Followers

PRU13: DATUK AZIZAH MEMPERINGATKAN AGAR UMAT ISLAM BERSATU


Beaufort - Bersatunya umat Islam bermakna kuatnya Islam itu sendiri. Itulah intipati dalam ucapan Datuk azizah Dsp mohd Dun dalam ucapannya semasa merasmikan kursus Integriti Jabatan Hal Ehwal agama Islam Negeri sabah yang melibatkan sebahagian besar guru-guru agama dan imam-imam daerah Beaufort Kuala Penyu. Membakut dan sipitang.

Beliau mengingatkan agar umat Islam bersatu dalam menghadapi serangan musuh Islam yang sangat licik. Jika serangan ini dilakukan menggunakan senjata, sudah pasti seluruh anggota Islam akan bangkit menghadapainya. Namun serangan musuh Islam kini tidak lagi menggunakan taktik sedemikian. Ia lebih halus dengan menggunakan individu dalam Islam menghancurkan kesatuan umat Islam dari dalam kumpulan itu sendiri.


Beliau mengharap agar umat Islam tetapkan istiqamah dan tetapkan keimanan dalam menghadapi cabaran lebih canggih ini serta menentang individu yang sudah jelas bersekutu dengan musuh Islam yang sentiasa mendambakan kemusnahan Islam itu sendiri.

Datuk azizah menyeru agar ilmuan Islam dan pendakwa Islam yang terdiri dari kalangan guru-guru agama Islam serta imam-imam berjuang dalam memastikan negara Malaysia dan Sabah khususnya bersama-sama menentang serangan musuh Islam ini.

Dalam ucapannya juga, sebagai seorang sebahagian pemimpin Islam. Beliau sangat mencintai kesatuan Islam dan mengharap semakin ramai lagi ilmuan Islam dalam pelbagai bidang lahir dari kawasan daerah Beaufort ini.  Dan juga mengharapkan agar guru-guru agama serta iman-imam bersama-samanya berjuangan untuk pembangunan Islam di daerah berkenaan.

Bah!!! JOM UNDI BN

#VOTE4BN
#betternation
#PRU13
#BNTatap

PRU13: PEMIMPIN YANG PENYAYANG: ROSNAH


Pu3 sukakan gambar ini. Ia bukan dilakonkan apa lagi dirancangkan. Ia berlaku secara spontan semasa Datuk rosnah bertemu pengundi kaum dusun malam semalam.


Pemimpin penyayang pemimpin yang akan disayang

Bah!! JOM UNDI BN

ps: hari ini pengundi awal akan melaksanakan tanggungjawan mereka di lokasi yang telah ditetapkan. Swlamat mengundi dan jangan lupa undilah BN ya!

#vote4BN
#betternation
#BNBah
#PRU13
#BNTatap

PRU13: KIT SIANG MALU BESAR DIHALAU


Hahahahah.. ingat senang nak tarik pengundi di Gelang Patah. Semua dah kenal mesti reject punya pakcik cina ni. 

Malu besar rombongan lim kit siang apabila ketibaannya di gerai bukan disambut sorakan gembira tetapi jeritan "BALIK!!!!"


Sah semua di gerai tu menyampah pada calon PINDAH RANDAH tu!!!

PRU13: BELUM BERKUASA DAP DAH TUNJUK ZALIMNYA


Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.
Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.
Sumber :bro jinggo blog

PRU13: TIDAK SUDAH-SUDAH PAKATAN CARI PASAL DENGAN PDRM


Tidak  sudah-sudah pemimpin pakatan pembangkang menghina kredibiliti Polis Diraja Malaysia. Ada sahaja yang mereka gunakan menimbulkan isu memperlekehkan polis dalam kempen mereka merampas Malaysia

Sebelum ini Tian chua dengan mengatakan insiden lahad datu hanya lakonan umno. Tangisan isteri dan keluarga perwira dikatakan hanya berlakon. Kali ini kepimpin DAP pula buat dajjal!!!

