Followers

SIAPA HARAKAHDAILY ATAU DAP NAK KATA BOLEH BUAT KENYATAAN MEWAKILI PM????

::Pewaris Anak Bangsa::

Memang pu3 sedikit pelik. kenyataan yang dibuat Presiden MCA boleh pula harakahdaily dengan seronok dan bangganya mengatakan bahawa UMNO terutamanya YAB Najib menyokong sorak ke atas  kenyataan tersebut. soalan pu3, sejauhmana ilmu penulis artikel atau DAP yang boleh membaca minda Perdana menteri Malaysia dan siapa DAP atau editor Harakah daily nak menjadikan diri merela berhak mewakili YAB Najib dalam isu kenyataan tersebut.

Dahsyat juga ilmu telipati depa ni sehingga boleh menyatakan pendirian yang bukan lahir dari diri mereka. hahahahahaha.. bagi pu3, ini kenyataan atau pandangan SYOK SENDIRI hanya kerana YAB PM tak menghentam atau mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap isu tersebut. pada pandangan pribadi pu3, penulis artikel harakahdaily dah terlupa. pandangan mereka ini adalah pandangan yang mempunyai unsur FITNAH. agaknya, mereka terlupa bahawa di Malaysia sendiri terdapat akta Fitnah yang boleh disabit .


Fitnah atau Defamation ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu libel dan jugaslanderLibel adalah fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya. Manakalaslander pula merujuk kepada fitnah yang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures). Agak penting mengenal pasti yang mana satuslander dan yang mana satu libel kerana undang-undang mengenakan tanggungan berbeza terhadap kedua-duanya. Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara slander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages , kecuali dalam kes-kes tertentu). Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel.
Harus diingat kenyataan yang membawa kemarahan sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan asas bagi tuntutan dalam tort fitnah. Ia hendaklah menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat (rujuk perenggan ke dua di atas) atautelah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang. Oleh itu, setelah dikenalpasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitnah, maka soalan yang ditanyakan adalah: Adakah ia boleh merendahkan reputasi dan martabat orang yang difitnah di mata masyarakat? Adakah kenyataan itu akan menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan?  (hatred, ridicule, or contempt  [Rujukan: Sim V Stretch [1936] All ER 1237 (HL).

Dalam Islam ittu sendiri, Harakahdaily mengakui bahawa mereka ini merupakan pihak pejuang Islam. Tetapi seringkali terlupa bahawa kenyataan memihak DAP ini adalah melanggari hukum dalam Islam itu sendiri. 

Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
  • Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
  • Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.
Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.
Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.
Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.
Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.
Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.
Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.
Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”
berbalik dengan kenyataan Presiden MCA. penulis artikel harakahdaily tak seharusnya mengatakan penolakan MCA sebagai menolak Islam dengan menolak amalan hudud Pas yang asyik timbul tenggelam mengikut banjir tsunami Pilihanraya. Dekat nak PRU, barulah timbul buih cerita nak laksanakan Hudud. habis demam PRU, cerita ini tenggelam dalam pesta alpa mereka. Seolah-olah ini fiesta iklan bermusim. soal MCA ini kita ketepikan. namun yang nak pu3 tegur, mengaitkannya konon kenyataan MCA ini disokong dan didukung oleh UMNO itu sendiri. Nak kata bodoh piang penulis ni, kira dah cerdik buat cerita ikut sesedap nafsunya semata.
terima kasihlah saudara yang rajin sangat mengpos gambar sokongan depa kat wall bos pu3. tak apa, dia suka sebab itu dia tak block apa lagi delete gambar2 tersebut. lagi dia suka sebab posting tu umpama hadiah tak perlu menjejak bahan.

#BNBah
#BNBagus
#JanjiDitepati

KENYATAAN AKBAR: PELAKSANAAN AES DIKAJI SEMULA

::Pewaris Anak Bangsa::



KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MENGENAI ISU PERMOHONAN PEMUDA UMNO MEMOHON CARA PERLAKSANAAN AES DIKAJI SEMULA.

AES adalah sebuah sistem kamera autimatik berteknologi tinggi yang merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu merah. Ianya dipasang di lokasi ‘hitam’ dengan tujuan utama pada dasarnya ialah menambahkan keselamatan rakyat semasa berada di Jalan Raya.

Sistem ini mampu meningkatkan kecekapan system penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut. Kita seharusnya tidak berkompromi apabila bercakap mengenai isu keselamatan rakyat. Tujuan utama kerajaan apabila melaksanakan system AES ini ialah keselamatan rakyat dan bukannya mengaut keuntungan seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Kenyataan yang mendakwa bahawa Pemuda UMNO menggesa pemansuhan AES adalah tidak benar. Pemuda UMNO melalui Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin sebenarnya menyatakan bahawa pada dasarnya perlaksanaan AES adalah satu cadangan yang baik. Beliau Cuma memohon agar pihak Kementerian yang bertanggungjawab mengkaji semula cara perlaksanaan AES dilakukan agar cara perlaksanaan tersebut dapat diperhalusi lagi dan Puteri UMNO bersetuju dan menyokong cadangan Pemuda UMNO ini.


YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN
KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
AHLI PARLIMEN P.175 PAPAR

KENYATAAN AKBAR: ROSNAH MENYOKONG PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS UMNO

::Pewaris Anak Bangsa::


KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MENGENAI ISU PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS UMNO BAGI AHLI YANG MENSABOTAJ PARTI DAN CALON BARISAN NASIONAL

Penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menangani ahli yang mensabotaj parti dan calon Barisan Nasional mencerminkan hasrat serta pendirian UMNO yang akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ahli parti yang merosakkan parti. Jawatankuasa khas yang ditubuhkan ini akan dianggotai beberapa anggota Majlis Tertinggi yang tidak mempunyai kepentingan, anggota Lembaga Disiplin dan anggota Jawatankuasa Pengurusan selaras dengan Fasal 10.15 yang dibaca bersama Fasal 20.3 Perlembagaan Umno.

Ini merupakan satu langkah yang terbaik bagi memantau dan mencegah daripada berlakunya sesuatu kejadian yang bertentangan dengan dasar serta polisi parti terutamanya apabila menjelang pilihan raya yang akan datang nanti. Langkah ini akan mempercepatkan proses mengambil tindakan terhadap ahli yang mensabotaj parti.

Jika dilihat daripada sudut pentadbiran, Jawatankuasa Khas UMNO merupakan lanjutan kepada Lembaga Disiplin serta melengkapkan tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Disiplin. Penubuhan Jawatankuasa ini bukanlah bertujuan untuk menyangkal ketaatan ahli tetapi untuk mencegah unsur-unsur sabotaj. Walaubagaimanapun, pencegahan terhadap sesuatu yang mungkin berlaku bukanlah bererti ada unsur-unsur sabotaj. UMNO berpendapat bahawa langkah pencegahan adalah lebih baik daripada mengambil langkah pembetulan jika sesuatu berlaku kelak.

