KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA SABAH ZON 5
Tahnian Zon 5
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
ADAKAH MANUSIA TERTIPU OLEH KAKI PENIPU NI?
Selamatkan keluarga dulu bro!!!!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
TERKEDU NURUL IZZAH: JAWAPN DARI MENTERI PERTAHANAn ISU SCORPENE DI PARLIMEN
Baca jawapan dari menteri pertahanan di bawah ini :
TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012
Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS
( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA
( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.
b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.
Tuan yang di-Pertua,
Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.
Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia
( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )
Tuan Yang di-Pertua,
Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;
1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;
Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.
2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;
Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.
3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara;
Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.
4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;
Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.
Sekian terima kasih
YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia
Ps: kalau kerana nafsu gelojoh nak alih masalah. Itulah jawapannya. Dear anak papa. Cerdiklah sikit kalau nak tolong papa selamatkan diri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Campur Tangan Urusan PBT Bagi Projek Pada Kroni:DAP
PEWARIS ANAK BANGSA
VIDEO: DAP Kotor & Menjijikkan ......
Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Ching Eu Boon hari ini mendedahkan campur tangan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari DAP iaitu saudari Tiew Way Keng yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.
“Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.
Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali,” ujarnya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, petang tadi.
sumber: sahabat-gunung blog
SIAPA DR MURSI PRESIDEN MESIR KINI
BIODATA PROF DR. MUHAMMAD MURSI
Dakwah dan Politik
Penjara dan Penangkapan
Sumber: Abdul Rahman Hashim
Ps: pu3 kagum dengan semangat juang . Tetapi pu3 bertambah kagum dengan logo yang digunakan DACING iaitu sama seperti logo BN!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BONGKAR: BETULKAH KERAJAAN SELANGOR GUNA ALAMAT PELAJAR UNISEL UNTUK DAFTAR PEMILIH???
KERAJAAN SELANGOR GUNA ALAMAT PELAJAR UNISEL UNTUK DAFTAR PEMILIH
Sangkakala dikejutkan baru sebentar tadi dengan kehadiran dua orang remaja yang mengatakan bahawa mereka mewakili SUK Negeri Selangor untuk mengenal pasti pengundi di kawasan Subang dan mungkin juga di kawasan-kawasan lain di dalam negeri Selangor.
Remaja tersebut (seorang lelaki dan perempuan) tersebut telah mnegetuk pintu rumah ibu Sangkakala dan bertanyakan tentang adik Sangkakala yang berada di dalam bilik pada ketika itu.
Setelah Sangkakala keluar, Sangkakala ditanya oleh remaja perempuan sama ada adik Sangkakala ada atau tidak dirumah.
Sangkakala membuat pertanyaan kepada beliau ada urusan apa untuk berjumpa dengan adik Sangkakala, remaja ini menjawab bahawa beliau adalah wakil dari SUK untuk mengaudit pengundi berdaftar.
Sangkakala sempat melihat borang yang diberikan oleh remaja tersebut dan jelas ianya adalah borang dari pejabat SUK kerajaan negeri Selangor yang meminta supaya borang tersebut diisi dengan pelbagai maklumat.
Antara yang Sangkakala lihat tadi ialah, siapa yang mendaftarkan adik Sangkakala sebagai pemilih, adakah SPR, KEMAS, atau sendiri.
Soalan lain yang terdapat didalam borang tersebut berbunyi begini, adakah penama bermastautin dialamat yang tertera diatas?
Untuk maklumat pembaca sekalian, diatas sekali sebelah kiri borang tersebut, tertera nama dan alamat penuh adik Sangkakala.
Persoalannya dari mana SUK dapat nama, alamat serta semua maklumat tersebut?
Setelah Sangkakala imbas kembali, kemungkinan alamat ini diperolehi dari pihak UNISEL kerana adik Sangkakala merupakan penuntut di Universiti milik kerajaan negeri tersebut.
Harap-harap lepas ni SPR perlu melakukan sesuatu, adakah kerajaan negeri diberi kuasa untuk mengaudit daftar pemilih seperti yang Sangkakala katakan tadi.- sangkakala blog
Dah baca bukan. Mudahnya kerajaan Selangor guna kuasanya ke atas UNISEL? Untuk tujuan apa pengauditan tersebut?
