata bagaimanapun usaha itu memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak dan yang diutamakan ialah keadaan negara yang bebas daripada jenayah.

Ditanya mengenai terdapat bangkangan daripada pihak tertentu terhadap pindaan akta itu, Najib berkata kerajaan tidak perlu berunding dengan semua pihak berkepentingan tetapi mereka bebas untuk memberikan pandangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pernah berkata bahawa pindaan akta berkenaan bertujuan membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan. -- BERNAMA

PEMILIHAN UMNO PERLU DILIHAT BERSIH, SIHAT : PM


NEW YORK: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemilihan Umno pada tahun ini perlu dilihat sebagai satu proses yang bersih dan sihat.

Beliau berkata pemilihan kali ini akan didasarkan kepada kewibaan calon untuk menyandang apa jua jawatan dalam Umno, sama ada di peringkat nasional ataupun di peringkat bahagian.

Najib, yang juga perdana menteri berkata Umno telah cuba memperkenalkan perlembagaan baharu yang memberi peluang demokrasi yang lebih terbuka dan lebih luas kepada anggota parti.

Dengan perlembagaan baharu ini, bilangan yang memilih mencecah kira-kira 150,000 orang, kata Najib kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja beliau ke San Francisco dan New York dari 22 September lepas hingga semalam.

"Dengan ini kita cuba untuk melihat keberkesanan sistem pemilihan yang baharu," kata beliau.

Najib berkata setakat ini proses pemilihan Umno berjalan lancar.

"Saya berharap bukan sahaja semua berjalan lancar tetapi (pemilihan kali ini) dilihat sebagai satu proses yang bersih.

"Ini bererti bahawa ahli-ahli Umno perlulah memainkan peranan supaya sistem pemilihan ini benar-benar membawa kepada transformasi yang diharapkan oleh parti kita," katanya.

Diminta mengulas cakap-cakap politik yang tersebar kononnya beliau merestui calon tertentu, Najib berkata walau apapun kenyataan beliau mengenai perkara itu, orang tetap akan mentafsirkannya mengikut tafsiran mereka masing-masing.

"Maka, saya fikir lebih baik saya katakan bahawa apa yang penting ialah para perwakilanlah yang akan menentukan barisan kepimpinan parti yang terbaik untuk memperkukuh dan memajukan parti.
"Itulah yang saya harapkan akan berlaku pada pemilihan Umno kali ini," katanya.

Umno mula melaksanakan kaedah baharu dalam pemilihan parti Oktober tahun ini selepas membuat pindaan dalam perlembagaannya, yang melibatkan pindaan, penambahan dan pemansuhan beberapa fasal.

Mengikut perangkaan parti, seramai 146,500 perwakilan Umno dari 191 bahagian di seluruh negara akan memilih pada kali ini. BERNAMA

MALAYSIA KENAL PASTI BEBERAPA BIDANG STRATEGIK DAN PELABURAN YANG PERLU DIPERERAT


NEW YORK:  Malaysia telah mengenal pasti beberapa bidang strategik dan pelaburan yang perlu dipereratkan dalam kolaborasinya dengan Amerika Syarikat.

Perkara berkenaan dijelaskan  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,  pada sidang media sebelum mengakhiri lawatan kerja beliau ke San Francisco dan New York.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, lawatan kali ini juga memberi galakan kepada syarikat dari Amerika Syarikat untuk mempertingkatkan pelaburan mereka di Malaysia.

Ia  bukan sahaja dari segi kuantiti tetapi juga dari segi penerapan teknologi baharu.

Lawatan bermula dari 22 hingga 29 September  yang disifatkannya  membawa banyak tujuan  termasuk langkah yang diambil Malaysia di peringkat global untuk dipadankan dengan matlamat induk negara dalam melakukan transformasi.

Beliau berkata negara ini perlu menambah pengetahuan mendalam dalam bidang berkenaan untuk membantu memperkasakan lagi usaha dan proses ke arah mencapai impian menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Ditanya tentang tempoh lawatan yang panjang, Perdana Menteri berkata itu disebabkan ia merangkumi pelbagai inisiatif, serta lawatan  yang sepatutnya diadakan dua kali telah digabungkan agar menjadi hanya satu kunjungan. - Astro Awani

TUN MAHATHIR KONGSI PETUA PANJANG UMUR


KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi petua untuk panjang umur iaitu dengan makan secara sederhana dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, negarawan berusia 88 ini mengaku petua itu memang mudah disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana beliau sendiri terpaksa berusaha habis-habisan untuk makan secara sihat.

"Orang selalu bertanya saya bagaimana saya boleh hidup hingga sekarang, jawapannya mudah saja...jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak.

"Ini sesuatu yang amat sukar bagi saya...tapi saya cuba juga untuk tidak makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras," katanya ketika melancarkan program 'Walk-A-Mile' di Tasik Titiwangsa pada Ahad.

Secara berjenaka, Dr Mahathir berkata beliau menghadapi masalah untuk mengawal selera makan "kerana terdapat pelbagai jenis makanan enak di negara yang aman ini".

"Sekiranya anda boleh cuba mengawal cara makan anda, anda akan terus kuat pada usia 88 tahun dan berucap (macam saya)," kata beliau serta disambut dengan ketawa oleh para hadirin.

Mereka termasuk isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pengerusi Yayasan Jantung Malaysia (YJM) Datuk Dr J.S Sambhi, presiden YJM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan ketua rantau Malaysia/Singapura Nestle Alois Hofbauer.

Dr Mahathir kemudian menyertai kira-kira 1,500 peserta dalam acara jalan kaki di Taman Tasik berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran tentang kesihatan jantung.
Acara itu adalah anjuran bersama YJM dan Nestle Malaysia. - BERNAMA

KENAPA TAKUT DENGAN PCA?


Pu3 tahu, apabila PCA dibentang.. sudah pasti banyak bantahan akan dilakukan terutama pihak sebelah sanaaaaaa.... ada lak mengatakan konon bertentangan hak asasi kemanusiaan. Ceh... apabila DS Ahmad Zahid mengatakan ia lebih kepada tindakan ke atas penjenayah. Masih tak faham masih kata bertentangan hak asasi kemanusiaan.

Pu3 nak tanya pada SUHAKAM. Bagaimana hak kemanusiaan keoada mangsa penjenayah yang ditembak sebelum dibicarakan?

Baca lagi sini...

Dalam berita Astro Awani ditulis hari ini

'ISA baru' jadi fokus Parlimen hari ini
Teoh El Sen | Kemas kini: September 30, 2013


KUALA LUMPUR:  Pindaan kontroversi Akta Pencegahan Jenayah 1959 bakal menjadi tumpuan utama di Parlimen hari ini.

Perbahasan yang hangat dijangka berlaku antara ahli- ahli Parlimen yang akan berhujah samada menyokong atau tidak Rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kedua ini.

Rang undang-undang sudah dikritik sebelum kerana ia membawa kembali penahanan tanpa perbicaraan yang dikatakan menyamai Ordinan Darurat (EO) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).- Astro Awani
Tak habis cerita dalam parlimen. Pihak pro pembangkang buat hal pula di luar. Mereka seperti biasa menggunakan platform suara massa buat demontrasi di luar konon menunjukkan betapa ramai bantah dengan PCA ini.

Menggunakan  badan NGO SUARAM merancang untuk mengadakan bantahan secara aman, iaitu berjalan kaki dari Taman Tasik Perdana ke Parlimen.

