SAYONARA 2012. SELAMAT DATANG 2013
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. hanya beberapa jam sahaja lagi tahun 2012 akan berlalu tidak akan kembali lagi. Banyak coretan sepanjang tahun 2012 ini pu3 kongsikan untuk rakan pembaca.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 , kepada semua rakan pembaca blog Pu3 ini. Tidak kiralah ianya adalah rakan seperjuangan pu3 mahupun kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.
Azam pu3 masih seperti tahun sudah. INGINKAN NEGARA MALAYSIA KEKAL DIPERINTAH DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL
Azam pu3 akan terus menulis mengongsikan pandangan dan pendapat pu3 dalam satu-satu isu tanpa ada BAHAN FITNAH seperti yang dilakukan oleh penulis BLOGGER Pembangkang yang lain. Hanya mereka yang sukar menerima pandangan pu3 sahaja bertanggapan bahawa ia ada pembohongan kerana pu3 ada prinsip. TIADA PEMBOHONGAN DALAM APA SAJA PENULISAN pu3.
ini adalah artikel terakhir pu3 untuk tahun 2012. Insyallah bermula esok 2013. penulisan tahun baru akan bermula. terima kasih semua. salam 1 Malaysia.
AMANAT HADI : PEMUSNAH KEWARASAN PENGIKUTNYA
Amanat Hadi jadi senjata makan tuan
Seruan yang dibuat Hadi pada 7 April 1981, di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu itu benar-benar berjaya meniup semangat jihad dikalangan penyokong taksubnya, sehingga membawa kepada peristiwa Memali pada 1985.
Bukan senang PAS dan DAP mahu menyulam keserasian. Banyak isu dan ideologi mereka berbeda tetapi terpaksa disisir rapi agar ia tampak kemas dan gagal dihidu seteru politik.
Hadi berkata, PAS menyedari isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud serta syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-PAS).KALAU TAK MENYAKITKAN HATI SEDETIK BUKAN ARBAIYAH LAH NAMA DIA
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
MENGARUT!!!! MOGOK LAPAR KONON! KANTOI PENIPU!!!!
![]() |
| peserta mogok yang jadi gelendangan menyemak laluan |
![]() | ||
1.41 petang - seorang lagi peserta mogok makan di restoran yang sama
|
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu
DAP ADA BERANI TAK PECAT NGEH DAN NGA???
memandangkan isu pemilikan tanah di Kelantan yang bernilai 30 juta tersebut. DaP umpama cacing kepanasan. Apa tidaknya!!!! Cakap tak serupa bikin. Kata nak bantu rakyat. Tetapi terbongkarnya pemilikan tanah tersebut membuktikan DAP sentiasa curi peluang memeras harta untuk poket mereka sendiri!!!
Baca sini....
LIM GUAN ENG PECAT NGEH KOO HAM DANG NGA KOR MING TUTUP SKANDAL ISU RASUAH TANAH KELANTAN !!!
Sudah menjadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang sama ada dari DAP, PAS ataupun PKR untuk bercakap soal ketelusan dan mendabik dada mendakwa diri mereka anti rasuah dan menentang salah guna kuasa serta penyelewengan.
Namun sebagaimana biasa sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik sebegini untuk menjadi politikus paling hipokrit, hanya nampak putih dari luar tapi bila dilihat isi dalamnya warna hitam pekat pula yang kelihatan.
Inilah yang terjadi dalam isu penganugerahan tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kini dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min.
Daripada keluasan tanah 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar itu dianggarkan 9,000 ekar daripanya masih lagi memiliki khazanah kayu balak yang bernilai puluhan juta ringgit.
Bermakna selain berpeluang menjadi pemilik tanah itu selama lebih 50 tahun secara pajakan, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min juga bakal menambah lagi kekayaan mereka dengan hasil kekayaan bumi Kelantan melalui aktiviti pembalakan.
Dulu dalam tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300,000 ekar dipindah milik secara pajakan kepada orang luar dari Singapura, kini tanah seluas 10,526 ekar berpindah milik pula kepada pemimpin Cina DAP.
Agaknya PAS sememangnya lahir untuk hanya menghancurkan harta pusaka yang diamanahkan rakyat barangkali, balik-balik hanya pandai gadai, pajak dan jual tanah sambil menebang kayu balak.
Memanjang saja terlibat dengan skandal tanah dan balak.
Anak pribumi Kelantan serta Orang Asli yang bertahun-tahun meneroka tanah-tanah tersebut untuk mencari sesuap nasi pula dipinggirkan daripada mendapat peluang memiliki tanah.
