Followers

MAK LAMPIR DAN MAT JAMBU, BERSEDIALAH BAYAR SAMAN!

KUALA LUMPUR 31 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu berikutan tiada bantahan daripada Zuraida dan Mohd Rafizi.Shahrizat diwakili peguam Datuk Ahmad Redza Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Mohd Rafizi.

Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC). Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.-

Hahahaha... Padan muka. Ini kalilah! Bukan kena hampuk muka, terloncat-loncat mak lampir kepanasan. Mat jambu kepanasan punggung nak memikir cara mana nak minta kasihan dari anwar bayar saman.!

Psssstttt.. Anak lenggong. Thanks atas info ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENAMPAR MAUT UNTUK MAK LAMPIR, PAK CELUPAR N PKR

SPRM dah umumkan bahawa Dato sharizat jalil tak terbabitpun proses pinjaman 250 juta pada NFC seperti yang dikecohkan oleh Rafizi, dihebohkan mak lampir dan semua mulut longkang yang sengaja nak menjahanamkan BN.

Nampak gaya, makan jariler mak lampir menelan air liur yang bersembur ke sana sini semasa mencanangkan cerita.ready yer untuk melucutkan jawatan takpun terlucut kerana direject selepas ni! Penipuan tak akan selamat selama-lamanya. Terutama orang yang mulutnya sebiji bau longkang.

Dalam masa sama, TS Dr Hadenan Jalil mengarahkan SPRM membuka siasatan kes azmin Ali ekoran dakwaan Raja petra. Ini kalilah! Mulut seorang ibu yang diderhakai anak, masin azmin oi! Cerita 16 tahun lepas dah 1 persatu keluar dah.

Are you ready? Buka je fail siasatan, bukan je azmin terkehel, anwar tersembam terus kt liang tanah! Wan azizah dah lama meraung dalam hati, shamsidar nak sembunyi kat mana dah selepas ini. Semua kain terlondehler selepas ini. Apabila siasatan dimulakan. Semua yang terlibat akan terheret semua sekali. Tak ada yang terkecuali! Maha Kuasa Allah menunjukkan Kekuasaan-Nya! Allahu Akbar!

Adakah cerita ni umno keluarkan? Jawpannyer tidak. Orang yang pernah dekat dan intim bersama Anwar membuka pekong anwar 1 persatu. Doa solat hajat PAS mendedahkan kebenaran dah makbul nampaknya. masin sungguh mulut nik aziz yang suka mengutuk celako- celako celako pada mereka bukan PAS termasuklah PKR dah kona.!

Ingatlah, setitis air mata ibu, di akhirat nanti, selautan air mata kita bakal berenang mengharunginya! Renung-renungkan dan selamat berfikir matang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DOA MAKBUL, NAWAITU BUSUK SAMA KALAH BAU LONGKANG

PEWARIS ANAK BANGSA

Saham semakin merundum.Ceramah dah tak dipandang dah. Perhatian tak seperti permulaan. Pemimpin Pakatan habis idea nak menambah kuasa magnet yang ada PADA mereka. Hanya ada 1 cara lagi untuk menambah setitik glamour. BUAT APA SAHAJA TERMASUK JADI MONYET ! untuk tarik perhatian.

Nizar Memang Kurang Ajar, Hanya Mohon Maaf Melalui Twitter 

 Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja. Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat. 

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya. Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi. 

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga. Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai. 

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar? Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya? 

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?
Dicatat oleh matkilaupenang

Hahahaha..boleh percaya ke Nizar kata pandangan yang dikeluarkannya ini merupakan pandangan sebagai rakyat biasa...bunyinya macam nak menghasut rakyat untuk membenci Sultan dan Raja-Raja Melayu je...hmmmm...

