Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya 'berfungsi' dengan baik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Baca lagi sini :
Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri sebelum mati,Anwar Ibrahim sentiasa memainkan peranan sebagai Perdana Menteri apabila saja berpeluang.Jika Datuk Seri Najib mengadakan program mesra rakyat dan meninjau keadaan rakyat,maka beliau pun ingin berbuat yang sama dengan mendekati rakyat sambil meninjau pengangkutan awam seperti LRT.Jika Datuk Seri Najib ke sana ke mari dengan pengawal peribadi dan menaiki jet peribadi maka beliau juga ingin menjalani kehidupan yang sama Dan yang paling hebat ialah walaupun belum menjadi Perdana Menteri,Anwar ingin sekali membentangkan bajet seperti seorang Perdana Menteri.Kerana itu,walaupun Anwar tidak punya akses kepada maklumat terperinci kewangan negara bagi melayakkannya membentangkan bajet secara tepat,itu tidak menghalang beliau untuk terus melakonkan watak Perdana Menteri dan turut membentangkan bajet.Kerana tidak berdasarkan maklumat yang perlu,maka kita tidak perlu pun mendengar pembentangan Anwar kerana sudah pasti Bajet yang dibuat 'di atas angin' adalah Bajet Tong Kosong.Untuk sesiapa mempercayai dan menaruh harapan kepada bajet sebegini,amatlah menyedihkan.Namun,yang menjadikan kita agak berminat untuk mendengar Bajet Alternatif ini ialah kerana sifat parti PR itu sendiri yang tidak sepakat.saya ingin melihat apakah 'rupa' bajet yang berdasarkan prinsip Islam,Malaysian-Malaysia dan juga liberal.seperti yang dijangka,tiada apa-apa yang lebih 'Islam' dari BN dalam bajet PR.Sebaliknya,ia lebih mengutamakan golongan kaya dan berada walaupun kelihatan seolah-olah membantu yang miskin dan sederhana.Pendek kata,ia lebih menepati konsep Malaysian-Malaysia dan liberal.
Tiada peruntukan yang digariskan untuk mengekang pertumbuhan pusat-pusat maksiat.Tiada juga peruntukan khas bagi mengatasi masalah murtad yang berpunca dari kemiskinan walaupun masalah ini adalah meruncing di Selangor, iaitu negeri yang diperintah PR.Malah,kelihatan seolah-olah tiada langsung 'input' dari pihak PAS dalam bajet ini. Selain itu,perancangan PR untuk menghapuskan cukai korporat hanya akan membebankan rakyat biasa kerana akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk satu-satu perkhidmatan dan barangan.Seperti juga perancangan untuk menurunkan harga dan duti eksais kereta di mana ia akan menjejaskan kos pengeluaran dan pemasangan dan lain-lain di mana menyebabkan negara mungkin terpaksa mengimport barangan dari negara lain.Akhirnya,yang akan terjejas adalah vendor-vendor Melayu yang dilahirkan oleh syarikat automobil nasional, selain syarikat automobil nasional itu sendiri. Jika ini berlaku, ia bukan sahaja melibatkan beribu-ribu pekerja tetapi juga, industri automobil nasional dan maruah negara sekali gus. Jelas, bahawa bajet yang dibentangkan PR adalah tidak menyeluruh, tidak patriotik dan tidak membawa kebaikan untuk jangkamasa panjang terutama untuk membantu bumiputera.
