Followers

ANWAR BOLEH BERSUMPAH UPANYA!!

Lama dah pu3 perhatikan. Sejak cerita terbocor seks luar biasa pakcik ni. Dicabar macam mana pun.. pakcik ni tak pernah nak mengaku apa lagi nak tunjuk kejantanannya sebagai orang yang berada di pihak benar.. iaitu bersumpah mengaku tidak melakukan perkara sedemikian. Iaitu LIWAT.

Pu3 bukan fitnah tau. Ini kenyataan yang diperakui sendiri oleh peguam Anwar dalam perbicaraan kes liwat sebelum ini. Berlaku perlakuan "suka sama suka" antara Anwar dan Saiful. Untuk membuktikan bahawa perlakuan Anwar ke atas Saiful bukan perlakuan dipaksa. Anwar tidak pernah pula menafikan kenyataan karpal singh. Andai peguamnya itu berdusta sudah pasti pakcik tu kata "ITU SATU FITNAH. INI SUDAH PASTI KONSPIRASI UMNO NAK MENJATUHKAN SAYA!!"

Bagai nak rak si pakcik ni dicabar okeh semua pihak agar membuat sumpah laknat mahupun membuat penafian bahawa sesungguhnya dia tidak melakukan perlakuan sedemikian.

Selain itu. Setiap kali bacaan ikrar dalam konvensyen mahupun persidangan PKR.. pu3 melihat dia tidak mengangkat tangan semasa bacaa dibuat. Agaknya selain alahan bersumpah dia ada masalah alahan mengangkat tangan semasa menyatakan sesuatu sebagai penerimaan. (Kan Anwar terkenal mempunyai pelbagai penyakit express yang tidak dimiliki oleh manusia yang lain. Bagaimana se express penyakit itu menyerang sekilat masa juga penyakit itu ghaib)

Pada 24hb jun 2013. Pu3 sungguh terkejut apabila si pakcik ni boleh pula mengangkat tangan semasa mengangkat sumpah sebagai seorang ahli dewan rakyat! Eh? Lor.. dah hilangker penyakit alahan sumpah dia ni?

Pada pandangan pu3.. anwar ni.. bukan berpenyakit pun. Sakit jiwa saja ada. Sakit-sakit lain wujud hasil dari penyakit jiwa dia. Tapi lagi sakit jiwa para penyokong yang sanggup diperbodohkan!

OPS DAULAT: 29 INDIVIDU MINTA DIBICARAKAN


KOTA KINABALU: Sejumlah 29 individu yang didakwa dengan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti keganasan di Sabah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memohon kepada mahkamah supaya semua tertuduh dibicarakan bersama.

Lapan peguam yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan itu.

Hakim P. Ravinthran menetapkan 15 Julai bagi pengurusan kes.

Beliau turut menetapkan 12 Julai untuk merekodkan pengakuan seorang tertuduh, Habil Suhaili, yang tidak hadir kerana sedang menjalani rawatan di Hospital Tawau.

Habil didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di Jalan Kastam Lama, Lahad Datu, antara 9 Februari dan 4 Mac, kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda.
Antara 29 individu yang hadir di mahkamah ialah seorang wanita tempatan yang berdepan kemungkinan penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan, kerana didakwa memberi perlindungan kepada sekumpulan pengganas.

Norhaida Ibnahi, 46, didakwa melindungi sekumpulan pengganas antara 9 Februari dan 22 Mac di sebuah rumah di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.

Dua anak tempatan, Abd Hadi Mawan, 49, dan Abdul Majil Jubin, 41, didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Abd Hadi didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kampung Perigi, Semporna, antara 9 Feb dan 14 Mac manakala Abdul Majil didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lihak-Lihak, Semporna, antara 9 Februari dan 13 Mac.

Warga Filipina adalah antara tertuduh yang berdepan dua pertuduhan sama seperti Abd Hadi dan Abdul Majil.

Datu Amirbahar Hushin Kiram, Rijmal Salleh, Saidili Jaharul, Dani Ismail, Pabblo Alie, Mohamad Ali Ahmad, Basil Samiul dan Rizman Gulan didakwa melakukan kesalahan antara 9 Februari dan 10 April di Kampung Tanduo, Lahad Datu; Kampung Muanad, Beluran dan Jalan Lihak-Lihak, Semporna.

Mereka didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, kesalahan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas, satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika disabitkan.

Totoh Hismullah didakwa melakukan kesalahan sama antara 9 Feb dan 29 Mac di Kampung Simunul, Semporna.

Turut didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ialah Atik Hussin Abu Bakar, Basad Manuel, Masir Aidin, Ismail Yasin, Anwar Salib Akhmad, Binhar Salib Akhmad, Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, Salib Akhmad Emali, Al Wazir Osman alias Abdul, Tani Lahad Dahi dan Julham Rashid.

Mereka didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas bersama Aiman Radie, Lin Mad Salleh, Holland Kalbi dan Timhar Hadir.

Dua lagi tertuduh, Kadir Uyung dan Lating Tiong, didakwa memberi perlindungan kepada sekumpulan pengganas manakala Salib Akhmad berdepan pertuduhan tambahan merekrut anggota bagi kumpulan itu.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Gani berkata beliau berharap mahkamah akan menetapkan venue yang lebih besar bagi perbicaraan itu memandangkan tahap keselamatan ketat diperlukan dalam memastikan prosiding berjalan lancar.

Tertuduh dibawa ke kompleks mahkamah dengan menaiki empat trak polis.

Tiga belas daripada individu terbabit, termasuk wanita itu dan seorang tertuduh yang berkerusi roda, memakai 'straight jackets' dan topi hitam yang menutup mata mereka.

Mahkamah diletakkan dalam kawalan keselamatan yang ketat sejak awal pagi, dengan dikawal anggota polis bersenjata di dalam dan sekeliling perkarangan mahkamah. - BERNAMA

FIDLOT NASIONAL FAILKAN SAMAN FITNAH KE ATAS RAFIZI DAN MALAYSIAKINI


KUALA LUMPUR:  Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memfailkan saman fitnah ke atas pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli dan Malaysiakini berhubung kenyataan berkaitan pinjaman membeli hartanah KL Eco City.

Mohamad Salleh dan (NFCorp) sebagai plaintif kedua memfailkan saman itu pada 3 Jun tahun ini dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui Wan Shahrizal, Hari & Co menamakan Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan dan pemilik portal berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan.
Hari ini saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Nur Shafrida Hashim.

Peguam Mohamad Salleh, Wan Shahrizal Wan Ladin memberitahu pemberita mahkamah memberikan masa 14 hari untuk Mohd Rafizi dan Malaysikini memfailkan penampilan mereka di mahkamah.

"Masa 14 hari akan luput menjelang 2 Julai, jika gagal plaintif akan memfailkan satu penghakiman ingkar terhadap defendan," katanya sambil menambah plaintif telah mengemukakan writ saman kepada defendan pada 18 Jun.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 19 Ogos bagi pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya Mohamad Salleh berkata pada 7 Mac tahun lepas, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam  Malaysiakini pada hari yang sama.

Beliau mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.
Mohamad Salleh memohon untuk ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengelirukan dan menipu orang ramai berhubung isu pinjaman itu. - BERNAMA

CHEGUBARD SEWEL SIOT: PENCACAI JE LAYAKNYA


Sewel siot otak chegubard ni. Macamlah pu3 tak tau. Bila masa budak bergolek di atas jalan raya tu bijak sehingga menzahirkan secara fizikal konon SPR khnianat dan menipu (sedar diri) bukan kerana Anwar kononnya! Penipu besar mamat Ni!



