Followers

MESTI ADA SEBAB MUNASABAH ANAK DADDY DIHALANG MASUK SABAH!!!!


Pagi-pagi pagi pu3 disajikan berita anak daddy ni dihalang masuk ke Sabah. Bukan main kecoh lagi di laman sosial mengutuk tindakan jabatan ketua menteri Sabah itu. Pu3 pun berusaha juga menghubungi pegawai yang bertugas di jabatan berkenaan. Opppsss... hari ini cuti umumlah .. sambutan kaamatan. Tapi menurut info.. kejadian ini berlaku kelmarin ( khamis)

Dikatakan  dalam berita Astro Awani Nurul Izzah Anwar yang dihalang dari memasuki Sabah pada Khamis dimaklumkan akan mencabar tindakan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah.Setiausaha politik beliau, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Astro Awani berkata pihak Nurul akan membawa perkara ini ke mahkamah, namun tarikhnya masih belum ditetapkan.


Kenapa nurul izzah nak sangat turun ke Sabah ni? Takkan kawasan Lembah Pantai tak ada rakyat nak di temui sehingga lebih gemar ke negeri lain pula. Seingat pu3... Lembah Pantai ni bukan parlimen di negeri Sabahpun!!!!

Ceh... bukan main berapi pula si fahmi membuat sidang media walaupun dikatakan beliau gagal menghubungi nurul izzah ( lebih kuah dari sudu nampak) dikatakan Fahmi juga memberitahu satu sidang media akan diadakan petang ini (Jumaat) berkaitan kejadian tersebut.Sementara itu, PKR mengecam keras tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dari memasuki Sabah.- Astro Awani.

Parti itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu 'tindakan autokratik dan tidak demokratik'."Umum sedia maklum, insiden ini bukanlah yang pertama,dan kemungkinan bukan yang terakhir. -Astro Awani

ahli parlimen yang dipilih rakyat? Cop cop cop!!!   Rakyat mana tu bro? Lembah Pantai!! Hello bro.. bukan rakyat Sabah undi dialah!!!! So hal nak kata dia pemimpin dipilih rakyat hanya untuk kawasan dia je.. tidak pun termasuk rakyat Sabah mahupun pengundi kawasan Penampang.


Bagi pu3.. halangan masuk anak daddy ni Mesti ada sebab yg munasabah .harap difahaminya. Walau kerusi BN untuk Parlimen 3 lepas ke tangan pembangkang. 12 kerusi dewan undangan negeri... tetapi majoriti rakyat di sabah menolak parti pembangkang. Masih tidak tahukah???


Lagipun.. secara akal warasnya.. rakyat sabah mijoritinya termasuk pu3  tidak mau pemimpin dari semenanjung yang datang ke Sabah mengajar dan menghasut rakyat sabah budaya fitnah, pecahbelah perpaduan kaum, dan tidak menerima keputusan PRU dan macam macam lagi lah


SEHARUSNYA pihak pembangkang terutama Orang dari semenanjung mesti mau sedar terutama pembangkang bahawa dalam persetujuan perkara 20 ..Sabah ada kuasa imigresen sendiri jadi semua tindakan yang dibuat berlunaskan undang undang. ( bukankah salah 1 manifesto pembangkang nak mempertahankan konon perkara 20 tu. Ini masanya kamurang kena terima apabila imigresen menggunakan kuasa mereka menghalang individu yang diragui boleh mengganggu gugat keamanan, keharmonian dan perpaduan negeri Sabah.)



Orang yang tidak menghormati perundangan.. saat memerlukan .. pandai pula menggunakannya. Ceh! Nak cabar melalui mahkamah? Silakan. Belajar menghormati perundangan negara sebelum nak kata menggunakannya untuk membela diri yang konon teraniaya tu!!!!

Himpunan yang haram.. dilarang dan tiada kelulusan pun dia sanggup datang. Tak mengaku? BERSIH 1 2 3 dia datang. Himpunan Blackout haram dia datang. Dia datang semasa dah jadi ahli parlimen tau!  Takkan hanya tahap tu sahaja kemampuan dia jadi pemimpin pilihan rakyat dengan menyertai himpunan haram????

Bagi pu3., individu yang tidak menghormati pilihan rakyat tidak berhak menjejak kakinya ke bumi tercinta negeri di bawah bayu ini. Pengaruh kurang ajar, biadap dan sukakan kekacauan ini tidak wajar dibawa masuk ke Sabah kerana budaya opppsss.., penyakit pembangkang ini bukan budaya rakyat Sabah.

Pu3 yakin, pihak imigresen Sabah mahupun Jabatan ketua Menteri ada sebab yang munasabah mengambil tindakan sebegini demi rakyat Sabah. Bukan kepentingan pribadi. Ianya menentang perjuangan kepribadian pembangkang yang hanya menjual janji retorik tanpa jaminan akan menunaikannya.

sebagai rakyat yang sangat benci dengan keganasan dan kebiadapan kumpulan pembangkang melanggari undang-undang. Bukan takat Nurul Izzah. Anwar ibrahim, wan azizah, tian chua termasuk pemimpin pakatan pembangkang sewajarnya dihalang masuk ke Sabah termasuk si Arbaiyyah.

Walau konon mau sambut kaamatan dengan rakyat.. usah mempolitikkan hari perayaan ini demi perjuangan agenda kotor ! Awak nurul izzah menolak PRU13 kononnya kotor dengan menyertai himpunan Blackout bermakna awak sendiri tidak memperakui kemenangan awak di Lembah Pantai sebagai kemenangan yang adil. Demikian juga daddy awak Anwar ibrahim yang menang di Permatang Pauh.

Sebelum terlambat. Pu3 nak ucapkan. Kotobian tadauzo kaamatan .selamat menyambut pesta kaamatan.

ANGGOTA DAP TIDAK TERIMA NOTIS PANGGILAN HADIRI KONGRES: DAP


KUALA LUMPUR:  Siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti, pada 15 Dis lalu.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut.

"Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa ROS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.

Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut. - BERNAMA

NAJIB ARAH SIASAT TERPERINCI TRAGEDI BOT KARAM


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang, Sarawak pada Selasa lepas.

Beliau juga menyeru semua pengendali perkhidmatan feri supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan bagi mengelak kejadian itu berulang.

"Saya telah mengarahkan supaya satu siasatan terperinci mengenai tragedi itu dibuat dan saya seru kepada semua pengendali feri supaya sentiasa bertanggungjawab," katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan tragedi tersebut, perdana menteri berkata seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang maut dalam kejadian itu.

Menurutnya rakyat Malaysia juga sentiasa mendoakan keselamatan semua pihak.

Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tragedi itu.

Dalam kejadian itu, bot ekspres Kawan Mas yang dipercayai membawa lebih 200 penumpang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit, karam selepas terlanggar batu di Jeram Tukok/Jeram Bungan antara 8.30 pagi dan 9 pagi. - BERNAMA

Ps: kes sebegini...pada pandangan pu3.. tidak dapat dipersalahkan pihak berkuasa sepenuhnya.. dan tidak juga kepada asakan penumpang. Ianya adalah berpunca pada sikap tidak bertanggungjawab dan desakan memenuhi kehendak.

