Followers

#TANDA PUTERA : SEMANGAT YANG DIPUJI


Sebaik sahaja diumumkan filem Tanda Putera akan ditayangkan 29h Ogos 2013. Filem yang dikatakan filem Kontroversi telah mendapat liputan oleh semua pihak. Respond pun pelbagai termasuklah kritika  TAK CERDIK budak-Budak PR.

Kemudiannya, terlahir idea membuat kempen JOM KE PANGGUNG SOKONG TANDA PUTERA" Oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tercetus sebaik sahaja Mendengar larangan oleh LGE yang menunjukkan simpotom ketakutan melampau ke atas cerita sejarah tersebut.


Pu3 melilaulah memerhati dengan penuh semangat dengan respond  yang dizahirkan sebagai tanda sokongan membawa ramai menonton filem tersebut. Ada kempen meminta penonton menyarungkan songkok bagi lelaki. Tidak kurang juga golongan hawa menyarungkan kain sarung ala-ala tudung memberi gambaran pemakaian kaum perempuan zaman 60-an.

Bukan nak memuji tetapi sememangnya big kredit for Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tuaran. Pu3 sangat tertarik dengan berjayanya kempen puteri ini dengan semangat kemelayuan dan sesuai pula tema Raya dan merdeka semalam. Lelaki berpakaian baju melayu lengkap dan kaum hawanya berbaju kurung sopan. Siap berlagu dan kibarkan Sang Saka Bangsa dan bendera Sabah.

Tahniah. Pu3 memilih program ini sebagai pilihan pu3 agar menjadikan program ini sebagai salah satu inspirasi kepada pihak yang menyokong dan berkempen.

JOM KE PANGGUNG. SOKONG TANDA PUTERA

SALAM MERDEKA 56 TAHUN

SEMPENA MERDEKA, MALAYSIA AIRLINES TAWAR TAMBANG RM56 KE DESTINASI DOMESTIK

KUALA LUMPUR:  Malaysia Airlines menawarkan tambang sehala terangkum RM56 ke semua destinasi domestik untuk tempoh 56 jam sahaja sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56.

Tawaran itu bermula pada pukul 12.01 pagi 30 Ogos, 2013 dan berakhir pada pukul 8.00 pagi 1 September, 2013.

Tiket yang ditempah semasa tempoh promosi itu sah bagi perjalanan sehingga 31 Disember, 2013.

Tambang sehala terangkum ke semua destinasi domestik ini termasuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

"Bagi mereka yang tidak berkesempatan pulang dan bersama keluarga semasa cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini kini boleh mendapatkan tawaran tambang sehala RM56 yang menakjubkan ini untuk bercuti hujung minggu ini atau merancang percutian kemudiannya nanti tahun ini.
"Tawaran Merdeka Malaysia Airlines merupakan peluang terbaik untuk melancongdalam Malaysia," kata Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia Airlines, Muzammil Mohamad dalam satu kenyataan pada Khamis.

Enrich, program Malaysia Airlines bagi mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan juga mengadakan peraduan bagi ahlinya untuk mengumpulkan sehingga 56,000 Enrich miles dengan cepat.

Untuk layak menyertai peraduan itu, ahli-ahli perlu terbang dengan Malaysia Airlines ke mana-mana destinasi domestik dalam Malaysia mulai sekarang sehingga 30 September, 2013.

Untuk memenanginya, peserta boleh menghantar foto dengan kapsyen berkaitansesuatu yang mereka suka tentang Malaysia ke Instagram dengan hashtag #MH56 @malaysiaairlines dengan nombor Enrich mereka masing-masing.

Pelanggan boleh mendapatkan tawaran ini di semua saluran pengedaran - www.malaysiaairlines.com, talian 24 jam Malaysia Airlines di 1 300 88 3000,MHmobile, pejabat tiket Malaysia Airlines dan ejen yang dilantik di seluruh Malaysia. - BERNAMA

TPPA BOLEH MENYEBABKAN NEGARA TERJERUMUS KRISIS EKONOMI : TUN DR M

Tun Dr Mahathir menegaskan beliau membantah Perjanjian  Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti pada 1997 dan 1998.

Menurutnya, jika kerajaan menandatangani TPPA, satu perkara yang membimbangkannya ialah negara akan hilang kawalan mata wang yang secara tidak langsung membuka ruang terhadap perdagangan mata wang.

"Bila berlaku perdagangan mata wang, ia akan menekan mata wang kita dan kita akan jadi miskin. Salah satu sebab saya membantah TPPA ini ialah ia akan menyebabkan krisis mata wang sekali lagi. Sebab itu, saya harap kerajaan tidak setuju dengan TPPA.

"Saya dengar kerajaan sedang mencuba untuk mengurangkan defisit dan kerajaan perlu kaji kenapa ini berlaku. Saya berharap kerajaan tidak membelanjakan terlampau banyak duit yang kita tidak ada, sehingga menyebabkan kita perlu meminjam wang seperti yang berlaku di Greece. Di Greece, mereka terus membelanjakan wang dan pada masa sama terus meminjam wang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan negara di rantau Asia sekali lagi akan berdepan krisis ekonomi pada 1997 dan 1998. - BERNAMA

#TANDA PUTERA: MASYARAKAT MAMPU MENILAI BAIK ATAU BURUK FILEM : TUN DR M


Tun Dr Mahathir ketika ditanya berhubung filem 'Tanda Putera' arahan Datin Paduka Suhaimi Baba yang menemui penonton di seluruh negara hari ini, kecuali filem itu tidak digalakkan ditayang di Pulau Pinang, beliau berkata adalah tidak adil sekiranya filem itu tidak digalakkan ditayangkan di negeri tersebut.

"Masyarakat mampu menilai baik atau buruk filem itu, jadi biarkan masyarakat menilainya sendiri," katanya.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem arahan Shuhaimi itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam di seluruh negara mulai hari ini.- BERNAMA

BIAR RAKYAT SYRIA TENTUKAN NASIB NEGARA MEREKA : TUN DR M

SHAH ALAM : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata biarlah rakyat Syria menentukan jatuh bangunnya negara mereka dan negara luar tidak perlu campurtangan dalam hal dalaman negara Timur Tengah itu.

"Biarlah rakyat Syria yang tentukan nak sokong kerajaan atau jatuhkan kerajaan mereka...orang luar jangan masuk campur.

"Kerajaan Malaysia bersikap berkecuali sebab kita tidak tahu apa sebenarnya kehendak masyarakat Syria...sebab di Syria ada yang sokong pemerintah dan ada yang sokong pemberontak," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terdahulu beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa kira-kira sejam melawat Red Carpet@i-City di i-City di seksyen 7 di sini.

Mengulas lanjut berhubung tindakan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang seolah-olah berdiam diri terhadap isu Syria itu, Dr Mahathir berpendapat negara anggota OIC mempunyai pendirian yang berbeza-beza mengenai isu tersebut.

"Ada ahli-ahli OIC yang mempunyai pendapat yang berbeza, contoh seperti (negara) Arab Saudi dan Qatar yang menyokong pemberontak, manakala yang lainnya ada yang menyokong kerajaan (Syria) dan atas sebab inilah OIC tidak boleh nak berfungsi sebaiknya," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria didakwa melancarkan serangan menggunakan senjata kimia di daerah Ghouta berdekatan Damsyik Rabu lepas, yang turut mencederakan ramai lagi penduduk. - BERNAMA

#TANDA PUTERA : DAP HIPOKRIT KONON PERJUANG KEBEBASAN MEDIA DAN KEBEBASAN BERSUARA : HISHAMMUDDIN

KUALA LUMPUR :  Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang tayangan filem 'Tanda Putera' di pawagam di negeri itu membuktikan sikap hipokrit parti itu yang kononnya memperjuangkan kebebasan media dan kebebasan bersuara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan tindakan DAP kerana parti itu sememangnya hanya akan memperjuangkan sesuatu perkara apabila ia berkaitan dengan kepentingan mereka.
"Namun, apabila ia sedikit sebanyak menyentuh sikap mereka maka inilah tindakan yang diambil. DAP ternyata melihat penayangan filem itu dari sudut perkauman," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Pulau Pinang mengharamkan tayangan filem itu atas arahan Ketua Menterinya Lim Guan Eng biarpun seluruh Negara memulakan tayangan filem itu di pawagam-pawagam Khamis.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, mempersoalkan adakah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta pemimpin DAP lain sudah menonton filem tersebut sebelum membuat keputusan.