Budak-budak tu.. bodoh lagi bebal sebenarnya. Kalau mereka bijak.. mereka tak akan lakukan tindakan mengikut nafsu. Bergolek atas jalan raya. Berkelahi dengan pihak berkuasa.


Andai kata PRU13 berlaku penipuan. Tunjukkan bukti bro! Jangan dok mencanang nak arahkan pegawai -pegawai SPR letak jawatan. Andai benarlah berlaku penipuan semasa PRU 13. Ertinya wakil rakyat pakatan pembangkang tidak kira ahli parlimen mahupun ahli dewan undangan negeri menang atas usaha penipuan berkenaan.

Kalau dah rasa tidak adil. Why not you suruh je MP-MP pakatan pembangkang serta ADUN-ADUN pakatan pembangkang letak jawatan. Sebab mereka bertindak menyokong penipua  SPR dan mereka tidak layak memegang jawatan tersebut! Ada berani bro?

mak lampir @ MP Ampang. lena dibelai kesejukan dalam dewan saat hari pertama bersidang

Bayangkan.. budak-budak suruhan punggung korang berpanas atas jalan raya. MP korang bersejuk bangga mengangkat sumpah dan tidak sedikutpun menunjukkan wajah tidak puas hati mereka. Ada ketawa terbahak dan tidak kurangnya selesa melelapkan mata dalam dewan. Belum lagi siap berpossing dalam dewan post terus ke laman media!

ini si jelani.. siok pula dia banggakan dirinya semasa dewan bersidang di FB
Kalau nak menegakkan kebenaran.. kononnyalah.. elok buat kajian dengan bijak. Jangan dok ulang-ulang spin dan provok cerita basi sama. Walau dah diterangkan masih tak faham-faham. Nampak sangat bebal lagi sewel.

PENGUMUMAN OPS DAULAT. SABTU


Melaka: Ops Daulat menentang pencerobohan pengganas Sulu di Felda Sahabat, Lahad Datu akan ditentukan sama ada ditamatkan atau sebaliknya, Sabtu ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membuat pengumuman itu pada majlis khas berhubung Ops Daulat di Lahad Datu, Sabtu ini. 

Keputusan itu nanti akan menentukan tugas anggota pasukan keselamatan yang ditempatkan dalam operasi berkenaan sama ada kembali ke kem masing-masing atau diserapkan terus ke dalam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang berpangkalan di Lahad Datu. 

Panglima Tentera Darat (PTD) yang baru, Datuk Raja Mohd Affandi Raja Mohd Noor, berkata setakat ini kebanyakan anggota tentera yang terbabit dalam Ops Daulat masih berada di kawasan operasi sekitar Gugusan Labian dan menunggu arahan lanjut kementerian sama ada meneruskan operasi itu atau sebaliknya.
"Menteri Pertahanan yang akan buat pengumuman. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Kita tunggu pengumuman itu dibuat," katanya pada sidang media sempena program Hari Kementerian Pertahanan Bersama Media, di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Kem Sungai Udang, dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Komandan PULPAK, Kolonel Jamaluddin Jambi.

Program itu dihadiri 87 wakil media, termasuk 17 wanita, bertujuan memperkukuh kerjasama kementerian itu dengan media bagi meningkatkan pengetahuan anggota masyarakat terhadap fungsi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain diberikan penjelasan mengenai PULPAK yang melahirkan anggota Grup Gerak Khas (GGK) atau komando yang berfungsi sebagai anggota elit Tentera Darat Malaysia (TDM), wakil media turut diberi peluang menjalani latihan menembak, menggunakan MP5 dan pistol.

Ops Daulat dilancarkan ATM pada 5 Mac lalu bagi menghapuskan ancaman pengganas Sulu yang mencerobohi Kampung Tanduo di Felda Sahabat, Lahad Datu mulai akhir Februari lalu dan belanjutan hingga sekarang. 

Beberapa siri pertempuran antara pasukan keselamatan yang dianggotai pegawai dan anggota ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaksikan lebih 80 pengganas Sulu, termasuk ketua mereka, Jeneral Habib Musa Abdulla dibunuh, selain lebih 200 pengganas Sulu dan tali barut mereka ditahan untuk didakwa atas pelbagai kesalahan.

Dua anggota tentera terkorban dalam Ops Daulat manakala lapan pegawai dan anggota PDRM terkorban, masing-masing dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lalu dan enam lagi dalam serangan hendap pengganas Sulu di Kampung Simunul, Semporna pada kira-kira jam 7.30 malam 3 Mac lalu.

Berikutan itu, kerajaan menubuhkan ESSCOM pada April lalu membabitkan usaha mendirikan pos kawalan sementara di beberapa lokasi strategik di sepaniang 1,400 kilometer (km) pantai timur Sabah selain membina kem ATM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan yang sedang dikenal pasti sebagai lokasi pendaratan pengganas Sulu dan pendatang asing dari selatan Filipina.

ATM menggunakan pelbagai aset untuk menghapuskan ancaman pengganas Sulu dalam Ops Daulat, termasuk jet pejuang Hornet dan Hawk serta kereta perisai berantai atau Adnan. -BH

BLACKOUT 505: CERAMAH, BERHIMPUN, BERDEMO, KUTIP DERMA!!!!!


Bab mengutip duit sambil berceramah dan berhimpun sudah menjadi tabie semulajadi PAS sejak dulu-dulu lagi. Selama 62 tahun itulah saja kepakaran PAS yang cukup sinonim dengan parti berlabel Islam itu.

Beberapa tahun kebelakangan ini pula, tabie sedemikian semacam dah menjadi ikutan parti sepakatannya pula apabila PKR dan DAP pun turut serta melakukannya dengan alasan untuk kelangsungan perjuangan.
Terbaru semasa himpunan Blackout 505 di Padang Merbok Kuala Lumpur pada Sabtu lepas, tabiat sama diteruskan di mana dua jenis uncang diusung, satu untuk PKR dan satu lagi dikutip oleh Unit Amal PAS.

Pengumuman kutipan ini disuarakan oleh Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Johari Abdul kononnya derma yang diterima itu kelak akan digunakan untuk menampung kos petisyen pilihan raya yang difailkan oleh PR.
"Saya minta sangat-sangat kepada tuan-tuan & puan-puan untuk masuk tangan kanan atau tangan kiri ke dalam kocek, kerana kita telahpun masuk petisyen dan petisyen memerlukan wang.

Wang kita ada di tangan tuan-tuan & tuan-tuanlah orangnya yg akan pastikan negara ini kembali aman," demikian pengumuman oleh Johari di Padang Merbok baru-baru ini.

Betul ke tidak wang tersebut akan digunakan untuk petisyen agak diragui tapi hakikatnya setiap penceramah yang datang biasanya tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Lantak pi lah apa yang mereka nak buat dengan duit itu, cuma yang penulis nak pertikaikan selain mengutip derma sambil berceramah, berhimpun dan berdemo atas jalan raya, apa lagi yang mampu pemimpin PR lakukan untuk kebajikan rakyat?

Bayangkan setiap ceramah atau himpunan, balik-balik rakyat yang kena hulur duit untuk kelangsungan hidup pemimpin atasan, bantah penyenaraian FGV di BSKL pun kutip derma, HKR di Stadium Merdeka pun kutip duit, 10 kali himpunan Blasckout kutip duit lagi, nak buat petisyen pun kutip duit.