Merujuk kepada persoalan samada jawatankuasa ini perlu diwujudkan sedangkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 para perwakilan telah melafazkan ikrar taat setia atau baiah. Dalam hal ini, UMNO tidak mempertikaikan ikrar taat setia atau baiah yang dilafazkan oleh ahli sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2011. Tindakan penubuhan Jawatankuasa Khas ini adalah bertujuan untuk pencegahan dan bukannya mencari kesalahan. UMNO akan sentiasa mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk kepentingan ahlinya dan memberi keyakinan kepada rakyat. Ini adalah selaras dengan transformasi UMNO yang relevan di pentas politik tanah air.

YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN
KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
AHLI PARLIMEN P.175 PAPAR

KENYATAAN AKBAR: ISU BN KEKAL DI PUTRAJAYA

::Pewaris Anak Bangsa::


KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MENGENAI ISU BN KEKAL DI PUTRAJAYA

BN telah membuktikan komitmen menjaga kesejahteraan rakyat dengan merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, BN telah membuktikan ketulusannya dalam memimpin pelbagai bangsa dan agama. BN juga sedar bahawa bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya dan meneruskan kestabilan, keamanan serta kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara dan segala janji harus ditepati.

Persoalannya, bagaimanakah BN boleh bertahan walaupun berbagai tohmahan dilemparkan bagi memburukkan imej dan reputasinya? Jawapannya, kerana semua rakyat dapat melihat bukti yang nyata, di mana dari dahulu hingga kini, perjuangan BN adalah demi rakyat dan masa depan negara, bukannya demi individu atau kumpulan tertentu. Kerajaan BN dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sememangnya memahami nadi dan denyutan Rakyat. Walaupun pihak pembangkang gemar mewujudkan propaganda namun rakyat sudah mula membuka mata untuk menilai mana Janji yang Ditepati atau Sekadar menabur Janji.

Seperti yang telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri, bukti Kerajaan BN telah menepati janji boleh dilihat dengan Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi mengimbangi antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu. Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. 
Seterusnya, diteruskan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pencen minima dinaikkan, insentif pesara kerajaan diberikan, meringankan beban bakal-bakal haji dengan membenarkan akaun 2 caruman KWSP dikeluarkan bagi menampung kos mengerjakan haji,  tambahan 10,000 ahli pasukan sukarelawan polis, dana memajukan kaum wanita, bonus kakitangan awam, durian runtuh warga FELDA dan banyak lagi demi meringankan beban rakyat.

Semua ini tidak mungkin menjadi realiti jika BN bukan sebuah kerajaan yang baik.  Kita yakin, masa depan bersama BN akan kekal cerah dengan komitmen pemimpinnya yang meneruskan cara berkhidmat atas dasar Demi rakyat dan Demi Masa Depan. Ibarat pepatah Melayu, “ Bulat Air kerana Pembetung, Bulat Manusia kerana Muafakat, Kata seia kata sepakat, Setuju sependirian setuju sependapat, Kata dibulati kata bertepati, Janji termeteri, kejayaan dinikmat”.


YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN
AHLI PARLIMEN P.175 PAPAR

PERINGATAN BUAT MEREKA YANG DIAMANAH

::Pewaris Anak Bangsa::

Bangunlah mereka yang dipertanggungjawabkan. ini bukan  masa untuk korang nak tunjuk demand nak orang lain ikut cakap korang semata hanya kerana korang dilantik oleh pihak-pihak mempercayai korang. Kalau hanya setakat memiliki kuasa seketika tetapi tidak mengausai kepercayaan. ianya umpama buih di atas permukaan yang seketika nampaknya dan bakal hilang.

siapa buih itu? mereka yang telah TERANGKAT hanya kerana rajuk orang yang pada saat itu berkehendak mengurangkan angka sokongan namun tersilap percaturan kerana tak berbincang terus terSALAH pangkah dan MEMANGKAH mereka yang tidak berkualiti.

Akhirnya...  apa dah jadi? mereka yang tidak BERKUALITI ini juga yang memeningkan kepala yang lebih ramai.

pemimpin UMNO dok sibuk melaksanakan tugas mereka di setiap kawasan, pemimpin pakatan dok MENYALAK hanya tahu berhujah SUARA tapi kerja HAPRAK TAK NAMPAK
gambar hiasan 

Konon PM kita DAYUS hanya KECUT tak mahu berdebat dengan ANWAR bin Ibrahim. Kalau takat tahu bercakap , kempen ke sana sini tapi kerja tak reti nak buat. Hujah tulah umpama BUIH yang akan hilang tatkala ditujah AIR kuat. JANJI YANG DIMUNGKIRI semata.

pu3 nak cerita satu cerita sebenar yang berlaku dalam kononnya kepimpinan PKR kawasan pu3. sama bergolak luar dan dalamnya. merajukpun ada. Seorang mengaku dia ni bekas Ketua Angkatan PKR ( pemuda PKR) lah tu. boleh merajuk kata, dia orang lama sepatutnya mendapat tempat antara barisan calon PKR untuk PRU akan datang. Tak sedar ukur kelayakn diri. bukan hanay kurang pendidikan. kerja pun serba ikhsan orang. Ada hati nak jadi calon.

Lain lagi bakal Calon PKR yang dahulu pernah menyandang jawatan AJK bahagian. Sermasa pemilihan 2004. selepas PRU-11. dia kecundang tak mendapat tempat. tenggelam seketika dan tiba-tiba kembali ke kampungnya terus menonjolkan dirinya bakal menjadi calon PKR kelak. kalau setakat gelaran DATO dan kenderaan serta kekayaan semata. turunnya apabila angin sepoi konon membawa khabar bakal datang PRU , baru nak balik kampung. please lah orang kampung. usah tertipu dengan penempatan seketika itu. kelak ia kana hilang semula nanti saat BULAN MADU 2 atau 3 tahun sebelum PRU akan datang menjelang lagi.

Nasihat pu3 buat mereka yang kemaruk nak mencalonkan diri. renung-renungkan diri anda. Kalau nak menjadi calon hanya kerana KUASA dan HARTA yang bakal diperolehi. Elok MUHASABAH diri semula. Pu3 takut, TANGGUNGJAWAB tak terangkat oleh korang kelak. Nak jadi YB ni, bukan hanya memenuhi jemputan majlis dan merasmikan majlis semata. Bukan setakat ada pemandu membawa kereta mewah berhenti di depan pintu utama. dan bukan setakat disambut paluan kompang dan bunga manggar semata. nak menjadi YB ni, sahlah tanggungjawab semakin berganda-ganda. kalau dahulu hanya fokus kepada diri dan ahli kelaurag. Selepas menjadi YB, diri bukan punya hak pribadi. 24 jam milik mereka yang mengangkat dan mengharap bantuan dan perhatian.

jangan lupa. usah meminta mereka konon WAJIB membalas budi dengan apa yang telah diberi. Orang ramai sekarang dok menilai, apa yang bakal kita lakukan kepada mereka kelak setelah mereka pakat memangkah kita. Ianya adalah satu AMANAH yang tetap dipikul selagi kita bergelar YB

nasihat pu3 sebagai antara pengundi muda. zamans ekarang bukan zaman hanya setakat menjadi PAK TURUT semata. tetapi lagi hebat menjadi mereka yang memantau dan menilai

salam muhasabah diri

KEPIMPINAN UMNO WAJIB ALERT!!