Kumpulan itu juga merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nampak sangat gelagat gelisah lagi resah mereka ini. Agaknya berapa ramai 'hidden crimminal' yang memakai topeng bersembunyi disebalik NGO atau kumpulan yang menyertai bantahan aman ini????

Sambung lagi....

Dalam Dewan Rakyat, Ahmad Zahid sendiri dijangka menyampaikan ucapan yang menjelaskan tentang keperluan memperkenalkan dan menggariskan ciri-ciri undang-undang ini.

Pada bacaan kedua rang undang-undang, ahli Parlimen akan membahaskan prinsip-prinsip am undang-undang yang baru dan akan mengadakan undi majoriti mudah.

Rang undang-undang ini kemudian akan melalui 'peringkat jawatankuasa' di mana perbahasan tertentu pada semua klausa akan berlaku: ini adalah di mana pindaan kepada rang undang-undang itu akan dibincangkan.
Pada bacaan yang ketiga, satu lagi pusingan undian diadakan dan jika diluluskan ,rang undang-undang akan diambil alih oleh Dewan Negara.

Semua ini boleh berlaku dalam masa satu hari atau berlanjutan ke beberapa hari.

Mudah-mudahan berjalan lancar

Kemudian....

Sewaktu PCA ini dibentangkan untuk kali pertama minggu lalu, Zahid berkata bahawa PCA tidak "zalim ", tetapi sebaliknya ia merupakan satu "transformasi".

"Kerajaan memberi jaminan bahawa PCA ditujukan seratus peratus hanya penjenayah sahaja. Ia tidak harus dimanipulasi kononnya menyekat, menahan  dan memenjara pihak yang berbeza pendapat dengan kerajaan. Ia adalah untuk mencegah jenayah," kata Zahid dalam satu forum pada Sabtu.

Zahid dilaporkan telah menyatakan PCA turut mendapat sokongan pembangkang, tetapi sebaliknya kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat menyuarakan kebingungan terhadap undang-undang itu.

Hahahhaha.. memang selama ini pemimpin pakatan Rakyat selaku berada dalam posisi kebingungan. Mereka acao kali menjadi pembangkang pada semua perkara. Walaupun perkara mendatangkan kebaikan ke atas diri mereka sendiri. Hehehhe.. sangat menguasai sikap 'asal bangkang'

Baca lagi.... perenggan di bawah menceritakan betapa pemimpin pajatan rakyat asyik menggunakan 'hak kemanusiaan' sebagai perisai mereka untuk membantah dalam suatu undang-undang yang tegas.

Minggu lalu, sejurus udang-undang itu dibentangkan, pengerusi DAP Karpal Singh berkata undang-undang ini sama dengan apa yang ada semasa zaman ISA.

"Penahanan tanpa bicara tidak boleh dibenarkan. Tiada beza antara meletakkan perkara ini di bawah tiga orang dan bukan seorang menteri, " katanya.

Beliau juga tidak setuju bahawa undang-undang ini tidak membolehkan satu semakan kehakiman terhadap apa-apa perintah tahanan.

Pemimpin Pakatan yang lain juga mencadangkan bahawa polis perlu memberi fokus kepada menyelesaikan jenayah melalui sistem keadilan jenayah dan bukannya mengambil 'jalan mudah' dengan menggunakan penahanan tanpa perbicaraan.

Kenapa nak membela sangat penjenayah ni karpal singh? Di mana pembelaan awak sebagai pengamal perundangan ke atas mangsa penjenayah??????

Selain daripada itu, NGO dan aktivis menyuarakan tentangan yang kuat terhadap pindaan ini, terutama pengembalian tahanan tanpa bicara.

Majlis Peguam, Persatuan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak berkata bahawa undang-undang baru mengaibkan kedaulatan undang-undang dan melanggar hak perlembagaan.

Mereka juga membantah 10 undang-undang lain yang dicadangkan, termasuk cadangan pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan 1950.

Mengikut ketiga-tiga badan itu, apa yang dicadangkan kepada PCA akan membolehkan tahanan tidak perlu dibicara dan juga menidakkan bidang kuasa badan kehakiman.

Majlis peguam ni tak payah cakaplah. Bukan majlis peguamlah kalau tidak melakukan perkara yang pro kepada pakatan rakyat. Mereka ni cuma boneka pajatan rakyat yang hanya menggunakan tittle perundangan mereka sebagai topeng untuk diletakkan posisi profesional.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah berkata pindaan kepada PCA itu "tidak selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia".

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam meminta kerajaan menangguhkan bacaan kedua hari ini dan untuk menjalankan kajian mengenai pindaan yang dicadangkan.

Walaupun UMNO Menteri Abdul Rahman Dahlan telah mempertahankan PCA di Twitter , MCA telah menjadi lebih lantang dalam kebimbangannya ke atas kemungkinan penyalahgunaan berlaku.

Pemimpin MCA Datuk Chua Tee Yong berkata bahawa dia disokong mewujudkan satu klausa yang membolehkan satu semakan kehakiman atas tindakan yang dibuat melalui undang-undang ini.

Pada hujung minggu , kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan tadbir urus, integriti dan ketelusan Datuk Paul Low mempertahankan undang-undang pencegahan .

Low berkata : "jenayah terancang adalah lebih berbahaya daripada samseng Ia adalah mengenai pengubahan wang haram, penyeludupan manusia, penculikan, perjudian, melanggar undang-undang siber dan banyak perkara lain ."

Ps: apapun. Pu3 menanti lulusnya PCA ini. Semakin dimanjakan penjenayah ni.. semakin tinggi taringnya pada rakyat. Huhuhuhuhu.. risau membayangkan senjata jd bahan utama melindungi diri jika penjenayah bebas berlari-larian luar pagar rumah

PINDAAN CPA TURUT DAPAT SOKONGAN PEMBANGKANG : ZAHID

KUALA LUMPUR:  Pindaan yang dilakukan dalam Akta Pencegahan Jenayah (CPA) bagi membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan turut mendapat maklum balas baik daripada pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau meminta semua pihak melihat pindaan itu secara positif kerana  mengutamakan keselamatan serta keamanan rakyat dengan memerangi jenayah yang kini masalah besar kepada rakyat dan negara.

"Terima kasih kepada NGO yang memberi pendapat positif, terima kasih juga kepada rakan dalam parti pembangkang yang mula memahami bahawa pindaan CPA ini menjaga keselamatan rakyat keseluruhannya," katanya ketika berucap pada Forum Pencegahan Jenayah bertema 'Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Anda' di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata masih terdapat segelintir pihak tidak memahami keperluan dan kepentingan pindaan itu serta menganggapnya sebagai menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dimansuh pada 2011.

"Walaupun beberapa pihak telah menyatakan ketidaksenangan hati mereka terhadap pindaan CPA ini, tetapi saya telah jelaskan bahawa ia bukan satu rangundang-undang yang menggantikan ISA. Ia adalah suatu rang undang-undang yang  dipinda bagi mencegah jenayah semata-mata," katanya.

Beliau berkata pindaan itu juga menghadkan kuasa dan penyalahguaan kuasa menteri, sebaliknya memberi kuasa kepada lembaga yang terdiri daripada tiga anggota Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa pindaan CPA juga membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan berikutan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933.

Pada sidang media selepas itu, beliau turut memberi jaminan PCA tidak akan digunakan terhadap ahli politik atau pihak yang berbeza pendapat.

"Kekhuatiran pihak Majlis Peguam, NGO serta parti pembangkang ialah pihak kerajaan menggunakan PCA ini untuk melakukan tahanan terhadap ahli politik.

