PEMBAHAS
1 je kerisauan pu3, apabila tiba pembahas diberi giliran berhujah. Masa diberi sebanyak 15 minit untuk seorang. Pu3 tengok untuk pembahas ucapan dasar presiden. Pembahasnya pu3 tengok ada 14 wakil. Masalahnya masa yang diambil oleh pembahas, terlebih-terlebih sudah.
Duhai pembahas. Bukan pu3 tak gemar ucapan dan hujahan. Sedap dengar. Tapi meresahkan pembahas yang dok menanti nak sampaikan amanah dari negeri dan pihak yang mereka wakili. Saban tahun, pu3 pasti dapat maklumat, pembahas yang hujung kumpulan sering kali tak berkesempatan berhujah. Kenapa? Kerana pembahas yang berhujah selalu abaikan masa. Janganlah dok seronok sampaikan hujah, masa rakan pembahas lain pula diambil.
Pu3 faham bebenor perasaan rakan pembahas yang dok semangat, siang malam pagi petang subuh senja menyiapkan teks, mencari bahan, menyediakan bahasa kerana amanah diberi, namun terkandas kerana masa tak kasihan kepada mereka. Bukan salah masa. Tapi salah pembahas yang suka rebut masa rakan lain.
Jangan marah ya. Ini pandangan pu3. Hargailah perasaan rakan yang sama nak sampaikan amanah. Usah nak mementingkan hujahan diri tetapi memotong peluang rakan pembahas lain.
selamat berhujah. Semoga apa yang nak disampaikan adalah suara akar umbi. Hehehehhehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
CUKUP SUDAH NAK BERI PELUANg 'TEST'
Perhimpunan akhir sebelum PRU. Aura nak tempur, gempur, perang sudah semestinya kuat! Berkobar-kobar. Pu3 dah tak pedulilah. Dapat je banner special BN masa lagu 1 Malaysia berkumandang. I LOVE PM juga jadi pilihan pu3 ditayangkan
Apa yang dikatakan PM benar. Usah sekali-kali kita merisikokan negara dengan memberi peluang pakatan pembangkang memerintah. Tak cukupkan ujikaji 2008 ke atas negeri-negeri diperintah oleh mereka dijadikan hasil untuk keputusan menolak pakatan pembangkang.
Dalam ujikaji makmal atau penyelidikanpun, persampelan bukan digunakan 100% bahan kajian untuk dapatkan keputusan. Tetapi persampelan itu sudah cukup memberi gambaran kepada keputusan sebenar
Demikian juga pentadbiran. Tak cukupkah peluang melihat negeri diperintah pakatan pembangkang sebagai perbandingan untuk memangkah PRU-13. Takkan rakyat masih buta minda nak lagi jadi mangsa uji selidik kali kedua. Nak mampus namanya?!!!!
Pu3 nak berpesan. Pu3 ni kumpulan generasi masa akan datang. Tak akan sekali-kali nak jadi mangsa hasil ujian GAGAL untuk pentadbiran pakatan pembangkang.!!!!!
Nyahkan penyokong Israel itu!
Nyahkah pendoa kemusnahan Islam itu
Nyahkan pengikut LGBT itu
Nyahkan Pemungkir janji itu
Nyahkan DAP, PAS, PKR !
Allahu Akbar!!!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SUDAH TIBA MASA PUTERI DIBERI PENGHORMATAN
Pembawaan pemikiran kumpulan profesional membuka perubahan pendekatan dan pergerakan yang dilakukan berbeza dengan langkah sayap yang lain.
Namun sikap pesimis kumpulan tertentu, memandang puteri UMNO sebagai kumpulan wanita muda yang tidak matang, tidak perlu diberi tempat apa lagi memimpin mereka yang lebih usianya . Salah satu cabaran yang saban tahun diperjuangkan agar ia dilupuskan masih tetap diperjuangkan
Puteri UMNO bukan hanya permata yang menjadi penyeri, apa lagi menghiasi kegelapan. Puteri UMNO bukan menceriakan UMNO apa lagi penghibur kehambaran kini. Kelahiran puteri UMNO WAJIB dihargai. Kenapa dilahirkan untuk apa dibangunkan WAJIB direnungi.