Pu3 kuatir bagaimana keselesaan pelajar UNISEL selepas ini selepas pengauditan ini selesai dilakukan. Penganaktirian mungkin akan berlaku apabila mengetahui pelajar-pelajar ini mendaftar melalui agensi mana. Mereka mesti akan BIAS ke atas pelajar yang menunjukkan simptom bukan PRO-Pakatan.
Bukan kata pu3 buruk sangka ke atas kredibiliti pengurusan UNISEL tetapi ia tidak mustahil apabila kerajaan Selangor menekan pihak pengurusan untuk berbuat demikian. Jangan lupa, UNISEL di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor tau. Anything can happend!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PENDEDAHAN RANCANGAN DAP
Satu Pendedahan yang Berani daripada Bekas Timbalan Ketua Pemuda DAP
Kenalkah anda manusia yang bernama Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas
Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP. Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu.
Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia.
Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.
Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP diatas kesedarannya sendiri kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.
Seorang pemimpin kanan DAP pernah didalam ucapannya menyatakan "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."
Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang kristian agama rasmi. Mat Sabu mengarahkannya supaya ditarik balik. Guan Eng menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia menarik balik laporan polis. Paderi di tempat kerja isterinya juga membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis.
Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:
1. Kristian Agama Rasmi.
2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.
5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.
8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israel akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah mintak untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.
23. DEB akan dimansuhkan
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib daam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP.
Ps: pu3 nak baca komen selepas ni. Setuju atau tidak pendedahan ini. Atau ada lagi yang melenting mengamuk dalam ruang komen
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
NAK JIMAT KOS
PEWARIS ANAK BANGSA
hahahahahaha... part ini pu3 suka sangat tengok.. inilah penjimatan yang terbaik ditunjukkan oleh kerajaan Kelantan untuk rakyatnya. AIR OHHHHH AIR
LETAK JAWATAN? RAFIZI ?
Dah putus asaker sampai letak jawatan. Tamparan selepas berdebat dengan. KJ diikuti kepanikan tindakan PTPTN membekukan seketika permohonan pelajar baru UNISEL kerana pakatan belum ready sebenarnya?
Agaknya Rafizi si mat Lembu ni baru sedar dia bukan sesuai jadi penasihat ekonomi. Eloklah tu. Dari bunyi berhujah dah nampak tak buat persediaan pun, bunyinyer menjerit-jerit
Lebih molek letak jawatan pakar strategik PKR tu, sebab semua pelan tak menjadi. Panasnya hanya seketika. Auta klu dah bertemu fakta. Mana boleh lawan bro! Auta ni masa orang 1st dengat sahaja akan melatah. Dah datang akal waras, mesti jejak lagi info untuk kepastian.
Rafizi!! Apasal engkau letak jawatan hah? Elok ko jawab
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
THAIPUSAM DISAMAKAN DENGAN DEMONTRASI JALANAN?- MP PAS YANG KATA
Tak sangka MP Pas terdesak nak mempertahankan demontrasi BERSIH sebagai demontrasi seperti acara keagamaan. apa punya akal tahap cipan MP ini. Nak baca lagi ? Jom baca tulisan ini :
isu kenyataan YB Salahuddin dari Parti PAS kononnya dari parti komponen Pakatan Rakyat yang menyamakan Perayaan Thaipusam dengan Demonstrasi Jalanan.Perayaan Thaipusam adalah “demonstrasi jalanan hindu”?
Apa nak jadi pemimpin PAS, semakin lama semakin teruk mereka tunjukkan. kalau perayaan kaum Hindu dikatakan demontrasi jalanan. bagaimana perasaan kita sebagai muslim dikaitkan perarakan Maulidur_rasul dan maal Hijrah dengan demontrasi jalanan? Ingatlah walau YB MP Pas Salahuddin, Allah menjadi manusia ini berbangsa-bangsa. kalau kita sebagai Muslim tak menghormati bangsa lain dan agama yang mereka anuti.. ertinya kita sama juga seperti YAHUDI yang meletak bangsa lain serendah-rendah darjat. kalau tak hormat bangsa dalam Malaysia. Baik letak jawatan, pu3 rasa, pengundi awak dulupun ada juga berbangsa India!
fahami firman Allah SWT :
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan puak supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana .- Surah Al-Hujurat: 13
ps: Patutlah Nik aziz pernah kata. Allah swt mencarut. astagfirullah. dah sesat PAS ni
SAMBUTAN CERAMH MERDEKA RAKYAT ANWAR "KU BAHAGIA SANGAT!!!!!"