Pu3 tak nak komen panjang sebab.. insiden ini melibatkan perasaan individu yang terlibat, hanya pu3 boleh katakan... semua adalah berkait antara tanggungjawab dan sikap tamak

MAYAT PERTAMA TRAGEDI BOT KARAM DI BELAGA DITEMUI


KUALA LUMPUR:  Mayat pertama dalam kejadian bot ekspres karam di Belaga telah ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.Mayat Tujok Lah, 44, telah ditemui pada pukul 7 pagi oleh penduduk Rumah Panjang Rh Tevok.

Tujok, merupakan salah seorang daripada 11 orang yang dilaporkan hilang selepas bot yang sarat dengan penumpang itu melanggar batu dan karam dekat Tanjong Giam Bungan.

Ketua Polis Daerah Belaga Bakar Sebau berkata mayat Tujok akan dihantar ke rumah mayat Hospital Belaga.

Operasi pencarian penumpang lain yang hilang diteruskan hari ini.

Setakat ini, lebih daripada 190 orang dilaporkan telah berjaya diselamatkan.

Bot ekspres 'Kawan Mas' itu karam antara pukul 8.30 pagi dan 9 pagi pada Selasa semasa dalam perjalanan dari Bakun di pekan Belaga menuju Kapit.

Ketika kejadian, jumlah penumpang yang menaiki bot Kawan Mas itu adalah lebih 190 orang namun jumlah yang dibenarkan adalah hanya 75 penumpang sahaja. - Astro Awani

AZMIN ALI DIABAIKAN????????


Hari ini majlis angkat sumpah exco Selangor. Setiap yang dipilih dengan penuh kebanggaan mengangkat sumpah. Tetapi... adanyang tiadalah???!!!!!

Di mana Azmin Ali? Takkan Menteri Besar Selangor terlupa dengan timbalan Presiden PKR?

Baca dulu....

4 muka baru angkat sumpah exco Selangor

KUALA LUMPUR:  Empat muka baru mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) di Istana Shah Alam hari ini.

Mereka adalah bekas speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), V Ganabatirau (DAP-Kota Alam Shah), Dr Daroyah Alwi (PKR-Sementa) dan Sallehen Mukhyi (PAS-Sabak).

Sementara itu, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengangkat sumpah sebagai timbalan Speaker.

Berikut adalah senarai penuh anggota Exco Selangor:

Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR, Bukit Lanjan) – Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Dr Daroyah Alwi (PKR, Sementa) – Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi

Rodziah Ismail (PKR, Batu Tiga) – Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan

Ganabatirao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Ean Yong Hian Wah (DAP, Seri Kembangan) – Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram

Sallehin Mukhyi (PAS, Sabak) – Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Dr Halimah Ali (PAS, Selat Klang) – Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS, Sijangkang) – Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

Iskandar Abdul Samad (PAS, Cempaka) – Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar. - Astro Awani

Ps: Azmin Ali perlu sedarkan dirinya yang dia dah semakin dibuang dari kekuatan PKR. Power makin kurang, kemanjaan big bos kemungkinan dah beralih lah tu... hanya Anwar sahaja tahu. Tetapi sedikit sebanyak pemilihan exco Selangor ini adalah tanda-tanda penyingkirannya!!!!!

MALAYSIA PERLU AMBIL IKTIBAR TINDAKAN SINGAPURA


KUALA LUMPUR:  Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwan Din Hamzah berkata Malaysia perlu mengambil iktibar inisiatif kerajaan Singapura yang akan mengenakan lesen terhadap semua laman web berita negara itu bagi mengelakkan berlaku 'gangguan' keharmonian kaum dan agama.

Menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik menjaga sensitiviti semua kaum, beliau berkata pemberian lesen itu akan memudahkan kerajaan untuk memantau berita yang disebarkan seterusnya mengambil tindakan terhadap mana-mana artikel yang berbaur hasutan.

"Sesiapa sahaja termasuk agensi yang mahu menulis berita boleh berbuat demikian namun perlu memohon lesen dan kerajaan pula tidak perlu tegas semasa mengeluarkan lesen agar ia tidak menyekat kebebasan bersuara.

"Ia pastinya tidak akan menyekat kebebasan bersuara kerana lesen dikeluarkan secara mudah sebagai hak mereka maka kerajaan pula ada hak untuk menegur jika berlaku ketidaksesuaian dalam mana-mana penghasilan berita," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Azwan Din berkata dalam hal itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu memainkan peranan yang lebih efektif dengan mengesan mana-mana 'IP address' antarabangsa yang diguna untuk menyebarkan sebarang artikel berbaur hasutan terhadap rakyat di negara ini.
 
Mulai 1 Jun, laman web yang mempunyai 50,000 pelawat dari Singapura setiap bulan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel tempatan seminggu mesti memperoleh lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA) negara itu.

Sebuah agensi berita antarabangsa memetik kenyataan MDA menghendaki laman web yang diberi lesen itu mengeluarkan bahan-bahan larangan seperti artikel yang boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum daripada laman web dalam tempoh 24 jam setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

Laman web yang dilesenkan itu perlu menyediakan S$50,000 sebagai jaminan bon.

Azwan Din berkata apabila semua laman web berita dilesenkan pastinya sekatan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu kesejahteraan rakyat di negara ini dapat ditangani dengan segera.   

Ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata langkah yang diambil negara jiran itu mungkin membawa kebaikan bagi negara itu namun di Malaysia, ia dilihat hanya boleh mengawal sebahagian daripada kebebasan berinternet.
 
"Jika kerajaan kita mahu mengambil pendekatan yang sama, saya khuatir ia mungkin akan memberikan impak besar kepada sesetengah pihak berikutan lesen yang dikeluarkan itu agak mahal.


"Maka pastinya akan muncul pula 'pihak tertentu' yang cuba mengetengahkan kaedah lain untuk mengelakkan berlakunya jenayah siber atau provokasi menerusi laman-laman web berita atau blog," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, daripada mengikut 'cara' orang lain adalah lebih baik jika Malaysia mencari kaedah yang lebih proaktif tetapi untuk memastikan kandungan berita yang disebar tidak mengganggu keharmonian sejagat.

Prof Dr Ahmad Tarmizi Talib dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pula berkata langkah Singapura itu hanya boleh dilaksanakan Malaysia sekiranya pakar teknologi maklumat menemui satu kaedah terbaik menghalang penyebaran berita sedemikian di laman sosial, tanpa hanya perlu bergantung kepada penguatkuasaan melalui kaedah perlesenan.