Pu3 memang setuju dengan pandangan blogger ini. Saban tahun, ada sahaja tak kena laporan oleh portal pembangkang memburukkan UMNO. Tranperansi dilakukan oleh UMNO dalam saban perhimpunan mengundang bahan tohmahan penulis pirtal pembangkang yang rakus membogelkan UMNO dengan cerita sensasi tak wujud tetapi sengaja diwujudkan.

Baca sini dulu....

Amaran untuk UMNO-haramkan portal pembangkang di Perhimpunan Agung 2012..
Sekian lama Najib dimalukan oleh portal ini..

TANAH Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula 26 Nov hingga 1 Dis ini jangan sesekali dibenarkan  dan dihalalkan untuk dipijak  walau seinci pun oleh-mana wakil akhbar on line terutama sekali MalaysiaKini,Free Malaysian Today dan juga Malaysia Insider apatah lagi akhbar-akhbar milik pembangkang seperti Harakah,Suara Keadilan,Rocket atau apa sahaja yang berkaitan dengan mereka.
Membenarkan mereka ini memijak tanah perhimpunan tersebut dan membuat laporan tentang perhimpunan itu  seolah-olah memperlihatkan UMNO ketandusan laporan,kemaruk tulisan dari mereka  dan sekaligus menjadikan UMNO  seolah-olah muka yang tidak tahu malu kerana membenarkan musuh,penyamun,pengkhianat serta penderhakaan terhadap agama,bangsa dan Negara yang diperjuang serta dipertahakan oleh UMNO selama ini.

Suara On Line ini sekian lama mencerca,menghina dan memuarbelitkan fakta terutama sekali melibatkan UMNO dan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO itu sendiri malah kehadiran mereka walaupun tidak diundang untuk taklimat media oleh Ibu Pejabat UMNO baru-baru ini membayangkan bahawa pemberita mereka jenis muka yang tidak tahu malu ibarat muka mereka telah ditampal oleh kulit babi.

Tak dijemput pun mereka sanggup tebalkan muka hadir untuk taklimat tersebut dan menjamah makanan yang UMNO hidangkan walaupun selama ini merekalah yang mencaci maki UMNO dan Barisan Nasional.Jenis sial mereka sudah tidak rasa malu samalah seperti idola mereka,Anwar Ibrahim!

UMNO tidak perlu mengharap laporan yang adil serta saksama dari corak pemberitaan yang jijik serta busuk ini kerana walau bagaimana baik atau jayanya Perhimpunan tersebut, keparat-keparat media ini pasti akan memutarbelitkan fakta dengan teori-teori auta mereka dan sebagai agen asing seperti yang didakwa sebelum ini,Malaysikini terutamanya akan tetap mencari jalan untuk melapor atau menulis berita-berita yang berbau fitnah.

Ibu pejabat UMNO pasti ada rekod untuk menyokong mereka bagi menghalang ibls-iblis yang berselindung di sebalik kebebasan media ini bagaimana mereka memutarbelit serta menyelinap masuk bagi mencari keburukan UMNO untuk didedahkan kepada umum ataupun dijadikan bahan dagangan untuk menjual Negara kepada pihak asing dan dengan apa cara sekalipun penyangak-penyangak media ini harus dihalang bukan sekadar memijak,melintasi bangunan yang menempatkan perhimpunan  tersebut pun jangan dibenarkan sama sekali.


Ku Nan jangan bertolak ansur...

Kumpulan media online ini adalah umpama anjing berkeliaran yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk menghidu dan mencari segala kelemahan UMNO untuk upah yang sedikit bagi diberi makan oleh tuan mereka dan mereka inilah perkakas yang digunakan bagai menjahanamkan kestabilan negara serta perpaduan kaum.


UMNO juga  tidak perlu dan diberi amaran untuk tidak bertolak ansur dan mempercayai slogan telus dan adil dalam laporan mereka kerana terbukti MalaysianKini,Malaysian Insider dan Free Malaysia Today,pemberita mereka dididik untuk jadi seorang penulis yang tidak bermoral dan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah meruntuhkan negara ini  dan mereka sedang gigih berusaha kearah itu menjadi media sokongan mengulingkan kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh UMNO.

Lebih malang lagi kebanyakan pemberita yang berkerja di syarikat ini adalah terdiri daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam tetapi mereka ini sanggup dan rela diperkudakan untuk menjadi tunggangan pihak asing untuk mengkhianati agama,bangsa dan negara mereka.

Sekali lagi diingatkan kepada kepimpinan ibu pejabat UMNO,jangan sesekali dibenarkan ataupun diberikan tempat kepada mereka ini kerana mereka tidak layak untuk berada bersama-sama dalam majlis tersebut malah mereka ini halal untuk kita ludah mereka ini lantaran perbuatan serta pembabitan mereka selama ini yang sepanjang masa memutarbelitkan laporan dalam setiap penulisan mereka.Jangan sampai salakan anjing-anjing ini menyakitkan telinga kita..!

Pemberita ini boleh berubah wajah pada bila-bila masa dan menjadi seperti sesumpah yang dukar dikenali dan kadang-kadang mereka ini ibarat buluh yang pepat dluar tetapi rencung didalam dan kalau UMNO bertolak ansur dalam waktu yang hampr dengan PRU13 in dengan memberi muka kepada mereka,UMNO bakal berdepan dengan situasi yang tidakl terkawal bakal dicetuskan oleh kalangan pemberita fasik dan munafik ini,

Sumber: Sanggah tok Janggut blog


Perkara seperti ini, usah dibiarkan berterusan. Memang niat kita nak baik tetapi depa ni bukan sama nawaitu dengan UMNO! Depa suka merosakkan persepsi khalayak kepada UMNO. Nama lagi portal pembangkang!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KORBAN: PAKATAN NAK KORBAN AGAMA???????


Dua hari berlalu Raya aidil adha. Hari semua umat Islam melaksanakan perbadatan korban (bagi yang mampu) dan hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam yang dalam menjalankan peribadatan haji. Gelaran Haji dan hajjah dianugerahkan kepada mereka. Semoga perolehi haji yang mabrur. Semuanya berusaha sesungguhnya untuk mendapat berkat dan ganjaran pahala. Kira tambahan tiket ke Syurga ( tolak jaminan PAS ke Syurga)

Kini... Satu kerisauan pu3, teramat-amat risau dengan fenomena. Fenomena yang wajar dibasmi sebelum ia semakin tersebar luas. Ketaksuban yang melampau dalam pakatan pembangkang. Penyokong Anwar, Lim guan Eng, dan nik aziz.