"Kenapakah sebelum ini ada filem yang dilihat menghina orang Melayu tidak dipertikaikan oleh kerajaan Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata apabila DAP menganggap filem itu berunsur perkauman, parti itulah yang sebenarnya bersikap demikian.

Tanda Putera merupakan sebuah filem biografi sejarah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba berkisarkan mengenai perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya pada masa itu Tun Dr Ismail Abdul Rahman bersama-sama menyelesaikan rusuhan kaum pada 1969.

Hishamuddin turut menyifatkan tindakan DAP lebih bermotifkan politik dan cuba menutup sejarah sebenar negara.

Berikutan itu, beliau menyeru semua pihak supaya mengecam tindakan membuta tuli kerajaan DAP yang hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu. - BERNAMA

#TANDA PUTERA : SOAL TEKNIKAL PULA JADI KRITIKAN

 

Kasihan sungguh budak-budak PR ni.. bagai nak rak bos DAP nak bantah siap keluarkan larangan tayangan Tanda Putera di panggung. Konon menimbulkan provokasi....

Sekali tengok di FB.. bagai nak rak budak-budak PR dok kutuk kesilapan teknikal semasa penggambaran filem tersebut.

Apa iQ budak-budak PR hanya kerana semasa berlaku perarakan terakam sama PROTON SAGA dah dikaitkan sebagai provok dan propaganda penipuan? Atau kelihatan CCTV semasa babak orang berlari dah dijadikan kritikan sebagai penipuan? Semua tu hanya masalah teknikal.. mungkin pihak produksi terlepas pandang dalam peralatan yang sudah pasti tahun 1969 belum wujud lagi. Seharusnya kelemahan teknikal ini boleh dimaafkan kerana ia tak melibatkan perubahan jalan cerita mengikut sejarah sebenar.

Itu bukan point nak menghentam kaw-kaw konon filem Tanda Putera sebagai filem penipuan. Adakah budak-budak PR hanya dihantar menonton filem ini untuk merakam masalah teknikal semata sebagai serangan di alam maya?

Bagaimana sejarahnya? Agaknya dalam soal mengatakan jalan cerita Tanda Putera ini.. budak-budak PR sesungguhnya lemah dalam pengetahuan sejarah. So mereka tidak dapat membuat ulasan atau kritikan mengatakan jalan cerita filem Tanda Putera adalah cerita sejarah yang hanya direka-reka untuk menipu rakyat Malaysia. Patutlah mereka jadi budak PR sebab mereka mudah diperbodohkan oleh PR!

#TANDA PUTERA: KERAJAAN PULAU PINANG NAFI SUMBANGAN TUN RAZAK DAN TUN DR ISMAIL????: SHUHAIMI BABA

Ashwad Ismail | Kemas kini : Ogos 29, 2013
KUALA LUMPUR :  Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menasihatkan pawagam di negeri itu agar tidak menayangkan Tanda Putera sebagai refleksi pendirian menafikan sumbangan dua tokoh negarawan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Pengarah dan Penerbit filem tersebut, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata senario itu juga menterjemah sentimen prejudis yang menebal sekaligus tidak dapat membezakan antara politik dan karya seni.

Hanya yang menonton wayang sahaja berfikiran terbuka -- Shuhaimi Baba

KUALA LUMPUR:  Penerbit dan pengarah filem 'Tanda Putera', Datin Paduka Shuhaimi Baba 
mengakui tidak semua rakyat Malaysia berfikiran terbuka dan bersedia menerima filem yang berunsur patriotik.

Shuhami berkata hanya mereka yang menonton wayang sahaja berfikiran terbuka dan sanggup menerima filem yang berunsur patriotik dan mempunyai pandangan berbeza berbanding mereka yang tidak menonton wayang.

Katanya, masalah timbul apabila golongan yang tidak menonton wayang sering menimbulkan kontroversi dan menjadikan keadaan bertambah sukar.

"Saya sebenarnya sudah silap apabila menganggap semua rakyat Malaysia sudah matang dan berfikiran terbuka apabila bercakap mengenai filem yang mempunyai padangan berbeza.
"Namun yang berlaku sebenarnya, mereka yang menonton wayang sahaja berfikiran terbuka dan matang tetapi yang tidak menonton wayang sebaliknya.

"Mereka yang tidak menonton wayang ini selalunya akan membuat berbagai kenyataan dan pengkarya terpaksa mengikut kehendak kelompok ini," katanya ketika menjadi tetamu program Analisis Awani bertajuk 'Dokumentasi dan Pengkisahan Kemerdekaan' yang disiarkan secara langsung petang tadi.

Shuhaimi berkata beliau kesal kerana ada pihak yang cuba mempolitikkan sesuatu karya yang bersifat patriotik hingga menutup tujuan sebenar karya itu dihasilkan.

Beliau berkata, karya bersifat patriotik dihasilkan kerana sayangkan negara dan setiap rakyat seharusnya mempunyai sifat sayangkan negara dan mengenepikan perbezaan politik.

"Kita boleh berbeza pandangan politik tetapi dalam masa yang sama kita perlu sayangkan negara dan mengenepikan perbezaan politik demi negara," katanya.

Tayangan filem 'Tanda Putera' yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim tertangguh hampir dua tahun berikutan kontroversi kononnya mengandungi unsur negatif dan fitnah.

Filem itu ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara mulai hari ini.
Sumber: Astro Awani

PULA DAH? LGE NAFI KELUARKAN KENYATAAN LARANGAN TAYANGAN TANDA PUTERA?




Lawak sungguh ! Kenyataan yang dikeluarkan sendiri nak dinafikan pula?

Kononnya :
DAH PULAK-Guan Eng dalam kenyataan tadi nafi Penang haram tayang filem Tanda Putera. Kata ia macam TRAVEL ADVISORY utk keselamatan melancong-Agendanews

UPDATE-Semalam minta pawagam2 di Penang jangan tayang tapi kata tadi tak tindak jika tayang.'Travel advisory' agar hati2 'pembohongan' filem-Agendanews

Tak pasal2 dapat sindiran pedas dari PM : JAWAB soalan di PC mengenai isu filem Tanda Putera, PM kata terpulang pawagam nak tayang tak. Ni negara bebas. Sindir DAP konon pejuang kebebasan-Agendanews

Nak menafi apa lagi? Dah kenyataan dikeluarkan semalam. Agaknya LGE ada penyakit Alzheimer akibat tekanan rasa selepas menyedari pekung terbuka.

Inilah masalah kalau bangsa ular lidah bercabang. Keturunan cakap sejam sebelah kiri sejam selepas tu dah u-turn ke kanan. Menafikan cakap kiri sejam lalu!

DAP memang kaki penipu

Ps: pict di atas tu adalah artikel pengumuman oleh LGE yang hari ini dinafikan pula hari ini.

MACAM- MACAM: PELAJAR JADI MANGSA TETAKAN SAMSENG?


Apa dah jadi ni????

Pelajar Tingkatan 1 yang d kenali sebagai Amira Samiran telah d tetak semasa membonceng motorsikal bersama abangnya ke Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah petang tadi.

Menurut Amira, beliau bersama abangnya ketika itu sedang menuju ke sekolah beliau. Dalam perjalanan, tiba-tiba 2 lelaki India datang dari arah belakang dengan bermotorsikal melibas beliau dengan senjata parang. Akibatnya beliau cedera d lengan dengan 13 jahitan dengan mendapat rawatan d Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Abangnya selamat dari terkena tetakan tersebut kerana  terkena beg sekolah beliau. Menurut mangsa lagi, beliau dan abangnya tidak mempunyai musuh dengan sesiapa. Polis masih menyiasat motif insiden ini dan menurut Amirah lagi beliau tidak mengecam nombor plat motorsikal 2 lelaki tersebut cuma ianya jenis Yamaha EX5 warna hitam.