Semalam pengerusi DAP negeri sembilan memperlekehkan polis. Tuduh polis lemah lebih tumpukan memeriksa ahli politik sehingga tidak mampu menangani kes jenayah. Dia turut kaitkan kes tembakan Timbalan Pengarah Kastam dengan kelemahan polis. Dia juga mahu polis dirombak.
Setahu pu3 lah yang suka bebenor buat jenayah ni orang-orang gila yang menyokong pakatan pembangkang ni.

* siapa terajang kereta polis?
* siapa terajang anggota polis?
*siapa menterbalikkan  kereta polis?
* siapa yang melanggar arahan undang-undang?
* siapa pula yang suka buat himpunan haram pecahkan insfrastruktur dan punca peniaga terpaksa tutup kedai?

Poliskah yang suruh? Atau kepimpinan pakatan pembangkang?

Gambar di atas sebagai contoh.. polisker mengganggu program puteri bahagian Tambun ? fiil penyokong pas ni macam monyet. bising banyak akal tarak!!!!!

Nampaknya pengerusi DAP negeri sembilan  ni kalau orang sabah kata "TUBAL" (BEBAL) Polis ni ada sub atau bahagian-bahagian  tugas mereka. Untuk politik lain. Untuk keamanan awam bahagian lain. Untuk bahagian jenayah sahaja ada sub-sub nya Masing-masing mempunyai tugas yang cukup teratur serta cekap.

Kalau hanya kerana kes pembunuhan timbalan pengarah kastam sebagai alasan nak meletakkan polis cuai dalam tugasan. Ia bukan gambaran polis gagal dalam kawalan kadar jenayah yang berlaku di Malaysia. Kadar jenayah semakin berkurangan. Yang hanya suka melakukan jenayah pengikut pakatan pembangkanglah termasuk apa yang dilakukan oleh pengerusi DAP negeri Sembilan iaitu boleh disabit akta hasutan dan fitnah. ( jenayah juga tu!!!)

Adatlah kan.. sifir kira ni DAP ni memang sah lemah sangat. Itu pasallah dalam pemilihan CEC pun kiraan undipun boleh berlaku kesalahan. Itu pasal kiraan kadar jenayah pun lemah nak buat kiraan.

Ini cerita.. tidak payahlah pangka sokong pakatan pembangkang. Banyak sangat temberang

Jom undi BN

#vote4BN
#betternation
#BNBah
#PRU13
#BNTatap

PRU13: ISNIN MEMPERINGATKAN MUSLIHAT PAKATAN PEMBANGKANG USAH DIPERCAYAI


Isnin menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin PKR dan menyedari bahawa ada di kalangan guru mendengat celotehnya kemungkinan akan terpengaruh

Beliau memaklumkan bahawa beliau kenal siapa Anwar Ibrahim. Anwar adalah seorg yang dibiayai oleh kumpulan Yahudi. Kerana itulah lambang PKR adakah sebahagian menyerupai kumpulan Yahudi.  Beliau menyokong israel yang merampas sebahagian besar negara Palastine.

Apa yang dilakukan oleh anwar ibrahim adalah menghalalkan cara. Yang penting Anwar menjadi Perdana  Menteri Malaysia.

Isnin mengatakan beliau akan percaya kepada Anwar seandainya Anwar berani menjunjung Al quran dan menyatakan bahawa beliau tidak melakukan liwat. 

Beliau menyatakan demikian dalam majlis kursus Integriti Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah di Beaufort di hadapan guru-guru agama dan imam-imam di daerah tersebut sementara menanti ketibaan Datuk hajah Azizah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal ehwal Pengguna Negeri Sabah.

Menurut Isnin Aliasnih Pemangku Ketua UMNO Bahagian beaufort. Berkenaan sokongan guru agama ke atas PAS. Hakikatnya PAS hari ini sudah terpesong perjuangannya. Beliau menjelaskan bukan beliau menolak pemimpin Islam. Tetapi perjuangan PAS mengkafirkan  orang Islam yang bukan menyertai PAS.