Gelagat mereka mengangkat kedudukan keempat pemimpin pakatan ini sehingga tahap pu3 nilai sebagai keterujaan menaikkan taraf agar individu yang mereka puja itu turut dipuja oleh orang lain!


Nik aziz warisan Nabi????
Anwar imam mahadi???????
Lim guang Eng khalifah??????
karpal Singh dah Tuhan????!!!!

MASYALLAH!!!!!!!

Belum lagi dengan nik aziz yag acap kali mengubah hukum mengikut kehendak memihak kepada mereka. Seketika haram buat sesiapa mengikutinya tetapi perkara yang sama menjadi halal apabila nik aziz berkehendak menyokong pihak mereka pula.

Demikian juga penyusunan hukum hudud Terengganu dan Kelantan. Bolehkah hukum hudud ini diuabahsuai mengikut kesesuaian negeri? Yang peliknya.. Part LIWAT. Boleh pula PAS menghalalkan LIWAT ke atas isteri walhal ianya adalah Haram? Why?

Fenomena ini menunjukkan 1 aktiviti yang mencurigakan! Adakah pakatan berkehendak menubuhkan sesuatu yang besar impaknya kepada mereka? Kenapa sejak akhir-akhir ini agama Islam dipolitikkan oleh mereka? ( Pu3 tahulah Agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Tetapi soal agama dipolitikkan bagi tujuan menyokong sesuatu adalah sesuatu yang tidak baik!)


Nak bentuk variasi agama baru? 
Nak menggabungkan agama seluruh dunia termasuk agama yahudi?


"pasal khalifah palsu ciptaan pas ni suka sebut perkataan amar maruf nahi mungkar.

memberikan gelaran dan branding adalah budaya sesat pas. lim guan eng cepat-cepat digelar sebagai khalifah umar abdul aziz sebab pas nak menutup kelemahan dan kesundalan guan eng/dap yang pernah menghina pas sebelum ini.

dengan memberikan gelaran ini, ia akan menutup segala ruang kritikan terhadap guan eng. pasal apa ? pasal sekarang ini guan eng sudah menjadi saudara sepepet pas".-GAP

Lainlah pula gelaran untuk nik aziz dikatakan warisan Nabi. Siapa nik aziz yang diangkat oleh penyokongnya sebagai warisan Nabi ini? Hanya pengetahuan lebih dari penyokongnya dah didarjatkan pada keturunan mulia? Ketabsuban melampau dan umpama kira nak menyembah dah ni. Sangat merisaukan!!! Kalau dibiarkan lagi, ketaksuban tahap mengagungkan umpama menyembah Tuhan lagi bahaya! Boleh menyesatkan akidah juga ni!

Ditambah lagi, kegiatan Anwar yang menyamai umat nabi Luth malahan lebih daripada itu. Biseksual (bisexsual) yang mengundang permasalahan bukan sahaja bahaya kepada golongan perempuan malahan lelaki juga tidak selamat dari menjadi habuannya. Dan dia telah diangkat sebagai IMAM MAHADI oleh si ustaz yang rajin memberi kuliah di bilik hotel jam 3 pagi! Fuhhhhh!

Bukan itu sahaja. Kebolehan Anwar mewataki perwatakan mengikut keperluan suasana sangat mengkagumkan. Boleh menjadi seorang penyokong yahudi, dalam masa yang sama boleh menjadi seorang look warak! Menjadi seorang yang sangat berani ketika berhujah namun boleh menjiwai sifat PENAKUT teramat sangat sehingga lari kedutaan Turki hanya konon menerima sms ugutan konon akan dibunuh. Belum lagi drama sedih yang ditunjukkan pada sesi ceramahnya sebelum 7hb jan 2012. Sedih teramat sangat mengalahkan lakonan pelakon filem hindustan sehingga berlinangan air mata pendengar. ... Sebiji macam DAJJAL!!!

Tu belum lagi Anwar siap menghentam umat islam dalam sesi hujahannya mengatakan umat Islam terlalu beremosi ketika berhadapan isu penghinaan junjungan Nabi Muhammad saw! Wahhh! Cerita itu diambil mudah pula. Yang peliknya... Nik aziz tak pula mengamuk mengatakan KAFIRnya Anwar walau asyik menuding jari kepada UMNO sebagai kafir dan Jahil!

kenapa mereka mempolitikkan agama? Hanya kerana nak berkuasa? Astagfirullah! Adakah kerana nak berkuasa mereka sanggup korbankan kesucian agama Islam dengan melahirkan pula agama VARIASI baru?!

Sebagai salah seorang dari penganut agama Islam. Berpegang kepada " aku percaya sesungguhnya tiada Tuhan selain daripada Allah dan aku yakin serta percaya sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah" fenomena ini WAJIB ditentang dan dimusnahkan. Allahu Akbar!!!!!!


#BNBah
#BNBagus
#IslamAgamaSuci

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan saudari sekalian,

الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

1.     Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.

2.     Hari Raya AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji ke Baitullah. Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

3.     Menelusuri sirah ibadah haji yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, telah terpatrinya satu perjanjian yang dikenali Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Mekah. Hasil daripada perjanjian tersebut, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya. Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperanan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina baru-baru ini.

4.     Pengorbanan Kerajaan Malaysia yang sanggup bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro ini pastinya adalah satu pengorbanan yang amat membanggakan. Komitmen jitu kita dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah Negara menyebabkan kita diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik. Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama yang terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang telah melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini.

5.     Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran,perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik."
6.     Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Jemaah Haji kita di Kota Suci Mekah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta kembali ke Tanah Air dengan selamat...

7.     Saya dan seisi keluarga merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam Malaysia dan di mana jua mereka berada. Semoga AidilAdha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan AidilAdha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini. Insya Allah
 
MALAYSIA NEWS NAJIB RAZAK AIDIL ADHA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KERAjAAN TADBIRAN NIK AZIZ RUGI RM700J???!!!!!!!!!

Dok canang kerajaan PAS kelantan berjaya tadbir ekonomi negeri. Tapi kenapa boleh rugi sehingga RM700 juta?

Umumnya, sebahagian besar rakyat Kelantan telah lama menyedari projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang gagal dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan negeri.

Namun tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan pihak pemaju swasta Liziz Standaco Sdn Bhd menyiapkan projek tersebut juga sebenarnya telah menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat terpaksa menanggung kerugian yang tidak sedikit jumlahnya.

PTSK ataupun lebih dikenali sebagai Projek Lembah Sireh itu, bukan sahaja telah menyebabkan negeri Kelantan mengalami kerugian berikutan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang bernilai RM318.29 juta tergadai dan berpindah milik kepada syarikat tersebut, malah kerugian sebenarnya jauh lebih besar sehingga melebihi RM700 juta.

