Followers

VIDEO MENGHINA PERAYAAN AIDIL FITRI

video



Tak tau nak kata. Nak mengamukpun ada. Tetapi lebih banyak perasaan terluka parah meninton penghinaan yang dibuat oleh produksi ini. Kenapa watak anjing disamakan dengan orang Islam mengambil wuduk? Adakah manusia ini meletakkan umat Islam sebagai haiwan yang HARAM disentuh oleh umat islam?!
 
 
 
Sebenarnya video ini bukan sahaja menghina sambutan Aidil fitri malahan menghina umat Islam!
Tindakan tegas perlu dikenakan pada pelakon dan penghasil video ini!

TAYANGAN FILEM 'THE NEW VILLAGE' DITANGGUH : AHMAD ZAHID


 
KUALA LUMPUR:  Tayangan filem 'The New Village' ditangguh bagi membolehkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri meneliti semula kandungannya.
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata filem yang dijadual ditayang pada Ogos itu perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya.
 
Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas namun ada media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan.
 
Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jabatan Penjara di sini, malam ini.
 
Akhbar hari ini melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali. -BERNAMA

JAKIM PANTAU PERGERAKAN SYIAH DI MALAYSIA


 
KOTA BAHARU:   Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih memantau pergerakan Syiah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri memandangkan jumlah pengikut fahaman itu berbeza mengikut negeri.
 
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata setakat ini tiada bilangan spesifik pengikut fahaman itu memandangkan jumlahnya meningkat setiap hari.
 
"Jabatan Agama Islam Negeri juga menjalankan pemantauan bagi membantu kita (Jakim) mengesan kelompok mana yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas di sini, malam tadi.
 
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan fahaman Syiah di negara ini tanpa mengira status atau fahaman politik mereka.
 
Jamil Khir dilaporkan berkata apabila bercakap tentang Syiah, anggotanya amat sukar dikesan kerana golongan itu selalunya menyembunyikan identiti dan sering berbohong bagi mengelakkan diri mereka dikesan menganuti fahaman itu.
 
Sementara itu, pada majlis itu, 36 orang Asli telah diIslamkan dengan mengucap dua kalimah syahadah.
 
Othman berkata Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf bagi seluruh negara.
 
"Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan bagi membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan pengurusan saudara muslim serta kebajikan mereka, " katanya.
 
Beliau berkata Jakim sedang merancang untuk membangunkan satu sistem yang dinamakan e-Mualaf bagi mengumpulkan semua maklumat berkaitan saudara muslim dalam satu capaian mudah untuk diakses.
 
Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Pengerusi Islamik Outreach Kelantan Datuk Dr Abdul Razak Kechik. -BERNAMA

KENAPA NAK LANGGAR LARANGAN DAH LAMA DITETAPKAN?


 
Keras kepala sungguh budak perempuan ni. Seingat pu3lah.. sudah lama larangan Melayu Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia atau miss world ni. Dekat 15 tahun agaknya larangan ini dikeluarkan.
 
Peliknya tahun ini, kenapa boleh terlepas pandang menerima permohonan menyertai pertandingan dan kenapa 4 orang peserta ini kemaruk sangat nak menyertainya. Takkan seorangpun dari ahli keluarga tidak mengingati larangan tersebut?
 
Sila baca lagi....
 
Jawi nafi akan beri kebenaran 4 finalis ratu cantik bertanding semula
Bernama | Kemas kini: Julai 27, 2013
 
KUALA LUMPUR:  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
 
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
 
"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di sini, hari ini.
 
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.
 
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa Jawi berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.
 
Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
 
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
 
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
 
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan.
 
Ps: elok dikenakan tindakan agar kedegilan tidak berulang dan melayu Islam lain mengingati semula larangan tersebut.

SALAM MULIA NUZUL QURAN

 
 
Semalam pu3 alhamdulillah terlibat sama dalam menjayakan majlis Tadarus Al-Quran anjuran Pergerakan puteri UMNO Malaysia yang bermula sebelah petang.
 
Program ini adalah program wajib bagi penggal ini setiap bulan Ramadhan. Walaupun jauh, pu3 tak merasa satu masalah untuk datang sendiri dan melibatkan diri dalam majlis tersebut.
 
 
Walau majlis ini diadakan selepas 2 hari selesainya PRK Kuala Besut. Persediaannya walau ringkas tetapi penuh makna dengan penglibatan golongan remaja dan belia wanita muda dengan bimbingan 2 wajah yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah Al -Quran. Ustazah hjh Suraya dan Datin Hjh shariffah.
 
Majlis Tadarus dan khatam Al-Quran ini turut dijayakan oleh jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia yang terlibat dalam bacaan Quran, demikian juga penglibatan puteri negeri-negeri mewakili negeri masing-masing serta pelajar dari sekolah Tahfiz Yayasan as-soffa.
 
Ps: pu3 belum sempat menerima gambar lain. Insyallah kalau dah terima kelak pu3 akan kongsikan. Tak sempat nak pegang kamera dah.

KEMENANGAN BN DI KUALA BESUT BUKTI UMNO MASIH MENYERLAH : NAJIB


 
PUTRAJAYA:  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan Umno masih   menyerlah.
 
Justeru itu, Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkukuhkan Umno akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.
 
"Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.
 
"Insya Allah kita akan tunaikan semua janji-janji pilihan raya kita ," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana di sini.
 
Najib berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan majoriti 2,592 undi ke atas calon PAS, Endot@Azlan Yusof pada PRK Kuala Besut.
 
Beliau melahirkan keyakinan dengan kredibiliti Tengku Zaihan, 37, untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.
 
"Saya yakin beliau tokoh muda yang berkebolehan. Ini petanda baik sokongan rakyat terhadap BN.
"Pertambahan majoriti kemenangan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih kepada semua anggota BN untuk menambah sumbangan dan daya juang," katanya.-BERNAMA

SILA TUNAIKAN NIAT ANDA!!!!


 
Nak sangat berbogel. Apa lagi. Keputusan Sah dan rasmi BN menang. Pu3 cabar pemilik akaun ini untuk kotakan kata-katanya! Ada berani??????

PRK KUALA BESUT: BN TETAP DI HATI PENGUNDI


 
Alhamdulillah. Keputusan sudah diumumkan. BN tetap di hati pengundi DUN Kuala Besut. Kemenangan ini mengekalkan kedudukan BN 17:15 di Terengganu. Patahlah hati pakatan pembangkang yang mengimpikan formula 16:16.. dengan mijoriti 2592 ini, mengekalkan kerusi DUN kuala Besut sebagai kawasan BN.
 
TATAP BN!!! TERIMA KASIH PENGUNDI DUN KUALA BESUT kerana percaya kepada BN.

GILA MEROYAN


 
 
Bergurau ada masanya. Yakinpun ada hadnya. Tapi keyakinan yang melampau ada bahayanya.
Tak taulah pu3... apa nak jadi dengan budak ni. Nampak sangat dia yakin bahawa BN akan kalah salam PRK kuala besut sehingga berani membuat status GILA seperti ini.
 
Sewaktu pu3 menulis ini. Keputusam PKR Kuala Besut sudahpun diumumkan. Dan BN sah menang. So Malanglah pada gadis ini kerana membuat status GILA. Tak taulah kalau kegilaannya membuat status dikotakannya.
 
Tapi pu3 yakin.. penama damia izara ni bukanlah nama sebenar dan gaya bahasa digunakan.. bolehlah 80% keyakinan pu3 bahawa pemegang akaun FB ini bukan perempuan. Tetapi warga Adam yang bertopeng nama perempuan.
 
Sebagai seorang perempuan. Pu3 yakin.. macam mana taksubnya perempuan itu ke atas pakatan pembangkang atau bencinya tahap gaban kepada BN. Soal nak menunjukkan keberanian nak bogel itu bukan diri seorang perempuan. Hanya lelaki sahaja berani mengutarakan perkara-perkara sebegini.
 