"Kerajaan memberi jaminan CPA ini ditujukan seratus peratus hanya kepada penjenayah sahaja. Ia tidak harus dimanupulasi kononnya untuk menyekat, menahan dan memenjara pihak yang berbeza pendapat dengan kerajaan. Ia adalah untuk mencegah jenayah," katanya.

Pindaan Rang Undang-Undang CPA akan dibahas di Dewan Rakyat Isnin ini. Mengulas laporan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, yang menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan daripada individu tidak dikenali Isnin lepas, Ahmad Zahid berkata penjenayah takut dengan tindakan tegas polis.

"IGP pun ada terima. Mereka takut pada penguatkuasaan. Saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara dan semua Ketua Polis negeri, terutama Pulau Pinang, kerana menjalankan tugas dengan sepenuh hati dan keikhlasan sehingga mereka yang terlibat dalam pembanterasan jenayah terasa.

"Ugutan tidak memberi sebarang makna kepada pegawai-pegawai ini kerana apa yang dilakukan oleh mereka adalah untuk kepentingan rakyat keseluruhannya," katanya.

Forum empat itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi. - BERNAMA

TUN M SANGKAL DAKWAAN MUKHRIZ JADI ANCAMAN KEPADA NAJIB


PUTRAJAYA:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan The Economist bahawa anaknya Datuk Mukhriz akan menjadi ancaman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno kelak.

Dr Mahathir berkata majalah kewangan yang berpejabat di London, United Kingdom itu tidak boleh memikirkan sebarang perkara baik untuk ditulis terhadap sesiapapun.

"Di Malaysia, kita (anggota politik) tidak mengamalkan budaya jahat itu..iaitu menyingkirkan sesiapa," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

The Economist, dilaporkan berkata jika Mukhriz yang juga menteri besar Kedah menang, beliau akan diajak oleh kumpulan anti-Najib sebagai proksi bapanya dan kemudiannya seorang perdana yang lemah boleh digulingkan melalui satu gerakan dalaman.

Ditanya mengenai pandangan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu ceramah baru-baru ini bahawa kerajaan perlu menyemak semula perjanjian dengan Sabah dan Sarawak dalam memastikan kepentingan dua negeri itu  dilindungi selepas membantu pembentukan Malaysia beliau berkata: "Kerajaan telah menguruskan perkara itu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut mengenainya.

Terdahulu, beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membaca buku cerita kepada kanak-kanak di perpustakaan yang terletak di dalam bangunan yayasan itu dan melawat gerai pameran di sana.

Selepas menghadiri hari terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana, beliau dan isteri turut menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Sirkit Pancing Putrajaya siri ketiga tahun 2013 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Perbadanan Putrajaya di Tasik Presint 8 di sini.
Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada pemenang sirkit pancing itu.

Nik Nazriariffin Nik Hassan, 34, muncul juara dengan memenangi hadiah pertama berjumlah RM7,000 setelah menangkap ikan tenggalan seberat 3.1 kilogram (kg).

Tempat kedua yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 dimenangi Mohd Akmal Hashim, 26, dengan tangkapan ikan tenggalan seberat 2.4 kg, manakala tempat ketiga dimenenangi Rosli Chik Mat, 45, yang memenangi hadiah wang tunai RM3,000 selepas menaikkan ikan tenggalan seberat 1.9 kg.
Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat. - BERNAMA

Ps: nampaknya perangai menyerang untuk menjatuhkan individu lain mulai timbul. Boleh tak buang perangai tak berilmu tu jauh-jauh.???!!!

SPEAKER KEDAH SERAH NOTIS PENGOSONGAN KEPADA SPR


ALOR SETAR:  Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian siang tadi menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandang, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Notis bersama sijil kematian bekas Menteri Besar Kedah itu diserahkan kepada pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat speaker DUN di Wisma Darul Aman hari ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Menurut Md Rozai beliau memberi masa kepada keluarga Allahyarham untuk mendapatkan sijil kematian kerana menghormati keluarganya yang masih bersedih.

Katanya penyerahan notis itu adalah mengikut perkara 53 fasal kecil 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang perlu memaklumkan kekosongan kerusi DUN kepada SPR supaya Pilihan Raya Kecil dapat diadakan dalam tempoh 60 hari.

"Menurut perkara 53 fasal kecil 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri kekosongan tersebut perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bahawa ada kekosongan sekian terima kasih," kata Md rozai Shafian.

Tambah Juhari pula beliau akan menyerahkan notis itu kepada pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini supaya suruhanjaya itu boleh mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Azizan yang memenangi kerusi berkenaan sejak 1995 mempertahankannya bagi penggal kelima pada 2008 dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi. - Astro Awani

PEMILIHAN: BILA KUAH TERLEBIH SUDU


Mungkin tidak semua bahagian menghadapi masalah ini. Tetapi ianya sememangnya berlaku. Kes ketua pemantau atau ketua urusetia pemilihan bahagian yang dilantik seharusnya seorang yang berkecuali sudah tidak bersikap profesional.

Semalam pu3 terima aduan dari rakan pu3 yang mengalami gangguan dari ketua pemantau yang tidak pun mengamalkan sikap profesionalnya sebagai seorang yang berkecuali di kawasan bawah kelolaannya. Bukan sahaja bersikap BIAS malahan menggunakan saluran media sosial menghentam individu-individu yang tidak disokongnya.

Seingat pu3.. penyakit menghentam ini bukan sahaja berlaku semasa pemilihan tetapi sebelum pemilihanpun sudah dilakukannya.

Pu3 tertanya-tanya..

*adakah sebagai seorang ketua kepada jawatankuasa pemilihan kawasan tersebut sememangnya beliau diberi mandat mengganggu calon-calon yang bertanding dengan provokasi??

*Adakah seorang yang diamanahkan menjadi pemantau dibenarkan memilih calon yang disuka dan menyertai kumpulan berkenaan??

*Adakah sebagai pegawai anggota memastikan pelancaran pemilihan di bahagian membenarkannya melakukan provokasi melalui facebook ke atas calon-calon bertanding?

Kenapa pu3 bertanya.. kes begini tidak berlaku di kawasan pu3 dan tidak juga di kawasan berhampiran. Bukan pu3 tidak mengenali jawatankuasa pemantau kawasan pu3. Mereka benar-benar bersikap berkecuali malahan tidak pun menunjuk kuasa melampau ke atas calon-calon. Tetapi ia sememangnya berlaku di 1 kawasan.

Hal ini pu3 cadangkan agar calon menghadapi masalah membuat laporan ke Badan Perhubungan Negeri. Mengijut maklumat.. teguran telah dibuat ke atas ketua pemantau. Malangnya bukan berhenti dari melakukan provokasi , semakin keluar belang dan taring menunjuk protesnya dengan tindakan menghentam.

Lagi menyedihkan.. mengikut maklunat.. beliau adalah pegawai JASA di kawasan berkenaan. Wahhhhhh.... kenapa boleh jadi begitu???? Menjadi tanda tanya pu3.. sebagai pegawai JASA kawasan.. adakah tugas mereka MEMBALUN kepimpinan BN di kawasan yang mereka tidak gemari secara personal dan menyebarkannya di media sosial. Yakah? Sebab pu3 mempunyai rakan yang juga pegawai JASA. Tetapi mereka tidak pula memiliki pembawaan sedemikian. Jangan cakap mereka tak aktif di media sosial.. sangattttt aktif tetapi mereka tak seperti beliau seorang ni.