PR berkali-kali menekankan bahawa Bajet tersebut adalah bersifat adil untuk semua kaum dan ungkapan ini dengan sendirinya membawa makna kesamarataan total iaitu yang menjadi tunjang Malaysian-Malaysia idaman DAP.Sedangkan,kita tahu bahawa kesamarataan total tidak akan membawa keadilan kepada semua kerana hakikat pegangan ekonomi di Malaysia adalah berat sebelah kepada satu kaum iaitu Cina. Dengan tiadanya mekanisme khusus untuk mengukur tahap sifat perkauman seseorang,adalah sukar untuk kita memastikan bahawa kaum Melayu, India dan lain-lain tidak didiskriminasi oleh kaum yang lebih berkuasa dalam persaingan kek ekonomi ini.Kita faham bahawa PR ingin menekankan kelemahan dasar kerajaan yang memberi bantuan kepada bumiputera yang dianggap mereka sebagai diskriminasi yang bertulis.Tetapi,PR telah mengabaikan dan menafikan hakikat yang lebih serius yang membelenggu masyarakat Malaysia hari ini iaitu diskriminasi yang tidak bertulis dalam persaingan di sektor swasta dan perniagaan yang dikuasai kaum Cina. Kesimpulannya, Bajet PR adalah Bajet Liberal yang terbuka dan tidak mengambil kira keadaan sebenar majoriti rakyat.Tetapi,apa yang nak dihairankan kerana pembentangan Bajet PR bukanlah untuk rakyat, tetapi sekadar untuk 'mencabar' BN.Itu saja.Walau apapun,yang pasti,PAS tidak punya suara langsung dalam penyediaan Bajet berkenaan.Tanpa keprihatinan dan 'input' dari PAS,bagaimana kita boleh memastikan kaum Melayu akan terbela di bawah PR ???
Sumber: Badut Rakyat Blog
Ps: tak taulah, pu3 tengok kewarasan Anwar dah semakin susut. Dah tak ada ubat di dunia ini mampu memulihkan king of drama ni dah. Yang pu3 tahu, manusia bermasalah mental ini tak layak menjadi Ketua di sebuah negara!
#JanjiDitepati
#BNBah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
OSI di miliki oleh George Soros, penyangak matawang berbangsa Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1997.
Serangan matawang negara-negara rantau membolehkan Soros menggaut keuntungan berbilion dolar di atas kesengasaraan beratus juta rakyat serta keruntuhan struktur sosial dan kewangan negara terbabit.
Kesannya masih dirasai sehingga sekarang di negara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang masih dibebani hutang daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Orang yang samalah membiayai kegiatan Suaram untuk menghentam dan mengkritik kerajaan melalui entiti korporatnya, Suara Inisiatif Sdn Bhd.
NED pula berkait dengan golongan Neocons yang menjadi sahabat karib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Puak Neocons inilah yang berkuasa disekeliling George W. Bush ketika beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat dam merekalah yang mendalangi keputusan pentabbiran Bush untuk menyerang dua negara Islam pada 2003 iaitu Afghanistan dan Iraq.
Ratusan ribu umat Islam di kedua buah negara samada mati atau cedera akibat peperangan yang mana mereka tidak ada sangkut paut langsung.
Kerosakan dan kerugian yang ditanggung pula oleh negara yang diserang sehingga kini payah di nilai dalam wang ringgit kerana terlalu dahsyat kemusnahan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.
NED juga menyalur wang kepada Suaram supaya NGO itu antara lain boleh melaksanakan agenda membawa isu pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada mahkamah Perancis.
Kini Suaram dalam keadaan tertekan kerana pertalian rapatnya dengan dana asing yang membawa agenda yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara telah dibongkar oleh media.
Dalam situasi seperti cacing kepanasan, Suaram bertindak untuk menyaman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau campur tangan dalam proses penyiasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap badan itu.
Satu tindakan yang dilihat 'desperate' dan tidak logik kerana sememangnya SSM berada di bawah pengawasan dan bidang kuasa menteri tersebut.
Untuk menunjukkan bahawa ia mempunyai besar di peringkat antarabangsa, Suaram mengheret 56 NGO tempatan dan antarabangsa untuk menyatakan sokongan kepadanya dan menuntut kerajaan menghentikan penganiayaan terhadap sekiti mereka itu.
Sekiranya Suaram tidak bersalah dan yakin dana yang diterima dari Soros dan NED adalah bersih daripada segala muslihat dan agenda tersembunyi maka tidak perlu mendapatkan sokongan luar taua terpekik terlolong mendakwa mereka di aniaya kerajaan.