Jumlah kerugian tersebut hampir bersamaan dengan dua kali ganda jumlah belanjawan tahunan Kerajaan PAS Kelantan, malah angka itu juga 3 kali ganda lebih besar daripada peruntukan RM250 juta untuk NFC Corp yang pernah disensasikan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

Jika dalam isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta jelas termaktub dalam perjanjian bertulis wang pinjaman tersebut perlu dibayar mengikut jadual, namun dalam kes projek Lembah Sireh pula tanah yang bernilai RM318.29 juta itu secara cuai telah dipindah milik tanpa prosedur yang betul.

Ini disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang merekodkan kegagalan projek itu serta turut mengesahkan penukaran hak milik tanah telah dilakukan sewenang-wenangnya, sedangkan sepatutnya hanya selepas keseluruhan projek pembangunan telah selesai dilaksanakan barulah urusan pindah milik kepada Liziz Standaco boleh dilakukan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika mengulas isu ini, katanya mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak itu antara lainnya mensyaratkan pemberian tanah seluas 716.8 ekar itu sepatutnya diikuti dengan sumbangan balas dari Liziz Standaco dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal.

Namun disebabkan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengurus amanah rakyat, tanah tersebut tergadai begitu sahaja tanpa mendapat manfaat yang setimpal sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian.

Berikutan kecuaian pemimpin PAS yang mengurus tadbir negeri dengan berkesan, impaknya menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hak ke atas tanah yang bernilai RM318.29 juta itu, dalam masa yang sama juga mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang hingga saat ini gagal ditunaikan oleh syarikat Liziz Standaco.

Justeru itu, amatlah wajar sekali apabila NGO terbabit mendesak Timbalan Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob mengambil tanggungjawab seterusnya meletakkan jawatan berikutan kerugian tersebut, sementelah lagi kerugian yang ditanggung terlalu besar melibatkan pula harta rakyat dan bukannya harta milik pemimpin PAS negeri.

Menurut Presiden OMBAK itu lagi, pengesahan audit dari LKAN membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat pihaknya Februari lalu berkaitan isu ini ternyata benar. Lebih mengecewakan lagi selepas pendedahan itu, kerajaan negeri tidak pula mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan.

Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan khalayak anak negeri, gerangan siapakah pemilik Liziz Standaco dan apakah hubungannya dengan pemimpin dalam Kerajaan PAS Kelantan?

Entah apa istimewanya Liziz Standaco Sdn Bhd sehingga mendapat kelebihan sedemikian rupa termasuklah secara mudah dibenarkan memiliki tanah milik kerajaan negeri sekalipun sehingga kini masih gagal menyediakan dan menyiapkan pembangunan fizikal yang dijanjikan.

Melihat pada senario kegagalan projek Lembah Sireh serta tergadainya tanah kerajaan yang bernilai beratus juta ini, jelas sekali ia menuntut rakyat Kelantan untuk segera bangkit membantah unsur penyelewengan yang kemungkinan besar memang wujud seperti mana pernah diperkatakan ramai lama sebelum ini.

Jika rakyat Kelantan lambat bertindak dalam menyatakan hak mereka, dan masih enggan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan yang sudah terbukti lemah, cuai dan gagal ini, dikhuatiri kelak masa depan negeri ini pula yang tergadai nanti.

Sumber : Beruang Biru
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANTARA KAWAN DAN NEGARA : DR SIDEK BABA

Kenapa Dr Sidek Baba tinggalkan Anwar?walhal suatu ketika dulu-dulu, beliau adalah orang kuat bersama Anwar dalam Angkatan Belia Islam malaysia (ABIM)

Adakah kerana masa berlalu dah mengubah hubungan mereka? Anwar dah jadi geng politik dan dr Sidek Baba telah menjadi Profesor di UIAM.

"Bagi saya, Saya tidak bercakap soal parti. Saya bercakap tentang soal kerajaan dan negara... Saya ada prinsip hidup saya, saya sumbangkan untuk negara dan umat manusia. Adakah itu salah?.... Tetapi apabila soal kredibiliti menjadi isu kepada saya, isu itu membuat saya memilih antara yang baik dan tidak baik. Isu itu membuat saya memilih negara yang aman dan stabil, atau tidak," katanya.

Dengan erti maksud lain. Orang kanan UIAM ini bukan mengutamakan hubungan antaranya dengan Anwar sebagai faktor andai diminta membuat pilihan bukan faktor pengubahpilihan buatnya. Dialah seorang ahli akademik yang memilih secara utama kepada negara.

Tabik springlah pu3 kepada pensyarah ini. Sepatutnya ini antara faktor penyokong tegar Anwar buka minda sikit. Renungkan. Kenapa mereka yang intelek dan bijak keluar beramai-ramai tinggalkan Anwar walau sebelum ini mereka menyokongnya.

Jawapannya kerana mereka bijak menggunakan akal mereka. Dulu tu mereka memilih kerana 'perhubungan' tetapi setelah menilai sepanjang pengorbanan mereka menyokong dan sedar bahawa berlaku songsang.. Mereka segera berundur enggan terlibat dengan Anwar bin Ibrahim.

Yang berbaki adalah mereka yang tinggi peratusannya bukan kerana kualitinya, tetapi tinggi nafsu! Nak kedudukan, nak kuasa. Ruang-ruang kosong itu sudah diisi mereka yang sealiran Nafsu dengan anwar dan bukan mereka yang mempunyai mentaliti yang berkualiti. Pstttttttt macam longgakan sampah. Semua dihumbang masuk dalam bekasnya. Dah tak berguna kenalah letak satu tempat. Pu3 yakin bekas sampah itu kalaau dah tepu sangat, sah berulat dan membusuk. Bakal ada petugas membuang dan memusnahkan sampah tersebut dan lama kelamaan, bekas itu yang sering menampung sampah busuk juga akan musnah.

Faham tak maksud pu3. Baca ulang2 dan fahami maksud pu3 ini.

Ps: adam adli dibuang, abby abadi dibuang, a samad said terbuang.. Hairie othman meminggir..lajim katak, bumburing.. Jeffrey? Semua tu sampah dan tiada kualitinya. Antara contoh yang nampak longgokan buangan.

#BNBah
#BNBagus
#ABCD ~Asal Bukan Cina DAP

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LKS TAHU PERJANJIAN UMNO MCA DENGAN SYAITAN???

bagaimana Lim Kit siang TAHU URUSAB PERJANJIAN SYAITAN?????
Ada perjanjian Syaitan UMNO MCA untuk kekal berkuasa? Lim kit siang lontarkan kenyataan ini sebagai kenayataan balas ke atas ucapan chua soi lik di harakahdaily. (Terima kasih rakan FB yang kongsikan artikel tersebut : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14092-perjanjian-syaitan-umno-dan-mca-untuk-kekal-kuasa.