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada Rabu memohon maaf berhubung apa yang ditulis di Twitter mengenai nombor pendaftaran WWW 1 yang dibida Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.
Mesej permohonan maafnya di Twitter berbunyi:"Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf".
Katanya, kenyataan dalam Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan baginda Sultan Johor.
Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

menyedari Nizar dah semakin popular. 1 lagi pemimpin pakatan mencuri idea Nizar dengan mempublisitikan kebodohan dan biadapnya dia. Spesies tak menghormati " kesetian kepada Raja-raja"

Dalam twitter yang terakhir si pelaq ni cukup biadap..siapa dia untuk menasihat Sultan Johor..kenapa Si Pelaq ni tak fikirkan walau pun berjuta Sultan Johor membeli no plat WWW 1,tetapi pulangan duit itu adalah kepada Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maka duit hasil penjualan no plat berkenaan akan di pergunakan Kerajaan Malaysia yang banyak memberi Kebajikan pada rakyat Malaysia.



kekawan pejuang. ini lagi seorang yang perlu kita laporkan kepada pihak keselamatan dalam akta sama iaitu berbaur Hasutan.

PERJUANGAN PENDUDUK ISU PADANG PKNS, NOKTAH BUAT MB SELANGOR TAK CEKAP



PEWARIS ANAK BANGSA

Masih ingatkan cerita asal apabila isu padang PKNS ini dibawa oleh Aduan rakyat  20hb Nov 2011 yang lepas. mungkin ada yang terlupa. Pu3 sengaja masukkan video rakaman tesebut sebagai ingatan semula.

ini pula pu3 kongsikan 1 artikel yang menarik perhatian pu3 , baca dan faham

Padang bola PKNS di SS7 Kelana Jaya, bukanlah satu tempat yang asing bagi diri saya dan juga penduduk Petaling Jaya. Tempat yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk melaksanakan rekreasi dan juga majlis-majlis sosial. Padang ini bukan sekadar berfungsi sebagai tempat perlawanan bola sepak, tetapi lebih daripada itu.

Mutakhir, padang ini yang dahulunya aman damai kini telah menjadi satu ‘spotlight’ kepada rakyat umum terutamanya rakyat negeri Selangor. Ini gara-gara pendedahan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan padang tersebut menjadi satu kawasan komersial yang dijangka memberi pulangan dalam bentuk wang ringgit dan juga faedah-faedah setempat yang dijangka boleh dinikmati oleh penduduk Petaling Jaya amnya dan Kelana Jaya khususnya. Sepantas berita tersebut diketahui, maka ramailah yang membuat bantahan kepada kerajaan negeri dan mendesak agar rancangan tersebut dimansuhkan.

Persoalannya, adakah rancangan kerajaan negeri itu tepat dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan masa akan datang? Saya terpanggil untuk memberi pendapat, dan saya akan zahirkan dalam entri ini. Juga suka untuk saya maklumkan bahawa pendapat saya adalah tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau pihak berkepentingan, tetapi adalah berdasarkan pemikiran dan logik akal saya sendiri.

Sebagai mukadimah, apabila menyorot isu ini, pada pemerhatian saya, adalah berkisar kepada tiga perkara pokok, iaitu PEMBANGUNAN, NOSTALGIA, dan KEMUDAHAN SOSIAL. Apabila cadangan untuk membangunkan padang tersebut diutarakan, maka tiga perkara ini secara langsung telah disentuh. Saya akan ulas satu-persatu.

Isu 1: Pembangunan

Sebab yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor berkenaan cadangan ini adalah, kawasan Padang Bola tersebut adalah terletak di kawasan hartanah komersial yang bernilai tinggi dan secara rasionalnya pembangunan boleh dilakukan untuk mengambil peluang atas peningkatan harga nilai hartanah dan percambahan sektor-sektor lain selepas pembangunan tersebut selesai.

Jika kita lihat lokasi padang bola tersebut, sememangnya ia terletak di kawasan ‘panas’ di mana kawasan sekitarnya merupakan lokasi yang boleh dikatakan premium dan mempunyai potensi yang agak tinggi. Bersebelahan dengan padang tersebut adalah Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dan dalam lingkungan kawasan padang tersebut juga, terdapat tapak komersial lain seperti Pasaraya Giant Kelana Jaya, Bangunan Kastam dan Plaza Glomac Kelana Jaya. Tasik Kelana Jaya yang terletak berhampiran juga merupakan satu daya tarikan. Kawasan perumahan di sekitar padang tersebut juga merupakan perumahan premium dengan rumah bertaraf banglo.