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia itu berkata sememangnya kaedah perlesenan mampu mengawal pelanggaran dalam penerbitan berita, namun persoalan yang harus difikirkan apakah tindakan menarik lesen atau mengenakan denda mampu 'menggerunkan' pihak berkenaan daripada menerbitkan berita yang berunsur negatif. -BERNAMA

Ps: pu3 lebih cenderung kepada kebebasan terkawal. Kakau dikawal sangatpun.. dalam situasi di Malaysia kini.. keadaan tidak sesuai diaplikasikan. Ia boleh dilakukan di Singapura tetapi tidak untuk di negara kita. Bayangkan.. dalam kebebasan media sekalipun di jegara kita.. pihak pembangkang tetap jua mengatakan berlaku sekatan yang menghalang mereka kononnya rakyat bersuara hak rakyat.

Apapun, pu3 yakin kerajaan Malaysia di bawah SKMM lebih bijak mengatur perancangan seperti menyelesaikan masalah menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

PAUL LOW KESAL NIAT BAIK DISALAH ERTI


KUALA LUMPUR:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan kesal apabila niat baiknya untuk membantu keluarga tahanan yang mati dalam lokap polis, N. Dharmendran, telah disalah faham.

Low, yang bertanggungjawab dalam hak asasi manusia dan intergriti, berkata pejabat beliau cuba menghubungi keluarga Dharmendran semalam untuk membantu berdasarkan 'hak asasi manusia.

Langkah itu bagaimanapun disalah anggap sebagai satu cara untuk menyelesaikan isu itu di luar mahkamah, katanya.

"Ini tidak pernah menjadi hasrat kami," katanya, sambil menegaskan bahawa pihak berkuasa sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak mengenai perkara itu dalam memastikan keadilan terlaksana.

"Kami cuba untuk menjelaskan bahawa kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, tanpa mengira fahaman politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Naib presiden PKR N. Surendran dilaporkan mendakwa bahawa ayah Dharmendran, G. Nagayarasamy, menerima panggilan telefon daripada pejabat Low, dan panggilan itu adalah tanda kerajaan berhasrat menutup kes kematian itu.

Elemen jenayah disyaki berlaku dalam kes kematian Dharmendran, 32, yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei.

Polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes kematian itu selepas laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan lelaki itu dibunuh.

Polis turut menubuhkan jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membendung kejadian yang melibatkan kematian dalam lokap polis.

Low berkata pejabatnya menghubungi naib presiden PKR R. Sivarasa semalam untuk menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata semua pihak perlu membina semula kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasa, dan hak asasi manusia serta keselamatan perlu dilindungi apabila seseorang itu berada dalam tahanan.

Beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa satu penilaian menyeluruh terhadap semua prosedur, amalan dan peraturan akan dibuat bagi memastikan pihak berkuasa mematuhinya dengan piawaian integriti yang tinggi dalam menjaga kesejahteraan mana-mana orang dalam tahanan.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Dharmendran, Low berkata beliau mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengendalikan siasatan kemungkinan berlaku rasuah. - BERNAMA

Ps: nama lagi PKR. Perkara yang naikpun...nmereka akan jadikannya perkara terjahat !!! Pesanan pu3. Jangan buat baik sangat dengan parasit. Apa lagi lalat. Tak ada baiknya ... bawa penyakit adalah.

TIAN CHUA DAN 3 YANG DIDAKWA. HISHAMUDDIN RAIS DICEKUP


KUALA LUMPUR:  Naib presiden PKR Tian Chua, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Safwan Anang dan Haris Ibrahim telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan hasutan.

Mereka didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b)  Akta Hasutan 1948 kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah.

Kesemua empat tertuduh mengaku tidak bersalah ke atas kesalahan yang dilakukan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas. - Astro Awani

Sementara itu Hishamuddin Rais pula 'buat gila'  muncul di kantin mahkamah dengan memakai seluar pendek, tak sedarkah dia tengah dicari kerana polis tidak dapat serah waran kepadanya yang mana sepatutnya dia juga yang sepatutjya didakwa sama di mahkamah hari ini. Tunjuk gagahlah konon tu.

Lawaknya.. belum sempat minum di kantin. Polis terus cekup dan membawanya ke balai mahkamah.

Alang-alang lu bersembunyi bro.. takkan lu tak tahu lu adalah individu dikehendaki kala ini. Buat malu je. Lagi bermaruah kalau lu serah diri sendiri ke balai dari dicekup!!!!

KE MANA HILANG HISHAMUDDIN RAIS????


Aik... polis sedang mencari Hishamuddin Rais? Ke mana ghaibnya mamat tu? Takkan bersembunyi kerana sedar sedang diburu?????

Aik? Takkan jadi pengecut semula.. tengah dapatkan PENYELAMAT ker.. kalau rasa diri tak bersalah.. selepas baca artikel di bawah.. sila serahkan dirilah bro!

Baca ni

Kes hasutan: Polis cari Hishamuddin Rais

KUALA LUMPUR:  Polis kini tengah mengesan aktivis dan pemimpin Bersih 2.0 Hishamuddin Rais.

Hishamuddin merupakan satu-satu suspek yang belum diberkas walaupun waran tangkap sudah dikeluarkan berkaitan dengan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 petang tadi.

Empat lagi yang lain—iaitu Mohd Tamrin Abdul Ghafar, Harris Fatillah Mohamed Ibrahim(Haris Ibrahim), Muahmmad Safwan Anang @ Talib, and Chua Tian Chang(Tian Chua) telah diberkas tadi.

Mengikut satu kenyataan akhbar, timbalan ketua polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh, waran tangkap di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan telah dikeluarkan oleh mahkamah majistret.

"Penama di para 1 hingga 4 waran tanggap telah disempurnakan dan dikehendaki hadir mahkamah Seksyen Jenayah 1, Kuala Lumpur pada 29 mei 2013 jam 8.30 pagi."

"Manakala waran terhadap penama di para 5 masih belum dilaksanakan," katanya. - Astro Awani

Ps: mesti mereka umpama ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Dok mencanang kejamnya kerajaan kepada rakyat yang menuntut hak rakyat. Cehhh hak rakyat atau hak pribadi nak berkuasa bro? Tak menang dalam pilihanraya.. nak berperang pula di jalanraya? Apa punya kelas otak korang ni bro. Sebiji macam sampah!!!!!!

PENULIS BAHA ZAIN TERIMA ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA KE-12


KUALA LUMPUR:  Bekas Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain Selasa malam menerima Anugerah Sasterawan Negara Ke-12 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Baharuddin.

Beliau menerima wang tunai RM60,000, watikah Sasterawan Negara Ke-12 selain kemudahan berkarya.
Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidon.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara Ke-12.

Muhyiddin dalam ucapannya menyifatkan Baha Zain sebagai seorang penulis yang amat prolifik dalam genre puisi dan kritikan sastera.

"Semoga anugerah yang diberikan ini akan menyuntik semangat kepada beliau untuk terus berkarya dan menyumbangkan buah fikiran ke arah pembangunan bangsa dan sastera kebangsaan," katanya.

Pada 15 Mac lepas, Muhyiddin mengumumkan Baharuddin sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan dan sumbangan berterusan beliau dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran serta kegiatan sastera bermutu tinggi.