Kemarahan pu3.. lelaki menggunakan nama akaun damia izara ni adalah lelaki dayus lagi pengecut. Sangat menjijikkan kerana mengainkan kaum Hawa dengan status hina ini. Tindakannya ini bukan sahaja mencalar perasaan pu3 sebagai perempuan. Malahan dia menghina perempuan lain termasuk ibunya melahirkan dia!!!!

MAHKAMAH SARAN KES SAMAN ANWAR-SYED HAMID DISELESAIKAN MENERUSI MEDIASI


 
KUALA LUMPUR:  Mahkamah Tinggi menyarankan agar kes saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung penyiaran satu artikel dalam sebuah akhbar, diselesai melalui proses mediasi.
 
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat saranan itu dalam kamar selepas bertemu peguam S.N. Nair yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail bagi pihak Syed Hamid.
 
Nair memaklumkan pemberita bahawa kedua-dua pihak akan berbincang berhubung proses mediasi itu dan mahkamah menetapkan 28 hingga 30 Okt ini untuk perbicaraan jika tiada penyelesaian.
 
Mahkamah sepatutnya mendengar perbicaraan kes itu hari ini.
 
Anwar memfailkan saman menamakan Syed Hamid sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia defendan kedua selepas mendakwa bekas menteri itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada 2 Julai 2008, dan kenyataan berkenaan diterbitkan The Star bertarikh 3 Julai 2008.
 
Anwar mendakwa artikel itu menunjukkan beliau seorang pengkhianat, tidak setia kepada negara, agama dan bangsa serta seorang yang tidak boleh dipercayai.
 
Selain RM100 juta, Anwar menuntut ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. -BERNAMA

55, 000 KANAK-KANAK 12 TAHUN MASIH TAK MOHON MYKAD


 
PUTRAJAYA:  Sehingga 19 Jun tahun ini, seramai 55,537 kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas masih belum memohon kad pengenalan (MyKad) kali pertama, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Beliau berkata antara penyumbang kepada masalah ini ialah sikap ibu bapa sendiri yang tidak mengambil berat, selain faktor ekonomi, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.
 
"Secara keseluruhan, Sabah mencatat jumlah tertinggi kanak-kanak yang tidak mempunyai MyKad iaitu 8,259 disebabkan banyak kawasan pedalaman.
 
"Jadi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengerakkan program MY12 untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya mempunyai MyKad," katanya pada sidang akhbar selepas berbuka puasa bersama warga JPN hari ini.
 
Ahmad Zahid berkata menerusi program itu, sesi penerangan dengan kerjasama sekolah, pendaftaran di lapangan melalui khidmat Mobile JPN 1Malaysia dan Unit Mobile Kad Pengenalan, akan dilaksana.
 
Beliau berkata selain itu, JPN akan menjalankan program MY18 yang disasar kepada permohonan penukaran kad pengenalan apabila mencapai umur 18 tahun hingga genap 25 tahun.
 
Menerusi program itu, JPN akan memastikan rekod data pengenalan diri setiap individu dikemas kini secara berterusan dan membantu mereka berurusan menggunakan kad pengenalan berkenaan.
 
"Ia akan dijalankan melalui sesi taklimat dan dialog di sekolah, institusi pengajian tinggi dan kilang," katanya.-BERNAMA

HENTI KHABAR ANGIN GELOMBANG KEDUA PENGGANAS : KPN


 
KOTA BHARU:  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran khabar angin kononnya akan berlaku gelombang kedua kemasukan pengganas Kiram ke Sabah.
 
Beliau berkata khabar angin yang tidak berasas itu, tidak seharusnya  disebarkan ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.
 
"Apabila berita-berita sebegini disebarkan, ia menggusarkan masyarakat terutama di Sabah. Musim raya (Aidilfitri) dah nak sampai, jadi kenapa nak buat orang susah, menakutkan orang ramai, perkara tu tak benar sebenarnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini.
 
Beliau melawat anggota polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanan akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu, Rabu lalu.
 
Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
 
Khalid berkata pihaknya bersama beberapa agensi keselamatan lain mempunyai cukup kekuatan untuk menangani sebarang kemungkinan pencerobohan dari luar.
 
"Marilah kalau mereka berani. Kita akan tahu kalau ada cubaan pihak musuh untuk masuk ke negara ini. Kita cukup kekuatan.. kita ada polis, tentera.. ada di laut, udara dan darat. Jadi janganlah risau.
 
"Penubuhan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) untuk memastikan keadaan pantai Timur Sabah terjamin," katanya. -BERNAMA

PRK KUALA BESUT: SUASANA SEPANJANG JALAN PENUH PERAYU UNDI

 








Suasana hari mengundi Pilihanraya kecil Kuala besut.

PRK KUALA BESUT: PAS MASIH GUNAKAN KANAK-KANAK JADI PERAYU UNDI

Kalau cakap saja. Mesti depa pakat kata. BN suka fitnah. Tetapi gambar ini membuktikan apa yang pu3 kata.

Sila siasat kanak-kanak ini anak siapa.

PRK KUALA BESUT: TABUR FITNAH USAHA TERAKHIR PAS

Kasihan sungguh pu3 dengan kebuntuan pakatan merangkap PAS dalam usaha meyakinkan pengundi untuk memangkah mereka.

Hari terakhir hanya sejam lebih lagi masa kebenaran kempen. Banyak pula poster kongsi fitnah mereka taburkan.

Gambar pertama jadikan nik aziz kepala segala fitnah ke atas kepimpinan BN.

Gambar kedua pula pemimpin PAS menyamakan pengundi DUN Kuala besut yang tidak memangkah PAS dengan kambing.

Nampak bebenor otak mereka ni dah buntu gaban. Terdesak tahap kritikal. Kempen muraha  tahap otak pasir dijalan ni sahaja strategi menyakinkan pengundi sangat mendukacitakan. Tiada visi meyakinkan rakyat dengan kemampuan mereka bakal memimpin rakyat!

Tahniahlah pu3 ucapkan kerana mereka yang merangka poster dan banner ini telah menghancurkan ibadah puasa mereka. Doa pu3, semoga mereka-mereka ini diberi petunjuk hidayah serta diberi kesempatan untuk bertaubat.

PRK KUALA BESUT: MENGHALALKAN CARA UNTUK FITNAH PEROLEH UNDI

SAH! Pakatan pembangkang menggunakan serangan Cywar mereka untuk dapatkan undi rakyat dengan melakukan sebaran risalah fitnah ke atas BN. Sebentar tadi. Pu3 perolehi 1 lagi risalah menggunakan logo BN . Risalah seperti ini bukan strategi BN dalam memberi penjelasan dan penerangan kepada pengundi untuk mengundi BN!!!!

Nampaknya pakatan pembangkang melalui PAS semakin kritikal takut menghadapi kekalahan sehingga mengHALALkan perbuatan menFITNAH.

MAHKAMAH PILIHAN RAYA TOLAK PETISYEN BATALKAN KEMENANGAN BN DAN PAS

KOTA BHARU:  Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ketereh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas dan DUN Kok Lanas selepas menolak petisyen yang difailkan PKR dan PAS.

Hakim Datuk John Louis O'Hara turut menolak petisyen yang difailkan BN bagi DUN Mengkebang dan DUN Manek Urai yang kedua-dua kerusi itu dimenangi PAS.

O'Hara menolak kesemua lima petisyen itu atas alasan kesemua pempetisyen  gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau menolak kesemua petisyen itu dengan kos.