Besar kemungkinan kesemua 59 NGO yang datangnya dari Nepal, Afghanistan, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Filipina, Australia, China dan Korea Utara juga bertuankan Soros dan kumpulan Neocons yang berpusat di washington.
Tidak cukup dengan itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melindungi Suaram daripada 'gangguan' kerajaan.
Mengapa Kit Siang beriya-iya benar memihak kepada Suaram apabila mengetahui NGO itu terang-terangan menerima pembiayaan asing?
Sedikit penyelidikan akan menemukan kaitan rapat antara Suaram, Anwar dan DAP.
PKR yang diterajui oleh Anwar sudah dikuasai unsur sosialis, DAP pula memang berkiblat kepada fahaman sosialisme sejak ditubuhkan manakala Suaram pula dipimpin oleh individu sosialis sama yang berselindung di sebalik PKR seperti Tian Chua, Elizabeth Wong dan R. Sivarasa.
Mungkin kerajaan Malaysia melihat dan mendapat pelajaran cara mana Presiden Rusia, Vladimir Putin mengajar organisasi seperti Suaram yang bersembunyi disebalik slogan hak asasi di negaranya.
Semasa menyambut kemenangannya dalam pilihan raya presiden Mach lalu, Putin mengambil keputusan mengusir keluar USAID (United States Agency for International Development), sebuah badan yang didokong oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana di dakwa mengancam kedaulatan negara Rusia.
Ini terbukti apabila Putin mengatakan USAID membiayai badan-badan bukan kerajaan di Rusia yang kononnya memperjuangkan hak asasi rakyat seperti juga kes Suaram di Malaysia.
Rupa-rupa badan-badan tersebut secara senyap menghasut rakyat Rusia supaya memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran semasa kempen pilihan raya dengan tujuan untuk menghalang kemenangan Putin.
Di Malaysia juga kes sama berlaku di mana Suaram bersama-sama NGO yang sekepala dengannya dan dibiayai daripada sumber yang sama mengadakan beberapa siri demonstrasi yang berakhir dengan rusuhan jalanan seperti Bersih 1.0 dan 2.0 serta Himpunan Janji Bersih, Himpunan Anti ISA, demonstrasi Air Selangor dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh ditakrif sebagai anti kerajaan dan mengancam keselamatan negara.
Kalau Rusia tendang keluar USAID yang menjadi dalang kekacauan di Rusia mungkin juga Malaysia boleh mengambil tindakan yang sama terhadap NGO-NGO balaci kuasa asing ini sebelum mereka menjadi lebih melampau.
#JanjiDitepati
#BNBah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Perlu diingatkan bahawa SUARAM langsung tidak menafikan yang mereka menerima dana dari Yahudi Zionis dan penyangak matawang. Malah, SUARAM mengakuinya, begitu juga dengan pertubuhan yang sewaktu atau 'bertindih' dengannya seperti BERSIH, Himpunan Hijau dan sebagainya yang juga menerima dana dari rangkaian yang sama.
SUARAM juga langsung tidak mampu menjelaskan apakah motif kedua-dua pertubuhan asing tersebut menyalurkan dana kepada mereka jika bukan untuk menjahanamkan demokrasi, iaitu menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.
Pembohongan yang dibuat oleh SUARAM bukannya sedikit. Ia melibatkan dua buah negara iaitu Perancis dan Malaysia. SUARAM telah memburukkan nama Malaysia ke serata dunia malah SUARAM juga telah dengan sengaja mencemarkan imej Perdana Menteri dan isteri. Ini dilakukan melalui pembohongan demi pembohongan.
SUARAM berbohong bahawa mahkamah Perancis sedang membicarakan kes pembelian kapal selam scorpene oleh Malaysia sedangkan pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan mengenainya.
SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri akan disapina, begitu juga seorang individu bernama Jasbir Singh Chahl juga kononnya telah disapina. Namun, pihak Perancis mengesahkan bahawa tiada sapina di keluarkan kerana tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene. Malah, Jasbir Singh Chahl sendiri pantas tampil menafikan kenyataan SUARAM.
SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang didakwa sebagai model sambilan dan juga penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Namun, terbukti bahawa Perdana Menteri langsung tidak mengenali Altantuya dan urusan jualbeli scorpene adalah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya serta tidak memerlukan penterjemah.
SUARAM berbohong bahawa Altantuya terlibat dalam urusan jualbeli scorpene di Perancis tetapi pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis pun.
SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri atau isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi terbukti bahawa kedua-dua mereka mempunyai alibi kukuh kerana berada di dua majlis rasmi berasingan pada waktu kejadian.
SUARAM berbohong bahawa Syarikat Perimekar dimiliki oleh Razak Baginda dan cuba mengaitkan beliau dengan Perdana Menteri, sedangkan syarikat itu dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.
SUARAM berbohong bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd menerima rasuah sedangkan terbukti bahawa syarikat tersebut membekalkan khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.
SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri meminta rasuah dari DCNS melalui faks berjumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion sedangkan jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam sepertimana yang ditandatangani. Ini adalah pembohongan yang paling lucu kerana tidak mungkin sesiapa akan meminta rasuah melalui faks dan tidak mungkin sesiapa akan memberi rasuah yang sama jumlahnya dengan harga kontrak!
SUARAM berbohong bahawa syarikat Thales Asia telah membayar RM142 juta kepada syarikat Terasasi kononnya atas penjualan rahsia ketenteraan negara berkenaan kapal selam scorpene oleh Razak Baginda. Pembohongan ini bagaimanapun berubah-ubah sehingga terdapat beberapa versi dan sukar untuk dipastikan lagi. Ada kalanya, SUARAM cuba mengaitkan syarikat Thales dengan DCNS, tetapi terdapat kenyataan sebelum itu di mana peguam mereka menyatakan bahawa pembayaran tersebut dibuat kepada sebuah syarikat bernama Giffen. Yang jelas, syarikat Terasasi atau Giffen langsung tidak terlibat dalam pembelian kapal selam scorpene.
Secara keseluruhannya, SUARAM 'hidup' atas pembohongan iaitu berbohong kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia adalah korup, kejam dan dikelilingi skandal.
Dengan segala dosa-dosa SUARAM terhadap Malaysia, rakyatnya, kerajaannya dan pemimpinnya, SUARAM tidak wajar dibiarkan lepas bebas. SUARAM sendiri telah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, sekali gus membawa agenda asing iaitu mengkhianati negara sendiri. Dengan pengakuan yang begitu jelas, mana mungkin SUARAM dibiar bebas?
Rakyat Malaysia dengan ini menuntut tindakan tegas ke atas para peneraju SUARAM, iaitu para pengkhianat negara.
Malaysia tidak mampu memberi muka kepada mereka-mereka yang tidak jemu berusaha untuk menghancurkan negara melalui pembohongan demi mencetus demonstrasi ganas dan pemberontakan. Malaysia adalah negara yang aman dan keamanan itu mungkin tidak akan kekal jika SUARAM terus wujud.
Kewujudan SUARAM mendedahkan kita kepada risiko ketidakstabilan, kehancuran dan penjajahan.
#JanjiDitepati
#BNBah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tetapi.....
Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad SAW, Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting.
"Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu 'masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi," lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.
Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia". Wawancara itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.
Ketika disoal tentang bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, "mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil. Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa"
Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah kementerian pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual di kalangan pelajar, sebagai langkah 'gila'.
Pada tahun 2009, Anwar turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ketika berceramah dalam program 'Muslim Christian Interfaith Conference' di Perth, Australia. ( Boleh jejak di youtube berpandu gambar yang pu3 sertakan di atas)
Dalam ceramah di hadapan majoriti penganut Kristian Australia itu, Anwar memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemonstrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW.
Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, disifatkan menghina Islam kerana melukis wajah Nabi Muhammad SAW dengan memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Karikatur yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama Denmark itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Sumber: MymassaVoice
Ps: Anwar menunjukkan perangai seolah-olah dia bukan beragama rada di luar negara. Tanpa sedar setiap kenyataannya akan ditunjukkan sampai ke pengetahuan rakyat Malaysia seperti pu3 sendiri! Kenapa penyokong anwar ni Buta Hati?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tanggal 21 September 2012 yang lepas, umat Islam dari seluruh negara telah berhimpun secara aman di pelbagai lokasi sebagai bantahan terhadap filem Innocecence Of Muslims yang telah menghina agama Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Di ibukota Kuala Lumpur, dua perhimpunan dijalankan serentak - satu di perkarangan Masjid Kampung Baru yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO manakala satu lagi dilangsungkan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak.
Perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu ternyata telah berlangsung dalam keadaan tenteram dan aman tanpa sebarang kejadian tak diingini walaupun kehadiran peserta mencecah ribuan orang.
Agak menarik untuk diperkatakan apabila kelibat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang tidak kelihatan di mana-mana lokasi perhimpunan pada hari itu. Anwar tidak berada di Jalan Tun Razak dan tidak juga menghadiri himpunan di Kampung Baru.
Di Pulau Pinang, negeri tumpah darahnya juga bayang Anwar langsung tidak nampak sekalipun beberapa himpunan jalanan di sana telah menggabungkan hadirin yang terdiri dari pelbagai parti politik.
Pelik bukan? Tatkala kesucian agama Islam dan imej baik Nabi Muhammad s.a.w dirobek oleh musuh Islam melalui filem Innocence of Muslims, Anwar pula mengambil sikap mengasingkan diri dari menyertai sebarang perhimpunan membantah penghinaan tersebut.
Tidak diketahui sama ada Anwar sengaja tidak menyertainya kerana tidak mahu berhadapan dengan risiko dana asing dari Yahudi Zionis untuk kempen pilihanrayanya dipotong atau sebaliknya, sukar untuk ditentukan misterinya.
Sedangkan selama ini, reputasi Anwar cukup terkenal sebagai antara pemimpin politik yang tidak pernah melepaskan peluang merangka demonstrasi dan menyertai pelbagai perhimpunan jalanan.
Malah sejak dekad 1970-an semasa dirinya masih bergelar pelajar Universiti Malaya (UM), nama Anwar sudah sinonim sebagai pelopor demonstrasi dan himpunan jalanan termasuklah pernah menggemparkan negara dengan isu rekaannya konon ada penduduk di daerah Baling, Kedah yang mati kebuluran.
Manakala semasa era kegelapan reformasi pada akhir 1990-an, Anwar yang ketika itu baru dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri telah mengembleng pengikutnya di seluruh negara untuk berkubu di ibukota seterusnya mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.
Ketika himpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 pula Anwar juga tidak melepaskan peluang menghadirinya malah mengambil peluang menyampaikan ucapan politik kepada hadirin.
Lebih menarik lagi, baik ketika Anwar menyertai demonstrasi jalanan tahun 1970-an, perarakan reformasi akhir 90-an hinggalah himpunan jalanan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semuanya berakhir dengan penuh keganasan dan huru hara.
Dalam demonstrasi 1970-an ramai yang tercedera selepas para pelajar yang diketuai Anwar gagal mengawal diri membawa kepada pertentangan terbuka dengan anggota keselamatan.
Semasa demonstrasi jalanan reformasi pula, berpuluh orang tercedera dan ditahan, serta harta benda awam dirosakkan termasuklah kemusnahan di bahagian hadapan pintu cermin bangunan PWTC. Manakala jalan-jalanraya di sekitar KL pula dipenuhi dengan tayar dan sampah sarap yang dibakar oleh pengikut Anwar.