Siasatan d bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan pihak Polis berharap ianya tidak timbul sebarang spekulasi negatif akibat serangan ini.
Sumber: AAKJ blog

LGE KENAPA NAK SEMBUNYIKAN HAKIKAT???? #TANDA PUTERA



Kenapa takut sangat nak biarka  filem TANDA PUTERA ditayangkan? Ada babak kontroversi? Yang menentukan isu kontroversi ini adalah penonton bukan  individu yang mengaku pemimpin. Kenapa nak keluarkan  larangan agar tidak ditayangka  di pawagam? Siapa Lim guan Eng nak memandai-mandai mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Setahu pu3.. filem TANDA PUTERA ini merupakan  sebuah filem yang diadaptasikan dari sejarah sebenar negara kita.

#Sinopsis Tanda putera

Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukimia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka  oleh Dr macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi  pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun razak dan  Tun Dr Ismaik mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang beetugas di pejabat.

Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin) , Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Tain), Sahee Shamsuddin (Najib tun razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yussof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman hakim (IGP Hanif).

Filem ini dijayakan juga oleh pelakon lain sebagai penghidup lagi perjalanan cerita sejarah ini.
Peliknya... kenapa Lim Guan Eng membuat kenyataan MELARANG atau MENGHALANG tayangan Filem TANDA PUTERA ini? Ada babak kontroversi? Takkan  cerita peristiwa 13 Mwi 1969? Ianya bukan cerita yang direka-reka untuk berlaku provokasi. Ianya sememangnya peristiwa yang berlaku dan tercatat dalam sejarah negara!!!!

Oppppssss.. pu3 terlupa pula.. siapa antara watak sebenar yang bergerak sehingga tercetusnya peristiwa Hitam 13 Mei 1969 itu... bukankah ahli keluarga Lim guan eng ada sama... demikian juga mr 'Langkah mayat aku dulu..' @ karpal singh ada terlibat. ???? Dan mereka kini antara BIG BOS DAP?????

Takkan nak tutup hakikat bro? Terima lah hakikat bahawa sejarah tidak akan mampu dipadam kerana ianya sememangnya telah berlaku! Dan jangan sekali-kali berusaha nak menyembunyikan hakikat tersebut dari pengetahuan rakyat terutama sekali generasi muda kini.!!!
Filem ini dibuat bukan tujuan nak timbulkan provokasi.. kenalah bijak membezakan penceritaan hakikat yang berlaku dengan rekaan semata.

Kenapa nak menghalang tayangannya? Nak gunakan kuasa Bangsa untuk menyuruh pemilik pawagam memboikot penayangan tersebut? Aloooo.. belum jadi kerajaan nak menghalang perniagaan orang pula!!!!! Biar penonton tentukan ! Biar penonton menilai filem ini. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang taktik kotor nak menutup sejarah. !!!!!

Seperkara lagi.. lazimnya.. jika BIG BOS DAP mulai menempik ni.. semesti ada sesuatu yang mereka sangat takutkan yang kemungkinan mendedah kebusukan mereka.

Apa lagi walau 10 orang.. 20 orang.. 100 orang Lim Guan Eng.. usah gentar menghadapi mereka. JOM KITA KE PAWAGAM MENONTON DAN MENGHAYATI PENCERITAAN FILEM TANDA PUTERA

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PEMILIHAN UMNO 2013: ROSNAH


Sempena pemilihan UMNO yang akan berlangsung pada bulan September dan Oktober ini saya dengan rendah hati menawarkan diri bertanding Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Keputusan ini telah saya buat beberapa minggu yang lalu setelah mengambil kira beberapa faktor. Saya sedar saya merupakan orang baru dalam Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, maka sebagai orang baru saya ingin bermula dari bawah serta berharap ahli Pergerakan Wanita UMNO Malaysia memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada Wanita UMNO dan seterusnya meneruskan perjuangan saya di dalam parti.

InsyaAllah dengan pengalaman menyandang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah seterusnya Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan seterusnya Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang saya galas dengan juga bermula dari bawah saya yakin saya dapat menyumbang serta memberi khidmat terbaik kepada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia secara khususnya dan parti secara amnya.

Keputusan untuk bertanding dalam Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ini saya lakukan adalah demi memperkukuhkan saf perjuangan parti serta membantu pucuk pimpinan tertinggi dalam memastikan keutuhan UMNO sebagai sebuah parti membela rakyat.

Saya secara jujurnya menyokong kepimpinan Dato' Seri Shahrizat kerana melihat dibawah kepimpinan beliau,Pergerakan Wanita UMNO Malaysia terus utuh dan cemerlang. Terdapat pelbagai program yang telah dilaksanakan demi mengangkat martabat wanita serta memberi khidmat kebajikan kepada rakyat. Pergerakan Wanita UMNO di bawah kepimpinan beliau juga dilihat sentiasa peka terhadap isu kebajikan rakyat segenap golongan. Atas dasar itu juga saya menawarkan diri untuk bersama-sama dengan saf perjuangan Pergerakan Wanita memberi khidmat kepada parti serta bersama-sama melakukan transformasi yang lebih proaktif bukan sahaja untuk Pergerakan Wanita UMNO itu sendiri tetapi juga UMNO dan Barisan Nasional.

Selain itu juga, sebagai seorang pemimpin dari Pergerakan Puteri UMNO yang menawarkan diri bertanding dalam Pergerakan Wanita UMNO saya melihat ini merupakan proses transisi semulajadi yang positif di dalam parti. Hal ini kerana kesemua ahli Pergerakan Puteri UMNO yang telah mencapai had usianya sebagai Puteri secara automatik keahliannya akan bertukar ke Wanita dan sebahagian besar dari mereka masih mahu menyumbang kepada parti. Maka saya amat berharap proses transisi atau penghijrahan ahli Puteri ke Wanita ini dilihat secara positif. Transisi daripada Puteri ke Wanita perlu dilihat sebagai proses kematangan yang memperkasakan peranan wanita di dalam parti.

Saya yakin dan percaya Pergerakan Wanita sebagai ibu di dalam parti pasti boleh menerima kehadiran anak yang telah dewasa ke dalam Pergerakan Wanita untuk perlahan-perlahan mereka belajar dengan ibu supaya menjadi pejuang parti yang lebih matang. Sebagai seorang anak sebahagian besar ahli Puteri berhijrah ke Wanita, mereka tidak ada niat untuk melawan ibu malah mereka mahu belajar 'resepi perjuangan air tangan ibu', sama-sama meneruskan perjuangan dengan segala perkongsian pengalaman dan pendapat.

Penerimaan transisi ini secara positif pasti mampu menangkis pandangan bahawa Pergerakan Wanita tidak menerima kehadiran ahli Pergerakan Puteri masuk ke dalam Pergerakan Wanita,seterusnya memperkuat saf kepimpinan Pergerakan Wanita itu sendiri.

Sekali lagi, saya dengan rendah diri memohon sokongan untuk bertanding Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Terima Kasih.
Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin

YB ROSNAH TAWARKAN DIRI EXCO WANITA UMNO MALAYSIA


Akhirnya teka teki ke mana perjalanan Ketua pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin terjawab malam ini. Pu3 bersama rakan-rakan terdekat menerima pengakuan bahawa beliau menawarkan diri sebagai EXCO WANITA UMNO MALAYSIA sebagai langkah peralihan ruang perjuangan dari Puteri kepada Wanita.

Walaupu  Info ini sebagai perkongsian bukan  rasmi dari pemimpin kesayanagn pu3. Pu3 tetap nyatakannya sebagai tanda  sokongan 100% atas pilihan beliau

Pu3 memohon sokongan undi dari semua perwakilan wanita setiap bahagian. Berilah  undi untuk pemimpin No 1 Puteri UMNO ini bagi jawatan EXCO Wanita UMNO Malaysia.