Bagi Parlimen Ketereh, O'Hara mengarahkan pempetisyen yang difailkan Ab Aziz Ab Kadir membayar kos sebanyak RM40,000 kepada responden pertama iaitu Anggota Parlimennya Tan Sri Annuar Musa manakala masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Responden kedua adalah Pegawai Pengurus Pilihan Raya manakala responden ketiga adalah Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bagi DUN Air Lanas, pempetisyen yang dinamakan Mustapha Deris diarahkan membayar kos RM30,000 kepada anggota DUN Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagi DUN Kok Lanas, pempetisyen Shaberi Mohd Zain diarah membayar RM30,000 kepada anggota DUN itu, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Sementara itu bagi DUN Mengkebang pula, pempetisyen iaitu Azizzuddin Hussein perlu membayar RM30,000 kepada anggota DUN itu daripada PAS, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Bagi DUN Manek Urai, pihak pempetisyen yang difailkan Che Jalal Che Muda juga dikehendaki membayar kos sebanyak RM30,000 kepada anggota DUN daripada PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Pada pilihan raya umum lepas, Annuar menewaskan calon PKR, Ab Aziz Ab Kadir dengan majoriti 974 undi bagi Parlimen Ketereh.

Bagi DUN Air Lanas, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengalahkan calon PAS, Abdullah Ya'kub dengan majoriti 47 undi manakala Md Alwi menewaskan calon PAS Nik Mahadi Nik Mahmood dengan majoriti 169 undi bagi DUN Kok Lanas.

Abdul Latiff, calon PAS bagi DUN Mengkebang, menewaskan calon BN, Azizzuddin Hussein dengan majoriti 1,072 undi manakala DUN Manek Urai dimenangi Mohd Fauzi yang mewakili PAS dengan majoriti 1,633 undi mengalahkan calon BN Che Jalal Che Muda.

BN pada petisyen itu diketuai peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Mohd Illias Mohd Noor manakala PAS dan PKR oleh Hisham Fauzi.

Responden kedua dan ketiga pula diketuai peguam Azizan Md Arshad. -BERNAMA

SEKALI LAGI ISLAM DIHINA DI MEDIA SOSIAL!!!!

Selepas pasangan SEX alvin atau dikenali sebagai Alvivi menunjukkan perbuatan Islam. Seorang lagi pengguna FB yang menggunakan namanya sebagai sally dengan beraninya menghina Islam!

Sangat biadap! Bukan takat kurang ajar tetapi sangat laknat!

PRK KUALA BESUT: MANUSIA JADI SYAITAN

Hmmm pelik bebenor masa pilihanraya kecil di kuala besut ni. Pertarungan 1:1  antara BN : PAS melibatkan 2 dua kumpulan yang mewakilkan calon dari kalangan Melayu beragama Islam. Pu3 tak hairan sangat kalau pihak pembangkang menyebarkan fitnah ketika PRU mahupun mana-mana PRK kerana nak kelabukan  mata pengundi. Ianya adalah perkara biasa dilakukan oleh mereka.

Apabila diumumkan PRK Kuala Besut bermula pada hari ke-3 puasa di bulan ramadhan. Pu3 membayangkan suasana lebih harmoni kerana jentera PAS adalah kumpulan yang mengaku MEMPERJUANGKAN ISLAM. Sudah pasti tindakan BOHONG
TIPU. termasuk FITNAH akan terhalang kerana kerisauan menjaga peribadatan puasa mereka menjadi sia-sia hanya berlapar dan dahaga. Itu harapan pu3.

Semalam dan hari ini. Begitu hebat diedaran merata tempat. Di kg Nail kemudian hari ini di kawasan PDM kampung baru risalah konon penyatuan melayu 16:16 yang konon diilhamkan oleh NGO pro-BN . Setakat ini pu3 belum perolehi info feedback dari pihak yang berkaitan samaada memperakui mahupun membuat penafian.

Secara logik akal pu3lah. Formula 16:16 ni bukan formula yang diamalkan atau digunapakai oleh kumpulan pro-BN. Ianya adalah Formula yang dicanang oleh PAS serta sekutunya yang mendambakan kemenangan sama rata di Negeri Terengganu. Memandangkan keputusan PRU13 yang lepas. keputusan memihak kepada BN 17 DUN dan Pakatan 15. Pihak pembangkang mengharapkan kemenangan PRK kuala Besut ini berpihak kepada mereka agar jumlah kerusi menjadi sama 16:16.

Pertanyaan pu3. Kenapa pihak tak bertanggungjawa  ini menyebarkan flyer atau risalah melibatkan  NGO-NGO Pro-BN dan jelas memperjuangkan maruah Melayu? Jika benar NGO-NGO ini sememangnya terlibat, kenapa pihak lain yang mengedarkannya. Kenapa pula dalam mana-mana ceramah tidak dinyatakan slogan baru kempen pilihanraya kecil NGO-NGO ini mahukan kemenangan sama rata untuk 16:16 sebagai agenda perjuangan menyatukan  orang melayu di terengganu.

Pertanyaan pu3 yang kedua. Andai risalah ini buka  dari NGO-NgO yang dilelong nama mereka dalam risalah ini. Kenapa terdesak sangat nak melakukan fitnah dalam bulan mulia ini? Tak takutkah mereka akan dosa ? Tak takutkah mereka hilang nikmatnya ibadah dibulan Ramadhan ini?

Alangkah malangnya di bulan ramadhan Mulia ini. Segala syaitan iblis telah dirantai agar seluruh makhluk Allah mampu memaksimakan tumpuan mereka dalam melaksanakan peribadatan tanpa adanya gangguan. Namun manusia-manusia ini pula telah menjadi Syaitan dan Iblis tanpa perlu dihasut oleh makhluk yang dilaknati Allah swt!

Hanya kerana mendambakan berlaku rombakan pentadbiran yang memungkinka  juga pilihanraya negeri.. manusia-manusia ini sanggup melakuka  fitnah ke atas pihak lain. Jika fitnah ini digunalan ke atas seorang indivdu. Senanglah nak mencari penyelesaian dengan..memohon keampunan serta segera bertaubat. Tetapi apabila melibatkan  suatu pihak yang sangat besar. Jumlah keahliannya yang sangat ramai. Adakah sebahagian besar dari ahli kumpulan yang difitnah ini merelakan diri mereka memberi kemaafan?

agaknya pihak menyebar fitnah ini bertanggapan. Sekarang dah masuk puasa ke-13. Berbaki lagi 16 -17 hari lagi bulan Ramadhan disambut pula bulan Syawal. Dengan menyatakan MAAF ZAHIR DAN BATIN. Segala dosa Fitnah akan termusnah? Itu fatwa mana mereka pakai ni. Buat dosa dipermudahkan penyelesaiannya.

Walaupun pu3 bukan ahli PEKIDA mahupun PERKASA, MBM mahupun GPSM. Pu3 yakin. Kempen 1 kerajaan menggunakan formula 16:16 ini bukanlah dari pihak mereka. Tetapi pihak pembangkang yang terdesak memperolehi kemenangan atas kelakuan fitnah yang mereka lakukan ini. Masyallah! Astagfirullahulazim. Kenapalah menodai kemuliaan bulan Ramadham dengan aktiviti dosa menfitnah?!!!!

Bagi pu3. Kelakuan ini.. bukan kelakuan orang yang mengaku beriman kepada Allah swt. Bukan perlakuan mereka yang berpegang pada RUKUN IMAN mahupun RUKUN ISLAM. tetapi mereka yang sudah tidak layak digelar manusia. Orang yang melafaz dengan lidah kononnya berjuang ke atas keutuhan Agama Islam tetapi perbuatan pula berpaksikan  perbuatan Syaitan. Bulan Ramadhan ini. Mereka buka  lagi manusia melainkan Syaitan dan Iblis.

Hanya beberapa jam lagi hari pengundian. Pu3 berharap. Pengundi kawasan DUN kuala Besut kukuhkan keimanan dan tidak dipengaruhi fitnah dari pihak pembangkang yang dahagakan kemenangan ini.

JOM UNDI BN. 

