GEMPAR! KELUARGA ANGGOTA KESELAMATAN PILU KRITIKAN,KONSPIRASI ANWAR IBRAHIM DAN PEMBANGKANG


Pembangkang yang tidak habis-habis nak mengkritik angkatan keselamatan negara dari mula Naib Presiden PKR,Tian Chua mengatakan konspirasi di Sabah adalah Kospirasi UMNO sehinggakan kematian anggota keselamatan dianggap sebagai mati katak,Kini timbul pula dalam laman blog mereka yang mengatakan adalah satu pembaziran apabila arahan panglima tentera mengarahkan pesawat pejuang menggugurkan bom TUDM di dalam menumpaskan penceroboh.

Kita dapat lihat bahawa inilah contoh Pemimpin pembangkang yang sanggup mengkritik tanpa melihat susah payah Anggota Keselamatan kita bertungkus lumus menyelamatkan Negara dengan meninggalkan keluarga yang tersayang.


Anggota Keselamatan yang sanggup berjuang dengan sehingga ketitisan terakhir tanpa mengenal ajal maut yang benar-benar hadapan mereka.

Mentaliti Pemimpin pembangkang yang lansung tidak memikirkan hati dan perasaan isteri,anak-anak, dan keluarga anggota keselamatan yang berjuang demi Negara.HM merasakan sudah tiba masanya anggota tentera dan ahli keluarga sedar bahawa pemimpin Pakatan tidak lansung sepatutnya menjadi binatang yang sentiasa menguak-guak mencampur urusan anggota keselamatan didalam membanteras penceroboh.

Pelbagai tohmahan digunakan oleh mereka.

Tapi ada satu perenggan yang menarik perhatian HM apabila mereka mengatakan kita juga melancarkan peluru berpandu jenis dari air ke daratan yang diledakkan oleh kapal selam Scorpein.
Bukankah Scorpein didakwa oleh Anwar Ibrahim dan rakan-rakan pembangkang tidak boleh menyelam dan tidak boleh digunakan oleh pemimpin sekutu PKR iaitu DAP.

Satu masa dulu semasa pembelian kapal selam berkenaan mereka menuduh bahawa kapal selam itu tidak boleh menyelam dan sebagainya, namun kini mereka juga mengatakan bahawa kapal selam itu melepaskan peluru berpandu.

Untuk makluman penulis laman blog itu juga, setiap pertempuran ada strategi, dan penggunaan senjata berat seperti menggugurkan bom dari pesawat pejuang adalah untuk memberi peluang kepada tentera dan polis masuk melalui darat.

Itu dipanggil 'clearing area' yang mana setiap kali sesebuah pasukan darat akan masuk ke kawasan musuh, peluru meriam atau bom dari pesawat akan digunakan.

Nampak sangat mereka meremeh-remehkan Anggota Keselamatan didalam menggunakan jentera-jentera untuk mempertahankan Negara. Ucapan-ucapan mereka itu dilihat kelihatan memperbodoh-bodohkan masyarakat didalam kempen jelajah mereka

Yang menjadi punca permasalahan di Lahad Datu juga dikatakan berpunca dari pemimpin pakatan pembangkang juga yang selalu menyanyikan lagu 'Sabah nak hilang' di setiap kali ceramah.
Jadi kepada penulis laman blog tersebut, jangan cuba pertikai apa juga tindakan kerajaan atau angkatan tentera dalam usaha untuk memerangi penceroboh tersebut.

Tapi tak taulah kalau Pakatan pembangkang memerintah, mereka menggunakan peluru biji getah untuk melawan musuh supaya dilihat tidak kejam.

Kita sudah memberikan tempoh selama 2 minggu untuk mereka menyerah diri atau pulang ke tanah air mereka di Filipina, tapi apa pula balasan mereka? Membalas rundingan tersebut dengan membunuh anggota keselamatan kita? Itu tak kejam?

Rata rata rakyat Malaysia tidak mempertikai tindakan kerajaan dalam usaha menghapuskan penceroboh, malah semua rakyat Malaysia merasa bangga kerana pasukan keselamatan kita begitu ampuh dan sanggup berjuang tidak kira siang dan malam demi untuk menjaga kedaulatan tanah air.

Sumber: Sangkala9

Ps: mentaliti pembangkang ni sah low class. Almaklumlah orang pakat solat hajat depa lak beza ceramah tabur dosa!!!!!

Comments

Popular Posts