Followers

PILIH KERAJAAN YANG PERTAHAN HAK RAKYAT : MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan bijak dalam memilih sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu melaksana segala janji selain melindungi hak keselamatan, keamanan serta perpaduan supaya negara kekal aman dan maju.

"Kita perlu pilih sebuah parti yang kita yakin dapat pertahankan hak kita, kedaulatan kita, ekonomi kita, sosial dan perpaduan kita.

"Jangan salah pilih. Kalau nak pilih, pilihlah yang reda-reda, baik-baik, pandai-pandai, bagus-bagus dan yang soleh," katanya pada program Himpunan Barisan 1Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata Malaysia kini di landasan yang betul di mana hala tuju telah diatur sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mentransformasi negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, berkata prestasi BN tetap terbukti walaupun ada sesetengah pihak yang cuba mempengaruhi pengundi dengan mengatakan parti komponen itu sudah tua dan perlu diubah.

"Pemimpin dalam parti bertukar. Tetapi parti tidak pernah tua. Kerajaan tidak pernah tua. Lagi tua, lagi bertenaga, lagi tua, lagi berpengalaman," katanya.

Justeru, beliau berkata tiada yang perlu diubah melainkan negeri yang kini diperintah pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Sementara itu, mengulas pencerobohan oleh militan Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Muhyiddin berkata insiden berkenaan adalah satu pengajaran kepada semua.

Katanya, rakyat jangan mengambil mudah soal keselamatan negara kerana dalam keadaan negara yang aman dan selamat, ada pihak musuh luar cuba menghancurkannya.

"Musuh di luar sana lihat Malaysia sebagai satu permata yang begitu bergemerlapan. Ada sahaja rasa iri hati yang mahu menakluki dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.

"Tapi nasib baik kita ada barisan keselamatan hadapan, perwira kita yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempetahankan negara ini. Sebab itulah kita harus menghargai keamanan ini," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak RM115,000 berjaya dikutip untuk disumbang kepada Tabung Wira Negara.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. – Bernama

LAHAD DATU: SIAPA MUHAMMAD RIDZWAN YANG DICARI POLIS???


Polis sedang mencari seorang lelaki bergelar Datu Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

Sumber: mykmu dot net

"KAMI TIDAK MAHU TINGGAL LAGI DI SITU": PENDUDUK TANDUO


LAHAD DATU: Pendaratan kumpulan militan dari selatan Filipina di pesisir pantai Lahad Datu, khasnya di Kampung Tanduo, dekat sini 12 Feb lepas membawa pelbagai cerita duka kepada penduduk sekali gus merubah rutin kehidupan daripada ceria kepada malapetaka.

Diselimuti hutan sekunder dan dipisahkan sebatang sungai dari kawasan ladang kelapa sawit Sungai Nyamuk, petempatan itu yang dilatari pokok renek dan kawasan berpaya serta menghadap laut didiami 12 keluarga, rata-rata bekerja sebagai nelayan dan pekerja ladang. 

Namun, dalam sekelip mata kedamaian perkampungan itu lenyap dan bertukar menjadi zon perang apabila sekumpulan lelaki asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api mendarat pada hari Selasa, lebih sebulan lepas.


Kedegilan kumpulan kira-kira 200 orang itu berundur dari Kampung Tanduo selepas diberi peluang, memaksa kerajaan melancarkan gerakan ofensif ke kubu penceroboh itu pada kira-kira 7 pagi, 5 Mac menggunakan tiga jet penyerang F/A 18D Hornet.

Gerakan ofensif Operasi Daulat itu diteruskan dengan lima pesawat Hawk melancarkan operasi pengeboman, diikuti ledakan bertalu-talu mortar 91mm pasukan tentera darat sebelum penggeledahan dilakukan untuk memburu saki-baki pengganas.

Selepas melalui proses penggeledahan dan pembersihan yang panjang, Kampung Tanduo yang menjadi titik pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan akhirnya diisytihar bersih dan bebas daripada ancaman pada 11 Mac, sekali gus membawa khabar gembira kepada penghuninya yang terpaksa berpindah ke beberapa pusat petempatan sementara.

Bagaimanapun, kegembiraan penduduk untuk kembali ke rumah bertukar pilu apabila melihat sendiri kemusnahan yang dialami kampung mereka. 

Kepulangan semula mereka ke rumah masing-masing Selasa lalu selepas 43 hari insiden pencerobohan disambut pemandangan menyayat hati menyaksikan ketenangan kampung yang dinikmati sebelum ini lenyap daripada pandangan dengan rumah-rumah dan harta benda musnah.


Hampir semua rumah mempunyai kesan tembakan akibat pertempuran dan ada yang hanya tinggal tiang, atap atau serba tidak lengkap, satu gambaran yang sebelum ini hanya dilihat dalam peperangan di luar negara menerusi televisyen.

"Saya tidak mahu tinggal di sini lagi...," kata Atareh Sabtal, 39, cukup untuk menggambarkan kehampaan dan kepiluan penduduk kampung itu.

- BERNAMA

KEGIATAN TAK BERMORAL BUKTI KEKANTAN BUKAN NEGERI SEMPURNA : MUSTAPA


KOTA BHARU 31 Mac - Pendedahan sebuah akhbar tempatan hari ini mengenai masih wujudnya kegiatan tidak bermoral di Kelantan membuktikan negeri itu bukanlah sebuah negeri yang sempurna dan bebas masalah itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jolokan Serambi Mekah yang diberikan kepada Kelantan bukan bermakna negeri itu tidak menghadapi masalah moral yang sepatutnya tidak berlaku.

"Sekiranya benar laporan itu, ia sesuatu yang mendukacitakan dan kerajaan Kelantan telah gagal menjadikan negeri ini sebagai Serambi Mekah dan rakyat Kelantan perlu membuka minda dengan keadaan itu," katanya kepada pemberita di pejabat UMNO Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar New Sunday Times hari ini yang bertajuk Kelantan After Dark yang mengatakan masih wujud beberapa kegiatan tidak bermoral di Kelantan antaranya membabitkan pelacuran, pengambilan dadah serta perjudian termasuk dilakukan kalangan remaja.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepatutnya pihak berkuasa tempatan berusaha mengatasi kegiatan itu dalam usaha memulihkan imej Kelantan terutama sebagai negeri yang dipimpin Islam. - BERNAMA

gambar: hiasan sahaja.

TERKINI: LAPORAN POLIS UNTUK PEMIMPIN PAS HINA NABI MUHAMMAD SAW


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat dua laporan polis menuntut supaya polis dan Jabatan Agama Islam menyiasat terperinci seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya Rabu lalu.

 Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris dan Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2.10 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

Irwan Fahmi yang ditemui selepas itu berkata, tujuan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som membuat kenyataan sedemikian menerusi akaun Twitter@fahmipkg perlu disiasat kerana ia jelas merupakan penghinaan yang amat buruk kepada seluruh umat Islam.