KERAJAAN LANCAR OPERASI BERSEPADU BURU PENDATANG TANPA IZIN

PUTRAJAYA:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengesan dan menahan pendatang tanpa izin di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi melibatkan polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu akan meliputi kawasan perniagaan, perladangan, kilang dan kawasan pembinaan di seluruh negara.

Beliau berkata pihaknya memandang serius terhadap masalah yang seringkali ditimbulkan oleh pendatang tanpa izin antaranya masalah jenayah, dadah dan pelacuran.

"Gerakan memburu pendatang tanpa izin ini adalah untuk membuktikan bahawa kerajaan serius dalam membendung masalah sosial serta menjamin keselamatan negara," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Imigresen di Ibu Pejabat Imigresen di sini malam Isnin.

Ahmad Zahid berkata sepanjang Ramadan ini, seramai 120 pendatang tanpa izin ditangkap atas kesalahan berniaga tanpa permit dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Mengenai Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), Ahmad Zahid berkata ia telah menunjukkan hasil yang positif apabila seramai 1.3 juta orang telah berdaftar sejak dilancarkan pada Julai 2011.

Beliau menjelaskan daripada jumlah itu, seramai 500,000 telah melalui proses pemutihan, 330,000 telah pulang ke negara asal manakala bakinya masih dalam proses pemutihan untuk dihantar pulang.- BERNAMA

KATE SWLAMA5 MELAHIRKAN PUTERA DIRAJA BRITAIN

LONDON:  Putera William dan isterinya meraikan kelahiran putera sulung mereka pada hari Isnin, yang menyediakan keluarga diraja dengan raja.

Orang ramai bersorak di hadapan pintu Istana Buckingham selepas pengumuman bahawa Duchess of Cambridge telah menghasilkan waris lelaki sihat seberat £ 8 6oz (3.8 kilogram).

Bayi yang belum dinamakan merupakan pewaris takhta ketiga dan selepas anak Ratu Elizabeth II yang Prince Charles, dan kemudian anak sulungnya William.

"Kami sangat gembira," kata William, anak Charles dan mendiang Puteri Diana dalam satu kenyataan ringkas.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isterinya Michelle turut mengucapkan tahniah manakala Kanada, antara 15 negara yang bakal diwarisi merupakan negara  yang pertama untuk meraikan  kelahiran  bayi diraja.

Kate Middleton, 31 dan William pergi sekitar subuh ke Hospital London St Mary, Paddington, di tengah-tengah London.

"Yang Teramat Mulia The Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 16:24 (1524 GMT)," kata Istana Kensington dalam satu kenyataan hanya lebih empat jam selepas dia melahirkan.

"Bayi ini mempunyai berat £ 8 6oz. The Duke of Cambridge hadir untuk kelahiran."

Ia adalah hospital yang sama bahawa mendiang Puteri Diana melahirkan William pada tahun 1982.

Kate, William dan bayi baru mereka akan berada di hospital semalaman, menurut istana di situ.

Ratu dan Prince Charles berkata mereka amat gembira dengan berita kelahiran ini.

London Eye dan Menara BT dinyalakan dengan warna merah putih dan biru untuk meraikan kelahiran bayi manakala  meriam api berbunyi di seluruh ibu negara pada Selasa.

Muka hadapan surat khabar dengan kata : " Bayi lelaki"

Ketibaan bayi diraja dan generasi baru untuk monarki British telah hangat dijangkakan sejak pasangan itu berkahwin pada 2011 selepas percintaan dekad-panjang.

Istana itu berkata nama kanak-kanak itu akan didedahkan kemudian, tetapi dia akan dikenali sebagai Prince of Cambridge.

Pakar mengatakan nama kegemaran adalah George dan James, nama tradisional untuk raja masa depan - walaupun mereka telah menjangkakan bayi  perempuan akan dilahirkan.

William, juga 31, berada di sisi isterinya ketika kelahiran.

Prince Charles dan Camilla isteri keduanya berkata "gembira dengan kedatangan cucu pertama saya".

"Ia adalah masa yang sangat istimewa bagi William dan Catherine dan kami begitu teruja di atas  kelahiran anak lelaki mereka," waris 64 tahun takhta itu berkata dalam satu kenyataan.

"Banyak orang telah memberitahu saya beberapa bulan kebelakangan ini, menjadi datuk adalah saat unik dalam kehidupan seseorang, jadi saya sangat bangga dan gembira menjadi datuk untuk kali pertama dan kami tidak sabar sabar untuk melihat bayi dalam masa terdekat . "

Hakikat bahawa ia adalah seorang budak lelaki melegakan keperluan untuk tergesa-gesa melalui undang-undang penggantian baru di seluruh negara-negara16 Komanwel, yang akan bermakna bahawa anak perempuan tidak lagi boleh mengambil alih mana-mana adik lelaki pada masa depan.

Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata di luar pejabat Downing Street bahawa ia adalah "berita baik" untuk Britain.

"Ia adalah masa yang penting bagi negara kita. Sebuah negara bangga meraikan kedatangan bayi bagi pasangan diraja," kata Cameron.

The Obamas berkata mereka mahu William dan Kate " kebahagiaan dan rahmat akan datang setelah menjadi ibu bapa ", sambil menambah: ". Kanak-kanak memasuki dunia ini bersama janji dan peluang untuk kedua-dua negara kita"

Kehamilan ini telah diumumkan pada bulan Disember apabila Kate telah dimasukkan ke hospital. -APF

NEGERI LAIN PATUT IKUT KEDAH WARTAKAN FATWA ANTI SYIAH : TUN DR MAHATHIR

ALOR SETAR:  Negeri-negeri yang masih belum mewartakan fatwa antiSyiah, patut berbuat demikian dengan mengambil kira bahawa fahaman itu hanya akan membawa kesan negatif dan memecah belahkan ummah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata setiap kerajaan negeri patut mengkaji serta mempertimbangkan perkara itu dan mencontohi Kedah yang telah mengumumkan akan mewartakan fatwa antiSyiah baru-baru ini.

"Apa yang kita tahu, ada Syiah berlaku permusuhan, peperangan dan pembunuhan. Kita bernasib baik sebab di negara kita ini Ahli Sunnah Wal Jamaah, pengikut Imam Shafie," katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke Pekan Rabu di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata ajaran Syiah tidak elok dibawa ke negara ini kerana ia merupakan fahaman yang memecah belahkan Islam.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang akan mewartakan fatwa antiSyiah di Kedah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat. Fatwa itu telah pun diwarta di peringkat kebangsaan.

Mukhriz dilaporkan berkata walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti negeri ini bebas daripada fahaman itu.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata cadangan menggabungkan parti yang didominasi kaum Cina iaitu MCA, Gerakan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan menguntungkan sekiranya mereka terus menyokong Barisan Nasional (BN).

"Kalau boleh bersatu baguslah sikit, kalau sokong BN untunglah... nak kata Cina tak boleh sokong Melayu, tidaklah. Kalau Cina dan Melayu tak boleh bersatu, rosaklah negara," katanya.-BERNAMA

KAWALAN KESELAMATAN DIPERKETAT BIARPUN HANYA KHABAR ANGIN : ZAHID

KOTA BHARU:  Kawalan keselamatan negara tidak akan goyah dan pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia mengekang sebarang pencerobohan walaupun hanya berdasarkan maklumat melalui khabar angin, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pihak keselamatan tidak akan memandang mudah tentang perkara itu dan kini telah mengambil langkah kawalan yang sangat ketat seperti di Sabah yang kononnya akan berlaku gelombang kedua kemasukan pengganas Kiram.

"Walaupun saya tidak fikir surat yang kononnya dihantar pengganas untuk mencetuskan keganasan di Sabah itu adalah surat sebenar, tetapi langkah kawalan tetap diperkukuh sambil menyiasat punca sebenar surat berkenaan.