Antara karya Baha Zain, 74, ialah puisi Topeng-Topeng (2003), Dari Kertas Catatan Tengah Malam (DBP, 1978) dan Tiga Catatan Perjalanan (DBP, 1980).

Puisi-puisi beliau antaranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Russia dan Sepanyol.

Baharuddin juga pernah menerima Anugerah Penyair Gapena (1988), Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia (2004), Anugerah Budayawan Gapena (2008), dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada USM (2010), dan Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2011).

Anugerah Sastera Negara merupakan anugerah tertinggi negara kepada sasterawan. - BERNAMA

ISU BOT EKSPRESS KARAM: CIKGU KONGSI PENGALAMAN


KUALA LUMPUR:  Seorang cikgu dari Kapit kongsi pengalamannya kerap menggunakan laluan dan menaikki bot ekspres jenis yang sama yang dengan bot yang karam pagi tadi di Belaga, Sarawak.
Guru SMK Selirik Farah Najihah Abd. Rahman berkata ciri-ciri keselamatan kurang dititikberatkan oleh pengusaha bot itu sendiri.

Turut dipertimbangkan oleh Farah Najihah ialah sikap sambil lewa penumpang. - Astro Awani

Kejadian bos ekspres karam

Bot ekspres karam dekat Belaga, 23 masih hilang

KUALA LUMPUR:  Pihak polis mengesahkan bahawa 181 penumpang telah terselamat dalam insiden sebuah bot ekspres karam dalam perjalanan dari Belaga menuju ke Kapit pagi tadi.Pada pukul 5 petang, ketua polis daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata 23 lagi masih hilang

."Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan," Bakar berkata kepada Astro AWANI.Semua mangsa yang diselamatkan ditempatkan di dua rumah panjang berhampiran, Uma Panjang Tanjung dan Uma Panjang Dari. Beliau berkata siasatan awal menunjukkan punca kemalangan tersebut adalah akibat terlebih muatan dan terlanggar batu di bahagian belakang.

Laporan The Borneo Post menyebut usaha mencari dan menyelamat diteruskan dengan bantuan penduduk dari dua buah rumah panjang berhampiran.Pasukan polis bersama-sama anggota paramedik juga dilaporkan mula bergerak ke tempat kejadian dan dijangka akan tiba kira-kira jam tujuh petang nanti.       
        

Foto memaparkan sebahagian penumpang sejurus sebelum berlepas dari jeti Belaga

Bot ekspres itu, dipercayai dari Syarikat Kawan Mas Bot Ekspress, dikatakan terlebih membawa penumpang yang kebanyakannya terdiri daripada orang Iban dan Orang Ulu yang berkerja dengan syarikat balak dari Bakun.Mereka menuju ke Kapit untuk bercuti sempena sambutan Hari Gawai Dayak yang jatuh pada hujung minggu ini.

Laporan The Borneo Post menyebut insiden bot karam itu disaksikan dari udara oleh Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, Liwan Lagang yang kebetulan sedang menaiki helikopter menuju ke Kuching.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga dilaporkan menggerakkan bantuan kecemasan dengan kerjasama penduduk daripada dua buah rumah panjang berhampiran.

Laporan The Borneo Post memetik kenyataan Pejabat Daerah Belaga yang mengesahkan bot itu karam kira-kira pukul 9 pagi iaitu satu jam selepas ia meninggalkan Belaga.Belaga jadi tumpuan ramai orang kerana majlis perhimpunan menjelang Hari Gawai yang berlangsung malam tadi.Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Kapit, Daniel Levoh dilaporkan berkata, bot berkenaan dipercayai membawa lebih 100 penumpang — melebihi had yang dibenarkan iaitu 74 penumpang dengan tempat duduk.

"Bot itu sepatutnya berhenti seperti biasa di Belaga tetapi ia tidak berhenti kerana sudah penuh," katanya dipetik oleh Bernama.Beliau juga dilaporkan berkata, ada penumpang yang duduk di atas bumbung biarpun ia satu kesalahan.Bot itu kemudian berlepas ke Kapit tanpa mengambil penumpang di Belaga.Menurut Daniel, beliau menerima laporan seorang wanita mengandung antara yang terkorban tetapi masih menunggu pengesahan pihak polis yang berada di tempat kejadian.

JAWATANKUASA KESELAMATAN TAHANAN POLIS DITUBUH


KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu jawatankuasa penambaikan berhubung langkah-langkah untuk menjamin keselamatan tahanan polis di lokap PDRM.

Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene hari ini memaklumkan bahawa polis komited dalam menangani isu kejadian mengejut di lokap polis.

"Jawatankuasa ini diketuai oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang ditubuhkan bagi mengelakkan kematian mengejut di dalam lokap," jelas Mortadza dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Antara pendekatan yang diambil ialah dengan mewujudkan lokap berpusat yang didirikan di Jinjang, Shah Alam, Kuantan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

"Kemudahan di lokap berpusat ini amatlah baik sekali. Ia dapat menjamin kesihatan dan keselamatan petugas, banduan dan Orang Kena Tuduh (OKT).

"Lokap berpusat ini dilengkapi dengan Rakaman Kamera Litar Terturtup (CCTV), sitem interkom, bilik peguam, bilik pengawal pengiring, bilik kawad cam, bilik transit dan ruang makan.

"Ini adalah lebih baik daripada lokap yang berada di balai. Sebab itu kami mahu laksanakan perkara ini," jelas Mortadza.

Mortadza turut memberitahu PDRM akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas OKT atau banduan yang ditahan di dalam lokap.

"Doktor akan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum OKT dimasukkan ke dalam lokap dan pegawai perubatan akan membuat lawatan dua hari sekali ke lokap berkenaan.

"Lembaga pelawat dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kini dibenarkan untuk membuat lawatan ke lokap bersama pegawai penjaga lokap," ujar Mortadza.

Baru-baru ini dua OKT N Dhamendran, 32, dan R Ramesh, 40, telah ditemui mati di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pada minggu lalu, polis telah mengesahkan kematian Dhamendran mempunyai unsur-unsur jenayah sewaktu ditahan di lokap berkenaan.

Menurut sumber polis, pasukan khas Bukit Aman yang menyiasat kes itu sedang giat melengkapkan siasatan kes dan beberapa orang saksi telah disoal dan beberapa lagi kenyataan akan direkodkan. - Astro Awani

PENGURANGAN HARGA KERETA BERPERINGKAT SEHINGGA 2017 : MUDTAPA


KUALA LUMPUR:  Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

"Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di sini hari ini. - BERNAMA

KENYATAAN CEO AIRASIA X: ROSNI DESAK TINDAKAN TEGAS RAFIDAH


KUALA LUMPUR:  Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar mendesak tindakan tegas dari Tan Sri Rafidah Aziz berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani.

"CEO AirAsia X tersebut tidak menghormati Tan Sri Rafidah Aziz yang merupakan pemimpin Wanita Umno yang membela kepentingan wanita bangsa Melayu di Malaysia.