Dengan semua faktor-faktor di atas, jika anda seorang pemaju hartanah, jika anda ditawarkan untuk menilai kawasan tersebut dan membangunkannya, sudah pasti anda tidak mahu melepaskan potensi dan peluang ini bukan?

Jika anda ada masa, anda boleh tinjau sendiri padang bola tersebut. Mungkin akan terlintas di benak anda, terdapat satu kejanggalan kerana padang bola tersebut seperti ‘tersangkut’ (stuck) di tengah-tengah kepesatan pembangunan di sekelilingnya. Kiri kanan padang tersebut sudah bertukar menjadi kawasan komersial, tidak seperti 10, 20 tahun yang lalu.

Tetapi kita perlu ingat, itu adalah padang bola, dan jika pembangunan dijalankan, maka kos yang akan timbul adalah kos kehilangan kemudahan sosial buat penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti rekreasi dan program-program setempat mereka.

Isu 2: Kemudahan Sosial

Padang Bola SS7 Kelana Jaya bukanlah padang bola yang biasa. Padang ini merupakan ‘rumah’ kepada PKNS FC, merupakan tempat penduduk setempat beriadah dan juga pusat mengadakan aktiviti sosial. Pendek kata, rumput di atas padang tersebut banyak kegunaannya.

Padang ini juga telah menjadi ‘landmark’ dan ‘ikon’ kepada masyarakat, bukan sahaja kepada penduduk Kelana Jaya dan Petaling Jaya, tetapi juga kepada rakyat Selangor amnya. Padang ini menjadi tempat berkumpulnya semua yang dijemput apabila adanya satu-satu majlis, tempat di mana silaturahim terjalin dan perkenalan bermula, dan siapa tahu, ada yang menemui jodoh mereka di padang bola ini?

Dalam erti kata lain, padang bola ini menjadi simbol perpaduan dan kesatuan. Integrasi dan harmoni. Maka, apabila pembangunan dijalankan, maka kita mungkin kehilangan semua ini. Harga yang perlu dibayar atas nama pembangunan dan kemajuan. Mahal bukan?

Jika anda merupakan seorang policy maker kerajaan negeri, apa yang anda akan lakukan?

Isu 3: Nostalgia

Nostalgia, atau faktor sejarah, mungkin penting bagi sesetengah pihak. Saya tidak nafikan perkara ini. Padang bola ini pernah menjadi tapak latihan untuk pemain bola sepak lagenda seperti Allahyarham Mokhtar Dahari. Juga, padang bola ini mungkin pernah melahirkan jaguh-jaguh bola sepak tempatan yang telah mengharumkan nama negara.

Apakah yang perlu kita lakukan? Untuk mewartakan padang bola ini sebagai kawasan sejarah/warisan adalah tidak mungkin kerana nilai sejarahnya tidak begitu signifikan sebagaimana Stadium Merdeka. Merit yang ada tidak cukup kuat.

Tetapi, mungkin ada di kalangan kita yang ‘membesar’ dengan padang bola ini. Ada yang mungkin pada zaman kanak-kanak atau remaja mereka, pernah menjadikan padang ini sebagai medan untuk bersukan dan menunjukkan kehebatan mereka. Mungkin juga, ada kenangan-kenangan bersama ahli keluarga, rakan-rakan, atau yang tersayang di padang bola ini.

Jika dihapuskan, maka hilanglah kawasan yang menjadi sejarah, punahlah bukti nostalgia diri. Jika berlaku pada diri anda, tidakkah anda sedih?- http://audifaliq.wordpress.com

baca lagi ini :

PETALING JAYA – Jawatankuasa Badan Bertindak ‘Selamatkan Padang PKNS’ mengenakan beberapa syarat tambahan sekiranya Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) mahu mengadakan pertemuan bersama penduduk berhubung isu padang PKNS di sini.