Malahan, tegas beliau, kenyataan tersebut juga merupakan satu provokasi yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman negara. "

Apakah kenyataan begitu menunjukkan mereka (Pas) benar-benar perjuangkan agama suci ini. Kita minta perkara ini disiasat dan jika salah, tangkap ,'" katanya pada sidang akhbar di IPD Ipoh di sini hari ini.
 Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi Rabu lalu, Khairul Fahmi menerusi akaun Twitter@fahmipkg menyebut:

"Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO."

 Tindakan pemimpin tersebut dikecam pelbagai pihak termasuk ahli agama di negara ini. -Utusan

KEBERKESANAN URB PERANGI JENAYAH


Anggota URB bukan setakat dilengkapi peralatan komunikasi canggih bagi membolehkan mereka mengambil tindakan segera tanpa perlu menunggu orang ramai membuat laporan di balai polis, malah harus mendekati masyarakat sejajar konsep kerjasama polis dan masyarkat membanteras jenayah.

Usaha memerangi jenayah secara berterusan dalam NKRA Fasa I dari 2009 hingga 2012 mencatatkan penurunan kadar jenayah dan rakyat menikmati keamanan dan kesejahteraan berkekalan.

PDRM akan mempertingkatkan usaha itu dengan mempraktikkan konsep 3C iaitu kolaborasi, kreativiti dan komunikasi, sekali gus menjadikan masyarakat sebagai rakan dalam usaha membanteras jenyah.
SUMBER : BERITA HARIAN

PAS JANJI STUDIUM SETARAF STUDIUM OLIMPUK BEIJING?????


Meskipun banyak projek mega dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan masih gagal ditunaikan, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta rakyat `memberi kepercayaan' kepada satu lagi projek mega kerajaan negeri iaitu stadium bola sepak.

Walaupun tidak memaklumkan bila projek itu dijangka siap, Nik Abdul Aziz memberitahu stadium itu lebih hebat daripada mana-mana stadium terkemuka di dunia dan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China atau lebih dikenali sebagai stadium sarang burung.

Majlis pelancaran projek bernilai RM320 juta membabitkan kawasan seluas lebih 100 hektar itu berlangsung di kaki Bukit Merbau di sini.

Tindakan mengumumkan pembinaan sebuah stadium tersebut dilihat seakan-akan cuba menyaingi pengumuman tujuh projek besar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melawat Kelantan pada 20 Januari lalu.

Selain pembinaan stadium baharu, Najib turut mengumumkan projek-projek lain merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan menyelesaikan masalah air.

Pada majlis tersebut juga Nik Abdul Aziz mengumumkan satu lagi janjinya iaitu pembinaan sebuah bandar sukan dengan 300 unit rumah mampu milik, hotel, kawasan perniagaan serta beberapa unit rumah mewah di kawasan tersebut.

"Saya hari ini begitu gembira. Saya guna suara terlalu kuat tadi sampai letih sangat dan tidak lalu makan kerana selera makan sudah tiada," katanya ringkas dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah tersebut.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) baru-baru ini menyifatkan projek stadium itu merupakan satu lagi sandiwara Kerajaan Pas Kelantan untuk menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Presidennya, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, Kerajaan Pas Kelantan adalah sebuah kerajaan yang hanya 'pecah tanah, sodok jalan dan pasang batu asas' dalam setiap projek dilancarkan.

Menurut beliau, beberapa projek mega Pas Kelantan sebelum ini hanya menjadi kenangan untuk rakyat antaranya Jambatan Palekbang, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pelabuhan Pantai Sri Tujoh, Bandar Baru Pengkalan Kubor serta Koridor Depu. - UTUSAN

Ps: stadium olimpik Beijing? Jauh bebenor JANJI nik aziz ni. Pu3 tertanya-tanya. Pada nik aziz.. apa hukumnya orang mungkir janji ya? Takkan tak tau kot???!!!! Nasihat pu3. BERJANJILAH SESUATU YANG MAMPU DILAKUKAN.!!!!!! Jika berjanji pada benda hanya JANJI MANIS, GULA GULA PEMANIS SEMATA. DOSA TAU BERBOHONG!!! DALAM ISLAM TAK ADA HUKUM BOHONG SUNAT! BOHONG ADALAH HARAM DISISI ISLAM.

PEMIMPIN PEMUDA PAS SANGAT BIADAP


Artikel sebelum ini sudah pu4 sentuh. Tetapi pu3 masih tidak menganggapnya selesai begitu sahaja dengan status tweet yang dilayangkan oleh khairulfahmi matsom.

Baca dululah:

Pemimpin Pemuda Pas biadab?

Seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat bertindak biadab dengan membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya kelmarin.
Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi itu, pemimpin tersebut, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi akaun Twitter @fahmipkg menyebut: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO."

Kenyataan itu jelas bertentangan dengan Islam, termasuk pegangan Pas yang selama ini bermati-matian menentang mana-mana pihak yang menyentuh mengenai Rasulullah SAW.

Kenyataan Khairul Fahmi itu mendapat tentangan pelbagai pihak yang memberi maklum balas terhadap perkara tersebut. Selain marah dengan tindakannya itu, mereka menuntut Khairul Fahmi menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan melampau kerana sanggup berpolitik sehingga mengaitkan nama baginda.
Segelintir mereka juga menasihatkan pemimpin Pas itu menggunakan bahasa sopan selaras ajaran Nabi Muhammad SAW. Namun, beliau seolah-olah tidak melayan gesaan itu sebaliknya membalas kenyataan tersebut dengan menggelar UMNO sebagai bangsat serta menghina agama.

Sementara itu, Khairul Fahmi ketika dihubungi pemberita untuk mendapatkan pengesahan berhubung kenyataannya hanya memberi reaksi berikut: "Tiada apa yang pelik tentang Twitter itu. Saya malas nak komen."

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kenyataan dan perumpamaan berkenaan jelas merupakan penghinaan ke atas Rasulullah SAW dan tuduhan kepada UMNO.

"Muhasabahlah. Ingat, siapakah yang mendahului isu-isu porno? Bukankah seorang pemimpin Pas pernah menggelar seorang bekas pemimpin UMNO yang kini memimpin pembangkang dengan istilah 'al-juburi'?" katanya.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pemimpin Pas berkenaan menjaga tutur kata ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

sumber: Suara Politik Belantan blog

Ps: haram jadah khairul fahmi matsom ni! Video tu.. pelakonnya bukan menerima arahan dari umno pun. Umni  atau kepimpinan umno tak pernah mengisytiharkan dalam perjuangan perlu adanya kelakuan sumbang haram untuk setiap individu ahli umno sebagai pengikhtirafan bahawa mereka umno.