Agaknya dia ni terlebih aktif sehingga tak perasan statusnya bukan membantu tetapi lebih banyak merapu. Ditambah dengan sikapnya berbangga ke atas diri. Jangan kerana amanah diberi sampai lupa diri bro!
Ps: bertindak ikut akal jangan turut hati meroyan

KENAPA DAP AGUNGKAN CHIN PENG DAN MELUPAKAN DEVAN NAIR ?????


Kematian komunis penjahat chin peng seolah-olah satu kehilangan wira kepada DAP.

Sikap DAP dipersoalkan apabila seolah-olah seperti 'kacang lupakan kulit' dengan lebih mengagungkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu,bekas Presiden Singapura,CV Devan Nair.Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah (DUN),M. Manoharan mendakwa,ini berikutan DAP sukar menerima kematian Chin Peng dengan dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding pengasas DAP itu sendiri.Malah,kata beliau,parti tersebut seolah-olah sudah 'memadamkan' Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu.Jelasnya,DAP tidak pernah memberi penghormatan dan penghargaan yang secukupnya kepada Devan Nair sehingga saat ini berbanding 'pemimpin' lain dalam parti. - betullah tu! Kenapa ya????

"Layanan ini sungguh berlainan jika mahu dibandingkan dengan Chin Peng yang meninggal dunia baru-baru ini.Rata-rata pemimpin DAP menunjukkan sokongan terhadap perjuangannya,ada juga Ahli Parlimen DAP dan penyokong yang telah memberikan penghormatan terakhir di Thailand,blog juga penuh dengan cerita Chin Peng.Devan Nair langsung tiada.Apakah jenis jasa Chin Peng terhadap parti jika dibandingkan dengan Devan Nair? Penyokong parti juga ingin tahu mengapa Devan Nair seolah-olah sudah dilupakan, saya mohon DAP untuk segera betulkan keadaan ini," katanya kepada Utusan Malaysia.  - siapa chin peng dalam DAP sehingga kepimpinan sebenar dalam DAP tidaklah gah diberi penghormatan tetapi penjahat komunis ini juga diberi penghormatan besar oleh kepimpinan DAP???? Kenapa?????

Devan Nair merupakan satu-satunya pemimpin PAP yang berjaya memenangi kerusi Parlimen di negara ini dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 1964 iaitu semasa Singapura masih sebahagian daripada Malaysia.Bekas Ahli Parlimen Bangsar itu seterusnya mengasaskan DAP setelah Singapura berpisah daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Presiden republik itu mulai 23 Oktober 1981 hingga 27 Mac 1985.Kata Manoharan lagi:""Potret Devan Nair tidak pernah digantung di mana-mana,tidak pernah ada apa-apa program yang dibuat untuk memperingati hari lahir atau kematian beliau dalam parti, malah tidak ada maklumat atau biodata beliau dalam laman rasmi DAP atau Roketkini.Adakah ini adil dan sesuatu yang betul? Beliau adalah pengasas parti ini. Mengapa mahu dilupakan begitu sahaja? Tidak ramai yang tahu perjuangan dan pengorbanan Devan Nair,bukankah parti bertanggungjawab menjaga sejarah ini." Manoharan turut memuji parti Gerakan yang meskipun didominasi oleh kaum Cina,namun masih tetap meletakkan potret pengasas dan Presidennya,Syed Hussein Alatas di pejabat parti itu. - Utusan

Cuba kamurang fikir-fikirlah kannnn

ps: pu3 menerima komen kononnya devan tidak diberi penghormatan kerana beliau kaki perempuan dan pemabuk. tetapi .. bukankah beliau ahli DAP??? sedangkan Chen Ping bukan ahli DAP...kalau Devan nair dituding sebagai pemabuk dan kaki perempuan.. ertinya selama ini penyokong DAP sahlah mengikuti perkembangan chin peng walaupun beliau bukan Malaysia people.. kiblat komunis.??? 

ADA UNDANG-UNDANG UNTUK SEKAT ABU CHIN PENG DIBAWA MASUK : KETUA POLIS NEGARA


KOTA BHARU:  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Malaysia mempunyai undang-undang  khusus  untuk menolak membawa masuk abu atau mayat sesiapa sahaja ke  negara ini.

Khalid berkata anggota keluarga si mati yang mahu membawa masuk abu atau mayat perlu mendapatkan permit khas di bawah  undang-undang Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pengimportan dan Pengeksportan Mayat, Tisu Manusia dan Organisma  Patogenik dan Bahan) 2006.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat  Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini siang tadi.

Khalid mengulas mengenai laporan portal berita bahawa Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menghalang abu  atau mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng masuk ke negara ini selepas meninggal dunia di Bangkok,  Thailand, pada 16 September lepas.

Pada mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari sejak Rabu lepas itu, turut diberi penjelasan mengenai cadangan pindaan  undang-undang dalam memperlengkapkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menangani masalah jenayah, terutama berkaitan kekerasan.

Dalam pada itu, Khalid menegaskan individu atau kumpulan tertentu yang cuba menghidupkan kembali fahaman komunis dan cuba  mengancam demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak sekian lama di negara ini boleh ditahan di bawah beberapa undang-undang yang  termaktub di dalam perlembagaan.

Beliau berkata, sesiapa yang membawa apa juga penerbitan, bahan-bahan yang boleh ditakrifkan cuba menghidupkan fahaman  komunis adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan, selain Seksyen 124E Kanun Keseksaan atau siasatan juga boleh  dijalankan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Selain itu buku-buku (yang dicetak untuk sebar fahaman komunisme) pun boleh diambil tindakan di bawah Akta Penerbitan walaupun buku  itu belum lagi diharamkan kerana baharu dikeluarkan. - Astro Awani

RETAK TUNGGU HANCUR : ADUN LUYANG KELUAT DAP, JADI WAKIL RAKYAT BEBAS


KUALA LUMPUR:  Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti itu dan berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas.

Hiew, yang meletak jawatan sebagai penasihat kepada jawatankuasa perhubungan negeri DAP beberapa minggu lepas, berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain.

"Ya, saya membuat keputusan untuk keluar parti. Bagaimanapun, saya akan kekal sebagai (Adun) Bebas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hiew berkata beliau akan menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibu pejabat parti lewat hari ini.

Selepas pilihan raya umum Mei tahun ini, Hiew bertelagah dengan beberapa pemimpin DAP Sabah susulan keputusannya untuk menyokong Adun Klias Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sedangkan parti itu menyokong Adun Tamparuli Datuk Wilfred Bumburing.

Ini membawa kepada kritikan terbuka rakan-rakannya dalam jawatankuasa perhubungan negeri sehinggakan mereka mahu tindakan disiplin dikenakan terhadap beliau.

Bagaimanapun sebelum tindakan sedemikian diambil, Hiew melepaskan jawatan sebagai penasihat kepada DAP Sabah.

Sejak itu, terdapat spekulasi bahawa Hiew mungkin keluar daripada parti itu yang memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum lepas.

Spekulasi mengenai Hiew keluar parti semakin memuncak selepas pengumumannya minggu lepas bahawa beliau menarik diri daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan tidak  akan menghadiri kongres khas DAP yang dijadual Ahad ini.

Sementara itu, Setiausaha Pengelola DAP kebangsaan Anthony Loke, ketika dihubungi berkata parti itu tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Hiew dan hanya mendapat tahu  mengenainya daripada laporan media. - BERNAMA

PENDEDAHAN: TITIK HITAM DAP YANG MEMBAWA KEPADA MALA PETAKA DAN KEMUSNAHAN


Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua. 

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini. 

Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi. 

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi. 

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ? 

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP. 

Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP. 

Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut. 

Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu. 
Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang.