Dahulu PAS mengatakan orang islam UMNO adalah kafir kerana bersahabat dengan orang india (mic) orang cina (mca). Tetapi hari ni PAS pula mengagungkan DAP yang sudah jelas adalah parti komunis. Beliau sedih apabila melihat orang yang mempunyai pendidikan agama menjulang bendera DAP yang sudah jelas menolak Islam dan orang Melayu.

Beliau menegaskan UMNO cintakan bangsa memperjuangkan agama Islam.

BAH ! Jom Undi BN

#vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap

PRU13: PAS PERAK GANGGU PROGRAM PUTERI UMNO DI MYDIN MERU IPOH



Bila pu3 nampak gelagat PAS mengganggu puteri. Pu3 nak tergelak. Nampak sangat kalau taiping mali kata meroyan.. pu3 gelar mereka ni dah gila tahap mampus. Setakat provoke macam ni. Yang malu bukan puteri tetapi orang yang melihat gelagat mereka yang tahap tidak siuman. Apa kelas punya akal PAS
baca lagi


INI LAH TAHAP KECERDIKAN ORANG PAS IPOH PERAK PEMBANGKANG TERDESAK! 

Pemuda PAS dan PKR mengganggu n membuat provokasi terhadap Puteri Umno Tambun yang bertugas membuka kaunter semakan daftar pemilih di Mydin Mall, Meru Ipoh petang tadi  28 April 2013

Sumber: taipingmali blog

Ps: ayuh pejuang puteri. Kalau takat pengganggu no class ni. Tak menurunkan semangat puteri mempertahankan kebijaksanaan rakyat!!!

Actually pu3 nak kata dalam bahasa melayu sabah . Pemuda pas ni masuk level ' kelanjian -kegatalan' yang melampau. Tu yang nak syok kacau puteri!!!!

#Vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap

PRU13: IBU DOA ANAK KALAH


Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.

Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

"Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.

Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.

"Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.

"Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.

"Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.

"Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini," katanya.

Sumber - BERNAMA

ps: anak tidak direstu ibu tak akan ke mana arahnya!

PRU13: TIADA CALON BEBAS BN :SAPAWI


Majlis perjumpaan dan ramah mesra calon BN N27 Lumadan Datuk Kamarlin Ombi dan P.178 Sipitang Datuk sapawi Ahmad di PDM Lingkungan DUN Lumadan petang tadi mendapat sambutan hangat dan meriah bertempat di dewan Mini Lingkungan



Sambutan yang dianggap sangat hebat ini. Hampir seluruh lapisan masyarakat di kawasan PDM tersebut berkumpul di Kg Lingkungan.


Dalam ucapan calon BN Parlimen sipitang Datuk Sapawi Ahmad menegaskan bahawa tiada calon Bebas yang disebarkan oleh pihak pembangkang termasuk kempener calon bebas sebagai Calon Bebas BN atau calon mesra bebas BN kerana hanya ada untuk PRU 13 ini asalah Calon BN.


Menurutnya lagi. Telah ditetapkan dalam perlembagaan UMNO mahupun barisan nasional.. mana-mana ahli UMNo mahupun Barisan nasional yang bertanding sebagai calon bebas dilucutkan keahliannya seumur hidup. Pada pemahaman pu3, itu bererti tiada istilah mereka ini menjadi pemimpin BN lagi. Ambil contoh apa yang berlaku kepada John Ghani PRU 11 (2004) Kini bertanding tiket PKR kuala penyu. Beliau telah dilucutkan keahlian kerana bertanding sebagai calon Bebas ketika itu. Walaupun menang untuk kerusi N26 kuala penyu. Beliau tetap tidak diterima kembali ke dalam BN.


Datuk Sapawi mengharap agar pengundi kawasan N27 Lumadan tidak terpedaya dengan strategi penipuan calon bebas yang berusaha memperdayakan pengundi kawasan N27 Lumadan.