Pendedahan gambar-gambar aktiviti sumbang haram oleh individu yang hot itu terbongkar kerana berpunca kelakuan mereka. Mahukah awak mengangkat individu yang sudah memiliki perangai dan sifat yang diharamkan dalam Islam itu sebagai pemimpin kamu????

Ustaz pu3 sendiri pernah menegur pu3 apabila mengeluarkan perkataan 'KALAU' 'JIKA' kerana ia seolah-olah menentang qada yang telah ditetapkan. Secara logik akalpun. *dalam Islam itu sendiri telah meletakkan 2 dalil . Dalil Naqli (Al-Quran dan Hadith) serta dalik Aqli ( akal) dalam membuktikan kewujudan Allah swt.  So secara logik akalnya.. teguran ustaz pu3 itu mempunyai mesej. GUNAKAN AKAL FIKIRAN SEBELUM BERTINDAK!!! taklah kantoi macam king of drama!!!!

Khairul fahmi matsom tidak menjaga etikanya sebagai orang Islam yang menjaga tingkah lakunya dalam mengeluarkan kata-kata. Kenapa nak membandingkan Anwar atau sesiapa kepimpinan pembangkang yang terBOCOR kelakuan sumbang haram mereka dengan junjungan Nabi Muhammad saw? Astagfirullah! Ini bukan menghina ahli UMNO sahaja malahan SAH menghina Nabi Muhammad saw.!!! Menghina Junjungan mulia Nabi muhammad saw samalah menghina Islam! Seorang yang beragama Islam. Menghina Nabi Muhammad saw barulah layak dikatakan KAFIR!


PSSS .. ni Arbaiyah nak kata apa pula?? Orang kritik nik aziz dia kata menghina Islam kerana kononnya nik aziz adakah ulamak. Pu3 puas mencari jika masa pu3 terlepas pandang semasa belajar dulu. Betulkah menghina ulamak juga seolah-olah menghina Islam. Tak jumpa pun. Agaknya guru google Arbaiyah ni  je studynya ada tambahan kot. -debit kredibiliti untuk Arbaiyah si gedik. Mengaku pejuang Islam konon. Possing masuk gambar nampak sangat pose nak dapatkan perhatian!!!! Perbuatanpun aurat cik kak. Buka  pakaian saja!!! Opppssss.... lupa.. guru Arbaiyah kat google je. Tu yang tak menyempat rujuk tu!!!!!

PAK LAH YAKIN KEUPAYAAN BN MENANG BESAR PRU-13


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, ini berikutan BN telah berusaha keras membawa perubahan besar kepada negara dan rakyat menerusi pelbagai perancangan dan program transformasi.

"Nak kerajaan yang kuat perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen dan saya yakin BN boleh dapat kerana mereka telah bekerja keras.

"Saya harap mereka (rakyat) akan terus bagi sokongan (kepada BN) supaya segala program transformasi dan perancangan dapat diteruskan pada masa hadapan. Itu semua adalah untuk rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni KD Sri Pinang bersama masyarakat Permatang Sintok di sini hari ini.

Pada program sehari itu, seramai 75 anggota pasukan simpanan sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia bersama penduduk kampung membaiki rumah orang miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU), menjalankan kerja gotong royong dan aktiviti membersih rumah di kawasan itu.

Mengenai pembubaran Parlimen, beliau berkata, ia bukan satu isu kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai jangka masa tertentu untuk berbuat demikian. - BERNAMA

POLIS CARI EMPAT PEKERJA LADANG SAMUN MAJIKAN SENDIRI

Temerloh, 30 Mac - Melihat jumlah RM36,000, apa lagi dalam bentuk tunai, boleh menyebabkan sesetengah orang "gelap mata".

Empat lelaki pekerja Indonesia malah turut terpukau bila melihat wang tersebut yang dibawa majikan mereka, berselerak di depan mata - sebahagiannya wang gaji mereka sendiri.

Sebaik sedar dari lamunan, kumpulan lelaki itu segera bertindak menyerang majikan mereka yang datang bersama isteri dan anaknya, dan sepantas kilat mereka melarikan beg mengandungi wang tersebut.

Kejadian berlaku di ladang Felcra Jenalih, kira-kira 17 kilometer dari Pekan Lanchang, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Pemangku ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian 2 petang itu, majikan berusia 62 tahun, bersama isterinya, 60, dan seorang anak lelakinya, 31, pergi ke rumah kongsi berkenaan bagi membayar gaji kepada pekerjanya.

"Semasa anak mangsa sedang mengira wang untuk membayar gaji, tiba-tiba mereka diserang empat pekerja Indonesia yang mungkin 'kelabu mata' melihat wang tunai yang banyak.

"Suspek menggunakan kayu dan besi memukul ketiga-tiga mangsa sebelum merampas dan melarikan beg yang mengandungi wang tunai RM36,000 itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, akibat dipukul, mangsa mengalami luka di bahagian dahi dan menerima lima jahitan, manakala isterinya pula patah tangan kanan dan anak lelaki mereka hanya mengalami cedera ringan.

Menurutnya, mangsa sebelum itu membawa wang tunai RM50,000 dan telah mengagihkan RM14,000 kepada beberapa pekerjanya sekitar ladang di Lanchang sebelum membawa baki RM36,000 untuk diagihkan kepada beberapa pekerja lain.

"Berdasarkan siasatan awal, keempat-empat suspek yang berusia antara 22 hingga 38 tahun itu melakukan rompakan tersebut secara tiba-tiba.

"Kesemua suspek kemudian melarikan diri sejauh dua kilometer hingga ke Lebuh raya Pantai Timur (LPT).

"Polis percaya suspek menghubungi rakannya yang lain dan melarikan diri melalui lebuh raya dengan menaiki sebuah kenderaan," katanya.

Menurutnya, keempat-empat suspek yang diburu itu dikenali sebagai Dedek Febri Sukmarianto, 22; Muhyanto, 25; Jumadi, 20; dan Galeng, 38; dan semua mereka masuk ke negara ini secara sah.

Abdul Aziz berkata, polis kini melancarkan gerakan memburu semua suspek di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Abdul Aziz menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi hotline IPD Temerloh 09-2964999 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor Wan Khairul Azuan 019-7276674. - BERNAMA

KG TANDUO DITUTUP PUSAT ZON KESELAMATAN

LAHAD DATU: Satu keputusan telah dibuat untuk menutup kampung Tanduo di tepi pantai buat selama-lamanya, yang merupakan pusat pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu.

Seramai 20 keluarga daripada 15 rumah akan ditempatkan semula di tapak seluas 121 hektar di Sungai Merah, bersebelahan dengan Kampung Tanduo, kata ADUN Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said.

"Perkampungan Tanduo dicadangkan untuk dijadikan asas keselamatan di bawah Zon Timur Keselamatan Sabah," katanya, yang menjelaskan bahawa kampung itu didapati strategik kerana kedudukannya antara Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

Suhaili memberitahu pemberita bahawa penempatan baru akan dilengkapi dengan kemudahan seperti klinik, tadika dan surau, antara lain, yang akan memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk.

