RAKYAT DIINGATKAN JANGAN TERJERAT DENGAN FANTASI PAKATAN PEMBANGKANG

IPOH 1 April - Rakyat Malaysia diingatkan jangan terpedaya dengan janji fantasi Pakatan Rakyat (PR) ekoran ianya bakal mengundang krisis ekonomi sepertimana yang terjadi di negara-negara eropah.

Pelaksanaan manifesto PR kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Seri Ahmad Husni Hanadzlah bakal mengundang defisit fiskal sehingga 11.5 peratus daripada hanya empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika ini disamping meningkatkan hutang negara sehingga 62.1 peratus.

"Manifesto pembangkang semata-mata dalam konteks propaganda membuat janji iaitu kepada warga emas, wanita, janji kepada pekerja dan janji kepada semua golongan."

"Ia macam kita sendirilah, gaji kita RM2,000 kemampuan kita RM2,000 sedangkan kita buat janji kepada keluarga kita, adakah kita dapat laksanakan jadi itulah isunya," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tambah beliau, ekonomi negara dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) kini amat memberangsangkan hasil daripada usaha kerjaan meningkatkan hasil kutipan cukai negara.

Jelasnya lagi, hasil cukai negara meningkat dari RM 80 bilion pada 2008 kepada RM 109 bilion pada 2011 dan RM 122.8 bilion pada 2012.

"Sistem yang kita buat ini mendapat pujian Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi tiba-tiba kita hendak runtuhkan,"katanya.

Beliau yang mengulas dakwaan pembangkang bahawa kerajaan menggunakan 24 peratus RM 49 bilion dana kerajaan bagi membiayai manifesto BN tidak benar kerana jumlah tersebut sama dengan nilai pembangunan negara bagi tempoh setahun.

"24 peratus penjimatan perbelanjaan di negeri Selangor dan jika Selangor mempunyai bajet boleh dia kurangkan 24 peratus tetapi di peringkat negara, kita ada 14 negeri secara keseluruhan kita," ujarnya lagi.

Sumber: KLPos dot com

Comments

Popular Posts