Jom undi BN

#vote4BN
#betternation
#BNBah
#PRU13
#BNTatap

PRU13: ULASAN MENARIK DARI AKHBAR CINA. PAKATAN PEMBANGKANG SUDAH KALAH????


Kalau sudah Sinchew Daily News buat ulasan seperti ini. Dah kira peratusan untuk realiti nak cecah sempurna dah! Pu3 pun tak reti nak baca tulisan cina. So bacalah terjemahan yang diberi ini!!!

Sinchew Daily News
Perkara: antara BN dan Pakatan Rakyat?
Ruangan: Opinion Corner m/s 22
Tarikh: 22 April 2013 (Isnin)
Tajuk: Pakatan Rakyat kalah di garis permulaan larian
Penulis: Lim Sue Guan/ timbalan editorial akhbar

Penamaan pencalonan telah pun tetap, siapa yang akan menguasai kerajaan, sama ada Pakatan Rakyat ataupun BN, PRU kali ini adalah satu cabaran yang amat besar.

Dalam penamaan calon kedua-dua belah pihak juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tetapi Pakatan Rakyat kelihatan lebih mundur kebelakang sedikit. Dalam kerusi parlimen sebanyak 222 kerusi yang ditandingkan, BN tanding 221 kerusi, Pakatan Rakyat tanding 223 kerusi, satu kerusi berlaku pertindihan.

Kali ini BN tidak lagi berpeluang menang tanpa bertanding mana-mana kerusi, sebaliknya pada saat akhir calon bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas calon BN tarik diri, BN telah hilang 1 kerusi, tetapi Ibrahim Ali calon Bebas lebih condong kepada BN, jika sebaliknya Ibrahim Ali menang, pasti BN akan dapat kembali kerusi itu.

Naib Ketua Wanita UMNO Kamilia Ibrahim bertindak dengan tiket bebas bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, menyebabkan UMNO rasa bengang, sudah tentu kerusi Parlimen Kuala Kangsar tetap tidak akan terlepas dari tangan BN.

Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat lebih banyak masalah dalam pembahagian kerusi, Pas dan PKR masing-masing saling meletakkan calon bertanding kerusi Parlimen mereka di Labuan. Pecah tiket undi, pastinya Pakatan Rakyat kalah sebelum bertanding kerusi Parlimen di Labuan.

Pakatan Rakyat tanding di 6 kerusi DUN di kawasan Ledang, Kota Putera, Seberang Tasik, Kota Damansara, Sungai Aceh dan Panti, mereka saling berlaga bertanding 3 penjuru dengan BN.

Selain dari itu ahli Veteran DAP Sim Tong Him bertanding sebagai calon 2 kategori, beliau bertanding di kerusi Parlimen atas tiket DAP dan bertanding di kerusi DUN atas tiket bebas, menyebabkan keadaan pilihan raya di negeri Melaka dalam keadaan kebimbangan. Dimana DAP hanya bertanding di 2 kerusi Parlimen dan 8 kerusi DUN di Melaka.

Selain dari itu, negeri Deposit BN di negeri Sabah, kini berlaku perbalahan antara parti dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat tidak dapat capai kata sepakat untuk mencabar BN, menyebabkan kerusi Parlimen di Sandakan dan Tanjung Batu sahaja lawan satu sama satu, ini menyebabkan BN mananti untuk menuai hasilnya, kerusi Parlimen hanya ada 25 kerusi di negeri Sabah, dimana BN lebih berpeluang untuk menang besar.

Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan, jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus.

Parti ranking kedua dalam BN ialah MCA sebanyak 37 kerusi Parlimen yang ditandingkan, ranking yang ketiga ialah parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak tanding 14 kerusi Parlimen, seterusnya Gerakan 11 kerusi, dan MIC 10 kerusi.