KENYATAAN MEDIA PENDAFTARAN PERTUBUHAM BERHUBUNG PENIPUAN LIM GUAN ENG DAP


Pendaftar Pertubuhan di sini ingin menerangkan sekali lagi lagi tentang isu Pemilihan CEC DAP khasnya untuk pemahaman semua yang terlibat secara langsung dalam hal ini memandangkan tindakan pemimpin DAP yang mendukacitakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus belajar membaca dan memahami apa yang telah dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula CEC DAP. ROS tidak pernah menyatakan yang DAP tidak boleh mengadakan 'Special Congress' tetapi hanya telah mengingatkan DAP supaya mengikut peruntukan-peruntukan dalam Undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan semula tersebut. Dalam hal ini penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu sepertimana yang tercatat di dalam Undang-undangnya harus di patuhi.

Harus di tekankan disini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah oleh ahli-ahlinya sendiri dan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan. Adalah tidak wajar ROS di kaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

Namun demikian, walaupun Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak ahli-ahlinya terjejas.

Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya.

DATO' ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

PEMILIHAN : APA AGENDA KETAT SANGAT?


Pelik sangat pu3 memikirkannya. Semakin difikir semakin merepek perubahan demi perubahan dibuat dalam peraturan pemilihan 2013 ini. Dahlah syarat-syarat sebelum ini sekejap macam ni sekejap macam tu (walau tak menyertai mana2 pertandingan peringkat bahagian mahupun pusat) tetapi apa yabg dilalui oleh sahabat-sahabat pu3 sangat perlu diberi perhatian!

Kenapa selepas melihat betapa ramainya calon mendaftar terus dibangunkan  Kod etika pemilihan 2013 yang antaranya menetapkan calon tidak boleh berkempen secara bersendirian dan hanya boleh mempromosi diri melalui majlis rasmi yang diaturkan Badan Perhubungan Umno setiap negeri dilihat terlalu ketat?

Melihat jumlah calon dan jadual yang sudah diedarkan sampai di tangan pu3. Pu3 boleh katakan. APA DAJAL punya penyusunan jadual ni?!!! Dahlah sesi memperkenalkan diri rapat sangat. Dah tu dihimpun 1 1 lokasi yang ditetapkan!!! Calon dan pengiring sahaja dah cukup memenuhi dewan yang disediakan! Belum lagi perwakilan yang datang untuk melihat sendiri calon-calon yang menawarkan diri.

Berapa lama sesi memperkenalkan diri ini? Sehari? Untuk 1 negeri? Pu3 nak tahu.. ada tak pengurusan pemilihan 2013 mengambil kira kerumitan perwakilan datang berhimpun? Nak contoh terdekat Sabah. 25 bahagian tau! Lokasi dari 1 tempat bukan seperti negeri lain! Jauh belaka. Setakat zon 1 sahaja campur sedikit perwakilan dari zon 2.. bangunan perhubungan UMNO Sabah dah muntah pengunjung!

Kena ambil kira pula perwakilan yang datang dari zon 5 dan zon 6 Sabah. Perjalanan antara 4 jam hingga 12 jam by road bukan suatu perjalanan yang sangat mudah. Apa tah lagi.. perwakilan di sabah adalah perwakilan yang sangat ramai memandangkan cawangan disetiap bahagian melebihi ratusan!

Seperti yang dikatakan oleu Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata dalam PC, pihaknya menerima banyak aduan daripada calon Pemuda Umno yang bertanding di pelbagai peringkat yang merasakan syarat itu  tidak wajar.

Khairy berkata, generasi muda dalam Umno memerlukan kebebasan lebih luas dan bukannya ingin menggalakkan perkara tidak sihat.

Beliau berkata, sekiranya calon sekadar mengadakan pertemuan dengan perwakilan untuk menyatakan hasrat mengundinya, itu bukanlah menjadi satu kesalahan.

"Kalau tak boleh buat itu, apa jenis kempen yang kita boleh buat.  Takkanlah kita nak kempen pun jadi kesalahan dalam parti. Kalau sekiranya ada serangan peribadi, ada fitnah, ada politik wang, itu kita boleh ambil tindakan.

"Hari ini kita ada media sosial, kalau sekiranya kita tidak boleh kempen secara peribadi maka semua yang kita buat dalam media sosial ni pun sama juga.

"Jadi saya harap Jawatankuasa Pemilihan dan Jawatankuasa Lembaga Disiplin dapat fikirkan semua syarat-syarat ini," katanya ketika ditemui sempena Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Pemuda Malaysia di Dewan Bangunan Umno Tampin, dekat sini, semalam.

Pu3 sangat bersetuju dengan kenyataan YB Khairy. Seharusnya perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira kepada keperluan. Walaupun sayap wanita mahupun ahli biasa tiada had umur tetapi ada dikalangan mereka yang pernah dipilih pada pandangan pu3 wajar diturunkan. Setakat memenuhi kouta kepimpinan dan hiasan pentas sama ada peringkat bahagian mahupun pusat. Tak main peranan pun.. buat apa !

Lagi parah untuk puteri dan pemuda pula. Sudahlah umur terhad. Dah tu kena terpaksa menutup pintu apabila umur dah cecah 35 untuk puteri dan 40 untuk pemuda mengucapkan selamat tinggal kena pindah bilik baru... pengganti sudah tentu orang baru. Lazimnya mereka ini hanya dikenali kawasan di mana mereka berada. Sedangkan memilih untuk peringkat pusat memerlukan undian seluruh bahagian- bahagian.

Setakat program sesi memperkenalkan calon atau pu3 lebih suka kata.. walkcat.. alahai.. ini pemilihan kenal penampilan saja kah? Lambai-lambai kepada perwakilan yang hadir? Adakah melihat penampilan sudah cukup membuat perwakilan mengenali calon berkenaan. Kalau calon-calon yang sememangnya dikenali. Memegang jawatan menteri atau timbalan menteri . Atau calon yang mempertahankan. Tetapi bagaimana pula calon baru yang tidak dikenali semua tempat? Mereka cukup cemerlang kepimpinan mereka di kawasan mereka. Adakah sudah cukup sesi walkcat sahaja?

Pu3 sangat tidak bersetuju dengan sekiranya itu pengisian sesi memperkenalkan diri calon. Pemilihan 2008-2009 sebelum ini pun setiap perhubungan negeri diminta membuat program sebegini. Terasa pula diri diperkenalkan umpama menyertai pertandingan RATU CANTIK di atas pentas. Pu3 bersyukur ketika itu. Kempen bergerak bertemu secara langsung dengan perwakilan pu3 di bahagian- bahagian boleh digabungkan memandangkan ketika itu setiap bahagian hanya 4 orang sahaja yang layak mengundi untuk peringkat pusat. Bayangkan sekarang. Sekiranya 1 bahagian cawangannya mencecah hingga 130. Didarab 5 orang. Nak dihimpun 1 negeri. Bolehkah calon melakukan capaian kenal dengan dekat?

Bagaimana perwakilan mengetahui calon itu? Apa visi dan misinya. Pencapaiannya bagaimana. Orangnya bagaimana baik hatikah.. tegaskah.. suka berguraukah... pemalukah?....

Apabila diumumkan syarat begini ketat. Pu3 dapat rasakan. Ada agenda yang dibuat demi kepentingan pihak-pihak tertentu. Walau tidak jelas tetapi berlaku SEKATAN ke atas individu lain untuk masuk dalam kelompok tersebut.

Pu3 nak pinjam kata-kata yb Khairy :

"Ingatlah,  musuh kita yang sebenar bukan dalam dewan ini walaupun dalam satu bahagian ada kumpulan-kumpulan, tapi ingat kita masih lagi saudara dalam perjuangan yang sama untuk agama, bangsa dan negara.