Kira-kira 200 lelaki bersenjata Sulu, diketuai oleh Raja Muda Azzimudie, mencerobohi Kampung Tanduo pada 9 Februari lalu yang membawa kepada kebuntuan selama tiga minggu antara mereka dan pasukan keselamatan Malaysia.

Akhirnya serangan udara dan meriam dilancarkan secara besar-besaran untuk mengusir mereka keluar pada 5 Mac.

Sepuluh hari kemudian, pasukan keselamatan mengambil kembali Tanduo.

Kebanyakan penduduk mendakwa lelaki bersenjata Sulu telah merompak rumah mereka dan mengambil barangan rumah seperti set televisyen, sofa dan peti sejuk semasa pencerobohan itu.

Rumah mereka juga telah rosak semasa pertempuran yang berlaku.

Polis akan meneruskan operasi pembersihan mereka untuk saki-baki lelaki bersenjata di kawasan jiran Kg Tanjung Batu, Kg Tanjung Labian dan Kg Sungai bilis Suhaili.

Penduduk mengambil perlindungan di tiga pusat komuniti di Felda Sahabat.

Penduduk kampung, termasuk mereka di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian, pergi membeli-belah membeli set televisyen, kipas, peti sejuk dan juga penghawa dingin apabila mereka menerima bekalan elektrik pada bulan lepas.

Mereka baru sahaja mula menikmati kemudahan itu apabila lelaki bersenjata asing muncul bagi mendapatkan kawasan timur Sabah itu.

Apabila penduduk kampung berpindah kepada keselamatan di balai raya, mereka takut bahawa lelaki bersenjata mungkin membawa barangan elektrik atau merampas rumah-rumah mereka apabila ditinggalkan.

Sumber-Mstar Online

PENGGANAS SEBABKAN 49 RUMAH PENDUDUK MUSNAH, 61 LAGI ROSAK: HAMZA

LAHAD DATU 30 Mac – Sebanyak 26 daripada 140 rumah di Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih boleh didiami.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi masih boleh diduduki.

"Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.

"Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan sehingga kini kerana operasi itu bukan sahaja tertumpu di Lahad Datu tetapi turut melibatkan dua daerah lain iaitu Semporna dan Sandakan. – UTUSAN

LIMA W013 CATAT KEJAYAAN TARIK 185, 000 PENGUNJUNG : ZAHID

LANGKAWI 30 Mac - Penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 mencatatkan kejayaan apabila berjaya menarik lebih 185,000 pengunjung melebihi daripada 150,000 yang disasarkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 81,390 mengunjung pameran miritim manakala 32,000 lagi di pameran udara.

Menurut beliau, LIMA 2013 juga dianggap mencapai kejayaan apabila mencatatkan peningkatan dari segi jumlah dan nilai aset yang dipamerkan.

"LIMA 2013 juga merupakan pameran ketiga terbesar seumpamanya di dunia. Ia merupakan kejayaan yang cukup bermakna kepada negara," kata beliau pada sidang akhbar penutup LIMA 2013 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, penganjuran LIMA 2015 juga akan dilangsungkan pada musim cuti persekolahan pada bulan Mac manakala jumlah pengunjung awam tidak akan dilanjutkan lebih daripada dua hari seperti sebelum ini.

"Tiga elemen diambil kira dalam mengadakan LIMA iaitu membawa individu ditahap membuat keputusan bagi meningkatkan nilai, kedua menjemput pemain industri di seluruh dunia bagi meningkatkan perniagaan mereka di negara masing-masing. Sementara elemen ketiga, pemadanan perniagaan juga dilakukan oleh pengunjung perniagaan," katanya.

Jelasnya, tiga elemen tersebut yang membezakan LIMA dengan pameran lain.

Pihak penganjur mensasarkan 200,000 pengunjung awam dan 40,000 pengunjung perniagaan pada LIMA 2015. - UTUSAN

BOCOR!!! PLAN MENGHURU HARA PKR TERBONGKAR

Pu3 tak nak banyak cakap. Tengok gambar ini.

GUSAR AKAN TEWAS, PUNCA PAKATAN PEMBANGKANG MAHU BUBAR 22HB APRIL


Jika dinilai PRU sebelum ini kecuali PRU ke-12 je. Tempoh PRU hanya 4 tahun. Sebelum ini. Lazimnya sejak pu3 kecik lagi.. pu3 dinyatakan PRU hanya berlangsung 5 tahun sekali. Peliknya.. sejam 2008 pula. Asyik mencanang masuk tahun ke-2 dah sibuk pula cerita bubar ini berkumandang.

Kali ini kegusaran Pakatan Pembangkang sudah tahap maksima. Korang nak bubar 22hb April sekalipun. Yang akan mengumumkan adalah YAB PM setelah diperkenan oleh DYMM Agong.
baca lagu di bawah.:

Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.

Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?

Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.

Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.

Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.

Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.

Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.

Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.

Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.

Sumber: utara new blog

Pu3 melihat kegusaran kepimpinan pakatan pembangkang ini antaranya kesumbangan pentadbiran mereka negeri-negeri dibawah pemerintahan mereka semakin menyerlah. Takut rakyat semakin meningkat tinggi jumlahnya menolak pakatan pembangkang

Selain itu. Kesumbangan Anwar ibrahim tak boleh dah ditutup dengan isu-isu yang tak cukup kajian. Masa yang panjang akan memberi ruang lagi rakyat mengkaji sendiri maklumat-maklumat yang terbocor ini.

Tambahan pula. Plan atau strategik mereka sudah kehabisan bahan. Almaklumlah pakar strategi pakatan pembangkang dah tumpahkan keseluruhan bahan tanpa mengkaji tempoh yang sepatutnya ditumpahkan. Masa panjang dah menyebabkan strategik kotor mereka terbongkar! Semua adalah penipuan semata!!!

Pendekatan kepimpinan mesra prihatin Rakyat yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak telah merapatkan kembali jurang yang dilakukan oleh pakatan pembangkang dulu. Ditambah pula kebijaksanaan perdana menteri dalam mengurustadbir kerajaan sekarang telah memulihkan kelemahan sebelum ini. Itu tidak dinafikan okeh Datuk seri Najib sendiri dengan membuat kenyataan memohon MAAF.~ pemimpin pakatan pembangkang ada minta maafker? Asyik tuding jari mengelak diri je. Wrong excelk ler dalam pengiraan. Wrong type ler. *DAP punya story

Ekonomi negara semakin meningkat kualitinya juga membimbangkan Pakatan pembangkang. Terutama Anwar. Apa taknyer.. asyik mencanang merekalah raja segala pentadbiran cemerlang ekonomi. Serba serbi nak bagi free tol free.. eh kat penang dah free tol ker? Nak bag air free beberapa ML. Dah bagi free ker kat selangor. Nak bagi pengajian percuma di IPT.? Baru kena test kat universiti selangor dah kelam kabut mengamuk! Nak bagi free elaun 1 off pada wanita balu2? Dah settle ker? Nak bagi royalti minyak kt Sabah 20%.. tuih! Ini kiraan untuk setahun je ker pentadbiran lepas tu CABUT!!! MACAM STORY MR MANSUH?