UNDI CALON EXCO WANITA UMNO MALAYSIA
YB DATUK ROSNAH ABD RASHID SHIRLIN

ADA SAPI NAK BERLAKON HERO ATAS ISU KEMELUT MESIR


Jika melihat kononnya PMRAM ntah apalah namanya konon siap membuka bilik gerakan dalam cerita konon geraka  menyelamatkan pelajar yang berada di Mesir. Bagai gagah sungguh mereka mempublisitikan pasukan mereka. Kononnya merekalah yang berurusan dan mengatur mengeluarkan pelajar Malaysia dari Mesir

Walhal.. tindakan memindah keluar pelajar Malaysia meninggalkan negara bergolak adalah kerajaan Malaysia dengan lebih tepatnya kerajaan BN.

Jika pu3 ikuti kempen PAS melalui twitter atau istagram si Arbaiyah. lebih kepada kempen mengangkat pengikut Presiden Mesir lepas yang tercedera dalam perjuangan mwreka menimbulkan ARAB SPRING sekali lagi. Tiada kenyataan pun pu3 temui kepimpinan pembangkang meminta kerajaan menyelamatkan rakyat malaysia yang terancam keselamatan mereka.


Jika dilihat artikel pada gambar diatas. Menunjukkan seolah2.. gerakan PMRAM lah hero walhal mereka adalah si Sapi yang berusaha nak dapat nama.

Baca di sini.....

RESCUE TEAM' KELAB UMNO MESIR (KUMISR) BANTU WARGA MALAYSIA DI MESIR
KAHERAH : Pegawai-pegawai Rumah Negeri telah bekerjasama dengan KULN di Mesir dalam kerja-kerja amal Rescue Team di Lapangan Terbang Cairo.

Dari KULN lebih lima wakil telah berganding bahu dengan Para Pegawai Malaysia (EM dan kedutaan serta Pegawai Rumah Negeri)

Rescue Team yang diketuai oleh Pengerusi Damanhur, saudara Muiz telah bertugas mengedar makanan dan menyediakan pengangkutan untuk bawa keluar pelajar tersadai di Lapangan Terbang Cairo. Mereka seterusnya dihantar ke destinasi masing-masing.
Kronologinya:

16 Ogos 2013
SEBELUM EVAKUASI DAN KETIKA DARURAT


Misi keamanan & rescue pihak Pegawai KBMK, Rumah Negeri, MARA, Kelab UMNO Mesir (KUMISR). Pelajar yang baru tiba dan terkandas di airport kerana dalam waktu darurat. Team rescue mengedar makanan dan kad top up untuk memudahkan para pelajar memaklumkan keluarga masing-masing serta akan menghantar mereka ke Kompleks Rumah Negeri buat sementara waktu.


Pada pandangan pu3.. bukan usaha murni ini kelab UMNO tidak ibgin dipublisitikan.. tetapi mereka terlalu sibuk mengurus demi tanggungjawab dan kesedaran mereka terhadap keselamatan saudara senegara. Agaknya itulah tindakan mereka kurang dipublisitikan . PPRAM ni nampak sangat goyang kaki.. tu pasal rajin sangat publish kan nama diri. Dah tak ada kerja kan heheheh... ingat saudara.. mungkin ada yang terpedaya. Tetapi ALLAH swt Maha ADIL. Akal busuk korang tetap diketahui juga!

BAGAI 'ROLLER-COASTER' KATA MANGSA KEMALANGAN


KUALA LUMPUR:  Seperti dalam 'roller-coaster', itulah pengalaman yang dirasai dua beradik Nur Syamimi Ja'far, 25, dan Nur Fathiah Ja'far, 21, menceritakan detik cemas ketika bas yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter, di Genting Highlands semalam.

Menurut Syamimi, ketika itu bas dipandu laju kerana pemandu sebelum itu bertengkar dengan pemandu sebuah kereta yang membunyikan hon sewaktu bas itu berhenti seketika di tengah jalan dekat selekoh masuk ke tokong di situ.

Dia yang patah bahu kiri, berkata bas itu berhenti di tengah jalan hampir lima minit sebelum pemandu mengundurkannya dan memulakan semula perjalanan ke Kuala Lumpur.

"Pemandu ditegur oleh beberapa penumpang supaya jangan marah-marah tetapi teguran itu hanya membuat pemandu lebih marah dan terus memandu dengan laju," katanya.

Katanya tidak lama selepas itu penumpang mula menjerit ketakutan apabila pemandunya hilang kawalan dan bas terjunam ke dalam gaung.

Nur Fathiah yang cedera di paha kanan memberitahu Bernama ini bukan pertama kali dia terlibat dalam kemalangan melibatkan bas.

"Dua tahun lalu ketika dalam perjalanan dari universiti di Kedah, saya terlibat dalam kemalangan tetapi hanya mengalami kecederaan ringan. Kali ini saya terpaksa dibedah kerana terdapat serpihan kaca di dalam paha kanan saya," katanya.

Fathiah, pelajar diploma perakaunan di Universiti Utara Malaysia, berkata dia dan kakaknya pergi bercuti di Genting Highlands dengan wang hasil menjual kuih raya dan kerepek sepanjang Ramadan lalu.

Berikutan tragedi itu, mereka kini serik untuk menaiki pengangkutan awam.

Bernama turut menemu bual mangsa warga Kanada berketurunan Bangladesh yang turut menceritakan perkara sama yang berlaku.

Mangsa Rashitah Buyah, 50, kematian suaminya dalam kejadian semalam.

"Pemandu itu seakan-akan hilang pertimbangan kerana terlalu marah dan apabila ditegur oleh penumpang, dia semakin marah," katanya.

Rashitah bersama empat lagi ahli keluarganya pergi ke Genting Highlands untuk melancong bersama rakan mereka yang menetap di sini.

Anak Rashitah, Raawnok Arefin, 14, dan Rezyan Arefin, 24, masing-masing mengalami patah tulang kaki dan tangan

NAHAS BAS DI GENTING HIGHLAND : 37 DISAHKAN MAUT, 16 CEDERA


KUALA LUMPUR – Sebanyak 37 orang terkorban dalam nahas bas ekspres terburuk di negara ini apabila bas ekspres yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.

Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang  menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota.
Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam ini dan ia diumumkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Gerakan untuk menyelamat telah selesai dan laporan yang kita terima ialah seramai 37 terkorban, 25 lelaki dan 12 perempuan," katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran berkata lima pakar dan lapan pegawai perubatan dari unit forensik HKL sedang bersiap-sedia untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa yang dihantar ke hospital berkenaan.

Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau operasi.

Insiden itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk di laluan berkenaan.

Meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar kemalangan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung itu seperti yang diceritakan warga Bangladesh, Ali Haider Shyed Haider, 46, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.

"Keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman twitter mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas ekspres itu.

Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengarahkan pihak berkuasa agar segera menubuhkan jawatankuasa petugas menyiasat kemalangan itu.

Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia. – Bernama

MACAM-MACAM: PENJENAYAH DIBELA ADUN DAP? WHY????

Tindakan ke atas penjenayah & anggota kumpulan kongsi gelap

Seperti dijangka DAP & Pakatan akan membela penjenayah yang ditembak mati oleh Polis .


DAP menerusi Ahli Parlimennya  Lim Lip Eng di laman twitternya menghasut rakyat mempertikaikan kredibiliti Polis  P.Pinang yang menembak 5 gangster kumpulan kongsi tersebut.

Kalau sudah berbalas tembakan oleh suspek ,nak berlembut lagi dengan mereka supaya menyerah diri ??  Terang-terang mereka ini adalah penjenayah merbahaya.

Bila kes jenayah tembak meningkat, DAP hasut rakyat salahkan kerajaan dan Polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Tapi bila Polis tembak penjenayah sampai mati pulak mereka salahkan Polis & jadikan ia isu perkauman  sebab yang mati itu bukan Melayu

Menurut Malaysiakini, anggota keluarga yang mati mempertikaikan kaedah tindakan polis, kononnya polis boleh menahan mereka kenapa perlu ditembak????

A family member of one of the deceased, VR Murugersan, told Malaysiakini that the five were shot "like animals" by the police.

