SUSULAN OP DAULAT: TIDAK BALAS SMS ISTERI DEMI TUGAS

Hazri disambut isteri dan keluarganya.
GEORGETOWN - "Tidak mahu tumpuan terhadap penugasan sepanjang Op Daulat dijalankan, saya terpaksa tidak menjawab panggilan dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh isteri dan ahli keluarga."

Itu yang dilakukan, Inspektor Hazri Zakaria dari Pasukan Polis Marin Wilayah Satu (1), Batu Uban bagi memberi sepenuh perhatian kepada tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dalam mempertahankan negara ketika bertugas di kawasan bergolak.

Menurutnya, perasaan rindu terhadap keluarga tidak dapat dinafikan namun dia terpaksa berkorban demi memastikan tugas dan tanggungjawabnya terhadap negara berjalan dengan lancar.

"Bukan niat saya untuk berbuat demikian, namun saya risau jika mendengar tangisan daripada orang tersayang yang sedikit sebanyak mengganggu tugas.

"Alhamdulillah semuanya dah selesai dan apabila terima berita kami dibenar pulang saya amat teruja dan tidak sabar berjumpa isteri dan anak," katanya kepada media ketika ditemui pada majlis menyambut kepulangan wira negara bertugas di Lahad Datu di Dewan Komuniti, Pangkalan Polis Marin di sini.

Sumber: sinar harian

Comments

Popular Posts