Apapun... pakatan pembangkang ni tak payah dah beri peluang peluang langsung mentadbir dah! 4 negeri yang mereka jagapun dah kucar kacir. Takkan nak bagi 1 Malaysia pula huru hara???????


Kalau korang nak bubar 22hb April.. persilakan. Tak menjadi persoalan dan kebimbanganpun pada pu3. Dan rasanya pada orang ramai.

SEDIAAAAAA GEMPUR!!!!!!!!!

APA MUSLIHAT NUR MISUARI SOKONG JAMALUK KIRAM III?????



AIDCNews – 29/03/13 – Pada tahun 2011, tausug-global melaporkan Nur Misuari mendekati 'Sultan Sulu' bernama Sultan Fuad A. Kiram I, seorang individu yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan Filipina.
"Bagaimana jika Malaysia tidak akan kembalikan Sabah, apa yang kita harus lakukan? " tanya Nur Misuari kepada orang ramai di mana ketika itu Fuad A. Kiram I turut berada di sisinya.

Orang ramai menjawab, "kita akan berjuang dan kita akan pergi berperang!"

Nur Misuari membalas, "kita akan berdamai, tetapi jika kita diprovokasi kita mempunyai hak untuk mempertahankan diri."


Itu laporan Asree Sug bertajuk "Kegilaan Filipino bersama penyamar Sultan Sulu di facebook" yang ditulis pada 29 Julai 2011.

Pada 18 Oktober 2012, Tausug Global melaporkan Nur Misuari mendekati pula anak-anak Datu Punjungan iaitu Sultan Jamalul III dan Sultan Esmail II.

"Secara kasar kita melihat Prof Nur memanaskan kes tuntutan terhadap Sabah ini adalah kerana dendamnya terhadap peristiwa lalu yang dilakukan oleh Malaysia terhadap dirinya. Sebelumnya kita melihat beliau didampingi oleh Sultan Fuad Kiram, seorang Sultan boneka Malacanang berwarganegara Filipino. Mereka menyuarakan bersama untuk menuntut Sabah untuk diserahkan kepada Filipina.


"Kemudian beberapa ketika kemudian terdengar desas-desus bahawa Prof Nur rapat pula dengan Sultan-Sultan boneka dari anak-anak Datu Punjungan iaitu Sultan Jamalul III dan Sultan Esmail II tetapi juga dilaporkan gagal.

"Beliau nampak berusaha untuk melakukan satu gabungan yang boleh menghasilkan impak. Impak itu ditujukan kepada siapa sudah pun jelas,"lapor Tausug Global dalam artikel bertajuk "Facebook : Philippine Sabah Claim Forum ambil kesempatan dari kemelut perjanjian MILF-GPH."

Dalam artikel itu, Tausug Global turut juga mendedahkan pertemuan tokoh pembangkang Sabah, Dr Jefrrey Kitingan telah berjumpa dengan seorang lagi yang mendakwa sebagai Sultan Sulu iaitu Sultan Muidzullail T Kiram.

Menurut Tausug Global, Sultan Muidzullail T Kiram juga berminat untuk bergabung tenaga dengan Nur Misuari yang kecewa disisihkan daripada perjanjian damai MILF- GPH (kerajaan Filipina).



Sultan Sulu bersama Jamalul Kiram III & Esmail II

Tausug Global dalam artikelnya bertajuk "Siapa penceroboh di Lahad Datu ?" yang ditulis pada 18 Februari 2013 mendedahkan Jamalul Kiram III dan Esmail Kiram II telah mengisytiharkan diri mereka sebagai 'Sultan Sulu' bersama, suatu perkara yang bersalahan dengan protokol kesultanan Sulu.

Blog ibnurusydi menjelaskan kenapa berlakunya dua 'Sultan Sulu' diisytiharkan serentak dalam satu masa.

"Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu.


"Walau bagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001.
"Sultan Jamalul Kiram III ini pernah bertanding dalam pilihanraya negara Filipina. Sementara Sultan Esmail Kiram II inilah 'Sultan Sulu' yang pernah mengancam untuk melancarkan 'Perang Jihad' kepada Malaysia pada tahun 1993 dan 2001 jika Sabah tidak diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahaja ganti rugi sebanyak USD 10 Bilion kepadanya. Dapat baca niat sebenar mereka ini???," dedah blog itu.

Menurut blog itu lagi, Punjungan Kiram iaitu bapa Jamalul Kiram III dan Esmail II bukan mewarisi keturunan diraja Sulu kerana zuriatnya dilahirkan semasa ibunya, Mora Napsa Laga berkahwin dengan rakyat biasa bernama Amil Hamja sebelum dirampas untuk dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit. d

"Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya hanyalah anak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit," dedahnya.

Fakta yang sama turut disokong oleh Tausug Global dalam artikelnya bertajuk " The fake Sultans of Sulu : Satu pendedahan Ngeri !!!."

Muslihat Misuari sokong Jamalul Kiram III

Akhbar berpengaruh Filipina, The Philippine Star melaporkan pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan beberapa orang lagi sebagai 'dalang' yang mempengaruhi 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram III.
Akhbar tersebut memetik sumber pejabat Presiden Filipina yang mengatakan selain Nur Misuari, turut terlibat dengan komplot tersebut adalah bekas penasihat keselamatan, Noberto Gonzales; bekas wakil rakyat Tarlac, Jose Cojuangco dan calon senator, Margarita Cojuangco.

Pada 14 Febuari lalu sekumpulan individu asing mendakwa kerabat diraja Sultan Sulu bersenjata memasuki Lahad Datu dan mengemukakan tuntutan mereka terhadap kerajaan Malaysia.

Ketua kumpulan tersebut dipercayai adik kepada lelaki yang dikenali sebagai Jamalul Kiram III yang mendakwa beliau merupakan 'Sultan Sulu'.

Adik lelaki 'Sultan Sulu' itu adalah Datu Aghbimuddin Darus Kiram @ Azumudie dilantik sebagai 'Raja Muda Sulu' yang mengetuai pencerobohan tersebut.

Apabila pihak keselamatan Malaysia mula bertindak balas terhadap penceroboh itu, Misuari memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin @ Azumudie.

"Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami," katanya.

"Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,' tambah Misuari.

Philstar.com mendedahkan rombongan Raja Muda Agbimuddin @ Azumudien yang mendakwa sebagai Angkatan Tentera Diraja Kesultan Sulu sebenarnya pasukan bersenjata MNLF yang masih setia dengan Misuari.