Pu3 nak tanya pula. Sewaktu anggota keselamatan ditembak dan diseksa tanpa belas kasihan di Toduo dan semporna. Kenapa VR Murugersan tidak tampil menempik membela nasib anggota polis yang bertugas menjaga ananah mereka demi keselamatan dan mempertahankan keselamatan negara? Kenapa penjenayah ini pula dibela?

Adakah penjenayah terbunuh dalam kes tembak menembak antara polis dan penjenayah ini adalah MALAIKAT atau ORANG MULIA KURNIAAN MEREKA. Sehingga tanpa segan mengheret ahli keluarga penjenayah ini tampil konon membela nasib si penjenayah????

"Why need to shoot like that? They could arrest first. Police are liars when they said they shot in self defence," he said.

Dah penjenayah membuat tembakan. Takkan anggota polis hanya biarkan sahaja tanpa mempertahankan diri. Setahu pu3.. polis tidak akan melakukan tembakan jika tidak bersebab. Menurut info, penjenayah-penjenayah ini adalah pembunuh upahan. So mereka sudah pasti memiliki senjata dan tidak gentar membunuh untuk diri mereka. (Memangpun membunuh itu tugas hakiki mereka.)

Kita tidak pasti sejak bila orang seperti VR Murugesan ini sudah menjadi pakar rujuk mengenai bagaimana polis perlu bertindak bila berhadapan dengan penjenayah ganas seperti ini.
Seorang lagi ahli keluarga berkata,

Nadarajah Somasundram, 62, who is the uncle of one of the dead men, claimed that the deceased were shot multiple times and that it was likely that semi-automatic rifles were involved.

"We want to know why they were shot 20 to 30 times. It happened inside the condominium. Why can't the police

give warning shots? – Malaysiakini.com

Wahhh dahsyat. Kenyataan berani penuh keyakinan. Betulkah?

Bagaimanakah Nadarajah tahu berapa banyak tembakan dilepaskan? Apakah beliau memerhati dari jauh atau terbabit dengan situasi ini tanpa disedari oleh Polis? Selebihnya, apakah bodoh hendak menembak amaran dalam kondominium yang akan terdedah peluru sesat kepada mereka yang tidak bersalah di tingkat atas?

Yang lebih menghairankan, ADUN DAP bagi kawasan Seri Delima tampil ke hadapan mempertahankan mereka yang ditembak polis ini seolah-olah beliau tahu mereka tidak bersalah.

Pelik tapi benar. Bagai nak mengangkat diri ADUN DAP ini jadi malaikat pembela kepada penjenayah? Bagaimana Nadarajah begitu yakin mereka tidak bersalah? Adakah sebelum ini.. Nadarajah pernah berhubung dengan penjenayah ini? Berlaku interaksi denga  mereka sehingga beliau sanggup membela? Atau.. beliau ada kaitan dengan mereka ini? Tindakan beliau tampil membela penjenayah ini menimbulkan keraguan pada penilaian pu3.

Hakikatnya, kejadian tembak menembak dengan penjenayah ini bukan secara mengejut atau di kawasan terbuka. Ini merupakan operasi khas Polis. Dalam operasi seperti ini pihak Polis pastinya telah mempunyai sumber risikan yang kuat untuk menangkap mereka. Jika mereka yang menembak ke arah Polis tidak boleh ditembak semula, sampai bila jenayah di negara ini dapat dikurangkan?

Selalunya mereka yang lantang bersuara membela penjenayah ini mempunyai hubungan dengan kongsi gelap atau penjenayah sendiri. Dalam banyak sejarah kongsi gelap juga ia ditubuhkan dan berkembang di kalangan keluarga pemimpin organisasi tersebut sendiri.

Lebih penting, apakah makna seorang wakil rakyat menjadi jurucakap penjenayah yang ditembak mati tersebut. Apakah yang cuba dilindungi oleh R.S.N. Nayer ini sehingga cuba menimbulkan syak wasangka terhadap tindakan Polis?

Seorang wakil rakyat sepatutnya membantu penguatkuasaan undang-undang bukannya menimbulkan keraguan dan kemarahan orang ramai terhadap Polis. Hanya jika ada bukti yang nyata terdapat salah guna kuasa barulah seseorang wakil rakyat bersuara mencari kebenaran lain.

Satu kehairanan pu3... kenapa baru ini pemimpin ini tampil membela? Dah tu penjenayah pula tu! Adakah dalam otaknya penjenayah adalah hero manakala polis adalah penjenayah. Jika dia kononnya pemimpin sangat peka dengan perasaan rakyat. Kenapa Saat keluarga anggota polis yang terkorban demi menjaga keselamatan negara disakiti.. disinggung difitnah. Tidak sekalipun dia tampil menegur apa lagi menzahirkan simpati? Hmmmm... adakah dia sebahagian keluarga penjenayah?

Apapun kritikan negatif pihak-pihak tertentu ke atas anggota polis. Pu3 nak ucapkan tahniah atas ketangkasan dan cekap berhadapan penjenayah. Semoga keamanan dan ketenteraman negara tercinta ini terbela dengan perjuanganmu pahlawan negara.

RAYA OH RAYA: POLITIK BATU API VS MANGSANYA



Sebelum ini... pu3 sedikit berkenaan POLITIK BATU API.. malahan memberi pandangan pesanan agar tidak menjadi mangsa kepada Politik ini.

Tetapi.. ada juga menjadi mangsa politik batu api ni. Dikipas seketika dengan segera bergerak seperti yang dirancang oleh si pengamal politik batu api.

2 perkara punca pada penilaian pu3 mangsa politik batu api bertindak seperti itu:

1. Tidak banyak berfikir dan mengkaji
2. Menganggap tindakan mengikut bagi menunjukkan sokongan dan kesetiaan.


Bagi pu3.. menyokong tanda setia dan membodek adalah 2 perkara yang berbeza. Sepatutnya tidak digabungkan dalam satu situasi yang melibatkan kebijaksanaan dan mengangkat individu yang seharusnya.

Tidak seharusnya menunjukkan rasa sokongan dengan mengipas atau membodek. Menyuarakan sesuatu tindakan dengan keikhlasan berlandaskan keadaan dan pandangan sesuatu itu juga sebahagian cara kita menzahirkan kesetiaan dan sokongan. Walaupun bercanggah dengan pandangan orang lain ketika itu, ia bukan 1 dosa kita menyatakan padangan kita ketika kita diminta memberi pendapat. Bukankah lazimnya berlaku permintaan menyuarakan sokongan dan pandangan ketika berlaku perbincangan? Jika hanya berlaku berkumpul kemudian hanya 'angguk'.. baik tak payah lakukan perbincangan.

Pu3 ambil contoh 1 individu yang belum lama pu3 jumpa. Dalam majlis rasmi semasa majlis berbuka puasa. Bagai nak rak menyuarakan sokongan pada pemimpin yang hadir. Siap menyatakan bahawa kawasan bawah amanahnya akan menyokong sepenuhnya atas pemimpin tersebut.  Kata-kata itu melekat dalam otak pu3.. tak sampai 2 minggu individu yang sama membuat kenyataan menyokong pula pemimpin lain dengan ayat yang hampir sama. Alahai.. logiklah bro.. takkan pemimpin negeri sama nak didesak bertanding kerusi yang sama! Apa lagi kedua pemimpin ini sangat cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Takkan membiarkan keduanya bersaing dan berada dakam posisi 50-50 yang memperolehi kerusi yang terhad itu!
Sedihnya pu3 dengan sikap seperti ini. Janganlah sikap malas berfikir ini merugikan semua pihak. Individu ini bukanlah orang yang bodoh. Dah jadi bos ertinya memang bijaklah. Ada kemampuan mempengaruhi individu-individu dikawasannya untuk mengangkatnya menjadi bos dalam kawasannya kan. Tapi sikap malas membuat kajian dan berfikir itu menyebabkannya menyatakan pandangan seiring dengan kehendak pengamal politik batu api.

