Followers

ANWAR DAH GOYANG???


Agaknya ini namanya sumpahan lagu TANYA SAMA POKOK yang sering dinyanyikan olej Anwar mengikut versinya sendiri.

Kini... anggota pakatan sendiri dah semakin 'gostan' tak mahu dah kat dia. Termasuk negerinya sendiri. Tak percaya???? Ok. Baca di bawah ni

TERBUKTI SUDAH RAKYAT SUDAH TIDAK PERCAYA KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG

Konvensyen Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang yang diadakan Sabtu lepas telah mendapat sambutan yang hangat apabila hanya 300 hadirin yang hadir berbanding sasaran awal sebanya 3,000 orang biarpun dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Pesuruhjaya PAS negeri, Salleh Man Mat Aji dan Ketua PKR negeri, Mansor Othman.

Lebih mengejutkan ramai pihak, jumlah 300 hadirin yang hadir itu semakin kurang apabila tiba giliran ucapan Anwar Ibrahim. Ramai yang keluar dewan hingga menyebabkan kerusi kosong lebih banyak menghiasi dewan konvensyen.

Anwar Ibrahim telah mengulas mengenai manifesto Pakatan Pembangkang yang telah dilancarkan baru-baru ini kepada ahli-ahli Pakatan Pembangkang yang kebanyakannya sudah lama meninggalkan dewan.
Disebabkan sambutan yang hangat, Anwar Ibrahim 'terpaksa' memendekkan ucapannya agar tidak hilang kemaluannya.  

Dalam sidang medianya, Setiausaha DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah memberikan alasan dewan kosong disebabkan jadual Pakatan Pembangkang yang disusun padat bermula malam Jumaat iaitu majlis ulangtahun Pakatan Pembangkang Ke-5 yang tamat agak lewat.

Jika itu jawapan Lim Guan Eng, lain pula jawapan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik yang mengatakan ia adalah 'keadaan biasa' dalam mana-mana konvensyen yang diadakan Pakatan Pembangkang.

Sumber: wira kenyalang blog

Ps: mr mansuh nak mansuh pakatan tak selepas ini???

No comments:

Post a Comment