"Seorang pegawai tentera berpangkat berkata pengerusi MNLF, Nur Misuari merancang pencerobohan untuk menarik perhatian kerajaan Filipina dan masyarakat antarabangsa,"lapornya.
Fakta itu makin jelas apabila pada 6 Mac, philstar.com melaporkan Misuari telah berjumpa dengan Jamalul Kiram III untuk menyatakan sokongan padunya terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu.
Sumber: AIDC dot com

Ps: anwar pula masih bersikap senyap diri walaupun pembohongan dibuat secara terang-terang oleh Aishah Srikandi PKR mengatakan perjumpaan Anwar Ibrahim bersama nur Misuari ketika beliau masih TPM 1997. Tiada penafian tiada penolakan atas pembohongan itu. Malahan Anwar hanya terus berdiam menjelaskan untuk apa perjumpaan itu dilakukan pada 2012 ( hanya Aishah je masalah mata sebelum usia nak beza rupa Anwar 1997 dengan 2012) asyik berusaha alihkan topik dengan strategi mewujudkan isu baru!

KENYATAAN TUN DR M TAMPARAN BUAT PAKATAN TEMBERANG!!!!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008, katanya, sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya, PRU-13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr. Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU 13.
Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim... tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar," katanya.

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata, banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada Kerajaan Pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar Kerajaan Pusat.

"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya. - BERNAMA

KHAIRULFAHMI MATSOM SANGGUP HINA NABI DEMI PERTAHANKAN VIDEI RAJA GOYANG?????

Penghinaan ke atas Baginda Nabi bukan hanya berlaku dikalangan orang kafir, malah mereka yang mengaku Islam pun tergamak melemparkan kata-kata menghina ke atas junjungan kita SAW.

Kenapa ini semua boleh berlaku? Salah satu sebabnya, penyokong-penyokong pembangkang telah ditanamkan rasa benci yang melampau kepada Umno sejak mereka kecil lagi, sama ada hasil didikkan oleh orang tuanya atau pun yang diajar di tadika yang dimiliki oleh orang Pas. 

Apa sahaja yang kesalahan yang berlaku, dengan pantas tanpa mengkaji terlebih dahulu akan menuding jari..ini kerja Umno. Waima anak mereka kerap kencing malam. Sampai begitu sekali tahap benci yang ditanam ke dalam diri macai pembangkang.

Samalah halnya seperti kenyataan Khairulfahmi. Sampai video seks pun beliau sanggup mengaitkannya dengan Nabi. Apa ke jadahnya mamat ni cakap macam tu. Mulalah penulis nak memaki, tapi jangan salahkan penulis sebab penulis belajar cara memaki dari Nik Aziz yang merelakan hinaan dan makian.

Jangan disebabkan taksub kepada tok guru Nik Aziz, imej dan maruah Nabi sanggup dibelakangkan dan dicemuh. Nik Aziz pun belum tentunya nasibnya di padang masyhar. Janji syurga Nik Aziz hanya sekadar memancing undi saja. Nik Aziz cakap guna otak bukan guna akal, sebab itu kebanyakkan kenyataan dan tindakan beliau sama seperti b*******, yang ada otak tapi tak ada akal fikiran. Baca seterusnya di SINI.

Jika hendak cakap guna ibarat pun janganlah sampai libatkan rasulullah sampai begitu sekali. Parti PAS juga yang buruk buruk nama.

Rasanya berdosa cakap begitu baik kamu istighfar… apa komen pembaca?…

Sumber: perigi timur blog

PPSB MIBTA DAP JELASKAN KEDALAMAN TEROWONG

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) hari ini meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung kedalaman projek terowong dasar laut sepanjang 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. 
    
Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar berkata kerajaan negeri perlu mengemukakan maklumat terperinci berhubung projek itu memandangkan lokasi pembinaannya pastinya akan menyekat laluan kapal-kapal besar di sebelah utara, sekali gus mempengaruhi operasi PPSB.
    
"Kita nak tahu berapa kedalaman terowong itu nanti... mereka (kerajaan negeri) kata 14 meter. Kita mahu 17 meter ke 20 meter. Apa akan berlaku sekiranya terowong itu, menyekat laluan kapal.
    
"Kita tak tahu apa akan berlaku pada tahun 2025, 2030.. kapal semakin besar dan laluan kapal perlu lebih dalam, baru kapal boleh masuk," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kerja PPSB di sini.
    
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq.
    
Ahmad berkata kerajaan negeri sepatutnya berbincang dengan PPSB terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membina terowong dasar laut berkenaan.  
    
"Kami dijemput selepas mereka membuat keputusan membina terowong, ini tidak adil dan ini bukan caranya," katanya.
    
Sementara itu, Nor Mohamed berkata tindakan kerajaan negeri menjemput orang awam berbincang selepas memutuskan untuk membina terowong itu jelas membuktikan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mempunyai pengalaman mentadbir negeri.
    
"Kepimpinan yang baik, cara dia buat kerja sebelum buat satu keputusan dia akan bincang dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat.
    
"... lepas tu buatlah keputusan. Itu cara seorang pemimpin sebuah kerajaan yang bijaksana, tahu mentadbir," kata Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor.
   
Sementara itu, bercakap pada sidang akhbar berasingan di sini Ketua Publisiti Barisan Nasional (BN) negeri Tan Cheng Liang berkata BN Pulau Pinang membantah cadangan pembinaan terowong dasar laut itu kerana ia akan menjejaskan ekonomi Pulau Pinang berikutan kapal-kapal besar akan dihalang memasuki kawasan pelabuhan.
    
"Selama ini, lebih 90 peratus pelabur membawa masuk barangan melalui jalan laut kerana kos lebih murah dan jika mereka gagal berbuat demikian pasti Pulau Pinang akan terjejas teruk terutama pekerja kilang dan industri hiliran," kata Tan yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
    
Katanya BN negeri juga mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai 'salah taip' kos pembinaan projek terowong berkenaan tindakan itu didakwanya cuba menipu rakyat Pulau Pinang.
    
"Bagaimana semua itu (salah taip) boleh terjadi sedangkan perjanjian bagi projek berkenaan melibatkan syarikat luar negara, adakah syarikat itu juga melakukan perkara sama (salah taip).
    
"Rakyat Pulau Pinang perlu tahu perkara sebenar kerana ia (projek terowong) melibatkan kos yang besar. Sudah sampai masanya rakyat negeri ini buka mata dan minda, lihat permainan kerajaan negeri yang cuba menipu (rakyat Pulau Pinang)," katanya.
    
Akhbar melaporkan, Lim memberi alasan berlaku masalah 'silap taip' dalam pengumumannya mengenai peningkatan kos sebanyak RM2.2 bilion bagi pembinaan projek terowong dasar laut yang sebelum ini dilaporkan hanya RM4.08 bilion dan terkini berjumlah RM6.3 bilion.