Siapa yang rugi kelak dan siapa yang sangat beruntung? Kali ini pu3 tak nak bagi pembaca berfikir dan memilih. Pu3 beri jawapan. Yang rugi adalah pemimpin tersebut dan yang beruntung adalah si pengamal politik batu api. Senanglah dia naik apabila salah satu atau kedua pemimpin ini kecundang. Na'uzubillahiminzaliq. !!!!!

Mungkin lepas ini adalah rakan pu3 akan berkata pada pu3. Kenapa ou3 menulis seperti ini. Kan baik terus nyatakannnya pada individu tersebut daripada menulis dalam persoalan siapa individu tersebut dan siapa dua pemimpin tersebut dan siapa pengamal politik batu api.  Di sini.. biar pu3 berterus terang.. siapa pu3 nak didengar dan diminta pandangan? Pu3 ini hanyalah seekor anak bilis yang berada dalam kumpulan bilis-bilis besar. Kehadiran pu3 tak disedar walau menambah jumlah kumpulan bilis agar menjadi nampak besar dan meriah. 

Menulis dan bercakap adalah kaedah menyuarakan pandangan mengikut keadaan dan situasi. Melalui penulisan ini pu3 lagi rasa bebas menyuarakan pandangan pu3 dan dibaca faham oleh sebahagian pengunjung blog ini untuk mengetahui apa yang ada dalam fikiran pu3. Sama ada setuju dan membantah. Hak masing-masing dan pu3 menerimanya.

Dalam menjalankan kehidupan. Abah pu3 selalu memberi nasihat agar pu3 bergerak dan bertindak selepas berfikir semasaknya. Untuk menulis artikel raya oh raya edisi inipun.. bukanya suatu tindakan tangkap muat pu3. Setiap masa pu3 berfikir dan memperolehi keberanian menyatakannya. Bukan niat pu3 nak menghentam atau mengurangkan semangat individu tertentu. Tetapi menzahirkan sokongan dan kasih sayang pu3 kepada pemimpin dan orang sekelilingnya.

Ubat sememangnya pahit tetapi rawatan. Racun adakalanya mungkin manis .. manisnya boleh membunuh. Bak kata pepatah. Pahit jangan terus dibuang. Manis jangan terus ditelan.

Berfikir dulu sebelum bertindak. Malas berfikir samalah orang pemalas. Selaku sangat malas.. bolehlah disenaraikan calon individu yang bebal!

Pada si pengamal batu api.. perbuatan anda mungkin ada yang tidak menyedarinya kerana ia hanyalah ditanam dalam dasar hati dan fikiran. Tetapi MAHA SUCI ALLAH swt kerana MAHA MENGETAHUI apa yang ada dalan diri anda

Salam kasih dari pu3. Selamat bersidang

......... bersambung.....

RAYA OH RAYA: EDISI POLITIK BATU API?


POLITIK BATU API?  Terkejut juga pu3 apabila mendengar cerita seorang rakan pu3. Kononnya untuk hidup dalam dunia politik perlu amalkan politik batu api untuk terus survival. Rakan pu3 menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila bertemu sendiri individu yang mengakui menggunakan pendekatan tersebut.

Masih ada juga menggunakan pendekatan seperti ini dalam zaman politik alaf baru? Itu politik licik namanya! Ianya hanya digunakan oleh individu yang mahu meniti naik ke atas dengan membunuh satu persatu penghalang di sekelilingnya! Individu sebegini seharusnya tidak wujud lagi dalam Politik sekarang.

Belum tamat pemilihan dan persidangan cawangan. Pu3 nak memperingatkan kepada individu yang mengamalkan politik batu api atau lebih kasar politik melaga-laga demi kepentingan diri. Berhenti sebelum perbuatan busuk terbongkar. Menyesal tak sudahnya!

Pu3 menonton drama mengisahkan pergolakan pentadbiran antara kuasa raja dan pembesar zaman Chosun korea. Yang mana.. kuasa politik dikuasai sepenuhnya oleh pembesar yang memiliki pengaruh mengikat kerabat diraja yang memiliki kuasa mengawal maharaja. Apabila maharaja dilihat sebagai objek yang tidak dapat dikawal... mulalah dilakukan politik batu api mereka kepada siapa pewaris maharaja jika maharaja tersebut mati. Tujuannya kenapa? Kerana hendak mengekalkan kuasa dan terus memiliki kuasa yang lebih kuat.

Pada pu3.. walaupun drama sebegini hanyalah sebuah cerita yang digarap oleh penulis sebagai sebahagian dari hiburan. Ada mesej yang wajar kita fahami dalam kehidupan. Terutama sekali dalan dunia politik.

Tiada kerajaan kekal kerana berlaku politik batu api ni. Dan pu3 berkeinginan kerajaan di negara tercinta pu3 ini berkekalan tidak menjadi antara kerajaan yang tercatit kerajaan dalam sejarah. Atas dasar itu.pu3 sangat berkehendak, sempena pemilihan ini.. janganlah membiarkan individu yang memiliki strategi politik batu api diangkat menjadi pemimpin.

Ciri-cirinya? Biasanya sangat rajin mengampu. Cepat tampil membodek dan mendesak individu lain untuk diupgrade tetapi dalam masa sama terlibat dalam hasrat memiliki jawatan seperti mana individu yang sedang dibodek. Cuba lihat dan pandang sekeliling anda jika ada orang sekeliling sedang melakukan seperti mana yang pu3 katakan. Pesanan pu3.. berhati-hatilah.. kemungkinan itu mungkin berlaku. Jangan mudah terpesona dengan sanjungan individu kala ini kerana tak semua adalah dari perasaan yang ikhlas.

Mungkin pu3 boleh dianggap sebagai orang yang mentah dalam dunia politik.. 11 tahun terlibat sepenuhnya dalam politik ni jika dibandingkan individu lain yang bergelumang berpuluhan tahun. Tak bermakna pu3 naif dan dhaif dalam soal politik. Tetapi dalam masa sama.. pu3 tak boleh katakan diri pu3 sudah cemerlang dalam memahami dunia politik. Proses pembelajaran berterusan kerana politik umpama perisian komputer yang sentiasa diupgradekan strategiknya

Kenapa pu3 katakan sejarah. Tetapi tidak mahu menyentuh sejarah mana dan apa berkaitan politik batu api ini. Pembaca boleh andaikan mengikut kefahaman faktor kejatuhan empayar kerajaan sebelum-sebelum ini di mana sahaja. Pu3 tak mahu apabila pu3 sentuh 1 empayar mungkin akan menyinggung banyak pihak berkaitan. Cukuplah pu3 memberi gambaran punca kejatuhan sesebuah kerajaan sebelum-sebelum ini adalah wujudnya politik batu api.

Kononnya sesetengah empayar musnah kerana 'perempuan'.. bagi pu3.. itu sangat kejam untuk pu3 dan rakan sejantina dengan pu3. Kenapa nak jadikan alasan 'perempuan' sebagai alasan kejatuhan tersebut. Hakikatnya yang mewujudkan objek sebagai alasan ini lelaki juga dan dibantu oleh perempuan yang tidak lari dari hilang kawalan dengki dan emosi. Bagi pu3.. ianya adalah objek alasan semata. Punca utama adalah berlaku "POLITIK BATU API" yang dilakukan seseorang untuk menaikkan dirinya. Ditambah lagi hilang kawalan si mangsa yang dijatuhkan. Dah jadi pasangan. Kuat lawannya lemah. Menang dan kalah.

Sebagai noktah catatan pu3 kali ini. Selamat bersidang. Duit mudah dicari selagi ada keikhlasan berusaha memperolehinya. Tetapi.. pemimpin yang benar-benar berkredibiliti dan berkelibar tidak mudah dijejak. Jangan kelabukan mata kerana harta dunia sehingga pemimpin berkelibar dianaktirikan.

Ps: pesanan  untuk diri pu3 juga.

RAYA OH RAYA UMNO : EDISI SABAH

 
Raya oh raya. Tahun 2013 merupakan suasana yang sangat intim dengan perkataan "Raya". Salah satunya adalah Pilihanraya ke-13. Kemudian hari raya. Kini demam pemilihan jawatankuasa setiap peringkat ala-ala pilihanraya. artikel ini pu3 coret selepas pu3 membaca semula surat khabar bertarikh 8hb Ogos 2013 kelmarin. ini bukan pandangan seketika atau spontan. sudah berhari-hari pu3 terfikir dan memikirkannya. sila baca dengan penuh kesabaran. yang baik itu diterima sajalah. jika melukakan, maafkan pu3.
 