"Pembangkang nak lihat kita lemah, pembangkang nak tengok kita berpecah sebab itu mereka amat minat dengan pemilihan parti yang sedang berlangsung, tapi kita buktikan sekali lagi dengan berkat kalimah Allah bahawa Umno tetap dan kekal parti keramat yang akan menjaga dan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

"Saudara kena buktikan pertandingan sebenar bukan pada Pemilihan Umno Oktober ini tapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang,"

Ingat-ingatlah. Jangan kerana menjaga kepentingan individu tertentu sanggup menidakkkan kepentingan individu berhak lain. Mungkin peraturan dunia bolehlah diubah suai mengikut suasana. Tetapi wajib diingat. Hukum dan undang-undang yang sudah ditetapkan oleh Allah swt.. tiada siapa boleh mengubahnya. Ianya mempunyai perkaitan.. penggubal undang-undang dunia. Jika penggubal itu amanah. Selamatlah dia. Jika penggubal itu adalah individu yang hanya menjaga kepentingan individu tertentu.. dunia mungkin dia selamat. Di akhirat terjamin dia tidak akan selamat

Renung-renungkan. Selamat membuat pilihan dengan  amanah dan bijaksana

Bersambung.....

PEMILIHAN: TAKUT BAYANG-BAYANG???


Kenapa perlu dibuat pemilihan? Adakah hanya kerana peraturan dan perlembagaan yang mensyaratkan harus berlaku permilihan. Tetapi adakah ia hanya sebagai pra-syarat semata tanpa ada mesej yang tertentu untuk kebaikan dan penambahbaikan parti untuk menjadi sebuah parti yang bertahan dan tetap gagah.

Pada pandangan pu3.. pemilihan ini adalah 1 platform pembersihan dan pemulihan terbaik untuk mengekalkan kualiti dalam parti. Pada yang telah diberi amanah kena sedarlah. Tempoh panjang 3-5 tahun itu sangat panjang untuk menunjukkan betapa diri adalah sangat layak untuk diberi mandat untuk sesi baru.

Cuma.. untuk sayap puteri dan pemuda sekatan usia menyebabkan kepimpinan ini menutup pintu dan masuk ke bilik baru. Mereka terpaksa berhempas pulas untuk diterima sebagai sebahagian mereka yang sudah berabad di dalam ruangan tersebut. Ada yang survival dan ada juga beralah. Bukan kerana kalah tetapi lazimnya kumpulan beralah ini lebih sukakan suasana keharmonian mengelak pergolakan besar sehingga berlaku pergeseran dan berpecah.

Pu3 wish.. all the best sahabat pu3 yang berusaha mendapat tempat di ruangan baru walau kehadiran mereka seolah-olah ditidakkan. Atau hadirnya mereka konon diterima walhal dipergunakan untuk sokongan. (Alahai.. pu3 nampak sangat lakonan tu. )

Sebelum ini.. pu3 ada menyentuh sedikit berkaitan kempen melalui media sosial dengan pelbagai variasi. Hari ni, pu3 nak tambah lagi sedikit berkaitan kempen di media sosial ini. Pu3 suka tengok kempen menunjukkan kelebihan dan kekuatan. Tetapi apabila keluar pula status kempen memburuk-burukkan lawan ni.. pu3 berfikir.. alangkah bodohnya mereka yang bertanggapan mereka ini kumpulan modern dan canggih dengan kemahiran interaktif di laman media sosial tetapi akal mereka masih terkebelakang dengan  mesej jahat lagi celaka menjatuhkan pihak lawan. Tidakkah mereka berfikir panjang.. komen dan update status memburukkan individu tertentu bukan  hanya dibawa pihak lawan malahan pihak yang memusuhi parti? Ini bukan bijak tetapi tahap BODOH BINGAI! Nampak sangat TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG!

Adalah khabar-khabar yang pu3 terima .. sama benar mahupun tidak benar hanya individu terbabit sahaja yang tahu. Berkenaan team blocking ni. Mana bukan team.. akan direject dan dikick seumpama musuh dan pembangkang. Walaupun individu yang hendak dinyahkan adalah mereka yang sangat berpotensi lagi bersih. Why???? Betul kata mantan ketua Wanita Malaysia Tan sri Rafidah Aziz. Mengapa takut dengan bayang-bayang? ( maaflah pu3 bukan peminat pun tp kata-kata dia tu boleh dipakai dan dipersetujui. Maaflah Tan sri Rafidah.. masing-masing ada punya pilihan untuk jdkan siapa yang diminati heheheh tpi.. benci tidak sekali-kali)

Adat bertandinglah. Kenalah bertanding dengan cara sihat. Tak perlulah gunakan teknik... taktik kotor yang sepatutnya tidak sekali-kali dilakukan oleh seseorang yang kononnya BAIK sangatttttt!... JANGAN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG. Pangkat dunia tak dibawa ke alam kubur. Tak menjadi permit lepas di akhirat juga!

Pemilihan ini adalah suatu kaedah TRANSFORMASI. Kita perlu BERANI BERUBAH. Kalau tak diubah kita akan REBAH. Ingatlah.. calon pilihan terbaik adalah calon jadi pilihan akar umbi. Bukan calon pilihan atasan. Perwakilan kini bukan sahaja bijak malah tahu menilai. Tak usahlah TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG. Janganlah menggunakan kaedah KEMPEN SAMSENG.

Bijaklah berfikir. Jangan kerana hal dunia.. di akhirat kita disoal kerana tak memelihara amanah. Renung-renungkan.

Jom kita lakukan  TRANSFORMASI demi parti tercinta kita.

PEMILIHAN: PENJENAMAAN BARU PERLU PRODUK BERKUALITI


TIK TOK TIK TOK TIK TOK.... Tempoh 72 jam yang diberikan oleh jawatankuasa pemilihan UMNO 2013 telah tamat semalam. Bermula hari ni, bermula hari calon-calon perlu mengekalkan momentum menarik perhatian perwakilan untuk serahkan sepenuhnya kepercayaan kepada diri mereka  dan bakal dizahirkan pada 12hb oktober 2013 bagi pergerakan sayap-sayap UMNO dan pada 19hb oktober 2013 untuk jawatankuasa induk bahagian serta MKT

Dalam perjalanan menuju ke destinasi tarikh bersejarah tersebut, ada sahaja cara kempen dilakukan oleh calon dibantu oleh penyokong tegar. Berlaku pemasaran produk untuk menarik perhatian pelanggan. Kaedah pengiklanan pun dah semakin canggih dengan perkembangan komunikasi interaktif melalui media sosial.

Wajah-wajah calon. Ada yang baru sama ada mempertahankan dan mencuba nasib sekali lagi. Tak kurang juga wajah-wajah baru.

Ada produk sememangnya sangat berkualiti dan wajarlah diberi peluang dipilih semula dan ada juga produk sudah tak boleh pakai langsung. Kalau direcycle pun boleh mengundang keracunan yang kronik! Rasanya produk-produk yang mendatangkan permasalahan ini perlu dikeluarkan dan berilah peluang pada produk-produk baru dan menampakkan jaminan kualitinya.
Rasanya menilai produk yang boleh dipakai terus tanpa was-was ni tak susah nak menjejak. Produk yang perlu dibungkus masuk stor pun tidak susah diperiksa. Tempoh 5 tahun ini, masa cukup panjang untuk menikmati produk berkualiti dan mengekalkan tahap keyakinan dan kesetiaan pada produk terbabit.