gambar ini bukan diambil setelah habis program tetapi ketika masih sesi sampai cerita membuang masa dan penat pada yang hadir. YALAH, macam tengok movie free. Wayang pacak suatu ketika dahulu. duduklah kusyuk yang belum pernah melihat mereka di layar putih
TINDAKAN LUAR BIASA WAN AZIZAH KE ATAS ISU SHAMSIDAR
Wan Azizah digesa menjelaskan hubungan antara kedua-duanya memandangkan individu yang dituduh iaitu Anwar bukanlah rakyat biasa tetapi pemimpin parti politik yang berpengaruh di negara ini.
Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, sikap berdiam diri Wan Azizah juga mengundang persepsi seolah-olah beliau cuba menyembunyikan sesuatu.
"Sebagai seorang isteri, pastinya beliau tahu rahsia yang disembunyikan Anwar dan tindakan berdiam diri hanya menambahkan keyakinan masyarakat terhadap kebenaran semua tuduhan salah laku tersebut.
"Satu lagi persoalan adalah mengapa beliau tidak menyerahkan jawatan Presiden parti kepada suaminya, adakah kerana takut jika Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan, tiada sesiapa yang akan menggerakkan jentera parti itu nanti?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata, sebagai seorang isteri, Wan Azizah mempunyai tanggungjawab menjelaskan tuduhan itu kerana tindakan berdiam diri menunjukkan beliau tidak jujur dan ikhlas kepada masyarakat.
"Dalam isu ini, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar di sebalik tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar dan Wan Azizah merupakan individu paling sesuai untuk tampil menjelaskan sebarang kekeliruan," jelasnya.
Tambahnya, dalam budaya masyarakat di negara ini tindakan berdiam diri seolah-olah mengiyakan tuduhan yang dibuat dan masyarakat seharusnya mampu menilai parti dan pemimpin terbaik untuk memacu negara berdasarkan sikap Anwar dan Wan Azizah.
DEBAT SINAR : SEDAPNYA AUTA TAK SEHEBAT FAKTA
Debat Sinar 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi'
BEKAS GABENOR BANK NEGARA SEDIA BEKERJASAMA BERHUBUNG 3BILION
Abdul Murad dalam satu kenyataan pada Isnin yang diperolehi Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.
"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu- Agendadaily
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HAHAHAHAHA.. SELAMAT DATANG KE SELANGOR SPECIAL OFFER PUNYA
PEWARIS ANAK BANGSA
Pu3 suka sangat video kli ni. memang special offer pada yang sukakan urut mengurut ni.. 5 minit lebih video klip iini pada minit 1:15-1:17 tu yang perggghhh.. " TAWARAN BILA-BILA SAJA. SELAGI BELUM TUKAR KERAJAAN" Maksudnya. memng special sangatlah kerajaan Selangor (PR) memberi lampu hijau ke depan aktiviti urut-mengurut ni. Ada share ker bro?
Sendiri mau ingatlah bro
DULU SEKARANG LAIN-LAIN SERUPA TAPI TETAP SAMA
Pu3 sukakan video dari "BANGKANG DARI LONGKANG ini. Memang kenapa pada pegawai kerajaan yang bertugas dengan pelanggan ataupun khidmat pelanggan di kaunter. Jangan marah pada kakitangan kerajaan. apa yang diceritakan oleh video di atas sememangnya berlaku dalam sesetengah jabatan tak kiralah mana-mana jabatan. pu3 tak akan kata siapa di mana, apa nama jabatannya.
kalau ada Bos.. wah kerja semua cepat, maklumlah prestasi kerja dinilai setiap tahun. Kang kena tegur, malu juga Service kerja sah TIP TOP!! tetapi kalau Bos dah tak ada.. mulalah ada buka majalah. yang minat main game komputer atau telefon bimbit , layanlah pula segalanya termasuk bertwitter dan berfacebook. Pelanggan menunggu giliran pula tercengang menunggu depan kaunter. lain lagi dok kempen MLM nak tambah income.