Kemenangan besar BN di Sabah meningkatkan lagi penghormatan diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada negeri sabah. Sabah menyumbangkan 23 kerusi BN untuk parlimen dan 48 kerusi untuk kerusi ADUN. Lebih jelas dikatakan bahawa untuk ADUN, UMNO telah menghadiahkan 31 kerusi kepada kemenangan BN besar di Sabah.
 
 
 
Sebagai pengikhtirafan.. beberapa kepimpinan dari Sabah telah diberi tempat dalam barisan jemaah menteri Malaysia antaranya YB DSP Anifah Aman sebagai Menteri Luar negara. YB DSP mohd shafie Apdal sebagai menteri kemajuan Luar bandar dan wilayah. Yb Datuk Rosnah abdul rashid Shirlin sebagai timbalan menteri kerja raya. Yb Datuk azizah DSP Mohd Dun sebagai timbalan Menteri Pembangunan wanita dan keluarga malaysia Dan tidak ketinggalan wajah pemimpin muda dan sentiasa bersuara lantang menyuarakan isu sama ada dalam dewan rakyat mahupun khalayak terutama di media sosial iaitu YB Datuk Abd Rahman Dahlan selaku menteri kesejahteraan bandar , perumahan dan kerajaan tempatan Malaysia. (Maaflah.. pu3 sekadar menyebut seorang dua sahaja nama dalam artikel ini)
 
Tetapi cerita pu3 bukan fokus jawatan kepimpinan UMNO Sabah yang diamanahkan memegang portfolio tertentu dalam kementeria. Pu3 nak berborak berkenaan pemilihan jawatankuasa tertinggi di UMNO Malaysia.
 
Sebelum ini, pu3 berkesempatan berbual dengan 5 orang pemimpin di Sabah iaitu YB DSP Shafie apdal yang berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai Naib presiden UMNO Malaysia. ketua puteri UMNO bahagian iaitu Normala Rasick (Kudat) dan Julie Sabran (Beluran). Keduanya menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Exco pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
 
 
Kemudian  mendengar sendiri hasrat YB datuk Abd Rahman Dahlan yang menawarkan diri untuk bertanding MT UMNO Malaysia. Kebolehan dan kehebatannya boleh digunakan sebagai MT kelak. Pemimpin muda yang boleh membawa suasana baru dalam barisan kepimpinan MT kelak.
 
 
Dan Jamawi Jaafar yang berhasrat untuk bertanding sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Pu3 menyokong hasratnya sebagai seorang yang mengenalinya. Tugasannya sebagai ketua pemuda bahagian tenom serta exco pemuda Malaysia jelas ketara. Keaktifannya dalam menjaga kebajikan serta menghidupkan jambatan pengingat antara pejuang kesenian dan politik tidak dapat disangkalkan . Buktinya berjayanya program BNYouthMusic antara pakej yang menarik lebih ramai anak muda seni menyertai UMNO.
 
Kedengaran juga suara bukan direct kepada pu3 bahawa YB Datuk bung Moktar berhasrat mempertahankan jawatan MT (sahabat pu3 merangkap classmate pu3 menyatakannya pada pu3 semasa pu3 menghadiri majlis berbuka) serta YB Datuk salleh said Keruak yang hendak menyertai barisan kepimpinan Sabah menawarkan diri bertanding bagi jawatan MT UMNO.
 
 
Pu3 masih menanti keputusan 2 kepimpinan kesayangan pu3 iaitu YAB DSP Musa Aman dan YB datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin untuk memilih posisi mereka dalam pemilihan kelak. Walaupun ada cerita pelbagai variasi kedengaran di kalangan pemimpin kawasan. Pu3 setia menanti pengumuman kakak kesayangan pu3 dan pemimpin wanita muda ini. Apapun pilihannya kelak.. pu3 TATAP sokong dan yakin kebolehan serta kemampuannya. YAB datuk Rosnah sudah berjaya membuktikan sepanjang pengursan tadbir pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Kedudukan Puteri sangat cemerlang malahan setiap bahagian menikmati keselesaan dalam mengurus atur program. So dengan memilih jawatan baru kelak, pengalamannya sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia tidak mustahil boleh membantu mencermerlangkan kedudukan UMNO.
 
Sejak 2 3 minggu ini.. perbualan antara rakan pu3 dan di akbar.. ada saja suara konon menyokong DSP Musa Aman untuk bertanding Naib Presiden disebabkan prestasi cemerlang UMNO/BN Sabah pada PRU13 yang lepas. Pu3 tidak pasti mereka bersuara ikhlas menyokong atau setakat berborak semata. Tidak ketinggalan beberapa kepimpinan Sabah siap keluarkan kenyataan di akbar menyuarakan sokongan mereka untuk posisi berkenaan. Agaknya keinginan mereka menguatkan lagi  pilihan pemimpin No 1 Sabah kesayangan pu3 ini.
 
Sebenarnya.. pu3 sedikit bimbang dengan suasana BODEK atau KONON ini. Bukan pu3 ragui pengikhtirafan diberikan. Cuma.. pu3 ni mungkin antara individu yang kedekut perkongsian pemimpin kesayangan pu3 ini. Bagi pu3.. YAB dSP musa Aman belong to Sabah. Segala kemajuan dan cemerlangnya Sabah sepanjang negeri ini dibawah pengurusan dan pentadbirannya.  (Bukan pu3 nak tolak kecekapan ketua-ketua menteri Sabah sebelum ini ya. Tetapi apa yang dilakukan oleh ketua menteri Sabah a.k.a dsp musa aman sekarang tidak boleh disangkal!) Jika beliau menjawat jawatan naib presiden kelak. Tidak mustahil setiap negeri lain menuntut perkongsian pengurusan cemerlangnya beliau dengan nada mereka berhak menikmati apa yang UMNO Sabah terima.
 
Apa lagi kerusi Naib Presiden ini hanya 3 sahaja. Antara pemegang amanah kini adalah seorang pemimpin dari Sabah juga iaitu DSP Shafie Apdal. Lainlah salah seorang dari pemegang amanah jawatan ini berhasrat tidak mempertahankan jawatan. Sekurang-kurangnya 1 kekosongan total boleh diimpikan. Tapi... ketiga pemegang jawatan sudahpun isytiharkan yang mereka mempertahankan jawatan tersebut!
 
Pu3 menulis artikel kali ini bukan kerana pu3 tidak yakin kepada keputusan mereka kelak. Sebagai sebahagian ... insyallah. Pengundi dalam pemilihan akan datang. Pu3 tidak mahu pemilihan ini kita kehilangan pemimpin Sabah memiliki kedudukan dalam barisan jawatankuasa tertinggi UMNO kelak. 1 undi dari diri pu3 khusus untuk kepimpinan UMNO Sabah. TATAP. Tolak pemuda jelah heheh sebab pu3 tak layak mengundi dalam sayap pwmuda pun hehehhehehe (gurau serius)
 
Apapun.. pu3 nak wish all the best. Pu3 yakin kebijaksanaan YAB DSP Musa Aman dalam membuat keputusan.  Demikian juga kepimpinan lain yang berhasrat bertanding kelak.
 
Pu3 pula.. belum ada keputusan juga untuk pu3 setakat ini. Cukuplah untuk jawatan peringkat cawangan bagi membenarkan dan melayakkan pu3 mengundi barisan kepimpinan kelak. Hehehehehe... masa depan kita boleh bayangkan tetapi boleh andaikan berdasarkan suasana sekarang. Pu3 mendoakan semoga barisan kepimpinan baru kelak lebih menzahirkan cemerlang. Kempen jangan tak kempen tau. Dah dapat pesanan pu3.. jangan lupa janji serta terleka dengan amanah yang diserahkan.
 