Kalau setiap ceramah politik dapat kumpul RM10,000 bila mana sebelum PRU misal kata PR buat 1,000 ceramah dah jadi RM10 juta. Lepas PRU buat himpunan Blackout bantah SPR, satu himpunan misal kata dapat kumpul RM100,000 maka 10 himpunan maknanya dah jadi RM1 juta.

Mana pergi duit tu semua jangan tanya penulis, cuba tanya mana-mana pemimpin PR yang sering bertukar kereta dan tambah isteri kot-kot depa tahu.

Mudah betul jadi pemimpin PR, waktu menang pemimpin senang lenang bila kalah pemimpin yang sama juga dengan senang hati menerima duit dari rakyat. Tabur air liur sambil sebar temberang pun boleh buat duit.

Dah jadi terbalik, patutnya pemimpin yang berusaha menabur bakti dan meringankan beban kesusahan rakyat, ini orang bawah pula yang kena datang berhimpun kemudian kena pula hulur duit untuk menjamin kerjaya politik pemimpin.

Tapi nak pelik apa dengan kesongsangan sebegitu, dah si penyokong bawahan selesa cara itu maka seronoklan sang pemimpin meski pun ianya luar tabie dan melanggar norma kehidupan. -Mykmu dot com

32 PESERTA BLACKOUT 505 BAKAL DISIASAT



KUALA LUMPUR 25 Jun - Seramai 32 penunjuk perasaan yang juga peserta Perhimpunan Black 505 yang ditahan di hadapan Parlimen semalam dibebaskan dari pusat tahanan Jinjang awal pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata penunjuk perasaan itu termasuk tiga wanita dibebaskan secara berperingkat dengan tahanan terakhir dibebaskan kira-kira pukul 2 pagi.

"Penunjuk perasaan disiasat di bawah Seksyen 9 (5) dan Seksyen 4 (C) Akta Perhimpunan Aman 2012. Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan," katanya ketika dihubungi Mstar Online.

Ku berkata mereka yang ditahan termasuk aktivis pelajar Adam Adli dan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin (atau lebih dikenali sebagai Chegubard) dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kami terpaksa mengambil tindakan terhadap penunjuk perasaan selepas mereka cuba memasuki kawasan Parlimen malah ada di antara mereka merempuh sekatan polis di luar kompleks tersebut.

"Kami memandang serius perkara tersebut kerana beberapa anggota polis bertugas mengalami kecederaan semasa pergelutan itu," katanya.

Beliau berkata polis akan melengkapkan kertas siasatan dan menyerahkan laporan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Perhimpunan itu dianggap salah disisi undang-undang kerana tiada notis diberikan kepada polis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan," katanya. - KLPos dot com

SEMUA PIHAK DIMINTA MENERIMA KEPUTUSAN PRU13: YANG DI-PERTUAN AGONG


KUALA LUMPUR 25 Jun - Semua pihak diminta untuk menerima segala keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan hati terbuka dan tidak perlu bermusuhan antara satu sama lain kerana politik.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bertitah, ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat perlu menumpukan sepenuh perhatian dalam pembangunan dan kemajuan negara demi kepentingan rakyat sejagat.

"Beta menyeru semua pihak terima dan hormati keputusan PRU13 yang diadakan baru-baru ini sebagai sistem demokrasi dan berganding bahu bagi negara melangkah kehadapan.

"Beta percaya komitmen kerajaan dalam merealisasi agenda transformasi dalam bidang keberhasilan nasional dan ekonomi dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat," titah baginda ketika majlis perasmian Pembukaan Dewan Rakyat panggal pertama kali ke-13 di sini, hari ini.

Turut berangkat hadir pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli Parlimen yang lain.

Sementara itu, baginda turut bertitah agar rakyat membuang sifat-sifat negatif yang boleh membawa kepada perpecahan dan mencari titik persefahaman untuk mengeratkan lagi perpaduan dalam masyarakat.

"Kerajaan Beta komited untuk memartabatkan Islam berteraskan Maqasid Syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan," titah baginda. - KLPos dot com

Ps: malangnya.. MP pakatan memberi respond yang sangat biadap dengan mengkritik titah bahinda yang dikatakan bukan apa yang baginda zahirkan. Ianya adalah ucapan yang disediakan oleh YAB PM!

Bodohnya si Anwar dan Rafizi ni. Harap je jadi Ahli Parlimen tetapi akal letak ditapak kaki semata. PM hanya mampu mencadangkan yang memutuskan sama ia diterima atau tidak adalah keputusan Seri baginda sendiri

TIADA BUKTI KAITKAN NAJIB DENGAN KEMATIAN ALTANTUYA: MAHKAMAH RAYUAN DIBERITAHU


PUTRAJAYA:  Tiada sebarang bukti untuk kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata seseorang tidak boleh sewenangnya menuduh atau mengaitkan apa-apa dengan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, hanya kerana Abdul Razak Baginda secara kebetulan kenal Najib dan DSP Musa Safri pula ialah pengawal peribadi timbalan perdana menteri (TPM) pada masa itu.

"Seseorang dituduh di mahkamah berdasarkan bukti sebenar dan bukan berdasarkan bukti rekaan," katanya dan menurutnya daripada keterangan diberikan di Mahkamah Tinggi, tidak ada apa-apa bukti untuk menunjukkan penglibatan orang lain.

Abdul Razak, 50, penganalisis politik, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, membunuh wanita itu (Altantuya) yang ketika kejadian berumur 28 tahun.Keterangan menunjukkan Abdul Razak dan DSP Musa adalah berbalas teks mesej membabitkan Abdul Razak meminta bantuan untuk menghalang si mati (Altantuya) daripada menganggu diri dan keluarganya.DSP Musa kemudiannya telah memperkenalkan Azilah kepada Abdul Razak.  

Tun Abdul Majid berkata kenyataan bersumpah Azilah secara jelas menunjukkan apa juga tindakan yang dilakukannya adalah keputusannya sendiri dan dia tidak menerima arahan spesifik mengenai bagaimana untuk menolong Abdul Razak.

"Tidak ada apa-apa untuk mengaitkan TPM ketika itu dengan apa yang dilakukan oleh para perayu (Azilah dan Sirul Azhar) atau Abdul Razak," hujah beliau dalam rayuan dikemukakan dua anggota polis itu terhadap sabitan dan hukuman mati diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009.Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah melakukan pembunuhan itu di Mukim Bukit Raja di Klang, dekat sini, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan 1 pagi, 20 Okt 2006.Tun Abdul Majid berhujah adalah tidak relevan untuk memanggil DSP Musa memberikan keterangan kerana beliau (Musa) tidak hadir pada pertemuan antara Azilah dan Abdul Razak dan beliau sudah pasti tidak tahu apa yang berlaku.

Pihak pembelaan berhujah kegagalan pihak pendakwaan memanggil DSP boleh membawa kepada perbicaraan salah kerana beliau satu-satunya yang dapat menjelaskan mengenai lebih 30 transaksi dihantar dari telefon bimbit Abdul Razak.

Beliau juga berkata pembelaan alibi oleh Azilah juga telah dipatahkan.

Rayuan didengar panel tiga hakim terdiri Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Pada akhir penghujahan itu, Hakim Linton bertanya sama ada sabitan Azilah dan Sirul Azhar benar-benar kukuh daripada aspek tertentu dalam penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yassin.
Satu daripada isu itu ialah niat bersama dua anggota polis itu untuk membunuh Altantuya. Hakim Linton mendapati hakim Mahkamah Tinggi tidak memberi perhatian terhadap isu itu.

"Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tiada sebarang rujukan sama ada aspek ini  telah dibuktikan dalam pertuduhan," katanya.

Tun Abdul Majid mengakui hakim tidak menyentuh mengenai niat bersama tetapi menurutnya beliau telah merujuk kedua-dua tertuduh sebagai tertuduh petama dan kedua.

Hakim Apandi kemudian berkata: "Beliau (hakim perbicaraan) tidak menyebutnya langsung; tidak ada langsung dalam alasan penghakiman. Kelakar bukan?"Kenyataan itu disambut ketawa kecil oleh orang awam dalam mahkamah tetapi Hakim Linton yang jelas kecewa berkata: "Bagi diri dua tertuduh yang akan ke tali gantung, ia bukan sesuatu yang kelakar."Tun Abdul Majid kemudian berkata pihak pendakwaan mempunyai cukup keterangan untuk membuktikan kes mereka disebalik tiada rujukan daripada hakim perbicaraan mengenai isu itu.Hakim Apandi berkata, "Ada pepatah mengatakan 'manusia boleh merancang, Tuhan yang akan menentukannya". Mungkin tiada rujukan itu 'petunjuk tuhan'. Anda mempunyai kes yang kukuh, tetapi kenapa hakim tidak membuat rujukan?"

Terdahulu, Tun Abdul Majid juga berhujah pihak pendakwaan tidak pernah menyatakan bahawa bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya ialah bahan letupan C4.

Katanya nama bahan letupan C4 secara spesifik tidak pernah disebut dalam keterangan, dan menurutnya saksi-saksi dalam perbicaraan memberikan keterangan bahawa pegawai Unit Tindakan Khas dilatih dalam penggunaan bahan letupan dan mempunyai akses kepada bahan berkenaan.

Selepas selesai penghujahan, Hakim Apandi berkata mahkamah menangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan untuk keputusan rayuan itu.

"Oleh kerana terdapat banyak keterangan serta hujahan panjang lebar dan autoriti mahkamah, untuk berlaku adil kepada semua orang, kami tidak akan membuat keputusan secara tergesa-gesa," kata Hakim Apandi dan menurutnya mahkamah akan memberikan alasan bertulis. - BERNAMA

UDAH KU BILANG! PEMIMPIN BERTEPUK TAMPAR DALAM PENYOKONG KAT LUAR BERGULING MEROYAN


Pu3 dah awal tadi kata betapa bodohnya penyokong Anwar ni. Tengoklah gambar si anwar tengah happy sakan di bawah bangunan sejuk ber'aircorn' tetapi penyokong pula bagai monyet buat demo bukan sahaja di bawah kepanasan malahan terdedah dengan jerebu yang sudah pasti mengundang masalah kesihatan!

Baca lagi

KUALA LUMPUR,  25 Jun – Gabungan NGO Islam berpandangan positif melihat dua pemimpin yang berlainan ideologi politik dan citarasa duduk semeja dan makan bersama iaitu di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah selesai upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat pada pagi 24 Jun, semalam

.Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib berkata, ini adalah satu senario yang tidak terbayang boleh berlaku oleh penyokong-penyokong pembangkang yang hanya beberapa jam sebelum itu berguling-guling di atas jalanraya di hadapan bangunan Parlimen dan bertempur dengan pihak keselamatan."Akhirnya sejumlah daripada penyokong tersebut ditangkap pihak polis kerana cuba merempuh masuk ke kawasan Parlimen


Mereka yang terlibat sebelum itu sanggup bermalam dalam khemah di Padang Merbok dalam keadaan cuaca yang panas dan berjerebu yang amat merbahaya kepada kesihatan.

"Ini semuanya tidak dipedulikan demi pengorbanan dan keyakinan kepada pemimpin agung mereka, Anwar. Malah sehari sebelum itu juga, pemimpin terhebat mereka berucap berapi-api di atas pentas di Padang Merbok menghasut rakyat menentang kerajaan malah `Ayatollah'  Husam Musa telah mengeluarkan fatwa syahid kepada siapa yang rela mengadai nyawa demi rasa sayang yang mendalam terhadap Anwar," katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini, hari ini

.Tambahnya, ada di kalangan penyokong-penyokong pembangkang yang begitu taksub dan ekstrem sanggup mendirikan pusat pendaftaran bagi mereka yang mahu menjadi pengebom berani mati.

Begitulah hebat aura dan tarikan persona Anwar dengan dibantu oleh `ulama tahi kucing' seperti Husam yang mengabsahkan segala tindakan pembangkang walaupun ia bertentangan sekali dengan undang-undang mahupun logik dan akal manusia, ujar beliau.

"Sementara penyokong 'Khalifah' Anwar berhempas pulas menahan lapar dan dahaga di bawah matahari terik, Anwar pula bersenang-senang, gelak ketawa, riang ria bersama pemimpin negara yang sebelumnya dilaknat, dikutuk, dimaki, difitnah dan dicerca dengan pelbagai dakwa-dakwi."Anwar nampak seolah-olah telah melupakan segala apa yang telah beliau hemburkan untuk memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Parlimen. Malangnya topeng yang dipakai ini jarang boleh dilihat oleh penyokong-penyokongnya yang memilih untuk membontotinya membabi buta dengan menelan apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka."Mungkin mereka juga akan mempertikaikan kesahihan gambar yang menunjukkan Anwar makan tengahari dengan Perdana Menteri dengan mengatakan 'rupa macam dia tapi bukan dia'," katanya lagi. -MediaUMNO

Ps: betullah kata penulis mohd faizal salleh. Anwar kenyang makan bersama YAB PM seolah-olah tiada kerisauan yang menerpa sama ada penyokong monyetnya dah makan ker.. sihatker?  Andai kata ini bukan Anwar tetapi muka orang menyerupai Anwar. Berika  pada pu3.. wajah siapa MP di Malaysia ini seiras dengan Anwar dari Parlimen Mana! Buktikan pula Anwar kala ini berada di mana jika dajjal Melayu ini tiada di dalam parlimen?

ANWAR: TOLAK KEPUTUSAN PRU13??? TAPI ANGKAT SUMPAH NAK!!!


Inilah muka tak tahu malu dan tiada kesetiaan pegangan prinsip yang dicanangkan. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim bersama kuli-kulinya!

Mencanang kata penipuan SPR. PRU13 adalah sistem pilihanraya tidak adil sehingga seronok sangat mengadakan himpunan haram walau kononnya halal di lidah mereka. Tetapi peliknya tak pula TOLAK SEMASA ANGKAT SUMPAH siap gelak ketawa sakan lagi !


Pengikut berarak macam kambing di luar buat kecoh konon pilihanraya umum Malaysia tidak adil sedangkan MP pakatan pembangkang seronok glamour bertepuk tampar gembira jadi bos di kawasan. Takker namanya BODOH BAHLUL punya penyokong! TAK sedar lagi dipergunakan oleh Anwar dengan kuncu-kuncunya!

Tahniahlah untuk korang yang ada otak tapi MALAS nak guna otak. Dajjal Melayu Anwar ni tak seksa nak menyesatkan korang. (PKR simbol mata satu. -Dajjal)

JEREBU: SBY MOHON MAAF KEPADA MALAYSIA DAN SINGAPURA


JAKARTA:  Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.

"Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.
"Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi," katanya.

Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu.

Beliau berkata Indonesia bertanggungjawab penuh untuk mengatasi masalah itu dan beliau yakin ia akan dapat diatasi dengan segera.