Usah disingkap kain yang tertutup hanya menjejak parut luka. Usah diselak perkara yang tiada hanya kerana nak mencantas aura kepimpinan yang menyerlah kerana khuatir kedudukan kelak tergugat.
Pu3 petik kata-kata YAB PM yang berjenaka yang pu3 rumuskan pada pemahaman pu3. Pemimpin ada sekarang pada suatu ketika dulu adalah kumpulan muda. Menuntut untuk diberi kedudukan , meminta pemimpin lama memberi tempat. Kini, perkara sama kumpulan pemimpin muda memohon pengertian sama, tetapi kenapa pula pemimpin kini enggan memberi laluan. Malahan masih bangga menekan kumpulan pemimpin muda ini agar kedudukan mereka kekal sama. Maaflah ya.
Bukan nak kedudukan. Tetapi pu3 pun sebagai kumpulan wanita muda, bersetuju sangat cerita tersebut. Wajar direnung-renung dengan kewarasan yang tinggi. Usah kerana takutkan bayangan, usaha mencantas ini diamalkan. Jangan kerana gilakan bangga kuasa, anak dipelihara sanggup dikorbankan kerana si anak lebih menonjol kemampuannya.
Jika salah, tegurlah
Andai silap, nasihatlah
Andai lemah, berikan motivasi
Andai sasar, bimbinglah benar
Andai sesat, pandulah kembali jalan semula
Andai leka, ajarlah
Andai lupa, berilah ingatan
Sikap prejudis kepada golongan muda WAJIB dihentikan. Puteri UMNO wajar diberi penghormatan sama seperti sayap lain. Andai hanya untuk dianak tirikan. Kenapa puteri dilahirkan.
Puteri UMNO bukan penceria kehambaran
Apa lagi sebagai permata hiasan. Puteri UMNO bukan penghibur hati lara. Pu3 bencikan sikap prejudis ini. Pu3 mahukan penghormatan untuk sahabat pu3 yang tidak kira penat lelah, wang ringgit, masa dan jiwa dikorbankan untuk perjuangan Bangsa Agama dan negara. Sama seperti kepimpinan lain.
Selamat bersidang Pergerakan Puteri UMNO 2012.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
ARBAIYAH SUDAH KHATAM SEJARAH RASULULLAH SAW KER?
MIMPI ANGAN TAK SUDAH. ANWAR DAN NIK AZIZ PUTIH MATA
Baca di sini :.....
Undian Sinar Online Tolak Anwar dan Nik Aziz Sebagai PM
Apa yang dipaparkan diatas itulah keputusan undian yang dilakukan oleh Sinar Harian Online.
Keputusan diatas melibatkan undian yang dilakukan hingga jam 9 pagi tadi. Saya cuba untuk melihat keputusan terkini sekarang, tetapi didapati undian tersebut tidak lagi dipaparkan di portal berkenaan.
Kemungkinan besar ianya telah dibuang oleh pihak admin portal berkenaan.
Kenapa ia dibuang kita pun tak tahu ?
Mungkin pihak Sinar Online telah menerima panggilan daripada mana-mana pihak PKR ?
Mungkin juga undian telah tamat ?
Apa-apa pun inilah bakal PM kita nanti......
Sumber : RBF online
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
GELOMBANG KEAMANAN SEJAGAT: KDN KECAM KEKEJAMAN ISRAEL
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ekoran sekatan yang dilakukan oleh regim zionis, Tabung kecemasan Gaza hari ini berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM126,109 ribu yang akan diserahkan kepada Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) bagi disalurkan kepada rakyat Palestin.