Sumber: mat kilau penang blog

SPR SANGKAL RAKYAT MALAYSIA LUAR NEGARA TIDAK DIBERI PELUANG MENGUNDI

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya rakyat Malaysia di luar negara tidak diberi peluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana Akta Pilihan Raya 1958 telahpun dipinda bagi membolehkan mereka mendaftar sebagai pemilih.

"Saya dapat tahu ada pihak yang mengatakan berjuta-juta rakyat Malaysia di luar negara tidak dihiraukan dan menjadi mangsa pada sistem pilihan raya kali ini," katanya.

Setakat pagi ini, SPR hanya menerima 5,167 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi melalui pos pada pilihan raya kali ini, katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat akhir PRU13 kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri Selangor di sini.

Mengikut rekod, Abdul Aziz berkata negara paling ramai rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi ialah Australia iaitu 1,206 orang diikuti United Kingdom (871), China (513), Amerika Syarikat (342) dan Taiwan seramai 183 pengundi.

Peraturan membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara mengundi secara pos telah diwartakan pada 21 Januari lepas.

Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos.

Mengulas tawaran RTM untuk parti politik menyiarkan manifesto masing-masing selama 10 minit sempena PRU13, Abdul Aziz kecewa apabila pemimpin pakatan pembangkang menolak tawaran tersebut.

Beliau berkata seharusnya pakatan pembangkang menerima dan meneliti dahulu keberkesanan pendekatan tersebut sebelum menolak tanpa alasan yang kukuh.

"Dulu mereka marah SPR sebab kata kita tidak bagi mereka ruang dalam media tetapi sekarang belum pun cadangan itu dibincang secara terperinci mereka dah tolak…sepatutnya teliti dulu, jangan terus tolak," katanya.

Bagaimanapun, katanya SPR akan bertemu dengan pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan parti-parti politik dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan itu. – Bernama

PETRONAS: TUN DR M JAWAB FITNAH, ANWAR BERDIAM PULA...

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sama sekali tidak terbabit dalam membuat keputusan berhubung dakwaan pemberian kontrak PETRONAS kepada anaknya.

Malah, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau cuma diberitahu oleh Presiden PETRONAS selepas kontrak itu diberikan dan beliau sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Al-Quran berhubung perkara itu.

"(Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat PETRONAS sudah terbabit dalam pemberian kontrak PETRONAS kepada anak saya.

"Bagi Anwar, inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

"Kementerian sudah mempamerkan semasa mesyuarat Agung UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satu pun dari anak saya yang tersenarai," katanya dalam entri terbaharu blognya, www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, walaupun digelar sebagai penasihat PETRONAS, beliau tidak memberi apa-apa nasihat kepada syarikat itu.

"PETRONAS diletak di bawah Perdana Menteri dan Perdana Menteri lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya," katanya.

Katanya, tiada seorang pun anaknya mendapat tempat dalam kerajaan atau dalam parti ketika beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Beliau menjelaskan beberapa kali nama mereka dicalonkan tetapi tidak membenarkannya sehingga beliau bersara, begitu juga tiada kontrak kerajaan yang mereka perolehi.

"Jika mereka berjaya sama ada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri," katanya.

Dr Mahathir berkata, PETRONAS tidak memberi peluang kepada anaknya sahaja ketika beliau menjadi penasihatnya dan orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

Sebaliknya Anwar, katanya, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden, sebagai calon di Permatang Pauh dan kemudian menyuruh isterinya melepaskan kawasan untuk ditandinginya.

"Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

"Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim," katanya.

"Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar?

"Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu," katanya. - BERNAMA

ALASAN LEMAH! WRONG TYPE??!!!!


Takkan semua pegawai dalam penyediaan kertas kerja tak perasan kesilapan TAIP angka pada kertas yang disediakan. ?

Takkan guan eng pula tak check sebelum bentang kertas kerja yang sudah disediakan????

Takkan jumlah yang begitu besar boleh terlepas pula jumlah nombor pada hasil kiraan keseluruhan? Dah BODOH sangat?

Bagi pu3.. itu hanya alasan selamatkan diri sahaja!!!!!!

Betul kata blogger mymassa!!! Baca lagi di bawah ni:

Dulu masa pemilihan parti, bagi alasan SILAP KIRA. Sekarang ni sila taip pulak.

Tapi macam ni punya SILAP pun MACAI akan sokong.

Sebab MACAI pun SILAP jugak. Tersilap lahir ke dunia ni kerana kebodohannya tak boleh nak diajar, kepandaiannya tak boleh nak diikut.

Jadi kepada para MACAI, teruskan menyokong KESILAPAN pemimpin-pemimpin anda.

*Ada juga pemimpin besar boleh bagi alasan silap taip kos projek. Sebelum ni diorang cakap silap guna MICROSOFT EXCEL. Mungkin kali ni diorang akan salahkan MICROSOFT WORD sebab terlalu 'susah' untuk dipakai.

Ps: menyelamatkan diri dengan alasan lebih kurang ni. Tak boleh diterima sangat. Apa lagi yang beri alasan ni adalah bos kepada pentadbiran sebuah negeri. Ingat ini pembentangan belanjawan dalam runah jeker?
Kalau rakyat pulau pinang nak angkat lagi penipu besar ni. tak taulah pu3 apa akal mereka ni!!!

OP DAULAT: PENGAWAL "IMAM TUA" SERANG ANGGOTA KESELAMATAN DENGAN BARONG!!!


"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

Imam Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.- BERNAMA

TARIKH AKHIT PEMBUBARAN PARLIMEN 30 APRIL: SPR


KUALA LUMPUR, 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.
Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

"Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira," katanya.

Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.

Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU ke-12.

Sumber: umno online

Ps: semalam .. dalam program. Seorang rakan pu3 menyatakan kebimbangannya tatkala menjelang pembubaran auto negeri Sembilan. Pu3 pun tanyalah.. apa masalah jika N9 dah bubar. Dia kata. Mestilah Malaysia kena bubar. Pu3bpun katalah. Dah bubar oun.. tak semestinya semua kena bubar. Ada akta yang berkaitan membolehkan pentadbiran diteruskan walau tiada lagi bergelar YANG BERHORMAT. Lagipun.. Parlimen bubar hujung april. Sabah lagilah lama. Awal Mei!

Alahai... sayang sungguh. Pu3 tengok rajin bebenor dia bergerak aktif dalam laman sosial. Tetapi tak sedikitpun tak menggunakan kemudahan info dihujung jari sebagai bahan menambah pengetahuan.

Pada pandangan py3. Situasi kurang mengetahui maklumat sebegini.. bukan saja rakann pu3 itu. Pu3 mengandaikan.. dalam  20% pengamal laman sosial  memiliki masalah sama. Kemudsn internet hanya untuk FACEBOOK semata!!!!!