Entah apa jenis negeri kebajikan yang PAS sedang perjuangkan tak tahulah, yang pastinya ia menepati pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".
Selama ini para pemimpin DAP serta ramai pemimpin PAS dan PKR senantiasa sibuk menabur propaganda kononnya para pemimpin BN paling korup dan menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan kroni dan keluarga.
Alih-alih apa yang sedang terbentang depan mata rakyat sekarang rupanya pemimpin PR sendiri yang terkehadapan dalam mempelahap harta kekayaan yang diamanahkan oleh rakyat.
Deklarasi PR di Shah Alam yang ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah kononnya pemimpin PR tidak akan mengambil kesempatan memperolehi tanah-tanah untuk kepentingan diri, kroni dan keluarga akhirnya terbukti hanya omong kosong sahaja.
Paling penting tanah seluas 10,526 ekar yang kini telah menjadi milik Koh Ham dan Kor Min berlaku selang beberapa jangka waktu selepas PAS terhutang budi dengan DAP berikutan sokongannya terhadap pemimpin PAS sebagai MB Perak.
Skandal tanah ini merupakan antara yang terbesar dalam abad milenium ini dan tentu sahaja menuntut tindakan konkrit daripada pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP untuk segera bertindak sewajarnya.
Persoalannya sekarang, beranikah DAP memecat pemimpinnya sendiri demi memulihkan semula air mukanya disamping mengembalikan kepercayaan penyokong PR bahawa DAP dan gabungan longgar parti-parti pembangkang itu serius untuk memperjuangkan ketelusan dan anti rasuah ???
Jenuhlah menantikan tindakan sedemikian, lagipun kalau DAP berani memecat Koh Ham serta sepupunya itu demi mengurangkan impak negatif terhadap parti tiada ruginya kepada kedua-dua pemimpin DAP yang bersaudara itu.
Tanah beribu ekar sudah dapat, kayu balak pun dapat rembat.
Pula tu selama lebih 50 tahun ke hadapan masih lagi boleh senyum lebar, tidur atas tilam wang berpuluh juta ringgit hasil dari kekayaan bumi Kelantan, tak gitu ???
Sumber :Info 4 The Truth blog
#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
MIMPI HARI KIAMAT. PUTUSKAN SARUNGKAN TUDUNG
comelnya dia.........
Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, dipersidangan media drama terbaru Debunga Lalang baru-baru ini telah mengalih pandangan orang ramai kerana beliau muncul dengan gaya bertudung.
Beliau anak ketiga dari empat orang adik beradik ingin meluahkan hasratnya untuk bertudung sudah mula timbul pada tahun lepas lagi.
Oleh hal demikian, hasrat itu terlaksana bermula awal bulan ini selepas mimpi ngeri yang dialaminya itu.
Merujuk kata-kata beliau semasa menceritakan kepada media adalah: "Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit,"
"Saya sangat takut, Saya terus cari mama, Tapi mama tak ada, Ahli keluarga yang lain juga tidak ada, Saya takut sangat," "Kemudian saya tersedar, Saya terus lari ke arah mama dan menangis, Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis, Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat."
Menurut beliau, mimpi ngeri yang dialaminya ini sudah beberapa kali muncul di dalam mimpinya, berikut pada mimpi terakhir ia mengulas bahawa dia tidak dapat mencari ibunya itulah yang membuatkan diri dia berasa sangat takut.
Tambahan dorongan seorang rakanya yang menuntut di sekolah agama itu sering menceritakan kisah-kisah nabi kepadanya membuatkan hatinya nekad untuk serius berhijab sekaligus mengubah penampilannya ke arah menjadikan agama adalah kewajipan utama dalam melaksanakan perintah-perintah Allah S.W.T seperti memastikan solat lima waktu terlakasana dengan sempurna.
Dalam perkembangannya pula, Elfira Loy akan muncul sebagai watak Ezlisa dalam Debunga Lalang menerusi Slot Akasia TV3, bermula 2 Januari pada jam 4 petang, setelah selesai pergembaraan itu dia akan memperlahankan karier lakonannya buat seketika untuk memberi ruang untuk menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Sumber: utaranews dot com
KENAPA PERLU HAD HARGA TELEFON PINTAR UNTUK REBET RM200
Pesanan pu3 pada SKMM. Pertimbangkan semula pengehadan kadar maksima pembelian telefon pintar tersebut. Tugas SKMM hanya meluluskan belia yang layak menerima rebet dan kedai mana yang dilantik menjadi wakil SKMM menjual telefon pintar tersebut. Bukan SKMM yang kena gunakan telefon pintar tersebut. Tetapi kumpulan sasaran. Pu3 nak tegur juga Presiden Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang membuat kenyataan di BERNAMA dengan mengatakan "Jika mampu beli telefon pintar berharga RM1,000 hingga RM2,000, tidak perlulah mengharapkan bantuan kerajaan beli telefon. Ramai lagi belia lain yang perlukan bantuan ini."