Pengerusinya, Datuk Zul Mukhsar Md Shaari berkata, antara syarat yang dikenakan adalah mesyuarat itu perlu dibuka kepada awam tanpa sekatan kehadiran dan liputan media.


“Kita juga mahu PKNS diwakili oleh sekurang-kurangnya tiga pengarah selain perlu turut serta ialah wakil parti politik iaitu Azmin Ali (PKR), Teresa Kok (DAP) dan Ir Iskandar Abdul Samad (Pas),”katanya.


Menurutnya lagi bagi memudahkan semakan semula hendak dibuat mesyuarat tersebut perlu dirakamkan.


“Menteri Besar perlu menyediakan laporan bertulis bagi membuktikan projek berkenaan telus dan perbincangan pada hari tersebut perlu dilakukan di Dewan PKNS berkenaan.


Sementara itu, penduduk Ir Esham Salam berkata, padang tersebut bukan lagi isu tempatan tetapi sudah menjadi isu negara.


“Bukan minoriti penduduk bantah tetapi semua penduduk Kelana Jaya yang membantah pembinaan kondominium dan kawasan perniagaan di kawasan ini,


Tambahnya, penduduk juga enggan bertemu dengan PKNS jikanya syarat tersebut tidak dipenuhi.


“Kami sudah menerima mandat daripada penduduk agar perkara ini dibawa ke tengah dan ketika ini juga kami sedang mengumpul dana dengan objektif utama mahu mengagalkan projek ini,”katanya
. - Sinar Harian 18 Disember 2011

Kerajaan Negeri merancang membina tujuh blok pangsapuri 30 tingkat dan kompleks perniagaan 15 tingkat yang bakal dibina di kawasan Kompleks Sukan PKNS yang keseluruhannya bernilai RM2 bilion.

Hari ini pula MPJ telah mendedahkan berita yang kecenderungannya menyebelahi perjuangan penduduk sekitar SS7 Kelana Jaya apabila mendedahkan berlaku kekeliruan semasa memproses buku pembangunan yang mngandungi peta pembangunan kawasan. Jelas menunjukkan bahawa kawasan Padang PKNS telah diwartakan sebagai kawasan REKREASI.

 persoalan pu3, kenapa MB Selangor ini sangat cuai dalam membuat ketetapan perkara yang masih sama-samar tetapi memuktamadkannya. Sangat berani menggunakan kuasa yang ada padanya walaupun tahu, ia belum ada kepastian.

dah banyak isu di Selngor terbit bukan atas asakan BN menyelongkar menjejak kesalahan pentadbiran PKR selngor. Ia jelas terbukti dan nyata sehingga Pentadbiran Selangor tidak mampu menafikannya. MB hanya membuat pelbagai alasan unutk melindungi kesalahan yang nyata.

Adakah rakyat Selangor mahukan kehidupan kucar kacir ini lagi? Fikirkanlah.

CHECKMATE NIZAR: KERJAYA POLITIK TUNGGU DIKUBUR DAH

NGO dan Pemuda Pulai akan membuat laporan Polis dengan keceluparan Nizar
Kali ni, nizar dah terbelit lidah. Terlupa yang dibalun tu bukan sebarang manusia. Apa taknyer, berlaku kekeliruan otak nak membezakan siapa yang nak dihentam siapa yang tidak.boleh terlepas taip kat tweet mempertikaikan bidaan yang berjaya dibuat oleh DYMM Sultan Johor!



Bidaan nombor plat WWW 1 yang dimenangi oleh DYMM Sultan Ibrahim Johor telah diputarbelitkan oleh anasir-anasir yang terlalu bodoh dengan kekayaan yang dimiliki oleh Kesultanan Johor.

Untuk mengelakkan mereka itu terus hanyut dengan anggapan serong yang tiada sumber yang sah, Tengku Mahkota Johor itu telah memberi penjelasan di dalam twitter beliau.