Bukan semua ya. tapi memang ada. Sendiri kena ingatlah. kalau dah bekerja. buatlah kerja elok-elok. Jangan amalkan perangai TEMBERANG dan MEMBODEK Bos ni. tak ke mana. suatu ketika akan tertangkap juga
Lepas tu, orang ramai naik darah. yang disindir kerajaan pula. walhal yang buat pasal kakitangan. Ingat-ingatlah ter cik kak dan cik abang.
PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI SEMPENA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-y-a-b-perdana-menteri-malaysia-sempena-peristiwa-israk-dan-mikraj/
ADA DALANG MENGARAHKAN BERBARING MENGHALANG KERETA SULTAN PERAK?
kenapa mereka sanggup malakukan risiko sedemikian? Katanya tidak menderhaka Raja raja tetapi ini bukan kali pertama. dah berulang kali dah mereka buat cuma mengaku sahaja tidak.
sumber : info-kita blog
RENUNGAN
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).
Allah swt. Berfirman kepada mereka,
"Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"
(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi)
Renung-renungkan. Ini perkongsian ikhlas dari pu3
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KABINET BAYANGAN PAKATAN 2013 DAN BERMULA
Dear fellow Malaysians & BN supporters..do u really want 2 see this happen,if yes that's ok,but if your answer is NO...,pls work harder to win the GE13 & make sure 2/3 majority- Margaret Justice Chan
Ini bukan pu3 yang create tau tapi seperti berlaku sebelum ini. Ia adalah perancangan. Adakh anatara wajah yang disusun ini anda mahu emnjadi pemimpin pemerintah anda? Kalau pakatan sah depa siap kenduri selamat happy sakan. tetapi kita? mahukah anda cucu kita menerima kesengsaraan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ke atas kesalahan mereka lakukan menjadi bos anda?
SEORANG LAGI SEBIADAP NIZAR. JEJAK IP DIA!!!!!
Sent from my iPad
DUNIA ISLAM PERLU KECAPI RESOLUSI KESELURUHANNYA: PM
Beliau berkata revolusi politik yang berlaku di rantau Timur Tengah seperti Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Yemen dan Bahrain tidak akan membantu memperbetulkan tanggapan dunia Barat terhadap gelombang Islamophobia.
"Ironinya mereka yang pernah berdegar-degar bercakap mengenai revolusi politik di dunia Arab, menganggapnya pembaharuan politik...tetapi kesedaran politik sudah mula terima kenyataan bahawa revolusi politik semata-mata tidak membawa natijah yang dinginkan," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata keadaan itu membuatkan Islam berdepan dengan gugatan politik yang sebenarnya memberi ruang kepada orang lain, membentuk perspektif yang lebih buruk terhadap Islam.
Beliau berkata sejak Disember 2010 sehingga kini, tidak banyak perubahan yang dapat disaksikan di rantau Timur Tengah, malah ekonominya masih lagi terpecah-pecah dan rakyat berdepan dengan kesulitan.
Justeru, katanya, pendekatan wasatiyyah wajar ditekankan dalam mengemukakan pandangan dan pendirian politik bagi memastikan pandangan yang dikemukan secara bersederhana, mengelakkan ekstrimisme serta meletakkan kepentingan umat melebihi percaturan dan kepentingan politik.
Beliau juga berpandangan bahawa hubungan baik pemimpin dan rakyat mesti diasuh dengan adab ketinggian akal budi, sementara suara rakyat berhak didengar dan disantuni.
"Idealisme, visi dan misi seorang pemimpin juga wajar dijadikan asas dan panduan dalam kita membuat keputusan yang tepat. Makna kata hubungan pemimpin dan rakyat ini adalah saling memerlukan," katanya.
Katanya kualiti kepimpinan yang dilihat oleh Islam berhubung rapat dengan menunaikan amanah tanggungjawab kepimpinan. Dalam hal itu katanya, pemimpin mesti bersikap terbuka, sanggup menerima kritikan dan mengubah tanggapan negatif yang merosakkan kesejahteraan pengikut dan rakyat.