ANWAR TIADA PILIHAN LAIN...


"Jangan hiraukan Anwar Ibrahim ni. Dia paling tidak suka jika tiada siapa yang menghiraukan dia". Itu antara kata-kata Tun Daim.

Tepat sekali. Makin tak dihirau makin dia sakit jiwa. Makin sakit jiwa makin melalut pertuturannya. Makin melalut pertuturannya, makin banyak dan makin jelas penipuan, pembohongan dan pendustaannya.

Bagus juga. Anwar mempunyai "perasaan" semua orang percaya cakap dia, tapi hakikat yang gagal dikesannya ialah rakyat semakin hari semakin "yakin" ada yang tak kena dengan Anwar.

Pemikiran, cara tindakan dan perbuatannya semakin hari semakin diragui dan telah menimbulkan persoalan dan kebimbangan majoriti rakyat.

"Perasaan Anwar sedang bergerak secara songsang" dengan "apa yang sebenarnya" sedang bermain di fikiran majoriti rakyat.

Kesongsangan fikiran dan tindakan Anwar ini adalah sebahagian dari bukti jelas yang menunjukkan bahawa tiada siapa yang mampu mengatasi perancangan Allah.

Anwar merasakan "BN Sabah" tidak mungkin boleh digugat melalui sistem PRU. Trend BN Sarawak pun sama.

Oleh itu suatu kaedah luar kotak harus dirancang bagi memecahkan kekuatan BN di ke dua-dua negeri.

Perjudian Anwar memperdagangkan "kalimah Allah for All" tetapi bukan "for all" untuk semua manusia, sebaliknya untuk semua agama adalah untuk mensasarkan undi penganut kristian yang tinggi di ke dua-dua negeri.

Begitu juga dengan perancangan rapi bersama Nur Misuari untuk mendapat undi kaum suluk yang sudah menjadi warganegara dan berdaftar sebagai pengundi yang agak besar angkanya.

Anwar selaku TPM adalah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pendatang Asing Tanpa Izin ketika itu. Dialah yang bertanggungjawab secara langsung dalam isu PATI Sabah. Bukan Mahathir.

Anwar selaku TPM adalah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pendatang Asing Tanpa Izin ketika itu. Dialah yang bertanggungjawab secara langsung dalam isu PATI Sabah. Bukan Mahathir.

Dia sedar "sentimen suluk" di Sabah tidak bertuan kepada Manila, sebaliknya orang-orang suluk ini bertuankan pemimpin dan pertubuhan suluk di kepulauan Sulu dan Mindanao.

Antara individu yang berpengaruh di kalangan Bangsa Moro/Sulu/Taulug ini antaranya ialah Misuari, keturunan-keturunan yang mengaku sultan sulu, MNLF dan MILF.

Anwar membuat perkiraan bahawa "isu kad pengenalan Sabah" ini amat penting bagi pembangkang dan boleh dimanipulasi sepenuhnya untuk menghadapi PRU13.

Anwar mencongak, sokongan dari kaum asal Sabah mungkin boleh diperolehi jika "kena gaya' dalam memainkan isu Kad Pengenalan dan PATI di Sabah, manakala sokongan dari kaum sulu yang sudah menjadi warganegara dan menjadi pengundi pula,

Anwar menggunakan Misuari yang juga mempunyai agenda tersendiri untuk memulihkan pengaruhnya di wilayah autonomi yang semakin terpinggir.

Di sini boleh dilihat, Anwar tetap tidak boleh lari dari amalan politik sesumpah yang sudah menjadi darah dagingnya.

Anwar tetap mahu beroleh menafaat politik dari semua pihak dan di semua keadaan. Walaupun masing-masing pihak itu tidak boleh duduk semeja, Anwar akan berusaha untuk memanafaatkan ke dua-dua pihak yang bertelagah ini dengan menggunakan 'pendekatan yang berlainan' untuk dia beroleh sokongan dan pengaruh.

Permainan politik Anwar ini sudah sampai ke tahap sangat merbahaya dan berpotensi untuk menyebabkan maraknya api pertelagahan dan konflik antara negara dan lupusnya keharmonian antara etnik dan agama yang wujud di Sabah.

Permainan politik Anwar ini sudah sampai ke tahap sangat merbahaya dan berpotensi untuk menyebabkan maraknya api pertelagahan dan konflik antara negara dan lupusnya keharmonian antara etnik dan agama yang wujud di Sabah.

Jika kerajaan Malaysia tidak berhati-hati dan tidak bijak menangani isu pencerobohan tentera Kiram-Misuari di Lahad Datu tempohari, kemungkinan besar hubungan di antara Malaysia dan kerajaan Filipina sudah memasuki fasa merbahaya.

Etnik asal di Sabah mungkin sudah menyalahkan bulat-bulat kerajaan Barisan Nasional. Warganegara di kalangan kaum Suluk pula mungkin turut memusuhi kerajaan dan rakyat asal Sabah.

Konflik terbuka di antara rakyat asal dan kaum Sulu di Sabah juga mungkin sudah berlaku. Lain-lain parti komponen BN di Sabah mungkin akan bertelagah secara terbuka dengan UMNO.

Inilah di antara senario-senario atau 'snowball effect' yang diharapkan oleh Anwar supaya berlaku hasil dari percaturan dan perancangan rapinya yang sudah dan sedang terbongkar satu demi satu.

Kegusaran Anwar apabila senario yang diharapkan berlaku ini tidak menjadi sudah boleh dilihat sekarang.
Damage control sedang dilakukan dengan mencari setiap ruang untuk meletakkan beban kesalahan dan kelemahan yang membawa kepada pencerobohan asing ini kepada UMNO dan DS Najib secara khusus.

Dalam masa yang sama pelbagai isu lain sedang di'spin' untuk mengalihkan fokus rakyat terhadap tangan-tangan ghaib Anwar sebagai pencetus yang membawa kepada terjerumusnya Kiram-Misuari dalam pencerobohan terhadap kedaulatan Negara Malaysia.

Anwar boleh lakukan apa saja untuk membersihkan tangannya yang sudah membawa kepada terkorbannya 10 anggota keselamatan kita. Tetapi majoriti rakyat sudah tahu 'belang sebenar' Anwar.

Jangan hiraukan apa saja tindakan provokasi yang sedang dilakukan Anwar. Dia melakukannya hanya untuk mempertahankan dirinya dari dicop oleh sejarah sebagai pengkhianat negara yang tiada tolok banding.

Sampai ketikanya, paling lama 2 bulan dari sekarang, Anwar akan menerima kenyataan sebenar, "penolakan secara total dari majoriti rakyat". Pakatan akan tumbang dan patah tiga.

Sumber: umno online

LAHAD DATU: KG TANDUO AKAN DITUTUP


LAHAD DATU: Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.

"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. BERNAMA