Sila baca di bawah :

Manakala Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim pula telah banyak berjasa kepada rakyat sebelum ini. Dan wang yang digunakan oleh Tengku Ibrahim adalah milik baginda bukannya wang rakyat seperti yang difitnah oleh sesetengah pihak.

Yang lebih memalukan mereka itu ialah plat-plat nombor istimewa seperti WWW1 adalah merupakan satu pelaburan yang tidak mungkin akan susut harganya. Malah, harga plat tersebut biasanya akan bertambah mahal dari setahun ke setahun.

Bagi MiM, pembelian plat nombor tersebut merupakan satu business plan yang tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Lagi pun, wang itu adalah milik Tengku Mahkota sendiri.

Dan perlu diingat bahawa perkataan WWW adalah universal yang sinonim dengan 
World Wide Web (
WWW). Maka, nilainya sudah tentu lebih mahal daripada yang lain.- generasi pejuang bangsa
Mulut dah gatal sangat nak membuat pertuduhan. Yelah, agaknya dalam otak nizar, Sultan mana sahaja bukan sokong Pakatanpun, ertinya mesti ahli UMNO. Terleka sangat, sehingga kenyataan putera johor membalas pertuduhan nizar memakan dirinya semula! Padan muka!

Pu3 nak kongsi 1 lagi perkara mungkin Nizar dah lupa. Tetapi rakyat tak akan lupa : lupa...masihkah anda ingat bahawa Kerajaan Perak sewaktu pimpinan Nizar ada membeli 16 buah kenderaan Camry???

Masihkah anda ingat no. plat ini???

AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 itu semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009...yang ni nizar pakai duit poket dia atau duit rakyat??

Kalau dia ingat perkara ini, adakah dia akan buka mulut mempersoalkan penggunaan duit rakyat atau duit pribadi. Pu3 nak sangat Nizar jawab pertanyaan ini.

Sebenarnya pu3 agak hairan, kenapalah mantan MB Perak ni tak sudah-sudah buat pasal dengan Sultan. Dulu dah buat pasal membantah keputusan perlantikan MB Perak. Jawatannya terlucut. Membantah sehingga membuat persidangan bawah pokok kayu. Heheh karbinet pokok kayu sebagai tindakan protes.

Seharian juga pu3 menunggu respond kepimpinan pakatan. Kot Lim Guan eng tampil lagi nak buat kenyataan cover-cover macam tersasulnya karpal. Tetapi setakat ni, semua menutup mulut. Hehehehhe Nizar kini berseorangan menghadapi keceluparannya . Nasiblah nizar. Kalau nak glamour semula, tak perlulah buat tindakan macam orang tak berakal.

Kini rakyat dah marah dengan tindakan itu. Nantikanlah esok tindakan mereka

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENDEDAHAN SKANDAL WANG AZMIN ALI: RAJA PETRA


PENDEDAHAN YANG SANGAT MENGEGARKAN. BOLEHKAH AZMIN MEMPERTIKAIKAN BUKTI YANG TELAH DIDEDAHKAN?
 
RAJA PETRA KAMARUDDIN didalam lamannya hari ini telah mendedahkan satu kenyataan lengkap dari pegawai penyiasat BPR bagaimana Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Pengarah BPR untuk menutup kes Rasuah Azmin Ali. Anwar pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kes ini berlaku pada tahun 1995 yang ketika itu Azmin adalah sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.

Lihat pendedahan di bawah

Kenyataan pegawai BPR yang asal
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya-raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Di sini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
Kronologi Kes
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang ditandakan sebagai Lampiran A).
 
Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah Gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
 
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lampiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saham Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati, seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
 
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali.
 Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
 
 
Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.
 
Di ketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
 
Namun, saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (lihat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
 
Usaha mendapatkan Notis berjaya dan lihat Minit-minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
 
Rujuk minit 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah Minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah di luar kemampuannya.
 
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
 
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
 
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapi pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
 
Pengisytiharan harta secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang surirumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
 
Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
 
Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat penyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali, Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun 1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
 
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.
 
Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35.
Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin digunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi di mana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 di mana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.
Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana taknya kalau dilihat gaji Setiausaha Sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisnessman. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki di dalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yang berlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT
Untuk makluman, pada waktu itu Ketua Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahaya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bila mana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM2 ribu lebih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK???????? - SUMBER: MATOMERAH BLOG
Pu3 nak korang fikirkan semula , pendedahan ini telah membuka 1 lagi sifat Anwar semasa memegang jawatan nombor 2 negara. Dia telah menggunakan kuasanya untuk membantu orang kesayangannya Azmin dan si isteri "kongsi" shamsidar. Adakah inilah pemimpin idaman PKR? sendiri kena ingatlah. Nampaknya solat hajat semakin makbul. Satu persatu bosul busuk anwar terserlah tanpa perlu BN menjejakinya. 

RAMALAN HANYA BAYANGAN. JUALAN SAUDAGAR MIMPI

16hb sept sejak PRU-12 berlalu sehingga ke tahun 2011 masih tinggal tarikh Hari Malaysia. Ramalan Anwar kononnya Pakatan menguasai pentadbiran masih tinggal bayangannya semata.

Bayangan membuat Anwar semakin kucar-kacir diasak rakan sekutunya yang terasa ditipu dengan konon Aura Anwarlah beberapa negeri ditakluki. Nampaknya aura tersebut bukan aura biasa melainkan haba seketika. Haba yang tidak mampu membentuk api yang membakar. Memanaskan seketika, datang angin penyejuk, semakin sejuklah ia juga. Itulah Anwar bin Ibrahim.

Ramalan individu tertentu mengenai keputusan PRU13: Menyatakan sekurang-kurangnya 9 kerusi MP Sabah akan jatuh ke tangan BN dan 116 Kerusi MP di Semenanjung dan 18 kerusi MP di Sarawak merupakan perbuatan SYIRIK dan mendahului ketentuan Allah SWT. Nawaitu mereka hanya untuk melemahkan semangat juang penyokong BN. Penyokong BN tidak harus takut kerana ketakutan itu menyebabkan anda takut utk berjuang. Pembangkang sebenarnya lemah dalam banyak perkara. Lemah dari segi isu, lojistik dan kepimpinan yg berkualiti termasuk ketua pembangkang Malaysia DSAI yg jelas tercalar maruahnya dan luntur semangat kenegaraan dan kemanusiaannya. Jika mereka yg lemah ini menakutkan anda..andalah yang SEBENARNYA LEMAH. X-Presiden, Harry Truman pernah berkata semasa Perang dunia II menentang Jepun "there is no fear but the fear itself". Bermakna jika US takut kepada Jepun, mereka tidak akan melawan. Pastinya mereka kalah. Jangan takut gelaran BACUL yg dilemparkan orang lain..itu bahasa kesat org yg tidak sabar dan tiada keyakinan tentang perjuangannya. 'Ita tidak BACUL. Yang bacul ialah mereka yang menipu rakyat dengan menjaja FAKTA YANG SALAH dan DIPUTAR BELIT. - Kibin hj Samad FB 29hb mei 2012.

Karpal singh species yang tidak memiliki istilah sabar dalam kamusnya semakin banyak menyuarakan ketidak puasan hatinya dengan suasana redup sejuk Anwar. Mulai melatah tersasul berulang kali. Bagi hint dah tu.. Sudah tiba masa si keldai maniak dinyahkan. Tidak memberi pulangan tinggi dalam pelaburan pakatan.

Lim Guan eng pula sudah terlanjur melabur lagi besar dari karpal, kuatir modal mereka tidak dikembalikan terus memasang jala menutup keceluparan karpal. Yalah... Konon menyelamatkan sokongan Melayu yang di pulau pinang jelas membuang api kepadanya!