Pakatan Rakyat pula, PKR masih unggul sebagai big brother bertanding 99 kerusi, Pas 73 kerusi dan DAP 51 kerusi. Dimana kerusi DUN Pas tanding 236 kerusi, PKR 172 kerusi dan DAP tanding 102 kerusi.

Ini bermakna kekuatan BN ialah pada UMNO, dimana kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PKR dan Pas, ketiga-tiga parti ini cuba merebut lebih banyak kerusi daripada pengundi. Jika dilihat dari segi kekuatan ahli bawahan, UMNO lebih unggul dan Pas yang kedua unggul, yang ketiga adalah PKR.

Jika sebarang yang tidak diingini berlaku, ia akan membawa impak yang sangat besar, dengan itu langkah untuk masuk ke Putrajaya akan ada persaingan di antara ketiga-tiga parti. Walaupun DAP dalam masyarakat Cina kelihatan begitu hebat, tetapi hanya mampu bertanding di 51 krusi parlimen dengan nisbah tidak sampai 23 peratus, jika DAP menang semua kerusi yang ditandingkan, jika menang semua kerusi sekalipun DAP terpaksa mohon restu dari rakan-rakan parti.

Berlaku perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah, kini seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu. Mungkin calon bebas akan tarik tiket-tiket undi penyokong Pakatan Rakyat, ini tidak menguntungkan kepada Pakatan Rakyat.

Contoh garisan pecut untuk larian ke Putrajaya hanya 400 meter, permulaaan larian Pakatan Rakyat kurang elok, sama ada boleh menang ataupun tidak, ia perlu pecutan di garisan penamat yang terakhir.
Terjemahan:
Hassan Tiong Abdullah
22 April 2013
220413047
900 karakter


Sumber: McTheory blog

JOM undi BN!!!

#Vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap

PRU13: DI MANA JUA SAMBUTAN TETAP HEBAT!


Hanya orang yang sengaja buat iklan murah sahaja mencanang konon Papar tidak memerlukan BN. Hanya orang yang buta sahaja mengatakan masyarakat Papar menolak calon BN datuk Rosnah abd Rashid Shirlin.
Hakikatnya ke mana sahaja pemimoin ini berada. Apa sahaja program yang dilaksanakannya... sambutan tetap hebat!!!




Ndak percaya. Tengoklah!!!! Bertempat di Balai Raya Kampung Limputong Papar. program pemimpin bersama rakyat meriah. Walaupun hujan, masyarakat sanggup berada di luar dewan untuk mendengar bicara pemimpin ini kerana dewan penuh tidak mampu menampung kehadiran masyarakat.

Jom Undi BN

#vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap

PRU13: LAWATAN MUHIBBAH DI PASAR TAMU DAN IKAN -DATUK ROSNAH


Setiap minggu.. daerah papar sudah pasti dibanjiri oleh kehadiran masyarakat pelbagai kaum yang hadir untuk membeli belah di pasar tamu.





Saat inilah juga peluang sanak saudara rakan taulan bertemu mengeratkan hubungan 1 Malaysia sesama mereka.




Dalam peluang ini Datuk Rosnah Abd Rashid meluangkan masa sepenuhnya. Bertemu lapisan masyarakat yang berada di sana.

JOM UNDI BN

#vote4BN
#betternation
#PRU13
#BNTatap

PRU13: KENDURI DOA SELAMAT DI PENGALAT KECIL


Majlis doa selamat berlangsung di rumah Haji Dullah Man, kg pengalat kechil. Menyatukan lagi hubungan pemimpin dan masyarakat setempat. Majlia sebegini lebih besar impaknya kerana ianya bukan semakin merapatkan hubungan sesama diri dalam 1 masyarakat tanpa ada perkara yang rasmi




Jom undi BN

#vote4BN
#betternation
#PRU13
#BNBah
#BNTatap

PRU13: ADIK YAHYA LAMPONG SOKONG BN!!!!


Pelik tapi benar. Adik Yahya lampong tidak menyokong abangnya sebagai calon PKR yang menentang BN.!!