Produk yang perlu dibungkus pun boleh dikesan. Berapa kali kena dibaikpulih. Adakah produk tersebut asyik ditarik dan dibaiki berulang kali sehingga penggunanya semakin kurang selesa kerana asyik menikmati produk tidak stabil dan bermasalah! So kenapa perlu merisikokan diri untuk memilih semula produk tersebut. Sampai bila kita sebagai pelanggan perlu disukarkan dengan asakan iklan yang konon menjanjikan produk itu adalah produk berkualiti???? Betulkah? Atau pihak publisitu terpaksa sekali lagi membuat pengiklanan menutup permasalahan dari produk yang bermasalah. Berapa lama kita nak biarkan badan kita diasak dengan kesan permasalahan ini. Pu3 khuatir hanya kerana konon membalas budi punya pasal, habis musnah syarikat. Takkan dalam syarikat tersebut tidak memiliki produk yang bersih lagi berkualiti?????

Elok juga ada pemilihan ini. Masa untuk menilai semula produk yang sedia dipasarkan. Seterusnya memilih produk baru. Yakinkan diri supaya tidak terpujuk dengan kaedah pembujukan yang bukan setaap pakar lagi malahan sangat profesional. Ditambah lagi tahap penguasaan produk memaksa pujuk untuk pelanggan memilih mereka semula. Termasuklah menggunakan 'kuasa' yang berbaki mengatur strategik 'SEKATAN' agar 'kuasa' mereka boleh dikekalkan.

Lagi melucukan apabila pihak publisiti dan produk tersebut menjadikan platform media sosial sebagai saluran mereka menyebarkan dakyah-dakyah mendowngrade produk baru bagi menutup bangkai gajah yang menggunung busuknya!!! Jangan terlupa dengan pribahasa "kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak kelihatan" bangkai gajah kalau tak diurus segera.. baunya dihidu hebat oleh 'mereka' yang berada di luar sana.

Lagi parah apabila produk-produk berusaha menjatuhkan persaingan produk lain dengan kaedah 'UGUTAN' dan bersikap dayus hanya merasakan masa dan situasi tidak memenangkan diri mereka. Hello.. be profesional?! Kalau nak jadi produk berkualiti.. laluilah pemilihan dengan  kebijaksanaan yang bersih lagi suci. Tak perlulah menggunakan taktik kotor 

Awas. Di luar sana terlalu ramai PIRAHNA menanti memamah isi perut kita. Melondehkan kelemahan untuk diaibkan. Kenapa kita nak membuka kelemahan untuk santapan pirahna ini? Pu3 menganggap perangai-perangai pegawai pemasaran produk ini sudah kehabisan strategik melariskan produk mereka.. jalan paling mudah adalah menyebarkan cerita untuk menjatuhkan produk-produk baru agar produk lama kekal dan berkuasa walau bakal digunapakai dalam perasaan was-was.


Pu3 sekadar memberi pesanan agar pelanggan usah terpedaya. Jadilah pelanggan yang sangat bijak. Usah tertipu dengan 'janji-janji manismu' yang sudah pernah digunakan semasa pemilihan sebelumnya tetapi tunainya tiada.

Renungkan. Jangan hanya sayangkan produk basi. Kita korbankan kualiti menanti. Ingatlah produk-produk ini adalah lambang kegagaham syarikat. Iaitu parti tercinta kita iaitu UMNO

Salam musim pemilihan dari pu3

Bersambung......

SENARAI CALON JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA


Pengerusi Tetap 
NAPSIAH BINTI OMAR 1 MTB

Timb. Pengerusi Tetap 
SARIPAH AMINAHBI BINTI SYED MOHD  - 1
MASTIKA JUNAIDAH BINTI HUSIN – 2

Ketua
SHAHRIZHAT BINTI ABDUL JALIL – 1
RAIHAN BINTI SULEIMAN  - 2
MAZNAH BINTI MAZLAN  - 3

Naib Ketua
 SURAYA BINTI YAACOB  - 1
HAMIDAH BINTI OSMAN TARIK DIRI
AZIZAH BINTI MOHD DUN  - 3

Ahli Jawatankuasa
NORAINI BINTI AHMAD  -1
MELATI BINTI ALI  -2
NOR HAYATI BINTI ONN  - 3
ARMANI BINTI MAHIRUDDIN  - 4
JAINAB BINTI AHMAD  - 5
ROSLIN BINTI ABDUL RAHMAN  - 6
NORHAYATI BINTI OMAR  - 7
NORASLINA BINTI ZAINAL ABIDIN  - 8
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN  - 9
MARIANY BINTI MOHAMMAD YIT  - 10
RUSNAH BINTI KASSIM  - 11
JAMELAH BINTI A BAKAR   – 12
ARBAISAH BINTI OTHMAN  - 13
HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN   – 14
HASNAH BINTI SALAM   – 15
NORLIZA BINTI ABDUL RAHIM  - 16
AZIZAH BINTI JOHOR   – 17
ROSLINAH BINTI MOHAMED   – 18
MASHITAH BINTI IBRAHIM   – 19
SHAHANIM BINTI MOHAMAD YUSOFF  - 20
MARLIA BINTI ABD LATIFF  - 21
SHARIFAH AZIZAH BINTI SYED ZAIN   – 22
ASMAIZA BINTI AHMAD   – 23
ZAUYAH BINTI ZAINUDDIN   – 24
MAZNAH BINTI ABD HAMID   – 25
ZAITUN BINTI MAT AMIN   – 26
ZARINA BINTI MD EUSOPE   – 27
NIK NORIZA BINTI NIK SALLEH   – 28
NORIAH BINTI MAHAT   – 29
NORA`SHEKIN BINTI YUSOF   – 30
RAHMAH JAN BINTI SULAIMAN KHAN   – 31
SERIPAH NOLI BINTI SYED HUSSIN   – 32
ROS SURYATI BINTI ALANG  - 33
DYG SANIAH BINTI AWG HAMID   – 34
HABIBAH BINTI MOHD YUSOF   – 35
ROSNI BINTI ZAHARI   – 36
NOOR AIENI BINTI MOHD ALI    - 37
AZIZAH BINTI HARUN   – 38
AZIHANI BINTI ALI   – 39
RABIYAH BINTI ALI    - 40
NUAINUN @ SHUHANIE BINTI DERAMAN   – 41
MARZITA BINTI MANSOR   – 42
ZAINEY BINTI ZANUDIN   – 43
NONEE ASHIRIN BINTI MOHD RADZI    - 44

Sumber: umno-online.my

SENARAI CALON JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA


Pengerusi Tetap
ZUBIR BIN ZABIDI  - 1
ABDUL FATTAH BIN ABDULLAH   – 2
SYED AZMI AHMAD BIN SYED NAZIR AHMAD   – 3

Timb. Pengerusi Tetap 
MUHAMMAD YADZAN BIN MOHAMMAD   – 1
AHMAD MUSHAWIR BIN ABDULLAH   – 2
BAHRUL RAZHA BIN CHUPRAT 3
HISHAM BIN AHMAD SABRI   – 4
MOHD SHOUBLI BIN JAMAL   – 5

Ketua
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR  - 1
SYED ROSLI BIN SYED HARMAN   – 2
AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH BIN SANUSI   – 3
IRWAN AMBAK BIN KHALID IZHAR   – 4
ABD KARIM BIN ALI   – 5

Naib Ketua
JAMAWI BIN JAAFAR   – 1
LOKMAN NOOR BIN ADAM  - 2
MOHAMAD IRUAN BIN ZULKEFLI   – 3
KHAIRUL AZWAN BIN HARUN   – 4