Pakatan Sabah? Kata-kata tamak kepimpinan yg muncul dari selut. Bukan bersihpun latar belakang mereka. Semua mempunya catatan sejarah memegang jawatan tetapi memusnahkan amanah diberi. Siapa? Jeffry . Yong teck lee.. Siapa mereka? Merekalah manusia keturunan katak yang bukan hidup dua alam sahaja. 3 - 4 alam. Nak dapatkan lubang menempek dapat perhatian.

Tukang canang mereka asyik berulang kempen, sudah tiba masa parti lokal mengambil tempat. Rasanya mereka sudah lupa bahawa Sabah pernah diterajui parti lokal. Siapa yang memusnahkan parti tersebut? Bukankah mereka sendiri. Terumbang ambing rakyat pening memilih parti etnik mana dipilih utk seterusnya. Mereka inilah parasit bangsa. Bukan berjuang untuk rakyat melainkan diri mereka.

Sudah tiba masa, bangun untuk sedar. Korang kalu ditegur usah melenting. Jangan asyik mendabik dada perjuangan korang adalah perjuangan seluruh rakyat. Kaji semula apa yang pakatan taburkan. Jadikan kehidupan rakyat di negeri pembangkang sebagai 1 lagi pengalaman yang bernilai untuk kita tidak merasainya.

Apa yang dijanjikan hanyalah jualan mimpi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HBN2012 - Shabeery Chik Lawat Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag


alt

PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.

Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.
alt
Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.

Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.
alt
Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut.

Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu.


Berita selanjutnya akan menyusul.




 #Seketeriat Himpunan Jutaan Belia 2012

#HBN2012 -SUARA 2 JUTA BELIA NYTAKAN SOKONGAN KEPADA PM



PEWARIS ANAK BANGSA


alt

PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 – Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu.

Reaksi tersebut sempat dirakamkan oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012.
alt
Wakil Belia Sabah, Zyee mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini merupakan salah satu tindakan bijak kerajaan bagi meraikan para belia dari seluruh negeri sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Sementara itu, Ahmad Syawal wakil belia 4 Malays berkata kepimpinan beliau tidak dapat diragui lagi kerana beliau sentiasa berusaha dalam menjadikan Malaysia kearah negara maju.
alt
“Beliau (Najib) berjaya mengumpulkan golongan belia seramai dua juta orang dan itu membuktikan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan belia.

Saya berharap program seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia dapat memberi peluang kepada belia melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya.
alt
Norsyafina Md. Nor yang datang bersama rakan-rakan lain daripada Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Mentari kerana telah membuat pelbagai usaha terhadap pembangunan masa depan para belia.

Wakil Belia Manjung, Khairil Azuan Ariffin menegaskan bahawa tiada lagi pemimpin yang terbaik selain Perdana Menteri dan kerajaa sedia ada kerana mereka sentiasa berinovasi dalam menjayakan program yang berkaitan dengan belia.
alt
“Belia seharusnya memberikan komitmen yang baik kepada kepimpinan beliau kerana kita sudah hidup di dalam negara yang aman dan beliau sentiasa melakukan yang terbaik untuk keamanan negara ini, “ katanya yang juga merupakan Pengerusi Belia Lumut.

Sementara itu, wakil belia Kapar, Amirul Faez Samiran berkata, perhimpunan seperti inilah yang diinginkan oleh belia kerana mereka dapat merasai yang diri mereka dihargai oleh pihak kepimpinan tertinggi Malaysia.
alt
“Terima kasih kepada pucuk pimpinan negara dan kementerian yang terlibat menganjurkan HBN dan kami (belia Kapar) berharap beliau akan terus berjuang untuk kemajuan negara ini,” ujarnya.

Wakil Belia Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd. Ali berkata kepimpinan beliau sungguh bermakna dan berharap semua belia khususnya di Pulau Pinang akan sentiasa maju dengan kepimpinan beliau.
alt
“ Kami sangat yakin dengan kepimpinan beliau dan kerana itulah kami wujudkan ‘Najib Adalah Jaguh Aspirasi Belia’ sempena dengan huruf pertama daripada nama beliau.

“Harapan kami agar program seperti ini dapat diteruskan kerana secara tidak langsung belia dapat menimba ilmu dan melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya disertai dengan sorakan menyokong Perdana Menteri.