Yudhoyono berjanji bahawa Indonesia akan berusaha memadamkan titik-titik api yang membakar hutan Indonesia dengan melakukan hujan buatan melalui pembenihan awan selain mengerah pasukan pemadam kebakaran di darat termasuk menggunakan tenaga anggota tentera.

Pada sidang akhbar itu Presiden Indonesia itu turut menyindir beberapa pegawai kerajaan republik itu yang menyebut nama syarikat perladangan yang dipercayai menyebabkan kebakaran itu, yang katanya tidak seharusnya mereka lakukan.

"Dari apa yang saya pantau setiap hari, ada pernyataan dari sejumlah pegawai yang menurut saya tidak semestinya disampaikan seperti itu," katanya.

Beliau berkata syarikat berkenaan belum dipastikan terlibat dalam pembakaran itu dan para pegawai kerajaan harus menghindari daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kalau ada syarikat lalai, apa lagi menyebut namanya jelas tidak diperlukan seperti itu. Sama halnya menyebutkan syarikat asing yang dimiliki negara jiran kita, itu juga tidak diperlukan," katanya.'

Apa yang lebih penting pada masa ini ialah tumpuan kepada usaha mengatasi bencana kebakaran dan asap yang sudah berlarutan selama seminggu ini, katanya. - BERNAMA

NAJIB KEPADA SBY: KUATKUASAKAN TINDAKAN LEBIH BERKESAN TANGANI JEREBU


KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengutus surat kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono untuk memohon kerjasama republik itu supaya menguatkuasakan tindakan lebih berkesan terhadap pihak yang menyebabkan masalah jerebu.

Perdana menteri berkata beliau juga telah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel supaya menemui rakan sejawatannya dari Indonesia berhubung perkara itu pada Rabu ini.

"Soalnya bukan siapa milik kepada ladang berkenaan tetapi kesalahan yang berlaku tidak kira sama ada milik Indonesia, Malaysia atau Singapura, asalkan mereka melakukan kesalahan, tindakan perlu diambil terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara.

Najib berkata negara turut menawarkan kapal terbang water bomber milik Malaysia yang boleh membantu memadamkan kebakaran di kawasan yang terjejas.

"Kapal terbang ini sedut air yang boleh disimbah ke kawasan yang sedang terbakar dan boleh memadamkan api walaupun dari kawasan yang dikatakan peat soil (tanah gambut).

"Ini bukan begitu mudah sebab api itu di bawah permukaan dan ia memerlukan tindakan yang lebih berat untuk memadamkan api tersebut," katanya.

Najib turut memberitahu solat hajat khas akan diadakan di Masjid Negara esok bagi mendoakan supaya hujan sebagai antara langkah menyelesaikan masalah jerebu. - BERNAMA

TAMBAH PERUNTUKAN BR1M BERGANTUNG KEDUDUKAN KEWANGAN : NAJIB


KUALA LUMPUR:  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan ditambah nilai peruntukannya pada Belanjawan 2014 yang akan dibentang pada Oktober, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya kerajaan komited untuk menyediakan belanjawan terbaik untuk rakyat dan perlu terlebih dahulu melihat kedudukan tahunan kewangan negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut menyasarkan untuk menurunkan defisit negara dari 4 peratus kepada 3.5 peratus pada 2014 dan seterusnya kepada 3 peratus pada 2015.

Tegas Perdana Menteri, keutamaan kerajaan pada Parlimen ke-13 yang mula bersidang hari ini adalah kepada usaha-usaha untuk menunaikan AkuJanji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Perbincangan tentang Bajet 2014 akan bermula minggu depan. Saya bagi pihak kerajaan berbesar hati untuk menjemput rakyat jelata menyuarakan pandangan serta pendapat bernas berhubung pelan belanjawan negara untuk tahun depan," katanya dalam entri terbaharu blog beliau hari ini.

"Sesungguhnya kami komited untuk terus mendengar suara rakyat, dan kami akan meletakkan kepentingan rakyat jelata sebagai teras kukuh dalam rangka perbelanjaan tahunan negara," katanya.

Najib berkata demokrasi berperlembagaan yang selama ini diamalkan di negara ini jelas semakin subur dan sihat, dan rakyat sudah bertambah matang dalam membuat pilihan serta menjaga dan mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi.

"Keputusan PRU13 menjadi bukti bahawa amalan demokrasi begitu subur dan matang di negara kita ini," katanya.

Katanya persidangan Dewan Rakyat kali ini menyaksikan penyertaan lebih ramai anggota Parlimen muda yang boleh membawa aspirasi dan semangat golongan muda yang membentuk lebih daripada 40 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar negara.

Sambil menyifatkan ia satu perkembangan yang sihat, beliau berkata golongan muda adalah penggerak sosio-ekonomi negara yang tidak boleh dipinggirkan sama sekali dalam usaha membangunkan ibu pertiwi.
Mengucap tahniah kepada anggota Parlimen yang telah dipilih oleh pengundi berdaftar dalam PRU13, Najib berkata anggota Parlimen adalah anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang juga dikenali sebagai Dewan Rakyat.

"Dewan Rakyat bertanggungjawab untuk mencadang, membahas, merangka serta meluluskan rang undang-undang demi kepentingan bersama seluruh rakyat jelata.

"Anggota Parlimen juga memegang peranan untuk mengkaji pelan ekonomi, bajet kerajaan serta mengkaji undang-undang sedia ada demi memperbaikinya, dan kami juga perlu mendapat maklum balas rakyat dari kawasan parlimen yang diwakili masing-masing," katanya.

Katanya beliau yakin sebagai anggota Parlimen, mereka mampu berbahas secara berhemah dan tertib serta perlu menyumbangkan idea serta pendapat yang bernas demi kepentingan rakyat.

"Kita berharap supaya anggota Parlimen komited memberikan penyertaan yang aktif agar sesuatu perbahasan boleh dijalankan dengan efisien dan bermanfaat," katanya.

Beliau turut menyeru kepada semua anggota Parlimen untuk sama-sama bekerja keras demi membangunkan negara yang dicintai kerana rakyat bergantung harapan kepada mereka.

"Bagi pihak diri saya sendiri dan kerajaan BN, saya panjangkan rasa penghargaan kepada rakyat yang telah memberikan mandat kepada saya dan BN untuk terus mentadbir negara.

"Sesungguhnya kepercayaan yang anda berikan tidak sama sekali akan disia-siakan oleh barisan pemimpin di bawah tunjang kepimpinan BN," katanya. -BERNAMA

HARI PERTAMA DAH MEMBUTA?


Ini baru hari pertama dah membutakah makcik?

JEREBU TIDAK HALANG WARGA KOTA SAKSIKAN SUPERMOON


KUALA LUMPUR:  Ruang udara berjerebu tidak menghalang segelintir warga kota bagi menyaksikan fenomena Perigee atau Supermoon.

Bulan dapat diperhatikan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding bulan penuh biasa.
Fenomena Perigee atau Supermoon jatuh pada tanggal 24 Jun 2013.

Bulan berada pada fasa penuh dan yang paling hampir dengan bumi iaitu pada jarak 356,989 kilometer bagi tahun 2013.

Seperti diketahui, bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna.
Keadaan itu menyebabkan jarak bulan dengan bumi sentiasa berubah-ubah dan jarak paling jauh bulan dengan bumi bagi tahun ini adalah pada 7 Julai dengan jarak 406,491 kilometer.
Kesan fenomena bulan berada hampir dengan bumi adalah perbezaan pasang dan surut air laut yang lebih tinggi sedikit berbanding hari biasa.