Dahsyat juga lim Kit Siang ya. Boleh tahu ada 'perjanjian syaitan' ni? Siapa Lim kit Siang sebenarnya? Bagaimana bapa ketua menteri pulau pinang ini tahu ada perjanjian Syaitan itu? Bukan sebarang orang boleh tahu perkara ' maya' ini kecuali ia mempunyai talian untuk memaklumkan kepadanya. Perjanjian antara manusia dengan syaitan ini bukan boleh diketahui oleh manusia lain, kecuali mereka yang terlibat sahaja atau mempunyai perkaitan.


Nak kata lim kit Siang merujuk hal ini dari kitab-kitab keagamaan. Kitab apa ya? Usah kata kitab Al-Quran ya. Jangankan UMNO atau MCA... PAS sendiri tak ada terkandung namanya dalam Al-Quran!

Adakah...... Lim kit Siang mempunyai hubungan dengan Syaitan? Sebab tu Syaitan mendedahkan maklumat 'perjanjaian' tersebut kepadanya?


Harakahdaily @ admin @ editor akbar keseronokan PAS tersebut, dah comfirm dan yakin bahawa kenyataan tersebut adalah tepat? Tabik pu3 dengan keberanian penulis harakahdaily yang beraninya memperakui kenyataan lim kit Siang perihal "perjanjian sayitan" ini dengan menyiarkannya dalam web mereka. Ertinya mereka juga ada bukti tersebut.

Andai ada bukti, kenapa tak disiarkan sekali bentuk perjanjian tersebut. Kenapa hanya biarkan Lim kit Siang menyatakannya? Atau.. Editor harakahdaily seronok baca kenyataan lim kit Siang yang dianggap memang membunuh UMNO dan MCA?

Part tu, pu3 sebagai manusia biasa tak mampu nak jawab. Hal hubungan perjanjian dengan Syaitan itupun hanya lim kit Siang dan Syaitan sahaja yang tahu. Kalau dibuat pilihan sekalipun, mati hidup balik, pu3 tak akan bertemua dan dibiarkan paksa temu dan berurusan dengan Syaitan ini.

soalan pu3 lagi. takkan Nik aziz atau kepimpinan PAS membuat ulasan tetantang Perjanjian Syaitan ini? ulaslah. kan korang SANGAT TAHU HUKUM YANG TAK ADA DALAM AL-QURAN DAN ISLAM.

#BNBagus
#BNBah
#JanjiDitepati
#ABCD ~Asal Bukan Cina DAP

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ARBAIYAH MAHA TAHU HUKUM ISLAM????


Makin lama... Makin tak sombong dan angkuh Arbaiyah ni. Agaknya ini dikatakan tegak bagai lalang. Semakin tinggi semakin menyemakkan. Bukan resam padi. Semakin berisi semakin tunduk!

Baca tweet Arbaiyah di atas. Siapa dia nak mengatakan bahawa Malaysia ini cemerlang. Gemilang temberang hanya menganggap tak melaksanakan pentadbiran mengikut Al-Quran dan Sunnah? Soalan pu3, sejauh mana ilmu si minah Arbaiyah sehingga takbur dengan kata-kata.?

Cik kak! Kalau kIu kail panjang sejengkal, usah nak memukat Lautan dalam. Dahler hanya pakai pukat anak sungai! Tapi nafsu nak tangkap paus! Kalau tak ditegur, sebagai saudara seagama... Tak nklah ada yang sesat hidupnya hanya beranggapan menuntut ilmu agama hanya baca buku PAS!

Agaknya.... Arbaiyah melihat Pentadbiran PAS mengikut Ajaran Islam sebenar dan PAS boleh bagi extra TIKECT penerbangan ke Syurga. ALLAHU AKBAR!!!! SEMOGA Arbaiyah diberi petunjuk Hidayah sebelum terlambat

Soalan pu3 lagi. Mana TEMBERANG Malaysia yang dikatakan Arbaiyah ni? Janji untuk rakyat, kebajikan rakyat. BR1M KR1M baucer buku dan banyak lagi tu untuk siapa? Kerajaam BN tak berjanji perkara yang hanya JANJI MANISMU.  Tak berjanji ketika kempen Pilihanraya. Habis undian Janji lesap terus lupus. Siapa yang TEMBERANG  sebenarnya... Air free. Pengajian percuma. . Baru minta penuhi 1 IPT dah kecoh bagai ibu ayam kehilangan sebiji telur. Utk PKR ker kata-kata itu

Cuma seperkara sahaja pu3 fikir kenapa Arbaiyah Maha Nak Tunjuk Konon Ilmu Tinggi. Kot.nak semKin banyak tempahan nak dia berceramah. Nak perhatian. Supaya rasa glamour tu masih ada.

Kasihannya Arbaiyah. Hahahaha. Ayat di atas tu... Hanya spontan luah nak tunjuk lagak je. Saja nak minta diperhati. Best pe dpt perhatian dan sokongan simpati peminat. Cik kak. Nak jadi pendakwa Islam... Bukan nak mencaci. Semua yang cik kak buat sekrang ni.. Dirty politician lor!!! Kempen nak jadi CALON Politik. Bukan calon jalan ke Syurga!!!

MAZLAN ENGGAN MOHON MAAF : ISU RAPID

KUALA LUMPUR 23 Oktober -  Pengerusi  Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman hari ini masih berpegang kepada pendirian beliau untuk tidak memohon maaf berhubung isu di Pengerang.
 
Beliau tetap dengan pendiriannya berhubung tindakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman yang akan menfailkan saman terhadapnya yang didakwa membuat kenyataan berbaur fitnah ketika Perhimpunan Hijau di Pengerang 30 September lepas.
 
"Sebagaimana yang saya katakan, saya tidak akan memohon maaf. Apa yang saya nyatakan, itu pendirian saya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
 
Menurutnya, isu di Pengerang adalah isu rakyat dan Azalina tidak sewajarnya mengabaikan kepentingan rakyat.
 
"Jika beliau (Azalina) ahli parlimen yang berkarisma, kenapa tidak pertahankan tanah penduduk?," ujarnya lagi.
 
Mazlan juga mendakwa beliau turut mempunyai beberapa dokumen penting yang merupakan bukti berhubung isu di Pengerang itu malah tidak teragak-agak untuk mendedahkannya sekira Azalina meneruskan niat untuk menyamannya.
 
"Jika ucapan saya (ketika berucap di Perhimpunan Hijau) berniat jahat, terpulang kepada beliau (Azalina) untuk meneruskan saman,"  tambahnya lagi.
 
Pada ucapan Mazlan di Perhimpunan Hijau lalu, beliau dikatakan membuat tuduhan terhadap Azalina yang kononnya beliau adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap isu projek RAPID dan mempengaruhi Perdana Menteri untuk memilih Pengerang sebagai lokasi bagi membangunkan projek RAPID atas alasan Barisan Nasional mempunyai kubu yang terkuat di Pengerang.