"Pada masa yang sama penduduk Sabah jangan khuatir dan jangan mendengar sebarang khabar angin yang hanya bertujuan menimbulkan kerisauan kepada penduduk Sabah," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanannya akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu pada Rabu lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, Ketua Polis Kota Baharu ACP Azham Othman dan Pengarah HUSM Datuk Dr Zaidun Kamari turut hadir.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin kononnya ancaman gelombang kedua serangan akan berlaku pada Ogos yang disebarkan menerusi surat kononnya ditulis kumpulan pengganas Kiram.

"Saya tidak fikir yang surat itu surat sebenar daripada pengganas Sulu dan tentunya surat itu adalah sesuatu yang agak melucukan kerana tidak ada orang yang memberikan tarikh dan ketika untuk masuk bagi melakukan keganasan dan saya harap surat itu tidak benar sama sekali," katanya.

Ahmad Zahid berkata pasukan polis dan tentera sentiasa bersiap siaga dengan mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi serta aset kelengkapan yang boleh meletakkan tahap kesiapsiagaan itu di peringkat optimum.

Katanya kerjasama dengan pihak keselamatan Filipina juga tetap erat bagi memastikan pergerakan untuk masuk ke Sabah dipantau dengan teliti.

Sementara itu beliau berkata keadaan Farid Hasni kini stabil dan segala keperluan semasa menerima rawatan dan keadaannya selepas itu tetap diberikan keutamaan.

"Saya telah semak dari segi insurans beliau akan memperoleh insurans tetapi untuk bantuan kaki palsu pula selepas rawatan dimuktamadkan dan akan diusahakan PDRM.

"Semangatnya begitu tinggi dan saya juga telah memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan jika beliau tidak dapat menjalankan tugas lama, beliau pastinya akan ditukarkan ke unit atau pasukan lain supaya beliau dapat berpeluang bertugas," katanya.- BERNAMA

BAYI DIRAJA : 10 FAKTA PELIK

KUALA LUMPUR:  Media dunia telah berkhemah selama tiga minggu di luar hospital dimana isteri Putera William, Kate Middleton, akan melahirkan anak mereka.

Sementera warga dunia masih menanti, berikut adalah 10 fakta pelik tentang bayi diraja ini:

1) Pakar doktor wanita berkata bayi diraja ini mempunyai kaitan dengan Dracula, watak seorang putera pada abad ke-15 diilhamkan oleh novelis Bram Stroker. Pakar juga berkata bayi ini mempunyai talian darah dengan seorang Sultan yang dipercayai keturunan Nabi Muhammad.

2) Finland telah menghadiahkan William dan Kate dengan 'Kotak Bayi' yang diberi kepada semua ibu-ibu yang hamil di negara itu. Dalam kotak berkenaan mempunyai pakaian bayi, pad bra dan kondom.

3) Sebagai adat lama, kelahiran diraja disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri untuk memastikan bahawa bayi berkenaan adalah waris yang sah. Berita baik untuk Kate, tradisi ini berakhir pada tahun 1936.

4) Bayi ini tidak seharusnya mempunyai nama keluarga namun jika William dan Kata mahukan nama keluarga, mereka boleh memilih diantara Mountbatten-Windsor, Wales dan Cambridge.

5) Niagara Falls, Menara CN di Toronto dan air pancut Trafalgar Square akan bertukar menjadi warna jambu atau biru bergantung kepada jantina bayi ini.

6) Para wartawan yang berkhemah di luar hospital St. Mary mula merasa bosan setelah tiga minggu menunggu bayi diraja ini. Lain pula cerita ketika Putera William dilahirkan pada tahun 1982.

Ibunya Puteri Diana menipu akhbar-akhbar dengan memberitahu mereka bahawa anaknya akan lahir pada 1 Julai. Putera William dilahirkan 10 hari lebih awal.

7) Taruhan dilakukan dari nama bayi ke warna rambut. Antara nama-nama yang popular dikalangan mereka yang bertaruh adalah Alexandra untuk bayi perempuan dan George untuk bayi lelaki.

Anda boleh menang besar jika William dan Kate memilih nama yang tidak begitu popular seperti Putera Wayne. Ia mempunyai kemungkinan 500/1.

8) Bayi ini sudah memiliki laman Wikipedia tersendiri - "Child of the Duke and Duchess of Cambridge".
9) Bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard telah mengait kangaroo untuk bayi diraja ini.

10) Bintang bola sepak David Beckham mencadangkan bahawa pasangan diraja ini menamakan bayi mereka atas nama beliau. "Saya fikir mereka perlu namakan bayi itu sebagai David," katanya dalam satu temu bual minggu ini, dan menambah: "Jikalau ia lelaki!" - AFP

JEREBU MELANDA LAGI

KUALA LUMPUR:  Jerebu yang melanda semula negara khususnya di sekitar pantai Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dijangka berlaku untuk tempoh singkat, ekoran perubahan corak tiupan angin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, corak tiupan angin itu akan berubah dalam tempoh dua atau tiga hari dengan angin barat laut kelajuan sederhana akan bertiup di utara Semenanjung dan angin lemah pelbagai hala akan bertiup di bahagian tengah dan selatan.

"Keadaan tiupan angin ini, dijangka akan membawa hujan terutamanya di bahagian pedalaman negeri-negeri di Semenanjung Malaysia," menurut kenyataan itu.

Malaysia masih mengalami Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September.

Peningkatan bilangan titik panas dan keadaan cuaca yang agak kering sejak dua hari lepas telah mengakibatkan berlakunya keadaan berjerebu di beberapa kawasan di negeri Pantai Barat Semenanjung, menurut kenyataan itu.

Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dengan 125.

Dua lagi daerah mencatatkan bacaan 'tidak sihat' adalah Bandaraya Melaka (115) dan Banting (105).

Bukit Rambai mula mencatatkan bacaan 'tidak sihat' pada hari Ahad sekitar jam 8 pagi dengan bacaan IPU 102. Ini disusuli dengan Bandaraya Melaka dan Banting yang bermula mencatat bacaan 'tidak sihat' pada jam 2 pagi dan 4 pagi. 

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Negeri-negeri yang mencatatkan bacaan tahap 'sederhana' adalah Johor (kecuali kawasan Kota Tinggi yang mencatat bacaan 'Baik'), Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang (kecuali kawasan Jerantut yang mencatat bacaan 'Baik'), Perah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu (kecuali kawasan Paka yang mencatat bacaan 'Baik'), dan Wilayah Persekutuan (kecuali Labuan yang mencatat bacaan 'Baik').

Sabah dan Sarawak mencatat bacaan yang 'Baik' kecuali daerah Bintulu dan Kapit yang mencatat bacaan 'Sederhana'.

Bulan lepas, Malaysia mengalami jerebu yang agak teruk sehingga ada kawasan mencatatkan tahap pencemaran udara berbahaya dan sekolah terpaksa ditutup sementara. -BERNAMA

Ps: 4 hari di Beijing minggu lepas. Lawatan kerja. Suasana sana juga berjerebu. 2 hari terakhir semakin teruk. Agaknya cuaca yang terlalu panas kot.

ROSNAH TIDAK PERTAHAN JAWATAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

PAPAR:  Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatan ketua puteri UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti, akhir tahun ini.

Beliau yang menyandang jawatan itu sejak lima tahun lepas berkata beliau juga belum memutuskan untuk bertanding sebarang jawatan peringkat kepimpinan wanita UMNO atau Majlis Tertinggi parti.

"Saya sudah melewati usia untuk berada dalam puteri UMNO dan setakat ini saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan ahli pergerakan Puteri seluruh negara," katanya kepada pemberita Sempena Majlis Penutupan Kursus Kontraktor CIDB di sini malam tadi.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding dalam pemilihan pimpinan UMNO akan datang.