Najib turut menggariskan hak-hak pemimpin iaitu untuk mendapat kepatuhan dan taat setia daripada pengikutnya, mendapat kerjasama bagi sesuatu perancangan dan program yang digerakkan oleh pemimpin berjaya mencapai objektifnya serta hak untuk mendapat nasihat dan teguran yang baik dari pengikutnya.
"Dalam hal ini pemimpin juga wajar bersifat terbuka, bersedia menerima teguran dan nasihat," katanya.
Najib berkata sebagai pemimpin beliau sedar majoriti rakyat mengharapkan sebuah kepimpinan yang berwibawa dan berintegriti, mampu mengisi harapan rakyat untuk mempunyai sebuah sistem pentadbiran yang baik dan membawa keadilan untuk semua.
Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.
Antara ahli panel luar negara yang akan membentangkan kertas kerja ialah Imam Masjidil Haram Mekah, Syeikh Maher al-Mueaqly, Dekan fakulti Syariah Universiti al-Bayt Jordan Syeikh Dr Mohamed Ali Alzhhool.
sumber: KLpos
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PENYOKONG ANWAR PANAS TELINGA PENDEDAHAN ZULFIFLI NOORDIN TEPAT TEMBAKANNYA
GANAS ! ..bila tak tahan telinga mendengar kebenaran tentang pembohongan pembangkang oleh Datuk Zulkifli Nordin dalam satu ceramah ,penyokong Anwar telah datang macam samseng cuba memukul Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu ini . al maklumlah, hati dah mendidih, apa yang disampaikan kena batang hidung mereka. tak peduli apa, nafsu amarah perlu dilepaskan. tidak peduli dah orang awam duduk di bawah khemah yang datang boleh jadi saksi. depa serbu macam hantu tak berkaki
Mujur la hadirin yang hadir iaitu NGO Waris Malaya serta polis datang melindungi Datuk Zul Nordin daripada dilanyak oleh samseng -samseng Pakatan ini .
![]() |
| TAK MALUKAH, BERKOPIAH TAPI PERANGAI TAK SERUPA TUTUP KEPALA, MAIN SERBU MENYERANG? |
Sebelum ini serangan sebegini pernah berlaku ke atas pentas ceramah yang dianjurkan oleh penduduk Kampung Ara Payung Batu Gajah. Mereka bertindak ganas sehingga ke hadapan pentas ceramah.
Kejadian serangan ke atas YB Zulkifli Nordin berlaku di Taman Petaling Perdana dalam program Debat Rakyat itu diserang oleh sekumpulan samseng yang dikenalpasti sebagai samseng upahan Anwar berkopiah putih ala Nik Aziz.
Salah seorang yang berkopiah putih dengan biadapnya menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun yang tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang Islam yang ketika dalam memakai kopiah putih.
Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Samseng yang menimbulkan kekecohan tadi tidak puashati kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali seolah-olah dirasuk semacam mahu memukul Zulkifli Nordin.
Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.
Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu.
Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu.
Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.
Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah.
RENUNGAN KISAH KAUM NABI LUTH
KISAH KAUM NABI LUTH لو ط
Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam sejarah dunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan berlaku kira-kira tahun 1800 SM(1). Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum, iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.
Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14 Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.
Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual. Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya. Maksud ayat-ayat ini:
(165 ) "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;
(166) "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)"!
(167) Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
(168) Nabi Luth berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum. Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth, sebagaimana maksud ayat:172-173:
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain. Antaranya ayat:34 surah Al-'Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)". Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa ledakan gunung-gunung berapi ini(2).
Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat:35 surah Al-'Ankabut maksudnya: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya". Inilah untung nasib kesudahan yang tabi'i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak. Mereka tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.
rujukan
1 Harun Yahya, Kaum-Kaum Yang Pupus, Trj: Rozalli Hashim, Kuala Lumpur, Saba Islamic Media, 2004, m/s:52.
2 Asy-Syahid Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilalil Qur'an, Jilid:12, m/s:394.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.