"Yang terjadi kali ini... ini yang terbesar sehingga 20 tahun akan datang, jadi agak teruja juga nak tengok. Naik tadi dari menara KL semata-mata nak tengok fenomena Supermoon ni," kata seorang warga kota, Wan Muhammad Hasbullah.

"Benda ni jarang-jarang berlaku dan kita bertuah Malaysia dapat tengok walaupun agak jerebu sedikit, tetapi kita dapat tengok bulat... cantik," kata seorang warga kota lagi, Mohd Hafiz Hamzi Yahya.

Selain Malaysia, fenomena ini turut dapat dilihat di negara-negara lain seluruh dunia. -Astro Awani

NAJIB ISYTIHAR DARURAT DI MUAR DAN LEDANG


KUALA LUMPUR:  Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pengisytiharan itu dibuat memandangkan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah melebihi 500 iaitu tahap kecemasan.

"Saya mengisytiharkan keadaan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang mulai dari tarikh pengisytiharan ini ke suatu masa pengisytiharan ini ditarik balik.

"Adalah perlu dijelaskan bahawa pengisytiharan darurat Bencana jerebu ini tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan juga tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan sekarang ini.

"Walau bagaimanapun, semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah hendaklah mengatur dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara," kata Najib dalam satu kenyataan media hari ini.

Najib turut berkata satu garis panduan mengenai tindakan untuk menghadapi darurat bencana jerebu telah disediakan.

"Semua pihak hendaklan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan berpandukan garis panduan tersebut," katanya.

Setakat pukul 11 pagi ini, Muar mencatatkan paras kritikal iaitu 690.

Antara Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ialah penasihatan penutupan pejabat atau premis kerajaan ataupun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.

Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu.

Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529. - Astro Awani

Menurut info. Sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur ditutup esok disebabkan keadaan jerebu semakin memburuk

TUN M MAHU JADI PM ATAS SEBAB.....


Apabila merenung dan memikirkan apa yang dikatakan oleh Tun Dr M, ada kebenarannya. Soal PPSMI mahupun kebebasan mutlak internet. Bukan kerana pu3 pentaksub atas apa sahaja yang diutarakan oleh idola pu3 ini tetapi ideanya ada saatnya selari dengan apa yang pu3 fikirkan.

Baca dulu di bawah ni

Sebab itu saya mahu jadi PM sekali lagi" - Tun Mahathir
Haider Yutim | Kemas kini: Jun 19, 2013

KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapan di forum CEO Perdana Leadership Foundation 2013 hari ini telah secara sinis menyebut tentang mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Mengulas tentang pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), beliau berhasrat mewujudkan sistem itu semula andainya beliau menjadi perdana menteri.

"Sebab itu lah saya mahu jadi perdana menteri sekali lagi meskipun hanya seminit," kata bekas perdana menteri itu dengan nada seloroh.

Sementara itu Tun Mahathir juga mula mempertimbangkan semula keputusannya untuk tidak melaksanakan tapisan terhadap internet sewaktu beliau menerajui Koridor Raya Multimedia (MSC) suatu ketika dahulu.
Jelas beliau, kebebasan internet menyebabkan masyarakat cenderung mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi sekaligus menyebabkan ketidakstabilan negara.

"Semasa saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika samada kami akan adakan tapisan internet atau tidak.

"Saya beritahu kepadanya tidak... kita akan lebih bebas, tetapi sekarang saya sudah ada pandangan lain. Bila kita ada kebebasan mutlak, kita akan salah guna kebebasan tersebut," kata Tun Mahathir.

Beliau mengulas tentang tindakan dua individu yang telah menghina Nabi Muhammad dalam laman media sosial.

Ps: bukan soal mengganggu 'privasi' seseorang dalam internet. Lagipun pada pandangan pu3.. apabila kita membuat pengemaskinian status di media sosial bererti tiada lagi istilah kepribadian melainkan keterbukaaan kerana aoa jua yang dicatit dan dipublishkan akan ditatapi oleh seluruh pengguna alam maya. Tidak kira dalam twitter.. facebook.. blog.. apa sahaja. 

Pu3 melihat 2 perkara perlu dilakukan. 1 untuk individu kedua adalah tindakan penguatkuasa. Maksud pu3 berkenaan individu itu adalah kesedaran diri ke atas ketanggungjawapan mereka dengan tindakan yang mereka lakukan.  Untuk penguatskuasaan kerajaan pula adalah melakukan pemantauan serta tindakan lebih tegas ke atas prilaku pengguna alam maya untuk lebih bertanggungjawab. Berikan kebebasan amalan media itu tetapi dalam bentuk dikawal. 

Peperangan kini adalah peperangan lagi hebat berbanding senjata pemusnah. Iaitu peperangan mempengaruhi psikologi atau minda orang. Siapa yang tiada pegangan prinsip tegas ke atas tanggungjawab mereka. Individu-individu ini akan hanyut menjadi bangkai bergerak dalam peperangan ini.

DEMONTRASI VS DEMOKRASI: KENAPA NAK BERDEMO SEDANGKAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA BOLEH DICABAR MELALUI PERUNDANGAN?


Hairan sungguh pu3 dengan akal kepimpinan pembangkang ni. Kata nak memperjuangkan DEMOKRASI tetapi itu verbal semata. Walhal body language mereka bertindak sebaliknya! DEMONTRASI!!!
Dari khabar angin yang menjerit kuat sebelum pilihanraya dilaksanakan.. kepimpinan pakatan sudah menyediakan pelan strategi untuk melakukan demontrasi sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan tatkala mereka gagal menawan Malaysia. That why himpunan 505 atau himpunan blackout terjadi!

SPR dah umumkan bahawa keputusan pilihanraya boleh dibantah melalui memfailkan petisyen ke mahkamah selepas 21 hari atau lebih mudah pada hari keputusan pilihanraya diwartakan. Tetapi OTAK BUSUK Anwar the Geng tetap KETAGIH melakukan sesuatu unsur GANAS.  Biar gah di media Dunia bahawa Malaysia tidak aman dan wajar kerajaan zalim digulingkan. Pu3 setuju dengan pendapat beberapa penganalisa politik yang berpendapat bahawa Anwar The Geng nak mewujudkan MALAYSIAN SPRING. Jangan kata pu3 perasan. ADAM ADLI sendiri pernah mengatakan kalau tidak berjaya melalui demokrasi kita gunakan demontrasi jalanan tumbangkan kerajaan.

Budak Adam tu bukan cerdik sangatpun. Kalau bijak.. dia tak akan melakukan perbuatan yang menjahanamkan masa depan kerjayanya. Dia hanyalah BONEKA yang dilatih untuk bertutur SKRIP yang sudah dihafal dan sebati dalam setiap pertuturannya. Sama juga dengan si Aisya srikandi. Cuba dengan ucapan mereka. Berulang-ulang untuk sesi ceramah dibeberapa lokasi. Kerana latiham berulang, tahap keyakinan mereka sudah pasti level 100%. Pelajar bawah 12 tahun kalau dilatih berulang kali.. mereka sudah mampu membuat persembahan sama seperti dua BONEKA PKR ini. Kalau tak percaya.. sila hadir ke program ko-kurikulum sekolah rendah sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah-sekolah agama.

Pertanyaan pu3 .. adakah DEMOKRASI adalah DEMONTRASI JALANAN?  jawab di bahagian komen dan sebelum itu sila baca artikel di bawah ini :

Keputusan petisyen pilihan raya boleh dicabar di Mahkamah Persekutuan - SPR
Astro Awani

KUALA LUMPUR:  Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan petisyen pilihan raya masih mempunyai ruang untuk merayu atau mencabar keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, menurut sekyen 36-A Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954, rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi.