"Kita melihat kemungkinan jawatan ketua puteri UMNO akan dipertandingkan kerana beberapa calon telah menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding bagi jawatan ketua puteri dan juga naib ketua puteri," katanya. -BERNAMA

TINJAUAN PERSIAPAN MENGHADAPI PRK KUALA BESUT OLEH KETUA POLIS NEGARA

KAMPUNG RAJA, 10 JULAI 2013 – Sempena Pilihan Raya Kecil N1 Kuala Besut yang dijangkakan berlangsung pada 24 Julai 2013, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah membuat lawatan kerjanya ke Daerah Besut untuk meninjau persiapan polis bagi menghadapi hari penting tersebut. Sebelum itu, Hari Penamaan Calon dijadualkan pada 12 Julai 2013 dan bagi pengundi awal 20 Julai 2013.

Dalam sidang media yang diadakan, beliau memaklumkan bahawa pihak polis telah bersedia sepenuhnya terutamanya dari segi keselamatan bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Beliau turut memberi jaminan keselamatan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab tanpa rasa takut.

Disamping itu, beliau turut memberi peringatan kepada calon-calon parti untuk memohon permit ceramah daripada Ketua Polis Daerah bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan, YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Logistik, YDH SAC Dato' Haji Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu dan YDH SAC Dato' Hamzah bin Md. Jamil, Timbalan Ketua Polis Terengganu.

KAWALAN KESELAMATAN DI SEMPADAN KELANTAN-THAILAND DIPERKETATKAN : ZAHID

KUALA LUMPUR:  Kawalan keselamatan di sempadan Kelantan-Thailand akan diperketatkan bagi membendung jenayah termasuk membunuh dengan menggunakan senjata api. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia termasuk mengawal kegiatan penyeludupan senjata api dari Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Katanya langkah yang dilakukan itu menjamin pengawalan peningkatan kes jenayah berat selain kes penyeludupan barangan terlarang dari negara jiran.

"Kita akui ada kelonggaran dalam kawalan keluar masuk thailand dan kelantan dalam kalangan penduduk kerana mereka mempunyai pertalian darah dan sebagainya, namun dengan peningkatan mendadak kes di kelantan, maka kita akan melakukan tindakan drastik termasuk menambah aset-aset pencegahan di kawasan sempadan," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pada sesi soal jawab persidangan dewan rakyat.

Annuar ketika sesi soal jawab sidang dewan rakyat hari ini membangkitkan soalan berhubung tindakan kerajaan mengenai apa yang dilihat sebagai peningkatan jenayah berat di Kelantan termasuk kes bunuh menggunakan senjata api. Beliau merujuk kepada kes tembak mati guru sekolah kebangsaan Beris Panchor, Hashim Mat Zin sebaik keluar dari sekolah.

Zahid turut meminta kerajaan negeri Kelantan bekerjasama dengan kementeriannya dalam membanteras jenayah di negeri itu. Dalam pada itu katanya, kementeriannya telah mewujudkan unit risikan bersepadu sebagai pusat pengumpulan dan risikan jenayah.

Ia bertujuan mengesan dan menangkap penjenayah selain merancang tindakan pencegahan lebih efektif.

Zahid menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz tentang tindakan serta perancangan polis untuk mencegah jenayah. -Astro Awani

DEMI KEMAJUAN AGAMA DAN BANGSA, UMAT ISLAM MALAYSIA PERLU KUKUH BERSATU : NAJIB

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua umat Islam di Malaysia supaya terus kukuh bersatu demi mencapai kemajuan agama dan kesejahteraan bangsa serta kejayaan negara.

Perdana Menteri berkata kehadiran Ramadan esok diharap akan menjadi saksi perpaduan umat Islam sejagat dan Malaysia khususnya demi merealisasikan kejayaan Agenda Transformasi Negara bagi semua rakyat Malaysia agar dapat terus hidup aman dan damai selama-lamanya.

"Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan penghulu segala bulan, iaitu Ramadan al-Mubarak yang penuh keberkatan dan kebaikan ini.

"Kehadiran Ramadan pada tahun ini adalah satu rahmat kepada semua rakyat Malaysia kerana kita masih berada dalam keamanan yang berterusan dan rezeki yang melimpah ruah.

"Umat Islam di Malaysia sewajarnya bersyukur dengan anugerah yang sangat bermakna ini," katanya dalam perutusan khas sempena Ramadan, yang dimuat naik di laman blog www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata mutakhir ini, perkembangan politik di negara-negara tertentu di Timur Tengah memperlihatkan betapa pentingnya nilai perpaduan dan semangat persaudaraan sesama Islam.

"Apabila perpaduan dan pertalian ukhuwwah itu lemah, maka akan berlakulah pertelingkahan dan perpecahan yang akhirnya melemahkan ummah," katanya.

Justeru, beliau menyeru agar umat Islam berpegang teguh kepada asas al-Quran dan Sunnah yang menyeru kepada pengukuhan tali persaudaraan secara berterusan.

Beliau berkata perpaduan yang kukuh akan terjalin apabila umat Islam berpaut kepada asas-asas ajaran Islam yang menyeru ke arah kebaikan dan persaudaraan serta perjuangan untuk menegakkan syiar Islam secara kolektif.

Katanya perpaduan yang terbina itu yang akan membentuk sebuah barisan yang teratur rapi seperti bangunan yang tersusun kukuh sebagaimana firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Kehadiran Ramadan kali ini juga diharapkan dapat memupuk perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya kerana mereka akan berkumpul di masjid-masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat tarawih dan ibadat-ibadat sunat yang lain, kata Najib.

"Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan semua umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya agar dapat memanfaatkan bulan yang penuh rahmat ini dan semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran kebaikan seribu satu bulan.

"Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa," katanya. - BERNAMA

PM UCAP SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM

KUALA LUMPUR 9 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh Malaysia yang akan menjalani ibadah tersebut bermula esok.

Dalam status terbaru Facebook dan Tweeter beliau, Perdana Menteri berkata:

"Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh Malaysia.

"Moga-moga ibadah kita tahun ini dapat disempurnakan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insya-Allah."

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013. - UTUSAN ONLINE

TENGKU ZAIHAN CALON PILIHAN BN UNTUK PERTAHAN DUN KUALA BESUT

BESUT, 9 Julai –  Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil kawasan itu 24 Julai ini.

Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut sebentar tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon Pas, Napisah Ismail. -MediaUMNO

SANGGUP TERIMA KEKALAHAN ANTARA ASAS SISTEM DEMOKRASI : TUN M

KUALA LUMPUR:  Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata asas kejayaan sistem demokrasi, antara lain, perlu merangkumi  aspek kesanggupan menerima kekalahan, bukan kemenangan semata-mata.

Merujuk kepada penggulingan pemimpin Mesir oleh pihak tentera dan protes besar-besaran di negara itu, Dr Mahathir berkata ini tidak harus berlaku kepada sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi seperti di Mesir.

"Dalam kerajaan demokratik ada pemilihan, ada menang dan kalah, kalau kalah tak nak terima kekalahan, lepas itu buat angkara cuba jatuhkan kerajaan yang dipilih majoriti rakyat melalui aktivis demonstrasi, maka tidak ada demokrasi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Biasiswa Tun Dr Mahathir-Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) sempena majlis Konvokesyen Kesembilan Kolej Teknologi YPC-iTweb di sini, hari ini.

Menegaskan nilai yang sama perlu diguna pakai di negara ini, Dr Mahathir mempersoal dakwaan pembangkang kononnya sistem pilihan raya negara ini tidak telus.

"Kalau di negara yang betul-betul menipu, kita dapati parti kerajaan akan menang 99 peratus tapi di Malaysia tidak pernah berlaku macam itu.