Ahli Jawatankuasa
IBDILILLAH BIN ISHAK   – 1SYAMSUL BAHARIN PUTRA B.AHMAD SHIBI   – 2
ROHSAWAL NIZAM BIN ABD GHAFAR   – 3
ARMAN AZHA BIN ABU HANIFAH   – 4
MOHD AIZLI SHAHAR B ABDUL MALEK SHAHAR   – 5
MOHD RAFE BIN SIDEK    - 6
NAZIR HUSSIN BIN AKHTAR HUSSIN   – 7
MOHAMAD FAZLY BIN ZAINUDIN   – 8
MOHD ZAMRI BIN MOHD IDRUS   – 9
ARMIZAN BIN MOHD ALI  - 10
AHMAD MUKHRIZ BIN AHMAD FUAD   – 11
AHMAD FAISAL BIN ABDUL KARIM   – 12
ROZAIDI BIN ABDUL JAMIL   – 13
SUHASNI BIN HAYANI   – 14MOHD NAJIB BIN MOHD ISA    - 15
FATHULBARI BIN MAT JAHYA   – 16
DAZMA SHAH BIN DAUT @ DAUD   – 17
MUHAMMAD YUSMIZAN BIN MD YUNUS  - 18
FAEZ AINSTEIN BIN NORDIN   – 19
MAZLAN BIN ISMAIL    - 20
MUHAMAD MUQHARABBIN BIN MOKHTARRUDIN    - 21
ONN HAFIZ BIN GHAZI   – 22
AWANG SALEH BIN MAKMUD   – 23
MOHAMAD SUJI BILANG BIN MOHD NORDIN    - 24
KHAIRUL FIRDAUS BIN AKBAR KHAN   – 25
RAHIMI BIN ABD KARIM   – 26
MOHD RAFIQ BIN NAIZAMOHIDEEN  - 27
AHMAD LUTFI BIN IBRAHIM    - 28
MAISHAM BIN MA`AROF    - 29
TENGKU ZUHRI BIN TENGKU ABDUL AZIZ   – 30
AZLAN BIN ABDULLAH   – 31
MOHAMAD FAIZ BIN YAACOB    - 32
SHEIKH AHMAD NAFIQ BIN SHEIKH A RAHMAN    - 33
ABDUL AZIZ BIN ISMAIL   – 34
ARIFFIN BIN KASSIM   – 35
SHAHRIZAL BIN MAN HARUN    - 36
KAMAROL BIN SALLEH   – 37
JEFFRI BIN SALIM   – 38
MOHAMMAD NAWAR BIN ARIFFIN    - 39
ZAIDEL BIN BAHARUDDIN    - 40
MOHAMED HAZALI BIN ABU HASSAN    - 41
MOHD SAFIEE BIN SALAM    - 42
SALLEHUDIN BIN SATAR    - 43ERWIN MUKHRIZ BIN ZAHARI    - 44
MOHD AMIR IZWAN @ FELIX BIN ABDULLAH   – 45
MOHD FAIZAL BIN DAUD   –  46
MUHAMAD SAMAN @ AZIZUL KAMAR BIN ABDUL RAHMAN   – 47
MUA`AMAR GHADAFI JAMAL BIN JAMALUDIN    - 48
NORHILMAN BIN MOHD NOOR   – 49
MOHD KHAIRUL AMRI BIN AMIHAMZAH   – 50
MOHD SHAZRIL BIN MOHD KHALID   – 51
SYAHRIN BIN MD JAMALUDIN   – 52
MOHAMED NOOR BIN MOHAMED AMIN    - 53
NURUL IZHAM BIN NURUL ANUAR   – 54
MOHD FAIRUZ BIN MOHD SAKIRIN   – 55
MOHD IDHAM YASSER BIN SULEIMAN   – 56
AZRINIZAM BIN IBRAHIM   – 57
HASNIYUSFEE BIN ABU HASSAN    - 58
MOHD IKHMAL BIN ABU BAKAR   – 59
ZUKHAIRI BIN MD OSMAN   – 60
MUHAMMAD FAIZ BIN HASHIM   – 61
ARIFF HAKIMI BIN ZULKIFLI   – 62
JEFRIZAL BIN MOHD JAAFAR   – 63
MOHAMED NOOR AFFENDY BIN AMEERUDEEN   – 64
MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR   – 65
MOHD HUSAIMI BIN HUSSIN   – 66
ANUAR BIN ABD.MANAP   – 67
AZMI BIN MD YATIM    - 68
MANNDZRI BIN NASIB   – 69
MOHMAD ASIAN BIN AHMAD    - 70
KHAIRUL AZLAN SHAH BIN ABD AZIZ    - 71
MOHD SAIFUL BIN MOHD SAHAK    - 72
SHAHRIMAN AKMA BIN MD SHABUDIN    - 73
MOHAMAD NAJUIB BIN MOHAMAD SHAHAIMI    - 74
MOHAMAD NAZARI BIN AHMAD    - 75
AHMAD BAIDZAWI BIN SALEH HAMDI    - 76
MUHAMMAD FAIZ BIN MAHAYUDIN    - 77

sumber : UMNO-ONLINE

SENARAI CALON JWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Pengerusi Tetap
AZLIEZA BINTI AZIZAN  1 MBT

Timb. Pengerusi Tetap 
SALBIAH BINTI SAARI    - 1
NURUL HUDA BINTI NORDIN AHMAD   – 2

Ketua
MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN    - 1
JAMILAH HANIM BINTI OTHMAN    - 2

Naib Ketua
NORSABRINA BINTI MOHD NOOR   – 1
ZAHIDA BINTI ZARIK KHAN    - 2
NAZLIAH BINTI ALI    - 3

Ahli Jawatankuasa
AZURA BINTI MOHD AFANDI   – 1
NORASIMAH BINTI MD NOWAR    - 2
NORRULHUDA BINTI MARSIDIN    - 3
NOORMADIANA BINTI KAMARUDDIN   – 4
NASIBAH BINTI ISMAIL   – 5
JUNE ARTISHA BINTI MOHAMAD NAZARI   –  6
ASFALINDA BINTI ANUAR   – 7
NORWAHIDA BINTI PATUAN   – 8
MASMIRA BINTI MOHD SALLEH    - 9
NOOR AEIZA BINTI HASSAN    - 10
MIMIE HARIANIE BINTI ALIAS    - 11
NURHUDA BINTI AB KARIM    - 12
NOR HAZREENA BINTI MOHAMAD HASHIM    - 14
SUZANNA BINTI SHAHROM    - 15
NURHIDAYAH BINTI MOHAMAD SHAHAIMI   – 16
ISFARINA BINTI MOHD BALI   – 17
MARIANA BINTI AYOB    - 18
NORHAYATI BINTI RAMLI    - 19
WAN IZWANY BINTI ABDUL MALEK    - 20
JUNAIDA BINTI MAT ISHAK   – 21
NOR FARHANA BINTI ALHAM     – 22
AZLINA AZMA BINTI MOHD AZMI     – 23
JULIE BINTI SABRAN     – 24
NOR AZRYNA BINTI MOHD JAINURI    - 25
SYAKIMA NUR BINTI SABRI     – 26
NORMALAH BINTI RASIK    - 27
NOLEY BINTI HARUN     – 28
RAZMALINA BINTI RAZALI   –  29
HAZIQAH NASIRAH BINTI ZOL BAHARI    - 30
SRY NORAERNI BINTI KHAIRUDIN    - 31

Sumber: umno-online.my