# Seketeriat Himpunan Jutaa Belia 2012

#HBN2012 - Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini: Najib




PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan cabaran kepada belia untuk menggunakan kuasa secara rasional dan bijaksana, dalam memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan negara.

Beliau turut  menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini," katanya.

Najib turut percaya belia di negara ini mampu menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.

"Selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara kita ke hadapan, bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12.

Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.

"Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya.

Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah suara keramat dan alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat.

"Hari esok lebih baik dari hari ini dan saya dah rakan-rakan anggota Kabinet yang berhimpun atas pentas, kami tak ada pilihan melainkan atas bahu kami.

"Anda semua adalah pewaris, apa yang kita lakukan agenda tak lain tak bukan nak serah sebuah negara Malaysia yang lebih baik dari hari ini," kata Najib semasa merasmikan Himpunan Jutaan Belia 2012.

# seketeriat Himpunan Jutaan Belia 2012
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HBN2012 - PM : Majoriti Belia Cintakan Keamanan, Bukan 'Demo Crazy'



Video ucapan YAB Perdana Menteri dalam Himpunan Jutaan belia 2012 di Putrajaya

PEWARIS ANAK BANGSA
PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi).

"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.

"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya.

Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang.

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Najib.
"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini.

"Belia bukan 'demo crazy' tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.

# seketeriat Himpunan Jutaan Belia 2012

#HBN2012 - Capai Sasaran, Belia Semakin Bijak Dan Matang



PUTRAJAYA, 26 Mei – Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.
 
" Belia yang sentiasa berada dibelakang kerajaan bukanlah atas dasar paksaan, tetapi mereka sendiri bijak membuat pilihan (memilih kerajaan),"katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.
 
Menurut Najib, kejayaan negara bukan sahaja boleh diukur dengan adanya bangunan yang berdiri megah, malah ia dapat diukur dengan nilai kemasyarakatan.
 
"Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan," katanya disertai dengan sorakan para belia.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Himpunan Jutaan Belia tahun ini.
 
Tambah beliau, sasaran kementerian tercapai apabila berjaya menghimpunkan lebih kurang dua juta belia dari seluruh negeri.
 
"Tahun lepas kita telah mencapai sasaran seramai sejuta belia dan tahun ini menterinya (Datuk Ahmad Shabery Cheek) telah berjaya menyahut cabaran saya apabila berjaya mencapai sasaran seramai dua juta belia," katanya.
 
Selain itu, Najib turut berkata tema Hari Belia Negara 2012 iaitu 'Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini' amat bersesuaian kerana dari semasa ke semasa pihak kerajaan telah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

#Seketeriat himpunan Jutaan Belia 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HBN2012- Suara Belia Menyokong Najib Bergema Di Putrajaya


PUTRAJAYA, 26 Mei 2012 - N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia, itulah sepanduk yang diarak 250 belia dari Majlis Belia Pulau Pinang (MBPP) sebagai tanda sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Himpunan Jutaan Belia. 

Wakil MBPP Mohd Rashwan Klawan berkata belia Pulau Pinang itu turut membawa sepanduk memaparkan kata-kata keramat Najib yang mereka kumpul.

"Kami membuat persiapan mengumpul dan menghiasi mutiara kata Perdana Menteri sejak minggu lepas lagi. Kata-kata ini diambil dalam surat khabar. Ini adalah tanda sokongan belia Pulau Pinang kepada PM.

"Kami berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang kami di seluruh Malaysia berkumpul di sini, dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kegiatan sosial kami," katanya.

Tinjauan yang dilakukan mendapati beberapa kumpulan belia membawa sepanduk yang tertulis kata-kata seperti "Kami sokong dasar kerajaan", berarak sejauh 6 kilometer sambil melaungkan 1 Malaysia walaupun cuaca panas terik kerana semangat cintakan negara mengatasi segala-galanya.

#seketeriat himpunan jutaan Belia 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.