"Beliau sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut," kata Rosni.

Menurut beliau, tindakan tegas oleh Rafidah adalah penting bagi membuktikan semangat kebangsaan syarikat yang mewakili nama baik Malaysia di serata dunia itu masih terus kekal.

"Saya harap Tan Sri Rafidah tidak hanya lantang mengkritik dan mengadu-domba dalam wanita Umno sahaja, tetapi apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, beliau mengambil keputusan hanya berdiam diri.

"Mungkinkah beliau sendiri setuju dengan kenyataan Azran tersebut? Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi Umno?" tambah beliau.

Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' dimana
Azran secara terbuka menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya membidas pendirian Utusan Malaysia itu dan menganggap ianya sebagai bersifat perkauman kerana menyiarkan artikel tersebut.


Susulan itu juga pada 16 Mei lalu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengeluarkan kenyataan bahawa Wanita Umno kecewa dan meminta Rafidah memberikan penjelasan secepat mungkin.

Rosni turut menyatakan sokongan beliau terhadap Shahrizat mengenai sikap Rafidah yang berdiam diri ke atas kenyataan Azran sebelum ini.

"Persoalannya, adakah Azran membuat kenyataan ini setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang lebih rasis dari Utusan Malaysia? Saya bagi pihak Wanita Umno mendesak Azran untuk membuat permohonan secara terbuka kepada semua orang Melayu di Malaysia," kata Rosni menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

PM JAMIN KERAJAAN LAKUKAN PERUBAHAN, FAHAMI KEPERLUAN BELIA


KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan oleh melakukan perubahan dalam negara dengan memahami keperluan belia.

Sambil menegaskan bahawa tidak ada yang bersifat tetap, Perdana Menteri berkata, kerajaan mesti berani dan sedia melakukan perubahan yang dapat memenuhi ekpektasi rakyat.

"Sama ada cepat atau tidak, perubahan akan berlaku. Saya jamin bahawa kerajaan akan lakukan perubahan dalam negara, dan ini bererti memahami keperluan belia.

"Kita perlu mengubah sikap, strategi, program dan pendekatan kita kerana kita tidak lagi boleh menganggap apa yang kita amalkan sekarang sebagai penyelesaian terbaik untuk masa depan.

"Kita perlu punya minda terbuka dan bersikap pragmatik, bukan dogmatik," kata beliau dalam kiriman Facebooknya. - BERNAMA

5 LAGI ORANG KANAN PAKATAN DIBAWA KE MAHKAMAH


Walaupun pakatan pembangkang cuba gertak kerajaan menerusi himpunan demi himpunan sejak geram kalah PRU 13 pada 5 mei lalu ,namun undang-undang tetap undang-undang.Anjur himpunan tak ikut peraturan yang ditetapkan oleh Akta Himpunan Aman,maka jawablah di mahkamah.

Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia,Selangor Nik Nazmi Ahmad didakwa pada 17 Mei kerana himpunan pertama di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei,Isnin tiga lagi orang kanan pakatan itu dibawa ke muka pengadilan.

Di Mahkamah Sesyen Ipoh,Ahli Parlimen Ipoh Timor,Thomas Su didakwa anjur himpunan pada 9 Mei lalu .Dia didakwa anjur himpunan itu di Dewan Chin Woo,no 36,Jalan Hussein Ipoh pada jam 7.30 malam hari itu tanpa beri notis 10 hari kepada polis.Di mahkamah sama,Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria didakwa kerana anjur himpunan di depan pejabat PKR,Jalan Medan istana Ipoh pada 7.30 malam 12 Mei.

Kedua mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dan kes akan disebut sebulam pada 19 Julai.Sementara itu di Setiausaha Seketariat Pakatan Rakyat Pulau Pinang Ong Eu Leong di dakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana anjur himpunan di Stadium batu Kawan tanpa beri notis 10 hari pada 11 Mei.Juga didakwa di mahkamah Isnin ialah Ketua AMK PKR Negri Sembilan, Nazree Yunus.Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban juga kerana tak patuhi notis 10 hari anjur himpunan di Oakland Seremban pada 17 Mei.Setiausaha PKR Johor ,R Yuneswaran didakwa atas kesalahan sama di Mahkamah Sesyen Johor Bharu kerana himpunan di Tebrau pada 15 Mei.

Sumber: agendadaily

BILA HATI MELAYU MATI : RIDHUAN


(Mingguan Malaysia 26 Mei 2013)

Ketegasan Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju.

Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan.

Isu pendidikan Cina acapkali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasihat saya, tidak perlu layan permintaan mereka lagi. Sudahlah. Kita sudah beri lebih daripada mencukupi. Apa balasannya?

Tidak keterlaluan saya katakan, selagi kita tidak penuhi permintaan mereka, sehingga kucing bertandukpun mereka akan terus desak dan tuntut. Segelintir Cina tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak memenuhi segala tuntutan kecinaannya. Mungkin tulisan ini terlalu ekstrem, tetapi inilah hakikatnya untuk  memahami budaya politik Cina.

Kita selalu mengajak orang lain keluar daripada kepompong rasis. Persoalannya, adakah orang Melayu sahaja yang perlu keluar dari sikap rasis? Kalau Melayu tidak fikir untuk Melayu, adakah orang lain yang diharapkan berfikir untuk masa depan Melayu. Adakah kita mengharapkan orang Cina berfikir untuk Melayu? Jika ada Alhamdulillah. Ia baik untuk pembinaan negara bangsa.

Realiti yang ada, pantang ada sedikit dikaitkan dengan Melayu, akan ditentang habis. Jika diasimilasikan atau diassociatekan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu.

Sebab itulah, ketika majlis angkat sumpah exco, pembukaan sidang parlimen atau DUN, atau apa jua majlis rasmi yang melibatkan raja, tidak ada seorangpun yang memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Rata-ratanya memakaikan blazer dan tali leher. Sehingga pakai songkokpun mereka tidak mahu.

Seolah-olah memakai pakaian kebangsaan ini satu penghinaan. Wal hal, apa salah, 'berkorban' seketika, bukannya tiap-tiap hari, lima tahun sekali atau mungkin setiap kali penggal persidangan parlimen atau DUN.  Hina sangatkah memakai pakaian ini? Sudah sampainya kita wajibkan pemakaian tersebut. Jangan terlalu memberi kebebasan atas nama demokrasi, kita juga yang akan rugi nanti.

Bayangkan jika pakaian etnik masing-masing dibenarkan dalam majlis-majlis sebegini, maka meriahlah, berwarna-warnilah majlis rasmi tersebut seolah-olah pesta pakaian, bukan majlis rasmi. Tidak ada seorangpun kalangan mereka yang akan memakai pakaian kebangsaan. Sedangkan pakaian kebangsaan adalah untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Samalah juga pemahaman sekolah kebangsaan untuk semua, bukan untuk orang Melayu.