"Hari ini kita lihat krisis kemanusiaan di bumi Gaza dan kita tahu mereka tidak cukup dengan keperluan harian, perubatan dan sebagainya.
"Oleh itu, saya mahu umumkan kepada dunia dalam konteks keamanan dunia sejagat maka pagi ini bermulalah gelombang semangat nilai yang kita mahu wujudkan", katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Gelombang Kedamaian 1KDN & Tabung Kecemasan Gaza.
Menurutnya, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman akan mengetuai gerakan kutipan tabung itu dan Datuk Lee Chee Leong akan mengetuai dalam usaha mewujudkan gelombang keamanan sejagat dikalangan Skuad Muda KDN.
Beliau turut memuji rakyat Malaysia yang turut menyalurkan sumbangan dengan menanamkan sikap cintakan keamanan dan membuang sikap tanpa mengira kaum untuk membantu rakyat Palestin yang ditimpa krisis dalam masa ini.
Sementara itu, beliau turut menyifatkan Isreal sedang berada didalam keadaan tertekan selepas genjatan senjata dilakukan terhadap negara itu.
"Mungkin kerana tekanan daripada dunia yang dipaparkan oleh media massa dan mungkin juga daripada suara dan juga doa kita bersama. Kita doakan genjatan senjata ini akan berterusan", katanya.
Sumber : KLPos dot com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
DOA POLITIK PAS YANG TIPIS IMANNYA?????
ANWAR DENGAN MISI KEMPEN BURUKKAN NEGARA. KINI DI AUSTRALIA PULA
| muka dah semakin serupa muka yahudi |
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KERANA NAK KUASA ANWAR DAN DAP SALING MEMPERGUNAKAN ANTARA 1 SAMA LAIN
Beliau menegaskan perkara itu akan berlaku memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa dibalik tadbir adalah DAP.
Bekas Naib Pengerusi DAP itu memberi peringatan kepada rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu yang diingatkan tidak terlalu ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri.
Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.
"Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan. Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.
"DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu 'terbeban' dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud," katanya.
Beliau turut menegaskan Pas hanyalah tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut.
"Lihat sahaja sehingga hari ini, mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas.
"Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan," katanya.
Tunku Abdul Aziz mengingatkan rakyat bahawa negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri justeru memberi amaran jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, rakyat akan menyaksikan keadaan huru-hara.
"Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini, mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat. Jangan tertipu," katanya.
Sumber : KLPos Dot Com
Ps: eloklah tu. Dah nawaitu tak elok. Busuknya dah melebihler kalau gabung. Depa ni umpama gunung berapi aktif. Bila-bila masa lahar meleleh. Sekarang ni tempoh bertenang sebab nak berkuasa. Dah berkuasa depa pula pakat kelahi, yang parah rakyat jelata! Ini jeniskah nak diangkat memerintah Malaysia? Na'uzubillah!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MENTERI KECEWA INSIDEN KEKECOHAN SESI PENGGULUNGAN : ISU AES
Sambil melahirkan rasa kecewa, Menteri Pengangkutan Dato' Seri Kong Cho Ha berkata, tindakan tersebut dilihat dirancang bagi mencetuskan huru-hara terutamanya membabitkan isu perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
ISLAMIK KER ARBAIYAH????
Islam secara keseluruhan. Bukan petik ikut suka hati? Di Malaysia pemimpin tak ikut AL QURAN? Status tu untuk siapa nya ya. Nik aziz berdoa tu ikut hukum Islam ker? Boleh diterangkan ayat berapa surah apa ada dinyatakan boleh mendoakan kemusnahan sesama Islam ni?