Jangan kerana pertandingan. Kita berpecah belah. "BERSATU KITA BERSATU DENGAN SETIA BERGANDING BAHU...."
 
TATAP UMNO! Dulu.. kini.. selamanya

TINDAKAN AGRESIF WAJAR DILAKUKAN.... JENAYAH TEMBAK WAJIB DITUNTAS


 
Sejak akhir-akhir ini jenayah tembak mangsa semakin mendekati masa. Dalam tempoh beberapa hari sahaja.. kejadian menembak secara terbuka terutama sekali kejadian tembak sewaktu kenderaan yang dinaiki mangsa berhenti di lampu traffik mahupun simpang jalan.
 
Sebelum ini, sangat jarang kedengaran berita jenayah tembak berlaku kecuali ketika berlakunya rompakan di bank. Kenapa? Adakah kerana pengawalan sempadan negara agak longgar sehingga memudahkan penyeludupan senjata api berleluasa di negara ini?
 
Atau.. selepas tiadanya ISA atau undang-undang penahanan jenayah berat tanpa dibicarakan sehingga memberi laluan para samseng ala-ala mafia mulai tunjuk lagak! Sekiranya tiada tindakan sesegera mungkin, keadaan ini akan menimbulkan  keraguan pada kepercayaan keselamatan.
 
Jika jenayah rogol berlaku.. ia mungkin boleh dikawal melalui kaedah-kaedah keselamatan lawan berdepan. Mempelajari ilmu pertahanan diri sebagai salah satu kaedah. Tetapi berhadapan dengan senjata api ini.. apa ilmu pertahanan sekalipun ia tidak mampu ditangkis.
 
Adakah setiap individu kini perlu menyarung baju perisai sebagai langkah menjaga keselamatan diri dari menjadi mangsa tembakan? kalau itu berlaku.. pembekal pakaian perisai akan ketawa besar kerana jualan produk mereka laris. (Bukan fikiran negatif. Tetapi andaian jika ia berlaku) sama juga seperti penjualan produk antivirus untuk perisian komputer. Untuk melariskan produk.. virus juga dicipta agar berlaku penjualan dan pembelian. Tidak mustahil kebebasan memiliki senjata api bakal didalangi mereka yang memiliki produk membekalkan baju perisai kan. (Bukan nak fitnah. Tetapi dunia perniagaan seperti inilah sebilangan perjalanan hidup berniaga. Tiada permintaan tiadalah penjualan)
 
Pu3 sangat mengalu-alukan tindakan pengetatan di sempadan negara sebagai langkah mengawal penyeludupan berlaku. (Selalunya penyeludup ini akalnya lagi lugat dan licik berbanding pihak berkuasa. Sebab tu banyak kali selamat lepas) Selain itu.... diwujudkan semula undang-undang pengawalan jenayah berat yang mungkin kini ada yang sudah dibebaskan. Seperti yang dinyatakan  oleh YAB Perdana Menteri serta menteri KDN YB datuk seri ahmad Zahid Hamidi yang pu3 lihat sangat memandang berat isu jenayah tembak ini.
 
Andai situasi MUDAH perolehi senjata api ini berterusan. Pu3 boleh bayangkan kehidupan 'SURVIVAL ON GAME' Dalam mana-mana perisian action game akan menjadi kenyataan. TIDAK hairan juga siapa nak BERKUASA , KUASA bunuh dilakukan. Nak selamat tindakan MUSNAH perlu dilakukan. Itulah jalan cerita dalam permainan aksi. Pu3 tidak mahu ia berlaku dalam kehidupan realiti. MENAKUTKAN!!!
 
Kalau dulu, pu3 selalu terima pesan. Naik kereta terus kunci. Jangan letak beg tangan di atas kerusi penumpang... apabila memandu, andai ditahan seseorang tidak dikenali dalam kawasan sunyi jangan berhenti... tetapi kini.. walau kunci seketat bagaimanapun kenderaan.. peluru lebih gagah daru cermin kenderaan... keselamatan terasa sangat tiada jaminan. apabila perjalanan pu3.. bukan sekadar 10-20km ada kalanya 200km!
 
Bukan tidak percayakan kecekapan pihak berkuasa. Tetapi mereka juga ada kekangan lokasi. Takkan sepanjang perjalanan mereka kena berada? Takkan setiap simpang dan selekoh mereka perlu berjaga? Perlu mengharapkan suatu tindakan lebih agresif dalam menentang jenayah senjata api ini. Tindakan undang-undang lebih berat ke atas mereka. Wujudkan undang-undang dan tindakan untuk mengembalikan keyakinan rakyat atas keselamatan diri termasuk pu3.

MACAM MACAM: LELAKI MATI DITEMBAK DI GEORGE TOWN!!


 
GEORGETOWN:  Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.
 
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Gan berkata polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.
 
Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.
 
Gan berkata mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.
 
Polis sedang mengesan saksi dan tempat yang mempunyai CCTV untuk membantu siasatan.
 
Difahamkan kereta BMW itu adalah milik rakan Veerappan yang tidak mempunyai rekod jenayah.
 
Hasil siasatan awal, polis turut menemui dua parang pendek yang dibungkus dengan kertas di dalam kereta itu.- BERNAMA

NAJIB MINTA PELAJAR JAGA IMEJ MALAYSIA DI LUAR NEGARA


PUTRAJAYA:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pelajar Malaysia di perantauan supaya menjaga imej dan nama baik negara di arena global.
 
Beliau berkata rakyat khususnya pelajar dan pegawai juga perlu menonjolkan semangat cintakan negara dan patriotisme yang tinggi selain menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan Malaysia selepas menamatkan pengajian.
 
"Di mana sahaja kita berada, kita adalah rakyat Malaysia. Kita perlu memperlihatkan diri sebagai rakyat yang cintakan negara dan menunjukkan nilai patriotisme yang tinggi.
 
"Kita tidak boleh memburukkan nama Malaysia di luar negara kerana ia akan mencemarkan imej dan nama baik kita di peringkat global," katanya semasa mengadakan sidang televideo secara serentak dengan perwakilan pelajar dan duta di lima negara di kediaman rasminya, Seri Perdana, di sini hari ini.
 
Sesi selama 45 minit yang diadakan sempena sambutan Aidilfitri itu melibatkan wakil dari Ottawa (Kanada), Manama (Bahrain), Vienna (Austria), Islamabad (Pakistan) dan Moscow (Russia).
 
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.
 
Najib turut menasihatkan pelajar Malaysia di luar negara untuk melihat peluang paling istimewa itu untuk menimba pengetahuan dan kemahiran.
 
"Kalau nak dapatkan ijazah, di Malaysia pun boleh dapat. (Tapi) di luar negara, pelajar didedahkan kepada pengalaman dan kemahiran untuk menjadi manusia yang baik dan matang," katanya.
 
Selain itu, beliau mahu mereka menggunakan kesempatan itu untuk  menceritakan perkara positif tentang keunikan dan kemajuan yang dicapai Malaysia.
 
"Walaupun ada perbezaan pendapat mengenai politik sekalipun, kita tidak boleh memburukkan nama negara di perantauan. Sebaliknya, pelajar perlu menambah sebanyak mungkin ilmu pengetahuan, keintelektualan dan kemahiran kerana itu menjadi asas kepada usaha menjayakan agenda transformasi negara," jelas Najib.
 
Beliau menekankan pentingnya penguasaan ilmu dan kemahiran diutamakan untuk melahirkan modal insan berwibawa dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya saing dan disegani.
 
Sambil menggesa mereka supaya belajar bersungguh-sungguh, Najib mahu mereka pulang untuk berkhidmat di Malaysia selepas tamat pengajian.
 
Melalui sidang televideo sama, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan pelajar di luar negara supaya menghormati jasa dan pengorbanan ibu bapa.
 
"Sebagai seorang ibu, saya meminta anak-anak menelefon ibu bapa dan memohon ampun dan maaf walaupun tidak berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.
 
"Jangan lupa jasa baik ibu bapa. Ucaplah Selamat Hari Raya kepada mereka kerana sebab merekalah anda berada di luar negara," pesan Rosmah. -BERNAMA