Saya yakin selepas ini, untuk meraikan orang lain atau memastikan lebih ramai bukan Melayu menyertai, sekolah kebangsaan akan menjadi lebih liberal dan terbuka. Tidak mustahil, ada identiti penting Melayu akan tercabut.


Ini tidak termasuk menunaikan janji-janji PRU13 baru-baru ini untuk menambah sekolah, memberikan tanah dan banyak lagi tawaran sebagai alasan untuk memancing undi mereka kononnya.

Apakah akan berlaku suatu hari ini, demi untuk meraikan semua, kita yang berubah menjadi mereka, bukannya mereka yang sepatutnya berubah menjadi kita. Semua dasar mesti disesuaikan untuk mereka, bukan mereka menyesuaikan dengan sesuatu dasar kebangsaan.

Kita mempunyai dasar yang baik, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Bila tiba kepada perlaksanaan, selagi sesuatu bangsa itu tidak diraikan, selagi itulah dasar tersebut tidak diterima.

Ultra kiasu selalu berhujah, UEC telah diiktiraf di seluruh dunia, kenapa tidak di Malaysia? Jawapannya, kerana diiktiraf dunialah, menjadikan perangai mereka sanggup menterbalikkan jalur gemilang sebagai protes kepada kemenangan UMNO BN dalam PRU13 baru-baru ini. Kebanyakan mereka adalah lulusan UEC. Apakah jenis manusia sebegini yang ingin kita lahirkan.

Banyak negara lain yang tidak tahu berbahasa Cina, negara tersebut tetap maju dan urusan dengan negara China berjalan seperti biasa. Pendek kata, isu bahasa bukan isu hidup mati kemajuan sesebuah negara. Iran begitu aktif berhubung dengan negara China, tidak pula kedengaran, kerajaan Iran mewajibkan rakyat belajar bahasa Cina.

Sebelum PRU13, Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah telah menjemput Dong Zong untuk berbincang tentang pengiktirafan UEC. PM menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. Tawaran sebeginipun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas?

Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernacular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Mereka tetap bersangka buruk. Pada mereka, jika diberikan penekanan kepada BM, ia akan meninggalkan kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran bahsa Cina. Pendek kata, mereka mahu penguasaan mandarin secina-cinanya.

Kehendak mereka tidak mengapa gagal BM, asalnya lulus mata pelajaran lain yang semua diajar dalam mandarin sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA.


Sekarang inipun, kesan daripada sekolah vernakular, berlaku polarisasi di kampus yang amat ketara. Pergilah ke IPTA. Jangan banding dengan IPTS, kerana majoriti mereka begitu ramai. Pergilah melihat Kolej New Era Kajang yang dipunyai sendiri oleh Dong Jiao Zong dan lulusan UEC mereka. Itupun kerajaan dalam kempen baru-baru ini mahu memberikan pengiktirafan sebagai Universiti penuh beberapa kolej Cina di Pulau Pinang. Dengan tawaran ini, adakah mereka simpati dengan kerajaan?

Saya mohon kepada kerajaan sebelum memberikan apa jua kelulusan kepada sekolah atau universiti perkauman ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Beri kami geran untuk membuat kajian seperti ini. Ini tidak, sudah kajian tidak dibuat, asyik menyerang orang lain.

Misalnya, kontroversi kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat, harus dilihat secara positif. Kedua tokoh ini bersependapat sekolah vernakular menjadi punca perkauman semakin meluas di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara. Mereka turut mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka.

Sehingga kini, parti pembangkang dan ultra kiasu tidak habis-habis mengecam kenyataan yang dikatakan tidak bertanggungjawab kedua-dua tokoh tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

Kenapa harus mangsakan tokoh ini? Buatlah penyelidikan terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya. Fikirkan agenda nasional, daripada agenda bangsa. Ultra kiasu menyuruh kita berhenti bercakap soal rasis. Tindak-tanduk mereka lebih rasis daripada orang rasis.

Tidakkah kita sedar kerajaan telah membantu SJKC sehingga menenggelamkan sekolah agama. Persoalannya, adakah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN? SJKC sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.

Ingatan saya kepada orang Melayu, jangan menjadi terlalu liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu. Misalnya, pendirian Ketua Pegawai Eksekutif Melayu yang telah digula-gula dengan jawatan tinggidi syarikat penerbangan murah. Beliau dengan lantang berkata "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah ini. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada paramugari Melayu di syarikat penerbangan murah ini.

Baru-baru ini saya naik muak melihat layanan mereka terhadap Sir Richard Branson, pengasas/pengerusi Virgin Group), yang terpaksa berpakaian paramugari perempuan, anjuran syarikat penerbangan tersebut. Paramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya tanya saya ke mana hala tuju anak-anak Melayu yang bekerja di sini. Apakah mereka akan menjadi Melayu atau apa..? Sebahagian paramugari Melayu disuruh berlakon seperti kartun mencalup rambut dengan warna putih dan berpakaian seksi semata-mata meraikan orang putih tersebut. Nasihat saya kepada Melayu celup ini, selamatkanlah Melayu-melayu di sini daripada hancur dan hilang identiti. Majlis tersebut diakhiri dengan mandi arak. Cuba lihat you tube mereka.

Saya menyeru agar orang PAS menonton sama, kerana dalam harakah online, saya terbaca PAS begitu memuji Melayu celup ini hanya kerana bermusuh dengan Utusan dan UMNO BN. Nasihat saya kepada PAS, berhati-hati, nanti makan diri. Sokong seseorang bukan kerana marah kepada UMNO. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar, apa yang salah. Itu baru nama perjuangan Islam. Jika tidak, PAS ini sama sahaja dengan yang lain.

Ingatlah! tatkala orang lain semakin kuat Cina (Indianya), adakah orang Melayu perlu menjadi semakin menjadi liberal atau cair bagi menunjukkan bahawa kita tidak rasis.  Jika ini berlaku, Melayu tidak berlaku adil kepada bangsanya sendiri. Melayu telah menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Jangan biarkan hati Melayu mati kerana terlalu meraikan orang lain.  

Prof Madya dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Program
Progra Pengajian Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan
Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


ANAK LAJIM TERLIBAT PEMALSUAN DOKUMEN PROJEK JALAN????


INI KALILAH.. atau INILAH KALI BAH! terkejut juga dengar berita anak mantan ketua umno bahagian dibawa ke mahkamah atas tuduhan pemalsuan dokumen projek jalan. Hmmmm.. projek jalan? Alalalala... itu dokumen bila kena buat wooooo.. takkan masa bapanya memegang jawatan  timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan????  Hal itu pu3 tidak boleh sahkan. Hanya perundangan sahaja boleh sahkannya.
Baca lagi.

Seorang anak bekas Timbalan Menteri Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.

Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd. 
   
Anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin  (GAMBAR ATAS YANG KELUAR BN ) itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012.