"Setiap kali pilihan raya umum (PRU), parti lawan tetap akan dapat kemenangan...kalau nak tipu takkan nak bagi lima negeri kalah (seperti) sebelum ini," kata Dr Mahathir yang merujuk kepada keputusan PRU12 pada 2008.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Barisan Nasional (BN) terima tempat (kerusi) dia kalah, parti lawan tak nak terima, nak terima bila dia menang sahaja.

"Ini tak faham demokrasi, kalau kalah tunggu la sampai PRU satu lagi," katanya pada majlis yang turut dihadiri isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Kolej Teknologi YPC-iTweb Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Mengenai calon sesuai yang patut diletakkan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai ini, Dr Mahathir berkata individu berkenaan perlu dipilih dengan bijak dan diterima masyarakat setempat.

"Kalau pilih adik-beradik, kroni, orang yang...semua orang tau tak popular, kalahlah," katanya.

Dalam pada itu, Syed Ali berkata biasiswa itu akan dianugerahkan kepada 300 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah setiap tahun untuk mengikuti kursus asasi di Kolej Teknologi YPC-iTweb di Cheras.

Majlis hari ini menyaksikan 338 pelajar kolej berkenaan menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang pengajian. - BERNAMA

KONFLIK MESIR BUKTI PERUBAHAN BUKAN JAMINAN RAKYAT : PM

LONDON 5 Julai - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.

Najib menjelaskan, apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.

Tegasnya, peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi."
 
"Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.

Mengenai tindakan rakyat di beberapa negara termasuk Malaysia yang enggan menerima keputusan pilihan raya umum yang dilaksanakan secara demokrasi dan pemimpin dipilih secara sah melalui proses demokrasi, beliau berkata apa yang penting ketidakpuasan hati perlu disuarakan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara.

"Inilah yang akan menjamin apa juga yang kita lakukan itu berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan negara kita," katanya.

Najib bakal berlepas pulang ke tanah air setelah berada di London sejak Isnin lepas. Foto : AFP

Sumber: Rakyat news dot com

LAKONAN SI ANWAR LAGI

Bukan main mengutuk Anwar tindakan penggulingan dilakukan ke atas Morsi Presiden Mesir. Amboi.. bunyi macam cerdik tapi tindakan tak serupa bikin!!!

Pu3 tak tahulah.. apa dalam otak busuk Anwar serta sekutunya dalam soal rusuhan dan demontrasi jalanan ini. Bukankah apa yang berlaku di Mesir seakan ada hasrat sama ditunjukkan oleh kumpulan Anwar dengan mengadakan himpunan haram yang tak aman sengaja mengundang ciri-ciri provokasi melampau.. mencabar pihak berkuasa bergerak untuk menghalang perbuatan mereka .

Ceh.. kenyataan dibuat Anwar serta rakan sekutunya samalah umpama cakap tak serupa nikin. Mulut cakap lain... tangan meraba ke lain!!!

Menyampah pu3 membaca kenyataannya . Sila baca ni

Pakatan Rakyat kutuk penggulingan Morsi
Haider Yutim | Kemas kini: Julai 04, 2013

KUALA LUMPUR:  Pakatan Rakyat hari ini mengutuk tindakan penggulingan yang telah dilakukan oleh tentera Mesir terhadap Presidennya, Mohamed Morsi.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menolak penggulingan tersebut kerana ia telah mengenepikan suara rakyat negara itu melalui undi pilihan raya yang disifatkannya adil dan bersih.

"Morsi telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi secara adil dan telus namun kemenangan beliau dirampas secara zalim," kata beliau pada pemberita.

Katanya sebarang proses rundingan atau bantahan terhadap presiden hendaklah dilakukan dengan baik dan bukan menerusi rampasan kuasa.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut menyelar tindakan tersebut dan mengajak masyarakat dunia mungutuk tindakan yang dikenakan ke atas Morsi itu.

Tentera Mesir pada hari ini telah menyingkirkan Presiden pertama negara itu yang pilih secara demokrasi selepas setahun memerintah.

Berikutan itu, tentera Mesir mengumumkan penggantungan perlembagaan, pembentukan kerajaan sementara dan satu pilihan raya baru.

Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi dalam pengumumannya turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan.

Ps: hanya orang munafik sahaja termakan hasutan orang munafik. Hanya yang bodoh je sanggup berguling atas jalan raya konon menuntut keadilan.

WAJAR PENILAIAN SEMULA MENJADIKAN MESIR DESTINASI ILMU

Awal subuh pu3 terima berita dari adik di Mesir memaklumkan bahawa Morsi telah digulingkan dari jawatan dari jawatan Presiden mesir . Kerajaan diambil alih oleh Askar membentuk kerajaan sementara sehingga dibentuk kerajaan baru oleh Presiden Baru Mesir.

Demontrasi jalanan serta tindakan ganas sebahagian besar rakyat yang melakukannya. Walaupun sebilangan daripada rakyat Mesir menunjukkan mereka bencikan keganasan terhasil dalam demontrasi jalanan.

Kenapa hal begini terjadi? Pada pu3 sebelum ini... Mesir adalah negara pusat keilmuan. Di situlah juga Universiti Islam percuma Al-Azhar yang menjadi dambaan pencinta ilmu Islam untuk menjadi sebahagian warga pusat pendidikan itu.

Malangnya pada tahun-tahin akhir ini. Fenomena negatif yang tidak menunjukkan pun bahawa sebahagian rakyatnya adalah pengamal ilmu yang baik telah melakukan tindakan tidak menunjukkan ilmu yang dipelajari sebagai amalan harian mereka. Pada pandangan pu3.. ilmu hanyalah teori untuk pengikhtirafan semata. Ia hanya dijadikan cop upgrade kehidupan untuk dibanggakan. Kenapa pu3 berkata demikian?

Demontrasi jalanan. Lakukan rusuhan serta keganasan sehingga memusnahkan institusi kerajaan. Walhal negara Mesir membentuk kerajaan melalui pelaksanaan DEMOKRASI. Presiden.. dilantik melalui pilihanraya. Diundi oleh rakyat yang berkelayakan. Tetapi dijatuhkan dengan keganasan hanya kerana tidak berpuas hati. Adakah itu kaedah paling adil untuk membentuk satu kerajaan yang didambakan oleh setiap inci rakyat di Mesir?

Demokrasi dan demontrasi jalanan adalah perkara yang bertentangan. Orang yang bijak akan menilainya sebagai perkara yang berbeza dan tidak boleh dilaksanakan bersama.

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Menurut Kamus Dewan, maksud demonstrasi dalam konteks ini merujuk kepada "Tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll. (Termasuk di dalamnya membuat kacau). Berdemonstrasi maksudnya menunjuk perasaan (kerana memprotes) dll." (Kamus Dewan, Edisi Keempat, m/s. 332 – Dewan Bahasa dan Pustaka) Maksud ini adalah jelas dan tepat sekali. Tidak setiap perhimpunan orang ramai dinamakan sebagai demonstrasi. Tidak dinamakan demonstrasi bagi perhimpunan adik-adik di sekolah rendah atau menengah setiap pagi sebelum masuk ke kelas sebagai demonstrasi. Demikian juga tidak dikatakan orang-orang yang berasak-asak di pasar sebagai demonstrasi. Ini kerana demonstrasi di sini maksudnya adalah tunjuk perasaan sebagai tanda protes, bukannya perhimpunan biasa-biasa yang sekadar berhimpun. 