Kalau takat khatam bacaan Al-Quran tak bermakna faham terjemahannya. Faham terjemahannya tak bermakna faham pentafsirannya. Maaflah cik kak. Pu3 tengok yang suka ambik sebehagian dan sekerat jalan ayat Al-quran ini bukanlah kepimpinan UMNO. Tetapi lebih kepada kenyataan hentam kumpulan awak sendiri yang suka memutar belitkan ayat quran dengan pentafsiran mengikut kehendak diri. Agaknya kak arbaiyah tak sedar apa yang ditaip kot.
Almaklumlah. Orang dah semakin lancar berceramah di khalayak ramai kan. Tapi.. Buat pu3 setakat mampu bercakap di hadapan orang , cerita pengalaman diri tu belum lagi dikategorikan faham Islam. Tetapi sebagai pengkisah jurnal diri saja. Bukan boleh dibanggakan setakat mampu membanggakan diri sambil menghina individu Islam yang lain. Tu bukan bermakna sebagai pejuang Islam.
Sekarang pu3 tengah tunggu pula doa nik aziz ke atas DAP yang dah nampak anti-Islamnya walau PAS kata.. Faham Islam. PKR.. Opppssss parti keluarga Anwar yang menyokong kebebasan beragama. Nak doa apa ya? Agaknya nik aziz anggap doa memusnahkan. Doa datang bala adalah sama dengan kata Al-quran itu MENCARUT.
Tu yang Arbaiyah belajar nak mencarut. Cuma belum layak sbb belum sampai tahap level mursidul. So kena melalui fasa meroyan dan mengarut dulu.
Kasihannya Arbaiyah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PEDAJAL PAS TERMASUK ARBAIYAH
PENIAGA MEJA???
Kini jual meja. Sbb gambar nipun pu3 dapat lambat .. Tertanya-tanya juga pu3. Banyak tak perolehannya dengan jualan meja tu ya?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
DAP DIKECAM OLEH SETIAUSAHA POLITIK PM
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata ia terbukti selepas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menegaskan keputusan PAS mengenai isu Hudud tidak boleh dikait dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.
"Saya tidak terkejut langsung dengan penafian Karpal kerana memang DAP sejak daripada dahulu hingga sekarang memang menentang negara Islam. Dengan sendirinya penafian ini sudah dijangkakan.
"Kalau PAS betul-betul nak perjuangkan Islam, mereka terpaksa kaji balik hubungan dan kerjasama mereka dengan DAP," kata Fatmi kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Ahli Kelab Suara Muda, di sini malam tadi.
Pada majlis itu, Fatmi menyerahkan sumbangan berjumlah RM150,000 daripada kerajaan persekutuan kepada kelab itu untuk menaiktaraf dewan bagi kegunaan anggota kelab. Turut hadir Presiden Kelab Suara Muda Hashim Mohd Ali.
Isu pelaksanaan hukum hudud kembali 'panas' apabila Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Harun Taib selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51, dua hari lepas dilaporkan berkata PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara.
Harun berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksana sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.
Bagaimanapun, kenyataan Harun itu disanggah Karpal dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw yang dilapor berkata mereka tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tan berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan PAS mengenai pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: KLPos dot com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA 2012
BEAUFORT BERGEGAR!!!!! BANNER RAKSASA LAJIM
#BNBagus
#JanjiDitepati
DOA AKHIR & AWAL TAHUN
Buka lembaran baru tetapi usah dilupa lembaran lama yang belum ditunai amanahnya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
AGENDA YANG DIRANCANG. N.IZZAH & IRENE F
Mereka berdua mencabar subjek yang sama iaitu perlembagaan persekutuan. Perkara yang mahu dipinda adalah yang berkaitan dengan agama Islam, Melayu dan Bumiputera. Apakah kenyataan Nurul Izzah dan Irene Fernandez sudah pun dirancang awal?
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Itulah kenyataan yang disebut oleh Nurul Izzah dalam forum "Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November 2012. Mengapa soal agama Islam dibincangkan di Gereja? Mana Exco yang menjaga agama Islam di Selangor?