Bernama melaporkan dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu berprofil tinggi selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Datuk K. Kumarendran yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana anak guamnya itu memberi kerjasama penuh kepada SPRM sejak kesnya disiasat pada Ogos tahun lepas.
Beliau turut memaklumkan anak guamnya itu datang secara sukarela ke mahkamah pada hari ini.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. 
Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pengurusan kes.


Sumber: agendadaily

DR JEMILAH MAHMOOD TERIMA ANUGERAH ISA PERTAMA BAHRAIN


MANAMA:  Pengasas Mercy Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mengharumkan nama negara setelah dinobat sebagai penerima Anugerah Isa pertama oleh Emir Bahrain.

Anugerah yang membawa hadiah wang tunai RM3 juta bersama pingat emas diterima Dr Jemilah dalam satu upacara khas dari Emir Bahrain Hamad Isa Al-Khalifa di Manama, ibu negara Bahrain pada Ahad.

Dr Jemilah dipilih dari lebih seratus individu dan pertubuhan di serata dunia yang menggerakkan kerja amal berteraskan bantuan kemanusiaan merentas sempadan.

Hadiah yang diberi nama Anugerah Isa untuk perkhidmatan dan kemanusiaan diwujudkan pada tahun 2009 oleh kerajaan Bahrain sebagai penghormatan memperingati Shaikh Isa bin Salman Al Khalifa, Emir Bahrain yang memerintah selama 38 tahun bermula 1961.

The @isa_award is presented by HM the King to Dr Jemilah Mahmood. Her husband and two sons looked on proudly. twitter.com/HK_Bahrain/sta
— HK_Bahrain (@HK_Bahrain) May 26, 2013

His Majesty is now presenting the Isa Award for Service to Humanity to the laureate Dr. Jemilah Mahmood
— Isa Award(@Isa_Award) May 26, 2013

Isa Award laureate, Dr Jemilah Mahmood. instagram.com/p/ZpbLBskZ_t/
— Isa Award(@Isa_Award) May 23, 2013

Emir Isa yang meninggal dunia pada tahun 1999 dikenang atas usaha pembangunan ekonomi dan pemodenan Bahrain berserta pengwujudkan pelbagai institusi kenegaraan penting.

Sejurus menerima anugerah, Dr Jemilah mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Bahrain kerana mengetengahkan usaha pemuliharaan pasca bencana yang diterajui Mercy Malaysia.

Beliau yakin pengiktirafan yang mirip Hadiah Nobel ini akan menggalakkan penglibatan yang lebih efektif dan menyeluruh dalam usaha menghulur dan mengurus bantuan kemanusiaan di serata dunia. -astro awani

NICOL GAGAL PERTAHAN JUARA TERBUKA BRITISH


KUALA LUMPUR:  Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraannya di Squash Terbuka British setelah tewas di tangan pemain England, Laura Massaro.

Pada perlawanan peringkat akhir hari ini di Pontefract, West Yorkshire, England, pemain negara itu dikejutkan oleh Massaro dengan mata 4-11 dalam set pertama, tetapi berjaya menyamakan kedudukan 1-1 bila Nicol mengatasi dengan mata 11-3 pada set kedua.

Bagaimanapun, Nicol kelihatan hilang momentum dalam dua set berikutnya yang menyaksikan Massaro mengikat perlawanan dengan mata 12-10 dan 11-7 dalam masa 53 minit.

Nicol memenangi Terbuka British sebanyak empat kali pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.

"Sebenarnya, saya lebih banyak memerhatikan gerak geri beliau (Massaro), dan tidak menumpukan kepada hantaran saya...Memang, beliau bermain lebih baik," katanya.

Kepada satu soalan, "Oh ya, saya akan kembali lagi," Nicol disebut sebagai berkata pada laman web rasmi kejohanan itu www.britishopensquash.net/blog/ .

Ini kekalahannya kali kedua kepada Massaro setakat ini tahun ini.

Kekalahan pertama di separuh akhir Squasy Terbuka CIMB Kuala Lumpur 2013. - BERNAMA

DI MANA ARAH SELEPAS INI????


Bukan pu3 pertikaikan pemilihan pegawai keliling PM. Bukan juga nak berkurang ajar. Namun apa yang pu3 nak kongsikan ini ada kebenarannya. Walau pahit tetapi realitinya kemungkinan itulah berlaku.

Baca di sini 

MEMBACA akhbar-akhbar utama sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai pihak menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap  Red Bean Army dan ini  seolah-olah negara ataupun kerajaan baru tersedar kewujudan kumpulan seperti ini yang sedang hebat mengadu domba serta mengelirukan rakyat.

Hakikat ini menjadikan seakan-akan pelik tapi benar bahawa adakah betul kerajaan baru tahu tentang kewujudan kumpulan pengkhianat ini atau sudah tahu tapi menjadi perkara remeh untuk diambil tahu oleh kerajaan dan pelbagai pihak lagi sedangkan segala gerakan untuk mengkhianati Negara telah pun didedah ataupun ditulis oleh bloger-bloger pro kerajaan secara percuma dan tidak dibayar seperti bayaran yang diterima oleh Red Bean Army itu yang diupah untuk menumbangkan kerajaan.Pendedahan demi pendedahan telah dibuat melalui pelbagai tulisan, tetapi tidak ada siapa yang melihat ini sebagai sesuatu yang serius sehinggalah kesannya sama-sama boleh dilihat melalui keputusan PRU13 baru-baru  ini dan jika benar perkara ini PM Najib baru tahu, amat malanglah kepada beliau kerana kegagalan pasukan risikannya yang gagal melaporkan tentang aktiviti `team' yang dibiayai jutaan ringgit oleh pembangkang ini.

Lebih malang lagi kerana PM Najib sememangnya mempunyai rangkaian kerja yg diketahui hebat yang berpengkalan di Pejabat PM atau memang ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai dan kakitangan pejabat  PM Najib sehinggakan maklumat ataupun gerakan ini boleh terlepas pandang.(Mungkin masing-masing sibuk nak susun strategi sebagai calon walaupun semua kalah dan kini galak pula menyusun strategi untuk kembali semula ke pejabat PM). ).

Red Bean Army tiba-tiba menjadi tersohor dan gah dengan kejayaan mereka yang hampir menumbangkan kerajaan BN melalui PRU13 dengan kempen hasutan mereka dan kejayaan mereka menggerakkan gerakan telah menidakkan kemenangan 2/3  BN di Parlimen dan terus cuba menghasut rakyat menjatuhkan BN melalui gerakan jalanan dan dalam pada itu,apakah tidak ada pihak yang kini tersenyum sendiri kerana beban kesalahan dan kegagalan mereka kini telah diletakkan sepenuhnya kepada  Red Bean Army.Ada orang-orang tertentu sedang tersenyum puas kerana kegagalan dan perancangan mereka memasang jarum yang menusuk dari dalam langsung tidak disedari dan betapa bangganya mereka melaporkan bahawa punca kegagalan ini adalah kerana kehebatan dan strategi Reed Bean Army sedangkan gerakan jahat mereka dari dalam tertutup rapat….