Katanya penghakiman yang dibuat Mahkamah Persekutuan bagaimanapun muktamad.

Beliau menarik perhatian mengenai satu kes pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang menyaksikan Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan tanpa bertanding Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup di kerusi Parlimen Pensiangan selepas PKR memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan itu.

Bagaimanapun, rayuan dibuat dan mahkamah persekutuan mengekalkan kemenangannya.

Sementara itu, katanya Pilihan Raya Umum ke-13 mencatat jumlah petisyen pilihan raya tertinggi iaitu Barisan Nasional (BN) 21 manakala pembangkang sebanyak 35.

Wan Ahmad berkata bagaimanapun tidak semua petisyen yang difail akan didengar kerana mahkamah akan menelitinya terlebih dahulu bagi memastikan ia memenuhi peruntukan yang ditetapkan.
Beliau berkata petisyen pilihan raya tidak boleh difail sewenang-wenangnya hanya kerana pihak yang kalah tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

Ps: bagai nak rak kata pilihanraya umum ke-13 tidak adil. Pada sesi taklimat boleh pula boikot (patutlah MP pakatan pembangkang selalu sangat nampak macam anjing dalam dewan. Tau menyalak tapi tak tahu peraturan sidang. Dah semasa taklimat semua lesap) kenapa tak pulau sekali majlis angkat sumpah? Kan sendiri dan sedar menang melalui pelaksanaan SPR kononnya BIAS? 

Cakap tak serupa bikin sungguh!!!

KSN SARAN KSU, TKSU DAN KP BUKA AKAUN FB DAN TWITTER


PUTRAJAYA:  Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyarankan semua Ketua Setiausaha dan timbalannya serta ketua pengarah membuka akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter masing-masing untuk berinteraksi dengan rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga membolehkan usaha menangkis fitnah berhubung perkhidmatan awam dapat dilakukan dengan segera.

Kebelakangan ini, katanya segelintir pihak menggunakan laman sosial untuk menyebar fitnah tentang kerajaan terutamanya perkhidmatan awam dan  pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai laman sosial pasti boleh menangkisnya.

"Saya minta agar pegawai kerajaan terutamanya pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang aktif dalam laman sosial dapat memberikan fakta dan maklumat yang tepat dan benar bagi 'counter-attack' sebarang fitnah tersebut.

"Jika kita tidak membantu keadaan ini dengan fakta sebenar, rakyat akan terus percaya serta sebarkan fitnah itu dan ia hanya akan memburukkan lagi situasi semasa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berinteraksi bersama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di sini hari ini.

Ali berkata pelbagai evolusi berlaku dalam perkhidmatan awam terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lepas dan sebagai penjawat awam, PTD seharusnya memainkan peranan lebih penting untuk memastikan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksana dengan jayanya.

Bagi menjadikan peranan PTD sentiasa relevan dengan perubahan semasa, beliau berkata mereka juga perlu mengambil langkah proaktif dengan sentiasa turun padang.

"Menjadi tanggungjawab PTD untuk mendekati serta membantu masyarakat yang memerlukan dan bukan sekadar duduk di pejabat. Jika di luar bidang kuasa, rujuklah kepada pihak yang berkenaan," katanya.
Beliau berkata semua PTD, pegawai kerajaan dan penjawat awam perlu bersedia berdepan evolusi semasa untuk memastikan kerjaya perkhidmatan awam mampu menjadi pilihan generasi akan datang.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua pegawai kerajaan dan PTD supaya menyegerakan pelaksanaan dasar-dasar yang diluluskan kerajaan. - BERNAMA

Ps: elok sangat saranan tu. Selalu gak pu3 bengang dengan kelembapan mereka yang berada di atas yang menganggap laman media sosial bukan sebahagian untuk salurkan info . Lagi bengang apabila mereka yang diberi tugasan langsung tiada pengetahuan kepentingan media sosial sebagai salah satu media yang lebih digunakan oleh mereka yang berada di luar sana untuk dapatkan maklumat.

JANGAN LAGI BERI MUKA KEPADA PEMBANGKANG : TUN M


KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, malam tadi.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya. - BERNAMA

TELITI UNDANG-UNDANG INTERNET DI MALAYSIA : PENGANALISA


KUALA LUMPUR:  Ramai yang setuju supaya kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada penyalahgunaan media sosial dan Internet melalui undang-undang baharu atau mengemaskini undang-undang sedia ada.

Namun ramai juga yang mencadangkan supaya faktor budaya masyarakat negara ini juga perlu diambil kira dan tahap kesesuaian undang-undang Internet di Barat perlu diteliti sebelum boleh digunapakai.

Sensitiviti kaum, nilai sejarah, tahap pendidikan dan kesediaan warga Malaysia menerima undang-undang ini perlu terlebih dahulu dititikberatkan.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Azizul Halim Yahya berkata di Amerika Syarikat misalnya, walaupun rakyat bebas bersuara baik di alam maya dan realiti, namun mereka masih terikat dengan pelbagai akta yang menjaga dan melindungi mereka seperti Akta Hasutan, Akta Buli dan Pencerobohan Privasi.

Masyarakat negara itu perlu berhati-hati ketika berkata-kata sehingga boleh membezakan yang mana satu gurauan dan yang mana perkara serius terutama jika melibatkan isu negara, presiden dan sebagainya.

"Contoh lain, jika buat fitnah, orang yang difitnah itu boleh lawan tuduhan (jika fitnah itu palsu) dan jika mereka yang buat fitnah didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman. Namun perkara ini jarang berlaku di Malaysia. Sesetengah rakyat kita keliru dengan isu fitnah atau perihal Akta Hasutan," katanya.

KEBEBASAN DENGAN TANGGUNGJAWAB

Beliau berkata seharusnya kebebasan bersuara perlu datang dengan rasa tanggungjawab termasuk bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata kerajaan akan melihat peraturan Internet di tiga negara, Amerika  Syarikat, Britain dan Australia dalam usaha membendung penyalahgunaan media sosial di negara ini.

Internet di Amerika Syarikat dikawal selia oleh satu set undang-undang di sebalik ia mengamalkan kebebasan bersuara terhadap persekutuan dan negeri.

Pihak berkuasa boleh merampas domain profil pengguna dan komputer tanpa notis dan mampu menyebabkan laman web tidak dapat meneruskan operasi.

Di Australia, kandungan Internet dikawal selia Australian Communications and Media Authority (ACMA) yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan sekatan pada kandungan Internet dalam negara.

Pihak berkuasa negara itu juga boleh menyenarai hitam laman web luar negara selain menapis perisiannya.

Tumpuan sekatan terutamanya kepada pornografi kanak-kanak, keganasan seksual, dan aktiviti haram yang lain yang dilakukan hasil proses aduan pengguna.

Di Britain pula penapisan Internet termasuk menyekat akses kepada laman web, menguatkuasa undang-undang jenayah penerbitan atau pemilikan bahan tertentu, termasuk, fitnah, hak cipta, hasutan keganasan dan pornografi kanak-kanak.

Internet Watch Foundation (IWF) ditubuhkan untuk menyusun dan mengekalkan satu senarai hitam, terutamanya URL pornografi kanak-kanak, maka 98 peratus daripada pelanggan Internet komersil di negara itu ditapis.

SESUAIKAN DENGAN BUDAYA

Azizul berkata negara ini telah mempraktik dan mengguna pakai undang-undang yang hampir sama dengan Britain seperti Akta Hasutan 2013 Britain (yang baharu) namun negara tersebut lebih cekap dan pantas mengambil tindakan kerana telah lama melaksanakannya.