Sumber : KLPos Dot Com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ALANGKAHKAH BEZANYA

::Pewaris Anak Bangsa::



Ketika Bangsamoro menderita kerana tindakan KETENTERAAN ALL-OUT ESTRADA bagi mengambil hati Amerika yang memerangi "terrorisma", Ketua Umum PR, Anwar Ibrahim dan Isterinya, Presiden PKR terus menjalinkan hubungan MESRA dan tidak terlintas di hatinya menghentikan keganasan itu

ESTRADA, X-PRESIDEN FILIPINA DIGULINGKAN RAKYATNYA KERANA BERLAKU rasuah DAN di tuduh skandal SEX terhadap rakyatnya.

Terkini, DS Najib Tun Razak BERJAYA menjadi SAKSI kepada dunia bahawa Perjanjian Damai di Selatan Filipina dipersetujui Kerajaan Filipina di bawah Ninoy Aquino Jr. Presiden Filipina dan MILF.

SUNGGUH JAUH BERBEZA

sumber: Rima Salmah Hamir FB

KENYATAAN AKHBAR : ISU KABOTAJ DI SABAH YANG DIPOLITIKKAN OLEH DALAM KONVENSYEN POLITIK BAHARU DI SABAH

::Pewaris Anak Bangsa::



KENYATAAN AKHBAR OLEH YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MENGENAI ISU KABOTAJ DI SABAH YANG DIPOLITIKKAN OLEH DALAM KONVENSYEN POLITIK BARU DI SABAH BERLANGSUNG DI KOTA KINABALU, SABAH

Sekiranya Dasar Kabotaj dimansuhkan secara keseluruhan seperti yang dijanjikan oleh pihak pembangkang, pelbagai masalah ekonomi berkemungkinan besar akan timbul.

Tanpa Dasar Kabotaj, apakah yang akan menghalang syarikat perkapalan asing daripada mengusai perairan kita ataupun membentuk pasaran oligopoly atau sebuah kartel yang akan menetapkan kadar harga perkhidmatan sesuka hati mereka? Saya bersetuju dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri bahawa sekiranya perkara sebegini berlaku sudah tentu tidak baik untuk ekonomi dan Negara kita secara keseluruhan.

Dasar Kabotaj yang mengutamakan perkhidmatan perkapalan tempatan sebenarnya bertujuan melindungi syarikat perkapalan tempatan dan secara tidak langsung demi kebajikan rakyat dalam jangka panjang. Dakwaan Pihak Pembangkang bahawa dasar kabotaj memperlahankan dan menyekatkan pertumbuhan ekonomi Sabah adalah tidak betul.

Pihak Pembangkang terlalu yakin dengan adanya penghantaran terus, kos perkapalan dan harga barangan akan menjadi lebih murah kerana tidak melibatkan kos pemindahan kapal dari Pelabuhan Klang akan tetapi adakah benar-benar perkara ini akan berlaku? Pihak Kerajaan sebenarnya tidak pernah menghalang kapal asing untuk terus membuat penghantaran ke Sabah, Sarawak mahupun Labuan seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang, akan tetapi kapal-kapal asing ini yang memilih untuk ke Pelabuhan Klang disebabkan faktor ekonomi syarikat ataupun terlalu banyak barang yang dihantar ke destinasi-destinasi yang berbeza.

Kenaikan harga barangan pengguna berpunca dari pelbagai sebab, antaranya dari tindakan mengaut keuntungan berlebihan sesetengah pihak, faktor geografi dalam negeri, jumlah penduduk yang tidak seramai semenanjung, masalah ketidak cekapan perkhidmatan pemunggahan di pelabuhan, kos insurans marin, pengangkutan darat dan harga bunker yang mengikut kadar harga bahan api.

Mengenai janji pihak pembangkang pula untuk membina tol tanpa bayaran yang menghubungkan Kota Kinabalu kepada Tawau dan Sandakan jika dipilih, saya nasihatkan agar Rakyat jangan terpedaya dengan janji kosong pihak pembangkang. Pihak Pembangkang memang gemar memberikan janji kosong seperti yang telah berlaku di Negeri Selangor dimana pihak pembangkang telah berjanji untuk memberikan pendidikan percuma kepada semua murid tadika akan tetapi sehingga ke hari ini janji tersebut belum lagi ditepati.


YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ali Parlimen Papar
22hb okt 2012

GELOMBANG MERAH STUDIUM PUNCA PENYOKONG PAS MEROYAN

::Pewaris Anak Bangsa::

kata kawan pu3, sukan ini menyatukan semua orang tidak kira pegangan politik. tetapi apa yang pu3 perhatikan semlam keadaanya berbeza. dalam menyokong pasukan  Red Worrior dan ATM yang berakhir kemenangan Red Worrior. Ada pula tu pemandangan yang merosakkan suasana. Bayangka seluruh studium diwarnai pakaian serba merah. Fuh semangat pu3 tengok. Gelombang Merah woooooo top-top.. eh? tu bendera apa pula menyelit antara khalayak merah. bukan sahaja bangang, marah rendah sungguh moral mereka dalam politik. ini perlwanan akhir bola sepak ker atau himpunan rasa penyokong PAS yang teruja melihat ramainya penyokong bola sepak?

pemandangan sebenar semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2012

tetapi lagi bangang pu3 tengok apabila adalah penyoong PAS yang telah mengedit bnner Gelombang merah itu kepda tulisan yang tertera di dalam gambar di bawah ini. Gambar asal yang ditunjukan di atas adalah tulisan sebenar. masa tengok di FB, pu3 tertanya-tanya pula, semalam.. masa enonton perlawanan ini, tak ada pula pu3 nampak banner look macam kena 'ion' lagi licin ni.  Agaknya budak pakatan teruja nak tayang konon ada banner menolak DSP Najib.  memang bangang punya editor murahan!

banner yang sdah diedit tulisannya
dan terbukti apabila tindakan photoshopedit ini dipaparkan di laman facebook. percubaan yang gagal nampaknya mamat ni ( safri othman) 


sebenarnya perangai mengedit tokok tambah dan membawa bendera PAS ni, akalnya tak panjang. Kalau iyapun jiwa PAS lebih. janganlah menjatuhkan nama bai penyokong kelantan yang datang kerana menyokong bola sepak. masa duduk tu, tak peduli dah sama ada orang sbelah tu penyokong UMNO ataupun PAS. sebab menyokong pasukan kesayangan!