Demikian juga ketika berlangsungnya himpunan 'aman' Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, suasana yang aman dipermulaannya hanya bertahan sekejap cuma, beberapa ketika selepas Anwar berucap, suasana aman dan tenteram terus tergugat dan emosi peserta himpunan membuak-buak dengan emosi amarah yang menggila.
Selanjutnya berlakulah pertentangan terbuka mencabar kewibawaan pasukan keselamatan dan para peserta mula merempuh sekatan serta ada yang mencederakan anggota polis serta menterbalikkan kenderaannya.
Melihat pada sejarah hitam dan reputasi buruk yang melingkari sejarah hidup Anwar, mungkin juga sebenarnya ketidakhadiran Anwar di himpunan membantah penghinaan yang dilakukan oleh filem Innocence of Muslim itu boleh dianggap sebagai satu rahmat untuk para peserta himpunan.
Setidak-tidaknya ia menjadi bukti kukuh bahawa tanpa penglibatan Anwar, sesuatu himpunan aman itu kekal menjadi aman manakala aktiviti harian dan ekonomi dapat terus beroperasi seperti biasa.
Ps: salah satu andaian yang pu3 tengok, punca berlaku kekecohan BERSIH 3.0 itu antara pembawa adalah Anwar dan kuncu-kuncunya. Tak percaya. Cuba tengok ulang di youtube berkaitan BERSIH 3.0. Sama juga BERSIH 2.0 .
Anwar bukan pejuang keamanan tetapi pencetus huru hara negara semata!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Peliknya kenapa SUARAM terus berdiam diri? Kenapa tiada tindakan menafikannya setelah perkara ini dibongkar?
Baca ini...
Dana Yahudi Untuk Laksana Hudud?
Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka.
Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM.
Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing.
Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun PAS sama-sama melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan bakal berhadapan dengan undang-undang. Pantas, laman-laman web, portal serta blog-blog dan media rasmi PR bertungkus lumus cuba membela SUARAM dan meremehkan soal penerimaan dana asing.
Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar kemungkaran kerajaan.
Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang dana kepada mereka? Apakah agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu banyak saban tahun? Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat.
Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis atau dewa kapitalis si George Soros. Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan.
Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka. Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara lain.
Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.
Ketidakstabilan ini lambat laun akan mengundang penjajahan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi dan inilah yang ditunggu-tunggu mereka.
Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak asing kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH, adalah membawa agenda dan matlamat yang sama.
Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan mereka tidak punya masalah untuk 'menyesuaikan' diri dengan liberalisme mahupun pluralisme.
Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam PAS benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi berkenaan dana dan agenda asing tersebut.
Harakahdaily hari ini memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba mengalih isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam pembelian kapal selam. Kononnya, kerajaan berada dalam keadaan 'mandi tak basah dan tidur tidak lena'.
Namun, tulisan Aspan yang 'malu-malu' untuk menyebut mengenai SUARAM menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas.
Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu polis dan juga mahkamah. Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR. Akhirnya, penipuan SUARAM telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar.
Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan. Pembaca kini tertanya-tanya, kenapa Aspan mengelak dari mengulas mengenai dana asing?
Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan soal agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada PAS, iaitu kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut?
Apakah kerana PAS tidak peduli lagi serta benar-benar percaya bahawa 'wang dari darah umat Islam' yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah Malaysia, menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud?
Apakah kedudukan 'halal-haram' menerima wang dari sumber yang jelas haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam?
Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang dibanggakan PAS iaitu, 'Asal Bukan UMNO', maka Yahudi hatta syaitan pun tak apa?
Sumber: sabahat
Ps: seperti kebiasaannya apabila ditimbulkan pendedahan ke atas SUARAM. Pakatan bukan menjawab atau menangkis. Dan melakukan penafian. Tetapi terus mewujudkan isu baru bagi menutup pendedahan penajaan ini. Ini dah cukup memaklumkan kita bahawa pakatan akur dengan KEbOCORAN tersebut dan berusaha menutupnya!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.