Pu3 rasa yang meminta menaikkan nilai Rebet tu tak perlulah dipertimbangkan. kerajaan sudah prihatin membantu mengurangkan RM200 untuk membeli telefon pintar. Persoalan pu3. kenapa nak menjatuhkan standard golongan belia yang memohon rebet RM200 dan meletakkan nilai mereka hanya pada RM500 semata sahaja. Adakah Presiden Belia Malaysia melihat jurang memilki telefon bimbit nilai atas RM500 dan bawah RM500 hanya pada golongan tertentu. Pu3 bukan nak saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menyokong KEMANJAAN segelintir belia yang berangan-angan memiliki telefon pintar yang nilai atas RM500 dengan mengerah kerajaan menaikkan nilai rebet. Pu3 nak JANGAN DITENTUKAN HAD Mana satu jenis telefon pintar yang bakal dimiliki oleh belia yang layak menerima rebet itu.
demikian juga kepada Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'amor Osman ""Belilah telefon ikut keperluan kita. Pakej 3G ini pelbagai, jangan ikutkan perasaan sampai RM100 sebulan bayar bil kerana mahu internet kelajuan tinggi tapi akhirnya tidak mampu bayar," katanya. ~ Pu3: kenapa? nilai telefon pintar bawah RM500 tidak memerlukan internet access jugaker? jika ia hanya telefon bimbit tak perlulah diletakkan sebagai telefon pintar jika telefon tersebut tidak mampu melayari internet.
MEREKA NI DAH CUKUP DEWASALAH. KALAU TAK CUKUP DEWASA RASANYA KERAJAAN KENA PERTIMBANGKAN JUGA KELAYAK MULA DAFTAR MENGUNDI KALAU DIANGGAP 21THN NI TERLALU MUDA DAN BELUM CUKUP MATANG MEMILIH MANA YANG BAIK DAN BURUK.
AJARAN MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DIBAWA OLEH PAS
BILA KEBENARAN MUNCUL... 10 NAMA BAKAL HANCURKAN POLITIK ANWAR
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.
Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.
Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.
Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.
Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.
Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.
10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.
Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.
Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.
Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.
Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.
Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.
Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.
Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.
Sumber: UMNO online
PENGANTIN BARU FAHMI DAN EILUNIE
Nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat (23 tahun). dengan sekali lafaz sahaja, Nur Eilunie Natasya Nazri (21 thun) sah menjadi isterinya dalam majlis akad nikahnya di Tumpat.
Pu3 doakan semoga hubungan suami isteri dilimpati keberkatan dan kekal kebahagiaan sepanjang hayat mereka kelak.
PU3 kongsikan gambar sedikit sebelum dan semasa akad nikah
sumber gambar: Beutifulnara dot com
BETULKER PKR SERBA TAU????
#BNBah
#PKR - Parti Kelentong Rakyat
#JanjiDitepati
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SPIN PUN YANG BIJAKLER!!!!
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
DIALOG ANTARA AGAMA: PM SERU KRISTIAN TERUS LIBATKAN DIRI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PENDEDAHAN AMANAT HADI AWANG BUKAN FITNAH TETAPI KENYATAAN YANG DISEMBUNYIKAN SELAMA INI!!!
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
TERLUPA ATAU SENGAJA BUAT GEMPAK LIM GUAN ENG NI???
#BNBah
#JanjiDitepati
ISU TANAH ANUGERAH KEPADA NGEH DAN NGA: TUNTUTAN PENJELASAN
BUDAYA SAMSENG PAKATAN PEMBOHONG!!!
Ternyata tindakan ini bukan sahaja berunsur balas dendam atas keberaniannya malahan juga ada unsur ugutan dengan penggunaan cat merah tersebut!!!!
Apa punya Kurang ajar dan biadap mereka yang terlibat dengan tindakan ini! Jelas bahawa penyokong ustaz yang menghina tersebut takut dengan keberanian yang ditunjukkan oleh saudara Halim Tuah!
BERANI KERANA BENAR!!! Jangan dayus serang belakang. Perangai macam ni hanya AMALAN LAZIM Pakatan Rakyat sahaja!!!!!
Sumber gambar : Halim Tuah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

