Apakah sewaktu Nurul Izzah menyebut kenyataan tersebut beliau tidak sedar ada wartawan Malaysiakini dan ada kamera yang sedang merakam percakapannya?
Tentu sedar. Ini bermakna, Nurul Izzah membuat kenyataan itu secara sedar, tiada paksaan dan bukan sesuatu yang disengajakan. Oleh itu, mengapa tidak mahu memohon maaf dan tarik balik kenyataan? Mengapa pihak lain pula yang dipersalahkan oleh Nurul?
Pihak yang dipersalahkan adalah Utusan dan media perdana, padahal kenyataan asal Nurul Izzah itu sudah ada dalam bentuk rakaman video dan pihak pertama yang mengulas pada hari yang sama (3 November) forum tersebut dibuat adalah Malaysiakini dalam artikel di atas . Mengapa tidak disaman dahulu Malaysiakini?
Sembilan hari selepas itu, 12 November 2012 terbit pula satu laporan bertajuk "Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia". Artikel berkaitan dengan laporan ini dilaporkan pertama kali oleh Malaysian Insider pada 14 November 2012 ).
Kajian yang berat sebelah dan tidak tepat itu jelas sekali memburukan reputasi perpaduan kaum di negara ini. Berat sebelah kerana kajian hanya menggunakan sumber daripada sebelah pihak sahaja. Berat sebelah kerana kajian tersebut lebih cenderung kepada politik kepartian PAS-PKR-DAP bukannya satu kajian akademik dan bebas. Malah data-data asal dan figura yang menyakinkan tidak ditonjolkan untuk dijadikan sebagai sumber.
Hanya beberapa orang di atas sahaja yang terlibat dalam kajian.
Terlalu subjektif dan imaginatif beberapa orang pengkaji sahaja yang kebetulan pula memang mahu menjadikan isu ini sebagai isu politik. Persepsi awal dicetuskan melalui kajian (kononnya), melalui dapatan kajian mereka cuba merumuskan sesuatu untuk dijadikan pendapat umum. Rumusan itu akhirnya akan dijadikan modal untuk mengelirukan rakyat, mencemuh perlembagaan dan memusingkan propaganda bagi mendapatkan undi dalam PRU13 nanti.
Yang dipertikaikan sekarang oleh Nurul Izzah adalah Perkara 3 (Agama Islam) dan yang dicabar oleh Irene Fernandez adalah Perkara 153 (Hak Istimewa Orang Melayu). Mencabar dua perkara ini bermakna mencabar kuasa Raja-Raja Melayu. Ini kerana untuk meminda dua perkara ini perlukan kuasa 2/3 parlimen dan persetujuan Majlis Raja Raja.
Apa motif sebenar Nurul Izzah (melalui Malaysiakini) dan Irene Fernandez (melalui Malaysian Insider) mencabar dua perkara ini (Perkara 3 dan Perkara 153)? Apakah pakatan pembangkang yakin mendapat 148 kerusi (2/3) di parlimen? Tentu tidak dalam pilihan raya akan datang.
Motifnya adalah untuk mengikis keyakinan rakyat terhadap perlembagaan yang sedia ada, mencetus keraguan di kalangan orang muda yang belum fasih dan faham Perkara 3 dan 153, serta yang paling dibimbangi oleh umat Islam adalah mereka ingin menyemai fahaman pluralisme di negara ini.
Apakah semua ini dirancang? Boleh jadi, kerana mereka mahukan sesuatu daripada pihak yang menaja agenda pluralisme ini seluruh dunia. Ini agenda menentang Keluhuran Perlembagaan (Perkara 3 dalam Rukun Negara)
Sumber: perubahan angin blog
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MUKTAMAR PAS: KENAPA DEWAN ULAMAK PAS TIDAK AKAN BAHAS ISU NURUL IZZAH?????
NURUL IZZAH PENGKHIANAT ISLAM!!!!
DEMI AGAMA ATAU DEMI...????!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