Lazimnya, jika salah seorang dari anggota keluarga diberi kepercayaan dipilih menjadi wakil parti ( calon lebih senang mau fahamlah) seluruh anggota keluarga akan sepakat menyokongnya!


Kecuali... jika keluarga yang sudah berpecah belah macam keluarga azmin ali.!!! Opppssss keluarga yahya lampong ada krisis keluarga azmin ali jugakah? Krisis berpunca apa tu? Kesalahan apa yang dilakukan oleh yahya lampong (PKR) sehingga adiknya sendiri. NARAWI LAMPONG Sedarah sedaging. Lahir dari ibu sama berbapa sama menolaknya dan menyokong Barisan Nasional (BN)


Ini kes realiti! Betul-betul punya! Penolakan Narawi Lampong dizahirkan apabila beliau sendiri hadir dalam majlis Ceramah dan majlis ramah mesra di daerah mengundi pengalat n.21 kawang di rumah Riping Hj Salam, kg Santing.

Beliau juga menyatakan sokongan sepenuhnya calon BN Datuk Rosnah Abd Rashid shirlin (calon Parlimen Papar) dan Datuk Ghulam (calon N21 Kawang) !!!!

NDAK ADA SUDAH INI KALILAH untuk calon PKR Yahya Lampong. Jangankan masyarakat Papar.. ahli keluarga pun ndak menyokong.

Ps: politik lalang atau survival ni ndak boleh pakai kalau mengaku jadi pejuang negara. Ndak boleh jadi juga SESUMPAH yang tukar-tukar warna hanya kerana mau selamat!!!!

Jom UNDI BN!!!

#Vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap

PRU13: KU NAN MELAWAT ANAK SAUDARA HUSAM MUSA

Sedih rasanya apabila bapa saudara sendiri sibuk kempen menawan putrajaya. Tetapi anak saudara yang terlantar di hospital Putrajaya langsung tidak dilawat.

Menyedari kesedihan seorang yang memerlukan perhatian.. Ku Nan setiausaha agung BN terus bergerak menemui belia ini dan menenangkan perasaan sedihnya dengan keadaannya yang lemah.

Pu3 boleh bayangkan.. bagaimana perasaan pesakit yang lemah kudrat. Memerlukan anggota keluarga menghiburkannya dan menyokong agar semangatnya kembali kuat.

Ke mana perginya bapa saudara yang sangatttttt sibuk berkempen denga  memimpin rakyat kononnya.. sehingga seminit dua pun tidak meluang masa melawat anak saudaranya yang terlantar dalam kesakitan dan kesedihan!!!

Inikah dikatakan pemimpin memperjuangkan kebajikan????!!!!

#Vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap

PRU13: JALINAN MUHIBBAH DI ULU SIPITANG



Malam ni. Gerakan calon BN DUN Sindumin ke kampung ulu sipitang PDM ulu sipitang. Bertemu penduduk di kampung berkenaan sambil beramah mesra.





Jom undi BN!!!!

#Vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap

PRU13: SUKAN MENJAGA MINDA YANG CERGAS



Sibuk. Sememangnya dalam tempoh berkempen pilihanraya umum ini pemimpin wanita muda itu sibuk dengan jadual padatnya. Namun itu buka  penghalangnya memenuhi permintaan penduduk kawasan yang memberi penghormatan kepadanya untuk merasmikan gelanggang futsal di Kampung Sabandil PDM Biau
Dalam masa yang sama. Datuk Rosnah mengambil kesempatan beramah mesra dengan penduduk di kampung tersebut yang penuh kegembiraan menyambutnya.

Keramahan ini bukan dibuat-buat. Mereka tidak dipaksa menerima kehadirannya. Reaksi wajah dan senyuman mereka menerangkan sayangnya mereka kepada pemimpin ini.

Jom UNDI BN

#vote4BN
#betternation
#PRU13
#BNBah
#BNTatap