Bawa bendera PAS tu bukan penyebab juga pasukan Red Worrior mnang semalam ya. Sememangnya pasukan itu sudah menonjol semenjak diterajui oleh Tan Sri Anuar Musa. Itu yang pu3 nampalah bro. hal lain, pu3 tak nak kata yer.

kalau tak suka gelombang merah di kelantan.. nik aziz konoler berusaha tukar pula nama Red Worrior pe Green worrior... ish2.. tak sesuai sugguh ambo baca nama tu.

apapun, nasihat pu3.pnyokong PAS. janganlah nak mencemar nama baik pasukan kelantan atau semangat kesukanan. Usah mempoltikkan bola sepak ini. Cuup-cukuplah PAS dan mempoitikkan Agama Islam dem kepentigan pliti mereka walaupun hakikatnya agama Islam dan politik tidak boleh dipishkan. sebagai tambahan. kehidupan kita ni juga sebenarna tidak boleh dipisahkan politi jga tau. tak pecaya? sila rujuk pakar atau cari je  bahan berasaskan sains sosial tau
gelombang merah menyambut ketibaan Red Worrior di lapangan terbang jam6.30 petangi tadi (sumber FB)
#BNBah
#BNBagus
#GelombangMerah

ARBAIYAH CONTOH MEREKA YANG BANGANG!

Tahniah pasukan Red Worrior @ pasukan negeri siti wan kembang. Menjuarai sekali lagi piala malaysia. Tahniah juga pasukan ATM yang membuka mata semua orang, bukan sahaja menjaga keselamatan negara malahan merapatkan diri pada kegemaran mijoriti rakyat Malaysia.

tahniahlah. Usaha baik mestilah diakhiri hasil yang baik juga . Tapi dalam saat sambutan begitu. Ini artikel kedua yang ada kaitan individu dan bola sepak perlawanan akhir. Semalam pu3 kongsikan tweet mamat bangang . Dan pagi ini, pu3 nak kongsikan artikel hasil pandangan sahabat gosip rakyat. Arbaiyah buat perangai kepoh bodoh lagi!

Sila baca ya:

JANGAN JADI MACAM @abby_abadi112 !!

Musim bola sepak di Malaysia telah pun berlabuh dengan jayanya malam tadi dengan kemenangan Piala Malaysia dimenangi oleh Kelantan. Apa pun GR ucapkan tahniah kepada pasukan ATM dan Kelantan kerana mempamerkan mutu permainan yang sangat baik. Kira berbaloi laaa beli tiket tengok bola kat stadium kan. Hi hi hi....

Dalam keseronokan rakyat Malaysia menonton perlawanan Final Piala Malaysia malam ini, GR sempat melihat Twitter ramai rakyat Malaysia memberikan komen yang baik dalam perlawanan malam tadi. Tapi ada sekor perempuan yang ntah apa yang boleh kita kategorikan dalam golongan apa pun tak tau lah. Pada GR senang saja, Abby Abadi ni meroyan tak tentu pasal sebab dia tengah period kot..!!


Lihat saja komen yang sempat GR print screen kan di atas, komen beliau tentang perlawanan bola sepak sebentar tadi. Kenapa suka bola sepak mesti dipolitikkan?? Dalam apa saja perlawanan sukan dan sebagainya pasti ada yang menang dan kalah. Statement yang PALING BODOH yang pernah GR lihat dari seorang artis yang dah tak laku ni..

Jika kita lihat dalam apa saja yang dibuat, mesti si artis tua tak sedar diri ni akan menunjukkan beliau seolah-olah 'pakar' dalam semua bidang. Inilah Ostajah Celop yang sememangnya layak dikategorikan untuk beliau. Bila dah buat salah tak nak mengaku...statement yang keluar di Twitter beliau telah pun didelete tapi inilah dalam peribahasa menyebut...sepandai tupai melompat, kantoi jugak. Amacam..??

Pembaca lihat satu lagi #Tweet artis tua ni di atas... Bola pun dipolitikkan?? Siapa yang memulakan ayat BODOH yer?? Wahai Cik Abby Abadi, lain kali jangan terlampau banyak sangat masuk benda tak elok dalam otak tu. Semua perkara yang diajar oleh Ostad-ostad PAS dan juga pakatan pembangkang fikir dulu. Jangan semua benda nak dipolitikkan. Macam mana kalau punca penceraian Abby Abadi sebenarnya disebabkan Abby Abadi mempunyai hubungan sulit dengan Ostad PAS yang dihebohkan sebelum ini. Sebab tu Abby Abadi boleh jadi Ostajah Celop.

Apa pun pada peminat bola sepak tanahair sudah semesti tahu sejarah bola sepak Kelantan yang semakin baik. Ini adalah disebabkan usaha Tan Sri Annuar Musa selaku Penaung Bola Sepak Kelantan. Pelbagai perubahan yang dibuat oleh beliau harus Cik Abby tau yer. Nak harapkan Kerajaan PAS Kelantan jawabnya semua player akan jadi tukun la. Stadium yang kata nak buat pun hanya indah khabar dari berita. Pada Cik Abby seharusnya berterima kasih pada Tan Sri Annuar Musa bukan Pok Nik yer..!!!

Pembaca yang budiman fikirkanlah....tidak semua perkara kita harus politikkannya. Kita mempunyai akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Seharusnya kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita. Bukan seperti Cik Abby kita nie yang tak faham erti kenikmatan. Dalam tweet dan instagram punyalah banyak posting tentang ilmu agama tapi kalau setakat posting tapi tak faham dan amalkan pun TAK ADA GUNANYA!! Renung-renungkanlah....

Sumber: gosip rakyat blog

Ps: memang dalam seminggu 2 ni, pu3 sibuk hal lain. So tak ikuti sangat si arbaiyah perasan always she is BENAR. Memang ada terpandang sesekali bunyinya mencanang soal mamali. Tapi nanti pu3 akan ulas selepas siap kerja pu3. Perkara tu bukan nak meroyan suka macam arbaiyah. Ianya adalah sejarah fakta dalam sejarah. Kena tahu betul-betul. Apa tah lagi peristiwa tu , pu3 memang masih kecil sangat. Wlu rasanya pernah teringat cerita tu... Dah abah pu3 anggota PDRM bertugas. Memang mereka dapat maklumat serba sedikit walau tak akan cerita detail.( Tu akan pu3 coret kemudian)

Arbaiyah memang tengah kejutan budaya. So pu3 faham bebenor orang jenis macam ni. Teruja bukan main. Pu3 masa mula2 masuk sekolah menengah agama berasrama. Fulamak.. Sebiji macam teruja dia nilah. Tapi masa tu baru naik remaja. Asuhan dan bimbingan ustaz dan ustazah, teruja dan kejutan budaya tu dah beratur arah lebih matang. Peliknya artis tak laku dah meniti usi tua ni, kejutan budayanya mengalahkan remaja perempuan mengenal dunia perasaan. Sah dia ni sangat tak matang! Macam inilah boleh dibanggakan PAS. Ala.. PAS nak jadikan dia iklan pelaris saja. Pisang goreng panas kan, panasnya tak akan kekal juga kelak


#BNBah
#BNBagus
#JanjiDitepati

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.