Di Malaysia sudah terlalu banyak kes fitnah baik di alam maya dan realiti sehingga tidak tahu di mana asas dan hujung pangkalnya.

Jadi cadangannya ialah pihak berkuasa perlu ambil tindakan cepat dan jangan bertolak ansur dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan fitnah kerana kalau tidak dibendung, keharmonian negara tergugat dan keadaan boleh menjadi huru-hara, katanya.

Timbalan Pengarah Pejabat Hubungan Industri Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan bekas Ketua Jabatan Komunikasi UIA Dr Norbaiduri Ruslan berkata rakyat di Barat lebih bertanggungjawab dan faham apa hak mereka termasuk mementingkan kebebasan dan privasi di tahap yang tertinggi.

"Kita masih belum lagi berpendidikan tinggi (dalam hal ini). Bila kita sudah sedar hak kita, hak orang lain, maka kita akan tahu jaga perilaku kita di alam maya dan realiti.

"Kempen kesedaran perlu bermula di peringkat sekolah rendah tentang bagaimana cara menjaga tatasusila di alam maya dan Internet kerana ketika ini terlalu banyak pendedahan tetapi kita kurang dan tidak kuat spiritual, personaliti dan lemah psikologi.

"Jika kita terlalu ingin sama tahap dengan negara maju, kita akan kehilangan budaya kita," katanya.
DIDIK RAKYAT MALAYSIA

Norbaiduri berkata masyarakat Malaysia perlu dididik dan diperjelaskan apa hak mereka ketika berada di media sosial dan bukan sewenang-wenangnya bersuara tanpa batasan dan mengabaikan undang-undang sedia ada.

Pengamal Undang-Undang Khairul Azam Abd Aziz berkata seseorang penulis termasuk dalam dunia maya perlu bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penulisannya dan bersedia menerima hukuman..
"Kalau penulisan membina, tidak perlu takut, tetapi jika mengganggu gugat ketenteraman awam, suatu bentuk peraturan harus dipatuhi," katanya.

Seorang blogger yang hanya mahu dikenali sebagai Hazrey berkata kerajaan perlu mengkaji semula akta sedia ada berkaitan sosial media demi masa depan generasi mendatang.

"Penyalahgunaan media sosial semakin berleluasa, anak muda tidak terkecuali. Apabila orang dewasa sudah buat sesuatu sesuka hati tanpa usul periksa semata-mata kerana menaruh perasaan geram, ia akan menjadi ikutan.

"Di peringkat kanak-kanak akan timbul masalah pembuli siber,"  - BERNAMA

SUBHANALLAH!! MANGSA SAMUN DITETAK LEHER MASIH HIDUP


Sewaktu menerima maklumat ni.. hampir saja pitam. Mengerikan! Tapi inilah yang berlaku. Pu3 yang berada di Sabah pun belum dapat maklumat ini. Gambar ni pu3 terima dari rakan pu3.

Bacalah

Allahhuakbar.. ngeri.. beliau di tetak..parah dan masih hidup ! Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang. Menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya.


Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. 

Menurut mangsa lagi, Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu di kawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. 

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang. Keadaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota KInabalu untuk rawatan lanjut. - AAKJ

Melampau sangat! Kalau nak menyamun pun janganlah lakukan  perbuatan zalim seperti ini. Semoga pihak keselamatan menangkap penjenayah zalim ini!

Semoga mangsa segera sembuh. Inilah dikatakan berpantang ajal sebelum maut.

KEBEBASAN INTERNET YANG BERTANGGUNGJAWAB DIPERTAHANKAN : SHABERY


KUALA LUMPUR:  Kerajaan akan terus mendukung dan melindungi prinsip kebebasan bersuara, dan tidak akan tunduk kepada tekanan daripada mana-mana kumpulan yang menuntut penapisan internet, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian sebagai kenyataan balas kepada pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi bahawa kerajaan tidak akan mengenakan keperluan pelesenan kepada portal berita.

"Rakyat Malaysia, terutama pengguna media sosial, harus mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, yang merupakan jaminan beliau sendiri yang tidak akan ada keperluan pelesenan pada portal berita seperti yang sedang dilakukan oleh Singapura.

"Saya rasa ini adalah selaras dengan prinsip bahawa kerajaan sentiasa mempertahankan kebebasan bersuara tanpa penapisan dan sebagainya," kata Shabery kepada Astro Awani pada Malam Kewartawanan Malaysia 2013 malam tadi.

"Saya merasakan bahawa keputusan ini tidak membuatkan kita melangkah satu tapak ke belakang ... seperti China ataunegara-negara Arab yang mengenakan sekatan keatas Facebook dan Twitter. Kita tidak menuju ke arah itu, "katanya.

Walau bagaimanapun, Shabery menekankan bahawa rakyat seharusnya membalas kebebasan ini dengan menjadi lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan, apa yang mereka tulis dan muat naik bahan dalam talian.

"Apa yang penting, perlu diingat ialah bahawa tiada kebebasan tanpa pertanggungjawaban," katanya.

Sebagai contoh, Shabery berkata warga internet tidak seharusnya bersembunyi di sebalik nama atau akaun palsu.

Shabery juga melihat aspek pendidikan adalah penting untuk menggalakkan penggunaan ruang siber secara sihat.

"Di Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM), kita mempunyai kempen " Klik dengan bijak ". Ia bermakna anda klik pada perkara-perkara yang sewajarnya, berfikir sebelum anda klik, dan tidak klik sebarangan keatas apa sahaja yang boleh diklik, "katanya.

"Sama seperti di lebuh raya, anda mengawal stereng sambil menikmati pemanduan, tetapi ada hadnya dan tingkah laku anda perlu mematuhi had ini. Jangan memandu secara melulu, tidak melebihi had laju, dan sebagainya. "

Beliau berkata, pendidikan harus bermula dari sekolah "Berumur 10 tahun pun mempunyai Facebook sekarang"

Menjelaskan sebuah laporan baru-baru ini di mana beliau telah dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan mengkaji sekatan ke atas media sosial, Shabery berkata ia bermaksud kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk menuruti langkah negara-negara lain yang mengenakan sekatan di internet, walaupun wujud tekanan daripada kumpulan-kumpulan tertentu.

"Saya berkata bahawa kita tidak tergesa-gesa dan kita perlu mengkaji. Apabila kita mengadakan perbincangan dalam Kabinet, saya amat gembira bahawa kita tidak perlu menuju ke arah itu (sekatan internet). Berdasarkan penelitian kami dan mengambil pandangan orang ramai, selain melihat kebolehan pelaksanaan langkah-langkah yang diambil oleh beberapa negara mengenai perkara ini, kami membuat kesimpulan bahawa sekatan demikian tidak bersesuaian buat Malaysia. "

"Ramai bertanya, mengapa tidak mencontohi langkah China, Iran, Singapura atau sesetengah negara Arab. Mereka berpendapat Facebook dan laman web tertentu wajar disekat. Kami tidak akan mengikut langkah itu, " ulang Shabery.

"Mengambil contoh langkah Singapura mengadakan sekatan, tiada sebarang jaminan samada kerajaan republik itu mampu mengawal laman-laman blog juga?"

"Kita mempunyai 14 juta pengguna Facebook di Malaysia. Apakah kita juga perlu menubuhkan Jabatan Pendaftaran Negara Facebook (untuk mengawal penggunaannya)?" tanya beliau. - Astro Awani