Baca selanjutnya

Ps: bukan sekali pu3 bertemu. 3 kali bermesyuarat. Bunyi berkeyakinan tinggi kononnya mereka lah paling hebat dalam susun strategi cyber. Maaflah pu3 kata BERLAGAK je lebih. Setakat nak MENGAMPU dan BODEK je sekarang hasilnya sudah jelas bukan. Semua pembentangan hanya buang masa sahaja.

Pu3 mahukan mereka yang berada di sekililing perdana Menteri adalah mereka yang benar-benar tahu buat kerja dengan bijak. Buka  sekadar jadikan platform peluang diberi sebagai tangga meniti ke atas. Pu3 ni hanya ikan bilis. Tetapi jangan lupa... ikan bilis adalah makhluk dijadikan Allah swt dalan kekuatan berkumpulan. Pu3 sayangkan Malaysia. Sayang sangat pada parti UMNO. Tidak rela pu3.. individu yang bertopeng malaikat mendapat tempat kerana mereka ini hanyalah parasit memusnahkan perumah di mana mereka menetap.

SENGAJA REBAHKAN DIRI, POLIS NAFI BERLAKU KEKASARAN


Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad menafikan anggota polis melakukan kekasaran terhadap seorang lelaki di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi tadi.

Menurut beliau, dalam kejadian lebih kurang jam 11 pagi itu, seorang lelaki meluru secara tiba-tiba dan menolak anggota polis yang sedang bertugas dan pada masa sama memaki hamun anggota polis itu.

Lelaki itu turut menjatuhkan dirinya di atas jalan dalam kawasan balai, laluan hadapan pintu masuk ke pejabat pertanyaan kira-kira 10 hingga 15 saat sebelum bingkas bangun apabila mendengar anggota polis hendak memanggil ambulans.

"Tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh pihak polis terhadap lelaki tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Zainuddin berkata satu laporan polis dibuat terhadap lelaki tersebut kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Ps: mereka tu sememangnya cari pasal! Pu3 boleh agak... mesti ada tukang gambar yang siap merakam babak lakonan jatuh itu. Saja nak buat isu kekejaman polis! Sial sungguh!!!!

PEROMPAK PECAH ATM , LESAP RM126,000


KUALA LUMPUR:  Empat lelaki melarikan wang tunai sebanyak RM126,000 selepas memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam premis sebuah bank di Jalan 1/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, mereka dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecah mesin ATM sebelum melarikan wang rompakan.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang pengusaha pusat tuisyen pada 11 pagi.

"Ketika pengusaha membuka pintu pusat tuisyennya, beliau terkejut melihat gril pintu belakang pecah.

"Hasil siasatan mendapati suspek menggunakan pintu belakang pusat tuisyen berkenaan sebelum bertindak menebuk lubang di dinding dan masuk ke bank itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohan Singh berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kesemua suspek berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras atau mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Ps: dh terdesak nak hidup senang. Jalan mudah dan menyusahkan orang juga jadi pilihan!

BN PERLU BERANI BERUBAH UNTUK KEKAL RELEVAN : NAJIB


PEKAN:  Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan daripada segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal relevan pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata landskap politik negara yang terus berubah pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihatkan formula yang diguna pakai BN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.

"Kita tidak boleh anggap apa yang telah diguna pakai selama ini dianggap sesuai pada masa akan datang, kita mesti bersikap terbuka, pragmatik dan bukannya dogmatik," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhammad, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebar  Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Adun Chini Datuk Abu Bakar Harun, Adun Peramu Jaya Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali dan Adun  Pulau Manis Khairuddin Mahmud.

Beliau berkata kejayaan BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas memperlihatkan bahawa ia adalah sebuah parti yang cukup unik.

"Tiada parti politik dalam demokrasi parlimen terbuka boleh mengekalkan rekod kejayaannya sepertimana yang dicapai BN. BN berjaya mempertahankan rekod kecemerlangan secara tidak putus, sambung-menyambung," katanya.

Najib berkata apa yang penting BN perlu berani membawa unsur-unsur perubahan yang segarkan imej parti supaya terus diterima rakyat kerana pilihan raya akan datang dilihat akan lebih mencabar.

"Kita kena berani berubah sebelum rakyat berubah, lakukan perubahan lebih pragmatik sebab sekali pun kita berkuasa sekian lama, budi yang kita tabur bukanlah hak kita untuk kita terus memimpin (untuk dipilih)," kata beliau.

Najib berkata BN juga perlu mengenal pasti sebab musabab mereka yang tidak menyokong parti itu pada PRU13.

"Dalam demokrasi terbuka, mustahil bagi kita untuk dapatkan sokongan 100 peratus tetapi kalau ada kesungguhan, ikhlas, berdiri atas kebenaran, rakyat akan sokong kita akhirnya," katanya.

Pada PRU13, 5 Mei lepas, Najib mempertahankan kerusi Parlimen Pekan dengan kemenangan lebih besar apabila mengalahkan calon PKR Mohd Fariz Musa dengan majoriti 35,613 undi.

BN juga memenangi keempat-empat kerusi DUN di Parlimen Pekan iaitu Bebar, Chini, Pulau Manis dan Peramu Jaya.

Najib turut mengingatkan semua pihak supaya merapatkan kembali barisan, mengambil yang jernih dan buang yang keruh selain meningkatkan kekuatan sedia ada dan menangani kelemahan bagi menghadapi cabaran PRU akan datang.

"Kepada semua wakil rakyat, berilah perkhidmatan terbaik kepada rakyat, matlamat kita bukan nak jadi wakil rakyat atau mahukan kuasa semata-mata tetapi keinginan untuk berkhidmat kepada rakyat, jangan sombong dan mungkir janji," katanya. - BERNAMA

ASPEK UNDANG-UNDANG, KAWALAN DAN SALAH GUNA MEDIA SOSIAL DIKAJI : SHABERY


PUTRAJAYA:  Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji semua aspek undang-undang, kawalan dan pendidikan berhubung penyalahgunaan media sosial di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia juga termasuk penggunaan teknologi terkini yang mungkin boleh diguna pakai.

"Kita juga akan lihat lebih mendalam sama ada undang-undang sedia ada untuk menangani penyalahgunaan media sosial mencukupi atau tidak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana pihak tidak bertanggungjawab akan senantiasa mencari jalan untuk menyebarkan perkara tidak baik menerusi media sosial.

Mengenai kejayaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mengesan individu yang menghina Sultan Terengganu menerusi laman Facebooknya, Ahmad Shabery berkata SKMM akan terus mempergiatkan usaha secara menyeluruh.

"SKMM juga sentiasa bekerjasama dengan polis dan pihak lain yang berkaitan dalam soal pembuktian," katanya.

Terdahulu, beliau melancarkan Karnival Perhubungan Pelanggan anjuran Pertubuhan Pengurusan Pelanggan dan Pusat Panggilan Malaysia sempena Festival Belia Putrajaya 2013.- BERNAMA