Persoalannya, adakah demonstrasi merupakan salah satu sarana anjuran agama dalam menghadapi kesalahan dan keterlanjuran pemerintah? Adakah ia sebuah sarana dalam menyelesaikan permasalahan? Adakah ia wasilah menyuarakan ketidak-puasan hati? Adakah ia tempat yang diajarakan agama untuk melepaskan geram dan kebengangan? Apa hukum perlakuan demonstrasi di sisi agama? Apa keburukan di sebalik wajah palsu demonstrasi ini? Dari mana ajaran demonstrasi ini muncul sebenarnya? Apakah Islam tidak cukup dijadikan sebagai petunjuk dan solusi dalam menghadapi pelbagai masalah sehingga sarana demonstrasi digunakan secara meluas pada hari ini? Keburukan demonstrasi pun bukan main lagi kesannya. Tahukah anda bahawa ajaran demonstrasi ini datangnya dari ideologi Yahudi dan orang-orang fasiq? Ia menyelisihi sunnah nabi dalam berdakwah, memecah-belahkan perpaduan umat Islam, menimbulkan kekacauan dan ketakutan, menjadi faktor rosaknya harta benda awam, mengganggu jalan-jalan awam, membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan, menjadi medan membakar emosi dan menaikkan kemarahan yang hasilnya amat tercela sekali, mengganggu urusan orang awam, menyemarakkan perbalahan  bukan perpaduan, memperbesarkan permasalahan bukan menyelesaikannya, menyemarakkan provokasi dan kebencian bukan kasih-sayang, menggugat keamanan negara, mengganggu kestabilan pentadbiran, menyerupai syi'ar kaum khawarij, dan banyak lagi keburukan-keburukan demonstrasi yang lainnya yang jika tidak dibendung akan menimbulkan pelbagai bencana dan kerosakan baik kepada akhlak, masyarakat, pemikiran, agama, mahupun negara.

Kita ketepikan dulu perbincangan demontrasi dan demokrasi ini. Sebenarnya apa yang pu3 nak cerita pula adalah situasi di Mesir yang masih dijadikan lokasi anak-anak Malaysia yang menjadikannya pusat menjana ilmu. Adakah dalam suasana sekarang dalam tempoh 5 tahun ini sahaja sudah 2 kali tercetus keadaan tidak sihat.. mengancam keselamatan anak-anak Malaysia dan sudah pastilah bukan suatu yang dianggap sebagai lokasi yang aman lagi stabil.

Pu3 rasakan kerajaan Malaysia wajar melakukan penilaian sekali lagi untuk menjadikan Mesir sebagai antara negara yang digalakkan sebagai pusat menjana keilmuan. Bukan pu3 tidak mahu menerima atau mengetepikan kemasyhuran Mesir sebagai sebuah institusi ilmu Islam. Tetapi persekitaran yang sangat tidak sihat itu. (Tolong ketepikan dulu soal politik semasa membaca perenggan selepas  ini untuk dinilai)

Secara logiknya.. adakah kita mahu menghantar ahli keluarga yang menjadi kebanggaan keluarga ke tempat yang tidak selamat? Sering berlaku keganasan sehingga boleh mengundang kepada ancaman keselamatan mereka? Umpama kita mengangkat harta bernilai untuk dihumban ke dalam lahar gunung berapilah jawapannya. Anak-anak ini adalah pelapis dan penyambung sinambungan individu berilmu negara kita. Bukan pu3 nak mendoakan  mereka menerima musibah ( ciri ciri ancaman keselamatan sudah ditunjukkan kini)  tetapi keadaan tidak stabil di Mesir mengundang kerisauan pu3 dan mungkin segelintir individu lain.

Ok sekarang pu3 kaitkan pula pandangan pu3 berkaitan politik. Menurut info pu3 dapat dari sana. Sebahagian besar pelajar Malaysia mencaci rusuhan dan demontrasi jalanan yang berlaku. Agaknya aktiviti pembelajaran mereka terganggu atau lebih tepat terhenti. Pada yang tidak disajikan sejak kecil suasana ganas seperti ini.. mereka sudah pasti untuk pertama kalinya mengalami trauma dan penolakan kerana amalan demontrasi jalanan ini buka  budaya rakyat Malaysia yang bijak

Namun.. secara psikologinya. Jika fenomena demontrasi jalanan.. rusuhan.. ganas ini saban kali dihadapi oleh mereka. Suatu masa.. situasi ini akan diterima oleh otak mereka sebagai suatu amalan kehidupan untuk dikatakan penghidupan yang lebih baik kelak. Pu3 teringat semasa pu3 belajar. Konsep kebiasan yang dilakukan  oleh penyelidik keatas seekor anjing. Pelatih anjing berkenaan membunyikan loceng sebagai tanda masa untuk makan. Loceng dibunyikan makanan diletak di dalam piring yang disediakan. Kajian untuk melihat Reaksi anjing tersebut mengeluarkan air liur tanda sedia untuk makan. aktiviti ini dilakukan setiap masa sehingga akhirnya.. pelatih menguji anjing berkenaan denga  membunyikan loceng tanpa memasukkan makanan di piring tersebut. Anjing mengeluarkan air liurnya kerana sudah biasa dilatih bahawa makanan sudah disediakan.

Ok jahatker cerita pu3. Mungkin ada kata itu yang pu3 baca dan belajar. Bukan bukti ia akan terjadi.  Pu3 nak cerita pula yang pu3 lakukan. Untuk kucing-kucing pu3 di rumah. Plastik makanan kucing apabila dibuka akan menghasilkan  bunyi. Sejak kecil kucing pu3 sudah biasa mendengar bunyi  plastik dan tahu bahawa pu3 akan hidangkan mereka makanan. oleh kerana kucing-kucing pu3 sudah terlatih setiap kali bunyi plastik.. mereka akan mengeaw sedia menunggu di hadapa  piring mereka. Walau pun  mereka berada jauh dari kawasan makan. Setiap kali pu3 bunyikan plastik.. kesemua kucing pu3 akan berkejar ke piring makana  mereka. Kenapa perkara itu terjadi. Jawapannya latihan membentuk kebiasaan.

Pu3 faham. Mesti ada yang marah.. je apa pu3 kata manusia dan haiwan disamakan. Hakikatnya.. manusia memiliki penerimaan yang sama. Kerana itu untuk melariskan produk jualan. Iklan digunakan memujuk. Pada peringkat permulaan kemungkinan penolakan ke atas produk akan berlaku .. namun jika iklan tersebut dilihat dalam masa berturut-turut. Otak akan mencetus kepada tarikan ingin tahu dan berakhir kepada penerimaan pada produk berkenaan. Sebab itu kata orang tua. "Dari mana datangnya cinta. Dari mata turun ke hati"

Keadaan sama akan berlaku kepada pelajar yang saban waktu melihat suasana ganas. Walaupun pada peringkt mulanya mereka menolak sebagai suatu yang bukan kebiasaan mereka. Tetapi jika saban kali tercetus keganasan . Mereka akan akhirnya menjadikannya ia suatu kebiasaan.

Persoalan pu3 nak setiap rakan pembaca fikirkan. Adakah ini yang kita inginkan. Generasi yang mengamalkan keganasan sebagai budaya hidup mereka demi mencapai kepuasan diri mereka?  Jika itu terjadi.. ia samalah pusingan zaman barbarian iaitu kekuatan melalui rampasan sebagai platform menunjukkan kekuatan dan memiliki kekuasaan. Saat itu ilmu tidak berguna lagi kerana nafsu sudah menguasai setiap Inci otak dan akal fikiran.

Pada pandangan  pribadi pu3.. sikap sukakan keganasan adalah sikap yang hanya dimiliki oleh individu yang malas untuk berfikir. Lebih suka melayan emosi berbanding pengguanaan akal fikiran. 

Akhir sekali. Pu3 cadangkan. Kerajaan Malaysia wajar menilai semula penghantaran anak-anak Malaysia belajar di Mesir. Berpandukan faktor utama. KESELAMATAN.

Jangan mereka ini juga kelak menjadi sebahagian anak-anak malaysia yang sudah tersesat oleh Anwar Ibrahim beesama kuncu-kuncunya membudayakan  demontrasi jalanan sebagai jalan memiliki kuasa. adil konon tapi nak guna kekerasan memiliki sesuatu yang bukan milik sendiri! Munafik!